Hubungan Perpuluhan Dan Peratus

2
Hubungan Perpuluhan dan Peratus Sebelum seseorang guru itu mengajar, biasanya konsep sesuatu tajuk akan diperkenalkan. Konsep ini sangat penting kerana menurut Nik Azis (1989) dalam matematik, konsep adalah merupakan bahagian yang terpenting , khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tambahan pula, menurut, Souviney (1990), NCTM (1989), ICME(1994),Skemp Swetz & Tim (1988), Cockroft (1982), Nik Azis (1992), Ibrahim (1994) proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Jadi, berdasarkan pendapat tokoh-tokoh pendidikan terdahulu, konsep dalam pembelajaran matematik memainkan peranan yang penting dalam memberi kefahaman kepada murid. Oleh sebab itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempunyai kemahiran bagi menyampaikan konsep sesuatu tajuk agar pembelajaran yang di ajar mudah diterima oleh murid. Bagi menampakkan hubungan perpuluhan dengan peratus guru perlu memperkenalkan kepada murid tentang konsep perpuluhan terlebih dahulu. Ini supaya murid mendapat kefahaman yang jelas tentang tajuk tersebut. Hal ini demikian kerana, menurut Carpenter et al. (1981), Hart (1981), Hiebert dan Weame (1986), nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh pelajar. Selain itu menurut Bell et al. (1981), salah satu faktor yang menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nombor perpuluhan. Kekurangan

Transcript of Hubungan Perpuluhan Dan Peratus

Page 1: Hubungan Perpuluhan Dan Peratus

Hubungan Perpuluhan dan Peratus

Sebelum seseorang guru itu mengajar, biasanya konsep sesuatu tajuk akan

diperkenalkan. Konsep ini sangat penting kerana menurut Nik Azis (1989) dalam matematik,

konsep adalah merupakan bahagian yang terpenting , khususnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Tambahan pula, menurut, Souviney (1990), NCTM (1989), ICME(1994),Skemp Swetz &

Tim (1988), Cockroft (1982), Nik Azis (1992), Ibrahim (1994) proses pengajaran dan

pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-subjek lain. Pengajaran

matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian

masalah.

Jadi, berdasarkan pendapat tokoh-tokoh pendidikan terdahulu, konsep dalam

pembelajaran matematik memainkan peranan yang penting dalam memberi kefahaman kepada

murid. Oleh sebab itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempunyai

kemahiran bagi menyampaikan konsep sesuatu tajuk agar pembelajaran yang di ajar mudah

diterima oleh murid.

Bagi menampakkan hubungan perpuluhan dengan peratus guru perlu memperkenalkan

kepada murid tentang konsep perpuluhan terlebih dahulu. Ini supaya murid mendapat

kefahaman yang jelas tentang tajuk tersebut. Hal ini demikian kerana, menurut Carpenter et al.

(1981), Hart (1981), Hiebert dan Weame (1986), nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang

didapati sukar oleh pelajar. Selain itu menurut Bell et al. (1981), salah satu faktor yang

menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep

nombor perpuluhan. Kekurangan ini menyebabkan pelajar memilih untuk menghafal petua dan

prosedur berkait dengan nombor perpuluhan.

Kementerian Pendidikan (1998) mengatakan di Malaysia, konsep nombor perpuluhan

dan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan nombor perpuluhan,

diperkenalkan secara berperingkat dari Tahun Empat sekolah rendah hingga Tingkatan Satu.

Pada Tahun Enam, pendaraban nombor perpuluhan dan pembahagian nombor perpuluhan

dihadkan kepada pendaraban dan pembahagian dengan10, 100 dan 1000 sahaja.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ekenstam (1977), murid mempunyai kefahaman

yang kabur tentang konsep perpuluhan. Brown (1981) mendapati 50 % daripada murid berumur

10 tahun tidak boleh menulis angka daripada bentuk pecahan jika ditukarkan kepada bentuk

Page 2: Hubungan Perpuluhan Dan Peratus

nombor perpuluhan.Murid didapati gagal melihat perkaitan antara simbol perpuluhan dengan

simbol numerik lain. Simbol titik perpuluhan membawa makna yang sukar bagi murid. Konsep

nilai tempat juga dianggap rumit untuk dipelajari. Para penyelidik dari RECSAM menerusi

Teaching-Learning Project 1989 telah mengenal pasti topik nombor perpuluhan sebagai topik

yang sukar dikuasai oleh murid.

Jadi, pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk

meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan

dengan peratusan.