Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

19
1 HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT DAN AZIMAT 1 Oleh: Haji Mazanan bin Haji Yusof Pendahuluan Persoalan khurafat dalam keadaan-keadaan tertentu dikenalpasti sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan pegangan akidah ummah. Dalam Islam, semua perkara yang berkaitan dengan akidah dalam kehidupan seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas dan pasti; ia tidak boleh sekali-sekali dibiarkan dalam keadaan ragu dan tidak menentu. Di samping itu, unsur khurafat juga dikatakan boleh menyumbang ke arah pembantutan kemajuan dan kecemerlangan ummah dalam kehidupan hariannya di dunia ini. Hal ini boleh terjadi menerusi halangan-halangan dan sekatan-sekatan psikologi ke atas orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat, sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna. Manakala persoalan azimat adalah antara persoalan-persoalan yang diperincikan huraiannya oleh para ulama Islam. Ini kerana persoalan yang dinyatakan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan akidah seorang Muslim. Begitulah juga dengan khurafat kerana kesilapan di dalam menangani isu-isu tersebut boleh membawa kepada syirik. Dalam hal ini, Islam sebagai agama Allah yang terakhir untuk kesejahteraan manusia, telah memberikan panduan dan hukum yang jelas yang berkaitan dengan persoalan-persoalan tersebut agar manusia akan terus terbimbing ke jalan yang diredhai Allah, akan terselamat dari tipu daya dan helah syaitan serta golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga dari amalan-amalan yang boleh membawa syirik kepada Allah yang bakal membawa kerugian kepada dirinya. Kertas yang tidak seberapa ini, insyallah akan menjelaskan beberapa perkara khusus mengenai hukum beramal dengan khurafat dan azimat dan perkara- perkara yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini bakal memberikan maklumat-maklumat yang berguna bagi para pembaca sekalian. 1 Kertas kerja ini dibentangkan di Majlis Ilmu Daerah Brunei/Muara, Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 61 Tahun, Anjuran Jabatan Perdana Menteri, pada 8hb Sya‘ban 1428H bersamaan 21hb. Ogos 2007, bertempat Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Berakas.

Transcript of Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

Page 1: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

1

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT DAN AZIMAT 1 Oleh:

Haji Mazanan bin Haji Yusof Pendahuluan Persoalan khurafat dalam keadaan-keadaan tertentu dikenalpasti sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan pegangan akidah ummah. Dalam Islam, semua perkara yang berkaitan dengan akidah dalam kehidupan seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas dan pasti; ia tidak boleh sekali-sekali dibiarkan dalam keadaan ragu dan tidak menentu. Di samping itu, unsur khurafat juga dikatakan boleh menyumbang ke arah pembantutan kemajuan dan kecemerlangan ummah dalam kehidupan hariannya di dunia ini. Hal ini boleh terjadi menerusi halangan-halangan dan sekatan-sekatan psikologi ke atas orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat, sehingga mereka berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna. Manakala persoalan azimat adalah antara persoalan-persoalan yang diperincikan huraiannya oleh para ulama Islam. Ini kerana persoalan yang dinyatakan itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan akidah seorang Muslim. Begitulah juga dengan khurafat kerana kesilapan di dalam menangani isu-isu tersebut boleh membawa kepada syirik. Dalam hal ini, Islam sebagai agama Allah yang terakhir untuk kesejahteraan manusia, telah memberikan panduan dan hukum yang jelas yang berkaitan dengan persoalan-persoalan tersebut agar manusia akan terus terbimbing ke jalan yang diredhai Allah, akan terselamat dari tipu daya dan helah syaitan serta golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga dari amalan-amalan yang boleh membawa syirik kepada Allah yang bakal membawa kerugian kepada dirinya. Kertas yang tidak seberapa ini, insyallah akan menjelaskan beberapa perkara khusus mengenai hukum beramal dengan khurafat dan azimat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan usaha yang kecil ini bakal memberikan maklumat-maklumat yang berguna bagi para pembaca sekalian. 1 Kertas kerja ini dibentangkan di Majlis Ilmu Daerah Brunei/Muara, Sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 61 Tahun, Anjuran Jabatan Perdana Menteri, pada 8hb Sya‘ban 1428H bersamaan 21hb. Ogos 2007, bertempat Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Berakas.

Page 2: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

2

Bagi para ilmuan Islam yang menatap kertas ini, saya dengan rendah hati mengalu-alukan apa-apa sahaja teguran dan pandangan yang membina.

Definisi Khurafat Perkataan khurafat berasal daripada perkataan Arab yang bererti cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal.2 Istilah khurafat telah muncul sejak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup. Bahkan Baginda sendiri telah menjelaskan kepada umatnya tentang istilah dan pengertian khurafat. ‘Amir meriwayatkan daripada Masruq bahawa ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata:

حدث رسول الله صلى الله عليه وسلم نساءه ذات ليلة حديثا فقالت امرأة منهن يا رسول سرته الله كان الحديث حديث خرافة فقال أتدرون ما خرافة إن خرافة كان رجلا من عذرة أ

الجن في الجاهلية فمكث فيهن دهرا طويلا ثم ردوه إلى الإنس فكان يحدث الناس بما رأى فيهم من الأعاجيب فقال الناس حديث خرافة

)رواه أمحد( Maksudnya: “Telah bercerita Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan para isterinya tentang sebuah cerita pada suatu malam. Lantas salah seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu adalah cerita khurafat.” Rasulullah bertanya: “Tahukah kamu apa itu khurafat?” Seterusnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki dari suku ‘Uzrah telah disembunyikan oleh makhluk jin di zaman Jahiliyyah. Maka dia hidup bersama mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian lelaki itu kembali semula kepada kaumnya, beliau menceritakan tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksikan dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. (Mendengar cerita itu), orang ramai berkata: “Ini adalah cerita khurafat”.”

(Hadis riwayat Ahmad) Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, maka ungkapan khurafat digunapakai untuk merujuk kepada setiap cerita ataupun percakapan dusta, atau setiap

2 Ensiklopedi Hukum Islam, hlm 936-937

Page 3: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

3

perkara yang menarik dan menakjubkan. Ini kerana bagi masyarakat awam cerita (dalam riwayat di atas) itu tidak masuk akal, sebab bagi mereka, manusia tidak mungkin hidup bersama dan tinggal dengan makhluk jin, yang berbeza situasi dan alamnya sekalipun cerita itu menarik dan menakjubkan. 3 Menurut Kamus Mu‘jam al-Wasit, perkataan khurafat ialah cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuraduk dengan perkara dusta. Manakala khurafat dalam Kamus Dewan pula bererti kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Dalam konteks aqidah, khurafat bermaksud bid‘ah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu, ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila dia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Berdasarkan pengertian yang disebutkan di atas, jelas bahawa perkataan khurafat itu adalah merujuk kepada sesuatu cerita atau perkara yang dusta dan tidak masuk akal. Contoh-Contoh Perbuatan Khurafat Dan Pandangan Islam Mengenainya Di dalam kertas ini, penulis hanya akan membawakan beberapa contoh amalan dan kepercayaan khurafat untuk dijadikan iktibar dan membuat sedikit ulasan mengenai pandangan Islam terhadap amalan dan kepercayaan berkenaan. Contoh-contoh amalan dan kepercayaan khurafat itu adalah seperti berikut; 1. Pemujaan Terhadap Busut 4 Sebuah busut telah dipelihara oleh seorang tempatan yang beragama Islam. Beliau memelihara busut tersebut dengan baik dan rapi di ruang bilik tamu rumahnya sejak tahun 1950an. Pemilik busut itu mendakwa telah bermimpi dengan seseorang yang dikatakan sebagai penunggu busut itu dan menasihatinya supaya busut itu dipelihara dengan baik. 3 Ibid 4 Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman & Awang Norarfan bin Haji Zainal, Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, hlm 276.

Page 4: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

4

Sejak dari itu, busut tersebut dijaga dan dipagar dengan dawai besi. Setiap malam Jumat, busut itu dipuja dengan membakar setanggi dan dibalut dengan kain kuning. Pemilik busut itu mempercayai bahawa ia mempunyai kuasa kerana dengannya pendapatan keluarga mereka semakin bertambah dan dipercayai tanah busut itu boleh mengubat penyakit gatal-gatal. Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat atau mempunyai kuasa luar biasa seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta memuja, memohon pertolongan pada benda-benda tersebut dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Ta’ala. Firman Allah Ta‘ala:

ن الظالمينوال تدع من دون اهللا ما ال ينفعك وال يضرك، فإن فعلت فإنك إذا م )106: سورة يونس(

Tafsirnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

(Surah Yunus: 106) Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam fatwanya tentang orang-orang Islam yang memelihara pungsu, membuat pemujaan dan percaya ianya membawa tuah dan menambah rezeki, menegaskan bahawa perbuatan memuja pungsu dengan memberikan pakaian kuning dan memakaikannya dengan topi serta mendupa dengan setanggi pada tiap-tiap malam Jumat dengan kepercayaan bahawa pungsu itu mempunyai kuasa yang boleh membawa tuah atau menambah rezeki dan sebagainya adalah perbuatan sesat yang boleh membawa syirik kerana ia menafikan kuasa Allah yang Maha Pengurnia, sebaliknya mempercayai pungsu sebagai mempunyai kuasa tersebut.5 5 YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei, 1999, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, hlm 1-11

Page 5: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

5

2. Upacara Pengubatan Mandi Di Wasai Mengadakan upacara atau pengubatan yang mensyaratkan para pesakit memakai kain kuning sepanjang 4 meter bagi tujuan mandi di wasai dan memberi minum 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai tersebut. Menurut Fatwa Mufti Kerajaan,6 Negara Brunei Darussalam bahawa berubat dengan memilih tempat-tempat yang tertentu seperti wasai (air terjun), bukit, hutan atau seumpamanya, walaupun pada zahirnya harus, namun ia menjadi tanda tanya dan sangat meragukan. Apakah istimewanya tempat-tempat yang sukar ini menjadi pilihan. Biasanya pemilihan tempat seperti ini lebih menjurus kepada perbuatan atau amalan yang boleh menyesatkan seperti mempercayai tempat-tempat seperti itu mempunyai kuasa ghaib yang mampu menolong menyampaikan hajat. Jelas terdapat tanda-tanda yang lebih meragukan dan boleh menyesatkan akidah iaitu perbuatan memberi minum 3 batang pokok yang dikatakan untuk menghormati kawasan wasai (air terjun) itu. Perbuatan ini sangat bertentangan dengan hukum syara‘ kerana ada unsur pemujaan terhadap pokok berkenaan. Firman Allah dalam hal ini:

وال تدع من دون اهللا ما ال ينفعك وال يضرك، فإن فعلت فإنك إذا من الظالمين )106: سورة يونس(

Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

(Surah Yunus: 106) Adapun pemilihan kain berwarna kuning atau apa jua warna-warna lain, biasanya mempunyai maksud yang tertentu dalam pengubatan atau perubatan orang Melayu. Bahkan, warnanya itu ada kalanya dikaitkan dan dihubungkan dengan sesuatu kuasa ghaib selain Allah. Jika ini berlaku sudah tentu perbuatan sedemikian bertentangan dengan konsep akidah Islam, bahkan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

6 YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Buku Fatwa Mufti Kerajaan Brunei, 2004, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, hlm 9-18

Page 6: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

6

Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, maka pengubatan dengan mensyaratkan pesakit memakai kain kuning bagi tujuan mandi di wasai dan perbuatan memberi minum kepada 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai itu, tidak syak lagi ia suatu pemujaan kepada selain Allah. Ini sudah barang tentunya bertentangan dengan akidah Islam. Pelakunya hendaklah bertaubat kepada Allah supaya dia terselamat daripada perbuatan yang boleh membawa kepada syirik, kerana perbuatan syirik itu sangat halus, sangat tersembunyi, yang demikian hendaklah berhati-hati dan berjaga-jaga. Sayugia diingat bahawa perkara akidah itu adalah perkara yang sangat sensitif, yang apabila tersilap ia boleh membawa kepada kekufuran, sama ada yang menyalahi itu dengan perbuatan, perkataan atau dengan niat. Oleh yang demikian, berubat dengan mensyaratkan pesakit memakai kain kuning dan memberi minum 3 (tiga) batang pokok di kawasan wasai tempat mandi itu, jika ianya ada kaitan dengan pemujaan atau terdapat sebarang unsur kepercayaan, bahawa benda-benda tersebut mempunyai kuasa penyembuh dan seumpamanya, maka perbuatan ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam, boleh membawa syirik. Orang-orang yang terlibat sama ada tukang ubat atau orang berubat hendaklah bertaubat supaya selamat akidah mereka daripada perkara-perkara syirik itu. Hukum Beramal Dengan Khurafat Islam sangat menitikberatkan soal-soal aqidah. Segala amalan dan kepercayan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur’an, Hadis, ijma’ dan qiyas adalah ditolak oleh Islam. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

من عمل عمال ليس عليه أمرنا فهو رد )رواه مسلم وأمحد(

Maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkerjaan (mengada-adakan) yang tiada di dalam agama kami, maka yang dikerjakannya itu tertolak.”

(Hadis riwayat Muslim dan Ahmad) Perkara akidah pula adalah perkara yang sangat sensitif. Apabila tersilap ia boleh membawa kepada kekufuran, sama ada yang menyalahi itu dengan perbuatan, perkataan atau dengan niat.

Page 7: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

7

Di dalam al-Qur’an terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan menolak kepercayaan terhadap yang selain daripada-Nya bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Antaranya firman Allah Ta‘ala:

قل أفرأيتم ما تدعون من دون اهللا إن أرادنى اهللا بضر هل هن كشفت ضره أو أرادنى برحمة هل هن ممسكت رحمته، قل حسبي اهللا عليه يتوكل المتوكلون

)38 :سورة الزمر( Tafsirnya: “Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmat-Nya itu? Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku; Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepada-Nyalah hendaknya berserah (bertawakkal) orang-orang yang mahu berserah diri.”

(Surah az-Zumar: 38) Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah daripada Allah. Allah yang menyebabkan segala-segalanya. Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, bukannya atas lintasan burung atau ramalan, sial majal hari dan bulan, sial seseorang individu dan sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

ال عدوى وال طيرة وال هامة وال صفر)رواه البخاري(

Maksudnya: “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada burung (seperti burung hantu) yang membawa sial, tidak ada serangga yang membawa kerugian dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai).”

(Hadis riwayat al-Bukhari) Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepas nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, adalah syirik dan

Page 8: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

8

bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Ta’ala. Dalam satu riwayat daripada Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لطيرة من الشرك وما منا ولكن الله يذهبه بالتوكلا )رواه الترمذى وأبو داود(

Maksudnya: “Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan (orang-orang yang beriman) sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud) Sabda Baginda lagi:

لهليس منا من تطير أو تطير له أو تكهن أو تكهن له أو سحر أو سحر )رواه الطرباىن(

Maksudnya: “Bukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau menilik nasib atau minta ditilikkan atau menyihir atau minta disihirkan.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani) Semua penjelasan daripada ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas, memperlihatkan konsep baik dan buruk hanya daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah Ta‘ala sahaja yang mengatur segala-galanya, bukan ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia. Definisi Azimat Menurut Kamus Dewan, azimat adalah bahan yang terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu tertentu, atau sisik tenggiling yang dipakai pada bahagian tertentu tubuh (seperti di pinggang) yang dianggap mempunyai sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya.

Page 9: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

9

Azimat dalam bahasa Arab digelar sebagai ‘ruqyah’ ) رقيـة( . Menurut al-Majdadi Rahimahullah, ‘ruqyah’ adalah ayat pelindung yang ditulis dan digantung pada seseorang untuk mengelak ‘ain (kejahatan mata), kekejutan dan sebagainya. Kadang-kadang ia juga berbentuk bacaan daripada al-Qur’an, ayat-ayat pelindung dan doa-doa ma’tsur.7 Perbezaan Antara Azimat Dan Tangkal Berdasarkan pengertian di atas, tangkal adalah benda-benda yang digunakan untuk tujuan perlindungan atau penyembuhan sesuatu penyakit dan digantung pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu. Benda-benda itu ialah seperti inggu, limau kapas, kunyit, benang, kalakati/kacip, batu permata tertentu dan tulang binatang. Manakala azimat pula berupa bahan tulisan yang mengandungi ayat-ayat pelindung sama ada daripada al-Qur’an atau selainnya. Dalam hal ini, termasuklah juga azimat dalam kategori tangkal kerana ia merupakan benda yang digantung pada anggota badan atau disimpan pada tempat-tempat tertentu untuk tujuan perlindungan.

Hukum Menggunakan Tangkal Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, pemakaian tangkal biasanya ada kaitan dengan kepercayaan bahawa ia mempunyai kuasa atau kesan dalam mendapatkan kebaikan atau menolak kemudaratan. Kepercayaan sebegini adalah kepercayaan yang jahil dan sesat. Ia termasuk dosa besar dan membawa kepada syirik (menyekutukan Allah). Sedangkan tiada yang dapat memberi keuntungan dan menolak bencana kecuali Allah Subhanahu wa Ta‘ala.8 Peringatan ini ada disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Âmir Radhiallahu ‘anhu bahawa satu kumpulan yang terdiri daripada sepuluh orang, datang menghadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu sembilan orang daripadanya telah mengaku taat setia kepada Baginda, tetapi Baginda enggan mengakui taat setia lelaki yang seorang lagi. Mereka pun bertanya sebab keengganan Baginda. Sabda Baginda:

7 Muhammad ‘Amim al-Ihsan al-Majdadi al-Barkati, Qawa‘id al-Fiqh, Ash-Shadaf bi

Balsyarz, Karachi, 1407H/1986, Juz 1, hlm. 309. 8 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawajir

‘an Iqtiraf al-Kabair, Dar al-Fikr, Beirut, 1418H/1998, Juz 1, hlm. 274.

Page 10: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

10

.تميمة فقد أشرك من علق: وقال. فأدخل يده فقطعها فبايعه . تميمة إن عليه

)رواه أمحد( Maksudnya: “Sesungguhnya padanya ada tangkal. Maka orang itu pun memasukkan tangannya lalu memutuskan tangkal itu dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun mengakui taat setia orang itu. Baginda pun bersabda: “Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal, maka ia telah menyekutukan Allah”.”

(Hadis riwayat Ahmad) Dalam hadis lain juga ada menyebutkan akibat buruk menggunakan tangkal. Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

.فال أتم الله له، ومن تعلق ودعة فال ودع الله له تميمة من تعلق)رواه أمحد(

Maksudnya: “Sesiapa menggantung (memakai) tangkal, maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya, dan sesiapa menggantung wada‘ah (sebiji kulit siput), maka Allah tidak akan memberinya ketenangan.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Manakala hadis daripada ‘Imran bin Hushain Radhiallahu ‘anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah terpandang pada lengan atas seorang lelaki terdapat suatu halaqah (lingkaran). Lantas Baginda meminta agar lingkaran itu ditunjukkan kepada Baginda. Lelaki itu pun memberitahu kepada Baginda bahawa lingkaran itu berasal daripada tembaga. Baginda pun bersabda:

انبذها عنك فإنك لو ! أما إنها ال تزيدك إال وهنا: قال. من الواهنة: ويحك ما هـذه؟ قال .مت وهي عليك ما أفلحت أبدا

)رواه أمحد( Maksudnya: “Celaka Engkau! Apa ini?” Lelaki itu menjawab: “Ini daripada jenis wahinah (tangkal bagi penyakit).” Sabda Baginda: “Sesungguhnya wahinah itu tidak menambahkan kamu melainkan menambahkan kelemahan pada tubuh

Page 11: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

11

badan. Tanggalkanlah ia daripadamu, kerana kalau kamu mati dan ia masih ada di badanmu, kamu tidak akan beruntung untuk selama-lamanya”.”

(Hadis riwayat Ahmad) Berdasarkan hadis-hadis di atas, penggunaan tangkal yang ditegah atau dikira suatu dosa besar itu ialah apabila ia diiktikadkan atau dipercayai boleh menolak bencana atau mendatangkan keuntungan. Hukum Menggunakan Azimat Adapun tangkal yang berbentuk azimat (yang terdiri dari bahan tulisan) menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, ada 3 jenis: 1. Azimat yang dibuat oleh orang-orang Jahiliah daripada perkara yang tiada

difahami maknanya. Maka adalah wajib menjauhinya supaya tidak berlaku syirik atau membawa kepada syirik (menyekutukan Allah).

2. Azimat yang digunakan dengan kalamullah (al-Qur’an) atau nama-nama

Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Maka adalah harus menggunakannya bahkan menjadi sunat jika bersumber daripada hadis atau atsar sahabat.

3. Azimat yang digunakan bukan daripada nama-nama Allah Subhanahu wa

Ta‘ala, seperti nama-nama malaikat, orang salih, atau nama yang diagungkan daripada makhluk seperti ‘Arasy. Maka ia tidak termasuk dalam perkara yang wajib dijauhi dan tidak juga termasuk dalam perkara yang disyariatkan dalam memohon pertolongan kepada Allah serta memohon berkat dengan nama-namaNya. Oleh itu, ia lebih baik ditinggalkan. Namun sekiranya ia mengandungi perkara mengagungkan nama-nama selain Allah, seperti bersumpah dengan nama selain Allah, maka adalah patut untuk menjauhinya.9

Oleh yang demikian, penggunaan azimat menurut perspektif Islam terbahagi kepada dua iaitu; penggunaan yang diharamkan dan penggunaan yang diharuskan.

9 Al-Hafizh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni, Fath al-Bari bi Syarh Shahîh al-Bukhâri,

Juz 11, hlm. 353.

Page 12: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

12

i. Penggunaan Azimat yang Diharamkan Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

.شرك والتولة والتمائم الرقى إن)رواه أبو داود (

Maksudnya: “Sesungguhnya azimat dan tangkal-tangkal dan at-tiwalah (guna-guna atau pengasih) adalah syirik.”

(Hadis riwayat Abu Daud) Menurut al-Khaththabi Rahimahullah dalam kitab Syarh Sunan Abi Daud, azimat yang dilarang itu ialah jika menggunakan ayat selain daripada bahasa Arab dan tidak difahami maknanya. Berkemungkinan ayat yang tidak difahami itu mengandungi kata-kata sihir atau kufur. Namun jika ayat yang digunakan dapat difahami maknanya dan mengandungi zikir Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka hukumnya adalah sunat sekiranya bertujuan untuk mengambil berkat daripadanya. Manakala tangkal yang dilarang menggunakannya dalam hadis di atas adalah tangkal yang dipakaikan pada kanak-kanak serta tidak mengandungi nama-nama Allah, ayat-ayatNya atau doa-doa ma’tsûr. Demikian juga dilarang jika mempercayai tangkal tersebut boleh menolak kejahatan sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini. At-tiwalah (ilmu guna-guna atau pengasih) pula adalah sejenis sihir.10 Ia adalah benang yang dibacakan padanya sihir ataupun kertas yang ditulis padanya sihir agar suami kasih kepada isterinya atau isteri kasih kepada suaminya. Adapun apa yang dibuat oleh isteri untuk mendapatkan atau menimbulkan kasih suaminya daripada kata-kata yang diharuskan seperti kata-kata godaan dan apa yang dipakainya sebagai perhiasan atau apa yang diberinya makan daripada herba atau binatang yang diharuskan, dengan kepercayaan bahawa Allah telah mentakdirkan pada semua itu khasiat atau keistimewaan yang boleh menimbulkan kasih suaminya, maka hukumnya adalah harus. Bukan pula kerana mempercayai benda-benda itu sendiri yang memberikan kesan.11

10 Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhim Abadi, ‘Aun al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, Beirut, Juz 10, hlm. 293. 11 Muhammad ‘Ali bin Muhammad asy-Syaukâni, Nail al-Authar Syarh Muntaqa al-Akhbar, Dar al-Fikr, Beirut, Juz 9, hlm. 97.

Page 13: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

13

Demikian juga jika berubat dengan sesetengah herba seperti kunyit, limau kapas dan sebagainya. Hendaklah menanam kepercayaan bahawa Allah telah mentakdirkan bahawa herba tersebut mempunyai khasiat dalam penyembuhan sesuatu penyakit dan bukan herba itu sendiri yang memberi kesan. Oleh itu, azimat atau tangkal, jampi dan guna-guna atau pengasih yang disebutkan dalam hadis di atas dihukumkan haram, berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik apabila: a. Mengandungi sihir atau kata-kata yang tidak difahami yang

berkemungkinan memberi maksud kufur atau sihir. b. Mengiktikadkan atau mempercayai benda-benda itu sendiri boleh

mendatangkan manfaat atau menolak mudharat.12 ii. Penggunaan Azimat Yang Diharuskan Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah, ulama telah sepakat mengenai keharusan menggunakan azimat apabila tiga syarat berikut terkumpul: 1. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan kalamullah (al-Qur’an) atau

nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. 2. Hendaklah azimat itu dengan menggunakan bahasa Arab atau bahasa

lain yang diketahui maknanya. 3. Hendaklah beriktikad bahawa bukan tangkal dan azimat itu yang

mendatangkan kesan manfaat atau mudharat, tetapi yang memberi kesan itu ialah Allah Subhanahu wa Ta‘ala.13

Dalil penggunaan azimat yang diharuskan itu ada disebutkan dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja‘iy telah berkata:

اعرضوا علي : فقال كيف ترى في ذلك؟! يا رسول اهللا: فقلنا. كنا نرقي في الجاهلية .رقاكم، ال بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

)رواه مسلم(

12 Abi al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, Juz 1, hlm. 274.

13 Ibid. hlm. 352

Page 14: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

14

Maksudnya: “Kami telah menggunakan azimat di zaman jahiliah. Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah pandangan Tuan tentang itu?” Baginda bersabda: “Tunjukkan kepada saya azimat kamu itu, tidak mengapa menggunakan azimat selagi ia tidak mengandungi perkara syirik”.”

(Hadis riwayat Muslim) Hadis daripada Sayyidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata:

الباس رب أذهب : كان إذا أتى مريضا أو أتي به، قال وسلم صلى الله عليه أن رسول الله .شفاء إال شفاؤك، شفاء ال يغادر سقما ال ٱشف وأنت الشافي، الناس،

)رواه البخارى ( Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila menziarahi orang yang sakit atau Baginda dijumpai oleh orang yang sakit, Baginda membaca: “Hilangkanlah kesengsaraan, wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah! Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, penyembuhan yang tiada meninggalkan suatu sakit”.”

(Hadis riwayat al-Bukhâri)

Dalam satu riwayat yang lain,

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يعلمهم من الفزع كلمات أعوذ بكلمات الله التامة يعلمهن من غضبه وشر عباده ومن همزات الشياطني وأن يحضرون وكان عبد الله بن عمر

من عقل من بنيه ومن لم يعقل كتبه فأعلقه عليه )رواه أبو داود(

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengajar mereka beberapa rangkaian doa dibaca (ketika tidur) terutama apabila seseorang itu mengalami ketakutan iaitu: “Dengan nama Allah, aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya, dari seksaan-Nya dan dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan-bisikan syaitan dan daripada mereka yang menghampiriku”. (Menurut riwayat ini) Abdullah bin Umar mengajarkan ungkapan doa ini kepada anak-anaknya yang telah baligh dan menyuruh mereka membacanya ketika tidur, manakala terhadap anak-anaknya yang kecil dan tidak mampu untuk menghafalnya, beliau akan menulis doa ini lalu mengantungnya di leher mereka.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Page 15: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

15

Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu juga pernah berkata ketika ditanya oleh ar-Rabi‘ Radhiallahu ‘anhu tentang pemakaian azimat atau jampi:

14. يعرف من ذكر اهللاال بأس أن يرقى بكتاب اهللا وما Ertinya: “Tidak mengapa memakai azimat dengan kitab Allah (al-Qur’an) dan apa yang diketahui daripada zikir Allah.” Menghormati Ayat al-Qur’an Yang Dijadikan Azimat Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menjelaskan bahawa al-Qur’an merupakan ubat segala macam penyakit, sama ada rohani ataupun jasmani:

ãΑÍi”t∴çΡuρ zÏΒ Èβ#uöà)ø9$# $ tΒ uθ èδ Ö!$ xÏ© ×πuΗ ÷qu‘ uρ tÏΖÏΒ ÷σßϑ ù=Ïj9   Ÿω uρ ߉ƒÍ“ tƒ tÏϑ Ï=≈ ©à9$# ω Î) #Y‘$ |¡yz ∩∇⊄∪

)82: سورة اإلسراء(

Tafsirnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Qur’an ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya; dan (sebaliknya) al-Qur’an itu tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

(Surah Al-Isra’: 82) Dalam satu riwayat daripada ‘Ali Radhiallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

.القرآن خير الدواء )رواه ابن ماجه(

Maksudnya: “Sebaik-baik ubat itu ialah al-Qur’an.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah) Namun perlulah diambil ingatan bahawa tangkal, azimat atau jampi yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an, nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Suci, hendaklah dipelihara daripada perkara-perkara yang hina atau keji. 14 Ibid. hlm. 353

Page 16: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

16

Menurut Imam ar-Ramli Rahimahullah, azimat daripada ayat al-Qur’an pada kebiasaannya hanya mengandungi beberapa ayat pelindung daripada al-Qur’an, oleh itu azimat sedemikian adalah boleh disentuh atau dibawa dalam keadaan tiada wudhu. Namun sekiranya ayat yang ditulis itu keseluruhan al-Qur’an atau banyak, maka ia tidak lagi digelar sebagai azimat menurut kebiasaan. Oleh itu, adalah haram menyentuhnya dalam keadaan tiada wudhu.15 Sebagai menjaga kemuliaan al-Qur’an juga, azimat tersebut hendaklah disimpan di tempat-tempat yang tidak terdedah kepada pencemaran seperti tempat yang dilangkahi, diduduki atau kotor. Ia juga tidak dibawa masuk ke dalam tandas kecuali setelah dimasukkan dalam sarung kulit atau perak atau sebagainya kerana dengan berbuat yang demikian itu ia (al-Qur’an) seperti berada di dalam dada. Sekiranya tulisan al-Qur’an dilarutkan ke dalam air untuk dijadikan bahan mandian kerana berubat, maka jangan dicurahkan di tempat yang kotor dan bernajis, atau ke tempat yang dipijak. Akan tetapi seeloknya dicurahkan di tempat yang bersih dan tidak dipijak-pijak, atau ke lubang yang digali di tempat yang bersih supaya airnya jatuh ke dalam lubang itu, kemudian barulah lubang itu ditutup. Selain daripada cara itu, air tersebut boleh juga dialirkan ke sungai supaya larutan itu akan mengalir bersama. Sekiranya ia berupa air untuk diminum yang dijampi dengan tulisan atau bacaan ayat al-Qur’an, maka hendaklah membaca basmalah setiap kali minum dan membetulkan niat, kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan menunaikan kehendaknya mengikut apa yang diniatkan.16 Penutup Islam mewajibkan umatnya merealisasikan dan menghayati konsep at-tauhid (pengesaan Allah) di dalam kehidupan mereka. Antara tuntutan at-tauhid yang murni ini ialah seseorang Muslim itu hendaklah beriktiqad dan beriman dengan sepenuh jiwa bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan menolak serta menegah kemudharatan melainkan Allah Ta‘ala semata-mata dan bahawa sesungguhnya kesemua yang berlaku itu adalah dengan kekuasaan Allah, kehendak-Nya dan keizinan-Nya, dan segala sesuatu yang selain daripada Allah

15 Syamsuddin Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin ar-

Ramlî, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, Syirkah Maktabah wa Muthabi‘ah Mushthafa al-Bâbi al-Halabi wa Auladuh, Mesir, 1386H/1967, Juz 1, hlm. 124-125.

16 Abi ‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi, Nawadir al-Ushul fi Ma‘rifah Ahadits ar-Rasul, Dar Shadir, Beirut, hlm. 333-335.

Page 17: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

17

tidak berupaya untuk memberi manfaat ataupun menolak kemudharatan sama ada terhadap diri mereka ataupun terhadap orang lain. Hakikat ini adalah berasaskan kepada firman Allah:

كل شىء قدير، ى ل عوه فريخ بكسسم ينإ، وو هال إه لفاش كال فرض ب اهللاكسسم ينإو وهو القاهر فوق عباده وهو الحكيم الخبير

)18-17 :سورة األنعام(

Tafsirnya: “Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hamba-Nya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam Pengetahuan-Nya”.

(Surah al-An‘am: 17-18) Justeru itu, Islam melarang seseorang Muslim bergantung dan berpaut hati (bertawakkal) kepada sesuatu objek ataupun makhluk yang lain daripada Allah Ta‘ala. Sesungguhnya fenomena-fenomena syirik dan penyembahan objek-objek yang selain daripada Allah, sejak dari dahulu sehinggalah ke hari ini, telah berjaya mengembangkan pelbagai rupa bentuk amalan-amalan khurafat, syirik dan kebatilan. Di antara kebatilan-kebatilan ini adalah seperti berikut;

i. Mempercayai kuasa azimat dan tangkal, bersandarkan dan bertawakkal kepadanya;

ii. Membaca jampi yang melibatkan unsur-unsur syirik kepada Allah dan unsur-unsur penyembahan terhadap makhluk-makhluk Allah;

iii. Mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan menggunakan jalan dan kaedah yang bermacam-macam;

Ketiga-tiga perkara di atas dan segala amalan-amalan yang termasuk di dalam kategori tersebut adalah daripada perkara-perkara mungkar yang wajib diperangi oleh umat Islam, melainkan amalan-amalan yang melibatkan pembacaan ayat al-Qur’an ataupun doa-doa yang sah dan tidak bercanggah dengan Islam.

واللـه أعلم بالصواب

Page 18: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

18

Rujukan Al-Qur’an al-Karim. Abu Daud As-Sajastani, Sunan Abi Daud, 1416H/1996, Beirut: Cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyah Al-‘Allâmah Abi Thayyib Muhammad Syams al-Haqq al-‘Azhîm Âbâdî, ‘Aun al-Ma‘bûd Syarh Sunan Abî Daud, Dar al-Fikr, Juz10, Beirut Abi ‘Abdullah Muhammad al-Hakîm at-Tirmidzi, Nawâdir al-Ushûl fî Ma‘rifah Ahâdîts ar-Rasûl, Dâr Shâdir, Beirut Abi al-‘Abbâs Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Makki al-Haitami, Az-Zawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâir, 1418H/1998, Juz 1, Dar al-Fikr, Beirut, Al-Hâfizh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalâni, Fath al-Bârî bi Syarh Shahîh al-Bukhâri, Juz 11, Dar al-Fikr, Beirut Awang Haji Mahmud Saedon bin Awang Othman (Dato Paduka Seri setia Prof Dr) & Norarfan bin Haji Zainal, Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam Satu Tinjauan, 1423H/2002, Terbitan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari, t.th, Beirut: Cetakan Dar al-kutub al-Ilmiyah Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz), Buku Fatwa Mufti Kerajaan, 1999, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (YDM, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz), Buku Fatwa Mufti Kerajaan, 2004, Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam. Ibnu Hajar al-Haitami, az-Zawajir ‘an Iqtitaf al-Kabair,1407H/1987, Terbitan Dar Kutub alpIlmiyah, Beirut. Ibrahim Muhammad al-Baijuri, Tuhfah al-Murid, 1416H/1995, Cetakan Darul Kutub al-Ilmiyah, Beirut

Page 19: Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat

19

Ismail Awang, Adat Orang-Orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Akidah Islam, 1996, Cetakan Pustaka Aman Press Sdn Bhd, Kelantan Muhammad Nawawi as-Syafi’ie, Nur az-Zalam Syarh Manzumah Aqidah al-‘Awam, t,th, Cetakan al-Haramain, Jeddah. Muhammad ‘Ali bin Muhammad asy-Syaukâni, Nail al-Authâr Syarh Muntaqa al-Akhbâr, Juz 9, Dar al-Fikr, Beirut,. Muhammad ‘Amîm al-Ihsân al-Majdadi al-Barkati, Qawâ‘id al-Fiqh, 1407H/1986, Juz 1, Ash-Shadaf bi Balsyarz, Karachi, Muslim, Shahih Muslim Bi Syarh An-Nawawi, t.th, Kaherah: Cetakan al-Maktabah al-Misriyah Syamsuddin Muhammad bin Abi al-‘Abbâs Ahmad bin Hamzah bin Syihâbuddîn ar-Ramlî, Nihâyah al-Muhtâj ila Syarh al-Minhâj, 1386H/1967, Juz 1, Syirkah Maktabah wa Muthabi‘ah Mushthafa al-Bâbi al-Halabi wa Aulâduh, Mesir.