HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI … · kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah...

12
Muka surat 1/12 HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR BAHRU Oleh Helen Malaka Rojiah Abdullah Nor’azian Binti Rohani Eldrana Augustin Daniel Mustafa Kamal Mohammad Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru. Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan. Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window 11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3 peratus. Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada responden yang mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang bising, tiada masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini. Secara umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan sekolah merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress guru- guru sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi. Abstract The main purpose of the study was to find out the stress and stressors (sources of stress) among teachers in one religion secondary school in Johor Bahru. The relation between the demographic factors with the level of stress the correlation between stressor factors and the level of stress were studied. A total of 35 teachers were used as samples. Data collection were analyzed by statistical package of Social Science (SPSS) version 11.0. The finding showed that the level of stress was low ( 94.3 % ). Others 5.7% experience a moderate level of stress. It was identified that noisy students, the lack of time for checking student’s exercise and lack or rest between classes were very common stressors amongst the teachers. Generally, work load was a main factor and school factor was the second factor of stressors. There were significant correlation between regulation and interpersonal relation with the level of stress. It is recommended that further studies to be carried out in this area.

Transcript of HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI … · kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah...

Muka surat 1/12

HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR

BAHRU

Oleh Helen Malaka

Rojiah Abdullah Nor’azian Binti Rohani

Eldrana Augustin Daniel Mustafa Kamal Mohammad

Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor Bahru. Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan. Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit telah di ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa mengguna perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for Window 11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa tahap stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3 peratus. Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada responden yang mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang bising, tiada masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini. Secara umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan sekolah merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan signifikan antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress guru-guru sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang diperolehi. Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi. Abstract The main purpose of the study was to find out the stress and stressors (sources of stress) among teachers in one religion secondary school in Johor Bahru. The relation between the demographic factors with the level of stress the correlation between stressor factors and the level of stress were studied. A total of 35 teachers were used as samples. Data collection were analyzed by statistical package of Social Science (SPSS) version 11.0. The finding showed that the level of stress was low ( 94.3 % ). Others 5.7% experience a moderate level of stress. It was identified that noisy students, the lack of time for checking student’s exercise and lack or rest between classes were very common stressors amongst the teachers. Generally, work load was a main factor and school factor was the second factor of stressors. There were significant correlation between regulation and interpersonal relation with the level of stress. It is recommended that further studies to be carried out in this area.

Muka surat 2/12

1.0 PENGENALAN

Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat sejak

dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah dijalankan ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Gmelch et al. 1984; Mc Cormik dan Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di kalangan guru telah menarik ramai pengkaji akhir-akhir ini (Siti Radziah, 1982; Chang Fui Chin, 1996; Ahmad Shakri, 1998; Malakolunthu, 1994). Namun demikian, kajian mengenai stres guru-guru di sekolah Agama masih kurang dan perlu dilakukan memandangkan prestasi sekolah Agama agak menggalakkan, walaupun beban tugas guru semakin bertambah.

Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru ini juga menunjukkan betapa seriusnya masalah ini. Guru-guru menyedari bahawa stres yang biasa dapat memberi kesan yang mendalam terhadap prestasi serta kebajikan. Tetapi stres yang berlebihan akan mengurangkan prestasi dan menjejaskan kesihatan guru di mana guru akan berhadapan dengan tekanan. Menurut Zainal (1983) dan McCormick et al. (1992) dalam (Noriah, 1994), guru-guru yang tidak dapat mencapai harapan yang tinggi daripada masyarakat , pentadbir dan ibu bapa akan merasa kecewa dan seterusnya mengakibatkan mereka mengalami ketegangan (stres) pekerjaan.

Kajian ini bertujuan:

1. Untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor-faktor

demografi guru. 2. Untuk mengenalpasti punca-punca stres sama ada ia berkaitan

pentabdiran atau peraturan sekolah, ciri-ciri tugas, hubungan interpersonal atau masalah murid.

3. Untuk mencari hubungan antara punca stres dengan tahap stres guru-guru sekolah menengah agama yang dikaji.

Hipotesis Kajian 1) Hipotesis 1

Terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan tahap stres guru-guru.

2) Hipotesis 2

Terdapat hubungan yang signifikan antara pentadbiran/peraturan sekolah dengan tahap stres guru-guru.

3) Hipotesis 3 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah murid dengan tahap stres guru-guru.

4) Hipotesis 4 Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tugas dengan tahap stres guru-guru.

Muka surat 3/12

2.0 METODOLOGI Reka bentuk kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah rekabentuk kajian kes di mana semua populasi merupakan responden. Sejumlah 35 orang guru semuanya di salah sebuah Sekolah Agama Di Johor Bahru yang dijadikan sampel.

Tatacara kajian Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik. Instrumen ini mempunyai 73 item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian A merupakan demografi subjek, Bahagian B merupakan punca-punca yang boleh membawa kepada stres terdiri dari beban tugas, peraturan sekolah, hubungan interpersonal dan masalah pelajar dan Bahagian C pula merupakan ujian tahap stres. Alat ukur ini telah digunapakai oleh ramai pengkaji sebelum ini dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach melebihi 0.7. Berikut adalah pengkaji-pengkaji yang telah menggunakan alatukur ini dengan kebolehpercyaan ( alpha ) yang didapati; Jadual 1: Nilai Alpha alat ukur pengkaji lepas Pengkaji IPT Sampel Alpha Noriah (1994 ) UKM 180 0.9575 Kiwamuddin UTM 192 0.8110 Zulkifli UTM 189 0.780 A.Azahari( 1998 ) UTM 246 0.7734 A. Shakri UTM 189 0.8405 Sebelum instrumen diedarkan pengkaji telah mengadakan tinjauan dan temubual untuk melihat dan memahami situasi sekolah yang menjadi kajian kes ini juga untuk menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soalselidik dan meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis telah dilakukan dengan mengedar soalselidik kepada 13 responden yang bukan guru-guru sekolah terbabit kerana semua sampel disekolah itu nanti akan digunakan untuk kajian sebenar. Didapati instrumen ini mempunyai nilai alpha ( cronbach ) melebihi 0.6 di mana bolehlah dianggap instrumen ini mempunya nilai kebolehpercayaan yang tinggi . Jika dirujuk kepada analisis pengkaji-pengkaji lepas tidak dinafikan bahawa instrumen ini boleh diterimapakai dan kebolehpercayaan( realibiliti ) yang tinggi . Sila rujuk jadual 1 dan 2

Muka surat 4/12

Jadual 2: Nilai Alpha alat ukur pengkaji

Item

Nilai Alpha

Punca Stres

0.7881

Stres

0.8270

Tatacara Analisisis Data Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window 10.0 digunakan untuk tujuan penganalisaan. Bagi analisa deskriptif:

• taburan Frekuensi Demografi Responden dan persilangannya ( crosstabulation ) dengan tahap stres.

• Taburan Frekuensi setiap item min ( Mean ) dan Sisihan piawai ( SP ) • taburan frekuensi tahap stres dan punca Stres Bagi analisa Infrensi: • Mencari pekali pearson ( r ) untuk melihat perhubungan antara tahap stres dan

punca stres.

Jadual 3: Skor Indeks Punca Stres

Komponen IPK Bil. Item Min Skor Penengah Mak Min a. Beban tugas b. Peraturan sekolah c. Hubungan Interpersonal d. Masalah pelajar

13 11 15 8

5 5 5 5

1 1 1 1

3.0 3.0 3.0 3.0

Jadual 4: Taburan Soalan dalam instrumen kajian PEMBOLEHUBAH NO. ITEM A. DEMOGRAFI

A1 Umur A2 Jantina A3 Status A4 Bilangan Anak A5 Kelayakan Akademik A6 Pengalaman mengajar A7 Tugas-tugas Khas

1 2 3 4 5 6 7

Jumlah 7

Muka surat 5/12

B. PUNCA STRES

Positif

Negatif

B1 - B11 (Peraturan sekolah) B12 - B24 (Beban tugas) B25 - B39 (H. interpersonal) B40 - B47 (M.Pelajar)

1,6,7,9 14,16,18,20, 23, 25 26,28,29,31,32, 34 ,36,39 40,42,45,47

2,3,4,5,8,10,11 12,13,15,17, 19, 21,22,24 27,30,33,35,37,38 41,43, 44,46

Jumlah 47 C. TAHAP STRES

C1 - C19

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19

Jumlah 19 Jumlah Keseluruhan 73 3.0 DAPATAN KAJIAN Taburan Frekuensi Punca dan Tahap Stres Mengikut Item Item yang memberi punca stres yang lebih dengan nilai min tiga terendah. No Item Min B45 Kelas bising tidak mengganggu pengajaran anda. 2.143 B22 Anda mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku

pelajaran murid 2.286

B21 Anda mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar

2.686

Item yang memberi tahap stres yang lebih dengan nilai min dua tertinggi. No Item Min C04 Adakah anda cepat marah? 1.914 C14 Pernahkah anda berfikir untuk meletak jawatan dan

memulakan hidup baru dalam suasana berbeza? 1.771

Muka surat 6/12

Faktor-faktor Punca Stres

Secara keseluruhannya faktor beban tugas menjadi punca primer kepada stres guru-guru sekolah ini dengan nilai min yang terendah dan diikuti dengan faktor peraturan sekolah :

1) Peraturan Sekolah Min = 3.24

2) Beban Tugas Min = 3.2

3) Hubungan Interpersonal Min = 3.68

4) Masalah Pelajar Min = 3.38

Hubungan Antara Tahap Stres dan Punca Stres

Analisa ini adalah untuk melihat samada terdapat perhubungan yang signifikan antara faktor-faktor punca stres dengan tahap stres responden. Perhubungan ini dapat dilihat dari jadual di bawah:

Jadual menunjukkan hubungan korelasi antara pembolehubah punca stres dengan tahap stres responden. Alias Baba ( 1992 ) meletakkan anggaran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah dengan nilai pekali pearson ( r ) 0.00 - 0.20 sebagai lemah dan boleh diabaikan, 0.21 - 0.40 dianggap hubungan yang rendah, 0.41 - 0.60 sebagai hubungan yang sederhana, 0.61 - 0.80 sebagai hubungan yang tinggi dan 0.81 - 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi. Jadual 5: Analisis Hubungan Korelasi skor Punca Stres (Peraturan sekolah,

Beban tugas, Hubungan Interpersonal dan Masalah Pelajar) dengan skor stres

Pembolehubah Punca stres

Tahap stres (Nilai Korelasi (r)

Peraturan sekolah

0.285 p = 0.097

Beban tugas

0.175 p = 0.192

Hubungan interpersonal

0.238 p = 0.168

Masalah pelajar

-0.157 p = 0.367

** Signifikan pada aras p ≤ 0.05 (2- tailed)

Muka surat 7/12

Hasil dapatan adalah seperti berikut:

1) Hubungan di antara peraturan sekolah dengan stres.

Hipotesis H0 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara peraturan sekolah dengan stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah peraturan sekolah dan stress adalah lemah iaitu r= 0.285 pada nilai signifikan 0.097 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peraturan sekolah dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.

2) Hubungan di antara beban tugas dengan stres.

Hipotesis H0 2 :

Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor punca stres beban tugas dengan tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah beban tugas dan tahap stress adalah sangat lemah iaitu 0.175 pada nilai signifikan p = 0.314 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.

3) Hubungan di antara hubungan interpersonal dengan stres.

Hipotesis H0 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara hubungan interpersonal dengan stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah hubungan interpersonal dan stress adalah lemah iaitu r = 0.238 pada nilai signifikan 0.168 (2 tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.

4) Hubungan di antara punca stres masalah pelajar dengan tahap stres.

Hipotesis H0 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor masalah pelajar dengan

tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.

Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah masalah pelajar dan stress adalah tersangat lemah iaitu r= -0.157, dengan nilai signifikan p=0.367. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara masalah pelajar dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.

Muka surat 8/12

Terdapat hubunngan yang signifikan antara peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stres dikalangan guru-guru sekolah ini. Pada keseluruhannya tahap stres guru-guru sekolah ini adalah rendah. Perihalan antara faktor demografi dengan tahap stres tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana peratusan responden yang mempunyai tahap stres yang sederhana terlalu kecil jika dibandingkan dengan responden yang mengalami tahap stres yang rendah. Secara keseluruhannya faktor primer yang merupakan punca stres di kalangan guru-guru sekolah ini adalah faktor beban tugas, manakala faktor sekunder adalah faktor peraturan sekolah.

Secara khususnya item yang kerap memberikan kesan stres kepada guru-guru

adalah kelas bising kerap mengganggu pengajaran guru, tidak mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku pelajaran murid dan tidak mempunyai cukup masa berehat di antara waktu mengajar merupakan punca utama stres di kalangan guru sekolah ini. 4. 0 IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap stres yang dialami adalah rendah. Ini mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang dapat mengawal keadaan stres yang tinggi di kalangan guru-guru. Dari segi faktor-faktor demografi, kajian memperlihatkan dua responden lelaki yang bujang dan berumur bawah 25 tahun mengalami tahap stress yang sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan faktor punca beban tugas yang menjadi punca utama stres memberikan kesan stres yang sederhana kepada guru-guru sekolah tempat kajian. Dapatan kajian turut menunjukkan, faktor peraturan sekolah juga sebagai faktor skunder yang memberikan kesan stres yang sederhana kepada guru-guru Kemungkinan pihak yang terbabit boleh berpuashati dengan keadaan guru-guru yang kebanyakannya mempunyai kelebihan dalam pengawalan diri dalam menangani stres dan berwawasan. Namun demikian, pihak yang terbabit tidak boleh memandang ringan kebajikan guru dan kemungkinan punca stres supaya keadaan yang sedia ada kekal dan bertambah baik. Pihak pentadbir perlu menambahkan tenaga pengajar dan turut memberi insentif sebagai motivasi kepada guru dalam menjalankan tugas yang berlebihan. Pihak pentadbiran perlu mengambil inisiatif memanjangkan dapatan kajian untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja guru-guru dengan memberikan latihan-latihan khusus seperti pengurusan masa, latihan assertif, pengurusan stres dan kursus-kursus motivasi. Implikasi dari dapatan kajian ini memperlihatkan hubungan interpersonal yang baik antara guru-guru dengan pihak pentadbiran dan guru-guru dengan pelajar telah menyumbang kepada tahap stres yang rendah di kalangan guru-guru. Implikasi dari kajian juga dapat digunapakai oleh pihak Kementerian Pendidikan yang terbabit dalam menentukan polisi dan arah pendidikan negara. Pihak kementerian dapat mengambil nilai-nilai pengurusan yang baik dari sekolah persendirian yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik pelajar untuk diaplikasikan kepada sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

Muka surat 9/12

Hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menilai dan melihat dalam diri mereka sendiri, apa tujuan dan matlamat hidup mereka, apa

yang mereka telah lakukan sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar yang memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayang dari mereka. 5.0 PENUTUP Pada keseluruhannya tahap stres yang dialami oleh guru-guru sekolah ini adalah pada tahap yang rendah. Punca stres yang dikenalpasti sebagai punca yang primer adalah beban tugas, ikuti oleh peraturan sekolah. Masalah pelajar memberikan punca yang sedikit manakala hubungan interpersonal memberikan stres yang terendah di kalangan guru-guru sekolah ini. Masalah kelas bising, kurang masa memeriksa buku pelajar dan kurang masa rehat antara watu mengajar merupakan item punca stres yang memberikan tekanan kepada kebanyakan responden. Dari segi perhubungan pula di dapati terdapat hubungan yang lemah dan signifikan oleh faktor peraturan sekolah dan faktor hubungan interpersonal dengan tahap stres guru sementara faktor beban tugas , masalah pelajar tidak terdapat hubungan yang signifikan.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahdzan Ayob (1991). "Kaedah Penelidikan Sosioekonomi. Satu

Pengenalan". 3th. ed. Hulu Klang Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka. Ahmad Shakri (1998). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Sekolah Menengah Di negeri Perlis". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Azhari Sarr (1998). ""Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru

Sekolah Menengah Di Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Alias Baba (1992). "Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial". Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anisah Hashim (1999). "Hubungan Antara Tekanan Kerja dan Tekanan Rumahtangga

Dengan Komitmen Terhadap Kerjaya Di Kalangan Pensyarah Wanita Di Maktab Perguruan Kuala Terengganu". ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Anuar Mohd. Som (2000). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Elektirik

Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Barry A.Farber (1991). "Crisis In Education, Stress and Burnout In The American

Teachers". San Francisco, Oxford, Jossey: Bass Publishers.

Muka surat 10/12

Borg, M.G. & Falzon, J.M. (1988). "Sources of Teachers' Stress in Maltese

Primary's School", Research In Education.46; 44 - 49. Cates, W.M. (1985). "A Practical Guide to Education Research". 1st Ed. Englewood

Cliffs, N.Y: Prentice - Hall. Cormier, L.S. & Hacney, H. (1993). "The Professional Counselor". 2nd. Ed. Boston,

London, Toronto, Sydney, Tokyo, and Singapore: Allyn and Bacon. D.M. Pestonjee (1988). "Second Handbook of Psychological and Social Instruments".

New Delhi: Concept Publishing Company. Epstein,J.L.(1990).”Scholl and Family Connections: Theory, Research and

Implications for Intergrating Sociologies of Education and Family” in Marriage and Family Review, Vol. 21 Issues 1-2, p 99-126.

Esah Munji (1991)." Ke arah Kesejahteraan Mental: Pengurusan Stress- Satu Panduan

Untuk pelajar Di IPT". Serdang: Universiti Pertanian Malaysia. Fauziah Salam (2000)." Stres Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Johor

Bahru" Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling): Universiti Teknologi Malaysia.

Grant, D.(1989)." Learning Relations" London: p 133. Habibah Elias, Noran Fauziah (1997)."Psikologi Personaliti". Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka. Hamidah Othman (1996). "Correlates of Stress Among Secondary SchoolTeachers in

Penang". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia J. Supranto (1986). "Kaedah Penyelidikan, Penggunaannya Dalam Pemasaran". Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jerrold S. Greenberg (1996). " Your Personal Stress Profile And Activity Workbook".

United State of America: Times Mirror Higher Education Group. Joyce M.Hawkins (1994). " Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Inggeris - Melayu,

Melayu - Inggeris". Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamus Dewan.Kuala Lumpur.DBP (1999). Kiwamuddin Othman (1996). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Pelajar

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan. Satu Kajian Kes". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Kyriacou, C dan Sutcliffe, J. (1979). "The Stress And Satisfaction". Education

Research, 21(2): 89 - 96

Muka surat 11/12

Lazarus, R.S. (1976). "Patterns of Adjustment." N.York: McGraw Hill.

Manning and Curtis (1988)." Stress Without Destress". Ohio: South-Western

Publishing Co. Matthew and Keith (1976). "How to Kill Stress Before It Kills You". New York:

Grosset & Dunlap Publishers. Md. Hasidi Zaini (1995)."Faktor Ciri-ciri Kerja Yang Mempengaruhi Stres Guru-guru

di Sekolah Menengah di Johor." Kertas Projek Ijazah Sarjanamuda Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1990)."Kaedah Penyelidikan Pendidikan". Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Pustaka. Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999)." Penyelidikan Pendidikan". Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia. Mohd. Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2001). "Pengenalan Kepada Analisis Data

Berkomputer SPSS 10.0 for Windows". Kuala Lumpur: Venton Publishing Mohd. Sazali Nordin (1997)."Stress Pekerjaan Di Kalangan Guru-guru Sekolah

Menengah Daerah Kuala Kangsar Perak". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia.

Muhammad Hatta Shaharom (1989) "Psikologi Keluarga, Kearah Keluarga Bahagia".

Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Noriah (1994)." Pola Pemilihan Respon Menangani Ketegangan Dan Hubungan

Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru" . Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penny Gray (1994). “Hard Labour Parts 3”. London: London Hazard Center. Peter Seldin, Editor (1987). "Coping With Faculty Stress". San Francisco, London:

Jossey-Bass Inc, Publishers. Raven, J ( 1977 ). "School Rejection and its Amelioration". Education Research,

Malaysia: Vol.20. Rohani Abu Bakar (1998). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru Sekolah

Mengengah Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Selye, H. (1976). "The Stress of Life".N.York: McGraw-Hill Book Co. Siti Rohani (1991). "Pengaruh Faktor Sekolah atas Tekanan Guru". Thesis Sarjana:

Universiti Malaya.

Muka surat 12/12

Susanne Carter(1994). “Teacher Stress and Burnout”. Organizing Systems to Support Competent Social Behaviour In Children and Youth: Volume lll.

Universiti Tenologi Malaysia (1999). "Panduan Menulis Thesis ." Pusat Pengajian

Siswazah. Woolfolk , A . E .(1995), 6th edition." Educational Psychology". USA: Allyn and

Bacon. http://news.bbc.co.uk/hi/english/education/newsid_660000/660906 http://www.globalserve.net/~sairam/youth/equal.html. http://www.homestead.com/selfhelpsolutions/atressoverload.html. http://www.lhc.org.uk/members/pubs/books/hl/h103_03.htm http://www.richland2.org/rnh/health stressG4/Whatisstress.htm http://www.stresstips.com/selfimage.htm