Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

24
1.0 PENDAHULUAN Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat. Islam telah menganjurkan satu sistem yang tidak terdapat pada mana-mana agama lain di dunia. Manusia dikatakan mampu memcapai kebahagiaan sebenar sekiranya mendapat petunjuk yang akan memandunya untuk mengenali identiti diri yang sebenar. Mengenali diri yang sebenar adalah dengan mengetahui bahawa kita sebagai hamba yang dimiliki oleh Allah, yang layak ke atas sesuatu dan tidak ada kekurangan walau sedikit pun. Sistem yang telah dilaksanakan dalam Islam ialah ta’awun (tolong-menolong) dan takaful (bantu-membantu). Sistem ini menekankan konsep hormat menghormati sebagai satu asas untuk memastikan setiap hak individu terpelihara daripada sebarang bentuk kezaliman atau mengambil kesempatan daripada mana-mana pihak. Kewujudan sistem yang dianjurkan dalam Islam adalah satu sistem yang menepati syariat Allah dan berbeza daripada sistem ciptaan manusia sendiri. Ini kerana sistem ini penting dan memenuhi segala keperluan hak asasi manusia yang bersesuaian. Setiap keperluan manusia dibentuk melalui satu lagi sistem secara bersepadu dengan memberikan penekanan pembentukkan akidah sebagai langkah terawal. Seterusnya manusia akan mula memperbaiki pandangan mereka tentang kewujudan alam semesta serta kehidupan ini, yang seterusnya akan membentuk dan memperbetulkan akhlak melalui disiplin yang kukuh. Kesemua ini akan dimasukkan dibawa kekuasaan manusia yang akan dilaksanakan secara rela hati. 1

Transcript of Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Page 1: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

1.0 PENDAHULUAN

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang mendapat kemuliaan di dunia

dan di akhirat. Islam telah menganjurkan satu sistem yang tidak terdapat pada mana-mana

agama lain di dunia. Manusia dikatakan mampu memcapai kebahagiaan sebenar

sekiranya mendapat petunjuk yang akan memandunya untuk mengenali identiti diri yang

sebenar. Mengenali diri yang sebenar adalah dengan mengetahui bahawa kita sebagai

hamba yang dimiliki oleh Allah, yang layak ke atas sesuatu dan tidak ada kekurangan

walau sedikit pun. Sistem yang telah dilaksanakan dalam Islam ialah ta’awun (tolong-

menolong) dan takaful (bantu-membantu). Sistem ini menekankan konsep hormat

menghormati sebagai satu asas untuk memastikan setiap hak individu terpelihara daripada

sebarang bentuk kezaliman atau mengambil kesempatan daripada mana-mana pihak.

Kewujudan sistem yang dianjurkan dalam Islam adalah satu sistem yang menepati

syariat Allah dan berbeza daripada sistem ciptaan manusia sendiri. Ini kerana sistem ini

penting dan memenuhi segala keperluan hak asasi manusia yang bersesuaian. Setiap

keperluan manusia dibentuk melalui satu lagi sistem secara bersepadu dengan

memberikan penekanan pembentukkan akidah sebagai langkah terawal. Seterusnya

manusia akan mula memperbaiki pandangan mereka tentang kewujudan alam semesta

serta kehidupan ini, yang seterusnya akan membentuk dan memperbetulkan akhlak

melalui disiplin yang kukuh. Kesemua ini akan dimasukkan dibawa kekuasaan manusia

yang akan dilaksanakan secara rela hati.

Zakat merupakan salah satu daripada disiplin yang disyariatkan oleh Allah sebagai

satu cara untuk manusia memperelokkan lagi perangai manusia, agar bersesuaian dengan

syarat kebahagian yang dianjurkan dalam Islam. Sebenarnya zakat berperanan membantu

mengawasi pendapatan setiap individi agar tidak melebihi had pertimbangan dengan

individu yang lain serta sentiasa berada dalam satu aras kecukupan antara manusia. Hal

ini dapat dilihat dalam satu sabda Rasulullah s.a.w yang menyentuh mengenai hakikat

sebenar :

ادعهم إلى شهادة أن ال إله إأل الله وأني رسول

الله..........فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله افترض

عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائه

1

Page 2: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Maksud : Serulah mereka untuk menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah……Sekiranya mereka mentaati perkara itu, ajarkanlah mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah yang diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka.

(al-Bukhari, Muslim dan selainnya)

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa sesungguhnya mereka melebihi

aras kecukupan pada diri sendiri perlu menolong orang-orang yang tidak mampu dan

menyalurkannya melalui kutipan zakat. Demikianlah syariat yang telah ditetapkan oleh

Allah, tidak akan menyerahkan sepenuhnya kepada individu urusan mentadbir dan usaha

untuk mnyediakan kecukupan seadanya. Dengan itu Islam telah meletakkan sistem yang

berupaya untuk membantu saudara-saudaranya yang dalam keadaan serba kekurangan

melalui cara yang betul dan tidak keluar daripada landasan sebenarnya. Selain itu juga

Islam telah meletakkan satu perundangan yang cukup untuk mengawasi hati individu

tidak dikuasai oleh perasaan tamak haloba dan sifat mementingkan diri sendiri tanpa

memandang kepada individu lain. Hal ini dapat mengawal agar seorang individu itu

sentiasa berada pada landasan yang sentiasa menepati syarak.

1.1 Definisi Zakat

Zakat menurut pengertian bahasa ialah sesuatu yang diambil dari kata dasar zaka

yang membawa pengertian berkah, bersih, baik1. Merujuk kepada lisan al-arab pula

bahawa kata dasar zakat ditinjau dari sudut bahasa iaitu sesuatu yang suci, berkah,

tumbuh dan terpuji. Zakat dari sudut istilah fiqh ialah sejumlah harta tertentu yang

diwajibkan Allah diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya atau

mengeluarkan sejumlah tertentu itu dengan sendirinya.2

Menurut pendapat Imam Syafi’e memberikan pengertian zakat dari segi bahasa

melalui perkataan كو5 9ز7 ي ي7ء5 الش> 9 كا ((ز9 iaitu membersihkan sesuatu, yang bererti

menambahkan serta menyuburkan. Dikatakan bahawa bersihlah tumbuhan dan

perniagaan apabila keduanya bertambah dan subur.3 Pengertian yang sama turut

1 Dr Yusuf Qardhawi, HUKUM ZAKAT, hlm. 34.2 Ibid3 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE (JLD II).hlm.353

2

Page 3: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

digunakan dalam memberikan makna taharah (pembersihan dan penyucian). Perbersihan

dan penyucian yang dimaksudkan adalah kerana melalui zakat seorang individu dapat

mengelakkan diri daripada kekuasaan sifat tamak haloba dengan harta yang ada. Hal ini

juga mampu membantu kita untuk member kesedaran bahawa semua yang kita miliki

adalah hak Allah yang hanya diberikan sebagai pinjaman semata-mata. Firman Allah

Taala :

?ها ك 9ف7لح م9ن ز9 ۹﴿ق9د7 أ ﴾

“sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwanya”

(Surah As-syams : 9)

Pengertian zakat menurut istilah syarak ialah dengan makna sesuatu yang

dikeluarkan dengan kadar tertentu daripada jumlah harta tertentu, dan wajib dikeluarkan

oleh golongan tertentu, serta memenuhi syarat-syarat tertentu.4

Harta disebut sebagai zakat, kerana harta yang pada asalnya akan subur dengan

keberkatan pengeluarannya serta doa orang yang menerimanya. Hal ini dianggap seolah-

olah menyucikan semua baki harta daripada syubhat (kesamaran) dan melepaskannya

daripada segala hak yang berkaitan dengannya, khususnya hak- hak orang-orang yang

sangat memerlukan serta orang – orang fakir. Zakat adalah wajib keatas setiap muslim

untuk ditunaikan sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu. Ini kerana zakat merupakan

salah satu daripada rukun Islam yang amat penting dan sangat dituntut untuk

melakukannya. Terdapat banyak dalil qat’ie, baik dari sudut dalalah (pertunjukkan) dan

thubut (kethabitan) yang menjadikan zakat adalah di antara hukum-hukum jelas

diketahui daripada agama dengan mudah serta menolaknya di kira sebagai kafir.

1.2 Dalil al-Quran mengeluarkan zakat;

4 Ibid

3

Page 4: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

9وة9 ك >لز? 7 ا 5وا >لص?لوة9 و9ء9ات 7 ا 9قCيم5وا و9أMaksud : Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat

(Al-Baqarah ayat: 43)

2.0 ASNAF PENERIMA ZAKAT YANG DISEBUTKAN OLEH AL-QURAN

2.1 Dalil al-Quran asnaf yang menerima zakat;

Allah S.W.T. berfirman:

Terjemahan: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, oaring-orang miskin, pegawai-pegawai zakt, para mu’llaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

( Surah al-Taubah 9:60)

Kalimat al-sadaqat dalam ayat di atas bermaksud ialah zakat-zakat yang

hukumnya wajib dan bukan sedekah yang hukumnya sunat, kafarat, dan nazar. Zakat

dalam hal ini disebut dengan al-sadaqat kerana dimaksudkan untuk lebih menyentuh

perasaan dengan kejujuran orang yang membayarnya, selain kerana kalimat sedekah

mencakup sedekah-sedekah yang hukumnya sunat.

2.2 Golongan Yang Berhak5

Fakir : mereka yang tidak mempunyai harta dan pekerjaan, atau memiliki harta namun

hanya ada separuh dari keperluannya dan keluarganya yang wajib ia nafkahi seperti

tempat tinggal, pakaian dan tempat tinggal, pakaian dan makanan.

Miskin : mereka yang mempunyai harta atau usaha namun tidak mencukupi keperluan

sehari-harinya dari orang yang wajib ia nafkahi, seperti hanya mencukupi separuh dari

keperluannya atau lebih.

5 Syaikh Khalid b. Abdullah Ays-Syaqifah.FIKIH IMAM SYAFI’I PUASA DAN ZAKAT.hlm.189-211

4

Page 5: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Amil : orang-orang yang bekerja untuk menguruskan zakat, samada mengumpulkan

zakat, menulisnya dan memberikan kepada yang berhak menerimanya.

Muallaf : orang yang baru masuk Islam yang dijangkakan dengan memberikan mereka

zakat, Islam mereka akan kuat. Ataupun mereka adalah orang Islam yang punya

kedudukan dan pengaruh terhadap kaum mereka, apabila zakat diberikan kepada mereka

dijangkakan orang lain yang seperti mereka akan masuk Islam.

Hamba : golongan mukatab yang berakad dengan tuan-tuan mereka untuk membayar

secara ansuran. Apabila cukup bayaran, mereka akan merdeka. Oleh itu zakat diberikan

kepada mereka apabila mereka tidak mampu menjelaskan bayaran ansuran ini.

Orang yang berhutang : orang-orang yang dibebani hutang dan tidak mampu

membayarnya.

Orang yang berada fi sabilillah : lelaki yang berperang dan berjihad dengan sukarela

untuk membela Islam dan mereka tidak mendapat upah dan gaji daripada harta orang

Islam.

Ibnu Sabil : orang yang musafir dengan perjalanan yang dibenarkan syarak ataupun

orang yang hendak melakukan perjalanan yang dibenarkan syarak.6

2.3 Golongan yang tidak boleh menerima zakat

Menurut ulamak, zakat tidak boleh diberikan kepada golongan selain daripada yang

dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas, kerana sesungguhya Allah berfirman:

Cآء 7ف5ق9ر9 Cل لص?د9قG9ت5 ل ?ما Cن ٱإ

Terjemahan: Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir….

(Surah al-Taubah 9:60)

Kataم9ا? Cن dalam ayat tersebut bermakna pembatasan, iaitu sebagai menguatkan (hanya) إ

lagi hujah bahawa hanya golongan yang disebutkan dalam al-Quran sahaja berhak

menerima zakat dan menafikan selain golongan-golongan tersebut.7 6 Ibid7 Dr. Abd Karim Zaidan, ENSAIKLOPEDIA FIQH WANITA, hlm.183

5

Page 6: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

3.0 ZAKAT KEPADA AHLI KELUARGA

3.1 Hukum Pemberian Zakat Terhadap Suami Isteri

Hukum pemberian zakat terhadap suami isteri boleh dikategorikan dalam dua keadaan

iaitu, keadaan pertama, pemberian zakat daripada suami kepada isteri dan keadaan kedua

adalah pemberian zakat daripada isteri kepada suami. Keadaan pertama mempunyai

beberapa pendapat iaitu;

3.1.1 Pendapat pertama

Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Fatwa-fatwa Mutakhir

menyatakan bahawa jika seorang suami memberi zakat kepada kepada isterinya, sama

ertinya dengan ia memberi kepada dirinya sendiri.8 Ini adalah berdasarkan ayat al-Quran:

Maksudnya: …. “Apabila kalian mencerai isteri-isteri kalian hendaklah mereka kalian cerai pada waktu mereka dalam iddahnya ( waktu mereka dalam keadaan suci, belum digauli). Hitunglah waktu iddah (sebaik-baiknya) dan hendaklah kalian tetap bertaqwa kepada Allah, Tuhan kalian. Janganlah kalian mengeluarkan mereka dari rumah mereka (tempat tinggal bersama suami masing-masing).”

)Surah at-talaq:65:1(

Berdasarkan ayat di atas, yang dimaksudkan rumah mereka adalah rumah tempat

tinggal bersama suami masing-masing. Jadi rumah suami adalah rumah isterinya juga,

dan harta milik suami pun milik isterinya juga.9

Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhayly, zakat tidak boleh diberikan kepada isteri

walaupun dalam keadaan iddah kerana tindakan seperti ini akan menghalangi pemberian

kepada orang fakir dan zakat itu akan kembali kepada dirinya sendiri.10

8 Dr. Yusuf Al-Qardhawi, FATWA-FATWA MUTAKHIR, hlm.3699 Ibid.10 Dr. Wahbah Al-Zuhayly, ZAKAT KAJIAN BERBAGAI MAZHAB, hlm.304

6

Page 7: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Maka, dalam kenyataan dapat disimpulkan bahawa suami tidak boleh sama sekali

memberikan zakat kepada isterinya.

3.1.2 Pendapat kedua

Zakat boleh diberikan kepada isteri, seandainya isteri menerima nafkah daripada

suaminya tetapi tidak mencukupi untuk keperluan kehidupannya, atau nafkah itu kurang

sesuai baginya dan dia tidak memiliki kekayaan yang lain.11

Dalam buku Nihayah al-Muhtaj, disebutkan: “Sesungguhnya wanita yang tidak

mencukupi memperolehi nafkah daripada suaminya, kerana wanita itu sangat suka

makan, maka dia dibolehkan untuk mengambil zakat untuk memenuhi keperluan

hidupnya kerana kefakirannya; walaupun jelas bahawa dia mendapat nafkah daripada

suaminya.”12

Dalam buku Hasyiyah Abu al-Dhiya’ fi Fiqh al-Syafi’iyah, dikatakan:

“Sesungguhnya wanita yang tidak mencukupi keperluannya dengan sewajarnya melalui

nafkah yang diberi oleh suaminya, kerana suaminya adalah orang melarat , maka dia

boleh mengambil zakat untuk memenuhi keperluan hidupnya yang sewajarnya. Apatah

lagi jika wanita itu adalah wanita yang cantik parasnya…”13

Menurut Mazhab Hanafi, zakat dibolehkan terhadap isteri fakir dari suaminya

yang kaya kerana statusnya sebagai seorang yang fakir. Hal ini kerana isteri yang miskin

tidak memiliki apa-apa dari suaminya kecuali sekadar nafkah untuk keperluan sehari-hari

sehingga dia tidak dikategorikan sebagai orang kaya.14

Berdasarkan pendapat ini, dapat disimpulkan bahawa isteri berhak menerima zakat

jika tidak mempunyai harta kekayaan yang tidak dapat memenuhi keperluan hidupnya.

Keadaan kedua juga mempunyai beberapa pendapat iaitu;

3.1.3 Pendapat pertama

11 Dr. Abd al Karim Zaidan, ENSAIKLOPEDIA FIQH WANITA(JLD II),hlm.12112 Ibid13 Ibid.14 Dr. Wahbah Al-Zuhayly, ZAKAT KAJIAN BERBAGAI MAZHAB, hlm.305

7

Page 8: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Menurut Abu Hanifah, dan umumnya pengikut mazhab Hanbali berpendapat

bahawa seorang isteri tidak boleh memberikan zakatnya kepada suaminya kerana zakat

itu akan kembali kepadanya dalam bentuk nafkah yang diberikan suaminya kepadanya.15

Walaupun suaminya seorang yang fakir dan miskin, para fuqaha berpendapat tidak boleh

kerana hubungan suami terhadap isteri sama dengan hubungan isteri terhadap suami.16

3.1.4 Pendapat kedua

Seorang isteri dibenarkan mengeluarkan zakat atas perhiasannya atau zakat atas

harta benda lainnya kepada suaminya sendiri, jika suaminya miskin atau sedang

berhutang dan tidak mampu melunasi hutangnya.17 Ini merupakan pendapat yang terkuat

dari dua pendapat ulama’ yang ada. Pendapat ini berdasarkan pada dalil al-Quran ;

Maksud : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Surah at-Taubah :9 :60)

Menurut Al-Shahibani, Syafi’i dan Maliki berpendapat bahawa isteri boleh

memberikan zakatnya kepada suaminya.18 Hal ini bedasarkan hadis Rasulullah s.a.w dari

Zainab, isteri Ibn Mas’ud ;

زوجك وولدك أحق من تصدقت عليهم به

Maksud : Suamimu, dan anakmu lebih berhak untuk mendapatkan zakatmu.

( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

15 Ibid.16 Dr.Yusuf Qardawi, HUKUM ZAKAT, hlm.70117 Syaikh Ibnu Baz, Syaikh Ibnu Utsaimin, Syaikh Ibnu Jibrin, WANITA BERTANYA ULAMA MENJAWAB, hlm.13518 Dr. Wahbah Al-Zuhayly, ZAKAT KAJIAN BERBAGAI MAZHAB, hlm.305

8

Page 9: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Pendapat ini turut disepakati oleh Imam Tsauri, salah satu riwayat dari Imam Malik dan

Imam Ahmad, sebagaimana dinyatakan oleh Imam Asy-Syaukani.19

3.2 Hukum pemberian zakat anak kecil

Seperti yang kita ketahui bahawa zakat adalah wajib ke atas setiap orang muslim

yang berakal, baligh, merdeka, memiliki harta sampai kadar nisab (kadar pemilikkan

tertentu) yang dimiliki secara penuh. Apabila menyentuh mengenai zakat kewajipan zakat

terhadap anak-anak kecil terutamanya, ulama berselisih pendapat sama ada perlu

memberi zakat atau gugurnya kewajipan memberi zakat itu terhadap anak-anak kecil.

Perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha’ tidak kira anak lelaki ataupun

perempuan yang masih kecil, sekiranya mereka memiliki harta kekayaan yang mana

jumlahnya telah sampai kepada nisab zakat. Perselisihan pendapat berlaku disebabkan

oleh berbezanya pandangan mereka terhadap zakat. Apakah zakat itu adalah ibadat seperti

halnya solat dan puasa? Apakah zakat itu hak orang miskin yang terdapat dalam harta

kekayaan orang-orang kaya?. Demikian juga perselisihan pendapat ulama mengenai

kewajipan zakat terhadap anak-anak kecil. Terdapat tiga pendapat mengenai kewajipan

zakat terhadap anak-anak kecil.

3.2.1 Pendapat pertama

Dalam satu riwayat daripada ‘Umar, ‘Ali, Jabir, ‘Aisyah r.a berasal dari kalangan

para sahabat yang mulia, yang diriwayatkan daripada ‘Umar ibn Khattab bahawasanya

dia berkata: “Berniagalah dengan harta kekayaan anak-anak yatim agar ia tidak dimakan

oleh zakat.” Riwayat ini sama seperti yang dikemukakan daripada ‘Aisyah r.a, ‘Atha’,

Jabir ibn Zaid, Mujahid, Ibn Sirin, Malik, Syafi’i, Tsauri, Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, al-

Laits serta mazhab Zahiri. Mereka berpendapat bahawa anak kecil adalah wajib

mengeluarkan zakat. Contoh dalil al-Quran yang dijadikan hujah ialah;

Cها7خ5ذ ?يهCم ب ك 5ز9 5ط9هMر5 ه5م7 و9ت Cه5م7 ص9د9 ق9ةO ت م7و9ل9 مCن7 أ

“ Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka………

19 Abdullah Nasih Ulwan, HUKUM ZAKAT DALAM PANDANGAN EMPAT MAZHAB, hlm. 51

9

Page 10: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

(Surah al-Taubah 9:30)

Ayat ini bersifat umum dan merupakan satu perintah agar ditunaikan zakat, hal ini tidak

terkecuali kepada anak-anak kecil.

Pada hakikatnya zakat tidak diwajibkan ke atas anak-anak kecil, dan mereka tidak

boleh dibebani untuk mengeluarkan sendiri. Memandangkan zakat itu wajib dikeluarkan

daripada harta kekayaan mereka. Dalam hal ini bayaran zakat dapat dilakukan oleh para

wali mereka. Anak-anak juga mempunyai kewajipan untuk membayar apa yang mereka

rosakkan, sehingga para wali mereka diwajibkan untuk membayar nilai benda tersebut

kepada pemiliknya.20

Pendapat pertama beralasan bahawa zakat adalah ibadat yang tidak wajib terhadap

anak-anak kecil, sebagaimana mereka tidak diwajibkan untuk melakukan solat, dapat

ditolak dengan alasan bahawasanya kalau zakat itu adalah ibadat, maka ia adalah ibadat

yang berbentuk kebendaan (‘ibadah maliyyah) yang berkaitan dengam harta kekayaan

yang boleh diwakilkan kepada orang lain. Hal ini, wali anak tersebut adalah wakil

daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam melaksanakan zakat. Perkara ini

adalah berbeza dengan ibadat-ibadat fizikal yang lain yang tidak boleh diwakilkan kepada

orang lain. Dan sekiranya wali tidak mengeluarkan zakat kanak-kanak tersebut, wajib ke

atas kanak-kanak tersebut untuk membayarnya kelak apabila telah baligh dan membayar

jumlah zakat untuk beberapa tahun yang tidak dilaksanakan, ini kerana terdapat beberapa

hak yang belum ditunaikan pada harta kekayaan mereka. Penggabaian hak yang

dilakukan oleh wali mereka dalam menunaikan hak kepada mereka yang berhak tidak

sedikit pun mengugurkan kewajipan membayar zakat untuk mengeluarkan zakat.21

3.2.2 Pendapat Kedua dan ketiga

Pendapat kedua ini terdiri daripada al-Nakha’i, al-Hasan, dan Sa’id Ibn al-

Musayyab serta mazhab Ja’fari mengatakan bahawa pada anak kecil adalah tidak wajib

mengeluarkan zakat daripada harta kekayaan mereka. Berbeza pula pada pendapat

pertama mengatakan bahawa kanak-kanak diwajibkan mengeluarkan zakat hasil tanaman

20 Dr. Abd Karim Zaidan, ENSAIKLOPEDIA FIQH WANITA(JLD II), hlm.621 Ibid.hlm.10

10

Page 11: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

dan buah-buahan yang ditanam pada tanah yang mesti dikeluarkan satu per sepuluh.

Tetapi mereka tidak wajib mengeluarkan zakat selain daripada hasil tanaman dan buah-

buahan, ini bermakna wajib bagi mereka mengeluarkan zakat seperti zakat emas, perak,

binatang ternakan, dan harta perniagaan. Ini adalah pendapat daripada Abu Hanifah dan

para pengikutnya, serta mazhab Zaidiyah.

Alasan dan dalil:

Mereka berpendapat bahawa zakat adalah satu bentuk ibadat yang wajib

dilakukan. Manakala kanak-kanak lelaki dan perempuan tidak termasuk dalam golongan

yang wajib untuk mengerjakan ibadat. Oleh itu mereka tidak diwajibkan mengeluarkan

zakat sebagaimana tidak diwajibkan keatas mereka bentuk ibadat lain. Melainkan dengan

mengeluarkan zakat daripada hasil tanaman dan buah-buahan. Namun begitu, zakat

tanaman dan buah-buahan yang dikeluarkan satu per sepuluh itu bukan ibadah khusus,

kerana didalamnya termasuk makna sewa tanah yang boleh dikategorikan sebagai cukai.

Akan tetapi, cukai yang dikeluarkan bukan juga satu ibadah yang semestinya dilakukan

oleh kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.

Adapun mengikut pendapat pertama yang menganggap bahawa zakat adalah hak

kebendaan (haqq maliyy serta hak kebendaan lainya, yang wajib keatas kanak-kanak

lelaki dan perempuan adalah berkemungkinan masih bersifat ibadah, ini adalah bagi

pendapat kedua dan ketiga.22 Ibadah yang mereka maksudkan adalah pembina syariat

yang telah ditetapkan sebagai salah satu daripada amalan fardu berdasarkan hadis Nabi

s.a.w yang bermaksud :

“ Islam didirikan atas lima perkara; iaitu persaksian, bahawasanya tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa bulan Ramadan”

(al-Bukhari(8), Muslim(16) dan selainnya)

Daripada tiga pendapat yang telah dikemukakann, pendapat yang kuat ialah daripada

pendapat pertama yang mengatakan bahawa zakat adalah wajib keatas anak kecil. Ini

kerana zakat tidak mensyaratkan baligh dan tidak berakal sebagai syarat untuk mereka

mengeluarkan zakat. Jelas bahawa zakat itu wajib dikeluarkan keatas harta mereka yang

22 Ibid.hlm.11

11

Page 12: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

akan dikeluarkan oleh walinya. Ad-Daruqutni, dalam Sunannya (2/110) daripada

Abdullah bin Umar r.a :23

9ه5 5ل 7ه5 حتى? تأك ك 7ر5 9ت 9 ي 9ه5, و9ال 9ج?ر7 ل 9ت 7ي 9ه5 م9ال> ف9ل 7مOا ل Cي 9ت Cي9 ي م9ن7 و9ل

الص?د9ق9ة5Maksud: Barangsiapa yang menjadi wali anak yatim dan menjaga hartanya maka hendaklah dia berniaga untuknya dan janganlah dia membiarkan harta itu begitu sahaja sehingga habis di makan oleh zakat.

Walaupun hadis ini menyebut tentang anak yatim, tetapi boleh di qiaskan kepada anak

kecil kerana ada persamaan keduanya iaitu kewajipan kepada wali untuk menjaga dan

berniaga dengan tersebut.

3.3 Zakat kepada kedua ibubapa

Para ulamak fiqh telah bersepakat bahawa zakat itu tidak boleh diserahkan oleh

anak kepada kedua orang tuanya, dalam kedaan orang yang mengeluarkan zakat itu harus

dipaksa supaya memberi nafkah kepada kedua orang tuanya. Hal ini juga kerana dengan

menyerahkan zakat kepada mereka berdua bererti memberi kecukupan iaitu kekayaan

kepada mereka dari nafkahnya, serta menggugurkan kewajipan nafkah daripadanya

sehingga kemanfaatan zakat itu akan kembali kepadanya. Jadi, dengan ini ia seolah-olah

mengeluarkan zakat kepada dirinya sendiri. Selain itu, ia juga disebabkan ayah dan ibu

adalah sebahagian dari anak, maka harta anak itu adalah harta kedua orang tua juga.24

Diriwayatkan dalam musnad dan sunan, dari Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:

” أنت ومالك ألبيك“

Maksudnya: “ kamu dan hartamu itu untuk ayahmu.”

Menurut Ibnu Muzir, “sesungguhnya menyerahkan zakat kepada mereka (kedua

orang tua) sama sahaja dengan mencukupkan dari nafkahnya, menggugurkan kewajipan

23 Dr. Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE(JLD II).hlm.36324 Dr.Yusuf al-Qardawi.HUKUM ZAKAT.hlm.673

12

Page 13: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

memberi nafkah dari muzakki, dan kemanfaatannya akan kembali kepadanya, sehingga

seolah-olah menyerahkan zakat kepada dirinya sendiri.”25

Manakala menurut Syaikh Ibn Baz, seseorang Muslim tidak boleh memberikan

zakat kepada orang tuanya atau anaknya. Akan tetapi, secara nyata seorang Muslim wajib

membayarkan zakat atas nama mereka, apabila mereka harus membayarkannya dan dia

memiliki kemampuan untuk membayarkannya.26

Zakat tidak dibenarkan bagi sebarang manusia yang bukan mustahiknya untuk

mengambil zakat. Oleh itu, para fuqaha’ mensyaratkan bahawa yang menerima zakat itu

adalah bukan orang yang telah ditetapkan oleh nas haram mengambilnya. Antara

golongan yang diharamkan menerima zakat ialah anak-anak orang yang mengeluarkan

zakat, kedua orang tua, dan isterinya. Manakala, bagi keluarga yang lain, terdapat

perbezaan pendapat tentangnya.27

Dalam pada itu, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah membolehkan anak memberi

zakat kepada ayah dan ibunya apabila terbukti bahawa kedua orang tuanya itu miskin.

Adapun dalam keadaan ayah dan ibu miskin dan anak mereka tidak mampu menjamin

kehidupan mereka, di mana mereka hanya mampu memberi nafkah kepada keluarganya

sendiri, maka dalam hal ini jika anak itu hendak memberikan zakatnya kepada kedua

orang tuanya itu adalah dibolehkan dan tidak ada salahnya.28

3.4 Zakat kepada kaum kerabat atau keluarga terdekat lain

Apabila kerabat itu termasuk kerabat yang jauh, yang tidak wajib bagi orang yang

berzakat memberi nafkah kepadanya, maka tidak berdosa memberi kepadanya dari zakat

kerabat, sama ada yang memberi itu kerabatnya sendiri secara langsung atau orang lain

dari orang yang berzakat, penguasa atau wakilnya, iaitu dari pejabat pembahagian zakat.

Adapun bagi kerabat yang dekat selain dari isteri, anak-anak dan kedua orang tua, seperti

saudara lelaki, saudara perempuan, saudara lelaki atau perempuan dari ayah dan ibu,

25 Ibid.hlm.4626Syaikh Ibnu Baz, Syaikh Ibnu Utsaimin, Syaikh Ibnu Jibrin.WANITA BERTANYA ULAMA’ MENJAWAB.hlm.135

27 Dr.Yusuf al-Qardawi.HUKUM ZAKAT.hlm.69728 Dr.Yusuf Al-Qardhawi, FATWA-FATWA MUTAKHIR.hlm.369

13

Page 14: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

saudara sepupu dan seterusnya, terdapat perbezaan pendapat dalam kebolehan memberi

zakat kepada mereka.29 Pendapat-pendapat tersebut ialah:

3.4.1 Pendapat yang tidak membenarkan:

1) Pendapat ini mengatakan bersatunya amal perbuatan untuk kerabat dengan

keluarga sehingga selama bersatu kerabat itu terhadap keluarganya. Ini bererti hukumnya

sama dengan hukum yang berlaku terhadap isteri dan anaknya, disebabkan ini tidak

dibenarkan memberi zakat terhadap kerabat itu.30

2) Sebahagian lagi melihat kewajiban nafkah berdasarkan syarak. Barangsiapa yang

berdasarkan syarak wajib kepada orang yang berzakat memberi nafkah kepada seseorang,

maka tidak dibenarkan mengeluarkan zakat untuknya. Sebaliknya bagi barangsiapa yang

tidak wajib, maka boleh memberi zakat kepadanya. Abu Ubaid dengan sanadnya

menerima riwayat dari Ibrahim bin Abu Hafsah. Ia berkata,”Aku bertanya kepada Said

bin Zubairi, Apakah engkau memberi zakat kepada bibiku (ibu saudara)?” Ia menjawab,

“Ya, selama anda tidak menutup pintu kepadanya.” Maksudnya selama ibu saudaranya itu

tidak bersatu pada keluarganya. Diriwayatkan dari Hasan. Ia berkata, “Seseorang boleh

mengeluarkan zakat hartanya untuk kerabatnya, selama kerabatnya itu tidak bersama

keluarga orang itu.”31

3.4.2 Pendapat yang membenarkan:

1) Saudara-saudara yang hidup miskin boleh menerima zakat dari saudaranya sendiri.

Hal ini sesuai dengan keumuman makna nas-nas al-Quran dan Hadis. Walaupun isteri,

anak dan ayah ibu tidak termasuk dalam keumuman makna nas-nas tersebut, saudara-

saudara tetap berada dalam keumuman makna nas-nas tersebut. Oleh itu boleh diberi

zakatnya, atau sebahagian dari zakatnya, kepada saudaranya sendiri. Adapun sanak

keluarga atau kaum kerabat seperti ibu saudara, saudara sepupu dan sebagainya, mereka

29 Dr.Yusuf al-Qardawi.HUKUM ZAKAT.hlm.696

30 Ibid.hlm.70331 Ibid

14

Page 15: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

itu semuanya boleh menerima zakat. Hal ini berlainan bagi saudara-saudara yang hidup

berkemampuan. Mereka sama sekali tidak boleh diberi zakat walaupun kakak ataupun

adik.32

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, “Sedekah (zakat )tidak halal bagi

orang kaya dan bagi orang yang berbadan sihat dan kuat.”

Apa yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah orang yang mempunyai kekuatan

anggota badan. Nabi s.a.w. sendiri pernah menyifatkan bahawa zakat diambil daripada

anggota orang-orang yang kaya dan diberi kepada orang-orang fakir. Pemberian kepada

orang kaya akan melemahkan nikmat dan tujuan yang disyariatkan zakat.33

Pendapat ini merupakan pendapat yang lebih utama atau lebih kuat.

2) Fuqaha’ Hanafi dan imam Ahmad dalam salah satu riwayat sebagaimana yang

terdapat dalam kitab al-Mughni juga berpendapat harus menyalurkan zakat kepada

mereka yang bukan asal dan juga furu’ dari kalangan kerabat yang lain seperti saudara

lelaki, saudara perempuan, bapa dan ibu saudara sebelah bapa, bapa dan ibu saudara

sebelan ibu, jika mereka orang yang fakir. Bahkan lebih utama memberi zakat kepada

mereka kerana zakat itu merupakan sedekah dan penghubung tali silaturrahim.

Diriwayatkan oleh Sulaiman bin Amir dari Nabi s.a.w. sabdanya:

الصدقة على المسكين صدقة وهى على ذى الرحم ثنتان "". صدقة وصلة

(أخرجه أحمد والنسائى وابن ماجه والترمذى وحسنه)Maksudnya: “Zakat yang diberikan kepada orang Muslim adalah sedekah. Zakat yang diberikan kepada orang yang mempunyai hubungan silaturrahim mempunyai dua keistimewaan, iaitu ia bertindak sebagai sedekah dan juga pengikat hubungan silaturrahim”.34

3) Dalam Fatwa az-Zahirriyah, zakat hendaklah dikeluarkan bermula dari kaum

kerabat terdekat, kemudian mawali (kaum kerabat yang jauh), kemudian jiran tetangga.

Jika zakat itu diagihkan kepada orang yang wajib ia dilaksanakan nafkah ke atasnya dari

32 Dr. Yusuf Al-Qardhawi, FATWA-FATWA MUTAKHIR, hlm.37033 Dr. Yusuf Al-Qardhawi, FATWA MASA KINI, hlm.44034 Dr Basri Ibrahim.HIMPUNAN ISU-ISU FEQAH TERPILIH.hlm.105

15

Page 16: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

kaum kerabat, hukumnya adalah harus, jika tidak dianggap zakat yang diagihkan itu

sebahagian dari nafkah. Bagaimanapun adalah lebih utama mengagihkan zakat kepada

orang yang tidak wajib dilaksanakan nafkah ke atasnya.35

4) Sementara itu, Ulama’ lain turut berpendapat tentang bolehnya berzakat kepada

para kerabat, selama bukan yang kita kecualikan tadi iaitu kedua orang tua dan anak-

anak. Di antara mereka ada yang beralasan bahawa nafkah itu tidak wajib diberikan dari

kerabat kepada kerabat yang lain, kecuali untuk kebajikan dan menghubungkan tali

persaudaraan, bukan kerana kewajiban dan bukan juga kerana paksaan. Ada pula di antara

mereka yang berpendapat wajib memberi nafkah kepada kerabat, tetapi tidak berpendapat

ada halangan memberi zakat kepada kerabat itu. Pendapat ini adalah pendapat mazhab

Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya serta Imam Yahya. Ini merupakan riwayat yang

zahir dari Imam Ahmad. Ibnu Qudamah berkata, “Riwayat itu diterima oleh jamaah”. Ia

menyatakan dalam riwayat Ishak bin Ibrahim dan Ishak bin mansur, bahawa ia pernah

ditanya bahawa bolehkah diberi zakat saudara lelaki, saudara perempuan dan saudara dari

ibu, maka ia menjawab boleh diberi zakat kepada semua kerabat, kecuali kedua orang tua

dan anak. Ini juga adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu.

Dalam pada itu, dari Ibrahim, bahawa isteri Ibnu Mas’ud telah bertanya

kepadanya tentang zakat perhiasannya sama ada boleh diberikan kepada anak saudaranya

yang yatim dan kerabatnya. Ia menjawab boleh. Said bin Musaiyyib berkata:

“Sesungguhnya orang yang paling berhak menerima zakatku adalah anak yatim dan

kerabatku.”36

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa boleh diberikan zakat kepada kaum

kerabat terdekat lain, selagi mereka dalam keadaan yang memerlukan seperti fakir

miskin.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ulamak telah bersepakat bahawa isteri, anak-anak, dan kedua

orang tua adalah tidak berhak menerima zakat. Ini disebabkan mereka merupakan

sebahagian dari suami, dan ia seolah-olah memberi kepada dirinya sendiri.

35 Ibid.36 Dr.Yusuf al-Qardawi.HUKUM ZAKAT.hlm.705

16

Page 17: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

Namun begitu, sekiranya isteri menerima nafkah daripada suaminya tetapi tidak

mencukupi untuk keperluan kehidupannya dan dia juga tidak memiliki kekayaan yang

lain, maka boleh diberikan zakat kepada isterinya. Manakala, bagi zakat isteri untuk

suami pula, fuqaha’ berpendapat tidak boleh diberikan zakat untuk suami kerana zakat itu

akan kembali dalam bentuk nafkah kepada isterinya. Jika suaminya seorang yang miskin

atau berhutang, isteri dibenarkan mengeluarkan zakat kepadanya.

Bagi kedua orang tua pula, terdapat keadaan yang membolehkan mereka

menerima zakat, seperti yang telah dijelaskan di atas, iaitu apabila mereka dalam keadaan

miskin. Bagi keluarga terdekat lain pula, seperti yang telah dinyatakan tadi bahawa

terdapat perbezaan pendapat tentangnya. Akan tetapi, secara keseluruhannya dipersetujui

bahawa boleh diberikan zakat kepada mereka selagi mereka fakir atau tidak

berkemampuan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa memberi zakat kepada

keluarga terdekat yang memerlukan adalah lebih diutamakan daripada keluarga yang

jauh.

Begitu juga dengan zakat ke atas anak-anak. Ibu bapa tidak boleh memberikan

zakat kepada anak-anaknya kerana merupakan sebahagian dari mereka. Namun, zakat

wajib dikenakan ke atas anak kecil mengikut pendapat yang rajih.

Walau bagaimanapun, apabila pemerintah atau wakil yang menguruskan

pembahagian dan pemberian zakat, maka baginya dibolehkan memberi zakat kepada

sesiapa pun juga yang dilihat memerlukan dan berhak menerimanya. Hal ini walaupun

orang yang diberinya itu adalah anak orang yang berzakat, orang tuanya, isteri atau

suaminya. Ini kerana orang yang mengeluarkan zakat itu telah menyerahkan zakatnya

kepada pemerintah tadi dan ia telah menyampaikan zakat itu pada tempatnya. Jadi

bebaslah tanggungjawab dalam mengeluarkan zakat. Maka urusan pembahagian itu

diserahkan sepenuhnya kepada pemerintah atau wakil yang menguruskannya itu. Harta

zakat itu juga sudah tidak ada hubungan lagi dengan pemilik sebelumnya, di mana ia

telah menjadi harta Allah Taala atau harta kaum Muslimin.

17

Page 18: Hukum Pemberian Zakat Kepada Keluarga Terdekat

18