HUraian ujian warna.doc

download HUraian ujian warna.doc

of 3

Transcript of HUraian ujian warna.doc

HURAIAN PERSONALITI MANUSIA

HURAIAN PERSONALITI MANUSIA

( MENGIKUT WARNA )

SEMASA KANAK KANAK

Saya rasa, jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin pelajaran.

Saya belajar dengan membuat dan mengalami dan bukannya membaca atau mendengar.

Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan / seronak.

EMAS

Saya perlu menghormati pihak berkuasa, sangat bertanggungjawab .

Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia.

Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan.

Saya seorang peneliti, bersifat wajar, menghormati masa, dan mahu dianggap seorang yang berguna.

Selain setia, saya juga stabil dan ada aturan / sistematik.

Saya menghargai hidup berkeluarga , tradisi dan rumah tangga.

Selalu mengambil endah tentang sesuatu, memberi perhatian dan bersifat konkrit, bersifat keibubapaan.

Secara semulajadi, saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam dan penolong.

DI TEMPAT KERJA

Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja itu.

Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang memerlukan perincian dan sanggup bekerja keras membuat.

Saya dianggap sebagai tulang belakang organisasi.

Saya percaya bahawa kita mesti bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.

Kerja ikut aturan, bekerjasama dan ikut kebiasaan.

SEMASA KANAK KANAK

Saya sentiasa mahu mengikut undang-undang dan peraturan sekolah

Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa dan rasa selesa dengan rutin pelajaran.

Saya rasa dapat menyesuaikan diri dengan mudah(jika dibandingkan dengan pelajar lain) dalam sistem sekolah.

BIRU

Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen / benar.

Seorang yang bersimpati, berperibadi dan ghairah.

Selalu mencari makna dalam kehidupan.

Inginkan perhubungan yang mesra, mengasihani.

Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.

Bersedia dan sanggup berbicara untuk memberikan penerangan.

Mesra, taat, menyayangi, baik hati, mudah terasa dan lemah lembut.

Orang yang memberi ilham, suka berkarya.

Bersemangat dan riang gembira, imaginatif.

Seorang poetis, pengasuh dan orang romantis yang semulajadi.

DI TEMPAT KERJA

Saya punyai dorongan yang kuat untuk pengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.

Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan profesion menolong orang lain.

Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

SEMASA KANAK-KANAK

Saya sangat imaginatif dan dapati agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam struktur sekolah.

Saya mahukan pengiktirafan dan tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya.

Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan. Tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.

HIJAU

Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.

Cenderung untuk mencipta, mereka sesuatu yang baru.

Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.

Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.

Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal.

Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.

Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.

Mempunyai cirri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.

DI TEMPAT KERJA

Seorang pemikir konsep yang bebas.

Kerja adalah suatu permainan.

Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang.

Suka merekacipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.

Apabila telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.

SEMASA KANAK-KANAK

Saya seperti lebih tua dari umur saya daripada segi pemikiran.

Fokus saya ialah kepada perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.

Saya tidak sabar dengan kaedah latih-tubi atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain.

Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar daripada mereka.

JINGGA

Bertindak secara spontan, pandai berjenaka, pintar dan menawan.

Menganggap hidup sebagai satu permainan.

Seorang yang cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada.

Sukakan persaingan, tabah menghadapi sesuatu,tidak gentar.

Kadang kala ambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh meninggalkan kesan yang mendalam.

Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka.

Gemar pada pengalaman yang luar biasa, lain dari yang lain, membahayakantetapi menyeronokkan.

Sukakan kegembiraan / keseronokan, gurau senda atau apa juga yang merangsangkan.

DI TEMPAT KERJA

Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.

Berpuashati dalam kerja yang memberikan kebebasan dan juga dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan.

Saya seorang pelaku ( perfomer ) yang semulajadi.

SEMASA KANAK KANAK

Saya rasa, jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin pelajaran.

Saya belajar dengan membuat dan mengalami dan bukannya membaca atau mendengar.

Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal.

Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan / keseronokan.