HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti...

26
HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH MANJUNG, PERAK LIM NAN CHONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti...

Page 1: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH MANJUNG, PERAK

LIM NAN CHONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak
Page 3: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak
Page 4: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH MANJUNG, PERAK

LIM NAN CHONG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak
Page 6: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

iii

Untuk ayah, ibu dan keluarga tersayang

Page 7: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek

Sarjana Muda, PM. Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor Alhabshi, atas

bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas sokongan dan doa yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Tidak terlupa juga, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama yang telah diberikan bagi

memudahkan kerja-kerja penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga

ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru sekolah terlibat yang telah

banyak memberikan kerjasama kepada penulis.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

atas komen, tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan. Penghargaan juga

ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu menjayakan projek ini.

Page 8: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau tahap dan hubungan kepuasan kerja dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak serta mengenalpasti perbezaan kepuasan kerja dari segi demografi (jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar). Sampel terdiri daripada 306 orang guru yang dipilih secara rawak daripada lima buah sekolah menengah kebangsaan dalam Daerah Manjung, Perak. Tahap kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) diukur dengan soal selidik Job Descriptive Index (JDI) dengan 72 item manakala tahap kecenderungan hendak berhenti kerja diukur dengan Propensity to Leave Index (PLI) dengan lima item. Nilai Kebolehpercayaan instrumen JDI adalah 0.89 dan PLI ialah 0.83. Data terkumpul dianalsis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi pada aras signifikan 0.05 (Ujian t, ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson) menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi dari aspek kerja itu sendiri, penyeliaan dan rakan sekerja manakala aspek kenaikan pangkat, gaji yang diterima dan secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Tahap kecenderungan hendak berhenti kerja berada pada tahap rendah. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dari segi jantina di aspek kerja itu sendiri, penyeliaan dan rakan sekerja tetapi wujud perbezaan yang signifikan di aspek kenaikan pangkat, gaji yang diterima dan secara keseluruhan. Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dari segi taraf pendidikan di semua aspek kepuasan kerja dan secara keseluruhan. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dari segi pengalaman mengajar di aspek kerja itu sendiri, gaji yang diterima, rakan sekerja dan secara keseluruhan tetapi wujud perbezaan yang signifikan di aspek kenaikan pangkat dan penyeliaan. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan negatif yang sangat signifikan di antara kecenderungan hendak berhenti kerja dengan semua aspek kepuasan kerja dan juga secara keseluruhan.

Page 9: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

vi

ABSTRACT

This research was aimed to identify the level and the relation between job satisfaction and tendency to leave among the secondary school teachers in Manjung District, Perak and also to identify the differences in job satisfaction between demography factors (gender, academic qualification and teaching experience). Research samples were 306 teachers chosen randomly from five secondary schools in Manjung District, Perak. The level of job satisfaction (work itself, promotion, salary, supervision and co-workers) was measured by Job Descriptive Index (JDI) with 72 items while the level of tendency to leave was measured by Propensity to Leave Index (PLI) with five items. The reliability coefficient for JDI is 0.89 and for PLI is 0.83. The collected data was analyzed into descriptive statistics and inference statistics at the significant level 0.05 (t-test, One-way ANOVA and Pearson Correlation) using Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5. The result indicated that the level of job satisfaction of teachers were high in the aspects of work itself, supervision and co-workers while in the aspects of promotion, salary and in overall was moderate. The tendency to leave was at the low level. The result indicated no significant difference in job satisfaction between gender factor in the aspects of work itself, supervision and co-workers but there exists significant difference in the aspects of promotion, salary and in overall. The analysis also indicated no significant difference in job satisfaction between academic qualification factor in overall including all aspects. The result indicated no significant difference in job satisfaction between teaching experience factor in the aspects of work itself, salary, co-workers and in overall but there exists significant difference in the aspects of promotion and supervision. The result indicated an existence of a very significant negative relation between the tendency to leave and the job satisfaction in overall including all aspects.

Page 10: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xvi

xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Model Kajian

1.7 Hipotesis

1.7.1 Hipotesis Untuk Ujian Perbandingan Min

Dan Varians

1.7.2 Hipotesis Untuk Ujian Korelasi

1.8 Kerangka Teoritis

1.8.1 Teori Hierarki Keperluan Maslow

1.8.2 Teori Dua Faktor Herzberg

1

1

3

5

5

6

7

7

8

10

11

11

13

Page 11: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

viii

1.8.3 Teori Jangkaan dan Keseimbangan

1.8.4 Teori Persamaan Adam

1.9 Kepentingan Kajian

1.10 Batasan Kajian

1.11 Definisi Istilah

1.11.1 Kepuasan Kerja

1.11.2 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja

1.11.3 Sekolah

1.11.4 Guru

1.11.5 Sosio Demografi

1.12 Kesimpulan

14

15

15

16

17

17

18

18

19

20

20

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Kajian Kepuasan Kerja

2.3 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Kerja Itu Sendiri

2.4 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Kenaikan

Pangkat

2.5 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Gaji Yang

Diterima

2.6 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Penyeliaan

2.7 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Rakan Sekerja

2.8 Kajian Kepuasan Kerja Terhadap Demografi

2.9 Kajian Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja

2.10 Kajian Hubungan Kepuasan Kerja Dengan

Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja

2.11 Kesimpulan

21

21

21

22

23

23

24

24

25

26

27

27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Lokasi Kajian

28

28

28

29

Page 12: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

ix

3.4 Persampelan Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Skala dan Kaedah Permarkatan Job

Descriptive Index (JDI)

3.5.2 Skala dan Kaedah Permarkatan

Propensity to Leave Index (PLI)

3.6 Tatacara Kajian

3.7 Penganalisaan Data

3.8 Kesimpulan

29

31

32

36

37

38

39

4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A : Laporan Deskriptif

4.2.1 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian

4.2.2 Analisis Profil Responden

4.2.3 Keputusan Analisis Deskriptif Tahap

Kepuasan Kerja

4.2.4 Keputusan Analisis Deskriptif Tahap

Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja

4.3 Bahagian B : Laporan Inferensi

4.3.1 Keputusan Ujian t (Perbezaan Kepuasan

Kerja Dari Segi Jantina)

4.3.2 Keputusan Ujian t (Perbezaan Kepuasan

Kerja Dari Segi Taraf Pendidikan)

4.3.3 Keputusan Ujian ANOVA Sehala

(Perbezaan Kepuasan Kerja Dari Segi

Pengalaman Mengajar)

4.3.4 Keputusan Korelasi Pearson (Hubungan

Kepuasan Kerja Dengan Kecenderungan

Hendak Berhenti Kerja)

4.4 Kesimpulan

40

40

41

41

42

44

53

55

55

59

64

73

76

Page 13: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

x

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan Dan Rumusan Analisis Deskriptif

5.2.1 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub Skala

Kerja Itu Sendiri

5.2.2 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub Skala

Kenaikan Pangkat

5.2.3 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub Skala Gaji

Yang Diterima

5.2.4 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub Skala

Penyeliaan

5.2.5 Tahap Kepuasan Kerja Di Sub Skala

Rakan Sekerja

5.2.6 Tahap Kepuasan Kerja Secara

Keseluruhan

5.2.7 Tahap Kecenderungan Hendak Berhenti

Kerja

5.3 Perbincangan Dan Rumusan Analisis Inferensi

5.3.1 Keputusan Ujian t (Perbezaan Kepuasan

Kerja Dari Segi Jantina)

5.3.2 Keputusan Ujian t (Perbezaan Kepuasan

Kerja Dari Segi Taraf Pendidikan)

5.3.3 Keputusan Ujian ANOVA Sehala

(Perbezaan Kepuasan Kerja Dari Segi

Pengalaman Mengajar)

5.3.4 Keputusan Korelasi Pearson (Hubungan

Kepuasan Kerja Dengan Kecenderungan

Hendak Berhenti Kerja)

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

77

77

77

78

79

80

81

82

82

84

84

85

86

87

88

89

91

92

BIBLIOGRAFI 94

Lampiran A – E 100 - 111

Page 14: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1 Nama sekolah terpilih dan bilangan sampel

yang terlibat daripada setiap sekolah

31

3.2 Bilangan item alat ukur Job Descriptive Index

(JDI) mengikut sub skala

33

3.3 Pecahan item soalan alat ukur Job Descriptive

Index (JDI) mengikut sub skala dan bentuk

soalan

33

3.4 Cara permarkatan skala Job Descriptive Index

(JDI)

34

3.5 Cara permarkatan skala Propensity to Leave

Index (PLI)

36

4.1 Analisis pekali kebolehpercayaan (Alpha)

instrumen kajian Job Descriptive Index (JDI)

dan Propensity to Leave Index (PLI)

42

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina

43

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut taraf pendidikan

43

Page 15: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xii

4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut pengalaman mengajar

43

4.5 Analisis tahap kepuasan kerja dari segi sub

skala kerja itu sendiri

44

4.6 Analisis tahap kepuasan kerja dari segi sub

skala kenaikan pangkat

45

4.7 Analisis tahap kepuasan kerja dari segi sub

skala gaji yang diterima

45

4.8 Analisis tahap kepuasan kerja dari segi sub

skala penyeliaan

46

4.9 Analisis tahap kepuasan kerja dari segi sub

skala rakan sekerja

46

4.10 Analisis tahap kepuasan kerja secara

keseluruhan (JDI)

47

4.11 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item di sub skala kerja itu sendiri

48

4.12 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item di sub skala kenaikan pangkat

49

4.13 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item di sub skala gaji yang diterima

50

4.14 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item di sub skala penyeliaan

51

4.15 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item di sub skala rakan sekerja

52

Page 16: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xiii

4.16 Analisis tahap kecenderungan hendak

berhenti kerja (PLI)

53

4.17 Bilangan dan peratusan responden menjawab

setiap item dari segi kerjaya anda

54

4.18 Analisis perbezaan kepuasan kerja (kerja itu

sendiri) dari segi jantina

55

4.19 Analisis perbezaan kepuasan kerja (kenaikan

pangkat) dari segi jantina

56

4.20 Analisis perbezaan kepuasan kerja (gaji yang

diterima) dari segi jantina

56

4.21 Analisis perbezaan kepuasan kerja

(penyeliaan) dari segi jantina

57

4.22 Analisis perbezaan kepuasan kerja (rakan

sekerja) dari segi jantina

57

4.23 Analisis perbezaan kepuasan kerja secara

keseluruhan dari segi jantina

58

4.24 Rumusan analisis perbezaan kepuasan kerja

(kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang

diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dari

segi jantina

58

4.25 Analisis perbezaan kepuasan kerja (kerja itu

sendiri) dari segi taraf pendidikan

59

4.26 Analisis perbezaan kepuasan kerja (kenaikan

pangkat) dari segi taraf pendidikan

60

4.27 Analisis perbezaan kepuasan kerja (gaji yang

diterima) dari segi taraf pendidikan

60

Page 17: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xiv

4.28 Analisis perbezaan kepuasan kerja

(penyeliaan) dari segi taraf pendidikan

61

4.29 Analisis perbezaan kepuasan kerja (rakan

sekerja) dari segi taraf pendidikan

61

4.30 Analisis perbezaan kepuasan kerja secara

keseluruhan dari segi taraf pendidikan

62

4.31 Rumusan analisis perbezaan kepuasan kerja

(kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang

diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dari

segi taraf pendidikan

63

4.32 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja (kerja itu sendiri)

dari segi pengalaman mengajar

64

4.33 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja (kenaikan pangkat)

dari segi pengalaman mengajar

65

4.34 Keputusan ujian Post-Hoc ANOVA Sehala

LSD (Least Significant Different) bagi

perbezaan kepuasan kerja (kenaikan pangkat)

dari segi pengalaman mengajar

66

4.35 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja (gaji yang diterima)

dari segi pengalaman mengajar

67

4.36 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja (penyeliaan) dari

segi pengalaman mengajar

68

Page 18: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xv

4.37 Keputusan ujian Post-Hoc ANOVA Sehala

LSD (Least Significant Different) bagi

perbezaan kepuasan kerja (penyeliaan) dari

segi pengalaman mengajar

69

4.38 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja (rakan sekerja) dari

segi pengalaman mengajar

70

4.39 Analisis skor min dan ANOVA Sehala

perbezaan kepuasan kerja secara keseluruhan

dari segi pengalaman mengajar

71

4.40 Rumusan analisis perbezaan kepuasan kerja

(kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang

diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dari

segi pengalaman mengajar

72

4.41 Analisis hubungan kepuasan kerja (kerja itu

sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang diterima,

penyeliaan dan rakan sekerja) dengan

kecenderungan hendak berhenti kerja

73

4.42 Analisis hubungan kepuasan kerja secara

keseluruhan dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja

74

4.43 Rumusan analisis hubungan kepuasan kerja

(kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang

diterima, penyeliaan dan rakan sekerja)

dengan kecenderungan hendak berhenti kerja

75

Page 19: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

HALAMAN

1.1 Model kajian hubungan kepuasan kerja dan

kecenderungan hendak berhenti kerja

7

1.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (Maslow,

1970)

13

Page 20: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

HALAMAN

A Borang Soal Selidik Hubungan Kepuasan

Kerja Dan Kecenderungan Hendak Berhenti

Kerja

100

B Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan

Populasi Krejcie, R.V. dan Morgan, D. W.

107

C Surat Pengesahan Status Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM

108

D Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di

Sekolah (Jabatan Pelajaran Perak)

109

E Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Di

Sekolah (Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan – EPRD,

Kementerian Pelajaran Malaysia)

110

Page 21: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap manusia apabila tiba masanya, akan melangkah ke dalam dunia

pekerjaan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Dalam bidang

pekerjaan yang berlainan, setiap individu mengimpi-impikan sesuatu benda yang

sama, iaitu keselesaan dan kepuasan kerja dalam bidang pekerjan yang diceburinya.

Malangnya, bukannya setiap individu pun mampu memiliki kepuasan kerja dalam

pekerjaan yang diceburinya.

Kesesuaian kerjaya merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan

kepuasan kerja. Kesesuaian menghasilkan satu situasi kerja di mana pekerja dapat

mencapai keperluan dan ekspektasinya dalam pekerjaan tersebut (Suba, 2003).

Seseorang individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum jika pihak

majikan dapat memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, maruah diri, status

dan sebagainya (Herzberg et al., 1959; dalam Turina, 2002). Tidak dapat dinafikan

bahawa kepuasan kerja sememangnya akan memberi kesan besar terhadap mutu

kerja dan produktiviti yang ditunjukkan oleh para pekerja sesuatu organisasi. Ini

adalah kerana individu yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi

mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya manakala individu yang mempunyai

tahap kepuasan kerja yang rendah akan bersikap negatif terhadap pekerjaannya.

Page 22: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

2

Guru merupakan satu pekerjaan yang sering dipersoalkan tentang tahap

profesionalismenya oleh semua lapisan ahli masyarakat. Kebaikan dan keburukan

menjadi seorang guru juga merupakan satu isu yang hangat diperdebatkan.

Kepuasan kerja di kalangan guru-guru merupakan unsur penting yang akan

menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, isu ini

sememangnya dipandang berat memandangkan kewujudan kaitan langsung antara

kepuasan kerja guru dengan produktiviti guru dalam tugas yang diamanahkan.

Peranan guru pada zaman ini bukan sekadar mengajar (Kamarudin, 1989),

tetapi juga terlibat dengan banyak kerja tambahan yang tidak berkaitan dengan

pengajaran. Dengan bermulanya perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru-guru

jelas terlibat dengan kerja lebih masa, kerja-kerja pekeranian, membuat alat bantu

mengajar, menghadiri kursus-kursus, menghadiri bengkel dan menghadiri seminar

sambil melakukan pelbagai penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang digunakan

(Nor Azizah dan Noraini, 1984; dalam Syed Mohamed Shafeq, 1997). Dengan

bebanan kerja yang semakin meningkat dan tambahan faktor-faktor lain, timbul

permasalahan kepuasan kerja dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan

guru-guru.

Kajian ini akan membincangkan hubungan kepuasan kerja (kerja itu sendiri,

kenaikan pangkat, gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dengan

kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah

kebangsaan Daerah Manjung, Perak. Perkara yang turut dibincangkan ialah

perbezaan kepuasan kerja dari segi demografi (jantina, taraf pendidikan dan

pengalaman mengajar). Perbincangan keseluruhan diperlengkapkan dengan

cadangan-cadangan tertentu berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Page 23: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi akan dipengaruhi oleh

beberapa faktor dan faktor-faktor tersebut termasuklah kepuasan kerja. Produktiviti

lahir daripada pekerja yang berpuas hati dengan pekerjaannya. Penentuan faktor-

faktor kepuasan kerja akan dapat membantu pembentukan kehidupan sempurna dan

tenteram bagi seseorang individu (Gruneberg, 1981). Ini adalah disebabkan masa

seseorang individu yang dihabiskan untuk bekerja telah meliputi sebahagian besar

masa kehidupannya, maka kepuasan kerja secara tidak langsung akan memberi kesan

terhadap keseluruhan kualiti kehidupan seseorang. Ini selaras dengan pendapat

Robbins (1993) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja akan memberi kesan

kepada kebahagiaan kehidupan pekerja di luar waktu pekerjaan.

Kajian awal kepuasan kerja telah bermula sekitar tahun 1930-an dan

melaporkan bahawa faktor kepuasan kerja dilihat sebagai satu keperluan dalam

sesuatu organisasi kerana pengaruh yang dibawa terhadap produktiviti (Hoy dan

Miskel, 1991). Kepuasan kerja di kalangan guru pula sering dikaji memandangkan

kewujudan kaitan rapat antaranya dengan prestasi individu dan keberkesanan

organisasi sekolah (Nawi, 1989; dalam Nunzarina, 2003). Menurut Apandi (2003),

guru merupakan individu biasa dan tidak akan lari daripada berdepan dengan

pelbagai masalah atau tekanan dan guru juga menginginkan kepuasan kerja dalam

dunia pekerjaannya.

Guru hari ini bukan sahaja dipersoalkan tahap profesionalismenya, bahkan

kedudukannya dalam masyarakat sehari semakin rendah dan tidak diberi

penghargaan yang sewajarnya. Dengan kepuasan kerja yang rendah dalam profesion

perguruan, ramai guru mengambil langkah untuk bersara awal atau meletak jawatan

dan menceburi diri dalam bidang pekerjaan lain yang memberikan mereka kepuasan

kerja yang lebih baik. Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyatakan sebab-sebab

utama guru-guru bersara lebih awal dan meletak jawatan ialah bebanan tugas dan

masalah kesihatan (New Straits Times, Julai 1992; New Straits Times, Oktober 1994;

New Straits Times, Jun 1993). Menurut kenyataan Presiden Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (KPPK), sesetengah golongan guru tidak dapat pengiktirafan

Page 24: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

4

atau kenaikan pangkat daripada pihak kementerian walaupun telah bertugas selama

30 tahun. Daripada perangkaan yang Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(KPPK) perolehi, kira-kira 6000 orang guru dari seluruh negara memohon bersara

awal setiap tahun dengan purata 500 permohonan setiap bulan (Berita Harian, 21

Januari 1994).

Menurut Timbalan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

(KPPK), P.Ramanathan menyatakan bahawa kerjaya guru sudah tidak lagi dianggap

sebagai satu kerjaya yang mulia dan ini dapat dilihat apabila permohonan untuk

menjadi guru semakin menurun dari setahun ke setahun (Utusan Malaysia, 13

Februari 1995). Robbins (1993) menyatakan bahawa sesebuah organisasi harus cuba

memenuhi kepuasan kerja pekerja-pekerja kerana terdapat bukti yang menunjukkan

bahawa lebih ramai pekerja yang berhenti kerja disebabkan tidak dapat merasai

kepuasan kerja. Maka, perubahan skim perkhidmatan kakitangan kerajaan daripada

Sistem Saraan Baru (SSB) kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan salah

satu langkah inisiatif pihak kerajaan untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja

kakitangan perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, langkah ini dilihat tidak

begitu berkesan memandangkan isu guru bersara lebih awal atau berhenti kerja

akibat tahap kepuasan kerja yang rendah semakin serius dan berlanjutan hingga ke

hari ini.

Dalam satu kajian kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman di enam buah

sekolah di Selangor mendapati 41.5% guru mengakui mereka tidak mendapat

kepuasan kerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9% lagi menyatakan mereka

bercadang meletak jawatan dan 52.8% merancang bersara awal. Dapatan beliau juga

menunjukkan sebanyak 38.9% guru mengalami tahap keletihan yang tinggi (Utusan

Malaysia, 13 Januari 1999). Selain itu, berpandukan kepada data yang diperolehi

daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, terdapat peningkatan yang mendadak ke atas peratusan guru

yang meletakkan jawatan selepas tahun 1993. Ini berlaku berikutan Kementerian

Pelajaran Malaysia mengetatkan syarat-syarat persaran awal guru (Utusan Malaysia,

Page 25: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

5

13 Januari 1999). Pernyataan-pernyataan dan data-data di atas menunjukkan betapa

seriusnya masalah tahap kepuasan kerja yang rendah berlaku di kalangan guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Kepuasan dan ketidakpuasan kerja sememangnya berlaku dalam semua

bidang kerjaya termasuklah bidang perguruan. Masalah ini sememangnya dihadapi

oleh segelintir guru dan akhirnya akan membawa kepada kewujudan kecenderungan

hendak berhenti kerja dalam bidang perguruan sama ada secara bersara awal atau

meletak jawatan.

Kepuasan kerja seseorang individu berkait rapat dengan kadar kepuasan

terhadap dimensi tertentu dalam pekerjaannya seperti kerja itu sendiri, kenaikan

pangkat, gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja. Justeru itu, pengkaji ingin

menjalankan kajian ini untuk mendapatkan jawapan yang lebih jelas berhubung

dengan kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang diterima,

penyeliaan dan rakan sekerja) dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan

guru sekolah menengah kebangsaan Daerah Manjung, Perak. Perbezaan kepuasan

kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan

sekerja) di kalangan guru dari segi demografi (jantina, taraf pendidikan dan

pengalaman mengajar) turut dikaji.

1.4 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Sejauh manakah tahap kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat,

gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dan tahap kecenderungan

Page 26: HUBUNGAN KEPUASAN KERJA DAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI …€¦ · kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di Daerah Manjung, Perak

6

hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan

Daerah Manjung, Perak?

1.4.2 Apakah perbezaan kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji

yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dari segi demografi (jantina,

taraf pendidikan dan pengalaman mengajar)?

1.4.3 Sejauh manakah hubungan kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan

pangkat, gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) yang membawa

kepada kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah

menengah kebangsaan Daerah Manjung, Perak?

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian adalah seperti berikut:

1.5.1 Mengenalpasti tahap kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat, gaji

yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dan tahap kecenderungan

hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan

Daerah Manjung, Perak.

1.5.2 Mengenalpasti perbezaan kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat,

gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dari segi demografi

(jantina, taraf pendidikan dan pengalaman mengajar).

1.5.3 Mengenalpasti hubungan kepuasan kerja (kerja itu sendiri, kenaikan pangkat,

gaji yang diterima, penyeliaan dan rakan sekerja) dengan kecenderungan

hendak berhenti kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan

Daerah Manjung, Perak.