Hukuman Kepada Orang Murtad

download Hukuman Kepada Orang Murtad

of 7

Transcript of Hukuman Kepada Orang Murtad

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    1/7

    2.3.6 Hukuman kepada Orang Murtad

    Para imam empat mazhab juga sepakat bahawa seorang yang status

    murtadnya telah ditetapkan, maka wajib baginya untuk dibunuh dan ditumpahkan

    darahnya. Jadi membunuh orang yang zindiq adalah wajib hukumnya, iaitu orang

    yang menyembunyikan kekufuran dan berpura-pura tampak seperti orang Islam.

    Zindiq ialah orang yang menzahirkan keIslaman dan menyembunyikan

    kekufuran. Apabila telah didapati yang demikian maka dia hendaklah dibunuh tanpa

    disuruh bertaubat sebelum ternyata kezindiqannya.

    Ulama bersepakat tentang wajibnya hukuman bunuh ke atas orang murtad

    berdasarkan sabdan Nabi Muhammad :

    . : ! :

    Daripada Anas ibn Malik Sewaktu Rasulullah : memasuki Kota Makkah pada

    hari Pembukaan Kota Makkah, Baginda memakai topi besi. Apabila Nabi

    menanggalkan topi besi tersebut, datang seorang lelaki, seraya berkata kepadanya,

    Ibn Khatal (Abdullah atau Abdul Uzza) 1 sedang bersembunyi di balik tabir Kaabah.

    Nabi bersabda. Bunuhlaha dia

    .

    1 Dia pernah memeluk Islam tetapi kemudiannya murtad. Oleh kerana itulah, Baginda , menghalalkandarahnya. Dia dibunuh di antara telaga Zamzam dan Maqam Ibrahim as dan dia adalah dari kalangan mereka

    yang dikecualikan dari sabdaan Rasulullah :

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    2/7

    Sesiapa yang menukar keIslamanya, bunuhlah ia.

    : .

    Tidak halal darah seorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara

    iaitu duda thayyib) yang berzina, qisas nyawa dengan nyawa, dan orang

    meninggalkan agamanya yang terpisah daripada jemaah.

    Para imam empat mazhab juga sepakat bahawa seorang yang status

    murtadnya telah ditetapkan, maka wajib baginya untuk dibunuh dan ditumpahkan

    darahnya. Jadi membunuh orang yang (zindiq) 2 adalah wajib hukumnya, iaitu orang

    yang menyembunyikan kekufuran dan berpura-pura tampak seperti orang Islam.

    Telah di ijmakan oleh para ulama tentang kewajipan bunuh orang murtad,

    demikan juga wanita yang murtad menurut jumhur ulama Hanafi. Buktinya ialah

    seorang perempuan bernama Ummu Marwin yang murtad daripada Islam. Apabila

    peristiwa itu sampai kepada Rasulullah , Baginda menyuruhnya bertaubat jika dia

    mahu. Jika tidak mahu bertaubat, maka ia dibunuh. Selain peristiwa yang berlaku ke

    atas Muaz ketika Nabi Muhammad mengutus beliau ke Yaman Baginda

    bersabda kepadanya:

    .

    2 Zindiq ialah orang yang menzahirkan keIslaman dan menyembunyikan kekufuran.

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    3/7

    Mana -mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya

    supaya ia kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkoknya.

    Dan mana-mana perempuan yang murtad hendaklah kamu menyerunya supaya

    kembali kepada Islam jika diam mahu. Jika tidak, maka pancunglah tengkoknya.

    179

    Menurut al Hafiz I bn Hajar, Sandaran (sanad -sanad) Hadith tersebut adalah

    baik (hasan), dan hadith ini merupakan nas mengenai perkara yang dipertikaikan.

    Justeru, wajib dikembalikan kepadanya.

    Menurut ulama Hanafi, perempuan murtad tidak dibunuh, tetapi dipaksa dia

    kembali kepada Islam. Paksaan itu ialah dengan penjara hingga dia kembali kepada

    Islam ataupun mati. Sebabnya dia telah melakukan satu jenayah yang besar, dan dia

    perlu dipukul setiap tiga hari sekali untuk mengembalikannya kepada Islam. Jika dia

    dibunuh oleh seseorang, maka penbunuh itu tidak dikenakan apa-apa kerana

    adanya Shubhat. Bukti mereka menunjukkan tidak harus dibunuh perempuan yang

    murtad ialah sabda Nabi :

    Janganlah kamu membunuh wanita.

    Dalam sebuah riwayat hadith sahih yang lain Nabi Muhammad telah

    menegah daripada membunuh wanita kerana hukum bunuh adalah untuk menolak

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    4/7

    kejahatan rompakan (hirabah) bukannya dengan sebab kekufuran. In kerana

    balasannya adalah lebih besar daripada membunuh di sisi Allah .

    Para ulama berkata: Untuk menetapkan status murtad seseorang, maka

    seharusnya disaksikan atau dengan kesaksian dua orang lelaki yang adil. Bahkan

    juga harus adanya sikap kesefahaman para saksi tersebut. Jika disaksikan bahawa

    yang bersangkutan adalah kafir, maka hakim bertanya ke pada para saksi: dengan

    apa ia menjadi kafir? saksi pun berkata: dia berkata ini dan itu, atau melakukan ini

    dan itu.

    Peringkat Hukum terhadap Kesalahan Murtad

    1. Menyedarkan akan kesalahan yang dilakukannya dan meminta ia bertaubat

    serta kembali kepada Islam dengan segera.

    2. Memberi peringatan dan amaran kepadanya akan bahaya atau akibat buruk

    jika ia tidak mahu bertaubat malahan terus murtad iaitu ia akan menerima

    hukuman bunuh.

    3. Wajib dihukum bunuh sekiranya ia tidak mahu kembali kepada Islam.

    Tertib Hukuman Kesalahan Murtad

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    5/7

    Hukuman ini wajib dikenakan ke atas setiap orang yang murtad sekiranya

    hukuman bunuh itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebab-sebab tertentu, maka

    hukuman gantung boleh dikenakan kepada orang yang murtad mengikut keadaan:

    1. Jika pesalah telah bertaubat, maka hakim atau qadhi boleh mengenakan

    hukuman yang sesuai dengan keadaan pesalah seperti sebat, penjara, denda

    dan memberi amaran, malahan ada ulama yang menyarankan supaya diberi

    hukuman yang berat dan ada pula yang menyarankan

    diampunkan. Semuanya itu terserah kepada kebijaksanaan hakim atau qadhi

    dengan melihat kes dan muslihat di sebalik hukuman-hukuman yang

    diputuskan.

    2. Jika hukuman asal (bunuh) digugurkan disebabkan ada kesamaran seperti

    yang murtad itu perempuan atau kanak-kanak, maka hakim atau qadhi boleh

    menjatuhkan hukuman penjara atau ditahan di pusat pemulihan aqidah

    sehingga ia bertaubat.

    Hukuman sampingan:

    1. Murtad dan enggan bertaubat. Dirampas semua harta diletakkan di bawah

    pentadbiran pemerintah.

    2. Penyaraan dirinya diambil daripada harta tersebut mengikut keperluan.

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    6/7

    3. Harta itu tetap menjadi miliknya sehingga ia bertaubat baru diserahkan semula

    kepadanya.

    4. Sekiranya ia mati, maka hilanglah hak tersebut dari sejak tarikh dia murtad.

    5. Terbatal segala bentuk urusan dan perjanjian seperti jualbeli, pemberian,

    gadaian dan seumpamanya kerana murtad membatalkan kelahiran untuk

    urusan-urusan yang tersebut.

    6. Hilang hak perwarisan antara dia dan waris-warisnya,

    Mafhum Hadis: Tidak boleh seorang muslim mewariskannya (pusaka)

    kepada orang kafir dan tidak boleh seorang kafir mewariskannya (pusaka)

    kepada orang Islam .

    7. Dipisahkan antara dia dengan isterinya. Aqad perkah winan digantung

    sementara sehingga ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh

    iddah. Sekiranya ia bertaubat dan kembali kepada Islam selepas Iddah dia

    hendaklah melakukan aqad nikah dengan mahar yang baru.

    Hukum selepas Hukuman Bunuh

    Setelah orang yang murtad menjalani hukuman bunuh, maka perkara-perkara

    hendaklah dipatuhi:

  • 8/11/2019 Hukuman Kepada Orang Murtad

    7/7

    1. Haram dimandikan, dikafankan dan solat ke atasnya kerana ia telah

    dihukumkan kafir.

    2. Tidak boleh ditanam di perkuburan Islam, malahan hendaklah ditanam jauh

    dari tanah perkuburan Islam.

    3. Tiada seorang warisnya pun yang boleh mempusakai hartanya kerana telah

    terputus hubungan keislaman dan haknya terhadap harta-harta tersebut telah

    gugur.