HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN...

27
HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU FAZLIANA BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN...

Page 1: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN

PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA

PELAJARAN MATEMATIK DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAZLIANA BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …
Page 3: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …
Page 4: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

i

HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN

PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA

PELAJARAN MATEMATIK DI DUA BUAH SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

FAZLIANA BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

ii

Page 6: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda yang tercinta,

Othman Bin Janis dan Laila Binti Ibrahim...

Doa, kasih sayang dan pengorbanan ayahanda dan bonda menjadi bekalan buatku...

Cita-cita ku adalah harapan buat kalian berdua dan tidak mungkin ku hampakan...

Buat kekanda dan adinda yang tersayang,

Farihan, Mohd Faizal, Farozanah, Muhd Hafiz, Muhd Sufi dan Muhd Farid..

Sokongan dan dorongan kalian menjadi titian inspirasi dan semangat buatku...

Buat sahabat-sahabat rapatku...,

Wan Nor Shamimi Binti Wan Hussin...

Terima kasih atas sokongan, kata-kata azimatmu, pengorbanan dan pengalaman bersamamu

menjadi sebahagian dari memori di UTM,

Nur Wahida Binti Zakaria ..bantuanmu menyempurnakan kajianku..

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,

Terima kasih atas setiap pertolongan yang dihulurkan,

Semoga kejayaan milik bersama....

Buat insan “Gominvo Zou Diau”..….

Arzani Bin Deraman…

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ku dalam keadaan susah dan senang...

Sabar dengan kerenahku……

Sesungguhya kau banyak membantuku dan menjadikan ku lebih dewasa..

Kepada semua pihak yang terlibat, terima kasih atas segalanya

Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin sesama manusia mendapat keberkatan dan keredaan Allah

s.w.t, Insya Allah...

Page 7: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah

kurnianya dapatlah kajian yang bertajuk “Hubungan Antara Status Sosioekonomi

Keluarga Dengan Pencapaian Pelajar Bumiputera Dan Bukan Bumiputera Dalam Mata

Pelajaran Matematik Di Dua Buah Sekolah Daerah Johor Bahru ” dapat disempurnakan.

Sekalung budi buat penyelia yang saya hormati, En. Roslee Ahmad yang telah

banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan memberikan pandangan kepada saya

dalam menyiapkan kajian ini.

Di samping itu, penghargaan ditujukan kepada pengetua dan guru-guru di Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling (2)

yang sudi bekerjasama dengan saya sepanjang tempoh menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, perhargaan yang tidak terhingga disampaikan kepada semua pihak

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek

sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan di atas sokongan dan galakan yang membina

di samping idea-idea yang bernas untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas setiap pertolongan yang diulurkan.

Page 8: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara status

sosioekonomi keluarga dengan pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera

dalam mata pelajaran Matematik di dua buah sekolah Daerah Johor Bahru. Aspek-aspek

status sosioekonomi yang dikaji seperti pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu

bapa. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Perling (2). Jumlah sampel kajian ini adalah seramai 187

orang pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada 104 pelajar bumiputera dan 83 pelajar

bukan bumiputera. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.

Nilai alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.7498. Data kajian dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) for Windows

Release 11.0 untuk mendapatkan peratus, kekerapan dan korelasi. Semua pengujian

hipotesis dijalankan pada aras keertian 0.05. Hasil kajian menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera

dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pendidikan, pendapatan dan sikap ibu bapa.

Walau bagaimanapun, tidak wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar

bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan

bapa dan pekerjaan ibu. Cadangan yang dibuat dalam kajian ini adalah semua pihak iaitu

pelajar, ibu bapa dan guru hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan mereka

secara aktif dan efektif untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik.

Page 9: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the relationship between family social

economy status with native and non native students in Mathematics at two school in

Daerah Johor Bahru. The research focuses on parents education, income, employment

and attitude. This research has been carried out in Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Perling and Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perling (2). The number of sample for

this research are 187 respondents from form 4 consists of 104 native students and 83 non

native students. The research instrument used in this research is questionnaire. The alpha

cronbach values is 0.7498. The results were analysed using the Statistical Package For

The Social Science (SPSS) for Windows Release 11.0 to find out the frequencies,

percentage and correlation. All hypotheses were tested at 0.05 level of significance. The

findings of this research show that there is the significant relationship between native

students and non native students in Mathematics achievement from the aspect of

education, income and attitude. Besides that, this research shows that there is the not

significant relationship between native students and non native students in Mathematics

achievement from the aspect of employment parents. It is suggested their pupils, parents

and teachers to play their role actively and effectively to upgrade their achievement in

Mathematics.

Page 10: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB 1

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 11

1.10 Rumusan 13

Page 11: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

viii

BAHAGIAN DUA

BAB II

II SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Hubungan Antara Pendidikan Ibu Bapa

Dengan Pencapaian Akademik 15

2.3 Hubungan Antara Pendapatan Ibu Bapa

Dengan Pencapaian Akademik 17

2.4 Hubungan Antara Pekerjaan Ibu Bapa

Dengan Pencapaian Akademik 19

2.5 Hubungan Antara Sikap Ibu Bapa

Dengan Pencapaian Akademik 21

2.6 Rumusan 23

BAHAGIAN TIGA

BAB III

III METODOLOGI KAJIAN 24

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Persampelan 25

3.4 Instrumen Kajian 26

3.4.1 Bahagian A – Latar belakang responden 27

3.4.2 Bahagian B – Sikap ibu bapa terhadap

pencapaian mata pelajaran Matematik

responden 27

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Prosedur Kajian 29

Page 12: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

ix

3.7 Kaedah Penganalisisan Data 30

3.7.1 Penganalisisan Bahagian A 30

3.7.2 Penganalisisan Bahagian B 30

3.8 Rumusan 33

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

IV ANALISIS DATA 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Data Bahagian A 35

4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 35

4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 36

4.2.3 Analisis Responden Bumiputera

Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran

Matematik Dalam PMR 36

4.2.4 Analisis Responden Bukan Bumiputera

Berdasarkan Pencapaian Mata

Pelajaran Matematik Dalam PMR 37

4.2.5 Analisis Responden Tinggal Dengan

Ibu bapa 38

4.2.6 Analisis Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga

Responden 39

4.2.7 Analisis Taraf Pendidikan Ibu Responden 40

4.2.8 Analisis Taraf Pendapatan Bapa/Penjaga

Responden 41

4.2.9 Analisis Taraf Pendapatan Ibu Responden 42

4.2.10 Analisis Taraf Pekerjaan Bapa/Penjaga

Responden 43

4.2.11 Analisis Taraf Pekerjaan Ibu Responden 45

Page 13: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

x

4.2.12 Analisis Kawasan Kejiranan Responden 46

4.3 Analisis Data Bahagian B 47

4.4 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik

Dari Aspek Pendidikan, Pendapatan dan Pekerjaan

Ibu Bapa 48

4.4.1 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera dan

Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran

Matematik Dari Aspek Pendidikan

Bapa/Penjaga dan Pendidikan Ibu 49

4.4.2 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera

dan Bukan Bumiputera Dalam Mata

Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan

Bapa/Penjaga dan pendapatan ibu 49

4.4.3 Analisis Pencapaian Pelajar Bumiputera

dan Bukan Bumiputera Dalam Mata Pelajaran

Matematik Dari Aspek Pekerjaan

Bapa/Penjaga dan Pekerjaan Ibu 51

4.5 Analisis Hubungan Antara

Pembolehubah-Pembolehubah 57

4.6 Rumusan 64

BAHAGIAN LIMA

BAB V

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 65

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 66

5.2.1 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar

Bumiputera dan Bukan Bumiputera Dalam

Page 14: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xi

Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek

Pendidikan Bapa dan Pendidikan Ibu 66

5.2.2 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar

Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik

Dari Aspek Pendapatan Bapa dan

Pendapatan Ibu 68

5.2.3 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar

Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran

Matematik Dari Aspek

Pekerjaan Bapa dan Pekerjaan Ibu 69

5.2.4 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar

Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran

Matematik Dari Aspek Sikap Ibu Bapa 71

5.3 Rumusan Kajian 72

5.4 Cadangan 73

5.4.1 Peranan Ibu Bapa 73

5.4.2 Peranan Pelajar 74

5.4.3 Peranan Guru 75

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76

BIBLIOGRAFI 77 LAMPIRAN 83

Page 15: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Persampelan Kajian 25

3.2 Taburan Item-Item Soal Selidik 27

3.3 Kategori Gred Keputusan Mata Pelajaran Matematik 30

3.4 Kaedah Pemberian Skor Dari Aspek Sikap Ibubapa 31

3.5 Kekuatan Korelasi Pearson, r 33

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 35

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Bumiputera

Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Dalam PMR 36

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Bukan

Bumiputera Berdasarkan Pencapaian Mata Pelajaran Matematik 37

Dalam PMR

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Tinggal Bersama 38

Dengan bu bapa

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendidikan Bapa/Penjaga 39

Responden

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendidikan Ibu 40

Responden

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendapatan Bapa/Penjaga 41

Responden

4.9 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pendapatan Ibu 42

Responden

4.10 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Taraf Pekerjaan 43

Bapa/Penjaga Responden

Page 16: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xiii

4.11 Taburan Kekerapan dan Peratus Taraf Pekerjaan Ibu 45

Responden

4.12 Taburan Kekerapan dan Peratus Kawasan Kejiranan 46

Responden

4.13 Taburan Min Skor Bagi Faktor Aspek Sikap Ibu Bapa

Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Matematik Responden 47

4.14 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendidikan

Bapa/Penjaga 49

4.15 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendidikan Ibu 49

4.16 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan

Bapa/Penjaga 51

4.17 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pendapatan Ibu 52

4.18 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pekerjaan

Bapa/Penjaga 54

4.19 Taburan Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek Pekerjaan Ibu 55

4.20 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek

Pendidikan Bapa 57

4.21 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek

Pendidikan Ibu 58

4.22 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari

Aspek Pendapatan Bapa 59

4.23 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Page 17: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xiv

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek

Pendapatan Ibu 60

4.24 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari

Aspek Pekerjaan Bapa 61

4.25 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik Dari Aspek

Pekerjaan Ibu 62

4.26 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar Bumiputera dan Bukan

Bumiputera Dalam Mata Pelajaran Matematik

Dari Aspek Sikap Ibu Bapa 63

Page 18: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xv

SENARAI SINGKATAN

1. PMR - Penilaian Menengah Rendah

2. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia 3. STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 4. UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah 5. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 6. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 19: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUIKA SURAT

A Set Soal Selidik 83

B Surat kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia 88

C Surat Kebenaran Daripada Pengarah

Pendidikan Negeri Johor 89

D Surat Ppengenalan Diri Daripada UTM 90

E Keputusan Analisis Kebolehpercayaan alpha 91

Cronbach Bagi Kajian Rintis

Page 20: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Ahmad (1992) kejayaan Wawasan 2020 berkait rapat dengan kejayaan

membentuk generasi wawasan iaitu generasi selepas kemerdekaan. Peranan pendidikan

menjadi penting kerana pelajar mesti dipersiapkan supaya menjadi insan yang aktif,

produktif dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang ingin

dihasilkan melalui sistem pendidikan adalah selaras dengan cita dan Wawasan 2020.

Malahan dalam Kurikulum KBSR dan KBSM terdapat pelbagai disiplin ilmu yang

dianggap penting untuk dipelajari dan mata pelajaran Matematik perlu dijadikan sebagai

satu mata pelajaran utama.

Menurut Omar dan rakan-rakan (1992) Matematik merupakan mata pelajaran

yang penting dalam hidup manusia. Bahkan mata pelajaran ini turut mendapat bidalan

Inggeris yang menyatakan mata pelajaran Matematik sebagai Maths is the mirror of

civilization, Maths is the queen of all sciences, Maths is everything, Maths is the subtle

fine arts dan Maths is the language of sciences. Memandangkan pentingnya

Page 21: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

2

penguasaan, kefahaman, penghayatan dan aplikasi Matematik, maka sewajarnya usaha-

usaha yang positif dan saintifik perlu dilaksanakan segera bagi memantapkan tahap

pengusaan Matematik dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Mohd Nasuha (1997) menyatakan mata pelajaran Matematik dapat

memperkembangkan pemikiran manusia, membolehkan manusia berfikir untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dan kebolehan menggunakan ilmu Matematik dalam

kehidupan seharian. Malahan tidak dinafikan pada masa kini bahawa bidang sains,

teknologi dan kejuteraan turut memerlukan penggunaan dan pengaplikasian ilmu

Matematik. Di samping itu, penguasaan ilmu Matematik yang baik juga dapat

menyediakan pelajar dan tenaga kerja yang berkualiti dalam usaha menjadikan Malaysia

sebuah negara industri pada dekad ini.

Menurut Rozalan (1993) prestasi dalam peperiksaan kerap digunakan untuk

mengukur pencapaian akademik seseorang. Di Malaysia, peperiksaan digunakan untuk

mengukur pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ketua Pendidikan Malaysia

menyatakan penilaian pengetahuan, pencapaian dan kejayaan pelajar dalam sesuatu

peperiksaan dinilai daripada markah dan gred yang diperolehi dalam peperiksaan.

Menurut Brembeck dalam Badariah (1999), pencapaian akademik seseorang

dikatakan mempunyai pertalian yang rapat dengan status sosioekonomi keluarga. Ini

bermaksud lebih tinggi latar belakang sesebuah keluarga maka lebih tinggi kadar

pencapaian akademik seseorang pelajar itu.

Dalam kajian ini, faktor-faktor dalam status sosioekonomi keluarga seperti

pendidikan, pendapatan, jenis pekerjaan dan sikap ibu bapa dianggarkan penting dalam

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Page 22: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Amina (1994) keluarga adalah merupakan guru terawal bagi anak-anak.

Ini kerana didikan keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan

anak-anak. Oleh itu bermula dari rumah dimana ibu bapa menjadi contoh kepada anak-

anak. Pemikiran dan sikap ibu bapa dikatakan banyak mempengaruhi kanak-kanak

sehingga mereka dewasa melalui bimbingan dan pendidikan yang sempurna di rumah.

Oleh yang demikian, peranan ibu bapa mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

akademik dan ini berlaku sejak kecil lagi.

Menurut Ishak dan rakan-rakan (1983) faktor status sosioekonomi keluarga boleh

mempengaruhi pencapaian anak-anak dalam bidang pelajaran. Status sosioekonomi

mempunyai perkaitan dengan pendidikan ibu bapa. Ini kerana ibu bapa yang

mempunyai pendidikan yang baik kebiasaanya bersikap mengambil berat dan memberi

perhatian terhadap pembelajaran anak-anak khususnya ketika anak-anak mengulangkaji

pelajaran di rumah.

Menurut Sharma (1983) penglibatan keluarga dalam proses pempelajaran anak-

anak dinegara ini tidak begitu baik dan membimbangkan kerana faktor ibu bapa bekerja.

Ini kerana ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad untuk bersama-sama

dengan anak-anak dan menyebabkan pendidikan anak-anak di rumah terabai.

Menurut Sharifah Alwiyah (1988) sikap ibu bapa yang tidak menganggap

kemajuan dalam pelajaran anak-anak dapat mengubah keadaan hidup mereka telah

menyumbang kepada dorongan yang tidak positif kepada anak-anak. Ini mengakibatkan

ibu bapa tidak mengambil berat dalam pencapaian pelajaran anak-anak dan menjadi

contoh yang tidak baik kepada anak-anak.

Page 23: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

4

Fraser dalam Nordin (1995) menyatakan bahawa dorongan, minat, bimbingan

dan sikap ibu bapa yang positif dapat meningkatkan prestasi akademik, minat dan

pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Menurut Azrul (2002) kelemahan pelajar bumiputera pada masa kini dalam

aspek pembelajaran diperingkat sekolah menengah dalam aliran Sains adalah sangat

ketara berbanding dengan pelajar bukan bumiputera. Ini kerana kebanyakan mata

pelajaran Sains menggunakan mata pelajaran Matematik. Kelemahan dalam mata

pelajaran ini akan memberi kesan apabila melanjutkan pelajaran pada peringkat yang

lebih tinggi sekiranya pelajar-pelajar tersebut tidak dibantu dari peringkat sekolah

rendah lagi.

Menurut Awang Had (1996) pelajar bumiputera tidak mencukupi dari segi kualiti

dalam pencapaian akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Ini

mengakibatkan bumiputera yang bergiat dalam bidang profesional juga tidak mencukupi

kerana kebanyakkan bidang prosesional memerlukan pencapaian mata pelajaran

Matematik yang tinggi.

Rohana (2001) menyatakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1998

hanya 6.4% pelajar bumiputera mendapat A1 dan A2 dalam mata pelajaran Matematik

Tambahan berbanding 36.4% pelajar bukan bumiputera.

Menurut Isahak (2001) dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya memberikan

bukti statistik hasil kajiannya dengan 10 pensyarah Institusi Pengajian Tinggi Awam di

Malaysia menyatakan bahawa purata keseluruhan pelajar bumiputera pada tahun 1998

yang mendapat A1 dan A2 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan ialah diantara

1010 sehingga 2898 orang sedangkan purata bukan bumiputera yang memperoleh

keputusan yang sama ialah diantara 5414 sehingga 12322 orang. Malahan prestasi

pelajar bumiputera di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terutama

bagi mata pelajaran Matematik adalah sangat rendah bukan sahaja dari kualiti tetapi

kuantitinya.

Page 24: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

5

Menurut Azrul (2002) kelemahan dibidang Matematik ini bukan hanya dialami

diperingkat sekolah menengah sahaja tetapi meliputi peringkat sekolah rendah dan di

institusi pengajian tinggi. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Arshad ketika

menganalisis prestasi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

pada tahun 1992 menyatakan purata hanya 50 peratus murid-murid luar bandar

terutamanya murid-murid Melayu lulus dalam mata pelajaran Matematik dan tidak

mencapai 75% seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Malar (2001) menyatakan SPM pada tahun 1997 seramai 78% pelajar Cina

memperolehi keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik. Sebagai

contoh Sekolah Menengah Chong Hwa yang cemerlangan dalam mata pelajaran

Matematik telah membuktikan dengan penerimaan beberapa anugerah antarabangsa.

Malahan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998 di sekolah tersebut telah

mencatatkan 100% dalam mata pelajaran Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Di Malaysia, pencapaian mata pelajaran Matematik melibatkan pencapaian yang

cemerlang dikalangan pelajar berbangsa Cina. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan,

Dr Fong Chan On pada tahun 1991 dalam Malar (1998) pelajar Cina menguasai

pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik berbanding bangsa lain.

Keadaan ini berbeza dengan pencapaian pelajar bumiputera dalam mata pelajaran

Matematik. Ini kerana secara relatif pencapaian pelajar bumiputera dalam mata pelajaran

Matematik berada pada tahap yang lemah. Menurut Salihan (1994) pelajar bumiputera

lemah dalam mata pelajaran Matematik kerana faktor sikap ibu bapa, kaedah

pembelajaran di rumah dan suasana persekitaran yang kurang menggalakkan.

Page 25: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

6

Abdul Fatah (1994) pula menyatakan lazimnya keluarga Melayu di kampung

tidak mengambil berat terhadap faktor pemakanan dan faktor pendedahan mental anak-

anak disebabkan status sosiolekonomi yang rendah. Ini ditambah dengan pandangan

Ketua Pengarah Pelajaran, Ahmad Sipon (2005) yang menyatakan Kementerian

Pelajaran tidak berpuas hati terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik khususnya

dikalangan pelajar bumiputera di sekolah kebangsaan.

Menurut Suradi (2000) wujud kepentingan perhubungan antara status keluarga

dengan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan

yang baik memberangsang anak-anak untuk berjaya dan mereka lebih prihatin terhadap

keperluan pendidikan anak-anak. Ini disokong oleh Lim (1998) yang menyatakan

faktor-faktor dalam status sosioekonomi seperti pendidikan, pendapatan, jenis pekerjaan

dan sikap ibu bapa mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik pelajar.

Menurut Azrul (2002) faktor kewangan menyebabkan pelajar bumiputera

menghadapi masalah dalam pendidikan. Kebanyakkan masyarakat bumiputera terdiri

daripada golongan yang sederhana dari segi kehidupan. Ini mendorong pelajar

bumiputera merasa tersisih dalam mendapatkan sistem pendidikan yang baik peringkat

awal. Ketidakupayaan ini salah satu punca pelajar bumiputera tidak cemerlang dalam

pelajaran.

Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengenal pasti adakah faktor-faktor

sosioekonomi seperti latar belakang pendidikan, pendapatan, pekerjaan dan sikap ibu

bapa mempengaruhi pencapaian pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam mata

pelajaran Matematik. Jesteru itu, sudah tentu satu program yang lebih sesuai khusus

kepada pelajar bumiputera dapat dirancang dalam usaha meningkatkan pencapaian

mereka dalam mata pelajaran Matematik.

Page 26: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendidikan bapa

ii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendidikan ibu

iii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendapatan bapa

iv. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendapatan ibu

v. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan

bapa

vi. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan

ibu

vii. Melihat sama ada terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera

dan bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek sikap ibu

bapa

Page 27: HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA ......Title HUBUNGAN STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK …

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:

i. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendidikan bapa?

ii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendidikan ibu?

iii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendapatan bapa?

iv. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek

pendapatan ibu?

v. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan

bapa?

vi. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek pekerjaan

ibu?

vii. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar bumiputera dan

bukan bumiputera dalam mata pelajaran Matematik dari aspek sikap ibu

bapa?