Hukum Taklifi.docx

5
Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu 1. Wajib 2. Haram 3. Makruh 4. Harus 5. Sunat WAJIB ( Iijab) ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu. Firman Allah SWT : “Dirikanlah solat dan keluarkan zakat”. Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah WAJIB kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat’i, al-Quran al-Kariim. Para ulama’ mazhab Hanafi membezakan di antara wajib dan fardhu. Jika tuntutan supaya melakukan sesuatu dalam bentuk pasti (jazmun) berdasarkan al-Quran dan Hadis Mutawatir, maka ia dinamakan FARDHU. Jika berdasarkan dalil-dalil lain, selain drp al-Quran dan Hadis, maka ia dinamakan WAJIB. Contohnya, membaca mana-mana surah dalam solat adalah FARDHU kerana ia berdasarkan dalil qat’i iaitu al-Quran. Sementara membaca surah al-Fatihah pula adalah WAJIB kerana ia berdasarkan dalil yang zanni iaitu HADIS AHAD. HARAM ialah tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya seseorang mukallaf itu melakukannya, dia akan berdosa. sebaliknya jika ditinggalkan berdosa.

Transcript of Hukum Taklifi.docx

Page 1: Hukum Taklifi.docx

Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu

1. Wajib

2. Haram

3. Makruh

4. Harus

5. Sunat

WAJIB ( Iijab)

ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu

perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya tidak dilaksanakan,

dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat

lima waktu.

Firman Allah SWT :

“Dirikanlah solat dan keluarkan zakat”.

Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah WAJIB

kerana ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan

dalil qat’i, al-Quran al-Kariim.

Para ulama’ mazhab Hanafi membezakan di antara wajib dan fardhu. Jika

tuntutan supaya melakukan sesuatu dalam bentuk pasti (jazmun)

berdasarkan al-Quran dan Hadis Mutawatir, maka ia dinamakan

FARDHU. Jika berdasarkan dalil-dalil lain, selain drp al-Quran dan Hadis,

maka ia dinamakan WAJIB.

Contohnya, membaca mana-mana surah dalam solat adalah FARDHU

kerana ia berdasarkan dalil qat’i iaitu al-Quran. Sementara membaca

surah al-Fatihah pula adalah WAJIB kerana ia berdasarkan dalil yang

zanni iaitu HADIS AHAD.

HARAM

ialah tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan

tuntutan pasti (jazmun). Sekiranya seseorang mukallaf itu melakukannya,

dia akan berdosa. sebaliknya jika ditinggalkan berdosa.

Page 2: Hukum Taklifi.docx

Contohnya, larangan mengumpat.

Firman Allah SWT;

.”.. dan janganlah sebahagian drp kamu mengumpat sebahagian yang

lain” ayat 12 surah al-Hujarat

Ayat di atas menjelaskan bahawa mengumpat itu adalah HARAM kerana

ia satu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat’i,

al-Quran al-Kariim.

MAKRUH

Sesuatu perkara yang mana lebih afdhal (utama) ditinggalkan dari

dilakukan atau apa yg dituntut oleh syarak kepada setiap mukallaf

supaya ditinggalkan (bukan dgn ilzam), di mana lafaz adalah lafaz benci

@ larangan tetapi terdapat qarinah yang menunjukkan ia bukanlah

haram, tetapi Makruh.

Contoh.

1. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan

(kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan

menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu

diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan

(kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

Al-Maidah : 101.

Qarinah daripada hukum Haram kepada hukum Makruh berdasarkan..

Dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya

akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal

itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Al-Maidah : 101.

Hukum Makruh ialah pembuatnya tidak berdosa, tetapi hanya dicela.

Sesiapa yang meninggalkannya (tidak membuat perkara tersebut) akan

mendapat pahala dan pujian drp Allah SWT.

HARUS

Page 3: Hukum Taklifi.docx

Sesuatu perkara yang mana Syarak telah memberi pilihan kepada setiap

mukallaf sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya. Tidak

ada pujian dan celaan kepada sesiapa yang melakukannya atau

meninggalkannya… jadi hukumnya adalah HALAL.

Contohnya…

Pada hari Ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan)

orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu

halal (pula) bagi mereka. (dan dihalalkan mangawini) wanita yang

menjaga kehormatan[402] diantara wanita-wanita yang beriman dan

wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang

diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu Telah membayar mas kawin

mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan

tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. barangsiapa yang kafir

sesudah beriman (Tidak menerima hukum-hukum Islam) Maka hapuslah

amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi. Al-

Maidah ; 5

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan

sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka)

dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut

mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan

mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka)

perkataan yang ma’ruf dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati)

untuk beraqad nikah, sebelum habis ‘iddahnya. dan Ketahuilah

bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka

takutlah kepada-Nya, dan Ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi

Maha Penyantun. Al-Baqarah : 235

Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi orang pincang,

tidak (pula) bagi orang sakit, dan tidak (pula) bagi dirimu sendiri, makan

(bersama-sama mereka) dirumah kamu sendiri atau dirumah bapak-

bapakmu, dirumah ibu-ibumu, dirumah saudara- saudaramu yang laki-

laki, di rumah saudaramu yang perempuan, dirumah saudara bapakmu

yang laki-laki, dirumah saudara bapakmu yang perempuan, dirumah

saudara ibumu yang laki-laki, dirumah saudara ibumu yang perempuan,

dirumah yang kamu miliki kuncinya[1051] atau dirumah kawan-

Page 4: Hukum Taklifi.docx

kawanmu. tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama mereka

atau sendirian. Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-

rumah (ini) hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang

berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan

dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah

menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya. An-

Nuur : 61

SUNAT (MANDUB)

Apa yang dituntut oleh syarak utk melakukannya dengan lafaz tidak

jazmun (tidak qat’ie), iaitu dengan memuji org yang melakukannya

dengan mengurniakan pahala, tidak mencela dan tidak berdosa org yang

meninggalkannya.

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara

tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Al-

Baqarah : 282.

Lafaz di atas menunjukkan lafaz tuntutan yang pasti (jazmun) tetapi

terdapat qarinah ….

. ….. Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain,

Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)

Al-Baqarah : 283

Nas al-Quran di atas (al-Baqarah : 283) menunjukkan bahawa tuntutan

untuk menulis/mencatat hutang adalah Sunat (Mandub) bukannya Wajib.

“hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui

ada kebaikan pada mereka”. An-Nuur : 33.

Ayat di atas juga menunjukkan TIDAK WAJIB menulis/membuat

perjanjian dengan adanya Qarinah berdasarkan kaedah syarak

“Sesungguhnya pemilik harta mempunyai kebebasan dalam

mengurus/membelanjakan hartanya”

Sunat (Mandub) juga diistilahkan sebagai AS-SUNNAH, AN-NAAFILAH,

AL-MUSTAHAB, AT-TATHAUU’, AL-IHSAN dan AL-FADHILAH.

Page 5: Hukum Taklifi.docx