Hukum menutup aurat

9
HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM. HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM. Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita . Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk melaksanakannya. Sesungg uhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa. Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.

Transcript of Hukum menutup aurat

Page 1: Hukum menutup aurat

HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.

HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti

ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita .

Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk

melaksanakannya. Sesungg uhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan

lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau

dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa.

Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap

entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita

dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di

dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat

ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat

saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup

bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di

dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama

lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah

Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu

menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah

Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh

Page 2: Hukum menutup aurat

hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi

satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian

yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan

yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah

ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk

ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang

difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki

sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda

terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan

menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki

tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula

mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya

dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti

yang diperintahkan.

Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui

situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak

mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada

pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif.

Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan

yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh

Page 3: Hukum menutup aurat

dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.

Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki

aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila

terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna

terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat

ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te

rsendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala

yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah

terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu

kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika

berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada

amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang

betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan

seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu

syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga

terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah

sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali

lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab

menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar

untuk mereka tunai dan laksanakan.

Page 4: Hukum menutup aurat

Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di

dalam Al.Quran.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-

perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi

keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.

____________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

"Hendaklah mereka menahan pandangannya,

dan memelihara kemaluannya, dan janganlah

mereka menampakkan perhiasannya,

kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung

ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,

kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,

atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,

atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara

laki-laki mereka, atau putera-putera saudara

laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan

mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak

yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki

yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)

atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui

perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman

supaya kamu beruntung".

Surah An.Nuur (31)

Page 5: Hukum menutup aurat

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir

daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau

anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara

mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau

perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang

lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang

belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki

untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

_____________________

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah

menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu

dan pakaian indah untuk perhiasan.

Page 6: Hukum menutup aurat

Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Yang demikian itu adalah sebahagian dari

tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan

mereka selalu ingat".

Surah Al.A'araaf (26)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-

bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang

berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda

(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka

mengenangnya (dan bersyukur).

____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,

anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri

orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan

jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah

untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.

Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Surah Al.Ahzab (59)

Page 7: Hukum menutup aurat

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-

perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya

(semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai

perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah

adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

_______________________

Dan perempuan-perempuan tua yang

telah terhenti (dari haid dan mengandung)

yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah

atas mereka dosa menanggalkan pakaian

mereka dengan tidak (bermaksud)

menampakkan perhiasan, dan berlaku

sopan adalah lebih baik bagi mereka.

Dan Allah Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui.

Surah An.Nuur (60)

60. dan mana-mana perempuan tua Yang telah putus kedatangan haid, Yang tidak

mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan

pakaian luarnya, Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu

perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya

itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha

mengetahui.

Page 8: Hukum menutup aurat