Hubungan Sikap

2
Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Arsaythamby Veloo dan Shamsuddin Muhammad, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas.Jurnal ini merupakan satu penulisan ilmiah yang mengkaji mengenai Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Para penulis bersetuju bahawa pemboleh ubah sikap dan tabiat enunjukkan hubungan positif terhadap pencapaian manakala kebimbangan menunjukkan hubungan negatif terhadap pencapaian Matematik Tambahan. Hasil dapatan mereka dikaji melalui 3 pemboleh ubah iaitu sikap, kebimbangan dan tabiat. Hubungan antara sikap dan kebimbangan adalah negatif dimana semakin tinggi sikap seseorang murid mempelajari matematik tambahan maka semakin rendah tahap kebimbangan murid. Semakin tinggi tahap kebimbangan maka keyakinan murid terhadap subjek ini menjadi berkurangan. Kebimbangan yang rendah akan memberikan motivasi yang tinggi kepada murid. Berbeza pula hubungan antara sikap dan tabiat yang menunjukkan semakin tinggi sikap mempelajari matematik tambahan maka semakin tinggi tabiat mempelajari subjek tersebut dan sebaliknya. Sikap yang positif terhadap matematik tambahan menghasilkan kesan yang positif terhadap peratusan lulus manakala sikap yang negatif menjurus kepada kegagalan murid. Ini terbukti apabila tabiat mempelajari matematik mempunyai nilai kolerasi yang tinggi iaitu 0.68. Sikap belajar yang tinggi akan mengurangkan kebimbangan seorang murid seterusnya meningkatkan tabiat belajar seseorang murid. Apabila sikap belajar murid adalah rendah maka tahap kebimbangan menjadi tinggi menjadikan tabiat belajar murid menurun dan menjurus kepada kegagalan. Apabila tabiat seorang murid tinggi sebagai contoh rajin membuat latihan menghasilkan pencapaian yang tinggi dan tidak bermasalah dalam menyiapkan kerja rumah yang diberi. Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu penulis menggunakan data Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM) bagi mengukur tingkahlaku berkaitan dengan pencapaian matematik tambahan. OPM adalah satu faktor yang berperanan dalam menentukan tahap pencapaian matematik tambahan murid. Data dianalisis melalui perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS). Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regasi digunakan untuk menganalisis data.

description

a

Transcript of Hubungan Sikap

Page 1: Hubungan Sikap

Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik

Tambahan

Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Arsaythamby Veloo dan Shamsuddin

Muhammad, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas.Jurnal ini merupakan satu penulisan

ilmiah yang mengkaji mengenai Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran

Dengan Pencapaian Matematik Tambahan. Para penulis bersetuju bahawa pemboleh ubah

sikap dan tabiat enunjukkan hubungan positif terhadap pencapaian manakala kebimbangan

menunjukkan hubungan negatif terhadap pencapaian Matematik Tambahan. Hasil dapatan

mereka dikaji melalui 3 pemboleh ubah iaitu sikap, kebimbangan dan tabiat.

Hubungan antara sikap dan kebimbangan adalah negatif dimana semakin tinggi sikap

seseorang murid mempelajari matematik tambahan maka semakin rendah tahap kebimbangan

murid. Semakin tinggi tahap kebimbangan maka keyakinan murid terhadap subjek ini menjadi

berkurangan. Kebimbangan yang rendah akan memberikan motivasi yang tinggi kepada murid.

Berbeza pula hubungan antara sikap dan tabiat yang menunjukkan semakin tinggi sikap

mempelajari matematik tambahan maka semakin tinggi tabiat mempelajari subjek tersebut dan

sebaliknya. Sikap yang positif terhadap matematik tambahan menghasilkan kesan yang positif

terhadap peratusan lulus manakala sikap yang negatif menjurus kepada kegagalan murid. Ini

terbukti apabila tabiat mempelajari matematik mempunyai nilai kolerasi yang tinggi iaitu 0.68.

Sikap belajar yang tinggi akan mengurangkan kebimbangan seorang murid seterusnya

meningkatkan tabiat belajar seseorang murid. Apabila sikap belajar murid adalah rendah maka

tahap kebimbangan menjadi tinggi menjadikan tabiat belajar murid menurun dan menjurus

kepada kegagalan. Apabila tabiat seorang murid tinggi sebagai contoh rajin membuat latihan

menghasilkan pencapaian yang tinggi dan tidak bermasalah dalam menyiapkan kerja rumah

yang diberi.

Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu penulis menggunakan data Orientasi

Pembelajaran Matematik (OPM) bagi mengukur tingkahlaku berkaitan dengan pencapaian

matematik tambahan. OPM adalah satu faktor yang berperanan dalam menentukan tahap

pencapaian matematik tambahan murid. Data dianalisis melalui perisian Statistical Package for

Page 2: Hubungan Sikap

Sosial Science (SPSS). Statistik deskriptif, ujian korelasi Pearson dan regasi digunakan untuk

menganalisis data.

Arsaythamby (2006), dalam artikel menyatakan bahawa sikap, kebimbangan dan tabiat

yang bertindak sebagai kebilehan afektif adalah penting dalam pembelajaran. Kebolehan afektif

adalah sebagai pencetus bagi menimbulkan perasaan ingin belajar serta mendorong dan

menggalak kebolehan kognitif untuk meransang murid menyelesaikan masalah.Kebolehan

Afektif menjadi pencetus ingatan yang secara lansung mempengaruhi kebolehan kognitif yang

meningkatkan pencapaian matematik.

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis

hanya menggunakan tiga pembolehubah. Penulis boleh menambahkan lagi pembolehubah

yang afektif. Pengkaji juga boleh memperluaskan kajian di seluruh Malaysia. Cadangan

penambahan kajian adalah melibatkan fakotor jantina, bangsa, lokasi, taraf sekolah dan

sebagainya.

Dapat dirumuskan bahawa sikap yang positif menjadikan minat murid tinggi untuk

mempelajari matemtik tambahan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan

sebaliknya.Setiap guru perlu mewujudkan sikap yang positif dikalangan murid bagi

meningkatkat kecemerlangan murid seterusnya akan mengurangkan kebimbangan murid

terhadap matematik tambahan. Sikap yang positif ini turut menghasilkan tabiat yang positif di

kalangan murid.