HURAIAN SIFAT ILMU

download HURAIAN SIFAT ILMU

of 43

Transcript of HURAIAN SIFAT ILMU

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    1/43

    HURAIAN SIFAT ILMU

    Sifat yang kesembilan dari sifatsifat Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf secara satu

    persatu itu ialah ilmu ertinya mengetahui Allah Taala.Hakikatnya iaitu satu sifat bagi Allahdengannya terang dan nyata bagi Allah tiaptiap sesuatu.

    Lawan ilmu itu jahil ertinya bodoh.Mustahil Allah itu bersifat jahil samada sedikit atau banyak bahkan wajib kita percaya Allah itu

    bersifat ilmu.Termasuk di dalam ertikata jahil itu ialah lalai dan lupa.Mustahil bagi Allah itu

    bersifat lalai dan lupa.

    Dalil sifat ilmu

    Dalil naklinya firman Allah Taala

    Ertinya : Di sisi Allah adalah kunci perkara-perkara ghaib,tidak ada yang mengetahuinya selain

    dari Dia sendiri.Allah maha mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak sehelai daun

    pun yang gugur melainkan Dia pasti mengetahuinyaDalil aklinya ialah sekiranya Allah tidakbersifat ilmu nescaya Dia bersifat jahil atau yang semakna dengannya seperti lalai dan lupa.Yangdemikian itu sifat kekurangan dan kekurangan itu sifat baharu.Sekiranya Allah bersifat dengan

    sifat baharu nescaya Dia baharu sedangkan telah sabit dengan dalil nakli dan akli Allah itu

    bersifat kidam .

    Memahami Konsep Tauhid

    Pengertian Tauhid

    Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifatkesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

    Pengertian Iman

    Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengananggota.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    2/43

    Rukun Iman dan Pengertiannya

    Rukun

    Percaya kepada Allah

    Sifat Allah

    Wajib Mustahil Harus20 Lawan sifat 20 1

    Percaya kepada Malaikat

    Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

    Jibril Menyampaikan wahyu

    Mikail Membawa rezeki

    Israfil Meniup sangkakala

    'Izrail Mencabut nyawa

    Munkar Menyoal mayat di dalam kubur

    Nakir Menyoal mayat di dalam kubur

    Raqib Mencatit amalan kebajikan

    Atid Mencatit amalan kejahatan

    Malik Menjaga pintu neraka

    Ridwan Menjaga pintu syurga

    Percaya kepada Kitab

    Kitab Samawi

    Al-Quran Injil Zabur Taurat

    Muhammad BahasaArab Isa

    BahasaSiryani Daud

    BahasaQibti Musa

    BahasaIbrani

    Percaya kepada Rasul

    1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

    6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

    11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa

    16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas

    21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

    Percaya kepada Hari Akhirat

    Percaya kepada Qadha dan Qadar

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    3/43

    o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkarao Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkarao Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang

    terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

    Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:

    1. Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu Aqidul

    Iman

    2. Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Quran dan Hadits

    3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan

    kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatankepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh Itikad yang yakin (kepercayaan yang

    putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana

    kepercayaan itu.

    4. Tempat bahasannya atau Maudunya kepada empat tempat:

    a. Pada Zat Allah Taala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahilpadaNya dan sifat-sifat yang harus padaNya.

    b. Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil

    padanya dan sifat-sifat yang harus padanyac. Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi

    petunjuknya dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia

    d. Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada

    perkhabaran rasul-rasul Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat

    5. Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat

    kebahagian hidup didunia dan hidup di akhirat yang kekal.

    6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada

    agama islam dan yang paling utama sekali dalam agama islam.

    7. Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka

    yang menghantarkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan

    meraka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mashur yaitu Imam Abu Al hasan AlAsyari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima ilmu tauhid

    daripada Allah Taala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi MuhammadSAW.

    8. Hukumnya, yaitu fardhu ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan

    mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Taala dengan jalan

    Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau uraian

    9. Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain,

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    4/43

    karena menurut haditsnya nabi: Inallahataala lam yafrid syaian afdola minattauhid wasshalati

    walaukana syaian afdola mintu laf tarodohu ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu,

    artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada mengEsakan Tuhan.Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada

    malaikatnya padahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku selamanya dan setengah

    ada yang sujud selamanya dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yangwajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasul dan dari itu maka jadilahmaudunya semulia-mulia ilmu dalam agama islam.

    10. Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara Itikad dan kepercayaan syah denganyang batil dan dapat pula membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau

    antara yang Qadim dengan yang muhadasNya

    Ilmu Tauhid

    Adapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:1. Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat

    2. Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua

    bahagi:

    a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyak

    b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul

    3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangankepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan

    kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh Itikad yang yakin (kepercayaan yang

    putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana

    kepercayaan itu.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Aqal

    Adapun Aqal itu dua bahagi :

    1. Aqal Nazori, yaitu aqal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.2. Aqal Doruri, yaitu aqal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.

    Adapun Hukum Aqal itu tiga bahagi:

    1. Wajib Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan tiadanya maka wajib adanya

    (Zat, Sifat dan Afal Allah)

    2. Mustahil Aqal, yaitu barang yang tiada diterima oleh aqal akan adanya maka mustahiladanya (Segala kebalikan daripada sifat yang wajib, sekutu)

    3. Harus Aqal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dansegala isinya yang baharu/diciptakan)

    Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-

    sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    5/43

    Pengertian Hukum 'Aqal :

    Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikansuatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada

    menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatanyang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).

    Pengertian 'Aqal :

    Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itumanusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah (Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan

    fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dankebahagiaan kepada manusia.

    Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidakboleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di antarakeduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara'

    berhajat kepada 'Aqal ) .

    Bahagian Hukum 'Aqal :

    Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

    1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti

    menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialahmesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.

    2) Mustahil 'Aqliiaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti

    tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-

    kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.

    3) Harus 'Aqliiaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya

    boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerakatau diam.

    Bahagian Wajib 'Aqli :

    Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

    1) Wajib 'aqli Dharuri- Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiadaberkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh

    daripada dua .

    2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan

    berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapanhukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam iniberserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

    Bahagian Mustahil 'Aqli :

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    6/43

    Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

    1) Mustahil 'Aqli Dharuri- Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendakkepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satuitu separuh daripada tiga.

    2) Mustahil 'Aqli Nazhari- Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Denganberkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapanhukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allahs.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu

    melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

    Bahagian Harus 'Aqli :

    Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :

    1) Harus 'Aqli Dharuri- Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan

    tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan

    seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

    2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada bolehdengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contohmemberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal

    menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil -dalilyang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Mumkinun (Baharu Alam)

    Adapun yang wajib bagi Alam mengandung empat perkara:1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan

    tembaga

    2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusiadan binatang

    3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan

    kuman yang halus-halus4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur

    Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:

    1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah,

    hadapan atau belakang2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh

    atau dekat

    3. Berhimpun atau bercerai4. Memakai arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai

    rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau

    putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    7/43

    Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat

    petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

    1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan

    sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinyamelainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

    Maka dengan itu kita beritiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya

    melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang MahaPencipta.

    2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yangmembuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka

    sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih haluslagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

    Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu sertakekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Taala

    adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

    3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia,

    bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengancukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baikkejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

    Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang

    mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebutyang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasayang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan

    yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

    Sesungguhnya dari Kaedah Syariyyah dan berita para Nabibahawa yang menjadikan alam

    ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yangMaha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhlukciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Mengenal Allah S.W.T.

    1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui

    namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran paraNabi dan Rasul.

    2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan MahaTinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah,

    disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    8/43

    melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnyaAr-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

    3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-

    1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad danberpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.tbersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan danmustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

    2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa

    beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli

    (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqaddengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.tbersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

    4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

    1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salahsatu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

    2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad AhliSunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan

    dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.

    3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatandengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.

    5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka

    para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqadorang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orangyang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukminyang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).

    6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan

    keterangan.

    7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

    1) Taqlid Jazam (putus)

    - Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka

    taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yangjazam (putus).

    2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)

    - Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti

    guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yangdiikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengansyak,zhan atau waham(tiada putus).

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    9/43

    8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan

    tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang

    diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalahmereka.

    9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya

    terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramaiahli-ahli bidaah.

    10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina

    yang tiada layak pada seseorang manusia.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Hukum Adat Thobi'at

    Adapun yang wajib bagi hukum adat Thobiat yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti

    makan, apabila makan maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila

    bersentuh dengan kayu yang kering maka wajib terbakar, dan pada benda yang tajam yangapabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.

    Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum.Adapun yang mustahil pada adat Thobiat itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang,

    minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yang tajam tiada putus atau luka dan

    dimasukkan didalam api tiada terbakar. Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudah berlakupada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Ismail as dipotong denganpisau

    yang tajam diada putus atau luka .

    Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mujizat, jika

    berlaku pada nabi-nabi dinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika padaorang yang taat dinamakan Maunah dan jika berlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu

    ada empat macam:

    1. dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi2. dinamakan Kahanah yaitu pada tukang tenung3. dinamakan Sauzah yaitu pada tukang sulap mata4. dinamakan Sihir yaitu pada tukang sihir

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Mohon ampunan dan RedhaMu yaa Allah,...

    Itulah yang telah terdahulu banyak hamba ungkapkan (terlanjur) di topik-topik yang ada dalam

    BSC ini, untuk selanjutnya hamba, Insya Allah, akan memohon izin dahulu kepada Mu'alim

    hamba, sebab ada beberapa huraian penting yang hamba wajib meminta izin dahulu pada beliau,diantaranya: Hukum Syara', Hakikat Makrifat beserta huraian dalil bagi Sifat-Sifat yang wajib

    bagi 'aqal tentang keTuhanan:

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    10/43

    -Sifat Nafsiyah

    -Sifat Salbiyah

    -Sifat Ma'ani-Sifat Ma'nawiyah

    lalu dibahagi menjadi dua bahagi:

    -Sifat Istighna(28 Aqa'id)

    -Sifat Iftikhor(22 Aqa'id)

    yang menghasilkan faham hakikat nafi mengandung isbat, isbat mengandung nafi (50 Aqa'id),

    lalu berlanjut pada huraian Sifat-sifat bagi Rasul, ditambah empat perkara rukun iman (18

    Aqa'id), menghasilkan penjelasan aqa'idul iman yang 5 (lima jenis), aqa'idul iman 50, aqa'idul

    iman 60, aqa'idul iman 64, aqa'idul iman 66 dan aqa'idul iman 68.Baharulah disimpulkan menjadi 4 rukun Syahadat dan adab-adabnya, serta menjelaskan

    penjelasan zikir, serta makna asma ALLAH

    InsyaAllah....

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    MA'RIFAT

    Adapun hakikat Marifat itu berhimpun atas tiga perkara:1. 'Itikad Jazam, yaitu 'Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham

    2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Quran dan Hadits

    3. Muaddalil yaitu beserta dalil

    Adapun Dalil itu dua bahagi:

    1. Dalil naqal (naqli), yaitu Al Quran dan Hadits.2. Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Adapun dalil wujud Allah Taala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah

    Taala dalam Al Quran : Allahu khaliqu kullu syaiin, artinya: Allah Taala yang menjadikan

    tiap-tiap sesuatu

    Adapun Hakikat Marifat orang yang Khawas :

    1. 'Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham2. Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi3. Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Taala dalam Al Quran: wa fii amfusikum afala

    tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits Rasullullah, Man

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    11/43

    arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanya

    mengenal Tuhannya.

    Adapun Hakikat Marifat orang yang Khawasul khawas:

    1. Itikad jazam, tiada sak, dzon dan waham2. Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripadadalil yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Aqal dhoruri) terus ia marifat kepada

    Allah Taala.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Adapun Marifat itu tiga martabat:1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama

    2. Ainul yaqin, yaitu segala Aulia3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    SIFAT-SIFAT KETUHANAN

    Adapun yang wajib bagi Ketuhanan itu bersifat dengan empat sifat:

    1. Sifat Nafsiyah, yaitu Wujud

    2. Sifat Salbiyah yaitu, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Qiyamuhu binafsihidan Wahdaniat

    3. Sifat Maani, yaitu, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sami, Bashir dan Kalam4. Sifat Manawiyah, yaitu Qadirun, Muridun, Alimun, Hayyun, Samiun, Bashirrun dan

    Muttaqalimuun

    Dibahagi lagi menjadi dua sifat (Pendekatan secara nafi dan isbat)

    1. Sifat Istighna yaitu, Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhulilkhawadits, Qiyamuhubinafsihi, Sami, Bashir, Kalam, Samiun, Bashirun dan Muttaqallimun

    2. Sifat Iftikor, yaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Kodirun, Muridun, Alimun, Hayyun dan

    Wahdaniah

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    12/43

    Sifat 20

    Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil (satu persatu ) iaitu 20 sifat :

    1. Wujud : Ertinya AdaIaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatusebab. Maka wujud ( Ada )disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidibukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud ituHaliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .

    Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud ituzat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawawujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalamdunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

    Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya

    berkata mereka itu Allah yang menjadikan"( Surah Luqman : Ayat 25 )

    2. Qidam : Ertinya SediaPada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikantiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripadatiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu,maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidammaka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanyadengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan inisama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azaliitu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidakboleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat

    bahagian :

    1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak)4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )

    Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada AllahTa'ala.

    3. Baqa' : Ertinya KekalSentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada

    kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekaldan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar )Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi,Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).

    Perkaraperkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat danQudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasamelainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulahbenih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    13/43

    orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disininyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tigabahagian :

    1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-

    lain lagi.3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yangdiatas tadi ( Kedua ).

    4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segalayang baharu.Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telahada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupaidengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnyaberdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiadaberpihak ,tiada ber-tempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan

    dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapita'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segalamaujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya didalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , makaperkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'alaYang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifatdengan segala sifat yang baharu.

    5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidakberkehendak kepada yang menjadikannyaMaka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendakkepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.

    Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama adapada perbuatannya atau hukumannya.Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepadasekalian makhluk .Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah keranakelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaatdi atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadimudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemung-karan hamba-hambanya.Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalahperkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-

    nya jua.

    Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanyaitu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".( Surah Fussilat : Ayat 46 )

    Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    14/43

    nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,terbahagi kepada empat bahagian :1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-kannya iaitu zat Allah s.w.t.2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-adikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).

    3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendakkepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zatiaitu sifat Allah Ta'ala.

    6. Al Wahdaniyyah.Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada

    sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil padaZat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zatAllah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zatAllah Ta'ala.

    Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil padaSifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidaksekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat

    dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilanganbilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lainmenyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.

    Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan KamMuttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang berceraicerai padaperbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai sepertiperbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semua-nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya danhakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur danmaksiat sama ada perbuatan dirinya atauperbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak

    sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya padausaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

    Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagiKam yang lima itu iaitu :1) Kam Muttasil pada zat.2) Kam Munfasil pada zat.3) Kam Muttasil pada sifat.4) Kam Munfasil pada sifat.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    15/43

    5) Kam Munfasil pada perbuatan.Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lainmenyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepadamenyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskanserta merosakkan iman.

    7. AlQudrah :Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakanmeniadakan tiap-tiap sesuatu.Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yangada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan ataumeniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagaiFikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.1) Iktiqad Qadariah :

    Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akansegala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atauberpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-pautdengan kuasa Allah s.w.t.2) Iktiqad Jabariah :Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yangberiktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata (tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah WalJamaah:Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalananorang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidakmemberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengajapada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnyasengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiarpada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempatpergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan( ada pahala dan dosa ).

    8. AlIradah :Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atautiadanya.Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri padaZat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atasmumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang

    diperbuatnya.Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalahdengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya ,miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian )di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamudi dalam dunia " .( Surah AlQasash : Ayat 77 )

    Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    16/43

    untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titahperintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dantegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.

    9. AlIlmu :

    Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yangMaujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azaliberdiri pada zat Allah Ta'ala.

    Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkaraItu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu diAlam yang fana' ini.

    10. AlHayat .

    Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.

    Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zatAllah Taala .Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama Bashar dan Kalam.

    11. Al - Samu :Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.

    Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri padaZat Allah Taala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap -tiap yang maujud sama ada yangmaujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telahada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising ,

    bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yangterang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )

    12. AlBashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiripada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihatoleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dansebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

    " Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali Imran - Ayat 163 )

    13 . AlKalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.

    Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali ,berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib,maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 )

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    17/43

    Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yangbermaksud :" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'alayang ketiga daripada tiga..........".( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )

    Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yangbermaksud :" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yangkamu perbuat itu".( Surah Ash. ShaffaatAyat 96 )

    Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakaniaitu :1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-solat dan lain-lain kefardhuan.2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun

    dan lain-lain.4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taatdan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orangyang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azabseksa yang amat berat.

    14. Kaunuhu Qadiran :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripadasifat Qudrat.

    15.Kaunuhu Muridan :Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.

    Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripadasifat Iradat.

    16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akanTiap-tiap sesuatu.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada iama'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.

    17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup. Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada iama'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.

    18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yangMaujud.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    18/43

    Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada iama'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.

    19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yangMaujudat ( Benda yang ada ).

    Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia

    ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.

    20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada iama'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

    Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t

    Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada

    dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahilsatu-persatu :

    1. Adam beerti tiada

    2. Huduth beerti baharu

    3. Fana beerti binasa

    4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti menyerupai makhluk

    5. Qiyamuhu Bighayrih beerti berdiri dengan yang lain

    6. Taaddud beerti berbilang-bilang

    7. Ajz beerti lemah

    8. Karahah beerti terpaksa

    9. Jahl beerti jahil/bodoh

    10. Mawt beerti mati

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    19/43

    11. Samam beerti tuli

    12. Umy beerti buta

    13. Bukm beerti bisu

    14. Kaunuhu Ajizan beerti keadaannya yang lemah

    15. Kaunuhu Karihan beerti keadaannya yang terpaksa

    16. Kaunuhu Jahilan beerti keadaannya yang jahil/bodoh

    17. Kaunuhu Mayyitan beerti keadaannya yang mati

    18. Kaunuhu Asam beerti keadaannya yang tuli

    19. Kaunuhu Ama beerti keadaannya yang buta

    20. Kaunuhu Abkam beerti keadaannya yang bisu"

    Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

    Adalah sifat yang harus pada hak Allah Taala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan

    sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatuyang harus ada dan tiada.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian I: Sifat Nafsiyah:

    Wujud, artinya ada, yang ada itu dzat Allah Taala, lawannya Adum, artinya tiada yaitumustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Taala itu tiada karena jikalau Allah

    Taala itu tiada niscaya tiadalah perobahan pada alam ini. Alam ini jadilah statis (tak ada masa,

    rasa dll), dan tiadalah diterima 'aqal jika semua itu (perobahan) terjadi dengan sendirinya.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    20/43

    Jikalau alam ini jadi dengan sendirinya niscaya jadilah bersamaan pada suatu pekerjaan atau

    berat salah satu maka sekarang alam ini telah nyata adanya sebagaimana yang kita lihat sekarang

    ini dan teratur tersusun segala pekerjaannya maka menerimalah aqal kita wajib adanya AllahTaala dan mustahil lawannya tiada. Adapun dalilnya yaitu firmannya dalam Al Quran:

    Allahu kholiqu kullu syaiinartinya, Allah Taala jualah yang menjadikan tiap-tiap sesuatu.

    Adapun Wujud itu sifat Nafsiyah ada itulah dirinya hak Taala. Adapun tarif sifat nafsiyah itu:Hiya huwa wala hiya ghoiruku, artinya, sifat inilah dzat hak Taala, tiada ia lain daripadanya

    yakni sifat pada lafadz dzat pada makna

    Adapun Hakikat sifat nafsiyah itu : Hiya lhalul wajibatu lizzati maadaamati azzatu ghoirumualalahi biillati, artinya: hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu tiada dikarenakan

    dengan suatu karena yakni adanya yaitu tiada karena jadi oleh sesuatu dan tiada Ia terjadi dengan

    sendirinya dan tiada Ia menjadikan dirinya sendiri dan tiada Ia berjadi-jadian.

    Adapun Wujud itu dikatakan sifat Nafsiyah karena wujud menunjukkan sebenar-benar dirinya

    dzat tiada lainnya dan tiada boleh dipisahkan wujud itu lain daripada dzat seperti sifat yang lain-

    lain.

    Adapun Wujud itu tiga bahagi:

    1. Wujud Haqiqi, yaitu dzat Allah Taala maka wujud-Nya itu tiada permulaan dan tiadakesudahan maka wujud itubersifat Qadimdan Baqa, inilah wujud sebenarnya

    2. Wujud Mujazi, yaitu dzat segala makhluk maka wujudnya itu ada permulaan dan adakesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa, sebab wujudnya itu dinamakan wujud Mujazi

    karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Taala

    3. Wujud Ardy, yaitu dzat Arodul wujud maka wujudnya itu ada permulaan dan tiadakesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi dan lain-lain

    Adapun yang Mawujud selain Allah Taala dua bahagi

    1. Mawujud dalam alam sahadah, yaitu yang di dapat dengan khawas yang lima sepertilangit, bumi, kayu, manusia, binatang dan lain-lain

    2. Mawujud didalam alam ghaib yang tiada didapat dengan khawas yang lima tetapididapat dengan nur iman dan Kasaf kepada siapa-siapa yang dikaruniakan Allah Taala

    seperti Malaikat, Jin, Syaitan, Nur dan lain-lain.

    Adapun segala yang Mawujud itu lima bahagi:

    1. Mawujud pada Zihin yaitu ada pada aqal2. Mawujud pada Kharij yaitu ada kenyataan bekas

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    21/43

    3. Mawujud pada Khayal yaitu seperti bayang-bayang dalam air atau yang didalam mimpi4. Mawujud pada Dalil yaitu ada pada dalil seperti asap tanda ada api5. Mawujud pada Marifat yaitu dengan pengenalan yang putus tiada dapat diselingi lagi

    terus Ia Marifat kepada Allah Taala

    Membicarakan Wujud-Nya dengan jalan dalil:

    1. Dalil yang didapat dari Khawas yang lima tiada dapat didustakan2. Dalil yang didapat dari Khabar Mutawatir tiada dapat didustakan3. Dalil yang didapat daripada Aqal tiada dapat didustakan4. Dalil yang didapat daripada Rasulullah tiada dapat didustakan5. Dalil yang didapat daripada firman Allah Taala tiada dapat didustakan

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian II: Sifat Salbiyah

    Adapun hakikat sifat Salbiyah itu: wahiya dallat alallafiy maalaa khaliyqu billahi aza wajalla,artinya barang yang menunjukkan atas menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada

    dzat, pada sifat dan pada afal Allah Taala yaitu lima sifat:

    1. QIDAM, artinya Sedia2. BAQA artinya Kekal,3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITS artinya Bersalahan Allah Taala dengan segala

    yang baharu.

    4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Taala dengan sendiriNya.5. WAHDANIAH, artinya Esa

    1. QIDAM, artinya Sedia

    Adapun hakikat Qidam ibarat dari menafikan ada permulaan bagi Wujud-Nya yakni tiada

    permulaan, lawannya Hudusy artinya baharu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali

    dikatakan Ia baharu karena jikalau Ia baharu niscaya jadilah Wujud-Nya itu wujud yang harus,

    tiadalah Ia wajibal wujud maka sekarang telah terdahulu wajibal wujud baginya makamenerimalah aqal kita wajib baginya bersifat Qadim dan mustahil lawannya baharu , adapun

    dalilnya firmannya dalam Al Quran: huwal awwalu, artinya Ia juga yang awal.

    Adapun Qadim nisbah pada nama empat perkara:

    a. Qadim Haqiqi, yaitu dzat Allah Taala

    b. Qadim Sifati, yaitu sifat Allat Taala

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    22/43

    c. Qadim Idofi, yaitu Qadim yang bersandar seperti dahulu bapa daripada anak

    d. Qadim Zamani, yaitu masa yang telah lalu sekurang-kurangnnya setahun

    2. BAQA artinya Kekal

    Adapun hakikat Baqa itu ibarat menafikan ada kesudahan bagi Wujud-Nya, yakni tiadakesudahan, lawannya Fana artinya binasa yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kalidikatakan Ia binasa, jikalau Ia binasa jadilah Wujud-Nya itu wujud yang baharu, apabila Ia

    baharu tiadalah Ia bersifat Qadim maka sekarang telah terdahulu bagi-Nya wajib bersifat Qadim

    maka menerimalah aqal kita wajib bagi-Nya bersifat Baqa dan mustahil lawannya binasa, adapundalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wayabqo wajhu robbikauzuljalali wal ikrom, artinya

    kekal dzat Tuhan kamu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

    Adapun yang Kekal itu dua bahagi:a. Kekal Haqiqi, yaitu dzat dan sifat Allah Taala

    b. Kekal Ardy, yaitu kekal yang dikekalkan, menerima hukum binasa jikalau dibinasakan

    Allah Taala, karena ia sebahagian daripada mumkinun, tetapi tiada dibinasakan maka kekallahia, maka kekalnya itu dinamakan kekal Ardy, seperti ruh, arasy, kursi, kalam, lauh mahfudh,

    surga, neraka, bidadari dan telaga nabi.

    3. MUKHALAFATUHULILKHAWADITSI artinya Bersalahan Allah Ta'ala dengan

    segala yang baharu

    Adapun Hakikat Mukhalafatuhulilhawadits itu diibaratkan menafikan dzat dan sifat dan af'alAllah Ta'ala dengan segala sesuatu yang baharu, yakni tiada bersamaan dengan segala yang

    baharu, lawannya Mumassalatuhulilhawadits, artinya bersamaan dengan segala sesuatu yang

    baharu. Tiada diterima oleh aqal dikatakan Allah Ta'ala itu bersamaan dzat-Nya dan sifat-Nya

    dan af'al-Nya dengan segala yang baharu, karena jikalau bersamaan dengan segala yang baharumaka tiadalah Ia bersifat Qadim dan Baqa', sebab segala yang baharu menerima hukum binasa,

    maka sekarang telah terdahulu wajib bagi Allah Ta'ala bersifat Qadim dan Baqa', maka

    menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Ta'ala bersifat mukhalafatuhulilhawadits, dan mustahillawannya Mumasalatu lilhawadits, adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Qur'an:

    laisa kamislihi syaiin wa huwassami'ul bashir, artinya tiada seumpama Allah Ta'ala dengan

    segala sesuatu dan Ia mendengar dan melihat.

    Adapun bersalahan dzat Allah Ta'ala dengan dzat yang baharu karena dzat Allah Ta'ala bukan

    jirim atau jisim dan bukan jauhar atau 'aradh dan tiada dijadikan, tiada bertempat, tiada berjihat,

    tiada bermasa atau dikandung masa dan tiada beranak atau diperanakkan.

    Bersalahan sifat Allah Ta'ala dengan sifat yang baharu karena sifat Allah Ta'ala Qadim dan 'Aum

    takluknya, seperti Sami' Allah Ta'ala takluk pada segala yang mawujud.

    Adapun sifat yang baharu itu tiada ia Qadim dan tiada 'Aum takluknya, tetapi takluk pada

    setengah perkara jua seperti yang baharu mendengar ia pada yang berhuruf dan bersuara dan

    yang tiada berhuruf dan bersuara tiada ia mendengar atau yang jauh atau yang tersembunyiseperti gerak-gerak yang dalam hati dan begitu jua sifat-sifat yang lain tiada serupa dengan sifat

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    23/43

    Allah Ta'ala.

    Adapun bersalahan perbuatan Allah Ta'ala dengan perbuatan yang baharu karena perbuatanAllah Ta'ala itu memberi bekas dan tiada dengan alat perkakas dan tiada dengan minta tolong

    dan tiada mengambil faedah dan tiada yang sia-sia.

    Adapun perbuatan yang baharu tiada memberi bekas dan dengan alat perkakas atau dengan mintatolong dan mengambil faedah.

    4. QIYAMUHU BINAFSIHI, artinya Berdiri Allah Taala dengan sendirinya

    Adapun hakikat Qiyamuhu binafsihi itu ibarat daripada menafikan berkehendak kepada tempat

    berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia, yakni tiada berkehendak kepada tempat

    berdiri dan tiada berkehendak kepada yang menjadikannya.

    Mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan tiada berdiri dengan sendiriNya, karena Ia

    zat bukan sifat, jikalau Ia sifat, maka berkehendak kepada tempat berdiri karena sifat itu tiadaboleh berdiri dengan sendirinya.

    Dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Ia karena Ia Qadim, jikalau berkehendak Ia

    kepada yang menjadikan Dia, maka jadilah Ia baharu, apabila ia baharu tiadalah ia bersifatQadim dan Baqa dan Mukhalafatuhulilhawadits.

    Maka sekarang menerimalah aqal kita, wajib diterima oleh aqal, bagi Allah Taala itu bersifatQiyamuhubinafsihi dan mustahil lawannya An-laayakuunu koimambinafsihi, adapun dalilnya

    firman-Nya dalam Al Quran: Innallaha laghniyyun anil alamiin, artinya Allah Taala itu

    terkaya daripada sekalian alam.

    Adapun segala yang Mawujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak

    kepada yang menjadikan dia itu empat bahagi:

    a. Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada tempat

    berdiri, yaitu zat Allah Taala

    b. Berdiri pada zat Allah Taala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia, yaitusifat Allah Taala

    c. Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia

    yaitu segala jirim yang baharu

    d. Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan dia yaitusegala aradh yang baharu

    5. WAHDANIAH, artinya Esa

    Adapun hakikat Wahdaniah itu ibarat menafikan kammuttasil (berbilang-bilang atau bersusun-susun atau berhubung-hubung) dan kammumfasil (bercerai-cerai banyak yang serupa) pada zat,

    pada sifat, dan pada afal.

    Lawannya An-yakunu wahidan, artinya tiada ia esa. Mustahil tiada diterima oleh akal sekali-kali

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    24/43

    dikatakan tiada Ia Esa, karena jikalau tiada Ia Esa tiadalah ada alam ini karena banyak yang

    memberi bekas.

    Seperti dikatakan ada dua atau tiga tuhan, kata tuhan yang satu keluarkan matahari dari barat,

    dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari timur, dan kata tuhan yang satu lagi keluarkan dari

    utara atau selatan, karena tiga yang memberi bekas. Tentu kalau tuhan yang satu itumengeluarkan matahari itu dengan sekehendakknya umpamanya disebelah barat, tentu pulatuhan yang lain meniadakkannya dan mengadakan lagi menurut kehendaknya umpamanya

    disebelah timur atau utara atau selatan, karena tiga-tiga tuhan itu berkuasa mengadakan dan

    meniadakan maka kesudahannya matahari itu tiada keluar.

    Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau perjalanan

    didalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah aqal kita wajib diterima

    aqal Wahdaniah bagi Allah Taala dan mustahil lawannya berbilang-bilang atau bercerai-cerai.

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: Qul huwallahu ahad, artinya katakanlah oleh mu

    (Muhammad) Allah Taala itu Esa, yakni Esa zat dan Esa sifat dan Esa Afal.

    Adapun Wahdaniah pada zat menafikan dua perkara:

    a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sepertidikatakan zat Allah Taala itu berdarah, berdaging dan bertulang urat, atau dikatakan zat Allah

    Taala itu kejadian daripada anasir yang empat.

    b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atauserupa, umpama dikatakan ada zat yang lain seperti zat Allah Taala yakni tiada sekali-kali

    seperti yang demikian itu.

    Maka Kammuttasil dan Kammumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah Taala,apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan Ahadiyyatuzzat, yakni

    Esa dzat Allah Taala.

    Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:

    a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berbilang-bilang atau bersusun-susun sifat, sepertidikatakan ada pada Allah Taala dua Qudrat atau dua Ilmu atau dua Sami yakni tiada sekali-kali

    seperti yang demikian itu.

    b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak yang sebangsa atau serupa

    seperti dikatakan ada Qudrat yang lain atau Ilmu yang lain seperti Qudrat dan Ilmu Allah Taala.

    Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah Taala,

    apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan Ahadiyyatussifat, yakni Esa

    sifat Allah Taala.

    Adapun Wahdaniah pada afal menafikan dua perkara:

    a. Menafikan Kammuttasil, yaitu menafikan berhubung atau minta tolong memperbuat suatu

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    25/43

    perbuatan, seperti dikatakan Allah Taala jadikan kuat pada nasi mengenyangkan dan kuat pada

    air menghilangkan dahaga dan kuat pada api membakar dan kuat pada tajam memutuskan yakni

    tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.b. Menafikan Kammumfasil, yaitu menafikan bercerai-cerai banyak perbuatan yang memberi

    bekas, seperti dikatakan ada perbuatan yang lain memberi bekas seperti perbuatan Allah Taala,

    yakni tiada sekali-kali seperti yang demikian itu.Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada afal Allah Taala,apabila sudah kita nafikan yang dua ini maka baharulah kita dikatakan Ahadiyyatull afal, yakni

    Esa perbuatan Allah Taala.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian III: Sifat Maani

    Adapun hakikat sifat Maani itu: wahiya kullu sifatu maujudatun qoimatun bimaujuudatunaujabat lahu hukman, artinya tiap-tiap sifat yang berdiri pada yang maujud (wajibalwujud / zat

    Allah Taala) maka mewajibkan suatu hukum (yaitu Manawiyah)

    Sifat Maani ini maujud pada zihin dan maujud pula pada kharij, ada tujuh perkara:

    1. QUDRAT artinya Kuasa, Takluk pada segala mumkinun2. IRADAT artinya Menentukan, takluk pada segala mumkinun3. ILMU artinya Mengetahui, takluk pada segala yang wajib, mustahil dan ja'iz bagi aqal.4. HAYAT artinya Hidup, tiada takluk, tetapi syarat bagi aqal kita menerima adanya sifat-

    sifat yang lain.

    5. SAMA artinya Mendengar, takluk pada segala yang maujud.6. BASYAR artinya Melihat, takluk pada segala yang maujud.7. KALAM artinya Berkata-kata

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    1. Qudrat artinya KuasaAdapun hakikat Qudrat itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zatAllah Taala, maka dengan Dia mengadakan dan meniadakan bagi segala mumkin muafakat

    dengan Iradat-Nya. Adapun arti mumkin itu barang yang harus adanya atau tiadanya

    Adapun mumkin itu empat bahagi:

    a. Mumkin Maujuud badal adum, yaitu mumkin yang pada masa sekarang, dahulu tiada,seperti: langit, bumi dan kita semuanya.b. Mumkin Madum badal wujud, yaitu mumkin yang tiada pada masa sekarang ini

    dahulunya ada, seperti: nabi Adam as, dan datok-datok nenek kita yang sudah tiada.

    c. Mumkin sayuzad, yaitu mumkin yang akan datang seperti hari kiamat, syurga dan neraka.d. Mumkin Ilmu Allah annahu lamyujad, yaitu mumkin yang didalam Ilmu Allah Taala,

    tetapi tiada dijadikan seperti hujan emas, Air laut rasanya manis, dan banyak yang lain lagi.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    26/43

    Lawannya Ujdzun artinya lemah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan

    Allah Taala itu lemah, karena jikalau Ia lemah niscaya tiadalah ada alam ini karena yang lemah

    itu tiada dapat memperbuat suatu perbuatan. Maka sekarang alam ini telah nyata adanyabagaimana yang kita lihat sekarang ini, maka menerimalah aqal kita wajib diterima aqal, bagi-

    Nya bersifat Qudrat dan mustahil lawannya Ujdzun.

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wallahu ala kulli saiin-qodir, artinya AllahTaala itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Tetaplah dalam Hakikat Qudrat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahuluuntuk menafikan apa-apa yang tiadapatut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal

    Allah Taala.

    Qudrat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan lemah.

    Qudrat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan lemah.

    Qudrat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,maha suci dari sekalian misal.

    Qudrat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiadameminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.

    Qudrat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)

    dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

    2. Iradat artinya MenentukanAdapun hakikat Iradat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat AllahTaala maka dengan Dia menentukan sekalian mumkin adanya atau tiadanya,muafakat dengan

    Ilmu-Nya.

    Adapun Iradat Allah Taala menentukan enam perkara:a. Menentukan mumkin itu Ada atau tiadanya

    b. Menentukan Tempat mumkin itu

    c. Menentukan Jihat mumkin itud. Menentukan Sifat mumkin itu

    e. Menentukan Qadar mumkin itu

    f. Menentukan Masa mumkin itu

    Lawannya Karahat artinya tiada menentukan atau tiada berkehendak, yaitu mustahil tiada

    diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Allah Taala itu tiada menentukan atau tiada

    berkehendak, karena jikalau tiada Ia menentukan atau tiada Ia berkehendak mengadakan alam iniatau meniadakan alam ini niscaya tiadalah baharu (Berubah) alam ini maka sekarang alam ini

    telah nyata adanya perubahan, ada siang ada malam, ada yang datang ada yang pergi, seperti

    yang telah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri, maka menerimalah aqal kita wajib bagi

    Allah Taala bersifat Iradat dan mustahil lawannya Karahat.

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: faallu limaa yuriy d, artinya berbuat Allah

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    27/43

    Taala dengan barang yang ditentukan-Nya.

    Adapun Iradat dengan amar dan nahi itu tiada berlazim karena:Ada kalanya disuruh tetapi tiada dikehendaki seperti Abu jahal, Abu lahab dan segala

    pengikutnya.

    Ada kalanya disuruh dan dikehendaki seperti Abu Baqar dan segala sahabat yang lain.Ada kalanya tiada disuruh dan tiada dikehendaki seperti kafir yang banyak.Adakalanya tiada disuruh tetapi dikehendaki seperti mengerjakan yang haram dan makruh

    seperti Nabi Adam as dan Hawa.

    Tetaplah dalam Hakikat Iradat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu

    untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal

    Allah Taala.

    Iradat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan Karahat.

    Iradat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan Karahat.

    Iradat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,maha suci dari sekalian misal.

    Iradat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiadameminta tolong pada sesuatu, dan tiada mengambil faedah.

    Iradat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)

    dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

    3. Ilmu artinya MengetahuiAdapun hakikat Ilmu itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat AllahTaala maka dengan Dia Mengetahui pada yang wajib, pada yang mustahil, dan pada yang harus.

    Adapun yang wajib itu zat dan sifatNya, maka mengetahui Ia zatNya dan sifatNya yang Kamalat.

    Adapun yang mustahil itu yaitu yang menyekutui ketuhanannya atau yang kekurangan baginya

    maka mengetahui Ia tiada yang menyekutui bagi ketuhanan-Nya dan yang kekurangan pada-Nya.

    Adapun yang harus itu sekalian alam ini maka mengetahui Ia segala perkara yang ada pada masa

    sekarang ini, segala perkara yang sudah tiada dan segala perkara yang akan diadakan lagi dan

    tiada terdinding yang dalam Ilmu-Nya sebesar jarah jua pun, semuanya diketahui-Nya denganIlmu-Nya yang Qadim

    Lawannya Jahil, artinya bodoh, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia

    Jahil atau bodoh karena jikalau ia Jahil atau bodoh niscaya tiadalah teratur atau tersusun segalapekerjaan didalam alam ini maka sekarang alam ini telah teratur dan tersusun dengan baiknya,

    maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala bersifat Ilmu dan mustahil lawannya Jahil

    atau bodoh.

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: wallahu bikulli syaiin alimun, artinya Allah

    Taala mengetahui tiap-tiap sesuatu.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    28/43

    Tetaplah dalam Hakikat Ilmu itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu

    untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afalAllah Taala.

    Ilmu Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan jahil. Ilmu Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan jahil.

    Ilmu Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,

    maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.

    Ilmu Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada meminta

    tolong pada sesuatu.

    Ilmu Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun) dan

    tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

    4. Hayat artinya Hidup

    Adapun hakikat Hayat itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat AllahTaala, maka dengan Dia zohirlah sifat yang lain-lain.

    Lawannya maut artinya mati, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali dikatakan Ia mati

    karena jikalau Ia mati niscaya tiadalah ada sifat yang lain seperti Qudrat, Iradat dan Ilmu maka

    menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala bersifat hayat dan mustahil lawannya maut.

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam Al Quran: huwal hayyuladzii laa yamuut, artinya Dia yang

    Hidup yang tiada mati.

    Tetaplah dalam Hakikat Hayat itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu

    untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal

    Allah Taala.

    Hayat Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan maut.

    Hayat Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan maut.

    Hayat Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,

    maha suci dari sekalian misal.

    Hayat Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada

    meminta tolong pada sesuatu.

    Hayat Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)

    dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain)

    5. Sami artinya MendengarAdapun hakikat Sami itu yaitu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat Allah

    Taala, maka dengan Dia mendengar segala yang mawujud sama ada yang mawujud itu Qadimatau Muhadas.

    Adapun mawujud yang Qadim yaitu dzat dan Sifat-Nya, maka mendengar Ia akan Kalam-Nya

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    29/43

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    30/43

    Adapun dalilnya firman-Nya dalam AlQuran: wallahu bashirun bimaa tamaluun, artinya Allah

    Taala itu melihat apa yang kamu kerjakan.

    Tetaplah dalam Hakikat Bashir itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu

    untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal

    Allah Taala.

    Bashir Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan buta.

    Bashir Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiri dengan buta.

    Bashir Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,

    maha suci dari sekalian misal, dan tiada terdinding.

    Bashir Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada

    meminta tolong pada sesuatu.

    Bashir Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)

    dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

    7. Kalam artinya Berkata-kataAdapun hakikat Kalam itu satu sifat yang Qadim lagi azali yang sabit berdiri pada zat AllahTaala, maka dengan Dia berkata-kata pada yang wajib seperti firman-Nya: falam annahu

    laailahaillalah, artinya ketahui oleh mu bahwasanya tiada tuhan melainkan Allah, dan berkata-

    kata pada yang mustahil dengan firman-Nya: laukana fiyhima alihatun illallah lafasadatu, artinya

    jikalau ada tuhan yang lain selain daripada Allah maka binasalah segala-galanya. dan berkatapada yang harus dengan firman-Nya: wallahu holaqokum wamaa tamaluun, artinya Allah Taala

    jua Yang menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.

    Lawannya Bukmum, artinya kelu atau bisu yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali

    dikatakan Ia bisu atau kelu karena jikalau Ia bisu atau Kelu tiadalah dapat Ia menyuruh atau

    mencegah dan menceritakan segala perkara seperti hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.

    Maka sekarang suruh dan cegah itu ada pada kita seperti suruh kita sembahyang dan cegah kitaberbuat masiat. Maka menerimalah aqal kita wajib bagi Allah Taala itu bersifat Kalam dan

    mustahil lawannya bukmum, kelu atau bisu. Adapun dalilnya friman-Nya dalam Al Quran: wa

    kallamallaahu muusa taqlimaan, artinya berkata-kata Allah Taala dengan nabi Musa as dengansempurna kata.

    Adapun Kalam Allah Taala itu satu sifat jua tiada Ia berbilang tetapi berbagi-bagi dipandangdari segi perkara yang dikatakan-Nya apabila Ia menunjukkan kepada suruh maka dinamakan

    amar seperti suruh sembahyang dan puasa dan lain-lain, jika Ia menunjukkannya kepada cegah

    atau larangan maka dinamakan nahi seperti cegah berjudi., minum arak dan lain-lain, jika Ia

    menunjukkan pada cerita dinamakan akhbar, seperti cerita raja Firaun , Namrudz, dan lain-lain.jika Ia menunjukkan pada khabar gembira dinamakan Waad seperti balas syurga pada orang

    beriman dan taat dan lian-lain, jika Ia menunjukkan pada khabar menakutkan maka dinamakan

    Waid, seperti janji balas neraka dan azab bagi orang yang berbuat maksiat dan kafir.

    Tetaplah dalam Hakikat Kalam itu difahami dengan memahami sifat Salbiyah terlebih dahulu

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    31/43

    untuk menafikan apa-apa yang tiada patut dan tiada layak pada dzat, pada sifat dan pada afal

    Allah Taala.

    Kalam Allah Taala Qadim atau sedia, tiada diawali dengan kelu.

    Kalam Allah Taala Baqa atau Kekal, tiada diakhiridengan kelu.

    Kalam Allah Taala itu Mukhalafatuhu lil hawadits, atau bersalahan dengan yang baharu,maha suci dari sekalian misal, tiada terdinding dan tiada berhuruf atau bersuara.

    Kalam Allah Taala itu Qoimumbizzatihi atau berdiri pada zat Allah Taala, tiada

    meminta tolong pada sesuatu.

    Kalam Allah Taala itu Wahdaniyah, atau Esa, tiada kamuttassil (Berhubung/bersusun)

    dan tiada kamumfasil (tiada bercerai dengan sifat yang lain).

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian IV: Sifat Manawiyah

    Adapun hakikat sifat manawiyah itu: hiyal halul wajibatu lidzati madaamati lidzati muallalatibiillati, artinya hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu dikarenakan suatu karena yaitu

    Maani, umpama berdiri sifat Qudrat pada dzat maka baru dinamakan dzat itu Qadirun, artinyaYang Kuasa, Qudrat sifat Maani, Qadirun sifat Manawiah maka berlazim-lazim antar sifat

    Maani dengan sifat Manawiah, tiada boleh bercerai yaitu tujuh sifat pula:

    1. QADIRUN, artinya Yang Kuasa, melazimkan Qudrat berdiri pada dzat2. MURIIDUN, artinya Yang Menentukan maka melazimkan Iradat yang berdiri pada dzat3. ALIMUN, artinya Yang Mengetahui maka melazimkan Ilmu yang berdiri pada dzat4. HAYYUN, artinya Yang Hidup melazimkan Hayyat yang berdiri pada dzat

    5. SAMIUN, artinya Yang Mendengar melazimkan Sami yang berdiri pada dzat6. BASIRUN, artinya Yang Melihat melazimkan Basir yang berdiri pada dzat7. MUTTAKALLIMUN, artinya Yang Berkata-kata melazimkan Kalam yang berdiri pada

    dzat

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian V: Sifat Istighna

    Artinya sifat Kaya, Hakikat sifat Istighna: mustaghniyun angkullu maa siwahu, artinya Kaya

    Allah Taala itu daripada tiap-tiap yang lain.

    Apabila dikatakan Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap yang lain, maka wajib bagi-Nya bersifatdengan sebelas (11) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sebelas (11) sifat itu maka tiadalah

    dapat dikatakan Kaya Allah Taala daripada tiap-tiap yang lainnya.

    Adapun sifat wajib yang 11 itu ialah:

    Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu lil khawaditsi, Kiyamuhubinafsihi, Sami, Basir, Kalam,

    Samiun, Basirun dan Muttakalimun.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    32/43

    Selain sebelas (11) sifat yang wajib itu ada tiga (3) sifat yang harus (Jaiz) yang termasuk pada

    sifat Istighna yaitu

    1. Mahasuci dari pada mengambil faedah pada perbuatan-Nya atau pada hukum-Nya,lawannya mengambil faedah, yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena

    jikalau mengambil faedah tiadalah Kaya Ia daripada tiap-tiap yang lainnya karena lazimdiwaktu itu berkehendak Ia pada menghasilkan hajat-Nya

    2. Tiada wajib Ia menjadikan alam ini. Lawannya wajib yaitu mustahil tiada diterima olehaqal sekali-kali karena jikalau wajib Ia menjadikan alam ini tiadalah Ia Kaya daripadatiap-tiap yang lainnya, karena lazim diwaktu itu berkehendak Ia kepada yang

    menyempurnakan-Nya

    3. Tiada memberi bekas suatu daripada kainat-Nya dengan kuatnya. Lawannya memberibekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi sesuatudaripada kainat-Nya dengan kuatnya tiadalah Kaya Ia pada tiap-tiap yang lainnya karena

    lazim diwaktu itu berkehendak Ia mengadakan sesuatu dengan wasitoh

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bahagian VI: Sifat Ifthikhor

    Artinya sifat berkehendak: hakikat sifat Ifthikhor: wamuftaqirun ilaihi kullu maa adaahu, artinyaberkehendak tiap-tiap yang lainnya kepada-Nya.

    Apabila dikatakan berkehendak tiap-tiap yang lain kepada-Nya maka wajib bagi-Nya bersifat

    dengan sembilan (9) sifat, jikalau kurang salah satu daripada sembilan (9) sifat ini maka tiadalahdapat berkehendak tiap-tiap yang lainya kepada-Nya,

    Adapun sifat wajib yang sembilan (9) itu adalah:

    1. Qudrat2. Iradat3. Ilmu4. Hayat5. Qodirun6. Muridun7. Alimun8. Hayyun

    9. Wahdaniah

    Selain dari sembilan (9) sifat yang wajib itu ada dua (2) sifat yang harus termasuk pada sifat

    Ifthikhor:

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    33/43

    1. Baharu sekalian alam ini. Lawannya Qodim yaitu mustahil tiada diterima oleh aqalsekali-kali karena jikalau alam ini Qodim tiadalah berkehendak tiap-tiap yang lainnya

    kepada-Nya karena lajim ketika itu bersamaan derejat-Nya2. Tiada memberi bekas sesuatu daripada kainatnya dengan tobiat atau dzatnya. Lawannya

    memberi bekas yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena jikalau memberi

    bekas sesuatu daripada kainat dengan tobiat niscaya tiadalah berkehendak tiap-tiap yanglain kepada-Nya karena lajim ketika itu terkaya sesuatu daripadaNya.

    Maka sekarang telah nyata pada kita bahwa duapuluh delapan (28) sifat Istighna dan duapuluhdua (22) sifat Ifthikhar maka jumlahnya jadi limapuluh (50) 'akaid yang terkandung didalam

    kalimah laa ilaha ilallaah, maka jadilah makna hakikat laa ilaha ilallaah itu dua: laa

    mustaghniyun angkullu maasiwahu, artinya tiada yang kaya dari tiap-tiap yang lainnya dan wa

    muftaqirun ilaihi kullu maadahu, artinya dan berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.

    Ini makna yang pertama maka daripada makna yang dua itu maka jadi empat (4):

    1. Wajibal wujud, yaitu yang wajib adanya.2. Ishiqoqul ibadah, yaitu yang mustahak bagi-Nya ibadah3. Kholikul 'alam, yaitu yang menjadikan sekalian alam4. Maghbudun bihaqqi, yaitu yang disembah dengan sebenar-benarnya.

    Ini makna yang kedua maka daripada makna yang empat (4) itu jadi satu (1) yaitu:

    Laa ilaha ilallaah, Laa mabudun ilallah, artinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya

    melainkan Allah.

    Ini makna yang ketiga penghabisan maka jadilah kalimah laa ilaha ilallaah itu menghimpun nafi

    dan isbat

    Adapun yang dinafikan itu sifat Istighna dan sifat Ifthikhor berdiri pada yang lain dengan

    mengatakan: laa ilaha dan diisbatkan sifat Istighna dan sifat Ifthikhor itu berdiri pada dzat Allah

    Taala dengan mengatakan kalimah Ilallaah

    Laa= nafi,Ilaha= menafi, ila= isbat, Allah= meng-isbat

    Yang kedua kalimah laa ilaha ilallaah itu nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafisepeti sabda nabi : laa yufarriqubainannafi wal-isbati wamamfarroqu bainahumaa fahuwa

    kaafirun, artinya Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan barang siapa menceraikan kafir.

    Seperti asap dengan api. Asap itu bukan api dan asap itu tidak lain daripada api. Asap tetap asap

    dan api tetap api: tetapi asap itu menunjukkan ada api inilah artinya nafi mengandung isbat danisbat mengandung nafi. Tiada bercerai dan tiada bersekutu.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    SIFAT-SIFAT KERASULAN

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    34/43

    Adapun sifat yang wajib bagi rasul itu empat (4) perkara dan yang mustahil padanya empat (4)

    sifat pula dan yang harus padanya satu (1) sahaja:

    1. Siddiq, artinya Benar, lawannya Qizib, artinya Dusta yaitu mustahil2. Amanah, artinya Kepercaan, lawannya Hianat, artinya Tiada Kepercayaan yaitu mustahil

    3. Tabligh, artinya Menyampaikan, lawannya Qitman, artinya Menyembunyikan yaitumustahil4. Fathonah, artinya Cerdik Bijaksana, lawannya Biladah, artinya Jahil yaitu mustahil

    Adapun yang harus padanya satu (1) sahaja, yaitu: 'Iradul basariyyah, artinya Berperangai

    dengan perangai manusia yang tiada membawa kekurangan seperti makan, minum beranak,beristri dan sebagainya, lawannya tiada 'Iradul basariyyah, yaitu Tiada Berperangai dengan

    perangai manusia yaitu mustahil tiada diterima oleh aqal sekali-kali karena kita telah mendengar

    banyak sekali sejarah atau riwayat nabi semasa hidupnya, istimewa pula orang yang sudah

    berjumpa dengannya seperti segala sahabatnya seperti Abu Bakar dan sahabat yang lain dan

    begitu juga segala musuhnya seperti Abu jahal dan Abu lahab

    dan ditambah lagi dengan empat (4) perkara pada rukun iman dan lawannya.

    Maka jadilah delapan belas (18) Aqaid yang terkandung didalam kalimah

    MuhammadurRasuulullaah

    1. Percaya akan Malaikatnya, lawannya Tiada percaya2. Percaya akan Kitab, lawannya Tiada percaya3. Percaya akan segala Rasul, lawannya Tiada percaya4. Percaya akan Hari Kiamat, lawannya Tiada percaya

    Empat (4) sifat yang wajib bagi rasul dan empat (4) sifat pula yang mustahil padanya dan satu(1) sifat yang harus padanya, lawannya satu (1) pula, ditambah dengan empat (4) pada Rukun

    Iman dan lawannya empat (4) pula maka dijumlahkan semuanya jadilah delapan belas (18)

    Aqaid yang terkandung didalam Sahadat Rasul, maka baharulah jadi Aqaidul Iman enam puluhdelapan (68) yang terkandung didalam Dua Kalimah Syahadat :

    Ashadu anllaa ilaha ilallah Wa Ashadu ana muhaammadarrasullullaah

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    AQAI'DUL IMAN

    Adapun Aqaidul Iman itu lima bahagi:

    1. Aqaidul Iman 50, yaitu dengan ringkas untuk mengesahkan iman kita dan wajibdiketahui bagi tiap-tiap orang islam yang baligh lagi beraqal laki-laki atau perempuan

    yang mula hendak mengerjakan ibadah kepada Allah Taala, jikalau tiada kitamengetahui Aqaidul Iman yang ringkas ini maka tiadalah syah ibadah kita kepada Allah

    Taala yaitu 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil dan 1 sifat yang harus maka

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    35/43

    dijumlahkan jadi 41 dan 4 sifat yang wajib bagi rasul dn 4 sifat pula yang mustahil dan 1

    sifat yang harus pada rasul maka jadi 9, maka dijumlahkan dengan 41, jadi 50 Aqaid

    2. Aqaidul Iman 603. Aqaidul Iman 644. Aqaidul Iman 66

    5. Aqaidul Iman 68

    Adapun Aqaidul Iman yang empat (4) kemudian ini untukmarifat yaitu untuk membedakandzat Allah Taala dengan dzat yang baharu, dan membedakan sifat Allah Taala dengan sifat

    yang baharu dan membedakan perbuatan Allah Taala dengan perbuatan yang baharu, maka

    kesemuanya itu benar, hanya perselisihannya pada Rukun Iman sahaja, setengahnya tiada

    dimasukkan Rukun Iman yang 4 perkara, maka jadi 60, setengahnya dimasukkan Rukun Imantetapi tiada dimasukkan lawannya, maka jadi 64, dan setengahnya dimasukkan Rukun Iman yang

    4 perkara dan lawannya , maka jadilah 68 dan yang 66 tiada masyhur sebab tiada dimasukkan

    satu (1) sifat yang wajib bagi Rasul dan lawannya maka inilah sebab menjadi 66.

    Maka baharulah jadi Syahadat itu dua (2) bahagi:

    1. Syahadat Tauhid, yaitu Ashadu anllaa ilaha ilallah2. Syahadat Rasul, yaitu Ashadu ana muhammadarrasuulullaah

    Adapun Fardhu Syahadat itu dua perkara:

    1. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah2. Ditasdiqkan makna itu kedalam hati

    Syarat Syahadat itu empat perkara:

    1. Diketahui apa isi didalam dua kalimah itu2. Diikrarkan dua kalimah itu dengan lidah3. Ditasdiqkan maknanya itu kedalam hati4. Diyakinkan sungguh-sungguh didalam hati

    Rukun Syahadat itu empat perkara:

    1. Mengisbatkan dzat Allah Taala dzat yang wajibal wujud2. Mengisbatkan sifat Allah Taala sifat yang kamalat atau sifat yang kesempurnaan3. Mengisbatkan afal Allah Taala memberi bekas dan yang berlaku dalam alam ini semua

    perbuatannya4. Mengisbatkan kebenaran Rasulullah dan Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    36/43

    Kesempurnaan Syahadat itu empat (4) perkara:

    1. Diketahui2. Diikrarkan dengan lidah

    3. Ditasdiqkan maknanya didalam hati4. Diamalkan dari dalam hati hingga melimpah keseluruh anggota

    Yang Membinasakan Syahadat itu empat (4) perkara:

    1. Syak hatinya pada Allah Taala2. Menduakan Allah Taala3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Taala4. Tiada mengisbatkan dzat, sifat dan afal Allah Taala dan kebenaran Rasul

    Adapun dzikir itu tiga (3) bahagian

    1. Dzikir lidah yaitu: Laa ilaha ilallah2. Dzikir hati yaitu: Allah3. Dzikir sirr yaitu: Huwa

    Adapun Laa ilaha ilallaah dzikir orang Syariat

    Adapun Allah... Allah... dzikir orang Tarikat

    Adapun Huwa Huwa dzikir orang Hakikat

    Laa ilaha ilallaah itu makanan Jasmani

    Allah Allah itu makanan QalbuHuwa Huwa itu makanan Ruhani

    ALLAHAlif = DzatLam = Sifat

    Lam = Afal

    Ha = Asma

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Taharah / Bersuci

    1. Definisi:

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    37/43

    i) Dari segi bahasa : Suci dan bersihii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.

    2. Taharahialah anak kunci dan syarat sah salat.

    3. Hukumtaharah ialah WAJIBdi atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.

    4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat11 yang bermaksud :

    " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamudengannya... "

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

    " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "

    5. Tujuantaharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.

    6. Hikmahdisuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalahperbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah beradadi dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .

    7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakitserta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.

    8. Syaratwajib taharah ialah :

    Islam

    Berakal Baligh Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ). Tidak lupa

    Tidak dipaksa Berhenti darah haid dan nifas Ada air atau debu tanah yang suci. Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

    9. Taharah adalah sebagai buktibahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.

    10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firmanAllah:

    025.048

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    38/43

    Maksudnya :"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "

    11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagaiganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.

    12. Jelasnya, alatalat untuk bersuci itu ialah:

    Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat.Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

    o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yangmenjadi cair dan air embun.

    o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripadamata air, air perigi, air sungai dan air laut.

    Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengansesuatu. Firman Allah:

    004.043

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggakamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalamkeadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit ataudalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudiankamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamudan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Nisa, 4:43)

    3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannyasekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau

    rosak.

    4.Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    39/43

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Pembahagian Jenis Air

    Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:

    1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

    a) Air Mutlaq:

    Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannyayang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

    Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lamaterbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnyamengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkaratersebut .

    Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yangbermaksud :

    "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalammasjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamudisuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

    Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalahdalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

    b) Air Musyammas:

    iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak

    pada pakaian.

    Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitupada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat sepertibesi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuihbadan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullahs.a.w. yang bermaksud :-

    "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telahbersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyahsesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat

    Baihaqi)

    2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. Ia terbahagi kepada dua:

    a) Air Musta'amal:

    Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya denganperkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    40/43

  • 8/11/2019 HURAIAN SIFAT ILMU

    41/43

    1. Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin2. Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.3. Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan

    tempat yang berukuran 60 x 60 cm.

    ~~~~~~~ oOo ~~~~~~~

    Bersugi (Bersiwak)

    1. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

    2. Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntutialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.

    3. Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yangberpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah