HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN …...HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI KERJA DI...
Transcript of HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN …...HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI KERJA DI...
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU
DI DAERAH KOTA SETAR, KEDAH
LIM BEE TING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNCAN HENDAK BERHENTI
KERJA Dl KALANGAN GURU-GURU Dl DAERAH KO'rA SETAR, KEDAH
SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006
Saya LIM BEE TlNG
( I 1IJRlJF RESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSMISarjanaJDoktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan sepcrti berikut:
I . 'l'esis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. t'erpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi penpajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( \i )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAI lSlA RASMl 1972 )
m I ( TERHALI (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasihadan di mana pcnyclidikan dijalankan )
I I
Alarnat TeVdp: 24, Jalan t>aya 30. Taman Dava, 52 100 Kepona, KL
I'wikh: 21 April 2006
I n . l)ij*kan oleh:
v ALHABSHI (Nama Penyelia)
Tarikh: 2 1 April 2006
I
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SU1,IT atau TERHAD, siIa lampirkan surat daripada pihak
berkuasahrganisasi berkenaan dengan menyatakan sekal i sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SllL,IT atau I'ERHAlI. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijuah Doktor Falsahh &an Sar,jana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Pro-jek Sarjana Muda ( PSM ).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)".
Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nama Penyelia : ~ ) g C I ~ a d ~ a Syed hohd Shafeq B Syed Mansor Alhabshi
Tarikh : 2 1 April 2006
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK
BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI DAERAH KOTA SETAR,
NEGERI KEDAH
LIM BEE TING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.
(Kejuruteraan Elektrik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL, 2006
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.".
Tandata- --- .
Narna Penulis : Lim Bee "Ting
Tari kh : 21 April 2006
iii
DEDIKASI
Buat ayah dan ibu yang tersayang…
Lim Leong Song
Goh Mong Kee
… terima kasih atas kasih sayang, doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan
sepanjang saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia
Buat adik-beradik yang dikasihi…
Kasih sayang, doa, sokongan yang anda berikan sentiasa dalam ingatan.
iv
PENGHARGAAN
Untuk ayah, ibu, abang, kakak dan adik yang tersayang serta mereka yang
dikasihi.
Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia
tesis PM. Syed Mohd. Shafeq Bin Syed Mohd. Mansor Alhabshi atas bimbingan, tunjuk
ajar dan dorongan beliau dalam menyiapkan tesis saya ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Sharifah Rodziah Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong Di Daerah Kota Setar,
Negeri Kedah. Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.
Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang
sentiasa memberi sokongan moral serta Bantu yang sewajarnya sepanjang saya
menyiapkan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap stress dan hubungannya dengan
kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah sekolah di
Daerah Kota Setar, Kedah. Seramai 198 orang guru dipilih secara rawak untuk dijadikan
responden bagi menjawab soal selidik yang mengandungi bahagian-bahagian untuk
mengukur tahap stress guru, punca stress guru dan juga kecenderungan hendak berhenti
kerja diukur dengan menggunakan instrument Propensity to Leave Index ( PLI ). Data
diproses dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS ). Kajian
mendapati hubungan di antara tahap stress dengan kecenderungan hendak berhenti kerja
adalah lemah dan ianya boleh dikatakan hampir tiada hubungan di antara tahap stres
dengan kecenderungan hendak berhenti kerja.
vi
ABSTRACT
This research is done to find out the relationship between Stress Level and the
Tendency to Leave Job among the teachers in three of government school in District of
Kota Setar, Kedah. A total of 198 teachers were selected to be the respondent for this
research. A set of questionnaire contented three parts whish is for stress level
measurement, factors of stress measurement and also tendency to leave job measurement
( Propensity to Leave Index ). Data have been analyst by using Statistical Package for
Social Sciences ( SPSS ). The overall result of this research showed the relationship
between stress level and the tendency to leave job is weak and also can be said that there
is no relationship between stress level and tendency to leave job.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN DIRI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Model Kajian 13
1.8 Definisi Konsep 14
viii
1.8.1 Guru 14
1.8.2 Stres 14
1.8.3 Sekolah 15
1.8.4 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 15
1.9 Kepentingan Kajian 15
1.10 Skop Kajian 16
1.11 Rumusan 17
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Konsep Stres Kerja Profesion Perguruan 19
2.3 Teori Stres 19
2.3.1 Tahap Stres 22
2.4 Punca Stres 24
2.5 Stres Dari Segi Demografi 27
2.5.1 Jantina 27
2.5.2 Status Perkahwinan 28
2.5.3 Pengalaman Mengajar 28
2.6 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 29
2.7 Rumusan 30
3 METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Prosedur Kajian 32
3.4 Pembolehubah Kajian 33
3.5 Tempat Kajian 34
3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.7 Instrumen Kajian 36
ix
3.7.1 Bahagian A – Demografi 37
3.7.2 Bahagian B – Alat Ukur Bahagian B – Tahap Stres 37
3.7.2.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur Tahap
Stres 38
3.7.2.2 Permakatan Indeks Tahap Stres 38
3.7.3 Bahagian C – Punca Stres 39
3.7.3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan 40
Alat Ukur Punca Stres
3.7.3.2 Cara Permakatan “ Indeks Punca Stres ” 41
3.7.4 Bahagian D – Kecenderungan Hendak Berhenti
Kerja (Propensity To Leave Index) 43
3.8 Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan Hendak
Berhenti Kerja 45
3.9 Analisis Data 45
3.10 Kesimpulan 46
4 ANALISIS DATA 47
4.1 Pengenalan 47
4.1.1 Demografi Responden 48
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 50
4.3 Analisis Deskriptif 51
4.3.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres 51
4.3.2 Keputusan Analisis Deskriptif Punca Stres 52
4.3.3 Keputusan Analisis Deskriptif Kecenderungan
Hendak Berhenti Kerja 58
4.4 Bahagian B : Laporan Analisis Inferensi 59
4.5 Kesimpulan 84
x
5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 85
5.1 Pengenalan 85
5.2 Perbincangan Analisis Tahap Stres 86
5.2.1 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Jantina 87
5.2.2 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 88
5.2.3 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 88
5.3 Perbincangan Analisis Punca Stres 89
5.3.1 Punca Stres Dari Segi Demografi- Jantina 90
5.3.2 Punca Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 91
5.3.3 Punca Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 91
5.4 Perbincangan Analisis Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 91
5.4.1 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Jantina 92
5.4.2 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 93
5.4.3 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 93
5.5 Perbincangan Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan
Hendak Berhenti Kerja 94
5.6 Kesimpulan 94
5.6 Cadangan Berkaitan Dengan Kajian 95
5.7 Penutup 96
BIBLIOGRAFI 97 - 103
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan Item Mengikut Bahagian 30
3.2 Bilangan Guru Dalam Sekolah Yang Dipilih 33
3.3 Nilai Alpha Alat Ukur Tahap Stres Oleh Pengkaji Yang 36
Lepas
3.4 Markat skor bagi menentukan stres 37
3.5 Alat ukur bahagian C – Punca stres 38
3.6 Nilai alpha alat ukur punca stres oleh pengkaji yang
lepas 39
3.7 Pembahagian 39
3.8 Nilai skor bagi item-item positif dan negatif bagi punca
stres 40
3.9 Jadual pemberian markat bagi indeks kecenderungan
hendak berhenti kerja 41
3.10 Jadual Penentuan Tahap PLI mengikut Mata Pemarkatan 42
3.11 Jadual Penentuan Bagi Mengelaskan Tahap PLI 42
3.12 Tahap Hubungan Korelasi 43
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden
mengikut jantina 48
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
status perkahwinan 48
xii
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pengalaman mengajar 49
4.4 Keputusan analisis tahap stres dalam bilangan dan
peratusan di kalangan responden 50
4.5 Keputusan analisis deskriptif punca stres di kalangan
guru-guru 51
4.6 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Masalah Pelajar) 51
4.7 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Beban Tugas) 52
4.8 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Hubungan International) 54
4.9 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap
item di sub skala (Peraturan Sekolah) 55
4.10 Keputusan analisis kecenderungan hendak berhenti
kerja dalam bilangan dan peratusan di kalangan
responden 57
4.11 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru
lelaki dan guru perempuan 58
4.12 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru
sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 59
4.13 Analisis skor min tahap stres mengikut kumpulan
pengalaman mengajar 60
4.14 Analisis anova satu hala tahap stres mengikut
pengalaman mengajar 60
4.15 Keputusan analisis ujian-t punca stres (peraturan
sekolah) antara guru lelaki dan guru perempuan 61
4.16 Keputusan analisis ujian-t punca stres (beban tugas)
antara guru lelaki dan guru perempuan 62
xiii
4.17 Keputusan analisis ujian-t punca stres (hubungan
interpersonal) antara guru lelaki dan guru perempuan 63
4.18 Keputusan analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar)
antara guru lelaki dan guru perempuan 64
4.19 Analisis ujian-t punca stres (peraturan sekolah) antara
guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 65
4.20 Analisis ujian-t punca stres (beban tugas) antara guru
sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 66
4.21 Analisis ujian-t punca stres (hubungan interpersonal)
antara guru sudah berkahwin dan guru belum
berkahwin 67
4.22 Analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar) antara
guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 68
4.23 Analisis skor min punca stres (peraturan sekolah)
mengikut pengalaman mengajar 69
4.24 Analisis anova satu hala punca stres (peraturan sekolah)
mengikut pengalaman mengajar 70
4.25 Analisis skor min punca stres (beban tugas) mengikut
pengalaman mengajar 71
4.26 Analisis anova satu hala punca stres (beban tugas)
mengikut pengalaman mengajar 72
4.27 Analisis skor min punca stres (hubungan interpersonal)
mengikut pengalaman mengajar 73
4.28 Analisis anova satu hala punca stres (hubungan
interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 74
4.29 Analisis skor min punca ptres (masalah pelajar)
mengikut pengalaman mengajar 75
4.30 Analisis anova satu hala punca stres (masalah pelajar)
mengikut pengalaman mengajar 76
4.31 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) antara guru lelaki dan guru perempuan 77
xiv
4.32 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) antara guru sudah berkahwin dan guru belum
berkahwin 78
4.33 Analisis skor min kecenderungan hendak berhenti kerja
(PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 79
4.34 Analisis anova satu hala kecenderungan hendak berhenti
kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 80
4.35 Analisis hubungan tahap stres dengan kecenderungan
hendak berhenti kerja (PLI) 81
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 1.7 : Model Kajian 13
Rajah 2.1 : Model Ketegangan Robbins 21
xvi
SENARAI SINGKATAN
N - Jumlah
P - Signifikan
Dk - Darjah Kebebasan
SL - Sisihan Piawai
Ho - Hipotesis Null
TP - Tidak Pernah
JS - Jarang Sekali
KK - Kadang-kadang
K - Kerap
AK - Amat Kerap
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 104
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri
D Senarai Bilangan Sekolah dan Guru Dalam Daerah Kota Setar
E Jadual Penentuan Saiz Sampel
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman kini, profesion perguruan menjadi tumpuan utama dimana
kebanyakan ibu-bapa sibuk dengan pekerjaan sendiri untuk mengejar tahap kehidupan
yang lebih meninggi dengan menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak sekolah dan
seterusnya tanggungjawab menjaga anak-anak mereka pun turut terserlah kepada pihak
pendidik terutamanya guru-guru yang bertugas di sekolah. Dengan itu, harapan ibu-bapa
terhadap guru-guru untuk mendidik dan menjaga anak-anak mereka bukan lagi setakat
tanggungjawab seorang pendidik malah juga tanggungjawab sebagai seorang penjaga
sementara ibu-bapa bekerja. Permasalahan ini telah mendatangkan tekanan kepada para
pendidik. Tambahan pula berbagai aspek lagi yang telah menjadi factor kepada
terjadinya tekanan di kalangan guru-guru.
Berikutan dengan sistem pendidikan tempatan yang sering diperbaiki mengikut
arus kemajuan. Bidang tugas guru menjadi semakin mencabar. Seseorang guru perlu
memperolehi kemahiran yang berbagai bukan sahaja dari segi mendidik, malah juga cara
meng-aktifkan pelajar dan peranan yang tinggi untuk menjaga kebajikan dan hak asasi
pelajar seperti perlu dilindungi daripada kecelakaan atau emosi yang kurang
2
menyenangkan. Tugas untuk memastikan pelajar berada pada keadaan selamat dan
dihargai juga turut menjadi tanggungjawab sebagai guru.
Sejajar dengan sistem pelajaran Negara yang baru diperbaharui, pengajaran
dalam dwi bahasa untuk mata pelajaran matematik dan sains dan berbantukan
pengkomputeran telah menbebani para guru terutamanya bagi guru yang lebih berusia.
Bagi guru yang berumah tangga dan terpaksa menghadiri kursus pemantapan untuk mata
pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris dan penggunaan komputer dalam
pengajaran, ini telah mendatangkan konflik dalam membahagikan masa untuk
menghadiri kursus dan menjaga rumah tangga mereka. Guru bukan sahaja perlu
mengubah cara penyampaian pelajaran malah juga perlu meluangkan masa untuk
menyediakan Alat Bantu Mengajar dan perkeranian. Setiausaha Parlimen Kementerian
Pendidikan, Datuk Muhadzir Mohd Khir semasa dalam sidang akhbar (Berita Harian, 31
Julai 2003) menyatakan “Guru perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi dan berusaha
mempelbagaikan kreativiti, termasuk menggunakan pendekatan baru pedagogi, bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran, mewujudkan suasana keseronokan belajar.”
Perkara yang sama juga telah diungkitkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kementerian Pelajaran mahukan
Pendekatan kerja rumah yang lebih menarik bagi pelajar. (Utusan Malaysia, 11 Februari,
2005).
Segala bebanan yang dikenakan kepada guru akan menjadikan punca
peningkatan tahap stres. Oleh itu, Stres perlu diberi perhatian. Stres yang dikenalpasti
puncanya dapat diurus dengan baik akan menjadi dorongan manakala stres yang tidak
terurus akan mendatangkan kesan negatif terhadap guru dan seterusnya menjejaskan
emosi serta motivasi dalam pengajaran dan akhirnya terjurus kepada kecenderungan
untuk meninggalkan tempat kerja mereka. Manakala dari segi psikologikal menurut
Lazarus and Folkman ( 1984 )adalah :
3
“a particular relationaship between the person and the environment that is
appraised by the person as taxing on exceeding his or her resources and endangering
his or her well-being.”
Keadaan ini akan mewujudkan fenomena kebimbangan, ketegangan atau
kegugupan di kalangan guru. Seterusnya fenomena stres di kalangan guru pula akan
menjejaskan mutu perkhidmatan pendidikan yang dicurahkan oleh guru yang mengalami
kemerosotan sehingga mendatangkan kesan negatif terhadap interaksi fizikal sertya
kesihatan mental individu. ( Wisniewski and Gargiulo, 1997 ). Pendapat ini juga
mendapat persetujuan ( Van Der Linde, 2000 ) yang menyataka stres guru
mengakibatkan kemerosotan prestasi dan pencapaian dalam perkhidmatan perguruan
sehingga memberi kesan negatif terhadap kualiti sistem pendidikan negara. Kenyataan
ini turut disokong juga dengan Vetter, 2000 yang melaporkan kesan stres terhadap guru
akan menyebabkan guru tersebut sering meminta cuti sakit dan tidak hadir ke sekolah.
Guru juga akan menjadi kurang motivasi dan tidak menfokus dalam tugas mereka.
Secara langsungnya kemerasotan prestasi akan melahirkan generasi muda yang kurang
berkualiti. Oleh itu stres guru perlu dipandang berat dan dititikberatkan.
1.2 Latar belakang Masalah
Perubahan demi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan di Negara ini.
Bidang pendidikan ini juga telah mengubah corak, proses pengajaran dan pembelajaran
guru dan pelajar. Perubahan ini juga adalah berhubungkait dengan sikap guru yng mana
perlu lebih positif seperti berempati, peramah, mempunyai emosi yang terkawal, lebih
tekun, inovatif, komitmen, dedikasi dan sebagainya. Sikap positif sedemikian terhadap
profesion selalunya akan membawa kepada peningkatan prestasi.
4
Arus perubahan yang ketara dan mendadak akan menimbulkan stres. Stres
dalam pekerjaan akan membawa kepada ketidakpuasan setiap individu. Faktor seperti
hubungan dengan pihak pengurusan dan persekitaran dan perkembangan kerjaya akan
mendorong suasana kerja yang penuh ketegangan. Mengikut Vettor et. Al, 2000,
keadaan ini boleh mengakibatkan timbulnya masalah ponteng kerja, kurang motivasi,
tidak berfokus dalam tugas, kemalangan dan penyakit yang berhubungkait dengan stres.
Guru terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab, masa yang digunakan untuk
perancangan dan persediaan mengajar terpaksa dihabiskan begitu sahaja. Ini dinyatakan
oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Menurut laporan (New
Straits Times, 1 Jun 1993) sebilangan guru yang berkerja terlampau keras telah membuat
pilihan bersara lebih awal. Perkara ini juga disokong dengan petikan Berita Harian, (21
oktober 1994) dalam “Kerajaan Menghalang Guru Bersara Awal.”
Menurut Timbalan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)
P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13 Februari 1995) beban kerja guru yang semakin
meningkat perlu dibuat kajian semula. Terlalu banyak aktiviti di sekolah dan berada
terlalu lama di sekolah menyebabkan guru menghadapi stres. Setiausaha Parlimen
Kemenrterian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir juga menyatakan “ Memanglah
guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu tetapi kementerian
sentiasa percaya kepada keikhlasan mereka menjalankan tugas mendidikan dan
menyampaikan ilmu kepada pelajar.” ( Berita Harian, 31 Jualai 2003).
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Fong Chan Onn
mengeluarkan kenyataan dalam (Berita Harian, 9 April 1995), kementerian pendidikan
sedang berusaha menguruskan program pengurusan tekanan untuk semua guru akibat
daripada tugas guru yang semakin mencabar termasuk mengadakan kursus kaunseling.
Dengan ini, jelaslah bahawa kementerian pendidikan juga mengakui wujudnya stres di
kalangan guru.
5
Selain itu masyarakat kini begitu peka terhadap pencapaian akademik anak-anak
mereka juga meningkatkan stres terhadap guru. Begitu juga kritikan dengan niat yang
jahat daripada sesetengah pihak memburukkan lagi keadaan. Peningkatan salah laku
pelajar dan kemerosotan displin pelajar dikaitkan dengan kemampuan guru mendidik
dan membentuk akhlak pelajar. Tanggapan dan tuduhan melulu menambah stres kepada
guru. Soh (1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi di mana berlakunya
perubahan dalam masyarakat maka berubahlah suasana sekolah. Guru tertekan dan ini
menjejaskan prestasi dan sikap guru.
Kejadian guru menghukum pelajar secara keterlaluan seperti menumbuk,
terajang, tampar, adalah gambaran guru-guru yang menghadapi stres yang serius.
Contohnya (Jelita, Jun 1998) Mohd Azraei Ismail meninggal didera guru. Ini adalah di
antara insiden yang berlaku di kalangan guru yang menghadapi fenomena ke arah stres
yang serius. Utusan Malaysia (20, Januari 2005) juga melaporkan kejadian seorang guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang yang merotan pelajarnya,
Megat Mohd. Asri Megat Wahab yang berumur 14 tahun yang tidak menyiapkan
sembilan daripada 10 karangan Bahasa Melayu. Berkanaan dengan kejadian yang sama,
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa
sikap segelintir guru yang bertindak mengikut emosi dan gagal mengawal kemarahan,
boleh menjejaskan kredibiliti guru-guru lain secara keseluruhannya (Utusan Malaysia,
11 Februari, 2005).
Masyarakat tidak terlintas untuk menyentuh kebajikan guru. Ini jelas dilihat
dalam “Himpitan hidup paksa guru pandu teksi” (Berita Harian, 10 Mac 1997). Inilah
kerja sampingan yang dilakukan oleh guru dan tidak hairanlah ada guru yang sanggup
berhenti kerja dan bertukar kepada profesion yang lain. Akhbar yang sama juga
mengeluarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Mohd. Khalid
Bin Yunus iaitu guru-guru yang meletakkan jawatan seramai 365 orang pada tahun
1993, 588 orang pada tahun 1994 dan 829 orang pada tahun 1995. Jika ini berterusan,
6
Negara akan kekurangan guru. Profesion perguruan dilihat sebagai kerjaya yang kurang
menarik dari segi gaji atau pendapatan yang kurang lumayan berbanding dengan
Negara-negara lain(Berita Harian, 24 April 1995). Tambahan pula, dengan sikap pelajar
yang semakin ganas dimana kejadian yang dilaporkan ( Berita Harian, 24 Mei 2002 )
bahawa seorang guru telah mengalami cedera pada tangan dan pinggang akibat
dibelasah menggunakan kerusi plastik oleh pelajar tingkatan dua dari arah belakang
ketika hendak beredar dari meja pelajar tersebut semasa peperiksaan dijalankan di
Sekolah Menengah Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor.
Guru yang berhenti kerja atau bersara awal setakat ini tidak menggugat
perjalanan sistem pendidikan, jika ianya meningkat ketara seakan mencabar kreadibiliti,
imej dan bidang perguruan itu sendiri. Mengikut teori penghijrahan ada dua faktor yang
menyebabkan seseorang itu berpindah. Pertama faktor penolak iaitu masa dan
kesabaran dan kedua faktor penarik iaitu gaji dan glamour. Faktor penolak dan penarik
sesuatu kerjaya berkait rapat dan berjalan serentak. Faktor-faktor ini diaplikasikan
dalam bidang perguruan, maka sudah pastilah seseorang itu akan meninggalkan
profesionnya lebih awal daripada tarikh sebenar. Ini adalah kerana guru yang
mengalami stres tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa berkhidmat.
Ini merugikan Negara kita yang sedang menuju kepada sebuah Negara industri. Menjadi
tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.
Setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak pentadbir dan organisasi
boleh menguruskan program yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dan
mencari punca stres bagi mengelakkan guru-guru berhenti kerja dan meninggalkan
profesion yang amat penting ke arah menjana anak bangsa kita menyahut pelbagai
cabaran yang mendatang. Oleh itu dengan adanya kajian ini diharap guru-guru dapat
mengenalpasti punca-punca dan tahap stres mereka, seterusnya akan mengambil langkah
tertentu untuk mengatasi masalah.
7
1.3 Pernyataan Masalah
1.3.1 Ibu bapa sering menginginkan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang
cemerlang dengan meletakkan segala tanggungjawab kepada guru-guru sekolah
menyebabkan guru-guru sering merasa tertekan dan mengalami stres. “
Memanglah guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu.”
(Datuk Mahadzir Mohd Khir, 31 Jualai 2003). Oleh itu pengkaji ingin meninjau
tahap stres yang dialami oleh guru-guru yang mengajar di beberapa buah sekolah
menengah di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah.
1.3.2 Pengkaji ingin meninjau samada terdapat hubungan di antara tahap stres dengan
kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru yang mengajar di
beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar, Negeri kedah.
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah tahap stres dikalangan guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di
Daerah Kota Setar Negeri Kedah?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?
8
1.4.3 Apakah punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal
atau masalah pelajar) yang menyebabkan stres di kalangan guru-guru di sekolah
tersebut?
1.4.4 Adakah terdapat perbezaan punca stres dari segi demografi (jantina, status
perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?
1.4.5 Apakah tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dikalangan guru-guru di
beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar Negeri Kedah?
1.4.6 Adakah terdapat perbezaan tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dari
segi demografi (jantina, status perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?
1.4.7 Apakah hubungan antara stres yang dikaji ini dengan kecenderungan hendak
berhenti kerja?
1.5 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini secara umumnya adalah untuk meninjau hubungan tahap
stres dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah serta punca yang
menyebabkan stres tersebut.