Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

26
26 Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI Ahmad Jazimin bin Jus oh Abstrak , Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji sejauh mana hubungan personaliti warna dan minat kerjaya Holland dalam kalangan staf UPSI. Hipotesis umum penyelidikan ini ialah terdapat hubungan antara personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan staf UPSI. Reka bentuk kajian adalah expost facto, jenis korelasi. Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian A: Borang maklumat diri, Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C : Soal Selidik Minat Kerjaya (SDS). Populasi kajian adalah di kalangan staf UPSI yang dipilih seramai 186 orang berasaskan kepada enam tret personaliti oleh J.L. Holland. Kepentingan kajian ini adalah untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Data yang didapati kemudiannya dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realisitik dengan personaliti warna Jingga, iaitu dengan nilai r (186) = .736, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif dengan personaliti warna Hijau nilai r (186) = .754, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Artistik dengan personanti warna Biru dengan r (186) = .662, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna Biru dengan r (186) = .617, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Enterprising dengan personaliti warna Jingga dengan nilai r (186) = .779, p < .05 dan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Conventional dengan personaliti warna Emas dengan r (186) = .330, p < .05. Diharap kajian ini menjadi perintis kepada kajian yang lain kelak. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Transcript of Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Page 1: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

26Hubungan Personaiit Warna dengan Minat

Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI

A h m a d Jazim in bin Jus oh

Abstrak ,

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji sejauh mana hubungan personaliti warna dan minat kerjaya Holland dalam kalangan staf UPSI. Hipotesis umum penyelidikan ini ialah terdapat hubungan antara personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan staf UPSI. Reka bentuk kajian adalah expost facto, jenis korelasi. Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian A: Borang maklumat diri, Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C : Soal Selidik Minat Kerjaya (SDS). Populasi kajian adalah di kalangan staf UPSI yang dipilih seramai 186 orang berasaskan kepada enam tret personaliti oleh J.L. Holland. Kepentingan kajian ini adalah untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Data yang didapati kemudiannya dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realisitik dengan personaliti warna Jingga, iaitu dengan nilai r (186) = .736, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif dengan personaliti warna Hijau nilai r (186) = .754, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Artistik dengan personanti warna Biru dengan r (186) = .662, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna Biru dengan r (186) = .617, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Enterprising dengan personaliti warna Jingga dengan nilai r (186) = .779, p < .05 dan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Conventional dengan personaliti warna Emas dengan r (186) = .330, p < .05. Diharap kajian ini menjadi perintis kepada kajian yang lain kelak. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Page 2: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

422 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Latar Belakang Kajian

Setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu yang berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain.

Kekurangan maklumat dan kajian yang berkaitan hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Holland telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian lanjutan daripada apa yang telah dijalankan oleh Zunaini Yah (2000) dan Ahmad Jazimin (2000). Sudah tentu di dalam penulisan kajian penyelidik ini, tidak banyak maklumat berkaitan dengan personaliti warna dapat ditonjolkan kerana maklumat berkaitannya amat berkurangan.

Pendekatan Teori

Teori Personaliti Warna

Mengikut Fait (1999) (dalam Ahmad Jazimin 2000) sejarah penggunaan teori personaliti warna dimulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True C olors. Don Lowry adalah seorang usahawan dan anak murid kepada David Kiersey. David Keirsey adalah ahli terapi psikologi yang telah memperkenalkan jenis personaliti iaitu A po llon ian , D ion ysian , P rom eth ean dan E pim ethean (Hauck, 1998). Don Lowry telah menggunakan model personaliti yang diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan asas bagi mencipta True C olors. True C olors yang dibuat oleh Lowry ini adalah merupakan sejenis kad-kad permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna, iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan, warna Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan intuisi pemikiran, warna Biru melambangkan seorang yang mementingkan intuisi perasaan dan warna Jingga melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman (Fait, 1999).

Berasaskan kad-kad personaliti warna True C o lo rs oleh Don Lowry, seorang lagi anak murid David Keirsey, iaitu Carolyn Kalil telah menulis sebuah buku yang bertajuk F ollow Your True C o lo rs to the W ork With L ove (Beastley, 1999). Dalam buku ini, Kalil (1999) telah menyatakan bahawa “cara yang terbaik untuk meningkatkan konsep kendiri anda ialah dengan melakukan apa yang anda suka”. Beliau juga menyebut bahawa terdapat empat jenis personaliti yang diklasifikasikan sebagai The True C o lo r s S ys te m iaitu personaliti Emas menunjukkan seorang yang berperancangan, personaliti Hijau menjadikan ilmu sebagai kuasa, personaliti Biru adalah seorang penyayang dan personaliti Jingga adalah seorang yang berorientasikan tindakan.

Sidek Mohd Noah (1997), telah membina suatu alat ukur yang dinamakan Inventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telah diperincikan

Page 3: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 423

mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya boleh dibahagi kepada empat, iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

P e rso n a liti E m asMengikut Sidek Mohd Noah (1998), individu yang berpersonaliti Emas dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama personaliti Emas ialah peraturan dan saya bertanggungjawab.

P erso n a liti H ijauMenurut Sidek Mohd Noah (1998), individu berpersonaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi .

P erso n a liti B iruMengikut Sidek Mohd Noah (1998), individu berpersonaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang, gembira, petiuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ialah romantis dan sukakan keharmonian.

P erso n a liti J in ggaMenurut Sidek Mohd Noah (1998), individu yang berpersonaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kune utama personaliti Jingga ialah suka mengembara.

Teori Minat Kerjaya Holland

Teori kedua yang digunakan dalam kajian ialah teori Holland yang merupakan salah satu teori kerjaya yang penting. Fokus teori Holland tertumpu kepada dua faktor, iaitu faktor personaliti dan faktor persekitaran. Jenis-jenis personaliti yang

Page 4: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

424 /M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

dikemukakan oleh Holland (1973; 1985) dan ciri-ciri tertentu mengenainya adalah seperti yang berikut;

P erso n a liti R ea lisitikIndividu jenis ini memilih aktiviti-aktiviti yang menggunakan objek, perkakas, mesin dan binatang dan tidak suka kepada aktiviti yang banyak menggunakan fikiran. Tingkah laku pula cenderung kepada kerja-kerja manual, mekanikal, elektrikal, teknikal dan pertanian. Jenis personaliti ini agak kurang melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat-sifat din seperti pemalu, suka mengikut perintah, berterus terang, materialistik, praktikal, natural, jujur, pemurah dan tekun.

P erso n a liti In ve s tig a tifPersonaliti jenis ini pula suka kepada kerja-kerja seperti penyelidikan, simbolik dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung dengan fizikal, biologikal dengan tujuan memahami dan menguasai fenomena tersebut. Sebaliknya mereka tidak suka kepada aktiviti-aktiviti sosial. Oleh yang demikian mereka sangat cenderung kepada aspek-aspek matematikal dan juga saintifik. Mereka yang berpersonaliti seperti di atas mempunyai sifat-sifat seperti analitikal, berhati-hati, kritikal, ingin tahu, bebas, introvert, rasional dan tidak popular.

P erso n a liti A rtistikIndividu yang tergolong dalam personaliti artistik pula merupakan individu yang suka aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip kepada aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Mereka tidak begitu berminat kepada jenis-jenis perkeranian dan perniagaan. Jadi mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik supaya dengan itu boleh melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas. Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Ia menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak teratur, bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan muzik. Di samping menghargai nilai-nilai estetika, ia sangat benci kepada aktiviti-aktiviti C onventional.

P erso n a liti S o sia lPersonaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu, latihan, perkembangan, pemilihan di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan teratur yang melibatkan benda, perkakas dan mesin. Ia mempunyai kebolehan di dalam hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah. Holland pula menyatakan bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang lain, memahami orang lain,

Page 5: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 425

mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga saintifik. Dengan itu, sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti kerjasama, suka berkawan, murah hati, lemah lembut, suka menolong, idealistik, baik hati, daya pujukan tinggi, bertanggungjawab serta saling memahami dan bijaksana.

P erso n a liti E n terprisin gPersonaliti jenis E n te rp r is in g sukakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau keuntungan ekonomi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan pemerhatian sistematik. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan, interpersonal dan juga daya pujukan tetapi kurang kebolehan di dalam perkara- perkara saintifik. Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu, suka mengembara, bercita-cita tinggi, suka berbahas, ingin menguasai orang lain, suka menonjolkan diri dan suka bercakap.

P e rso n a liti C on ven tion a lPersonaliti jenis C on ven tion a l pula suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan data seperti menyimpan rekod, rnenyimpan dan mengeluarkan semula bahan- bahan, mengendalikan mesin kira-kira dan memperoses data untuk mencapai matlamat ekonomi. Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas dan tidak sistematik. Mereka mendakwa diri mereka sebagai berperaturan dan mengikut arahan di samping mempunyai kecekapan perkeranian dan perangkaan. Sifat-sifat yang jelas pada mereka ialah menyesuaikan diri dengan keadaan, bersungguh-sungguh dan teliti, cekap, tegas, sopan, tenang dan tidak khayal.

Penyataan Masalah

Perkara yang telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini ialah apabila timbulnya beberapa persoalan tentang personaliti warna. Penyelidik berasa terdapat hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya Holland berasaskan teori kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

Ini dapat dilihat melalui ciri-ciri personaliti warna, iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga seakan-akan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri personaliti dalam minat kerjaya Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, E nterprising dan C on ven tion al. Sebagai contohnya, personaliti Emas yang dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perbatian seakan-akan sama dengan minat kerjaya

Page 6: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

426 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

C on ven tion a l yang dikatakan suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan data seperti menyimpan rekod, tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas dan tidak sistematik,

Penyelidik memilih minat kerjaya Holland dengan menggunakan alat ukur S elf-D irec ted Search sebagai pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini ialah kerana instrumen ini telah disah dan diiktiraf kesahan dan kebolehpercayaannya di peringkat antarabangsa. Ini akan membolehkan kajian ini lebih bermakna kerana penyelidik dapat melihat sejauh mana hubungan personaliti warna sebagai idea orang tempatan berbanding dengan minat kerjaya yang telah diasaskan oleh Holland (Ahmad Jazimin, 2000). Maka, penyelidik melihat sekiranya kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, secara tidak langsung akan memperlihatkan sejauh mana kesahan alat ukur Inventori Personaliti Warna khususnya kesahan gagasan. Kesahan gagasan boleh diperolehi dengan melakukan kajian interkorelasi antara Inventori Personaliti Warna dan S e lf-D irec ted Search.

Lantaran itu, pengkaji berminat untuk melihat dan mendapatkan beberapa kepastian mengenai beberapa persoalan seperti:

1. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik?

2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik?

4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial?

5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti wama dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang E n te rp r is in g ?

6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang C o n ve n tio n a l?

Tujuan Kajian

Untuk melihat keputusan kajian itu dengan lebih terperinci, maka tujuan yang khusus perlu dinyatakan. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:

1. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik.

2. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif.

3. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik.

4. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial.

Page 7: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI /4 2 7

5. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Enterprising.

6. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang C on ven tional.

Secara tidak langsung kajian ini juga akan cuba memperoleh maklumat mengenai kesahan alat ukur Inventori Personaliti Warna khususnya kesahan gagasan.

Hipotesis Kajian

H u bungan P erso n a liti W arna den gan M in a t K erja ya R ea lis tik H la Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik.

H u bungan P e rso n a liti W arna den gan M in a t K erja ya In ves tig a tif H2a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif.

H u bun gan P e rso n a liti W arna den gan M in a t K e rja y a A rtistik H3a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik.

H u bungan P erso n a liti W arna den gan M in a t K erja y a S osia l H4a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial.

H u bun gan P e rso n a liti W arna den gan M in a t K erjaya E nterprising H5a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang E nterprising.

H u bungan P e rso n a liti W arna den gan M in a t K erja ya C onventional H6a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat

kerjaya staf UPSI dalam bidang Conventional.

Definisi Pemboleh ubah-Pemboleh ubah Kajian

Personaliti

Dalam konteks kajian ini personaliti merujuk kepada skor yang diperolehi oleh responden dalam Inventori Personaliti Warna iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Page 8: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

428 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Minat Kerjaya

Dalam konteks kajian ini minat kerjaya merujuk kepada skor yang diperolehi dalam Self-Directed Search iaitu enam jenis skala yang dikemukakan oleh Holland (1973; 1985). Enam jenis skala tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

Staf

Dalam konteks kajian ini staf merujuk kepada staf di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak dalam bidang pengkhususan yang ditetapkan oleh penyelidik.

Kepentingan Kajian

Pertama, kajian tentang hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan staf UPSI amat penting untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Sebelum ini, belum lagi terdapatnya kajian yang melihat hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya secara serius. Maka, keputusan yang didapati daripada kajian ini kelak akan menjadi perintis kepada kajian-kajian yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penyelidik telah membuat pemerhatian secara kasar tentang hubung kait antara personaliti warna dan minat kerjaya dan didapati ia amat menarik untuk dijelajahi. Dengan terlaksananya kajian ini, maka ilmu atau konsep daripada personaliti warna dan minat kerjaya itu dapat digarapkan menjadi suatu lmu yang lebih besar dan akan berkembang.

Kedua, kajian ini penting daripada aspek pengaplikasian ilmu itu sendiri. Ini melibatkan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris, kaunselor dan bagi penyelidik-penyelidik akan datang. Kajian ini penting untuk pihak-pihak tertentu di UPSI untuk mengetahui trait personaliti staf mereka dan boleh dijadikan asas untuk merancang program sama ada di peringkat jabatan ataupun di peringkat universiti.

Seterusnya, kajian ini juga penting bagi penyelidik-penyelidik akan datang yang ingin melakukan kajian lanjutan. Mereka mungkin boleh melihat kajian ini daripada aspek yang lain seperti melibatkan hubungan antara ras, jantina dan hubungan yang wujud antara personaliti warna dan minat kerjaya di kalangan pekerja yang mewakili trait personaliti R, I, A, S, E dan C.

Page 9: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Sta f UPSI / 429

Kajian-Kajian Lepas

Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya

Kajian Luar Negara

Mervielde dan Fruyt (1997) telah membuat kajian tentang hubungan antara Five F a c to r M o d e l o f P erso n a lity (Model Personaliti Lima Faktor) dengan model RIASEC oleh Holland. Model Personaliti Lima Faktor yang dimaksudkan ialah exraversion , agreeab len ess , con scien tiou sn ess, em otion s ta b ility dan intellect. Kajian ini dibuat juga adalah untuk melihat hubungan antara trait-trait dan konsep-konsep Holland seperti kekongruenan, ketekalan dan pembezaan serta melihat hubungan antara trait Model Lima Faktor dengan inventori minat kerjaya. Kajian ini dibuat ke atas 934 orang pelajar tahun akhir dalam bidang yang berbeza. Kajian ini mengunakan alat ukur D utch /F lem ish oleh N E O -P I R (Costa & McRae 1992) yang mewakili Model Personaliti Lima Faktor manakala alat ukur S elf-D irec ted S earch (Holland 1977, 1979) mewakili RIASEC.

Perhubungan antara kedua-dua model ini telah diuji dengan menggunakan korelasi dan penyelidikan analisis faktor. Keputusan kajian menunjukkan kesemua kelima-lima faktor utama Model Personaliti Lima faktor adalah berkait secara signifikan dengan sekurang-kurangnya satu atau lebih dalam komponen RIASEC tetapi tidak semua skala RIASEC berkorelasi dengan Personaliti Model Lima Faktor terutamanya skala Realistik dan Investigatif. Penemuan korelasi tersebut telah dikembangkan oleh Costa, Me Crae dan Holland (1984) dan Gottfredson, Jones dan Holland (1993) telah mencadangkan bahawa terdapat perhubungan antara kedua-dua model, namun masih terdapat beberapa kelainan yang unik.

Kajian Dalam Negara

Zunaini Yah (2000) telah membuat kajian untuk menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan antara minat kerjaya pelajar berdasarkan kepada minat kerjaya Holland iaitu RIASEC dengan personaliti warna (Emas, Hijau, Biru dan Jingga). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk ex-post fa c to jenis korelasi. Subjek kajian terdiri daripada 300 orang pelajar yang dipilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 998 orang pelajar tahun dua daripada program Bacelor Kejuruteraan, Bacelor Sains Bioteknologi, Bacelor Muzik, Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Perakaunan. Alat kajian yang digunakan ialah S elf-D irec ted Search dan Inventori Personaliti Warna Sidek. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik korelasi Pearson dengan aras keyakinan ditetapkan pada .05.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realistik dengan personaliti Jingga ( r = .187), minat

Page 10: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

430 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

kerjaya Sosial dengan personaliti Biru ( r = .234) dan Hijau (r2 = .099), minat kerjaya E n terprisin g dengan Jingga ( r = .040) dan minat kerjaya C on ven tional dengan Emas ( r - .230). Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Investigatif dan Artistik dengan mana-mana personaliti warna. Rumusan daripada kajian ini iaitu daripada 24 hipotesis yang diuji sebanyak 5 hipotesis khusus diterima dan 19 lagi ditolak.

Ahmad Jazimin (2000) telah membuat kajian untuk menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan anatara minat kerjaya pelajar berdasarkan kepada minat kerjaya Holland iaitu RIASEC dengan personaliti warna (Emas,Hijau, Biru dan Jingga). Kajian ini berbentuk ex -p o st fa c to jenis korelasi. Subjek kajian terdiri daripada 417 orang pelajar yang dipilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 530 orang pelajar dari program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal, Bacelor Sains (Alam Sekitar), Bacelor Muzik, Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Bacelor Pentadbiran Perniagaan dan Bacelor Sains Komputer. Alat kajian yang digunakan ialah S elf-D irec ted Search dan Inventori Personaliti Warna. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik korelasi Pearson dengan aras keyakinan ditetapkan pada .05.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya C on ventional, iaitu (r(103) = .341, p < .05), personaliti Hijau dan Investigatif iaitu (*(52) = .774, p < .05), personaliti Biru dan Artistik iaitu (r(19) = .449, p > .05), personaliti Biru dan Sosial (r(97) = .302, p > .05), personaliti Jingga dan Realistik <r( 73) = .614, p > .05) dan personaliti Jingga dan E n terprisin g (r(73) = .634, p > .05). Manakala, rumusan kajian yang dapat dibuat secara khusus ialah terdapat hubungan yang signifikan antara per­sonaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Realisitik, terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan minat kerjaya dalam bidang Investigatif, terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat kerjaya dalam bidang Artistik, terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat kerjaya dalam bidang Sosial, terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang E n terprisin g dan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya dalam bidang C onventional.

Metodologi Kajian

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah ex-P ost Facto, jenis korelasi. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian korelasi memberi penekanan kepada penentu sejauh mana kaitan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Kajian ex-P ost F acto sesuai digunakan untuk kajian awal bagi kajian pemboleh ubah seperti atribut personal.

Page 11: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 431

Alat Kajian

Dalam kajian in satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian-bahagian itu ialah: Bahagian A: Maklumat Diri; Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW); dan Bahagian C: Soal Selidik Minat Kerjaya S elf-D irec ted Search (SDS).

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

In ven tori P e rso n a liti W arnaResponden yang digunakan untuk menghasilkan soal selidik ini ialah 88 orang yang terdiri daripada pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Nilai pekali kebolehpercayaan A lpha C ron bach yang diperolehi ialah .72. Namun begitu pekali kebolehpercayaan a lp h a cron bach telah meningkat kepada .84 setelah kajian rintis yang kedua dilakukan (Sidek e t al. 1997).

S e lf-D irec ted SearchSDS mempunyai kesahan yang tinggi. Holland (1979 dalam Healy; dan Mourton, 1984) melaporkan hasil kajian ke atas pelajar kolej yang baru, rs adalah antara .64 hingga .84. Menurut Zunker (1990), kajian yang dilakukan ke atas 2000 hingga 6000 orang pelajar kolej telah menggunakan formula K u d er R icardson 20 untuk menentukan ketekalan dalaman alat ukuran. Keputusannya, didapati ketekalan dalaman SDS adalah antara .67 hingga .94. Pekali untuk lelaki adalah antara .63 hingga .88 dan antara .53 hingga .85 untuk pelajar perempuan.

Tempat Kajian

Kajian dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlainan fakulti dan jabatan mengikut bidang pekerjaan. Bidang pekerjaan yang dipilih adalah berasaskan kepada personaliti yang dikemukakan oleh Holland iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), E n terprising (E) dan C o n ven tio n a l (C).

Subjek Kajian

Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah dalam kalangan staf UPSI yang telah dikategorikan kepada enam bidang pekerjaan menurut teori Minat Kerjaya Holland sebagaimana dalam Jadual 2.

Page 12: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

432 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 2: Populasi Kajian Menurut Minat Kerjaya dan Jenis Pekerjaan

Minat Kerjaya Jenis Pekerjaan

Realistik Juruteknik

Investigative Pensyarah FSTPembantu Makmal

Artistik Pensyarah FSM

Sosial Pegawai TadbirPensyarah FSKPM

Enterprising Pensyarah FPE

Conventional Pensyarah FTMKPustakawan

Sampel Kajian

Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan bahawa untuk setiap populasi pelajar mengikut bidang pengajian yang dikaji, maka terdapat saiz sampel yang tertentu diperlukan sebagaimana dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3; Bilangan Populasi dan Sampel Enam Bidang Pekerjaan

Bidang pekerjaan Populasi Sampel Mewakili bidang

Juruteknik 21 21 Realistik

Pensyarah FST 30 36 InvestigatifPembantu Makmal 10

Pensyarah FSM 2 0 15 Artistik

Pensyarah FSKPM 31 64 SosialPegawai Tadbir 49

Pensyarah FPE 2 0 19 Enterprising

Pensyarah FTMK 27 31 ConventionalPustakawan 8

Jumlah 216 186

Sumber: Krejcie dan Morgan (1970)

Page 13: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 433

Penganalisisan Data Statistik

Kaedah Pemarkatan

In ven tori P erso n a liti W arnaBerikut disenaraikan item yang mewakili personaliti warna sepertimana Jadual 4 di bawah ini:

Jadual 4: Jenis Personaliti Warna dan Item yang Berkaitan

Jenis Personaliti Nombor item

Emas l | 5, 9, 13.17, 21, 25, 29, 33, 37, 41, 45, 49, 53, 57, 61, 65, 69, 73, 77, 81, 85, 89, 93 dan 97.

Hijau 2, 6, 10, 14, 18, 22, 26, 30, 34, 38,42, 46, 50, 54, 58, 62, 66, 70, 74, 78, 82, 86, 90, 94 dan 98.

Biru 3, 7, 11, 15, 19, 23, 27, 31, 35, 39, 43, 47, 51, 55, 59, 63, 67, 71, 75, 79, 83, 87, 91, 95 dan 99.

Jingga 4, 8, 12, 16, 20, 24. 28. 32, 36, 40, 44, 48, 52, 56, 60, 64, 68, 72, 76, 80, 84, 88, 92, 96 dan 100.

S e lf-D irec ted SearchDalam soal selidik SDS bahagian Realistik mempunyai 32 item, Investigatif mempunyai 32 item, Artistik mempunyai 32 item, Sosial mempunyai 32 item, E n terp ris in g mempunyai 32 item dan C on ven tion a l mempunyai 32 item seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5: Jenis Personaliti Holland dan Item yang Berkaitan

Persnaliti Item

Realistik (R) 1,2,3,4,5,6,7,8.9,10,61, 62, 63, 64, 65, 66,67, 6 s |s9 , 70, 121, 122, 123, 124, 125, 126, 127, 128. 429, 130, 431, 132.

Investigatif (I) 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20 ,71 ,72 , 73,74, 75, 76,77, 78, 79, 80, 133, 134, 135, 136, 137, 138, 139, 140, 141, 142, 143, 144.

Artistik (A) 21,22, 23,24, 25, 26, 27, 28, 29. 30, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90, 145,146, 147, 148, 149, 150, 151. 152, 153, 154, 155, 156.

Sosial (S) 31,32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99, 100, 157, 158, 159, 160, 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168.

Enterprising (E) 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 101, 102, 103, 104, 105, 106, 107, 108, 109, 110, 169, 170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178, 179, 180.

Conventional (C) 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 111, 112, 113, 114, 115, 116, 117, 118, 119, 120, 181, 182, 183, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 192.

Page 14: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

434 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pengujian Hipotesis

Data-data yang berkaitan dengan biodata responden dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, manakala statistik inferensi dengan menggunakan alat statistik korelasi pearson telah digunakan untuk menguji semua hipotesis yang dikemukakan. Pemilihan statistik untuk menguji sesuatu hipotesis adalah berpandukan kepada jadual yang terkandung dalam buku con du ctin g ed u ca tio n a l research oleh tuckman (1978). Menurut Sulaiman (1996) analisa data masa kini dilakukan oleh komputer yang kebanyakannya menggunakan atur cara s ta tis tic a l p a ck a g e s f o r the so s ia l sc ien ce s (spss). Untuk keterangan lanjut sila rujuk jadual 6.

Jadual 6: Pemilihan Statistik Inferensi berasaskan Skala Pengukuran Mengikut Tuckman

Bil. Hipotesis Pemboleh Ubah Bebas (IV)

Pemboleh Ubah Bersandar (DV)

AlatStatistik

H la Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik.

PersonalitiJingga(sela)

Minat Kerjaya Realistik

(sela)

KorelasiPearson

H2a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif.

PersonalitiHijau(sela)

Minat Kerjaya Investigatif

(sela)

KorelasiPearson

H3a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik.

PersonalitiBiru

l(sela)

Minat Kerjaya Artistik (sela)

KorelasiPearson

H4a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial.

PersonalitiBiru(sela)

Minat Kerjaya Sosial (sela)

KorelasiPearson

H5a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Enterprising,

PersonalitiJingga(sela)

M inat Kerjaya Enterprising

(sela)

KorelasiPearson

H 6 a Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Conventional.

PersonalitiEmas(sela)

Minat Kerjaya Conventional

(sela)

KorelasiPearson

Page 15: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 435

Keputusan Kajian

Statistik Deskriptif Kekerapan

Berdasarkan Jadual 7 di bawah, menunjukkan minat kerjaya sosial menunjukkan peratusan yang tertinggi dengan 34.4 peratus dan diikuti dengan minat kerjaya investigatif iaitu 19.4 peratus. Bagi minat kerjaya Conventional menunjukkan peratusan sebanyak 16.7 peratus, manakala minat kerjaya Realistik dan Enterprising adalah 11.3 dan 10.2 peratus masing-masing. Minat kerjaya Artistik mempunyai bilangan dan peratusan yang rendah iaitu 15 orang kakitangan dan 8.1 peratus.

Jadual 7: Taburan Peratusan Minat Kerjaya Mengikut Jenis Pekerjaan bagi Staf UPSI

Minat Kerjaya Jenis Pekerjaan Jumlah Peratus (%)'

Realistik Juruteknik 21 11.3

Investigatif Pensyarah FST Pembantu Makmal

36 19.4

Artistik Pensyarah FSM 15 8 .1

Sosial Pegawai Tadbir Pensyarah FSKPM

64 34.4

Enterprising Pensyarah FPE 19 1 0 .2

Conventional Pensyarah FTMK Pustakawan

31 16.7

Jadual 8 menunjukkan keputusan personaliti warna yang diwakili oleh staf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), didapati personaliti warna Emas menunjukkan peratusan yang tinggi dengan 65.1 peratus. Ini diikuti dengan warna Biru dan Hijau dengan 16.7 peratus dan 12.4 peratus. Personaliti warna Jingga menunjukkan peratusan yang terendah sekali dengan 6.5 peratus.

Jadual 8: Peratusan Personaliti Warna Kakitangan di Universili PendidikanSultan Idris (UPSI)

Personaliti Warna Bilangan Peratus (%)

Emas 121 65.1

Hijau 23 12.4

Biru 31 16.7

Jingga 12 6.5

Page 16: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

436 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Keputusan dalam jadual 9 menunjukkan min yang tertinggi bagi kategori Inventori Personaliti Warna (IPW) adalah personaliti warna Emas dengan 1.311. Manaka min tertinggi bagi Inventori SDS adalah .688 bagi kategori minat kerjaya Sosial.

Jadual 9: Min dan Sisihan Piawai bagi Personaliti Warna dan Minat Kerjaya

Kategori IPW dan SDS Min Sisihan Piawai

Personaliti Warna Emas 1.311 .952Personaliti Warna Biru .333 .747Personaliti Warna Jingga .129 .492Personaliti Warna Hijau .247 .660

Minat Kerjaya Realistik .225 .634Minat Kerjaya Investigatif .397 .800Minat Kerjaya Artistik .161 .546Minat Kerjaya Sosial .6 8 8 .952Minat Kerjaya Enterprising .204 .607Minat Kerjaya Conventional .344 .756

N=186

Pengujian Hipotesis Kajian

Berdasarkan jadual 10 didapati wujud hubungan yang signifikan antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Conventional dengan r (186) = .330, p < .05.

Jadual 10: Hubungan antara Personaliti Warna Emas dengan Kerjaya Conventional

Minat Kerjaya N r Sig. r

Conventional 186 .330** . 0 0 0

Nota:|jL* kolerasi signifikan pada aras 0.01

Analisis jadual di bawah menunjukkan nilai r (186) = .754, p< .05. Ini menunjukkan hubungan yang signifikan antara personaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif di kalangan pensyarah FST dan pembantu makmal d Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Berdasarkan analisis Jadual 12 didapati wujud hubungan signifikan antara personaliti warna Biru dan minat kerjaya Sosial dengan r (186) = .617, p< .05. Nilai r yang diperolehi oleh minat kerjaya Artistik menunjukkan hubungan yang kuat (Jaacard & Becker 1990 ) dengan r (186) = .662, p< .05. Ini menunjukkan

Page 17: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 437

Jadual 11: Hubungan antara Personaliti Warna Hijau dengan Minat Kerjaya Investigatif

Minat Kerjaya N r Sig. r

Investigatif 186 .754** .0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Jadual 12: H ubungan A n tara P ersonaliti W arna B iru dengan M inat K erjayaA rtistik dan Sosial

Minat Kerjaya N r Sig. r

Artistik 186 Sosial 186

662**.617**

.0 0 0

.0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

wujud hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Artistik dan Sosial dengan personaliti warna Biru.

Jadual 13 menunjukkan hubungan yang kuat wujud antara personaliti warna Jingga dengan minat kerjaya Enterprising dan Realistic (Jaacard & Becker, 1990) dengan nilai r (186) = .779, p < .05 bagi minat kerjaya Enterprising dan nilai r (186) w .736, p < .05 bagi minat kerjaya Realistik. Maka ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna Jingga dengan minat kerjaya Enterprising dan Realistik.

Jadual 13: Hubungan Antara Personaliti Warna Jingga dengan Kerjaya Enterprisingdan Realistik

Minat Kerjaya N r Sig. r

Enterprising 186 .779** .0 0 0

Realistik 186 .736** .0 0 0

Nota: *® kolerasi signifikan pada aras 0.01

Jadual analisis 14 memaparkan kesahan gagasan personaliti warna dengan minat kerjaya. Didapati personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga menunjukkan wujudnya hubungan dengan minat kerjaya Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional di kalangan staf Universit Pendidikan Sultan Idris mengikut bidang pekerjaan.

Page 18: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

438 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 14: Kesahan Gagasan Personaliti Warna dengan Minat Keijaya

r Sig. r

Personaliti Warna Jingga dengan Minat Kerjaya Realistik .736** .0 0 0

Personaliti Warna Hijau dengan Minat Kerjaya Investigatif .754** . 0 0 0

Personaliti Warna Biru dengan Minat Kerjaya Artistik .662** . 0 0 0

Personaliti Warna Biru dengan Minat Kerjaya Sosial .617** .0 0 0

Personaliti Warna Jingga dengan Minat Kerjaya Enterprising 7 7 9 ** .0 0 0

Personaliti Wama Emas dengan Minat Kerjaya Conventional .330** .0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Perbincangan, Implikasi dan Cadangan

Perbincangan

Kajian pemadanan individu dengan persekitarannya telah lama dilakukan dalam bidang psikologi dan ia telah berjaya menarik perhatian pengkaji masa kini (Spokane, 1985). Menurut kajian-kajian ini, individu cenderung memilih persekitaran yang konsisten dengan orientasi personalnya (Holland, 1962; 1968; Ashby & Wall, 1966). Mengikut Holland (1973), personaliti yang dominan akan mempengaruhi pemilihan bidang pekerjaan seseorang individu. Individu akan memilih pekerjaan yang menyerupa jenis personaliti sekunder dan tertiary hanya apabila mereka dihalang memilih persekitaran yang secocok dengan jenis personaliti yang dominan (Kwak dan Pulvino, 1982). Dapatan kajian ini telah menyempumakan tujuan kajian iaitu untuk mengenai pasti hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya dalam bidang Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Daripada 6 hipotesis khusus yang diuji, semuanya diterima.

Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Realistik

Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik dengan personaliti Jingga. Ini j uga berkemungkinan bidang realistik diwakili oleh kerjaya juruteknik yang seakan-akan mempamerkan personaliti yang suka kepada alat dan benda. Menurut Holland (1973) (dalam Weinrach dan Srebalus, 1990), setiap jenis personaliti memperlihatkan minat dan kecekapan kerja tertentu. Hubungan yang signifikan ini wujud menunjukkan responden yang memilih kerjaya Realistik adalah kerana bidang tersebut selaras dengan ciri personaliti Jingga. Antara ciri yang mempunyai keselarasan itu ialah sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, ‘rigid’ dan mengikut

Page 19: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 439

rutin, berpuas hati dalam kerja yang memberi kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan dan seorang performer semulajadi. Selain itu orang yang berpersonaliti Jingga biasanya menghadapi kesulitan yang besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah, suka belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya membaca atau mendengar, dalam proses pembelajaran ia memerlukan penglibatan fizikal dan dorongan yang kuat, bersifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan dan keseronokan.

Dapatan kajian ini juga disokong oleh Zunaini Yah (2000) yang telah menjalankan kajian terhadap hubungan minat kerjaya Holland dengan personaliti warna. Kajian beliau menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara bidang Realistik dengan personaliti warna Jingga iaitu ( r = .187). Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri orang yang meminati bidang Realistik berkorelasi dengan Personaliti Jingga.

Dapatan kajian Ahmad Jazimin (2000) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya pelajar dalam bidang Realistik dengan personaliti warna Jingga iaitu (r(73) = .614, p > .05). Ianya seakan-akan menunjukkan bahawa ciri-ciri orang yang meminati bidang Realistik berkorelasi dengan personaliti Jingga.

Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Investigatif

Dapatan kajian menunjukkan hipotesis umum kedua diterima. Ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif dengan personaliti Hijau yang mempunyai hubungan yang kuat iaitu nilai r (186) = .754, p < .05.

Walau bagaimanapun hasil dapatan pengkaji bertentangan dengan dapatan Zunaini Yah (2000) di mana tidak wujud hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Investigatif dengan personaliti warna. Kajian Zunaini juga menunjukkan bahawa hubungan Personaliti Warna khususnya personaliti Hijau adalah negatif dengan minat kerjaya Investigatif.

Namun begitu hasil kajian ini selaras dengan apa yang diperolehi oleh kajian Ahmad Jazimin (2000) iaitu wujud hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan Investigatif iaitu (r(52) = .774, p < .05) di kalangan pelajar Bacelor Sains Alam Sekitar.

Dapatan kajian dalam penyelidikan ini yang sangat signifikan mungkin berkaitan dengan persampelannya yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Sains dan Teknologi dan pembantu makmal UPSI. Seakan-akan kecenderungan minat mereka yang berorientasikan penyelidikan, suka untuk melibatkan diri dalam membahaskan teori-teori baru, mereka cipta kaedah pengajaran, banyak bersifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara dan mencari penemuan terbaru selaras dengan personaliti dan kerjaya mereka.

Page 20: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

440 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Artistik

Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan hipotesis umum yang ketiga diterima. Oleh itu, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Artistik dengan personaliti warna jingga. Kewujudan jenis personaliti Artistik pada pensyarah Seni dan Muzik adalah selaras dengan pengetahuan, kebolehan dan pengalaman yang telah terbentuk pada diri mereka. Bakat seni mereka telah diperkukuhkan lag: melalui mata pelajaran bercorak kesenian seperti seni nyanyi, seni lakon, seni lukis, seni ukir dan seni muzik. Ditambah pula dengan pengalaman mengikut aktiviti seperti menyertai pertandingan puisi, drama, nyanyian, pameran lukisan, pameran seni ukir dan terlibat aktif dalam dalam aktiviti seni lakon dan penyelidikan dalam seni lukis, tentu sedikit sebanyak akan mempengaruhi personaliti mereka. Pendedahan mereka dalam bidang kesenian sangat membantu untuk mencorakkan personaliti mereka.

Dapatan kajian ini disokong oleh Ahmad Jazimin (2000) yang memperolehi personaliti Biru dan Artistik iaitu (r( 19) ■ .449, p > .05). Dalam dapatan tersebut juga ada dibincangkan tentang kemunculan jenis personaliti Artistik dalam Bacelor Muzik kemungkinan juga dipengaruhi oleh sampel kajian yang mempunyai sampel pelajar perempuan yang lebih ramai, iaitu 78.94% berbanding pelajar lelaki seramai 21.06% sahaja. Mengikut Keeling dan Tuck (1979 dalam Wan Hamzah 1993) sampel wanita adalah lebih tingi rumusan kiraannya dalam jenis Sosial (S), Artistik (A) dan Conventional (C). Dapatan ini juga selaras dengan dapatan Wan Hamzah (1993) mengenai pola-pola personaliti sampel perempuan guru sekolah rendah iaitu SAK (Sosial - Artistik - Conventional). Beliau juga telah mengunakan sampel guru perempuan sermai 277 orang berbanding lelaki 102 orang.

Hasil kajian ini juga bertentangan dengan dapatan dari kajian Zunaini Yah (2000), di mana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Artistik dengan Personaliti Jingga.

Hubungan personaliti warna dengan m inat kerjaya Sosial

Hipotesis umum yang keempat menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna. Dapatan kajian memperlihat bahawa pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan Pegawai Tadbir mempunyai ciri sosial yang tinggi dan ia berkorelasi dengan personaliti biru.

Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Ahmad Jazimin (2000) menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan minat kerjaya Sosial dengan personaliti Emas ( r = .134) dan Biru ( r = .092). Berdasarkan Holland (1973) telah menggolongkan pelajar Pendidikan sebagai didominasikan oleh personaliti Sosial. Perolehan personaliti ini penting memandangkan pelajar Bacelor

Page 21: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 441

pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) akan bekerja sebagai seorang guru dan guru perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar, harus mempunyai sikap ingin membantu, memahami dan murah hati. Oleh itu mereka seharusnya mempunyai kod dominan jenis Sosial (Holland, 1973; Shuttenberg, 1990).

Dalam kajian Zunaini Yah (2000) menyatakan bahawa terhadap hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Sosial dengan Personaliti Biru dan Hijau. Ini bertentangan sedikit dengan dapatan pengkaji iaitu minat kerjaya sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan Personaliti Warna Emas dan Biru.

Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Enterprising

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan minat kerjaya Enterprising dengan personaliti Jingga. Suatu hubungan yang kuat diperolehi antara minat kerjaya Enterprising dengan personaliti Jingga. Teori Holland (1973), mengatakan individu Enterprising akan melibatkan diri dalam aktiviti pencapaian ekonomi. Keputusan kajian kelihatan menyokong pendapat ini apabila ciri-ciri pensyarah Fakulti Pengajian Ekonomi UPSI mempunyai sedikit persamaan dengan apa yang ada dalam Personaliti Jingga. Kenyataan ini benar, kerana persekitaran pembelajaran sering mendedahkan mereka kepada maklumat ekonomi serta cara menguasai dunia perniagaan. Keadaan ini jelas apabila pensyarah dikehendaki mengajar kursus-kursus yang melibatkan ‘pengurusan sumber manusia’, ‘pengurusan pemasaran’, ‘pengurusan jualan’, ‘perniagaan ru n c if , ‘keusahawanan’, ‘ekonomi makro’ dan ‘ekonomi mikro’. Rumusannya, subjek bukan setakat hadir dalam persekitaran yang secocok dengan jenis personaliti, malah mereka telah cuba mengaplikasikan kursus yang mereka ajar untuk diperpanjangkan kepada pelajar. Pengkaji juga berpendapat bahawa pensyarah dalam bidang di FPE ini juga mempunyai latar belakang untuk mengurus dan memanipulasi masalah dengan baik. Mereka sangat sukakan persaingan dan cabaran yang banyak bertemakan keuntungan dan realistik dalam kehidupan.

Keputusan kajian ini selari dengan kajian oleh Zunaini Yah (2000), yang menunjukkan terdapat hubungan personaliti Jingga dengan minat kerjaya Enterprising. Namun demikian, hubungan anatara pemboleh ubah tersebut adalah lemah.

Keputusan kajian oleh Ahmad Jazimin (2000) memperlihatkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga iaitu personaliti Jingga dan Enterprising (r (73) = .634, p > .05).

Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Conventional

Dapatan kajian menunjukkan hipotesis keenam iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya bidang Conventional dengan personaliti warna

Page 22: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

442 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Emas diterima. Keputusan kajian ini selaras dengan hasil kajian oleh Zunaini Yah (2000) yang menunjukkan terdapat hubungan yang senderhana kuat antara personaliti Emas dan minat kerjaya Conventional. Pengkaji membei tumpuan kepada hubungan antara personaliti Emas dan minat kerjaya Conventional kerana pada pandangan pengkaji terdapat keserasian dari segi personaliti antara kedua pemboleh ubah tersebut. Personaliti Conventional yang disifatkan individu yang suka bekerja dengan data dan nombor, mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor dianggap menepati ciri-ciri yang wujud di dalam personaliti Emas.

Sememangnya pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang berbentuk pengiraan dan perekodan namun demikian tidak kurang juga kursus yang diajar oleh mereka menghendaki mereka berfikir secara kreatif dan bebas. Ini dapat dilihat kepada subjek-subjek yang melibatkan subjek yang berkaitan dengan sistem pengaturcaraan komputer. Dalam mempelajari subjek pengaturcaraan komputer sebagai contoh, untuk membina idea baru bagi membolehkan sistem yang dihasilkan itu bermutu tinggi dan lain dari yang sedia ada. Nampaknya aliran yang sama pada kerjaya sebagai pustakawan yang bukan terhad kepada pengurusan keluar masuk buku sahaja malah lebih mementingkan kepuasan pelanggan. Namun begitu sekiranya sifat Conventional dan warna Emas terlalu rendah di kalangan pustakawan ada kemungkinan matlamat untuk mencapai ISO 2000 tidak akan tercapai kerana ahli-ahli tidak mempunyai penstrukturan yang jelas dan konkrit tentang matlamat yang ingin dicapai.

Selain itu dapatan Ahmad Jazimin (2000) memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya dalam bidang Conventional iaitu (r(103) = .341, p < .05). Secara tidak langsung ia meneguhkan lagi dapatan kajian oleh penyelidik tentang hubungan personaliti Emas dan minat kerjaya dalam bidang Conventional.

Kesahan Gagasan IPW

Hasil kajian menunjukkan keempat-empat jenis personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga berkorelasi tinggi dengan R, I, A, S, E, C. Ini bererti bahawa sekiranya hubungan kedua-dua pemboleh ubah itu tinggi maka kesahan gagasan yang wujud dalam IPW juga tinggi. Hubungan korelasi yang tinggi antara personaliti warna dan minat kerjaya dapat dikemukakan berdasarkan Jadual 15 di bawah.

Page 23: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI / 443

Jadual 15: Kesahan Gagasan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya

r Sig. r

Personaliti Warna Jingga dengan Minat Kerjaya Realistik .736** .0 0 0

Personaliti Warna Hijau dengan Minat Kerjaya Investigatif .754** .0 0 0

Personaliti Warna Biru dengan Minat Kerjaya Artistik .662** .0 0 0

Personaliti Warna Biru dengan Minat Kerjaya Sosial .617** .0 0 0

Personaliti Warna Jingga dengan Minat Kerjaya Enterprising 7 7 9 ** .0 0 0

Personaliti Warna Emas dengan Minat Kerjaya Conventional .330** .0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Im plikasi Kajian

Im plikasi teoritikal

Dapatan kajian ini pada keseluruhannya menunjukkan, terdapat keselarasan antara minat kerjaya dengan personaliti warna di kalangan staf UPSI. Pengkaji berpandangan bahawa hubungan dan keselarasan minat kerjaya Holland ini dengan personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga memberi implikasi yang baik terhadap keberkesanan sistem penyaluran minat dan personaliti staf UPSI dalam kerjaya mereka. Pengkaji akan mengetengahkan implikasi teoritikal yang agak sama oleh kajian yang dibuat oleh Ahmad Jazimin (2000) kerana konsep kajian agak sama. Secara tidak langsung dapatan dalam kajian ini meneguhkan lagi asas bahawa personaliti warna dan minat kerjaya saling berkaitan antara satu sama lain. Maka tugas individulah untuk menambah dan mengurangkan personaliti dan minat yang mereka pilih untuk perkembangan organisasi.

Kajian yang dijalankan ini secara langsung menyokong teori Holland tentang pemilihan kerjaya. Individu yang mempunyai personaliti yang sama atau seakan- akan sama sudah tentu akan memilih jenis pekerjaan yang seakan-akan sama dengan personaliti mereka juga.

Aplikasi praktikal

Hasil ujian ini menunjukkan bahawa, staf-staf ini boleh diberi penerangan tentang personaliti mereka dan kelebihan mereka terhadap keputusan tersebut. Secara tidak langsung setiap individu akan dapat mengenali personaliti masing-masing dalam urusan kerja di UPSI. Ini sangat memudahkan seseorang itu khususnya majikan untuk mengagihkan tugas selaras dengan minat dan personaliti mereka.

Dalam kajian ini, ada di antara responden yang tidak selaras antara minat kerjaya dengan personaliti. Banyak kemungkinan yang menyebabkan hal sedemikian berlaku, antaranya ialah staf UPSI dari awal mungkin terdedah

Page 24: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

444 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

dengan persekitaran yang berbeza dengan bidang pekerjaan mereka. Faktor minat individu juga mempengaruhi hubungan antara minat kerjaya dengan personaliti. Sebagai contohnya pekerja yang minat dalam bidang teknikal sudah semestinya lebih selesa dengan persekitaran yang realistik. Pengkaji juga mengakui bahawa staf di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia tidak semestinya dapat mendominasikan personaliti biru dalam hidup mereka walaupun ia dikategorikan di bawah minat kerjaya sosial. Ini kerana mereka juga mungkin telah didedahkan dengan pelbagai kursus yang melibatkan pentadbiran, cara gaya berfikir ataupun bidang pengkhususan yang berlainan.

Cadangan-cadangan

Hasil kajian ini memainkan peranan yang penting dalam mengetengahkan sejauh manakah minat dan personaliti staf untuk melihat personaliti kerja yang sesuai dengan diri mereka. Para staf dan kaunselor haruslah mengetahui isu-isu kerjaya dengan lebih meluas dan bersifat semasa sebab mereka hendaklah mengakui bahawa personaliti seseorang berubah-ubah kerana kehidupan kerjaya adalah suatu ‘proses’.

Selain itu, dicadangkan juga bahawa hasil kajian ini bukan sahaja dilihat, kepada staf malah dalam pemilihan pelajar ke setiap program pengajian. Secara tidak langsung ia telah membantu pelajar untuk menggunakan potensi mereka dalam bidang pengajian yang diceburi oleh mereka. Dengan mengadakan ujian minat kerjaya dan personaliti kepada setiap pelajar, mereka akan mendapat ruang untuk melihat potensi yang mereka ada. Dengan cara ini pelajar akan mendapat tahu sejauh mana kesesuaian mereka dengan bidang yang sesuai dengan minat dan personaliti mereka.

Rumusan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji Sama ada Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Minat Kerjaya Dengan Personaliti Staf UPSI Iaitu:

1. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Jingga Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Realistik Di Kalangan Staf UPSI.

2. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Hijau Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Investigatif Di Kalangan Staf UPSI.

3. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Biru Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Artistik Di Kalangan Staf UPSI.

4. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Biru Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Sosial Di Kalangan Staf UPSI.

Page 25: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI! 445

5. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Jingga Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Enterprising Di Kalangan Staf UPSI.

6. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Emas Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Conventional Di Kalangan Staf UPSI.

R u ju kan

Ahmad Jazimin Jusoh, 1998. Masalah Pelajar Dan Hubungannya Dengan Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Di Kolej Keenam UPM. Projek Penyelidikan Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) yang tidak diterbitkan. Serdang:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Jazimin Jusoh, 2000. Hubungan minat kerjaya dengan personaliti di,kalangan pelajar IPT. Tesis Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang tidak diter­bitkan. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan.Universiti Putra Malaysia.

Amla H. M. Salleh, 1992. An investigation of the validity of holland’s self-directed search for utilization by Malaysian Population. Jurnal Perkama, 3 & 4 : 165-173.

Fait, J., 1999. Book review: follow your true colors to the work you love at http://www. review.com.products-services/atpr/truecol/.index.htm on September 1, 2000.

Hauck, D. W., 1998. Whole Life Times at http://www.truecolors.org./internet-store/page 1. html on September 2000.

Healy, C. C. and Mourton, D. L., 1984. The self directed search personality scale and career maturity. Journal o f M easurem ent and Evaluation in Counselling and Development, 17.

Holland, J. L., 1962. Some explorations of a theory of vocational choice. 1. One and two year longitudinal studies. Psychological Monographs, 76: 26-545.

Holland, J. L., 1973. M aking Vocational Choices: A theory o f careers. New Jersey: Englewood Cliffs, Prentice - hall Inc.

Holland, J. L., 1985. M aking Vocational Choices: A theoiy o f vocational personalities and work enviroments. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Jaccard, J. and M. Becker, 1990. Statistic for the behaviour sciences. Belmont: Wadswoeth Publishing Company.

Page 26: Hubungan Personaiit Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan ...

446 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Kalil, C., 1999. Follow Your True Colors to the Work You Love. Canada: Career Life Skill Resources Inc.

Krejcie, R. V. and Morgan, D. W„ 1970. Determining sample size for research activities. Educational and measurement. 30: 607-610.

Mervielde, I. and Fruyt D. F., 1997. The five factor model of personality and Holland’s RIASEC interest types. Journal Person Individual Differences. 23(1): 87-103.

Mohd Aziz Shah Mohd Arip, 1997. Keselarasan antara personaliti dan persekitaran latihan di kalangan pelajar-pelajar Universiti Putra M alaysia berdasarkan teori Holland. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah. 1996. Keselarasan personaliti dan persekitaran latihan: Satu kajian di kalangan pelajar universiti berasaskan teori keselarasan individu persekitaran Holland. Tesis yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sidek Mohd. Noah, 1998. Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Selangor: Perkhidmatan Percetakan Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Sidek et. al., 1997. Penilaian Dalam Kaunseling. Terengganu: Universiti Putra Malaysia.

Tuckman, B. W., 1978. Conducting educational research. New York: Harcout Brace Jovanovich Inc.

Weinrach, S. G. and Srebalus, D. J., 1990. H olland’s theory o f career: career choice and development. San Francisco: Jossey Bass Publishers.

Zunaini Yah, 2000. Hubungan antara m inat kerjaya dengan personaliti pelajar. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.