Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.doc

download Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.doc

of 4

Transcript of Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.doc

Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm novel Melunas Rindu.

Berdasarkan novel yang bertajuk Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, terdapat beberapa teknik penceritaan yang telah digunakan oleh pengarang.

Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik imbas kembali. Teknik ini dapat dibuktikan melalui peristiwa ketika di persisiran Pantai Batu Buruk, Fuad terkenang masa lampaunya. Dia terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik. Dia juga teringat kata-kata nista orang kampung dan dibenci oleh Mak Salmah apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia. Contoh peristiwa lain yang menggunakan teknik imbas kembali ialah apabila ibu Farhana teringat kembali akan arwah suaminya, Fakhrudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan pada ususnya.

Teknik seterusnya ialah teknik pemerian. Antara contoh penggunaan teknik pemerian termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di ruang legar balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengarang memerihalkan keriuhan suara orang ramai yang menghantar saudara mara dan rakan-rakan menunaikan umrah di Mekkah. Selain itu, pengarang menggambarkan kesibukan Bandar Kuala Terengganu dengan kenderaan yang bertali arus sehingga berlaku kesesakan di jalan utama.

Teknik penceritaan yang terakhir ialah teknik monolog dalaman. Teknik monolog dalaman ini digunakan melalui watak Fuad iaitu ketika Fuad hendak tidur. Dia teringat akan wang yang dimasukkan oleh bapanya ke dalam akaun simpanannya. Fuad mengucapkan terima kasih kepada bapanya di dalam hatinya. Contoh lain ialah ketika Fuad berada di Pantai Batu Buruk. Fuad berkata di dalam hatinya bahawa dia kakan datang ke pantai itu lagi.Maksud Istilah Jenis-jenis Teknik Plot1) Teknik Pemerian : kaedah penceritaan langsung daripada pengarang sendiri. Biasanya untuk menggambarkan perihal watak, latar dan sebagainya.2) Teknik Dialog : Teknik yang memerlukan sekurang-kurangnya dua watak. Tema sesuatu karya biasanya dapat dikesan melalui teknik ini.3) Teknik Imbas Kembali : watak mengenang kembali peristiwa yang berlaku dan boleh dilakukan menerusi khayalan, monolog, atau monolog dalaman.4) Teknik Imbas Muka : Teknik yang digunakan untuk memberikan ramalan atau bayangan awal tentang sesuatu peristiwa ekoran aksi-aksi daripada watak.5) Teknik Saspen : Teknik yang menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada pembaca@penonton berkenaan peristiwa yang akan berlaku kepada watak.6) Teknik Kejutan : Perubahan mendadak yang berlaku secara tiba-tiba dalam binaan plot. Secara kebiasaannya, kesan yang timbul daripada teknik ini berlainan dengan jangkaan pembaca/penonton.

Teknik Plot Melunas Rindua) Dialog Contoh, serta-merta Fuad bingkas. "Kita ke kliniklah. Aku cari kereta dulu. Sementara tu kau bolehlah bersiap, Masnah sekali." Begitu arahnya tiba-tiba, menjadikan Borhan dan Masnah sedikit terping-pinga. [hal.7]b) Pemerian Contoh, Fuad memandu kira-kira seratus meter sebelum berhenti di hadapan sebuah masjid. Mereka keluar bersama-sama, kemudian berpisah arah. Fuad di bahagian lelaki, Farhana pula sebaliknya. [hal 77]c) Monolog Dalaman Contoh, "Ya Allah ya Tuhanku, tabahkanlah hati hamba-Mu ini," doanya tiba-tiba. [hal.181]d) Imbas Kembali Contoh, tergamam Swee Lan. Pantas ingatannya berlabuh kepada peristiwa lebih setahun yang lalu apabila dalam suasana gelab beginilah Joshua pulang. Malam ini peristiwa itu ibarat sebuah siaran ulangan tetapi benar-benarkah hal itu berulang? [hal.85]e) Imbas Muka Contoh, moga bertahanlah dia dengan sikapnya itu, doa Cikgu Abas. Besar harapannya untuk melihat Fuad bahagia. Bukan sedikit kegirangannya apabila melihat betapa akrabnya Fuad dan Farhana selama ini. Mereka memang sepadan - sama cantik sama berpelajaran, boleh berbincang dan ada kesesuaian. Kalaulah mereka ada jodoh, alangkah bagusnya. Tentulah mereka juga akan menjadi sepasang sahabat yang baik. Jauh pula khayalanCikgu Abas.[hal.120]f) Saspens Contoh, dia memasukkan kad ATM-nya ke dalam mesin wang itu lalu menekan butang penyata baki. Sebentar kemudian, angka-angka yang beberapa hari lalu telah dilihatnya, sekali lagi tertera dengan jelas di hadapannya. Lebih dua ratus ribu ringgit! Cepat-cepat kad ATM-nya dikeluarkan, tanpa membuat sebarang pengeluaran. [hal.7-8]g) Kejutan Contoh, setelah berasa bosan duduk-duduk begitu, Fuad bangun lalu mundar-mandir di hujung katil. Waktu itulah dia tertoleh kepada kad rawatan ibu Farhana yang terletak di atas meja. Kad itu diambil oleh Fuad. Mariana? Mariana Binti Osman? Bukankah...? [hal.180]

A) TEKNIK PLOTSecara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Kabus di Perbukitan ini mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa secara teratur. Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu pula menghidap kanser. Mereka berjumpa di hospital tanpa bertentang mata. Faridah kehilangan Rahayu kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia kembali ke kampung halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga dengan Anne. Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang sama dengan Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma terdapat beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca mengetahui sejarah hidup Faridah.Dalam novel Kabus di Perbukitan ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik plot utama dalam novel ini. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini. Antara teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah imbas kembali kisah pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet Seri Buana di Pengkalan Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin pula dengan Hamidah ketika bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya mengambil Rahayu tinggal bersamanya. Selain daripada itu pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa pertemuan Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan dengan ibu yang selama ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus menambahkan lagi rasa sayu Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk kegemaran Rahayu. Pengarang juga menyelitkan sedikit teknik imbas muka dalam novel ini. Antaranya imbas muka yang dibayangkan oleh Faridah saat van yang dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan terjunam ke dalam gaung. Dia membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima jenazahnya nanti. Dia membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga imbas muka yang dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila dia mengetahui pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia. Apabila dia melihat katil di sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia juga membayangkan katilnya akan dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti. Semasa katilnya dikemaskan, orang di sebelah katilnya pula akan akan merasa seperti apa yang dia rasakan ketika itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman 53 apabila Rahayu membayangkan hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan kepada Azrul bahawa cinta mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul. Dia tidak akan mempu melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi juga pada satu hari nanti.Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami oleh Faridah kerana Faridah didapati hilang dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari dan penyelamat. Perasaan suspens juga dirasai oleh watak dalam novel seperti Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain. Pelbagai andaian telah dibuat tentang kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah kemungkinan angkara binatang buas dan komunis. Perasaan suspens terus dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui oleh Mejar (B) Kamarudin di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain daripada itu pembaca juga berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan Faridah. Rahayu sedang menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam hutan. Dalam keadaan itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu menghembuskan nafas terakhirnya. Persoalan itu terjawab apabila Rahayu dapat menatap wajah Faridah di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia. Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pengarang menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina dan Benny. Satu kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba setelah menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak plot dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat dengan kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia melarikan diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang memberikan isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka akan berpisah begitu cepat seperti itu. Satu lagi teknik menarik yang digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah teknik mimpi atau teknik bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang melalui watak Faridah. Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau peristiwa semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan Oqbal sesat di dalam hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di rumah Tuan Cecil Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah percutian pegawai Inggeris di sana dengan keadaan dingin dan berkabus. Sebenarnya kawasan rumah rehat itu sudah ditinggalkan dan hanya terdapat tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah berhalusinasi atau mengembara di bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan Sungai Kubu. Di situ Faridah telah menyaksikan aktiviti melombong dan mengangkut bijih timah serta aktiviti perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Melayu. Dia juga dalam menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan pelombong Cina.