HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

13
HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK/VAPOR ADALAH HARAM Akhir-akhir ini, penggunaan rokok elektronik atau vapor / vape agak popular dikalangan pengguna tempatan. Menyentuh mengenainya, hari ini melalui Irsyad Fatwa yang diadakan buat kali ke-63, Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi mengatakan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram seperti rokok biasa. Definisi Rokok Elektrik Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e- Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Pendapat Pakar Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya: Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin

Transcript of HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Page 1: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK/VAPOR ADALAH HARAM

Akhir-akhir ini, penggunaan rokok elektronik atau vapor / vape agak popular dikalangan

pengguna tempatan. Menyentuh mengenainya, hari ini melalui Irsyad Fatwa yang diadakan

buat kali ke-63, Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi mengatakan rokok elektronik juga

hukumnya adalah haram seperti rokok biasa.

Definisi Rokok Elektrik

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah

inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik

juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat PakarDinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya:

Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

Page 2: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”.

HukumBerdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

Qiyas kepada rokok sebenar Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti. Pembaziran Meniru budaya yang bukan Islam Dilihat tidak bermaruah

PenutupDalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik.

Page 3: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

SOALAN

Apakah hukum menghisap rokok elektronik dan vapor?

 JAWAPAN

 Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor

Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

Suka kami nyatakan di sini, selepas dikeluarkan isu ini dalam Irsyad Fatwa yang lalu, maka kami dapati terlalu banyak pro dan kontra serta yang menanya kepada kami dengan pelbagai soalan samada dari sudut hukum dan juga illahnya serta sebab kesihatan.  Justeru kami terpaksa mengemaskinikan hujah, dalil dan maklumat serta data yang terkini bagi mengukuhkan lagi keabsahan pendapat kami.

 Definisi Rokok Elektrik

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :

Page 4: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Jumlah nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik ini berbeza bergantung kenyataan tertulis pada labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nikotin dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”[1].

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh American Lung Association (ALA), pihak ALA menyatakan kegusaran mereka terhadap penggunaan rokok elektronik kerana kajian awal telah mendapati bahawa rokok elektronik bukan sahaja mengandungi nikotin bahkan terdapat juga bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti carcinogens[2]. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa rokok elektronik yang menggunakan voltage yang tinggi mempunyai amaun formaldehyde yang tinggi. Formaldehyde juga merupakan bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh manusia[3].

Pihak FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji makmal terhadap kandungan rokok elektronik dan di dalam satu sampel kajian,, mereka telah mendapati bahan diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti beku dan ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia[4].

Menurut Dr. Daniel Lee, Pakar Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court, dakwaan yang mengatakan asap yang terhasil dari rokok elektronik adalah dari cecair biasa dan bukannya dari nikotin adalah salah sama sekali. Hakikatnya, rokok elektronik mempunyai nikotin yang mana boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf. Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus.

Ketua Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin ketika dihubungi mengatakan proses pengewapan cecair nikotin yang dihasilkan oleh rokok elektronik, akan disedut oleh pengguna, dan

Page 5: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

wap nikotin ini mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Tambah beliau lagi, asid nitrik merupakan bahan kimia pemangkin kepada berlakunya kanser di dalam tubuh manusia. Selain itu, cecair nikotin, walaupun sukatannya sedikit, dikhuatiri resapannya ke dalam saluran darah akan mengubah kandungan efisien dalam badan kerana selain nikotin, cecair itu juga mengandungi gliserin[5]

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Ashok Zachariah Philip juga berpendapat bahawa rokok elektronik boleh membawa kemudharatan kepada penggunanya. Tambah beliau lagi, kebanyakan bahan kimia yang terkandung di dalam asap rokok kenvesional juga terdapat di dalam rokok elektronik walaupun kadarnya lebih rendah. Beliau juga melalui persatuan menggesa agar Kementerian Kesihatan menimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik melihat kepada kemudharatan yang bakal berlaku[6].

Pakar Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Khairulfaizi Haron berkata, walaupun peratusan untuk pengguna vape mendapat penyakit tersebut terlalu rendah, mereka perlu berwaspada dan berhati-hati. Beliau juga menegaskan bahawa sangkaan menggunakan rokok elektronik adalah lebih selamat berbanding rokok adalah tidak benar[7].

 Hukum

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

Qiyas kepada rokok sebenar bahkan mudaratnya tidak kurang daripada merokok.[8] Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada

merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.

Pembaziran yang berlaku samaada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.

Meniru budaya yang bukan Islam. Dilihat tidak bermaruah dan beretika. Hal ini selaras dengan budaya Timur sementelahan

lagi dengan budaya Islam. Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan

tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik[9]. Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik dikalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah didalamnya.[10]. Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja.

Page 6: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Pada hari ini, 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya[11]. Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini[12]. Tambah beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram.

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

 Fatwa Ulama’& Pendapat Ilmuan Islam

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah HARAM[13].

Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid di dalam jawapan beliau terhadap isu penggunaan rokok elektronik mengatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah sama seperti rokok tradisional iaitu haram. Padanya tidak ada kebaikan bagi mereka-mereka yang ingin cuba meninggalkan amalan menghisap rokok beralih dari rokok tradisional kepada rokok elektronik kerana mudaratnya juga sama seperti rokok biasa berdasarkan laporan dari pakar[14].

Sheikh Uthman al-Khamis juga berpendapat bahawa rokok elektronik adalah haram kerana ianya memudaratkan[15]. Setiap yang memudharatkan, maka Islam terlebih dahulu akan menolaknya demi menjagamaslahah sekalian umat.

Berdasarkan kepada kenyataan dan hujah oleh pakar dan juga ulama’ maka isu vape dari sudut keharamannya adalah mempunyai asas yang kukuh. Justeru, tiada sebab dan alasan lagi untuk menolak pandangan berkenaan dengan isu vape ini untuk menjadi harus atau makruh sahaja. Sekali lagi kami tegaskan di sini kerana mudarat adalah lebih besar dari semua aspek samada kesihatan, orang disekelilingnya, harta benda dengan pembaziran dan maruah serta etika sebagai seorang Islam yang sepatutnya menjaga tingkah-laku dan adabnya.

Penutup

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Page 7: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Alih-alih menjadi alternatif rokok tembakau biasa, rokok elektrik malah menjadi bumerang bagi penggunanya. Walaupun diklaim memiliki resiko terserang penyakit yang lebih rendah, ternyata rokok elektrik memiliki bahaya merokok tembakau yang hampir sama. Apa saja bahaya dari rokok elektrik ini? Berikut ini ulasannya.

1. Menyebabkan Penyakit KankerApabila anda merasa bahwa rokok elektrik tidak akan menimbulkan kanker, maka anda salah besar. Malahan rokok elektrik memiliki senyawa atau kandungan yang secara jelas dan gamblang dapat memicu terjadinya kanker.

Senyawa yang bernama nitrosamine dapat memicu terjadinya penyakit kanker pada tubuh. Senyawa nitrosamine ini diperoleh melalui proses pemanasan nikotin cair yang dilarutkan oleh gliserin yang terdapat pada rokok elektrik. Apabila rokok elektrik menyala, maka baterai akan memicu proses pemanasan senyawa nikotin cair tersebut dan ternyata akan menghasilkan senyawa nitrosamine.

2. Merusak Paru-ParuProses pemanasan yang terjadi pada rokok elektrik akan menghasilkan uap-uap yang mirip seperti asap pada rokok tembakau. Uap ini akan memberikan sensasi merokok secara real bagi. Uap yang dikeluarkan memang tidak sebanyak asap rokok tembakau biasa dan dianggap tidak membahayakan. Namun jangan salah, uap ini juga memiliki kandungan senyawa yang ternyata sangat berbahaya bagi kesehatan tubuh, terutama paru-paru.

Dikatakan bahwa uap yang dihasilkan oleh rokok elektrik memiliki kandungan bahaya formalin dan molekul-molekul yang bersifat karsinogenik yang dapat mengendap di dalam tubuh. Efek dari pengendapan kedua senyawa ini adalah dapat merusak paru-paru, apabila sering menggunakan rokok elektrik secara rutin. Tidak jauh berbeda dengan rokok tembakau konvensional bukan?

3. Polusi UdaraSekecil apapun asap atau uap yang keluar, tetap saja masuk ke dalam polusi udara. Walaupun tidak sebanyak asap yang keluar dari rokok tembakau konvensional biasa, namun uap yang dihasilkan oleh rokok elektrik juga bisa dikategorikan sebagai polusi udara. Terlebih lagi, uap yang dihasilkan oleh rokok elektrik ini memiliki kandungan formalin dan senyawa karsinogenik, dimana akan sangat membahayakan tubuh terutama juga pada perokok pasif di sekitar anda. Uap dari rokok elektrik pun dianggap mengganggu lingkungan sekitar, sama seperti rokok tembakau.

4. Gangguan PernafasanLoh? Katanya uapnya sedikit, kok bisa mengganggu pernapasan? Ya, jawabannya ada di dalam kandungan dietilen glikol yang terkandung di dalam rokok elektrik.

Page 8: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Senyawa ini merupakan suatu komponen anti beku, yang membuat nikotin cair di dalam rokok elektrik tersebut tetap cair dan tidak bisa beku.

Bahayanya senyawa dietilen glikol ini disinyalir bisa menyebabkan gangguan kesehatan, terutama kesehatan pernapasan pada penggunanya. Senyawa ini sudah ditetapkan sebagai salah satu racun yang sangat berbahaya bagi tubuh, terutama dalam penggunaan jangka panjang. Hal ini harus membuat kita berpikir dua kali bagi yang menjalani gaya hidup tidak sehat ini, apabila ingin menggunakan rokok elektrik sebagai pengganti rokok tembakau.

5. Memicu Kerusakan OtakSalah satu efek buruk yang ditimbulkan oleh rokok elektrik yang digunakan secara sering dan berkepanjangan adalah memicu terjadinya kerusakan otak. Ternyata sama saja kan dengan rokok tembakau konvensional biasa? Di dalam rokok elektrik terdapat kandungan senyawa tetramethylpyrazine. Senyawa tetramethylpyrazine inilah, yang menjadi biang keladi dari kerusakan otak.

6. NikotinRokok elektrik terkadang disarankan kepada anda yang sedang melakukan “diet” rokok tembakau konvensional. Hal ini di sebabkan oleh kandungan nikotin pada rokok elektrik yang ‘katanya’ lebih rendah. Namun ternyata, kita tidak tahu secara pasti berapa kadar nikotin yang terkandung dalam satu buah rokok elektrik yang digunakan. Ternyata efeknya sama saja dengan nikotin yang terkandung pada rokok tembakau biasa.

7. Kadar Nikotin Tidak TentuAdanya nikotin saja sudah sangat berbahaya bagi tubuh, lalu bagaimana apabila kadar nikotin yang terkandung di dalam rokok elektrik ternyata tidak sesuai dengan label? Hal ini terjadi di beberapa merk rokok elektrik, dimana kadar nikotin yang terkandung tidak sesuai dengan label. tidak ada standar tertentu mengenai kadar nikotin yang terkandung dalam rokok elektrik. Hal ini membuat anda sendiri tidak tahu, seberapa banyak kadar nikotin yang anda hisap dan masuk ke dalam tubuh.

8. Bahan Refill Bersifat KarsinogenikSelain nikotin cair dan nitrosamine memiliki potensi menjadi penyebab kanker. Rokok elektrik yang dapat diisi ulang atau refill ini memiliki kandungan senyawa berbahaya lainnya, terutama ketika proses isi ulang. Proses refill atau isi ulang dapat menggunakan tambahan cairan dan bahan lain, yang ternyata memiliki kandungan senyawa yang juga sama dengan rokok tembakau konvensional biasa, yaitu bersifak karsinogenik, alias berpotensi menimbulkan kanker pada tubuh anda.

9. Efek Candu dan KetagihanApabila anda menggunakan rokok elektrik sebagai bentuk “diet” rokok tembakau konvensional, makan salah besar. Rokok elektrik yang memiliki kandungan nikotin

Page 9: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

cair, yang memiliki efek candu seperti bahaya narkoba yang tidak kalah hebat dibandingkan dengan rokok tembakau biasa.

Nikotin yang terkandung dalam rokok elektrik akan membuat tubuh merasakan sensasi yang sangat menyenangkan, yang membuat anda merasa ingin melakukannya lagi dan lagi. Disinilah bahayanya. Apabila sudah ketagihan dan rokok elektrik sudah menjadi candu, maka bahan berbahayanya yang terkandung dalam rokok elektrik akan mudah masuk ke dalam tubuh. Apabila ini sudah terjadi, apa bedanya rokok elektrik ini, dengan rokok tembakau biasa?

10. Penyempitan ArteriLagi-lagi nikotin menjadi biang keladi dari rokok elektrik ini. Dengan masuknya nikotin ke dalam tubuh anda, nikotin akan memberikan perasaan rileks dan ketagihan atau candu. Namun, lebih dari itu, nikotin dapat mempersempit arteri di seluruh tubuh anda. Arteri seluruh tubuh akan mengalami penyempitan, karena adanya kenaikan tekanan darah pada tubuh anda sebagai akibat dari masuknya nikotin.

11. Membatasi Jumlah Peredaran Oksigen ke Seluruh TubuhPenyempitan pembuluh darah arteri di seluruh tubuh, maka secara otomatis suplai darah dan oksigen ke seluruh tubuh anda akan terhambat. Peredaran darah yang terhambat ini secara otomatis akan membuat suplai oksigen yang diatur oleh paru-paru menjadi berkurang dan sulit untuk diedarkan.

12. Peredaran Oksigen Sangat TerbatasTernyata, rokok elektrik juga memiliki kandungan karbon monoksida yang berbahaya bagi tubuh. Karbon monoksida ini akan membatasi jumlah oksigen yang harusnya diedarkan ke seluruh tubuh anda melalui pembuluh darah. Sudah terbayang kan apabila tubuh anda memiliki asupan oksigen yang terbatas? Banyak sekali efek negatif dan buruk yang ditimbulkan oleh terbatasnya peredaran suplai oksigen ke seluruh tubuh anda.

13. Kemungkinan Rokok untuk MeledakBeberapa waktu lalu ada seorang pria yang dilarikan ke rumah sakit karena mulutnya terbakar. Ternyata, mulut pria tersebut terbakar setelah rokok elektrik yang ia hisap meledak. Ya, hal ini menjadi salah satu bahaya dari rokok elektrik. Sekecil apapun kapasitas baterai dan arus listrik yang dihasilkan, namun efek ledakan yang terjadi akan sangat membahayakan diri anda sendiri.

Terlebih lagi ketika rokok elektrik ini meledak ketika anda hisap di mulut anda. Selain bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh anda, bagian mulut anda pun akan mengalami cedera bakar karena meledaknya rokok elektronik tersebut.

Page 10: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRIK.docx

Walaupn sebenarnya rokok elektrik merupakan terobosan baru, namun dengan kandungan bahan kimia yang sangat berbahaya bagi tubuh, ada baiknya anda menghindari penggunaan rokok elektrik. Apalagi jika ingin mencoba berhenti merokok secara total, jangan pernah menggunakan rokok elektrik, karena sama saja bahaya yang dapat ditimbulkan. Cobalah untuk melakukan bentuk-bentuk terapi untuk berhenti merokok dan terapkan gaya   hidup sehat , seperti makan teratur, dan olahraga secara teratur.

Peredaran Rokok Elektrik Dilarang di Indonesia

Dengan berbagai macam efek negatif yang menjadi bahaya rokok elektrik tersebut, maka dunia pun melarang keberadaan rokok elektrik ini. Karena efek negatifnya yang tidak jauh berbeda dengan rokok tembakau, malahan beberapa merk rokok elektrik juga lebih berbahaya .

BPOM atau Badan Pengawas Obat dan Makanan, yang menangani kasus-kasus regulasi dari produk makanan dan obat-obatan dan juga menangani masalah kesehatan pun sudah menyatakan bahwa rokok elektrik merupakan barang ilegal di Indonesia. Karena itu penggunaannya pun dilarang oleh BPOM, karena memiliki kandungan zat-zat dan senyawa kimia yang sangat berbahaya tersebut.

Larangan Peredaran Rokok Eletrik di Dunia

Pemerintah China sendirI, yang merupakan asal muasal rokok elektrik ini pertama kali berkembang sudah melakukan pelarangan terhadap penggunaan rokok elektrik ini karena berbahaya bagi kesehatan penggunanya.

WHO, sebagai badan dunia yang menangani masalah kesehatan juga secara terang-terangan meminta seluruh Negara di dunia untuk mengawasi penggunaan rokok elektrik. Larangan rokok elektrik ini juga digunakan secara luas di dalam masyarakatnya, lagi-lagi karena alas an kesehatan, dan kandungannya yang berbahaya.