Huraian

6
HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN Huraian Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 30 minit untuk kelas 1 Bestari yang memiliki seramai 20 orang murid. Rancangan Pengajaran yang telah dibentuk tersebut berdasarkan Model ASSURE yang terdiri daripada enam elemen utama iaitu : 1) A = Analyse Learner ( Analisis Murid ), 2) S = State objective ( Nyatakan Objektif ), 3) S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), 4) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), 5) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Murid ) 6) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula) 1) Analisis Murid (Analyze Learners) . Guru juga perlu menganalisis para murid dengan mengambil kira dari pelbagai aspek sebelum merancang suatu aktiviti pengajaran. Salah satu aspeknya ialah Ciri-ciri umum murid. Topik pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 1 Bestari yang diajar ialah adalah Lidah untuk Merasa yang diambil dari Kurikulum Starndard Sekolah Rendah Sains Tahun 1. Para murid ini terdiri daripada umur 7 tahun yang merupakan golongan kanak-kanak. Mereka suka dan berminat

description

RPH

Transcript of Huraian

HURAIAN RANCANGAN PENGAJARAN Huraian Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 30 minit untuk kelas 1 Bestari yang memiliki seramai 20 orang murid. Rancangan Pengajaran yang telah dibentuk tersebut berdasarkan Model ASSURE yang terdiri daripada enam elemen utama iaitu :1) A = Analyse Learner ( Analisis Murid ), 2) S = State objective ( Nyatakan Objektif ),3) S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), 4) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), 5) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Murid ) 6) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula) 1) Analisis Murid (Analyze Learners) . Guru juga perlu menganalisis para murid dengan mengambil kira dari pelbagai aspek sebelum merancang suatu aktiviti pengajaran. Salah satu aspeknya ialah Ciri-ciri umum murid. Topik pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 1 Bestari yang diajar ialah adalah Lidah untuk Merasa yang diambil dari Kurikulum Starndard Sekolah Rendah Sains Tahun 1. Para murid ini terdiri daripada umur 7 tahun yang merupakan golongan kanak-kanak. Mereka suka dan berminat terhadap kaedah pengajaran yang berasakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mereka juga suka terhadap bahan bantu belajar dalam bentuk konkrit. Jadi,dalam mengajar topik yang tersebut di atas, video telah ditayangkan dan juga bahan-bahan konkrit seperti pelbagai jenis buah-buahan telah digunakan untuk menarik perhatian para murid tersebut. Aspek yang seterusnya ialah, kompetensi khusus peringkat masuk Guru juga perlu mendapat tahu pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid, selain daripada melihat ciri-ciri umum murid. Setelah bertanya beberapa soalan kepada murid tentang rasa, mereka dapat menjawab satu ada dua rasa tidak tahu pelbagai rasa yang mereka perlu diketahui. Aspek terakhir ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai atau meminati gaya pembelajaran yang berbeza. Setelah menganalisis dapat tahu bahawa para murid Tahun 1 Bestari. Para murid kelas tersebut lebih berminat murid ini dengan gaya pembelajaran yang menggunakan penggunaan alat-alat TMK seperti video dan juga berminat terhadap aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan. Semasa pengajaran dan pembelajaran Topik Lidah untuk merasa, guru telah menyediakan video tentang pelbagai rasa yang terdapat dalam makanan yang boleh dirasai semasa makan. Guru juga melaksanakan simulasi seperti menjalankan lakonan secara berkumpulan dengan menggunakan topeng muka haiwan yang disediakan.

2) Nyatakan Objektif Pembelajaran Salah satu objektif pembelajaran dalam mengajar topik Lidah untuk Merasa kepada Tahun 1 Bestari ialah mengelaskan makanan seperti asam, gula-gula mengikut rasanya seperti masam, manis secara tulisan. Objektif ini dapat tercapai Langkah Pertama pengajaran dan pembelajaran di mana Guru menggalakkan para murid secara berkumpulan untuk menggabungkan gambar-gambar makanan dengan rasa yang betul suatu kertas mahjong yang dibekalkan. Objektif seterusnya ialah menyatakan pelbagai jenis makanan dengan rasanya secara lisan. Objektif ini tercapai melalui langkah penutup di mana para murid secara individu menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. Misalnya, Apakah rasa yang kita belajar hari ini ?.

3) i) Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

Terdapat beberapa kaedah pengajaran telah dipilih untuk dilaksanakan semasa mengajar topik Lidah untuk merasa kepada Tahun 1 Bestari. Misalnya, dalam set induksi , kaedah pembelajaran berbantukan komputer telah digunakan di mana guru menayangkan sebuah video yang menunjukkan pelbagai rasa

Dalam langkah pertama dan kedua, guru menggunakan kaedah perbincangan antara murid di mana para murid secara berkumpulan untuk berbincang dan menggabungkan gambar-gambar makanan dengan rasa yang betul suatu kertas mahjong yang dibekalkan.

Dalam langkah ketiga pula, guru menggunakan kaedah inkuiri-penemuan di mana para murid merasai makanan secara tersendiri untuk mendapat tahu rasa makanan tersebut.

ii) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

Di dalam pengajaran ini, CD, projektor, komputer, gambar-gambar yang berwarna-warni telah digunakan untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi murid. Penggunaan CD dilaksanakan semasa pelaksanaan set induksi. Dalam CD tersebut mempunyai video-video yang berkaitan lagu yang menerangkan pelbagai rasa.

4) Penggunaan Media dan Bahan (Ultilize media and material)

Dalam pengajaran topik Haiwan ini, media dan bahan telah digunakan melalui , kaedah berbantukan komputer , kaedah perbincangan dan kaedah inkuiri-penemuan demi memberi kefahaman kepada murid. Dalam kaedah berbantukan komputer, guru telah menggunakan bahan media, seperti CD, projektor untuk menayangkan video yang berkaitan lagu yang menerangkan pelbagai rasa Dalam Kaedah Perbincangan ini, para murid digalakkan untuk membuat suatu aktiviti dengan menggunakan kertas mahjong, pelbagai gambar makanan yang dibekalkan. Seterusnya, dalam kaedah inkuiri-penemuan, para murid merasai makanan secara tersendiri untuk mendapat tahu rasa makanan tersebut.

5) Memerlukan penyertaan murid (Require learner participation) Bagi memastikan proses pembelajaran itu berlaku dengan berkesan, murid perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, para murid melibatkan dalam perbincangan semasa membuat aktiviti berkumpulan iaitu menggabungkan gambar-gambar makanan dengan rasa yang betul pada suatu kertas mahjong yang dibekalkan secara berkumpulan. Para murid juga membuat pembentangan tentang hasil aktiviti.

6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

i) Menilai media dan kaedah Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,guru harus membuat penilaian terhadap keberkesanan media dan kaedah yang dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan oleh seseoarang guru :

ii) Menilai pencapaian murid dan Mengulangkaji Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa soalan telah diajukan kepada murid seperti Apakah rasa yang kita belajar hari ini ?, Apakah rasa asam ? . Lembaran kerja juga turut disediakan untuk menilai keberkesanan pengajaran serta mengukuhkan kefahaman murid, Tambahan pula, lembaran kerja tersebut juga dianggap sebagai proses mengulangkaji kepada para murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.