i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang...
Transcript of i MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP · PDF file2.2 Kecederaan Traumatik pada ... seseorang...
i
MENGANALISIS PERKEMBANGAN OTOT BISEP MELALUI LATIHAN
ELBOW FLEXION TERHADAP DAYA PEMULIHAN
PESAKIT ERB’S PALSY.
KOAMATHI SUPRAMANIAM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sains Sukan)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MARCH 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :……………………………….
Nama Penulis : KOAMATHI SUPRAMANIAM
Tarikh : March 2004
iv
PENGHARGAAN
Salam Sejahtera dan Salam Pembukaan. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya penulis dapat menyiapkan tesis ini dengan masa yang
ditetapkan. Dalam ruangan ini penilis ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap yang terlibat dalam usaha penulis
menyiapkan tesis ini.
Terlebih dahulu penulis ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada P.M
Dr Abdul Hafidz bin Hj Omar selaku penyelia diatas dorongan dan tunjuk ajar yang
berkesan sehinggakan penulis dapat menghasilkan tesis ini.
Selain daripada itu, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada para
pensyarah Sains Sukan yang turut memberi sokongan dalam menjayakan kajian dan
tesis penulis.
Tidak terlupa kepada Dr Mariam, ketua Jabatan Pemulihan Anggota,
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang banyak membantu penulis dalam
menjalankan kajian dan menyiapkan kajian. Penulis ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada Dr Kamarulzaman bin Ismail, Pakar Orthopedic dan Dr. Sally
Chew Seow Lee, Ahli Fisioterapi dari Hospital Pakar Metro Sungai Petani atas
bantuan yang diberikan sepanjang penulis menjalankan kajian.
Seterusnya, penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Fatmi
Shah yang merupakan subjek utama kajian yang banyak memberi kerjasama kepada
penulis dalam menyiapkan kajian. Selain itu kepada rakan-rakan sample juga penulis
merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ibu bapa, Pn Jayanthi dan En Supramaniam
dan adik Sathia Rau dan Shaagan yang sentiasa memberi
sokongan dan perangsang. Perhatian dan segala kerjasama amat
dihargai. Teristimewa buat nenek tersayang.
Buat adik-adik tersayang kakak berharap agar adik-adik akan
turut ke menara gading dan berjaya .
Buat kekasih tercinta Ravendran, sokongan dan nasihat mu
sangat berharga dan segala bantuan yang diberikan kepada
saya dalam menyiapkan kajian tidak dapat ku lupai.
Segala kerjasama yang diberikan saya membalas dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Buat sahabat Saraswathy segala kenangan bersama akan
memdorong saya untuk lebih maju.
v
Kepada rakan-rakan kumpulan iaitu Angeline Jumpo, Noraziah Mohd
Bashari dan Nik Aktarulhaq bin Nik Abdul Rahman yang banyak bertungkus lumus
dalam menyiapkan kajian bersama dengan penulis. Penulis ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada mereka atas kerjasama, bantuan yang diberi sepanjang
kajian dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan tesis ini.
vii
ABSTRACT
This research is about a physical illness regarding nerve injuries involve
clavicle 5, clavicle 6, clavicle 7, clavicle 8 and thoracic 1. Brachial Plexus Palsy,
Erb’s Palsy and Klumpke’s Palsy are types of injuries involve this nerves. This
research is an experimental to obtain the improvement of biceps muscle regarding
effective of elbow flexion exercise to see convalesce at Erb’s Palsy patient. This
testament had done in Universiti Teknologi Malaysia itself. There are eleven
samples in this reseach. Ten of them are Sports Science student and a Erb’s Palsy
patient. The research is done to observe about muscle contraction after elbow
flexion exercise and conformed that the patient were neuroma. The training was
done using elbow flexion exercise for 5 weeks long and 40 times of repetition and
done 3 times a week. From the result, there are improvement at bicep muscle. From
the T test there have development in muscle by significant 0.05. As a result, there
are development in biceps muscle . Hopefully this research can be useful to most of
the people to know more about Erb’s Palsy
viii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak vi
Abstract vii
Isi Kandungan viii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Hipotesis 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 10
1.9 Penutup 14
ix
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kecederaan Traumatik pada
Brachial Plexus 15
2.3 Kecederaan Brachial Plexus 16
2.4 Electromyography 20
2.5 Erb’s Palsy 22
2.6 Klumpke’s Palsy 24
2.7 Penutup 24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Pemilihan Subjek Kajian 27
3.4 Instrumentasi Kajian 28
3.5 Prosedur Kajian 30
3.6 Pengumpulan Data 34
3.7 Penganalisaan Data 34
3.8 Penutup 35
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Diskriptif 37
4.3 Analisis Inferensi 50
x
4.4 Penutup 52
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 54
5.3 Masalah Yang Dihadapi 56
5.4 Kesimpulan 57
5.5 Cadangan-cadangan 58
5.6 Penutup 59
6 RUJUKAN 60-62 7 LAMPIRAN 63-94
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Mentah Bagi Umur dan Berat Badan
Sample Normal 37
4.2 Taburan Umur bagi Sample Normal 38
4.3 Taburan Berat Badan bagi Sample Normal 40
4.4 Bacaan Maksimun (mV), Bacaan Minimum (mV),
dan Bacaan P-P Sample Normal 42
4.5 Bacaan Ujian Pra bagi Sample Pesakit Erb’s Palsy 43
4.6 Bacaan Ujian Pos bagi Sampel Pesakit Erb’s Palsy 44
4.7 Bacaan Pra dan Pos Bacaan Kekuatan Maximum (mV)
bagi sample Pesakit 45
4.8 Bacaan Kekuatan Maksimum (mV) Otot Bisep Subjek
Bagi Ujian Pra dan Pos 49
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratusan umur bagi sample 39
Kawalan
4.2 Peratusan berat badan bagi
Sample kawalan 41
4.3 Bacaan pra dan pos kekuatan
Maksimum 46
4.3.1 Perbandingan Bacaan Pra dan pos
antara sample kawalan dan sample
pesakir Erb’s Palsy 48
4.4 Kawasan penerimaan dan penolakan
Hipotesis 50
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam kehidupan seharian manusia memang sudah masak dengan pelbagai
kerja. Tidak kiralah kerja yang dilakukan adalah berat atau ringan. Semasa
seseorang melakukan sebarang kerja unsur cedera tetap akan berlaku. Ini tidak
kiralah yang serius atau yang ringan.
Kecederaan yang berlaku boleh terjadi di mana-mana termasuklah tempat
kerja, di rumah, semasa bersukan atau dimana saja. Menurut statistik Polis Diraja
Malaysia 1980, Malaysia merupakan negara paling tinggi mempunyai kemalangan
diAsia. Kecederaan yang berlaku melibatkan kecederaan ringan dan parah adalah
sebanyak 20,403 kes, dan kecederaan ini melibatkan 45% penunggang motorsikal.
Selain daripada kemalangan jalan raya boleh menyebabkan kecederaan,
kegiatan sukan juga boleh menyebabkan kecederaan. Untuk mengelakkan
mengalami sebarang kecederaan, seseorang itu haruslah melakukan senaman
memanaskan badan supaya kecederaan dapat dielakkan. Untuk mengekalkan tahap
kesihatan yang baik senaman dilakukan 3 kali seminggu selama 30 minit ( Jabatan
Pemulihan Anggota Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 2003).
2
Dalam sukan juga boleh berlaku kecederaan, boleh dikatakan dalam semua
sukan kecederaan boleh berlaku tetapi ‘contact sports’ mempunyai kebarangkalian
yang tinggi kecederaan berlaku. Sebagai contoh, ragbi, bola sepak, hoki dan lain
lagi. Bagi mengelakkan kecederaan ini beberapa perkara telah dikenalpasti seperti
melakukan ‘warm up dan cool down’ dengan betul, mengenakan pakaian dan alat
yang sesuai, tempat bersukan yang selamat dan banyak lagi.
Dalam menjalankan aktiviti kesukanan, kecederaan adalah perkara biasa.
Kecederaan sukan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecederaan primer dan
kecederaan sekunder.
1. Kecederaan primer
a. Kecederaan secara tidak terus (indirect injury).
Kecederaan ini disebabkan oleh individu itu sendiri sebagai
contoh terlebih regangan (over-strech), tidak cergas dan juga
kecederaan lama.
b. Kecederaan secara terus (direct injury).
Kecederaan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti
hentakan, pukulan, perlanggaran dan terjatuh.
c. Kecederaan lebihan lasak (overuse injury).
Kecederaan yang disebabkan ketidaksesuaian atau berlebihan
penggunaan sesuatu anggota badan yang menyebabkan
berlaku tekanan dan tegangan pada tempat-tempat tertentu
seperti tulang, ligamen, otot dan lain-lain bahagian anggota
badan.
3
2. Kecederaan Sekunder
Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh kecederaan yang lama
di mana tiadanya rawatan yang rapi dan mencukupi. Individu
juga tidak memberi rehat yang cukup untuk kecederaan
tersebut pulih.
Daripada kedua-dua jenis kecederaan ini ia boleh dibahagikan pula kepada
tiga klasifikasi kecederaan mengikut struktur iaitu kecederaan tisu lembut,
kecederaan tisu keras dan kecederaan organ-organ khas atau kombinasi tisu-tisu.
Jabatan Pemulihan Anggota Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (2003),
telah mendefinisikan kecederaan sukan berlaku apabila satu daya yang dikenakan ke
atas bahagian badan yang melebihi keupayaan badan.
Dalam laporan dari American Society for the Hand (2001), mengatakan saraf
yang bercabang dari saraf tunjang menuju ke lengan, tangan dan jari adalah melalui
tulang belakang dan bergerak ke tangan dibawah tulang clavicle. Saraf yang kearah
lengan akan melalui bahagian atas leher manakala saraf yang kearah tangan dan jari
melalui bahagian bawah leher. Saraf-saraf yang bercabang akan bercantum dimana
terletaknya sambungan antara leher dan bahu dan dikawasan inilah terletaknya
Brachial Plexus.
Menurut Kozin, S. (2003), Brachial Plexus Injury merupakan kecederaan
yang sering berlaku semasa kelahiran yang mana kemungkinan 3 dalam 1000
kelahiran dan peratusan yang sembuh sepenuhnya adalah tinggi.
4
Kecederaan yang melibatkan bahagian tangan atau bahu adalah dikenali
sebagai kecederaan Brachial Plexus. Rockwood, C.A. et al., (1996), mengatakan
kemungkinaan besar sakit ini berlaku dikhalayak dewasa adalah disebabkan oleh
kemalangan jalan raya dan juga melalui kegiatan sukan yang berupa contact sports.
Kecederaan Brachial Plexus melibatkan keseluruhan bahagian tangan saja. Ini
dimana atlit yang mengalami kecederaan pada bahagian ini akan mengalami
gangguan dalam penggunaan tangan atau bahu.
Brachial Plexus merupakan rangkaian saraf –saraf yang terletak diantara bahu
dan leher. Laurent, J.P. (2001), Brachial Plexus terdiri daripada 5 saraf utama iaitu
saraf C5, C6, C7, C8 dan T1. Setiap bahagian akar saraf utama ini bersambungan
dengan bahagian batang saraf.
Kecederaan pada bahagian tangan boleh dikategorikan kepada 2 bahagian
iaitu kecederaan keseluruhan tangan atau bahagian tertentu saja. Brachial Plexus
secara keseluruhan adalah melibatkan saraf C5, C6, C7, C8 dan T1 dan lebih dikenali
sebagai Brachial Plexus Palsy. Kecederaan bahagian tertentu ialah Proximal atau
lebih dikenali sebagai Erb’s Palsy dan Distal yang juga dikenali sebagai Klumpke’s
Palsy. Erb’s Palsy melibatkan kecederaan yang berlaku pada saraf C5, C6 dan C7,
kecederaan yang berlaku pada saraf C7 adalah peratus yang kecil. Klumpke’s Palsy
berlaku pada saraf C8 dan T1 yang mana terutamanya berlaku pada saraf T1
(Adams, J.C. dan Hamblen, D.L., 1995).
Menurut Adams, J.C. dan Hamblen, D.L. (1995), kecederaan yang
melibatkan saraf C5 dan C6 akan menyebabkan otot deltoid, supraspinatus,
infraspinatus, biceps dan brachialis menjadi lumpuh. Menurutnya mereka lagi
kedudukan tangan pesakit Erb’s Palsy akan berada dalam keadaan terjatuh dan
sebelah bahu rapat kesisi badan. Pergelangan tangan akan terpusing kebelakang dan
berada dalam keadaan “waiters tips”.
5
Kebanyakan mangsa kecederaan Brachial Plexus merupakan penunggang
motorsikal yang mana mengalami kecederaan serius dan tragedi sehinggakan mereka
tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan disebabkan kecederaan yang dialami
(David, 2001).
Menurut David (2001), di negara United Kingdom sebanyak 90% yang
mengalami Brachial Plexus Injuries disebabkan kemalangan yang mana mangsa
akan mendarat pada bahagian kepala dan bahu. Rujuk Lampiran A.
Otot yang tidak digunakan dalam tempoh yang lama akan menjadi kecil dan
lemah dan keadaan ini dipanggil disused atrophy. Sebaliknya, jika otot digunakan
sekadar yang memadai atau berlebihan, ini akan mendorong kepada perkembangan
yang lebih baik ataupun hypertrophy (Chaurasia, 1996).
Menurut Zanetas (2003), kecederaan pada Brachial Plexus merupakan
cabaran yang kompleks kepada pakar dari segi latihan dan rawatan. Keadaan ini
berlaku disebabkan kesukaran pakar mengenalpasti jenis kecederaan yang berlaku
pada bahagian yang berkenaan tanpa menjalani beberapa ujian.
Erb’s Palsy selalunya merujuk kepada kecederaan semasa kelahiran yang
mana bayi hanya dapat mengerakkan sebelah tangan saja dan sebelah lagi berfungsi
seperti biasa. Kemungkinan bayi mengalami Erb’s Palsy hanyalah seorang atau dua
saja daripada 1000 kelahiran (laporan American Academy of Orthopedic Surgeons,
2002).
Erb’s Palsy ialah istilah yang digunakan untuk mengambarkan keadaan
lumpuh tangan. Keadaan ini berlaku semasa bayi terperangkap pada bahagian pelvis
ibu semasa kelahiran. Saraf pada bahagian leher dan lengan bayi kemungkinan
terkoyak atau mengalami kecederaan parah disebabkan rengangan yang lebih
diantara bahu dan leher. Kemungkinan keadaan ini berlaku disebabkan saiz bayi
yang agak besar (laporan American Academy of Orthopedic Surgeons, 2002).
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan penyakit fizikal yang
melibatkan kecederaan pada saraf clavicle 5, clavicle 6, clavicle 7, clavicle8 dan
toraks1. Brachial Plexus Palsy, Erb’s Palsy dan Klumpke’s Palsy.adalah kecederaan
yang boleh berlaku pada bahagian Brachial Plexu.s Kajian ini adalah untuk melihat
perkembangan otot bisep melalui keberkesanan latihan elbow flexion terhadap daya
pemulihan pesakit Erb’s Palsy. Daripada kajian yang diadakan dapati ada kontraksi
otot bisep selepas latihan elbow flexion selain dapat mengenalpasti pesakit Erb’s
Palsy mengalami kecederaan jenis neuroma Kajian ini dilaksanakan di sekitar
Univesiti Teknologi Malaysia. Seramai sebelas orang sample terlibat, yang mana
seramai sepuluh orang untuk kumpulan kawalan dan seorang sample pesakit Erb’s
Palsy. Latihan yang diberikan adalah berbentuk elbow flexion yang dijalankan
selama lima minggu dan dilaksanakan tiga kali seminggu, dan dilakukan sebanyak
empat puluh kali setiap set. Hasil analisa dapatan kajian memperlihatkan ada
perkembangan pada otot bisep dan didapati pesakit ini adalah neuroma. Daripada
ujian t didapati terdapat perbezaan dalam perkembangan otot pada aras signifikan.
Daripada latihan elbow flexion yang dijalankan didapati ada perkembangan selepas
latihan. Kesimpulannya kajian yang dijalankan mempunyai perkembangan pada
otot bisep. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini adakan membantu banyak
pihak dalam mengenali Erb’s Palsy dengan lebih dekat.
6
Terdapat pelbagai otot yang terlibat alam bahagian bahu hingga kebahagian
jari tangan. Otot-ototnya adalah deltoid, subscapularis, serratus anterior, latissimus
dorsi, long head of trisep brachii, biceps brachii, corocobrachialis, short head of
biceps brachii dan long head of biceps brachii (Gary, 1994).
Williams, P.L. (1995), mengatakan tindakan otot mentafsirkan pergerakan
semasa berlaku kontraksi pada otot. Semasa melakukan senaman atau kerja secara
normalnya terdapat pengenduran dan pengecutan otot.
Dalam laporan American Society for the Hand (2001), menyatakan latihan
range of motion adalah penting untuk mengelakkan daripada bahagian lengan tegang
atau keras.
Menurut laporan dari National Institute of Neurological Disorders and Stroke
(2003), menyatakan semasa berlakunya kecederaan pada Brachial Plexus tangan
akan lumpuh, kawalan otot akan berkurangan atau tiada langsung pada bahagian
tangan, lengan, pergelangan tangan atau jari, kurang peraan pada bahagian tangan
atau lengan.
1.2 Latar belakang Masalah
Erb’s Palsy atau kecederaan pada Brachial Plexus bukan saya akan berlaku
pada bayi semasa kelahiran atau pun semasa seseorang terlibat dalam kemalangan
jalanraya terutamanya penunggang motorsikal tetapi juga semasa bersukan. Menurut
Kristi (2001), kecederaan pada Brachial Plexus boleh juga berlaku semasa bersukan.
7
Bagaimanakah kecederaan Brachial Plexus boleh berlaku? Ia disebabkan
oleh darjah renggangan yang tinggi yang berlaku diantara kepala dan bahu semasa
individu terjatuh. Sebagai contohnya, apabila dilihat kepada permainan ragbi,
seseorang pemain itu ada kemungkinan terdedah kepada Erb’s Palsy adalah tinggi.
Semasa pemain beraksi dalam padang, pemain boleh terjatuh dalam keadaan bahu
dan kepala terenggang dalam darjah yang tinggi dengan dihempap oleh pemain lain.
Rujuk Lampiran C.
Semasa kecederaan yang berlaku di bahagian lengan terdapat beberapa otot
yang akan cedera, ini akan menyebabkan atlit menggunakan bahagian lengan atau
bahu dalam kuantiti yang sangat kecil. Menurut Chummy S. Sinatamby (2001),
mengatakan otot yang akan mengalami kecederaan disebabkan kecederaan pada
Brachial Plexus adalah Biceps, Brachialis, Coracobrachialis, medial intermuscular
septum dan lateral intermuscular septum.
1.3 Penyataan Masalah
Erb’s Palsy boleh berlaku dalam apa keadaan pun tidak kiralah semasa
kemalangan, kelahiran atau bersukan. Tetapi Erb’s Palsy jarang berlaku. Kekerapan
yang berlaku adalah sangat kecil.
Tempoh yang diperuntukkan kepada pesakit Erb’s Palsy adalah selama 2
tahun untuk pulih sempurna. Tempoh selama 2 tahun diperuntukkan untuk pesakit
mendapat rawatan dan latihan yang rapi, dan melalui rawatan ini didapati
perkembangan sebanyak 1mm hingga 2mm pada saraf . Tempoh ini diberikan
kepada pesakit menjalani fisioterapi secara berterusan. Dalam tempoh ini jika pesakit
tidak pulih, ini bermakna pesakit itu tidak dapat dipulihkan.
Berikutan daripada masalah yang dihadapi penyelidik akan melihat kontraksi
otot daripada senaman elbow flexion melalui penggunaan Elektromyography 1
Standard and Intergrated.
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian mengenai keberkesanan latihan senaman elbow flexion ini boleh dikaji
dari beberapa aspek. Oleh itu, beberapa objektif telah digariskan oleh penyelidik
sebagai panduan menjalani kajian. Objektif kajian itu adalah :
i. Melihat perkembangan otot biceps menerusi analisa data daripada
ujian yang dijalankan iaitu latihan elbow flexion dengan keadaan
pesakit.
ii. Untuk melihat perkembangan kontraksi otot pada bahagian biceps
sebelum latihan dan selepas latihan.
iii. Untuk menganalisis jenis kecederaan yang dialami pada otot biceps.
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat kontraksi otot biceps pesakit
Erb’s Palsy semasa memberi latihan elbow flexion sebanyak 40 kali dalam tempoh 5
minggu dan 3 kali seminggu. Latihan senaman yang dilakukan hanya ditumpukan
kepada otot biceps kerana otot biceps merupakan otot yang tahap kekuatan yang
tinggi dalam gerakan membengkok siku.
Kajian ini adalah untuk melihatkan perkembangan terhadap otot yang diuji
dan yang diberi latihan. Adalah menerusi kajian yang dijalankan boleh memberi
perubahan kepada perkembangan otot dengan program latihan yang sesuai.
9
Kajian ini juga akan membolehkan penyelidik mengelaskan kecederaan yang
dialami oleh sampel. Ia akan dilakukan menerusi analisa data yang diperolehi
daripada ujian. Selain itu penyelidik dapat melihat kontraksi otot yang wujud
sebelum dan selepas latihan diberikan.
Kajian yang dijalankan akan memberi gambaran kepada penyelidik akan
datang terhadap Erb’s Palsy dan Brachial Plexus dan juga menjadi bahan rujuk
selain menjadi bahan sokongan kepada penyelidikan mereka.
Hasil kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran kepada pihak
perubatan tentang kaedah yang paling sesuai dan corak latihan yang sistematik.
Semoga kecederaan yang dialami oleh pesakit Erb’s Palsy dapat disembuh dalam
tempoh yang cepat dan dengan kaedah yang betul dan berkesan.
1.6 Hipotesis
Ha1 : Terdapat perkembangan otot yang signifikan pada graf EMG
ketika senaman yang dilakukan oleh sampel dan boleh
dibezakan dengan tindakbalas orang yang normal.
Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kontraksi
otot pada otot biceps sampel sebelum dan selepas latihan
senaman.
Ho 1 : Tidak terdapat perkembangan otot yang signifikan pada graf
EMG ketika senaman yang dilakukan oleh sampel boleh
dibezakan dengan tindakbalas orang yang normal.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kontraksi
otot pada otot biceps sampel sebelum dan selepas senaman.