HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in...

13
315 HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI DENGAN PRESTASI KERJA GURU SEKOLAH RENDAH DI NILAI, NEGERI SEMBILAN. Woon Wei Ni, Ruslin Amir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan generasi masa hadapan sesebuah negara. Dalam abad ke-21 yang mencabar ini, guru merupakan agen perubahan yang utama dalam memberikan pendidikan berkualiti. Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti beliau perlu mempunyai kriteria pendidik dan profesionalis me yang tinggi. Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap efikasi kendiri yang tinggi dipercayai dapat meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada terdapat hubungan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di sekolah. Kajian ini turut melihat sama ada terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar dan kelayakan akademik terhadap kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru. Kajian kuantitatif ini telah melibatkan seramai 217 orang guru yang dipilih secara rawak di Nilai, Negeri Sembilan. Data dianalisis dengan analisis deskriptif, ujian ANOVA sehala dan analisis korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kuat antara efikasi kendiri guru dan prestasi kerja. Namun begitu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru. Kajian mencadangkan supaya kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru dijalankan secara berkala supaya tahap pengetahuan dan kemahiran mereka bertambah selaras dengan perkembangan komunikasi dan teknologi. Hal ini perlu kerana tahap efikasi guru mempunyai hubungan yang berkadar langsung dengan prestasi mereka. Kata Kunci – Kepuasan Komunikasi Guru, Efikasi Kendiri Guru, Prestasi Kerja Guru ABSTRACT Teachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st century, teachers are the major agents of change in providing quality education. To become a quality teacher, one needs to have a high level of education and professionalism. Teachers with good communication skills and high levels of self efficacy are believed to improve performance in teaching and learning. Therefore, this study aims to examine whether there is a relationship between satisfaction of communication and self efficacy of teachers with the performance of teachers at school. This study also examines whether there is a difference between teaching experience and academic qualification towards teachers'satisfaction of communication and self efficacy. This quantitative study involved 217 randomly selected teachers in Nilai, Negeri Sembilan. Data were analyzed by descriptive analysis, one way ANOVA test and Pearson correlation analysis. Overall, the results show that there is a significant and strong relationship between teacher's self efficacy and work performance. However, there is no significant relationship between teachers’ communication satisfaction and teachers’ work performance. Research suggests that teachers' professionalism improvement courses are conducted periodically so that their level of knowledge and skills are increasing in line with the development of communication and technology. This is necessary because the level of teachers’ efficacy has a direct relationship with their performance. Keywords – Teachers’ Communication Satisfaction, Teachers’ Self Efficacy, Teachers’ Work Performance

Transcript of HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in...

Page 1: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

315

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI DENGAN PRESTASI KERJA

GURU SEKOLAH RENDAH DI NILAI, NEGERI SEMBILAN.

Woon Wei Ni, Ruslin Amir

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan generasi masa hadapan sesebuah negara. Dalam abad ke-21 yang mencabar ini, guru merupakan agen perubahan yang utama dalam memberikan pendidikan berkualit i. Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti beliau perlu mempunyai kriteria pendidik dan profesionalis me yang tinggi. Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap efikasi kendiri yang tinggi dipercayai dapat meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada terdapat hubungan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di sekolah. Kajian ini turut melihat sama ada terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar dan kelayakan akademik terhadap kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru. Kajian kuantitatif in i telah melibatkan seramai 217 orang guru yang dipilih secara rawak di Nilai, Negeri Sembilan. Data dianalisis dengan analisis deskriptif, ujian ANOVA sehala dan analisis korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kuat antara efikasi kendiri guru dan prestasi kerja. Namun begitu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru. Kajian mencadangkan supaya kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru dijalankan secara berkala supaya tahap pengetahuan dan kemahiran mereka bertambah selaras dengan perkembangan komunikasi dan teknologi. Hal ini perlu kerana tahap efikasi guru mempunyai hubungan yang berkadar langsung dengan prestasi mereka. Kata Kunci – Kepuasan Komunikasi Guru, Efikasi Kendiri Guru, Prestasi Kerja Guru

ABSTRACT Teachers play an important role in p roviding the future generation of a nation. In this challenging 21st century, teachers are the major agents of change in providing quality education. To become a quality teacher, one needs to have a high level of education and professionalism. Teachers with good communicat ion skills and high levels of self efficacy are believed to improve performance in teaching and learning. Therefore, this study aims to examine whether there is a relat ionship between satisfaction of communicat ion and self efficacy of teachers with the performance of teachers at school. This study also examines whether there is a difference between teaching experience and academic qualification towards teachers'satisfaction of communication and self efficacy. Th is quantitative study involved 217 randomly selected teachers in Nilai, Negeri Sembilan. Data were analyzed by descriptive analysis, one way ANOVA test and Pearson correlation analysis. Overall, the results show that there is a significant and strong relationship between teacher's self efficacy and work performance. However, there is no significant relat ionship between teachers’ communication satisfaction and teachers’ work performance. Research suggests that teachers' professionalism improvement courses are conducted periodically so that their level of knowledge and skills are increasing in line with the development of communication and technology. This is necessary because the level of teachers’ efficacy has a direct relationship with their performance. Keywords – Teachers’ Communication Satisfaction, Teachers’ Self Efficacy, Teachers’ Work Performance

Page 2: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

316

PENGENALAN Sekolah merupakan satu tempat yang penting untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Murid-murid perlu mencerna dan menghayat nilai-nilai murni di sekolah. Tugas guru bukan hanya mengajar tetapi mereka juga menanam n ilai-nilai murn i dalam kalangan pelajar bagi membentuk generasi berakhlak pada masa hadapan. Oleh itu, komunikasi memainkan peranan yang penting dalam sesuatu organisasi. Hal ini kerana komunikasi merupakan cara utama mesej d ihantar kepada penerima melalu i satu media. Tanpa komunikasi berkesan, salah faham mungkin berlaku dan menyebabkan sesuatu aktivit i tidak dapat dijalankan dengan lancar. Secara klasiknya Goldhaber (1990) menyatakan bidang komunikasi dalam organisasi mengandungi tujuh konsep utama iaitu proses, mesej, rangkaian, saling bergantung, hubungan, persekitaran dan ketidaktentuan. Selain itu, hubungan manusia atau komunikasi interpersonal adalah penting dalam menggerakkan sesuatu organisasi. Di sekolah, komunikasi interpersonal membabitkan hubungan di antara pihak pengurusan dengan guru, kakitangan sekolah dan pelajar. Selain itu, komunikasi yang berkesan dalam sesuatu organisasi dapat dipengaruhi oleh kualit i persekitaran sekolah dan faktor komunikasi interpersonal yang akan memberi kesan kepada peningkatan esteem kendiri dalam kalangan guru. Dengan ini, prestasi kerja guru juga akan dipengaruhi. Hal in i disokong oleh Coyle (1993) yang mengatakan kemampuan komunikasi interpersonal akan mempengaruhi konsep kendiri seseorang individu. Cara seseorang individu berinteraksi akan memberi kesan tertentu kepada orang lain terhadap dirinya. Keyakinan untuk membangunkan diri amat penting sekiranya seseorang ingin mempunyai daya saing di peringkat g lobalisasi. Oleh itu, seseorang individu tidak kira bekerja di sektor swasta termasuk guru juga perlu mempunyai mat lamat yang jelas dalam membangunkan diri dan kerjaya. Bandura (1977) mengatakan bahawa efikasi kendiri merupakan satu aspek yang penting dalam merealisasikan kejayaan individu dalam kerjaya. Seseorang individu perlu percaya terhadap diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik dan berkesan. Di samping itu, seseorang yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu bekerja dengan lebih tekun dan rajin walaupun berada dalam situasi kesusahan. Dengan ini, prestasi kerja seseorang tersebut dapat ditingkatkan. Selain meningkatkan prestasi, setiap individu guru bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan memahami kehendak dirinya dan berkongsi keperluan dengan organisasi. (Mallon & Walton, 2005). Guru juga perlu memahami kehendak diri dan berusaha untuk mencapai matlamat dan akhirnya meningkatkan prestasi kerja. Oleh itu adalah penting setiap guru memahami d iri mereka sendiri kerana ianya bersifat peribadi. Sekiranya guru mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi, maka secara tidak langsung akan meningkatkan usaha dan penyertaan mereka dalam meningkatkan prestasi kerja. PERNYATAAN MASALAH Sistem pendidikan akan mencapai matlamat dengan adanya guru-guru yang berkualiti. (Syed Is mail dan Ahmad Subki, 2010) Pencapaian pelajar yang cemerlang sebenarnya amat bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran yang diaplikasikan o leh guru mereka. Oleh itu, guru merupakan tulang belakang sistem pendidikan. Menurut Saedah dan Mohammaed San i (2012), tanpa penglibatan dan sokongan daripada pihak guru, segala perancangan pendidikan yang telah d isediakan akan terbengkalai begitu sahaja.

Menurut Pace dan Faules (1994), iklim komunikasi yang diamalkan akan dapat mempertingkatkan komitmen kerja yang tinggi. Kini didapati guru-guru masih cenderung untuk bekerja secara bersendirian dan jarang mengamalkan budaya perkongsian pengalaman dan bahan pengajaran dengan rakan sekerja mereka. Guru-guru yang kurang berkongsi ilmu dan kurang perbincangan mengenai peningkatan kemahiran mengajar serta suka bertindak bersendirian akan menyebabkan guru tidak dapat meningkatkan kemahiran mereka dan secara tidak langung menjejaskan prestasi murid. (Nor Asihikin,2006)

Keberkesanan organisasi sebenarnya amat bergantung kepada kemahiran komunikasi yang ada pada semua ahli anggota dalam organisasi tersebut. Harcourt, Krizan dan Merrier (1996) mengatakan pengurus menghabiskan sebanyak 95 peratus daripada masa bekerja untuk berkomunikasi manakala pekerja bawahan menghabiskan sebanyak 60 peratus daripada masa bekerja untuk berkomunikasi dalam pelbagai bentuk. Hal ini menunjukkan proses komunikasi dalam organisasi melibatkan setiap ahli dalam organisasi. Selain itu, proses komunikasi tidak semestinya berlaku dalam sesebuah syarikat tetapi sekolah juga amat memerlukan p ihak atasan dan guru untuk berkomunikasi supaya kualiti sekolah tersebut terjamin.

Page 3: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

317

Menurut Stegall (2011), guru-guru cenderung mengamalkan cara bekerja secara tradisional iaitu bekerja secara bersendirian dan keadaan ini boleh mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru. Selain itu, dengan beban kerja guru yang banyak kini telah mengurangkan motivasi kerja guru dan akhirnya telah menjejaskan prestasi kerja mereka. Sebaliknya, sekiranya guru bebas daripada ketegangan, guru tersebut dapat memberikan output yang positif serta produktiviti yang tinggi di tempat kerja. Selain itu, menurut Usop et al (2013), prestasi kerja guru turut dipengaruhi oleh aspek-aspek aptitud, tingkah laku, penguasaan mata pelajaran, kaedah pengajaran, karakter personal, persekitaran b ilik darjah, kebolehan intelektual, personaliti serta hubungan dengan para pelajar. Oleh itu, seseorang perlu mempunyai keyakinan diri untuk mencapai sesuatu mat lamat. (Margolis & McCabe, 2006). Bandura (1977) turut mengatakan efikasi kendiri dapat mempengaruhi tindakan seseorang terhadap bidang yang diceburinya, sejauh mana usahanya dan tahap ketahanannya dalam menghadapi cabaran.

TUJUAN KAJIAN

Kajian in i dijalankan untuk menin jau hubungan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di sekolah. Oleh itu, secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:

a) Menilai tahap kepuasan komunikasi guru dan efikasi kendiri guru di sekolah. b) Mengenal pasti hubungan kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru di

sekolah. c) Mengenal pasti hubungan efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di

sekolah. d) Mengenal pasti hubungan kepuasan komunikasi dengan efikasi kendiri guru. e) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar dengan

kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru. f) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara kelayakan akademik dengan

kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru.

PERSOALAN KAJIAN Daripada tujuan kajian yang dikenal pasti, adalah diharapkan kajian ini dapat menjawab persoalan kajian seperti berikut :

a) Apakah tahap kepuasan komunikasi guru dan efikasi kendiri guru di sekolah? b) Adakah terdapat hubungan antara komunikasi guru dengan prestasi kerja guru d i

sekolah? c) Adakah terdapat hubungan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru

di sekolah ? d) Adakah terdapat hubungan antara kepuasan komunikasi dengan efikasi kendiri guru ? e) Adakah terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar dengan kepuasan komunikasi

dan efikasi kendiri guru? f) Adakah terdapat perbezaan antara kelayakan akademik dengan kepuasan

komunikasi dan efikasi kendiri guru?

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk berdasarkan model dan kajian lepas dengan menggunakan pemboleh ubah bebas kepuasan komunikasi yang terdiri daripada iklim organisasi, maklum balas peribadi, komunikasi p ihak atasan, kualit i media, perspektif organisasi, integrasi organisasi dan komunikasi horizontal. Manakala efikasi kendiri terdiri daripada penglibatan murid semasa

Page 4: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

318

pengajaran, strategi instruksional dan pengurusan kelas. Manakala prestasi kerja d ijad ikan pemboleh ubah bersandar kajian. Secara ringkasnya, kerangka konseptual kajian adalah seperti Rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian

KAJIAN LITERATUR Dalam kajian Baharum S.et. al (2006) mengatakan bahawa terdapat hubungan positif dengan prestasi kerja dan juga kepuasan kerja d idapati mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen organisasi. Di samping it, dalam kajian Downs (1991) yang menyelidik tentang hubungan kepuasan komunikasi dengan komitmen organisasi di dua organisasi Australia. Didapati terdapat hubungan positif antara kepuasan komunikasi dan komitmen organisasi. Faktor yang paling mempengarhi komitmen organisasi ialah komunikasi penyeliaan, maklum balas dan iklim organisasi.

Mercer Human Resources Consulting (2003) dalam kajiannya mengatakan bahawa komunikasi yang baik dan berkesan berperanan dalam memajukan perniagaan dan dalam usaha mengekalkan pekerja. Komunikasi yang baik merupakan elemen yang penting dalam mengoptimumkan komitmen, kepuasan dan kesetiaan pekerja. Komunikasi mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Secara ringkasya, tahap keberkesanan komunikasi adalah bergantung kepada

Prestasi Kerja Gurui) Kemahiran mengajar

ii) Disiplin & Keteraturan

iii) Hubungan Interpersonal

iv) Kemahiran mengurus

( Amin, M.Shah, et. al, 2013)

Kepuasan Komunikasii) Iklim Organisasi

ii) Maklum Balas Peribadiiii) Komunikasi Pihak Atasan

iv) Kualiti Mediav) Perspektif Organisasivi) Intergrasi Organisasi

vii) Komunkasi Mendatar

( Adaptasi daripada Downs and Hazen, 1977)

Efikasi Kendirii) Penglibatan murid semasa

pengajaranii) Strategi Instruksional

iii) Pengurusan Kelas

(Tschannen-Moray & Hoy, 2001)

Faktor demografi • Pengalaman Mengajar

• Kelayakan Akademik

Page 5: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

319

mejikan. Ia memberikan kesan terhadap keseluruhan komitmen dan kepuasan mereka dan itulah faktor dalam membawa pekerja untuk terus berkhidmat dengan ketua dan organisasinya.

Mengikut Mustaffa,C.S.(2004) keberkesanan komunikasi yang tinggi dalam sesuatu organisasi dapat mengurangkan konflik, meningkatkan motivasi, kepuasan kerja dan produktiviti yang akhirnya dapat meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi dan mengurangkan kadar lantik-henti. Kajian oleh Rosli (1998), Che Su (2000) dan Patterson, Warr dan West (2004) turut menyatakan terdapatnya hubungan yang positif antara komunikasi yang berkesan dengan tahap kepuasan kerja,komitmen serta produktiviti kerja.

Seterusnya dalam kajian yang berkaitan, o leh Tubbs dan Moss (2008), didedahkan bahawa terdapat korelasi antara komunikasi kualit i dan jumlah prestasi dalam organisasi. Ketiadaan komunikasi berkesan menghalang prestasi organisasi yang berjaya. Sebagai contohnya, ahli-ahli sebuah organisasi dapat berkongsi isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan serta maklumat yang memudahkan idea dalam kreativ iti dan membuat keputusan( Robbins et al. 2010). Berdasarkan pernyataan ini, matlamat dan objektf organisasi dan individu dapat dicapai.

Dalam kajian Nakato. V (2015), beliau mengatakan bahawa hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja. ( r= 0.43, p < 0.01) Aktivit i di sekolah yang mempengaruhi efikasi guru turut amat penting terhadap organisasi pendidikan. (Tchannen-Moran, 2000). Oleh itu, pemimpin atau iklim organisasi di sekolah perlu bersifat positif dan hal ini dapat meningkatkan motivasi guru dan efikasi guru. Dalam kajian Cocca, M et. al. (2018) mengatakan bahawa terdapat perbezaan efikasi guru pengalaman dan sederhana yang berpengalaman menunjukkan skor yang leb ih tinggi berbanding dengan guru baru dalam beberapa dimensi SE (self-efficacy), (p<.05).

Di samping itu, terdapat kajian yang mengatakan bahawa terdapatnya perbezaan tahap efikasi kendiri guru mengikut pengalaman mengajar. dan kelulusan akademik. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru novis (F=2.98, sig=0.05), manakala guru yang berkelulusan ijazah yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang tidak berijazah (t = 1.96, sig = 0.05). Dapatan ini secara tidak langsung menyokong dapatan kajian yang menyatakan pengalaman kerja guru dan tahap pengetahuan adalah faktor yang mempengaruhi tahap efikasi dan kualiti pengajaran (Tschannen-Moran & Hoy, 2002; Bandura, 1997; Soodak & Podell, 1996).

METODOLOGI Kajian in i merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian dan menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk kajian. Kajian ini dijalankan di Nilai, Negeri Sembilan yang melibatkan 12 buah sekolah rendah. Soal Selid ik ini d iukur melalu i skala likert 5 mata. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), sebanyak 217 orang guru dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.

Dalam kajian ini, borang soal selidik ini diedarkan kepada guru-guru daripada 4 buah sekolah bagi setiap aliran. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D.

Bahagian A mengandungi maklmuat demografi guru dan Bahagian B merupakan soal selidik Efikasi Guru yang diadaptasi daripada Teacher’s Self-Efficacy Belief (TSEB) oleh Tschannen-Moran & Hoy (2001). Bahagian C merupakan soal selidik Komunikasi Guru dalam sekolah yang diadaptasi daripada soal selidik Communication Audit Questionnaire yang dibangunkan oleh Downs dan Hazen (1990) manakala Bahagian D merupakan soal selid ik Prestasi Kerja Guru yang didaptasi daripada Amin, M., Shah, R. u., Ayaz, M., & Atta, M. A. (2013). Teachers’ Job Performance At Secondary Level In Khyber.

Kesahan, Kebolehpercayaan Dan Kajian Rintis Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian rintis di seko lah luar kawasan Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 30 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjalankan kajian rintis ini.

Jadual 1: Ujian Kebolehpercayaan bagi Kajian Rintis Topik nilai Cronbach’s Alpha

Kepuasan Komunikasi Guru 0.967 Efikasi Kendiri Guru 0.922 Prestasi Kerja Guru 0.905

Page 6: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

320

Berdasarkan jadual tersebut, nilai Cronbach’s Alpha bagi kesemua instrumen soal selid ik kajian tersebut adalah tinggi iaitu menghampiri nilai 1. Hal ini menunjukkan instrumen yang digunakan dalam kajian adalah baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi sekali gus dapat digunakan dalam penyelidikan yang sebenar.

Jadual 2: Interpretasi Skor Alpha Cronbach (α ) (Bond & Fox, 2007)

Skor Alpha Cronbach (α )

Kebolehpercayaan

0.9 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi

0.7 – 0.8 Baik dan boleh terima

0.6 – 0.7 Boleh diterima

< 0.6 Item perlu dibaiki

< 0.5 Item perlu digugurkan

DAPATAN KAJIAN

Jadual 3 : Demografi Jantina, Umur, Kelayakan Akademik dan Pengalaman Mengajar Responden Profil Responden

Profil Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina

Lelaki 61 28.1%

Perempuan 156 71.9%

Jumlah 217 100.0%

Kelayakan Akademik

Diploma 35 17.9%

Sarjana Muda 170 22.5%

Sarjana 10 25.6%

Doktor Falsafah 2 33.9%

Jumlah 217 100.0%

Umur

20 hingga 29 tahun 63 29.0%

30 hingga 39 tahun 104 47.9%

40 hingga 49 tahu 35 16.1%

Lebih 50 tahun 15 6.9 %

Jumlah 217 100.0%

Pengalaman Mengajar

1 hingga 5 tahun 57 26.3%

6 hingga 10 tahun 34 15.7%

Page 7: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

321

Jadual 1 menunjukkan seramai 61 orang (28.1%) guru lelaki dan 156 orang (71.9%) guru perempuan. Manakala terdapat 35 o rang (16.1%) yang mempero leh Diploma, 170 orang (78.3%) yang memperoleh Sarjana Muda, 10 orang (4.6%) yang memperoleh Sarjana dan hanya 2 orang (0.9%) mempunyai Doktor Falsafah. Seterusnya guru yang umur dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun ialah 63 orang (29.0%), 104 orang (47.9%) berumur 30 h ingga 39 tahun, 35 orang (16.1%) berumur 40 h ingga 49 tahun manakala terdapat 15 orang (6.9%) berumur lebih daripada 50 tahun. Bagi pengalaman mengajar pula, terdapat 57 orang (26.3%) yang mengajar 1 hingga 5 tahun, 34 o rang (15.7%) yang mengajar 6 hingga 10 tahun, 48 orang (22.1%) yang mengajar 11 hingga 15 tahun, 47 orang (21.7%) yang mengajar 16 h ingga 20 tahun dan 31 orang (14.3%) yang mengajar lebih daripada 20 tahun.

Soalan Kajian 1: Apakah tahap kepuasan komunikasi guru dan efikasi kendiri guru di sekolah?

Jadual 4: Tahap Kepuasan Komunikasi Guru

No Kepuasan Komunikasi Min Sisihan piawai Interpretasi 1 Iklim Organisasi 3.8885 .57856 Tinggi

2 Maklum Balas Peribadi 3.5797 .64143 Sederhana

3 Komunikasi Pihak Atasan 3.6691 .79175 Sederhana

4 Kualiti Media 3.8221 .80799 Tinggi

5 Perspektif Organisasi 3.7677 .60482 Tinggi

6 Integrasi Organisasi 3.8212 .59201 Tinggi

7 Komunikasi Horizontal 3.8912 .52807 Tinggi

Purata Keseluruhan 3.7771 .64923 Tinggi

Berdasarkan Jadual 4, dua kemahiran iaitu maklum balas peribadi berada pada tahap yang sederhana( nilai min antara 2.64 – 3.67). Lima kemahiran iaitu iklim organisasi, kualit i media, perspektif organisasi, integrasi organisasi dan komunikasi horizontal berada pada tahap yang tinggi (nilai min antara 3.68 – 5.00) . Nilai min keseluruhan kepuasan komunikasi guru ialah 3.7771 iaitu pada tahap yang tinggi.

Jadual 5: Tahap Efikasi Kendiri Guru

No Efikasi Kendiri Min Sisihan piawai Interpretasi 1 Penglibatan Murid Semasa

Pengajaran 3.9493 .44857

Tinggi

2 Strategi Instruksional 4.0323 .44141 Tinggi

3 Pengurusan Kelas 3.9842 .43158 Tinggi

Purata Keseluruhan 3.9886 .44052 Tinggi

11 hingga 15 tahun 48 22.1%

16 hingga 20 tahun 47 21.7%

Melebihi 20 tahun 31 14.3%

Jumlah 217 100.0%

Page 8: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

322

Berdasarkan Jadual 5, ket iga-tiga kemahiran efikasi kendiri guru iaitu penglibatan murid semasa pengajaran, strategi instruksional dan pengurusan kelas berada pada tahap yang tinggi (nilai min antara (3.68 – 5.00). Nilai min keseluruhan tahap efikasi kendiri guru ialah 3.9886 iaitu pada tahap yang tinggi.

Soalan Kajian 2 : Adakah terdapat hubungan antara kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru di sekolah?

Jadual 6: Nilai korelasi antara kemahiran Kepuasan Komunikasi dengan Prestasi Kerja.

Kepuasan Komunikasi Guru Nilai Korelasi dengan Prestasi Kerja

1) Iklim Organisasi 0.315

2) Maklum Balas Peribadi 0.292

3) Komunikasi Pihak Atasan 0.315

4) Kualiti Media 0.366

5) Perspektif Organisasi 0.361

6) Integrasi Organisasi 0.269

7) Komunikasi Horizontal 0.338

Jadual 6 menunjukkan hubungan antara setiap kemahiran kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru. Didapati kesemua kemahiran kepuasan komunikasi guru mempunyai nilai korelasi yang rendah dengan prestasi kerja.

Jadual 7: Hubungan antara Kepuasan Komunikasi Guru dengan Prestasi Kerja Guru

Prestasi Kerja Guru Kepuasan Komunikasi Guru

Prestasi Kerja Guru

Pearson Correlaton 1 .373

Sig. (2-tailed) . .000

N 217 217

Kepuasan Komunikasi Guru

Pearson Correlation .373 1

Sig. (2-tailed) .000 .

N 217 217

**. Korelasi adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05, (2 hujung).

Jadual 7 menunjukkan hubungan antara kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru.. Keputusan menunjukkan r(215)= 0.373, p<0.05. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan yang lemah antara kepuasan komunikasi guru dengan prestasi kerja guru.

Page 9: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

323

Soalan Kajian 3 : Adak ah terdapat hubungan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru di sekolah?

Jadual 8 : Nilai korelasi antara kemahiran efikasi kendiri Guru dengan prestasi kerja.

Efikasi Kendiri Guru Nilai Korelasi dengan Prestasi Kerja

1) Penglibatan Murid Semasa Pengajaran 0.672

2) Strategi Instruksional 0.705

3) Pengurusan Kelas 0.660

Jadual 8 menunjukkan nilai korelasi antara kemahiran efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja. Didapati kesemua kemahiran mempunyai nilai korelasi yang tinggi dengan prestasi kerja guru.

Jadual 9: Hubungan antara Efikasi Kendiri Guru dengan Prestasi Kerja Guru

Efikasi Kendiri Guru Prestasi Kerja Guru

Efikasi Kendiri Guru

Pearson Correlaton 1 .775**

Sig. (2-tailed) . .000

N 217 217

Prestasi Kerja Guru

Pearson Correlation .775** 1

Sig. (2-tailed) .000 .

N 217 217

**. Korelasi adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05, (2 hujung).

Jadual 9 menunjukkan hubungan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru. Keputusan menunjukkan r(215) =0.775, p<0.05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara efikasi kendiri guru dengan prestasi kerja guru.

Soalan Kajian 4 : Adakah terdapat hubungan antara kepuasan komunikasi guru dengan efikasi kendiri guru di sekolah?

Jadual 10: Hubungan antara Kepuasan Komunikasi Guru dengan Efikasi Kendiri Guru

Kepuasan Komunikasi Guru

Efikasi Kendiri Guru

Kepuasan Komunikasi Guru

Pearson Correlaton 1 .420**

Sig. (2-tailed) . .000

N 217 217

Efikasi Kendiri Guru

Pearson Correlation .420** 1

Sig. (2-tailed) .000 .

N 217 217

**. Korelasi adalah signifikan pada aras keyakinan 0.05, (2 hujung).

Page 10: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

324

Jadual 10 menunjukkan hubungan antara kepuasan komunikasi guru dengan efikasi kendiri guru. Keputusan menunjukkan r(215) =0.420, p<0.05. Hal ini menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan signifikan antara kepuasan komunikasi dengan efikasi kendiri guru.

Soalan Kajian 5 : Adak ah terdapat perbezaan antara pengalaman mengajar dengan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru?

Jadual 11: Keputusan Ujian ANOVA Sehala terhadap perbezaan antara pengalaman mengajar dengan kepuasan komunikasi guru.

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups

3.386 4 .846 2.757 .029

Within Groups 65.095 212 .307

Total 68.480 216

Berdasarkan Jadual Nilai Krit ikal bagi Taburan F(Lampiran 5), nilai F-krit ikal (df=4, 212, p <0.05) diperoleh iaitu 2.42. Nilai F-kiraan 2.757 adalah lebih besar daripada F-kritikal (2.42). Hipotesis nul ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan kepuasan komunikasi guru di sekolah. F(4,212)= 2.757, p<0.05.

Jadual 12: Keputusan Ujian ANOVA Sehala terhadap perbezaan antara pengalaman mengajar dengan efikasi kendiri guru

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 2.782 4 .695

4.997 .001

Within Groups 29.503 212 .139

Total 32.284 216

.

Berdasarkan Jadual Nilai Krit ikal bagi Taburan F(Lampiran 5), nilai F-krit ikal (df=4, 212, p <0.05) diperoleh iaitu 2.42. Nilai F-kiraan 4.997 adalah lebih besar daripada F-kritikal (2.42). Hipotesis nul ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan efikasi kendiri guru di sekolah. F(4,212)= 4.997, p<0.05.

Soalan Kajian 6 : Adakah terdapat perbezaan antara kelayakan akademik dengan kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru?

Jadual 13: Keputusan Ujian ANOVA Sehala terhadap perbezaan antara kelayakan akademik dengan kepuasan komunikasi guru.

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 4.375

3 1.458

4.845 .003

Within Groups 64.106 213 .301

Total 68.480 216

Page 11: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

325

Berdasarkan Jadual Nilai Krit ikal bagi Taburan F(Lampiran 5), nilai F-krit ikal (df=3, 213, p <0.05) diperoleh iaitu 2.65.Nilai F-kiraan 4.845adalah lebih besar daripada F-kritikal (2.65). Hipotesis nul ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan kepuasan komunikasi guru di sekolah, F(3,213)= 4.845, P<0.05.

Jadual 14: Keputusan Ujian ANOVA Sehala terhadap perbezaan antara kelayakan akademik dengan efikasi kendiri guru.

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups 2.492

3 .831

5.938 .001

Within Groups 29.793 213 .140

Total 32.284 216

Berdasarkan Jadual Nilai Krit ikal bagi Taburan F(Lampiran 5), nilai F-krit ikal (df=3, 213, p <0.05) diperoleh iaitu 2.65.Nilai F-kiraan 5.938 adalah lebih besar daripada F-krit ikal (2.65). Hipotesis nul ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara kelayakan akademik dengan efikasi kendiri guru di sekolah, F(3,213)= 5.938, P<0.05.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, tahap kepuasan komunikasi guru adalah tinggi. Hal in i bermakna guru-guru di Nilai, Negeri Sembilan berpendapat komunikasi amat penting kepada seseorang sama ada saling bertukar maklumat atau untuk mencapai sesuatu maklumat. Dapatan ini selari dengan kajian Mohd. Taib dan Che Su (2001) yang menyatakan bahawa keberkesanan komunikasi yang tinggi dalam sesuatu organisasi dapat mengurangkan konflik, meningkatkan motivasi, kepuasan kerja dan produktiviti yang akhirnya dapat meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi dan mengurangkan kadar lantik-henti. Seterusnya, tahap efikasi kendiri guru juga berada pada tahap yang tinggi. Hal in i bermakna guru-guru di Nilai, Negeri Sembilan mempunyai motivasi dalaman yang tinggi dan lebih cenderung untuk mewujudkan bilik darjah yang mempunyai struktur matlamat pencapaian murid, menggunakan strategi pengajaran dan pengajaran berpusatkan murid, memberi tumpuan kepada pembelajaran dan peningkatkan murid dan membimbing murid yang lemah. (Shidler, 2009; Wolters & Daugherty, 2007).

Kajian ini menunjukkan hubungan antara kepuasan komunikasi dan prestasi kerja guru adalah lemah. Hal ini menunjukkan guru-guru di Nilai, Negeri Sembilan berpendapat kepuasan komunikasi tidak mampu meningkatkan prestasi kerja mereka d i sekolah. Kemahiran mengajar dan pengetahuan terhadap bidang tertentu lebih penting bagi mereka. Dalam kajian klasik yang dijalankan oleh Pincus (1986) mengenai hubungan komunikasi dengan prestasi jururawat professional di Amerika Syarikat. Didapati hubungan kepuasan komunikasi dan prestasi kerja mempunyai hubungan yang positif namun lemah. Dalam kajian, d idapati bahawa ketujuh-tujuh kemahiran kepuasan komunikasi iaitu iklim organisasi, maklum balas peribadi, komunikasi p ihak atasan, kualit i media, perspektif organisasi, integrasi organisasi dan komunikasi horizontal tidak memberi kesan terhadap prestasi kerja guru di Nilai, Negeri Sembilan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan antara efikasi kendiri guru dan prestasi kerja guru adalah kuat dan signifikan. Hal in i bermaksud guru-guru di Nilai, Negeri Sembilan berpendapat bahawa efikasi kendiri memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi kerja guru. Keberkesanan efikasi kendiri guru dapat dilihat oleh tindakan guru tersebut sendiri. Tingkah laku guru sendiri akan menetapkan tahap efikasi kendiri guru. Hal in i dapat disokong oleh kajian Liang Zhen Long (2007) telah mengatakan bahawa efikasi kendiri pekerja dan komitmen mempunyai kesan positif ke atas prestasi kerja. Manakala umur, tahap pendidikan, tempoh memegang jawatan dan jenis pekerjaan tidak memainkan peranan yang sederhana dalam hubungan antara efikasi kendiri atau komitmen dalam prestasi kerja. Hal ini turut disokong oleh Olay iwola, (2011) yang mengatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi kerja dengan efikasi kendiri ( r= .849, p<.05). Keputusan juga menunjukkan bahawa efikasi

Page 12: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

326

kendiri juga secara signifikannya meramal prestasi kerja (R = .721, F^sub (1,572)^ = 1477.214; p < .05). Kajian itu menyimpulkan bahawa guru-guru akan melaksanakan tugas mereka dengan baik jika mereka mempunyai efikasi kendiri yang tinggi.

Kajian ini juga menunjukkan hubungan antara kepuasan komunikasi dan efikasi kendiri guru adalah sederhana. Antara tujuh kemahiran dalam kepuasan komunikasi, hanya dua kemahiran iaitu perspektif organisasi dan integrasi organisasi memberi impak terhadap efikasi kendiri guru walaupun hubungan tersebut adalah sederhana. Perspektif organisasi in i merupakan kepuasan seseorang dengan jenis maklumat yang luas mengenai organisasi secara keseluruhan seperti matlamat atau prestasi sekolah dalam konteks kajian ini. Oleh itu, guru-guru di Nilai berpendapat sekiranya mereka mempunyai hala tuju atau maktlamat yang nyata di sekolah, sudah pasti efikasi kendiri mereka turut meningkat. Seterusnya integrasi organisasi pula menyatakan tahap di mana indiv idu menerima maklumat mengenai persekitaran kerja. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat meningkatkan efikasi kendiri guru. Dengan ini, guru lebih bersemangat untuk melakukan tugasan mereka. Selain itu, watak, sikap dan tingkah laku pihak atasan juga memberikan impak terhadap guru. Pihak atasan yang sering menunjukkan watak yang positif dapat memberikan impak positif terhadap efikasi kendiri guru di sekolah.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan pengalaman mengajar dengan kepuasan komunikasi guru. Dengan pengalaman mengajar yang semakin meningkat, kepuasan komunikasi guru turut meningkat. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang banyak telah dapat tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan pihak atasan atau dengan rakan sekerja dengan baik. Mereka tidak malu untuk bertanya soalan sekiranya terdapat masalah dihadapi. Selain itu, pengalaman mengajar yang meningkatkan turut memberi kesan terhadap efikasi kendiri guru. Dengan ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa mengajar atau bengkel dan kursus yang dihadiri dapat memberikan kesan kepada efikasi kendiri guru.

Kajian ini turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kelayakan akademik dengan kepuasan komunikasi guru di seko lah. Dengan kelayakan akademik yang semakin tinggi, guru lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ilmu dan pengetahuan yang baru dapat dikongsi dan seterusnya meningkatkan kualiti komunikasi guru di sekolah. Selain itu, kelayakan akademik turut memberi kesan terhadap efikasi kendiri guru di sekolah. Guru yang mempunyai sijil Sarjana lebih berkeyakinan berbanding dengan guru yang memiliki sijil Sarjana Muda dan Diploma. Hal in i mungkin disebabkan ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah lebih banyak dan dapat membantu para guru dalam pengajaran serta sekali gus meningkatkan prestasi kerja guru.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, tahap kepuasan komunikasi guru dan tahap efikasi kendiri guru adalah berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan guru di Nilai, Negeri Sembilan. Hubungan antara kepuasan komunikasi dengan prestasi kerja guru adalah lemah manakala efikasi kendiri guru yang tinggi dapat meningkatkan prestasi kerja guru d i sekolah. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan pengalaman mengajar dan kelayakan akademik terhadap kepuasan komunikasi guru dan efikasi kendiri guru di sekolah. Kajian mencadangkan supaya kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru dijalankan secara berkala supaya tahap pengetahuan dan kemahiran mereka bertambah selaras dengan perkembangan komunikasi dan teknologi. Hal ini perlu kerana tahap efikasi guru mempunyai hubungan yang berkadar langsung dengan prestasi mereka.

RUJUKAN Amin, M., Shah, R. u., Ayaz, M., & Atta, M. A. (2013). Teachers’ Job Performance at Secondary Level

in Khyber. Gomal University Journal of Research, 29(2) Dec 2013. Bandura, Albert. (1977) "Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioural change." Psychological

review 84, no. 2 (1977): 191. Baharum, S., Sawai, J. P., & Rathakrishnan, R. B. (2006). Hubungan antara komunikasi dalam organisasi

dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kerja. Jurnal Kemanusiaan, 4(1). Cocca, M., Cocca, A., Martínez, E. A., & Bulnes, M. R. (2018). Correlat ion between Self-Efficacy

Perception and Teaching Perfo rmance: The Case of Mexican Preschool and Primary School Teachers. Arab World English Journal, 9(1), 56-70. doi:10.24093/awej/vol9no1.4

Coyle, M.B. (1993). Quality interpersonal communication –An overview. Manage, 44(4), 4-5

Page 13: HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DAN EFIKASI KENDIRI … fileTeachers play an important role in providing the future generation of a nation. In this challenging 21st ... (1990) menyatakan

327

Downs, C. W., Hazen, M. D. (1977). A Factor Analytic Study of Communication Satisfaction. The Journal of Business Communication, 14, 63-73.

Goldhaber, G. M. (1990). Organizational communication (5th Ed.). Dubuque, IO: Wm C. Brown. Harcot, J., Krizan, A.C. & Merrier, P. (1996). Business Communication. Ed. Ke 3. Ohio: South-Western Educational Publishing. Kalsom Kayat, and Nor Ashikin Mohd. Nor, (2006) Penglibatan ahli komuniti dalam program

pembangunan komuniti: program homestay di Kedah. AKADEMIKA, 67 . pp. 77-102. ISSN 0126-5008

Mallon, Mary, and Sara Walton. .(2005). "Career and learning: the ins and the outs of it." Personnel Review 34, no. 4 (2005): 468-487.

Margolis, H., & Mccabe, P. P. (2006). Improving Self-Efficacy and Motivation:What to Do, What to Say. Intervention in School and Clinic, 41(4), 218-227. doi: 10.1177/10534512060410040401

Mustaffa, C. S. (2004). Keberkesanan komunikasi organisasi: satu analisis mult idimensi. International Journal of Management Studies (IJMS), 11(2), 91-122.

Nakato, V. (2015). Self-efficacy, motivation and job performance among secondary school teachers in Mityana District. Unpublished masters dissertation. Makerere University, Kampala, Uganda

Pace, R.W. & Faules, D.F. (1994).Organization Communication. Ed. Ke 3. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice-Hall. Patterson, M. G.,Warr, P. B., &West, M. A. (2004). Organizational climate and company performance:

the role of employee affect and employee level. Journal of Occupational and Organizat ional Psychology, 77, 193–216.

Saedah Siraj & Mohammed Sani Ib rahim. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Stegall, D.A. (2011). Professional Learn ing Communities and Teacher Efficacy: A Correlat ional Study. Unpublished doctoral dissertation. Appalachian State University, Boone, NC.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tschannen-Moran, M., Woolfok-Hoy, A., & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: Its meaning and measure. Review of Educational Research, 68(2), 202-248

Usop, A. M., Askandar, K., Langguyuan-Kadtong, M. & Usop, A. S. O. (2013). Work Performance and Job Satisfaction among Teachers. International Journal of Humanities and Social Science. 3(5).78-97