HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan...

28
HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI DAERAH KOTA SETAR, KEDAH LIM BEE TING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan...

Page 1: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU

DI DAERAH KOTA SETAR, KEDAH

LIM BEE TING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNCAN HENDAK BERHENTI

KERJA Dl KALANGAN GURU-GURU Dl DAERAH KO'rA SETAR, KEDAH

SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

Saya LIM BEE TlNG

( I 1IJRlJF RESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSMISarjanaJDoktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan sepcrti berikut:

I . 'l'esis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. t'erpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi penpajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( \i )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAI lSlA RASMl 1972 )

m I ( TERHALI (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasihadan di mana pcnyclidikan dijalankan )

I I

Alarnat TeVdp: 24, Jalan t>aya 30. Taman Dava, 52 100 Kepona, KL

I'wikh: 21 April 2006

I n . l)ij*kan oleh:

v ALHABSHI (Nama Penyelia)

Tarikh: 2 1 April 2006

I

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SU1,IT atau TERHAD, siIa lampirkan surat daripada pihak

berkuasahrganisasi berkenaan dengan menyatakan sekal i sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SllL,IT atau I'ERHAlI. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijuah Doktor Falsahh &an Sar,jana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Pro-jek Sarjana Muda ( PSM ).

Page 3: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)".

Tandatangan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nama Penyelia : ~ ) g C I ~ a d ~ a Syed hohd Shafeq B Syed Mansor Alhabshi

Tarikh : 2 1 April 2006

Page 4: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK

BERHENTI KERJA DI KALANGAN GURU-GURU DI DAERAH KOTA SETAR,

NEGERI KEDAH

LIM BEE TING

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.

(Kejuruteraan Elektrik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

Page 5: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.".

Tandata- --- .

Narna Penulis : Lim Bee "Ting

Tari kh : 21 April 2006

Page 6: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayang…

Lim Leong Song

Goh Mong Kee

… terima kasih atas kasih sayang, doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan

sepanjang saya menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia

Buat adik-beradik yang dikasihi…

Kasih sayang, doa, sokongan yang anda berikan sentiasa dalam ingatan.

Page 7: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

iv

PENGHARGAAN

Untuk ayah, ibu, abang, kakak dan adik yang tersayang serta mereka yang

dikasihi.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia

tesis PM. Syed Mohd. Shafeq Bin Syed Mohd. Mansor Alhabshi atas bimbingan, tunjuk

ajar dan dorongan beliau dalam menyiapkan tesis saya ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang terlibat iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun

Sharifah Rodziah Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong Di Daerah Kota Setar,

Negeri Kedah. Kerjasama dari mereka amatlah dihargai.

Tidak lupa juga saya merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya yang

sentiasa memberi sokongan moral serta Bantu yang sewajarnya sepanjang saya

menyiapkan tesis ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap stress dan hubungannya dengan

kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah sekolah di

Daerah Kota Setar, Kedah. Seramai 198 orang guru dipilih secara rawak untuk dijadikan

responden bagi menjawab soal selidik yang mengandungi bahagian-bahagian untuk

mengukur tahap stress guru, punca stress guru dan juga kecenderungan hendak berhenti

kerja diukur dengan menggunakan instrument Propensity to Leave Index ( PLI ). Data

diproses dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS ). Kajian

mendapati hubungan di antara tahap stress dengan kecenderungan hendak berhenti kerja

adalah lemah dan ianya boleh dikatakan hampir tiada hubungan di antara tahap stres

dengan kecenderungan hendak berhenti kerja.

Page 9: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

vi

ABSTRACT

This research is done to find out the relationship between Stress Level and the

Tendency to Leave Job among the teachers in three of government school in District of

Kota Setar, Kedah. A total of 198 teachers were selected to be the respondent for this

research. A set of questionnaire contented three parts whish is for stress level

measurement, factors of stress measurement and also tendency to leave job measurement

( Propensity to Leave Index ). Data have been analyst by using Statistical Package for

Social Sciences ( SPSS ). The overall result of this research showed the relationship

between stress level and the tendency to leave job is weak and also can be said that there

is no relationship between stress level and tendency to leave job.

Page 10: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN DIRI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Model Kajian 13

1.8 Definisi Konsep 14

Page 11: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

viii

1.8.1 Guru 14

1.8.2 Stres 14

1.8.3 Sekolah 15

1.8.4 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 15

1.9 Kepentingan Kajian 15

1.10 Skop Kajian 16

1.11 Rumusan 17

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Konsep Stres Kerja Profesion Perguruan 19

2.3 Teori Stres 19

2.3.1 Tahap Stres 22

2.4 Punca Stres 24

2.5 Stres Dari Segi Demografi 27

2.5.1 Jantina 27

2.5.2 Status Perkahwinan 28

2.5.3 Pengalaman Mengajar 28

2.6 Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 29

2.7 Rumusan 30

3 METODOLOGI KAJIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Prosedur Kajian 32

3.4 Pembolehubah Kajian 33

3.5 Tempat Kajian 34

3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.7 Instrumen Kajian 36

Page 12: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

ix

3.7.1 Bahagian A – Demografi 37

3.7.2 Bahagian B – Alat Ukur Bahagian B – Tahap Stres 37

3.7.2.1 Kebolehpercayaan Alat Ukur Tahap

Stres 38

3.7.2.2 Permakatan Indeks Tahap Stres 38

3.7.3 Bahagian C – Punca Stres 39

3.7.3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan 40

Alat Ukur Punca Stres

3.7.3.2 Cara Permakatan “ Indeks Punca Stres ” 41

3.7.4 Bahagian D – Kecenderungan Hendak Berhenti

Kerja (Propensity To Leave Index) 43

3.8 Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan Hendak

Berhenti Kerja 45

3.9 Analisis Data 45

3.10 Kesimpulan 46

4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.1.1 Demografi Responden 48

4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 50

4.3 Analisis Deskriptif 51

4.3.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres 51

4.3.2 Keputusan Analisis Deskriptif Punca Stres 52

4.3.3 Keputusan Analisis Deskriptif Kecenderungan

Hendak Berhenti Kerja 58

4.4 Bahagian B : Laporan Analisis Inferensi 59

4.5 Kesimpulan 84

Page 13: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

x

5 RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 85

5.1 Pengenalan 85

5.2 Perbincangan Analisis Tahap Stres 86

5.2.1 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Jantina 87

5.2.2 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 88

5.2.3 Tahap Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 88

5.3 Perbincangan Analisis Punca Stres 89

5.3.1 Punca Stres Dari Segi Demografi- Jantina 90

5.3.2 Punca Stres Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 91

5.3.3 Punca Stres Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 91

5.4 Perbincangan Analisis Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja 91

5.4.1 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Jantina 92

5.4.2 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Taraf Perkahwinan 93

5.4.3 Tahap PLI Dari Segi Demografi- Pengalaman Mengajar 93

5.5 Perbincangan Hubungan Tahap Stres Dengan Kecenderungan

Hendak Berhenti Kerja 94

5.6 Kesimpulan 94

5.6 Cadangan Berkaitan Dengan Kajian 95

5.7 Penutup 96

BIBLIOGRAFI 97 - 103

Page 14: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pecahan Item Mengikut Bahagian 30

3.2 Bilangan Guru Dalam Sekolah Yang Dipilih 33

3.3 Nilai Alpha Alat Ukur Tahap Stres Oleh Pengkaji Yang 36

Lepas

3.4 Markat skor bagi menentukan stres 37

3.5 Alat ukur bahagian C – Punca stres 38

3.6 Nilai alpha alat ukur punca stres oleh pengkaji yang

lepas 39

3.7 Pembahagian 39

3.8 Nilai skor bagi item-item positif dan negatif bagi punca

stres 40

3.9 Jadual pemberian markat bagi indeks kecenderungan

hendak berhenti kerja 41

3.10 Jadual Penentuan Tahap PLI mengikut Mata Pemarkatan 42

3.11 Jadual Penentuan Bagi Mengelaskan Tahap PLI 42

3.12 Tahap Hubungan Korelasi 43

4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina 48

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

status perkahwinan 48

Page 15: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xii

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

pengalaman mengajar 49

4.4 Keputusan analisis tahap stres dalam bilangan dan

peratusan di kalangan responden 50

4.5 Keputusan analisis deskriptif punca stres di kalangan

guru-guru 51

4.6 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Masalah Pelajar) 51

4.7 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Beban Tugas) 52

4.8 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Hubungan International) 54

4.9 Min dan peratus bilangan responden menjawab setiap

item di sub skala (Peraturan Sekolah) 55

4.10 Keputusan analisis kecenderungan hendak berhenti

kerja dalam bilangan dan peratusan di kalangan

responden 57

4.11 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru

lelaki dan guru perempuan 58

4.12 Keputusan analisis ujian-t tahap stres antara guru

sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 59

4.13 Analisis skor min tahap stres mengikut kumpulan

pengalaman mengajar 60

4.14 Analisis anova satu hala tahap stres mengikut

pengalaman mengajar 60

4.15 Keputusan analisis ujian-t punca stres (peraturan

sekolah) antara guru lelaki dan guru perempuan 61

4.16 Keputusan analisis ujian-t punca stres (beban tugas)

antara guru lelaki dan guru perempuan 62

Page 16: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xiii

4.17 Keputusan analisis ujian-t punca stres (hubungan

interpersonal) antara guru lelaki dan guru perempuan 63

4.18 Keputusan analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar)

antara guru lelaki dan guru perempuan 64

4.19 Analisis ujian-t punca stres (peraturan sekolah) antara

guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 65

4.20 Analisis ujian-t punca stres (beban tugas) antara guru

sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 66

4.21 Analisis ujian-t punca stres (hubungan interpersonal)

antara guru sudah berkahwin dan guru belum

berkahwin 67

4.22 Analisis ujian-t punca stres (masalah pelajar) antara

guru sudah berkahwin dan guru belum berkahwin 68

4.23 Analisis skor min punca stres (peraturan sekolah)

mengikut pengalaman mengajar 69

4.24 Analisis anova satu hala punca stres (peraturan sekolah)

mengikut pengalaman mengajar 70

4.25 Analisis skor min punca stres (beban tugas) mengikut

pengalaman mengajar 71

4.26 Analisis anova satu hala punca stres (beban tugas)

mengikut pengalaman mengajar 72

4.27 Analisis skor min punca stres (hubungan interpersonal)

mengikut pengalaman mengajar 73

4.28 Analisis anova satu hala punca stres (hubungan

interpersonal) mengikut pengalaman mengajar 74

4.29 Analisis skor min punca ptres (masalah pelajar)

mengikut pengalaman mengajar 75

4.30 Analisis anova satu hala punca stres (masalah pelajar)

mengikut pengalaman mengajar 76

4.31 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) antara guru lelaki dan guru perempuan 77

Page 17: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xiv

4.32 Analisis ujian-t kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) antara guru sudah berkahwin dan guru belum

berkahwin 78

4.33 Analisis skor min kecenderungan hendak berhenti kerja

(PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 79

4.34 Analisis anova satu hala kecenderungan hendak berhenti

kerja (PLI) mengikut kumpulan pengalaman mengajar 80

4.35 Analisis hubungan tahap stres dengan kecenderungan

hendak berhenti kerja (PLI) 81

Page 18: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 1.7 : Model Kajian 13

Rajah 2.1 : Model Ketegangan Robbins 21

Page 19: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xvi

SENARAI SINGKATAN

N - Jumlah

P - Signifikan

Dk - Darjah Kebebasan

SL - Sisihan Piawai

Ho - Hipotesis Null

TP - Tidak Pernah

JS - Jarang Sekali

KK - Kadang-kadang

K - Kerap

AK - Amat Kerap

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 20: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 104

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri

D Senarai Bilangan Sekolah dan Guru Dalam Daerah Kota Setar

E Jadual Penentuan Saiz Sampel

Page 21: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman kini, profesion perguruan menjadi tumpuan utama dimana

kebanyakan ibu-bapa sibuk dengan pekerjaan sendiri untuk mengejar tahap kehidupan

yang lebih meninggi dengan menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak sekolah dan

seterusnya tanggungjawab menjaga anak-anak mereka pun turut terserlah kepada pihak

pendidik terutamanya guru-guru yang bertugas di sekolah. Dengan itu, harapan ibu-bapa

terhadap guru-guru untuk mendidik dan menjaga anak-anak mereka bukan lagi setakat

tanggungjawab seorang pendidik malah juga tanggungjawab sebagai seorang penjaga

sementara ibu-bapa bekerja. Permasalahan ini telah mendatangkan tekanan kepada para

pendidik. Tambahan pula berbagai aspek lagi yang telah menjadi factor kepada

terjadinya tekanan di kalangan guru-guru.

Berikutan dengan sistem pendidikan tempatan yang sering diperbaiki mengikut

arus kemajuan. Bidang tugas guru menjadi semakin mencabar. Seseorang guru perlu

memperolehi kemahiran yang berbagai bukan sahaja dari segi mendidik, malah juga cara

meng-aktifkan pelajar dan peranan yang tinggi untuk menjaga kebajikan dan hak asasi

pelajar seperti perlu dilindungi daripada kecelakaan atau emosi yang kurang

Page 22: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

2

menyenangkan. Tugas untuk memastikan pelajar berada pada keadaan selamat dan

dihargai juga turut menjadi tanggungjawab sebagai guru.

Sejajar dengan sistem pelajaran Negara yang baru diperbaharui, pengajaran

dalam dwi bahasa untuk mata pelajaran matematik dan sains dan berbantukan

pengkomputeran telah menbebani para guru terutamanya bagi guru yang lebih berusia.

Bagi guru yang berumah tangga dan terpaksa menghadiri kursus pemantapan untuk mata

pelajaran yang menggunakan Bahasa Inggeris dan penggunaan komputer dalam

pengajaran, ini telah mendatangkan konflik dalam membahagikan masa untuk

menghadiri kursus dan menjaga rumah tangga mereka. Guru bukan sahaja perlu

mengubah cara penyampaian pelajaran malah juga perlu meluangkan masa untuk

menyediakan Alat Bantu Mengajar dan perkeranian. Setiausaha Parlimen Kementerian

Pendidikan, Datuk Muhadzir Mohd Khir semasa dalam sidang akhbar (Berita Harian, 31

Julai 2003) menyatakan “Guru perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi dan berusaha

mempelbagaikan kreativiti, termasuk menggunakan pendekatan baru pedagogi, bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran, mewujudkan suasana keseronokan belajar.”

Perkara yang sama juga telah diungkitkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri

Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa kementerian Pelajaran mahukan

Pendekatan kerja rumah yang lebih menarik bagi pelajar. (Utusan Malaysia, 11 Februari,

2005).

Segala bebanan yang dikenakan kepada guru akan menjadikan punca

peningkatan tahap stres. Oleh itu, Stres perlu diberi perhatian. Stres yang dikenalpasti

puncanya dapat diurus dengan baik akan menjadi dorongan manakala stres yang tidak

terurus akan mendatangkan kesan negatif terhadap guru dan seterusnya menjejaskan

emosi serta motivasi dalam pengajaran dan akhirnya terjurus kepada kecenderungan

untuk meninggalkan tempat kerja mereka. Manakala dari segi psikologikal menurut

Lazarus and Folkman ( 1984 )adalah :

Page 23: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

3

“a particular relationaship between the person and the environment that is

appraised by the person as taxing on exceeding his or her resources and endangering

his or her well-being.”

Keadaan ini akan mewujudkan fenomena kebimbangan, ketegangan atau

kegugupan di kalangan guru. Seterusnya fenomena stres di kalangan guru pula akan

menjejaskan mutu perkhidmatan pendidikan yang dicurahkan oleh guru yang mengalami

kemerosotan sehingga mendatangkan kesan negatif terhadap interaksi fizikal sertya

kesihatan mental individu. ( Wisniewski and Gargiulo, 1997 ). Pendapat ini juga

mendapat persetujuan ( Van Der Linde, 2000 ) yang menyataka stres guru

mengakibatkan kemerosotan prestasi dan pencapaian dalam perkhidmatan perguruan

sehingga memberi kesan negatif terhadap kualiti sistem pendidikan negara. Kenyataan

ini turut disokong juga dengan Vetter, 2000 yang melaporkan kesan stres terhadap guru

akan menyebabkan guru tersebut sering meminta cuti sakit dan tidak hadir ke sekolah.

Guru juga akan menjadi kurang motivasi dan tidak menfokus dalam tugas mereka.

Secara langsungnya kemerasotan prestasi akan melahirkan generasi muda yang kurang

berkualiti. Oleh itu stres guru perlu dipandang berat dan dititikberatkan.

1.2 Latar belakang Masalah

Perubahan demi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan di Negara ini.

Bidang pendidikan ini juga telah mengubah corak, proses pengajaran dan pembelajaran

guru dan pelajar. Perubahan ini juga adalah berhubungkait dengan sikap guru yng mana

perlu lebih positif seperti berempati, peramah, mempunyai emosi yang terkawal, lebih

tekun, inovatif, komitmen, dedikasi dan sebagainya. Sikap positif sedemikian terhadap

profesion selalunya akan membawa kepada peningkatan prestasi.

Page 24: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

4

Arus perubahan yang ketara dan mendadak akan menimbulkan stres. Stres

dalam pekerjaan akan membawa kepada ketidakpuasan setiap individu. Faktor seperti

hubungan dengan pihak pengurusan dan persekitaran dan perkembangan kerjaya akan

mendorong suasana kerja yang penuh ketegangan. Mengikut Vettor et. Al, 2000,

keadaan ini boleh mengakibatkan timbulnya masalah ponteng kerja, kurang motivasi,

tidak berfokus dalam tugas, kemalangan dan penyakit yang berhubungkait dengan stres.

Guru terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab, masa yang digunakan untuk

perancangan dan persediaan mengajar terpaksa dihabiskan begitu sahaja. Ini dinyatakan

oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Menurut laporan (New

Straits Times, 1 Jun 1993) sebilangan guru yang berkerja terlampau keras telah membuat

pilihan bersara lebih awal. Perkara ini juga disokong dengan petikan Berita Harian, (21

oktober 1994) dalam “Kerajaan Menghalang Guru Bersara Awal.”

Menurut Timbalan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)

P.Ramanathan (Utusan Malaysia, 13 Februari 1995) beban kerja guru yang semakin

meningkat perlu dibuat kajian semula. Terlalu banyak aktiviti di sekolah dan berada

terlalu lama di sekolah menyebabkan guru menghadapi stres. Setiausaha Parlimen

Kemenrterian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir juga menyatakan “ Memanglah

guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu tetapi kementerian

sentiasa percaya kepada keikhlasan mereka menjalankan tugas mendidikan dan

menyampaikan ilmu kepada pelajar.” ( Berita Harian, 31 Jualai 2003).

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Fong Chan Onn

mengeluarkan kenyataan dalam (Berita Harian, 9 April 1995), kementerian pendidikan

sedang berusaha menguruskan program pengurusan tekanan untuk semua guru akibat

daripada tugas guru yang semakin mencabar termasuk mengadakan kursus kaunseling.

Dengan ini, jelaslah bahawa kementerian pendidikan juga mengakui wujudnya stres di

kalangan guru.

Page 25: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

5

Selain itu masyarakat kini begitu peka terhadap pencapaian akademik anak-anak

mereka juga meningkatkan stres terhadap guru. Begitu juga kritikan dengan niat yang

jahat daripada sesetengah pihak memburukkan lagi keadaan. Peningkatan salah laku

pelajar dan kemerosotan displin pelajar dikaitkan dengan kemampuan guru mendidik

dan membentuk akhlak pelajar. Tanggapan dan tuduhan melulu menambah stres kepada

guru. Soh (1997), jangkaan masyarakat terhadap guru adalah tinggi di mana berlakunya

perubahan dalam masyarakat maka berubahlah suasana sekolah. Guru tertekan dan ini

menjejaskan prestasi dan sikap guru.

Kejadian guru menghukum pelajar secara keterlaluan seperti menumbuk,

terajang, tampar, adalah gambaran guru-guru yang menghadapi stres yang serius.

Contohnya (Jelita, Jun 1998) Mohd Azraei Ismail meninggal didera guru. Ini adalah di

antara insiden yang berlaku di kalangan guru yang menghadapi fenomena ke arah stres

yang serius. Utusan Malaysia (20, Januari 2005) juga melaporkan kejadian seorang guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Pulau Pinang yang merotan pelajarnya,

Megat Mohd. Asri Megat Wahab yang berumur 14 tahun yang tidak menyiapkan

sembilan daripada 10 karangan Bahasa Melayu. Berkanaan dengan kejadian yang sama,

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa

sikap segelintir guru yang bertindak mengikut emosi dan gagal mengawal kemarahan,

boleh menjejaskan kredibiliti guru-guru lain secara keseluruhannya (Utusan Malaysia,

11 Februari, 2005).

Masyarakat tidak terlintas untuk menyentuh kebajikan guru. Ini jelas dilihat

dalam “Himpitan hidup paksa guru pandu teksi” (Berita Harian, 10 Mac 1997). Inilah

kerja sampingan yang dilakukan oleh guru dan tidak hairanlah ada guru yang sanggup

berhenti kerja dan bertukar kepada profesion yang lain. Akhbar yang sama juga

mengeluarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Mohd. Khalid

Bin Yunus iaitu guru-guru yang meletakkan jawatan seramai 365 orang pada tahun

1993, 588 orang pada tahun 1994 dan 829 orang pada tahun 1995. Jika ini berterusan,

Page 26: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

6

Negara akan kekurangan guru. Profesion perguruan dilihat sebagai kerjaya yang kurang

menarik dari segi gaji atau pendapatan yang kurang lumayan berbanding dengan

Negara-negara lain(Berita Harian, 24 April 1995). Tambahan pula, dengan sikap pelajar

yang semakin ganas dimana kejadian yang dilaporkan ( Berita Harian, 24 Mei 2002 )

bahawa seorang guru telah mengalami cedera pada tangan dan pinggang akibat

dibelasah menggunakan kerusi plastik oleh pelajar tingkatan dua dari arah belakang

ketika hendak beredar dari meja pelajar tersebut semasa peperiksaan dijalankan di

Sekolah Menengah Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor.

Guru yang berhenti kerja atau bersara awal setakat ini tidak menggugat

perjalanan sistem pendidikan, jika ianya meningkat ketara seakan mencabar kreadibiliti,

imej dan bidang perguruan itu sendiri. Mengikut teori penghijrahan ada dua faktor yang

menyebabkan seseorang itu berpindah. Pertama faktor penolak iaitu masa dan

kesabaran dan kedua faktor penarik iaitu gaji dan glamour. Faktor penolak dan penarik

sesuatu kerjaya berkait rapat dan berjalan serentak. Faktor-faktor ini diaplikasikan

dalam bidang perguruan, maka sudah pastilah seseorang itu akan meninggalkan

profesionnya lebih awal daripada tarikh sebenar. Ini adalah kerana guru yang

mengalami stres tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa berkhidmat.

Ini merugikan Negara kita yang sedang menuju kepada sebuah Negara industri. Menjadi

tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk merealisasikan wawasan 2020.

Setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak pentadbir dan organisasi

boleh menguruskan program yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah dan

mencari punca stres bagi mengelakkan guru-guru berhenti kerja dan meninggalkan

profesion yang amat penting ke arah menjana anak bangsa kita menyahut pelbagai

cabaran yang mendatang. Oleh itu dengan adanya kajian ini diharap guru-guru dapat

mengenalpasti punca-punca dan tahap stres mereka, seterusnya akan mengambil langkah

tertentu untuk mengatasi masalah.

Page 27: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

7

1.3 Pernyataan Masalah

1.3.1 Ibu bapa sering menginginkan anak-anak mereka memperolehi keputusan yang

cemerlang dengan meletakkan segala tanggungjawab kepada guru-guru sekolah

menyebabkan guru-guru sering merasa tertekan dan mengalami stres. “

Memanglah guru kini mengalami bebanan kerja yang lebih berbanding dulu.”

(Datuk Mahadzir Mohd Khir, 31 Jualai 2003). Oleh itu pengkaji ingin meninjau

tahap stres yang dialami oleh guru-guru yang mengajar di beberapa buah sekolah

menengah di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah.

1.3.2 Pengkaji ingin meninjau samada terdapat hubungan di antara tahap stres dengan

kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru yang mengajar di

beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar, Negeri kedah.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah tahap stres dikalangan guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di

Daerah Kota Setar Negeri Kedah?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan tahap stres dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

Page 28: HUBUNGAN TAHAP STRES DENGAN KECENDERUNGAN HENDAK BERHENTI … · hubungan tahap stres dengan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di daerah kota setar, kedah

8

1.4.3 Apakah punca-punca (peraturan sekolah, beban tugas, hubungan interpersonal

atau masalah pelajar) yang menyebabkan stres di kalangan guru-guru di sekolah

tersebut?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan punca stres dari segi demografi (jantina, status

perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

1.4.5 Apakah tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dikalangan guru-guru di

beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kota Setar Negeri Kedah?

1.4.6 Adakah terdapat perbezaan tahap Kecenderungan Hendak Berhenti Kerja dari

segi demografi (jantina, status perkahwinan, dan pengalaman mengajar )?

1.4.7 Apakah hubungan antara stres yang dikaji ini dengan kecenderungan hendak

berhenti kerja?

1.5 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini secara umumnya adalah untuk meninjau hubungan tahap

stres dan kecenderungan hendak berhenti kerja di kalangan guru-guru di tiga buah

Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota Setar, Negeri Kedah serta punca yang

menyebabkan stres tersebut.