HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “...
Transcript of HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN … · HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN ... “...
HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN
DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
DI PASIR GUDANG
DIAN DIANTI BINTI JUMAAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN PEGANGAN ATAU KEPERCAYAAN PENYELIAAN
DENGAN GAYA KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN TERHADAP
GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
DI PASIR GUDANG
DIAN DIANTI BINTI JUMAAT
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai
Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2014
ii
“Saya Akui
Bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
Karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Teknik Dan Vokasional )”
TANDATANGAN : ………………………………………..
NAMA PENSYARAH : DR. AEDE HATIB BIN MUSTA’AMAL
TARIKH : JANUARI 2014
iii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidikan saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya dan dinyatakan dalam rujukan ”
TANDATANGAN : ___________________________
NAMA : DIAN DIANTI BINTI JUMAAT
TARIKH : ___________________________
iv
DEDIKASI
Khas buat insan yang teramat ku sayangi
Ayahanda dan Bonda
Terima kasih atas semangat, dorongan dan bantuan yang dihulurkan.
Jasa kalian tak mampu untuk ku balas……….
Suamiku tercinta
Mohd. Razali Bin Abdullah Sani
Anak-anakku yang sangat kusayangi
Nur Dini Haziqah, Muhammad Nur Aiman
dan Muhammad Nur Imran
Dan
Adinda-adindaku
Pengorbanan, pengertian, kesabaran serta kasih sayang kalian
amat ku hargai dan sanjungi
Teman-teman……
Terima kasih atas segala sokongan, semangat dan bantuan yang kalian
hulurkan sepanjang pengajianku ini.
v
PENGHARGAAN
Segala pujian kehadrat Allah s.w.t yang mengizinkan terlaksananya
penyelidikan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli
keluarganya, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mendokong perjuangannya
hingga akhir zaman.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada supervisor yang telah banyak
membantu, Dr. Aede Hatib Bin Musta’amal, di atas segala tunjuk ajar dan
bimbingan yang telah diberikan sehingga penulisan ini dapat disiapkan. Terima
kasih juga diucapkan kepada beliau yang telah memberikan pendedahan awal
tentang cara menulis tesis dan pemprosesan data. Jasa yang dicurahkan akan
dikenang dan dihargai selamanya.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak sekolah-sekolah yang
terlibat dalam penyelidikan ini dalam zon G dalam daerah Pasir Gudang yang
memberi laluan kepada kajian ini serta guru-guru yang terlibat.
Akhir sekali kepada rakan-rakan setugas dan rakan-rakan sekuliah, terima
kasih atas segala bantuan dan idea-idea yang disumbangkan bagi menyempurnakan
tesis ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian………
TERIMA KASIH
vi
ABSTRAK
Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan
pegangan penyeliaan dengan gaya kepimpinan Guru Penolong Kanan terhadap
guru-guru Kemahiran Hidup di daerah Pasir Gudang . Seramai 39 orang guru
Kemahiran Hidup dari sekolah-sekolah rendah daerah Pasir Gudang telah terlibat.
Penyelidik telah menggunakan instrumen MLQ (Multi Factor Leadership
Questionnare) untuk melihat gaya kepimpinan transformasional dan pegangan
penyeliaan pula adalah menggunakan borang soal selidik Glickman & Tamashiro,
(1980) sebagai instrumen kajian. Kesemua data telah dianalisis menggunakan
SPSS versi 20.0 dengan analisis statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan
korelasi sahaja. Jenis pegangan kepercayaan yang paling dominan adalah
Existentialism manakala gaya kepimpinan transformasi yang paling dominan ialah
Motivasi Inspirasi. Analisis korelasi juga mengesahkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara kepercayaan kepenyeliaan dengan gaya
kepimpinan Guru Penolong kanan terhadap guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
rendah di Pasir Gudang. Akhirnya beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
tindakan pihak yang berkenaan serta kajian pada masa hadapan.
vii
ABSTRACT
This descriptive research aims to identify the relationships holding
supervisory leadership style Senior Assistant Teacher of Kemahiran Hidup
teachers in the Pasir Gudang. A total of 39 Kemahiran Hidup teachers from
primary schools were involved in the Pasir Gudang. Researcher been using
instruments MLQ (Multi Factor Leadership Questionnare) to see transformational
leadership style and supervisory belief is used questionnaires Glickman &
Tamashiro, (1980). All of the data was analyzed using SPSS version 20.0 with
descriptive statistical analysis and inference involving correlation sake only. Type
of grip most dominant belief is Existentialism when leadership style is the most
dominant transformation Motivation Inspiration. Correlation analysis also
confirmed that there was no significant relationship between leadership style
supervisory beliefs Senior Assistant teacher of teachers of primary school
Kemahiran Hidup in Pasir Gudang. Finally, several suggestions were made for
action by the parties concerned as well as future research.
viii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
Tajuk i
Pengesahan ii
Pengakuan iii
Dedikasi
Penghargaan
iv
v
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii - xi
Senarai Jadual xii - xiii
Senarai Rajah xiv
Senarai Singkatan xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 - 4
1.2 Latar Belakang Masalah 4 - 7
1.3 Pernyataan Masaalah 8 - 9
1.4 Objektif Kajian 9 - 10
1.5 Persoalan Kajian 10 - 11
1.6 Hipotesis Kajian 11 - 12
1.7 Kerangka Konsep Kajian 12 - 13
1.8 Kepentingan Kajian 13 - 14
1.9 Batasan Kajian 14 - 15
1.10 Definisi Operasi 15 - 18
1.10.1 Kepimpinan 15
1.10.2 Penyeliaan Pengajaran 16 - 17
1.10.3 Penyeliaan 17
1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan 18
1.11 Rumusan 18 -19
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 20 - 21
2.2 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan (Supervisory Beliefs) 21
2.2.1 Essentialisme 21 - 22
2.2.2 Experimentalisme 22
2.2.3 Existentialisme 23
2.3 Gaya Kepimpinan Penyeliaan 23
2.3.1 Direktif 24
2.3.2 Stail Direktif Kawalan 24 - 25
2.3.3 Stail Direktif Informatif 25
2.3.4 Kolaboratif 25
2.3.5 Non-Direktif 26
2.4 Model-model Penyeliaan 26
2.4.1 Model Penyeliaan Klinikal 26 - 27
2.4.2 Model Penyeliaan Developmental 27 - 28
2.4.2.1 Kawalan Langsung ( Directive Control ) 28 - 29
2.4.2.2 Kawalan Terhad Atau Maklumat ( Directive
Information )
29
2.4.2.3 Kolaborasi ( Collaborative ) 29
2.4.2.4 Delegasi ( Non-Directive ) 29 - 30
2.4.3 Model Penyeliaan Diperbezakan ( Differentiated ) 30
2.4.3.1 Penyeliaan Kolaborasi Dan Kerakanan 31 - 32
2.4.3.2 Penyeliaan Taksiran Ataupun Terarah Kendiri 32 - 33
2.4.3.3 Penyeliaan Pentadbiran (GPK ) 33 – 34
2.4.4 Penyeliaan Model Sistem 35
2.4.5 Penyeliaan Model Langkah Mc Ewan 36
2.4.6 Penyeliaan Kerja Berasaskan Pengetahuan
( Knowledge Work Supervision – KWS )
37
2.5 Teori Kepimpinan 38
2.5.1 Konsep Kepimpinan 38 - 40
2.5.2 Ciri-ciri Tingkah Laku Kepimpinan Transformasional 40 - 44
2.5.3 Model Teori Kepimpinan Transformasional Leithwood 45
2.5.4 Model Kepimpinan Transformasi Slocum Dan Hellrigel 46 – 47
x
i) Motivasi Berinspirasi
ii) Membina Rangsangan Intelektual
iii) Memupuk Pengaruh Yang Ideal
iv) Pertimbangan Berasaskan Individu
47
47 - 48
48 - 49
49
45
2.5.5 Model Kepimpinan Transformasi
a) Motivasi Berinspirasi
b) Pengaruh Ideal
c) Stimulasi Intelektual
d) Pertimbangan Individu
50 - 51
51 - 52
52
53
53 - 54
2.5.6 Kajian-kajian Lepas Kepimpinan 54 - 59
2.6 Rumusan 59
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 60
3.2 Rekabentuk Kajian 60 – 61
3.3 Prosedur Kajian 61
3.4 Populasi Dan Sampel 61 - 62
3.5 Instrumen Kajian 63 - 64
3.6 Kajian Rintis 64
3.7 Analisa Kajian 65
3.8 Rumusan 65
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 66 - 67
4.2 Profil Responden 67 - 77
4.3 Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah
Rendah Di Pasir Gudang
77 - 87
4.4 Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH
Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
88
xi
4.5 Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah
Di Pasir Gudang
89 - 90
4.6 Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
91 - 92
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 93
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 94
5.2.1 Mengenalpasti Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di
Pasir Gudang
94 - 98
5.2.2 Mengenalpasti Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-
Guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
98 - 101
5.2.3 Mengenalpasti Hubungan Antara Pegangan Atau
Kepercayaan Penyeliaan Dengan Gaya Kepimpinan GPK
Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
102
5.2.4 Mengenalpasti Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan
Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di
Pasir Gudang
103 - 105
5.2.5 Mengenalpasti Perbezaan Antara Pegangan Atau
Kepercayaan Penyeliaan Dengan Jantina Terhadap Guru-
Guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
105 - 106
5.3 Implikasi kajian 106 – 107
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 107 – 108
5.5 Kesimpulan 108 - 109
RUJUKAN
LAMPIRAN
110 – 127
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK
MUKASURAT
4.1 Pecahan Responden Mengikut Jantina 67
4.2 Pecahan Responden Mengikut Umur 68
4.3 Pecahan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 69
4.4 Jenis Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan
Nilai Min Dan Sisihan Piawai
70
4.5 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme
GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir
Gudang
71
4.6 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah
Rendah Di Pasir Gudang
71
4.7 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Exixtentialisme
GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir
Gudang
72
4.8 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Essentialisme
GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir
Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap
Item
73
4.9 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Eksperimentalisme GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah
Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan
Piawai Bagi Setiap Item
74 - 75
4.10 Tahap Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan Existentialisme
GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir
Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap
Item
76 - 77
4.11 Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH Sekolah 78
xiii
Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min Dan Sisihan
Piawai
4.12 Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru
KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
78
4.13 Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
79
4.14 Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
80
4.15 Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
80
4.16 Tahap Gaya Kepimpinan Karisma GPK Terhadap Guru-guru
KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan Nilai Min
Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item
81 - 82
4.17 Tahap Gaya Kepimpinan Bertimbang Rasa GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan
Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item
83
4.18 Tahap Gaya Kepimpinan Merangsang Intelek GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan
Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item
85
4.19 Tahap Gaya Kepimpinan Motivasi Inspirasi GPK Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang Berdasarkan
Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item
87
4.20 Hubungan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Dengan Gaya Kepimpinan GPK Terhadap Guru-guru KH
Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
88
4.21 Perbezaan Antara Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Dengan Jantina Terhadap Guru-guru KH Sekolah Rendah Di
Pasir Gudang
90
4.22 Perbezaan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Jantina Terhadap
Guru-guru KH Sekolah Rendah Di Pasir Gudang
92
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK
MUKASURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 12
2.1 Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional 41
2.2 Model 4I’S 51
xv
SENARAI SINGKATAN
GB : Guru Besar
GPK : Guru Penolong Kanan
JPNJ : Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KH : Kemahiran Hidup
KWS : Knowledge Work Supervision
MBWA : Management By Walking About
P&P : Pengajaran Dan Pembelajaran
SPSS : Statistical Pakage For Social
WAYS : Walk Around Your School
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu yang dinyatakan Noriati, Lee Keok Cheong, Zulkufli & Zakiah
(2012) dalam bukunya yang bertajuk, Falsafah & Pendidikan di Malaysia adalah
seperti berikut :
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara inilah maka pelbagai program telah
diadakan dan dijalankan di institusi pendididkan negara bagi mencapai hasrat negara
2
ini. Usaha-usaha yang dijalankan adalah berterusan bagi menghasilkan rakyat
Malaysia yang boleh diharapkan oleh negara dan seterusnya menjadikan negara
Malaysia maju dan aman. Contohnya seperti program KIA2M, LINUS dan PROTIM
yang sedang dijalankan oleh sekolah-sekolah di Malaysia, Noriati , Lee Keok Cheong,
Zulkufli & Zakiah (2012). Oleh sebab itu pelbagai program telah diadakan dan
dijalankan di sekolah-sekolah bagi menyahut cabaran tersebut oleh Kementerian
Pendidikan di Malaysia. Pelbagai anugerah yang telah dibuat bagi memastikan
sekolah-sekolah di Malaysia sentiasa cemerlang dari semua segi iaitu termasuklah
pelajarnya dan persekitaran sekolah.
Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan.
Peranan yang dimainkan oleh Guru Penolong Kanan (GPK) dan Guru Besar (GB)
adalah sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka sebagai sebuah institusi
pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka mengembeling seluruh
tenaga dengan cemerlangnya maka akan terhasillah sekolah yang cemerlang, gemilang
dan terbilang. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah satu proses penting dalam
pendidikan formal bagi melihat adanya perubahan perlakuan dalam kalangan pelajar,
Mohd Sahandri, Roselan & Saifuddin (2012). Mereka juga mengatakan bahawa
kejayaan proses P&P adalah tanggungjawab guru matapelajaran tersebut. Kerjasama
perlu diwujudkan antara pelbagai penyelia pengajaran sekolah dengan guru bagi
menentukan kejayaan program pendidikan di sekolah. Oleh sebab itu, sebagai seorang
penyelia, mereka perlulah mengetahui aspek penting dalam P&P dengan tujuan dapat
mempertingkatkan keberkesanan program penyeliaan di sekolah, terutamanya di
dalam bilik darjah bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
Dalam menjalankan sesuatu penyeliaan di bilik darjah, GPK dan GB perlulah
mempunyai pengetahuan yang cukup luas serta kemaskini tentang perubahan sukatan
pelajaran. Abdul Rahman ( 2007). GPK dan GB juga seharusnya mempunyai
kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-masalah pedagogi yang timbul di
dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah
3
bagi memperbaiki kelemahan yang dikesaninya itu. Justeru itu, kebolehan untuk
berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk
mengubah cara dan sikap dalam menjalankan tugasnya.
Menurut Asnah (1993) gaya GPK dan GB memainkan peranan yang penting
terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara arahan dan
penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini
adalah untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara GB dan guru yang mana
akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka. Penyeliaan P&P terhadap
guru di dalam kelas maupun di bilik-bilik khas, sepatutnya menjadi perkara yang
paling utama dilaksanakan oleh kumpulan penyelia di sekolah bagi memastikan
keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan kurikulum sebagaimana ditekankan dalam
Akta 550 (Akta Pendidikan 1996).
Pandangan McNulty et al. (2005) turut disokong oleh Sheilds (2005) yang
mengatakan bahawa tugas utama GPK tidak terhad hanya melaksanakan peranan
fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan dan penilaian tetapi perlu menjadi suri
teladan atau sumber inspirasi kepada guru-guru. Di samping itu, kepimpinan sekolah
juga disaran supaya mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan nilai
kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus,
mudah didekati, kerap memberi motivasi, membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada guru (Bush, 2003; Hussein, 2001). Mengikut Chan Yuen Fook (2000) pula,
aspirasi pendidikan negara tidak akan mencapai matlamat jika kepimpinan sekolah
terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang GPK hari ini
bersifat dinamik, kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi (Herbert, 2006)
dalam menyediakan GPK yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap
sekolah. Sehubungan dengan itu Fullan (2001) juga menyuarakan pendapat mereka
tentang ciri-ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh GPK sekolah dalam era
globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepimpinan profesional iaitu
merujuk kepada sikap tegas GPK dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat
4
yang realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di
samping itu, GPK juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti
kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah (Deal & Peterson, 2000; Ghazali,
2001). Pendek kata, GPK dituntut untuk memberikan keseimbangan antara
kecemerlangan dalam pengurusan dengan kepimpinan yang efektif sebagai pembuka
ruang kepada penghasilan guru yang komited terhadap sekolah dan profesion.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagi pengurusan sekolah di abad ke-21 ini, elemen yang paling penting ialah
kualiti kepimpinan yang cemerlang. Menurut Ab. Aziz (2003), tunggak utama
penilaian terhadap keberkesanan pengurusan adalah melalui kualiti kepimpinan yang
ditunjukkannya. Pernyataan ini turut disokong oleh Robbins (2000) yang menyatakan
bahawa sememangnya tidak dapat dipersoalkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi
atau sebarang kumpulan dalam organisasi bergantung kepada kualiti kepimpinan
sebagai penentu utama kualiti organisasi. Maka jika dalam konteks organisasi sekolah,
GPK adalah individu yang paling penting dan berpengaruh kerana GPK lah yang
menetapkan iklim pembelajaran di sekolah, tahap profesionalisme guru-guru dan masa
depan modal insan iaitu pelajar (Hussein, 1997).
Walau bagaimanapun, terdapat isu yang timbul apabila pemimpin sekolah di
Malaysia didapati masih tidak dapat berfungsi sebagai pemimpin pengurusan dan
pemimpin pengajaran yang berkesan seperti dalam Laporan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010). Dapatan menunjukkan bahawa perubahan
bentuk kepimpinan yang telah diperkenalkan untuk diimplementasikan oleh pemimpin
sekolah masih tidak sejajar dengan perubahan dan keperluan semasa. Setiap guru
mempunyai gaya pengajaran dan personaliti yang berbeza. Begitu juga dengan cara
penyeliaan seseorang penyelia berbeza antara seorang penyelia dengan penyelia yang
5
lain. Penyeliaan yang berkesan boleh membantu guru memahami, menjelajah dan
belajar menghadapi cabaran masa kini (Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2011).
Pentadbiran dan penyeliaan berkesan juga boleh memotivasikan guru dalam
bidangnya itu.
Proses penyeliaan yang baik adalah mengambil kira personaliti dan perbezaan-
perbezaan individu juga memberi ruang kepada individu untuk berkembang secara
personal dan juga professional. Holland (1996) telah membuat kajian yang amat
tipikal dan jelas berkenaan bentuk-bentuk personaliti yang wujud pada diri manusia.
Holland (1985) telah mengelaskan personaliti kepada 6 jenis personaliti iaitu
‘realistik’, ‘artistik’, sosial, ‘investigatif’, ‘enterprising’ dan ‘conventional’. Setiap
personaliti ini akan menentukan keberkesanan tingkah laku dan pencapaian individu
itu dalam bidang yang diceburinya itu. Personaliti ini juga akan menzahirkan
kemahiran, kebolehan, sikap, nilai dan usaha menyelesaikan masaalah dan
peranannya dalam sesuatu perkara. Berdasarkan personaliti-personaliti yang
dinyatakan di atas, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan menyelidik pegangan atau
kepercayaan penyeliaan, gaya-gaya kepimpinan seorang penyelia yang diguna pakai
dalam proses penyeliaan serta ciri-ciri dan situasi ketika gaya berkenaan
diaplikasikan.
Guru yang komited seringkali dikaitkan dengan keberkesanan pengurusan dan
kepimpinan organisasi (Meyer & Allen, 1997). Pelopor teori organisasi menyatakan
bahawa keberkesanan organisasi berkait rapat dengan kaedah pengurusan fungsi
sumber manusia dan guru. Pemimpin yang berupaya memahami tindak balas dan
tingkah laku, serta dapat menjangkakan reaksi orang lain terhadap sesuatu situasi,
lazimnya lebih berjaya dalam membina serta memperkukuhkan hubungan dan
persekitaran yang positif (Bloom, 2004), serta boleh mempengaruhi kakitangan untuk
bersikap optimis, komited kepada organisasi, dan saling bekerjasama (Mumford et al.,
2002).
6
Biarpun GPK mempunyai kuasa yang sah dalam hierarki organisasi yang mana
kuasa sah itu membolehkan GPK untuk memerintah dan menjalankan fungsi-fungsi
sekolah, namun begitu Abdullah dan Ainon (2007) berpendapat bahawa GPK tidak
lagi dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan berkesan sekiranya mereka hanya
bergantung sepenuhnya kepada kuasa yang ada pada jawatan yang mereka sandang
semata-mata. Menurut Karen Ortazo (2007), pemimpin sekolah yang baik ialah
mereka yang bijak menggunakan kuasa, memberi kebebasan tetapi ada kawalan,
mempengaruhi guru, mewujudkan perhubungan yang baik dan mempercayai orang
lain untuk melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Kepelbagaian gaya
kepimpinan mendorong kepada kesan yang berbeza-beza kepada sesuatu organisasi
sekolah. Pelbagai dimensi tingkah laku dan gaya kepimpinan yang wujud hasil
daripada pengkaji-pengkaji kepimpinan yang lalu boleh digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan kepimpinan GPK.
GPK yang efektif akan menggunakan pelbagai jenis kepimpinan mengikut
keadaan dan situasi dan tidak hanya akan bertumpu kepada satu gaya kepimpinan
sahaja. Kepuasan kerja guru banyak bergantung kepada kemahiran, keupayaan dan
kualiti kepimpinan sekolah untuk mengorganisasikan, memobilisasikan guru dan
menginstitusikan mereka bagi merealisasikan visi dan misi yang dipersetujui bersama
(Aminuddin, 1994). GPK perlu peka dan prihatin dengan cara atau kaedah amalan
kepimpinan mereka, sama ada mampu atau tidak untuk memberi impak perubahan
yang positif di sekolah dalam menghadapi isu yang timbul di dalam dunia pendidikan
kini.
Penyeliaan telah diiktiraf sebagai aspek penting dalam pendidikan terancang
untuk membantu guru dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi di sekolah
terutama dalam proses P&P. Dalam penyeliaan P&P, seorang penyelia haruslah
memberi perhatian kepada masaalah yang guru hadapi dan berusaha bersama guru
yang bermasaalah itu untuk menyelesaikannya. Penyelia perlu menentukan bahawa
seseorang guru itu dalam keadaan yang baik dan bersiap sedia dalam proses P&P,
7
sentiasa sedia bantu membantu guru yang menghadapi masaalah sehingga dapat
menimbulkan rasa hormat dan keyakinan orang lain terhadap mereka (Ibrahim,1998).
Dalam membincangkan isu tentang kelemahan kepimpinan GPK, Vishalache
Balakrishnan (2005) turut melaporkan bahawa GPK di Malaysia masih mengamalkan
komunikasi yang sehala, kurang berinteraksi dengan guru, tidak melaksanakan
autonomi guru malah jarang melaksanakan pengurusan pengupayaan dianggap
menjadi punca penurunan tahap komitmen guru terhadap sekolah. Secara keseluruhan,
dapatan kajian mereka membuktikan bahawa peranan GPK di sekolah kini hanya
sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan profesional seperti yang diinginkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mencakupi peranan sebagai
pendidik, pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru
supaya lebih komited dan produktif (Abdul Shukor Abdullah, 2004).
Sehubungan itu, GPK turut dituntut untuk mengamalkan stail kepimpinan yang
pelbagai ketika memimpin sekolah kerana setiap model kepimpinan mempunyai
kelemahannya tersendiri. Antara kelemahan yang nyata adalah tidak semua model
mampu digunakan dalam semua konteks dan situasi (Rahimah, 2003; Ross, 2006).
Oleh itu, GPK perlu cekap menyesuaikan stail kepimpinan mengikut situasi, jenis
sekolah dan keperluan ketika memimpin. GPK sekolah yang bijak didapati mampu
mengamalkan stail kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang
kepada satu stail kepimpinan sahaja (Dunford, et al. 2000). Dalam konteks ini, Abdul
Shukor Abdullah (2004) berpendapat bahawa amalan kepimpinan yang pelbagai dan
luwes lebih menjurus kepada keberkesanan kepimpinan berbanding amalan satu stail
kepimpinan sahaja. Persoalannya, adakah GPK sekolah kini telah mengamalkan stail
kepimpinan yang pelbagai ketika mentadbir sekolah atau masih berpegang kepada satu
model kepimpinan sahaja? Jawapan kepada persoalan tersebut memerlukan kupasan
terperinci tentang stail kepimpinan GPK di Malaysia.
8
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau kepercayaan
penyeliaan di kalangan pentadbir sekolah rendah iaitu GPK dalam daerah Pasir
Gudang semasa menyelia guru dan gaya kepimpinannya semasa guru sedang
mengajar di dalam bilik darjah. Penyelidik juga akan mengkaji dari aspek pegangan
atau kepercayaan penyeliaan dan gaya kepimpinan GPK terhadap guru berdasarkan
pengetahuan sedia ada, tahap keyakinan dan perkembangan yang ada pada guru yang
diselianya itu.
Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh
GB untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan
sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam
hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan
pengajaran. Mohd.Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa penyeliaan dalam
konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti P&P. Ia menjadi tugas GPK kerana
penyeliaan adalah sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu
perkembangan bidang professional pengurusan.
Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan
pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti
dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid
(1993) keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya
dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas, peningkatan
kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu diberi perhatian oleh
pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum di sekolah.
Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan
pelaksanaan pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses
9
penyeliaan sebagai salah satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh GPK-GPK
sekolah. Tetapi persoalannya adakah guru faham dan bersedia untuk diselia
pengajaran mereka. Bagi GPK pula, adakah amalan penyeliaan yang dijalankan oleh
mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul. Jikalau pun penyeliaan
telah dibuat oleh GB mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan adakah
penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya memberi
impak kepada prestasi murid. Dari itu, kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat
tanggapan guru dan pegangan atau kepercayaan penyeliaan pengajaran yang
dijalankan oleh GPK terhadap guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah
Pasir Gudang. Kajian ini juga turut meninjau sama ada penyeliaan pengajaran dapat
meningkatkan kualiti pengajaran dan profesionalisme guru-guru sekolah rendah dalam
daerah Pasir Gudang.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti pegangan atau
kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan sekolah rendah dalam daerah
Pasir Gudang semasa menyelia guru-guru Kemahiran Hidup (KH) dan gaya
kepimpinannya semasa menyelia di dalam bilik-bilik darjah ataupun di dalam bengkel
KH. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap
guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
2. Mengenalpasti gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah
rendah di Pasir Gudang.
10
3. Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara pegangan atau
kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru
KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
4. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau
kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah
rendah di Pasir gudang.
5. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan
dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti pegangan atau
kepercayaan penyeliaan Guru-guru Penolong Kanan di sekolah rendah dalam
menyelia guru-guru matapelajaran KH dan gaya kepimpinan penyeliaannya semasa
berada di dalam bilik darjah atau di dalam bengkel KH. Berdasarkan objektif yang
telah dinyatakan di atas, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
berikut :
1. Apakah jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan GPK terhadap guru-
guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?
2. Apakah gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di
Pasir Gudang ?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau
kepercayaan penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru
KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?
11
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau
kepercayaan penyeliaaan dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah
rendah di Pasir gudang?
5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan
dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang ?
1.6 Hipotesis Kajian
Berikut merupakan hipotesis kajian ini:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan
penyeliaan dengan gaya kepimpinan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di
Pasir Gudang.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan
penyeliaaan Essentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di
Pasir Gudang.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan
penyeliaaan Experimentalisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah
di Pasir Gudang.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pegangan atau kepercayaan
penyeliaaan Existentialisme dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di
Pasir Gudang.
12
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Karisma
dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Bertimbang
Rasa Secara Individu dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir
Gudang.
Ho7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Merangsang
Intelek dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
Ho8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan Motivasi
Inspirasi dengan jantina terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
1.7 Kerangka Konsep Kajian
Berikut merupakan kerangka Konsep Kajian :
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
INDIVIDU
GAYA
KEPIMPINAN
PEGANGAN / KEPERCAYAAN PENYELIAAN
13
Dalam kerangka konsep di atas menunjukkan di dalam diri individu itu ada
pegangan atau kepercayaan penyeliaan yang diamalkannya semasa menyelia orang
bawahannya. Berlainan individu berbeza pula pegangan atau kepercayaan
penyeliaannya. Berdasarkan pegangan atau kepercayaan penyeliaan ini maka
terhasillah pelbagai gaya kepimpinannya semasa mereka menyelia. Dalam kajian ini,
kita akan melihat perkaitan seseorang individu yang berlainan jantina yang
mempunyai pegangan atau kepercayaan penyeliaannya akan menyerlahkan gaya
kepimpinannya semasa menyelia orang bawahannya.
1.8 Kepentingan Kajian
Berikut adalah beberapa kepentingan kajian ini dijalankan.
1. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan dalam
mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.
2. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses
penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada GPK. Dengan cara
sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-tanggapan negatif terhadap
penyeliaan yang dilakukan olehnya. Di samping itu, memperkukuhkan hubungan
profesionalisme antara guru penyelia dan guru.
3. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh GPK untuk
melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan. Serta
dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam proses penyeliaan
pengajaran yang telah dijalankan.
14
4. Diharapkan melalui kajian ini, pandangan guru terhadap penyeliaan pengajaran
diperolehi untuk mengetahui keadaan sebenar guru-guru yang diselia. Hasil maklum
balas ini, boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa
akan datang.
5. Dapatan kajian ini diharap akan memberikan input kepada pihak Jabatan Pelajaran
Negeri Johor terhadap situasi sebenar perlaksanaan penyeliaan pengajaran yang telah
diarahkan kepada pentadbir ( GPK ) sekolah agar dapat membuat penilaian dan
tindakan yang sewajarnya terhadap perlaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah-
sekolah.
1.9 Batasan Kajian
Setiap kajian pasti ada beberapa kekangan yang tidak boleh dielakkan oleh
penyelidik. Berikut adalah beberapa kekangan yang akan berlaku semasa proses kajian
sedang dijalankan. Antaranya ialah :
a) Dalam kajian ini wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang
boleh memesongkan dari arah tujuan kajian ini dijalankan. Contohnya,
mungkin ada beberapa maklumat palsu telah diberikan oleh sampel kajian.
b) Sampel kajian hanya terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah daerah Pasir
Gudang iaitu dalam zon G sahaja iaitu hanya 8 sekolah sahaja , dan tidak
melibatkan guru-guru dari sekolah di tempat lain. Segala dapatan yang
dipaparkan adalah berdasarkan konteks kajian yang disebutkan sahaja dan
mungkin boleh digeneralisasikan kepada guru-guru di tempat lain di Malaysia.
15
c) Kajian ini hanya beberapa buah sekolah sahaja di dalam daerah Pasir Gudang
kerana kekangan masa, kewangan dan batasan geografi bagi menjalankan
penyelidikan ke atas jumlah sampel yang besar.
1.10 Definisi Operasi
Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan
Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak
(1956) yang menyarankan agar penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang
berfungsi sebagai satu badan professional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa
sekolah-sekolah dan menyelia pengajaran di seluruh negara (Mok Soon Seng, 2006).
Maka sekitar 1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekatan
untuk memeriksa sekolah, memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran
(seksyen 96a Akta Pelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan
dan penyelia adalah sebagai pemeriksa. Berikut adalah definisi beberapa perkataan
yang dianggap penting dalam tesis ini.
1.10.1 Kepimpinan
Kepimpinan mengikut Robbins (2003) boleh didefinisikan sebagai kemampuan
untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat. Menurut
Schlechty (1990) pula menjelaskan bahawa pemimpin adalah seseorang yang dalam
kedudukan untuk mempengaruhi orang-orang lain untuk bertindak; dengan ianya
sendiri ada kemahiran-kemahiran moral, intelektual dan sosial yang diperlukan untuk
mengambil peluang kedudukan tersebut. Konsep kepimpinan membawa pelbagai
maksud kepada individu yang berlainan. Mungkin maksud itu berbeza kerana
pemahaman seseorang individu itu berbeza berasaskan pemahaman masing-masing,
16
skema pemikiran kita sebelum ini dan termasuklah juga peribadi masing-masing.
Kepimpinan juga berkaitan dengan sesuatu kepercayaan, pegangan atau minatnya
sebagaimana disebut Covey (1994) sebagai ‘personal leadership’ iaitu membawa
maksud kepimpinan boleh juga terjadi walaupun cuma seorang sahaja yang berkaitan.
Mengikut Rahimah (2001) menyatakan semua yang terlibat dalam profesion
pendidikan perlu menjadi pemimpin untuk organisasi masa depan atau ‘leaders of the
future’, kerana apabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira
apa peranan rasminya, beliau terlibat dalam pendidikan generasi masa depan. Guru
sebagai seseorang yang dapat mempengaruhi perkembangan murid-muridnya
sesungguhnya adalah pemimpin bersesuaian dengan definisi kepemimpinan. Dalam
kajian ini gaya kepimpinan telah definisikan sebagai Karisma, Bertimbang Rasa
Secara Individu, Merangsang Intelek, Motivasi Inspirasi dalam kalangan GPK
terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
1.10.2 Penyeliaan Pengajaran
Istilah ini merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi
membantu, membimbing dan memandu seseorang guru menjalankan tugas mengajar
dengan lebih berkesan sebelum, semasa dan selepas proses P&P dijalankan.
Penyeliaan pengajaran juga membawa maksud yang positif iaitu satu usaha
membantu guru meningkatkan prestasi pengajaran mereka dan bukan mencari
kesalahan semata-mata.
Menurut McEwan (2003) penyeliaan pengajaran secara umumnya adalah
usaha-usaha di mana fungsi-fungsi pengurusan seperti merancang, mengorganisasi,
memimpin, mengawal, menilai dan terus menambah baik yang diperkaitkan dengan
bidang-bidang pentadbiran utama melibatkan staf, murid, komuniti, kurikulum,
17
pengajaran dan kewangan dapat dijalankan dengan cekap dan pada masa yang sama
dapat mewujudkan ‘learning community’. Bagi Ibrahim Mamat (1998), penyeliaan
adalah bermaksud memberi pimpinan kepada guru untuk berkembang, meningkat dan
mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Justeru itu dapat dirumuskan di sini
bahawa untuk memimpin, seseorang penyelia mestilah mempunyai pengetahuan
tentang bidang yang akan diselia serta ilmu bagaimana untuk memimpin orang
bawahannya.
1.10.3 Penyeliaan
Dalam perjalanan organisasi, elemen-elemen dalam organisasi tidak dapat lari
daripada berkomunikasi. Menerusi komunikasi juga, ahli-ahli dalam organisasi dapat
bertukar maklumat untuk kemajuan unit masing-masing. Organisasi tidak dapat hidup
dan meneruskan aktiviti tanpa komunikasi (Hickson, Stacks & Greely, 1998). Salah
satu elemen yang penting di dalam kajian komunikasi organisasi adalah komunikasi
ketua dan subordinat atau juga dikenali sebagai komunikasi kepenyeliaan. Komunikasi
kepenyeliaan merupakan satu bentuk komunikasi ‘dyadic’ yang menumpukan
bagaimana ketua dan subordinat berkomunikasi dalam mengekalkan hubungan
mereka. Hubungan ketua dan subordinat yang harmoni dan baik dapat melicinkan lagi
perjalanan organisasi disamping dapat mencapai misi dan visi organisasi. Secara tidak
langsung komunikasi yang berkesan di antara ketua dan subordinat akan dapat
menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Jablin, 1987). Justeru itu, komunikasi
penyeliaan dapat memberi gambaran pola komunikasi keseluruhan dalam sesebuah
organisasi (Lee & Jablin, 1995).
18
1.10.4 Pegangan Atau Kepercayaan Penyeliaan
Hishamudin Ibrahim (2005) mendefinisikan pegangan atau kepercayaan
penyeliaan sebagai pedoman yang akan memandu seseorang penyelia bagi membuat
keputusan tentang kaedah dan pendekatan bagi menyelesaikan masalah dalam
pembangunan profesionalisme guru. Secara psikologinya,pegangan atau kepercayaan
(belief) adalah kefahaman, premis atau pembawaan yang dipegang terhadap sesuatu
yang dianggap sebagai benar atau betul (Richardson, 1996). Dalam kajian ini,
penyelidik akan menggunakan perkataan pegangan atau kepercayaan bagi
menggambarkan kepercayaan. Ini adalah kerana istilah kepercayaan seolah-olah
membawa anutan seseorang terhadap sesuatu agama. Pandangan seorang penyelia
tentang ilmu pengetahuan, keadaan semulajadi manusia dan kawalan dikatakan
sebagai pegangan atau kepercayaan penyeliaan (supervisory belief) (Glickman 2005).
Dalam konteks yang sama, pegangan atau kepercayaan penyeliaan dalam kajian ini
merujuk kepada suatu tanggapan maya GPK, hasil daripada himpunan pendedahan
dan pengalaman yang diperoleh selama ini lalu dijadikan panduan asas dalam
menentukan hala tuju bagaimana untuk mencorak interaksi dalam sesi konferensi
penyeliaan pengajaran. Dalam kajian ini jenis pegangan atau kepercayaan penyeliaan
didefinisikan sebagai pegangan Essentialisme, Experimentalisme dan Existentialisme
dalam kalangan GPK terhadap guru-guru KH sekolah rendah di Pasir Gudang.
1.11 Rumusan
Berdasarkan kepada Bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang
pengenalan, definisi beberapa perkataan yang digunakan oleh penyelidik, latar
belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis
kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian dan batasan kajian . Berdasarkan elemen-
elemen di atas penyelidik akan melakukan penyelidikan untuk kajian selanjutnya.
19
Para penyelia di sekolah mempunyai peranan yang amat kompleks.
Kebiasaannya peranan ini adalah mengikut situasi di mana ianya berlaku. Pada masa
dahulu, penyeliaan di sekolah-sekolah cuma berkisar sekitar lanjutan daripada aspek
pentadbiran ataupun kerja-kerja yang dibuat oleh ketua di kalangan guru. Walau
bagaimanapun peranan dan tugas-tugas para penyelia ini telah dipengaruhi oleh
faktor-faktor persekitaran, seperti dari segi politik, sosial, perkembangan teknologi
dan sebagainya.
Penyeliaan merupakan salah satu tugas harian GB dan GPK bagi memastikan
pengajaran guru di bawah seliaannya berada dalam keadaan yang baik serta
mempunyai kualiti yang tinggi. Menurut Hamdan dan Rahimah (2011) dalam
menjalankan penyeliaan di bilik darjah, GPK ataupun GB perlu mempunyai
pengetahuan yang mencukupi serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran.
Mereka juga harus berkemampuan dalam mengesan masaalah-masaalah pedagogi
yang timbul di dalam proses P&P serta dapat mengemukakan cadangan-cadangan
yang munasabah dan membina uintuk membaiki kelemahan yang dikesaninya
seterusnya juga dapat mempertingkatkan prestasi para guru.