i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek...

24
Iskandar Puteri, 24 April 2017 - YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar merakamkan tahniah kepada penganjur khususnya YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bukan saja dapat menjayakan program pada kali ini tetapi telah menjayakannya secara strategi lautan biru ataupun blue ocean yang difahamkan Program i Move Kerajaan Johor mempunyai 6 program dengan tambahan satu program iaitu “jom membaca”. Program berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan semua penjawat awam dan agensi kerajaan Johor, di Pinewood Studio, Iskandar Puteri. Program diisi dengan penyerahan Plan Pembangunan Strategik Daerah-Daerah di negeri Johor, sesi bual bicara bersama tokoh- tokoh pengurusan dan selebriti yang berjaya, ceramah SPRM dan ikrar integriti. Dalam ucapan perasmian beliau menekankan perlunya kakitangan awam kerajaan Johor mencari jalan untuk memastikan mereka yang amanah sahaja berada dalam sistem kita, mereka yang curang tidak layak untuk memegang amanah bangsa dan negara. Oleh itu digalakkan semua organisasi dan agensi di negeri Johor akan memanjangkan program ikrar bebas rasuah kepada anggota organisasi dan agensi masing- masing. Melalui kesedaran ini kita berharap negeri johor akan menjadi antara negeri yang bersih dan bebas daripada rasuah. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Johor dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Johor. Perasmian i Move Kerajaan Johor 2017 dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor di Pinewood Studio, Iskandar Puteri. MS 11 - Tahniah!! KPW Felda Air Tawar 1 Mewakili Johor Ke Peringkat Kebangsaan MS 14 - Masa Hadapan Tanaman Kopi MS 15 - Program Jelajah Tani Negaraku #TN50 MS 16 - KPI Kayu Ukur Kecemerlangan

Transcript of i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek...

Page 1: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Iskandar Puteri, 24 April 2017 - YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar merakamkan tahniah kepada penganjur khususnya YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bukan saja dapat menjayakan program pada kali ini tetapi telah menjayakannya secara strategi lautan biru ataupun blue ocean yang difahamkan Program i Move Kerajaan Johor mempunyai 6 program dengan tambahan satu program iaitu “jom membaca”. Program berlangsung selama dua hari ini menghimpunkan semua penjawat awam dan agensi kerajaan Johor, di Pinewood Studio, Iskandar Puteri.

Program diisi dengan penyerahan Plan Pembangunan Strategik Daerah-Daerah di negeri Johor, sesi bual bicara bersama tokoh-tokoh pengurusan dan selebriti yang berjaya, ceramah SPRM dan ikrar integriti. Dalamucapan perasmian beliau menekankan perlunya kakitangan awam kerajaan Johor mencari jalan

untuk memastikan mereka yang amanah sahaja berada dalam sistem kita, mereka yang curang tidak layak untuk memegang amanah bangsa dan negara. Oleh itu digalakkan semua organisasi dan agensi di negeri Johor akan memanjangkan program ikrar bebas rasuah kepada anggota organisasi dan agensi masing-masing. Melalui kesedaran ini kita berharap negeri johor akan menjadi antara negeri yang bersih dan bebas daripada rasuah. Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Johor dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam negeri Johor.

Perasmian i Move Kerajaan Johor 2017 dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri

Besar Johor di Pinewood Studio, Iskandar Puteri.

MS 11 - Tahniah!! KPW Felda Air Tawar 1 Mewakili Johor Ke Peringkat KebangsaanMS 14 - Masa Hadapan Tanaman KopiMS 15 - Program Jelajah Tani Negaraku #TN50MS 16 - KPI Kayu Ukur Kecemerlangan

Page 2: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Skudai, 22 April 2017 - YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyerahkan cek TEKUN, elaun sara hidup nelayan, geran Agropurner Muda dan projek-projek pertanian sempena Majlis Perasmian Program Jelajah Tani NegaraKu #TN50 Parlimen Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Kampong Pasir, Johor.

Menurut beliau program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, menggunakan cara terbaik yang ada pada kita, serta yang lebih penting jelajah ini adalah untuk menanamkan semangat menjadi lebih kreatif untuk menjadikan hasil kita tadi boleh dijual. “Pertanian bukan menjadi petani tetapi petani menjadi usahawan”.

“ Di kawasan bandar kita hendak memaklumkan bahawa hubungan pertanian dan bandar ini ada sesuatu yang mesti dibangunkan supaya jangan dilihat pertanian itu mesti di luar

Johor Bahru, 21 Mac 2017 - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Ismail Mohamed

bandar, pertanian mesti di kampung. Dua perkara yang kita katakan bahawa satunya pertanian yang dimaksudkan bukan sahaja tanaman, ternakan ataupun perikanan tetapi yang menjadikan matlamat segala apa yang dihidangkan di atas meja”, ujar beliau lagi. Turut sama YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai dan Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus, Pengarah Pertanian Negeri Johor.

menyarankan kepada Jabatan Pertanian supaya menghasilkan tanah berteknologi dari sisa dapur melalui inovasi yang dapat mengurangkan pembaziran dan memberi pulangan. Jabatan boleh bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat pelupusan sampah Southern Waste Management (SWM) dengan pengasingan sisa dapur ini. Cabaran ini dilontarkan kepada pegawai dan kakitangan supaya mencipta kaedah dan teknologi yang murah dan mudah dikendalikan bagi

menghasilkan tanah berteknologi. Sekiranya terlaksana tanah teknologi daripada sisa dapur boleh dimanfaatkan di program pertanian bandar. Beliau berkata demikian di Seminar Pertanian Bandar 2017 dan Anugerah Projek Terbaik 2016 di MPC, Johor Bahru.

Ketibaan YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, disambut Encik Ahmad Kamil di Program Jelajah Tani NegaraKu

#TN50 Parlimen Pulai.

YB Tuan Haji Ismail Mohamed tertarik dengan kaedah penanaman secara Akuaponik Pameran Pertanian Bandar di

MPC Johor Bahru.

Page 3: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Muar, 1 April 2017 - YB Dato’ Razali Haji Ibrahim, Ahli Parlimen Muar, merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Haji Ismail Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor kerana memilih daerah Muar sebagai salah satu destinasi Mini Agro Johor 2017. Beliau berkata demikian di Perasmian Mini Agro Johor

sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Johor di Persiaran Maharani, Muar.

“Program ini bakal memberi faedah bukan saja kepada yang terlibat dalam industri pertanian tetapi juga kepada orang ramai. Kita di Muar ini sangat berbangga kerana mengikut statistik buah-buahan yang dikeluarkan sebanyak 113,853 metrik tan, sayur-sayuran 10,000 metrik tan dan juga perikanan adalah tinggi. Orang Muar ada cara dan gaya tersendiri, nikmatilah sate disebelah pagi,

asam pedas, mee bandung, jangan lupa mee rebus dan kopi 434. Produk produk makan ini bukan saja terkenal di Johor malah di negeri-negeri lain. Dengan produk dan makanan, menjadikan Muar destinasi pelancongan popular. Malah dengan adanya Mini Agro Johor ini beserta aktiviti pameran jualan dan hasil produk yang semakin hari semakin berkualiti dapat kita pamerkan kepada pengunjung. Kita juga menonjolkan ikon-ikon yang berjaya dalam industri agro kepada pengunjung”, katanya lagi.

Kota Iskandar, 30 Jun 2017 - En. Mohamad Mustapid Mohamad, Ketua Bahagian IAT dan PGU Ibu Pejabat Pertanian Kota Iskandar memaklumkan jabatan telah meluluskan peruntukan Projek Industri Kecil (IKS) Program Galakan Usahawan (PGU) kepada 305 usahawan tani seluruh negeri Johor dengan nilai peruntukan sebanyak RM1.6 juta. Daerah Segamat merupakan penerima tertinggi peruntukan iaitu sebanyak RM0.22 juta dan memberi manfaat kepada 52 usahawan tani. Pengagihan ini adalah untuk setengah tahun pertama tahun 2017.

YB Dato’ Razali Ibrahim, menyampai hadiah utama kepada pemenang sempena Mini Agro Johor daerah Muar 2017 di Persiaran Maharani.

Page 4: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Johor Bahru 21 Mac. 2017 - “Kepentingan kita bersama mengeluarkan makanan dalam negeri Johor adalah seiring dengan hasrat YAB Menteri Besar Johor menjadikan Johor Hab Kecukupan Makanan. Maka tiada lagi alasan bila tiada tanah dan kawasan yang luas kerana Kementerian Pertanian dan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah mengadakan Program Pertanian Bandar melalui kaedah penanaman secara nutripot, fertigasi, hidroponik dan sebagainya”, demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Ismail

Mohamed di perasmian Seminar Pertanian Bandar 2017 dan Anugerah Projek Terbaik 2016 di MPC, Johor Bahru.

Seminar ini memberi manfaat kepada 200 peserta terdiri dari petani dan pegawai pembimbing seluruh negeri Johor. Antara tajuk yang dibentangkan adalah kaedah penanaman nutripot, mini fertigasi, NFT dan Amalan Pertanian Baik. YB Ismail Mohamed turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan bagi lima kategori. Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus hadir sama di majlis tersebut.

Page 5: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

YB Dato’ Dr Adham Baba, ADUN kawasan Pasir Raja menyampaikan benih durian ‘musang king’ di Program Pertanian Rakyat dan Penyampaian Sijil

Bantuan PGU Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.

YBhg. Datuk Jabar memberi idea-idea bernas untuk memajukan Taman Pertanian Johor

sempena lawatan kerja ke Johor.

Kota Tinggi, 30 Mac 2017 - Seramai 98 orang petani telah menerima benih durian ‘musang king’ dan kelapa pandan dalam Program Pertanian Rakyat dan Penyampaian Sijil Bantuan Program Galakan Usahawan (PGU) Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Adham Baba, ADUN kawasan Pasir Raja. Dalam ucapan perasmian beliau berharap dengan pengagihan peralatan dan benih ini dapat memanfaatkan tanah di sekeliling rumah dan menjayakan program-program kerajaan yang dirancang untuk kebaikan rakyat.

Program yang diatur ini bertujuan mengeratkan hubungan penjawat awam dan masyarakat setempat. Selain itu juga ia dapat mendorong dan menggalakkan usahawan tani bagi meningkatkan pengeluaran tanaman makanan selain dapat menambah pendapatan YB juga turut menyampaikan sijil bantuan PGU kepada 6 orang penerima yang layak berupa mesin dan peralatan pemprosesan makanan. Turut hadir sama Pegawai Pertanian daerah Kota Tinggi.

Pasir Gudang, 4 Mei 2017 - YBhg. Datuk Jabar Shaikh Mohideen, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Pertanian Johor. Ketibaan beliau disambut oleh Encik Azreen Basir, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Johor. Antara kawasan yang dilawati kawasan tanaman kelapa takunan, projek ubi kayu, pisang dan muzium. Dalam lawatan tersebut beliau memberi saranan agar menjadikan

TPJ sebagai pusat rujukan dan agrotorism dengan melibatkan koperasi dan usahawan setempat. Beliau juga turut melawat kawasan perkhidmatan sekitar daerah Johor Bahru.

Page 6: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Peserta kursus menjalani latihan NAS di IbuPejabat Pertanian, Kota Iskandar.

Kota Iskandar, 12 Mac 2017 - Seramai 14 pegawai telah mengikuti Bengkel Storage Server NAS di Ibu Pejabat Pertanian, Kota Iskandar. Menurut Encik Hafizal Zainal, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selaku urusetia

Johor Bahru, 26 Mac 2017 - Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru di bawah Unit UAT / PGU telah menganjurkan kursus membuat produk sejuk beku. Seramai 18 orang usahawan dan bakal usahawan telah menghadirinya. Kursus sehari ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan serta

bengkel, “Bengkel Storage server NAS ini bertujuan menjelaskan sejenis pelayan yang digunakan untuk menyimpan, mengakses, melindungi dan menguruskan data digital, fail dan perkhidmatan. Bengkel ini juga bertujuan mempercepatkan penyaluran maklumat menggunakan beberapa akses antaranya melalui Disk Station Manager (Synologi DSM 5.2), Windows Explorer, di luar rangkaian

JohorNet (Qick Connect) dan melalui telefon pintar (Android & iOS), untuk paparan buletin tani dan laman sesawang Jabatan Pertanian”. Dengan adanya bengkel ini dapat menyelesaikan beberapa masalah berkaitan penyaluran maklumat terkini.

kaedah yang betul untuk membuat makanan sejuk beku khasnya produk yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Ianya juga bertujuan mempelbagaikan produk mereka supaya tidak tertumpu kepada satu produk sahaja. Seterusnya dapat menambah pendapatan dan membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Page 7: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Perasmian Program Pertanian Komoniti di Rumah Seri Kenangan Johor Bahru Program Anak Angkat Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

oleh YB Puan Hajah Asiah Md. Ariff.

YBhg. Datuk Jabar melawat pameran pemain industri kopi di Seminar Industri Tanaman Kopi di KBU Pagoh, Muar.

Johor Bahru, 19 Mac 2017 - Rumah Seri Kenangan Johor Bahru dipilih menjadi menjadi Program Anak Angkat Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru dalam Program Pertanian Komoniti Jabatan Pertanian di Majis Corprate Social Responsibility bersama penghuni Rumah Seri Kenangan anjuran KWSP. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Puan Hajah Asiah Md. Ariff, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru menyumbangkan

set nutripot kepada Rumah Seri Kenangan sebagai tambahan kepada yang sedia ada. Hasil daripada tanaman seperti serai dan cili dipasarkan kepada peserta pasar tani dan setempat. Rumah Seri Kenangan ini merupakan projek contoh dalam Program Pertanian Bandar.

Pagoh, 17 Mei 2017 - Jabatan Pertanian pada tahun ini telah memulakan langkah dengan mengadakan Seminar Industri Tanaman Kopi di KBU Pagoh, Muar. Seminar ini bertujuan sebagai platform kepada golongan pakar dan pemain industri yang bergiat dalam industri kopi di Malaysia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Juga mewujudkan ruang dan peluang dalam mengembeling kepakaran daripada pelbagai peringkat kearah mempergiatkan usaha dalam pembangunan industri kopi negara.Seminar yang diadakan selama dua hari ini menarik penyertaan 150 orang peserta dari seluruh negara dan diharapkan akan dapat mencapai objektif iaitu mempergiatkan semula industri kopi, menggalakkan penyertaan golongan petani dalam meningkatkan pembangunan industri kopi, mempromosikan industri kopi yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan menjadikan industri kopi sebagai salah satu industri yang menyumbang kearah KDNK negara. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Jabar Shaikh Mohideen, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan) selaku wakil rasmi Ketua Pengarah Pertanian.

Page 8: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Endau, 14 Mei 2017 - “Mengikut data bancian populasi dan kawalan kumbang merah palma (RPW) yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian mendapati bahawa terdapat kehadiran spesis ini di daerah Mersing. Beberapa penemuan telah dicatatkan dibeberapa kampung. Walaupun jumlahnya sedikit, ancaman tetap ada maka Jabatan Pertanian diharap dapat memainkan peranan dalam membendung ancaman RPW dengan Kawalan Perosak Bersepadu (IPM)”, demikianlah ucapan Encik Mohd. Yuzaimi Hj. Yusof, Pegawai Khas, selaku wakil rasmi Ahli Parlimen Kawasan Mersing di Majlis Perasmian Program IPM Tanaman Kelapa dan Kempen Kawalan RPW Negeri Johor di Perkarangan PPK Mersing Utara, Endau.

“Program ini dapat melindungi tanaman kelapa dan kelapa sawit dari serangan RPW dan menjadikan

Johor Bahru, 21 Mac 2017 - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Ismail Mohamed mencadangkan bermula mulai tahun hadapan kerajaan negeri akan mewujudkan laman tani di taman perumahan dan komuniti.

kawasan sekitarnya sebagai penampan daripada serangan”, tambahnya lagi. Program ini yang bertujuan memberipendedahan kepada petani dan pengusaha tanaman kelapa tentang konsep dan pendekatan kawalan secara IPM yang menjadi teras kepada kawalan dan pembendungan RPW. Program ini juga turut diisi dengan ceramah IPM kepada tanaman, penyediaan perangkap dan latihan amali serta penyerahan perangkap kepada ketua masyarakat. Majlis turut dihadiri Encik Ramli Md. Afandi Timbalan Pengarah Biosekuriti Johor.

Program laman tani ini membantu penduduk bandar melaksanakannya sebagai riadah, boleh dilakukan oleh suri rumah, orang tua dan muda. Ia juga mendatangkan pekerjaan dan pendapatan serta pendidikan dan penyebaran teknologi pertanian bandar. Semua penduduk bandar diseru bersama kerajaan negeri menjayakannya.

Penyerahan perangkap RPW kepada ketua masayarakat di Program IPM dan kempen kawalan RPWdi PPK Mersing Utara, Endau.

Page 9: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Kluang, 9 Mei 2017 - Usahawan tanaman keledek dan keladi, Encik Bakri Mokhti di Ulu Benut menerima kunjungan Puan Norazreen Md. Zam, Pegawai Teknikal Hortikultur. Kunjungan ini bertujuan memberi khidmat nasihat kepada usahawan mengenai Amalan Pertanian Baik dan membantu usahawan menangani masalah-masalah teknikal di

Ayer Hitam, 3 Mei 2017 - Seramai 9 peserta Program Galakan Usahawai (PGU) menerima sijil PGU di Majlis Penyampaian Sijil PGU dan Input Pertanian bagi DUN Kawasaan Semarang di Dewan UMNO Ayer Hitam. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YB Datuk Samsul Bari Jamali, ADUN Kawasan Semarang. Penyerahan ini merupakan peruntukan separuh penggal pertama PGU pada tahun ini daripada peruntukan RM2 juta bagi seluruh negeri Johor. YB Datuk juga turut menyampaikan Input

lapangan seperti tanaman diserang penyakit atau masalah berkaitan dengan pH tanah serta memberi informasi-informasi terkini kepada usahawan tani. Lawatan turut disertai bersama Puan Khatijah Yacob, Penolong Pegawai Pertanian Bahagian Regulartori Simpang Renggam dan Puan Fuaddah Md. Jaffar Penolong Pegawai Pertanian Kawasan Perkhidmatan Mukim Ulu Benut.

Pertanian kepada 40 orang peserta. Menurut Puan Ruzilah Yaacob, Penolong Pegawai Pertanian Batu Pahat memaklumkan bahawa daerah Batu Pahat menerima peruntukan sehingga kini berjumlah RM214,000 dengan penyertaan 40 peserta. Sebelum majlis penyerahan, penerima telah berkesempatan mendengar Taklimat Kawalan Kumbang Red Palm Weevil (RPW) yang disampaikan oleh En Mastor Siam Penolong Pegawai Pertanian Metodologi Pengembangan Daerah Batu Pahat.

Page 10: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Senai, 21 Mei 2017 - Ekoran aduan Pegawai Daerah Kulai berkenaan bau yang kurang menyenangkan dari kawasan pertanian di sekitar Lapangan Terbang Senai khasnya berhampiran “Royal Airport”, Pejabat Pertanian daerah Kulai diketuai Encik Khairi Mat Jas, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Kulai dan 2 orang pegawai telah memantau dan mengenalpasti masalah bau tersebut. Mereka mendapati bau ini berpunca dari longgokan tinja ayam yang digunakan sebagai baja kepada tanaman. Pihak Pejabat Pertanian telah menyiapkan lapuran dan diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya. Pemiliknya telah menyewakan kepada pengusaha tempatan, yang menjalankan aktiviti pertanian terutamanya menanam sayuran-sayuran untuk pasaran eksport kerana berhampiran dengan kemudahan logistik dan Singapura.

Batu Pahat, 16 Mei 2017 - Rombongan dari KPW Kg Taman Sedia, Cameron Highlands telah melawat ke Daerah Batu Pahat. Rombongan itu terdiri daripada 35 peserta dan 4 orang pegawai pengiring. Antara projek yang dilawati ialah Projek Tanaman Sayuran Organik Syarikat Wansern di Taman Melawati, Yong Peng yang mengusahakan tanaman sayur - sayuran daun, sayur buah dan tanaman anggur.

Rombongan seterusnya melawat KPW Kg. Sg. Nibong, Lubok yang telah memenangi Johan KPW Peringkat Negeri Johor dan KPW Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. Di KPW Kg Sg Nibong rombongan disambut secara besar-besaran

dengan alunan marhaban. Selain mendengar taklimat kemajuan projek, rombongan dibawa melawat perusahaan tempe, kek kukus dan Pusat Jualan IKS di Sg. Nibong. Rombongan melawat projek ternakan kelulut, Bio Star Resources dan Pusat Pengumpulan IKS Syarikat Saraogy Sdn. Bhd di Kg Pt Mustaffa, Parit Sulong untuk membeli pelbagai produk IKS antaranya kerepek, kek, biskut dan lain-lain sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

Encik Khairi Mat Jas memantau dan mengenalpasti masalah bau yang berpunca dari longgokan tinja ayam yang digunakan

sebagai baja kepada tanaman.

Page 11: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Nusajaya, 20 Jun 2017 - KPW Kg. Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi, Johor dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kumpulan Wanita Jaya (KWJ) Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2017, memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000. KPW ini akan mewakili negeri Johor ke Pertandingan KWJ Peringkat Kebangsaan. Tempat kedua dimenangi KPW Kg. Temiang, Tangkak dan tempat ketiga KPW Kg. Parit Gantong, Batu Pahat.

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk melahirkan golongan wanita yang berjaya dan berdaya saing dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan keusahawanan. Program Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) yang diperkenalkan sejak tahun 1978 di bawah naungan Program Pembangunan Keluarga Tani (PKT) Jabatan Pertanian, bertujuan supaya para wanita tani berada dalam satu organisasi dan berpeluang terlibat sama dalam merancang program dan aktiviti yang memenuhi keperluan mereka.

KPW Kg. Felda Air Tawar 1 yang ditubuhkan pada 11 Januari 2012 ini mempunyai ahli seramai 65 orang rata-rata merupakan pengusaha pemprosesan makanan industri asas tani,

perkhidmatan dan kraftangan. Puan Seri Fatimah Mohammad selaku pengerusi memaklumkan antara visi bagi kumpulan ini adalah menjadikan KPW Kg Felda Air Tawar 1 sebagai pengeluar pelbagai produk industri asas tani yang berkualiti dan ternama serta dipasarkan sehingga keluar negara. KPW ini juga mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan setempat antaranya program bergotong-royong, kecergasan dan rekreasi, kebajikan serta ziarah. Puan Suzila Samsu, Penolong Pegawai Pertanian IAT PGU daerah Kota Tinggi sebagai Pegawai Pembimbing KPW mendoakan semoga berjaya di peringkat kebangsaan.

Pengadil meneliti rekod-rekod dan aktiviti Kumpulan Wanita Jaya KPW FELDA Air Tawar 1 yang mewakili daerah Kota Tinggi dalam Pertandingan Kumpulan Wanita jaya 2017.

Page 12: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Majlis Jamuan Perpisahan En As’ari Hassan

mantan TPP Johor Di Trades Hotel, Muar.

Lawatan Agen Pengembangan Puan Nurfaiza Muiz

ke ladang kucai di TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi.

Lawatan kerja En Mohd Hafizh Hussain ke Mk. Kundang memantau projek di PB Sawah telok Rimba dan Kesang Tasek.

Taklimat penyediaan perangkap RPW kepada peserta

Kursus IPM di PPK Mersing Utara, Endau.

Lawatan Kerja YB Ismail ke Syarikat Lotus Fruit Farm Sdn. Bhd. Kg. Teratai, Tangkak.

Penyampaian geran kepada peserta di Program Jelajah Tani Negaraku #TN50 di Skudai.

Ikrar selaku penjawat awam oleh Penolong Pegawai Pertanian G29 lantikan baru Kursus Induksi di PPAH.

Latihan hand’s on pengenalan siri tanah dan hormonpenggalak buah durian kepada APK Daerah Tangkak.

Page 13: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Lawatan YAB Dato’ Khaled Nordin ke booth pameranMini Agro Johor daerah Muar 2017. YB Tuan Haji Ismail Mohamed tertarik dengan sistem

fertigasi, di Seminar Pertanian Bandar 2017 di MPC, JB.

Harum.. Kopi beras yang digunakan di Syarikat

Kopi Cawan Mas. Bukit Pasir, Muar.

Penanaman pokok penutup bumi bagi menghalang hakisan tanah di TKPM Sungai Lebak, Kota Tinggi.

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru menerima

kunjungan petani cilik dari Tadika Permata Ikhlas,

Kempas.

Petugas-petugas di pameran sempena Seminar Kopi di KBU Pagoh, Muar.

Sambutan menggalakkan di Majlis Penyampaian Sijil

PGU DUN Semarang oleh YB Datuk Samsul Bari

Jamali di Dewan UMNO Ayer Hitam.

Penyerahan bantuan projek pembangunan bagi tahun2017 oleh En. Muhammad Azbanizam kepada17 petani seluruh daerah Kulai.

Page 14: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Minuman berasaskan kopi menjadi kegemaran masyarakat masa kini dengan kemunculan banyaknya cafe dan kedai minuman ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang menawarkan pelbagai minuman berasaskan kopi. Daripada kopitiam sehinggalah ke premis bertaraf antarabangsa seperti Starbucks, apatah lagi kopi segera yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat multinasional seperti Nescafe yang menguasai sebahagian besar pasaran minuman kopi dunia.

Penanaman kopi di Malaysia telah diberi perhatian sejak dahulu lagi sebagai tanaman industri untuk diusahakan oleh estet dan pekebun kecil. Mula diperkenalkan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1779 dengan kopi jenis Arabica pada awalnya. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica pula diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875.

Keluasan tanaman kopi negara adalah 9,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 68.184 mt pada tahun 1996 keluasan ini telah menurun kepada seluas 8,557 hektar. Pada tahun 2011 keluasan 5,140.5 hektar menurun kepada 2,618.9 hektar pada tahun 2016, kadar penurunan 50% dalam tempoh 5 tahun. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bull ex Hiem) adalah sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor. Manakala kopi jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri

disebelah Utara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Setakat ini tanaman kopi di Malaysia masih kurang memuaskan dari segi pengeluarannya disebabkan oleh harga biji kopi yang tidak stabil. Ini juga menyebabkan perusahaan kopi tidak diusahakan secara komersil dan hanya secara kecil-kecilan sahaja. Industri tanaman kopi di

Malaysia perlukan inovasi agar lebih ramai petani berminat untuk mengusahakannya dengan pulangan yang setimpal berbanding dengan tanaman lain. Sehingga kini, negara masih mengimport kopi beras dan produk berasaskan kopi bagi memenuhi kegunaan tempatan. Pada tahun 1996 nilai import RM97.864 juta telahpun meningkat kepada RM123.152 juta pada tahun 1998. Pada tahun 2011 dari RM767.7 juta meningkat kepada RM1.243 bilion pada tahun 2016.

bersambung ke ms 19

Page 15: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Hari ini apabila menyebut Program Jelajah Tani NegaraKu #TN50 Kementerian Pertanian, jelajah ini adalah perkara yang berkaitan dengan pertanian di samping penyerahan cek TEKUN, elaun sara hidup nelayan, geran Agropurner Muda dan projek-projek pertanian. Di kawasan bandar dimaklumkan bahawa hubungan pertanian dan bandar ini ada sesuatu yang mesti dibangunkan supaya jangan dilihat pertanian itu mesti di luar bandar, pertanian mesti di kampung. Dua perkara yang perlu dikatakan bahawa satunya pertanian yang dimaksudkan bukan sahaja tanaman, ternakan ataupun perikanan tetapi yang menjadikan matlamat segala apa yang dihidangkan di atas meja.

Jika diminta menukarkan nama kementerian ini, saya akan tukar kepada Kementerian Agromakanan. Kalau di Indonesia dan Thailand kementerian ini termasuk kelapa sawit, getah dan semua. Kementerian Pertanian di negara ini dikhususkan kepada makanan, Agromakanan. Ada kawasan tanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan itu dari segi kewangan, tetapi bagaimana pada akhirnya menjadikan padi, ayam, kerbau, kambing, ikan di laut, sungai dan tasik yang kita sebut akan menjadi hidangan, tidak kiralah masyarakat di kampung, bandar dan pinggir bandar semua ini menjadi sebahagian daripada kehidupan.

Dalam mengatakan program ini satu industri

di luar sana maka tentunya kuih muih, nasi lemak, nasi ambeng dan lain-lain, tiba-tiba baru berkata tentang pembungkusan hari ini orang sudah berkata tentang

food truck. Food truck is a new trend fasionable. Dalam

mendengar ucapan, di luar sana tidak perlu lagi ceterer, kita lihat food truck food truck ini yang membawa makanan seperti

kuetiaw, burger, air, pisang goreng dan sebagainya bukan sekadar membawa makanan tetapi ada fesyen, ini adalah beberapa trend baru yang digemari oleh anak muda dan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian. Jangan anggap food truck sebagai momokan, ia adalah sebahagian dari seluruh industri agromakanan. Sebab itu bila disebut kementerian ini, masyarakat bandar yang mahukan food truck maka industri agromakanan itu akhirnya paling hampir dengan bandar.

Berkaitan sekuriti makanan pula yang bermaksud ada makanan dan boleh dibeli dengan wang dalam konteks pendapatan penduduk sesebuah negara. Makanan yang diperolehi selamat dari sisa baki racun dan bahan kimia serta tidak rosak. Kini Malaysia berada di tahap yang tinggi walaupun tidak setanding dengan Singapura. Thailand walaupun terkehadapan dari segi teknologi pertanian di rantau ini dan pengeksport terbesar agromakan di dunia tetapi masih lagi di belakang Malaysia dari segi sekuriti makanan. Juga Indonesia, Vietnam, China dan India.

bersambung ke ms 19

Page 16: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor merakamkan tahniah kepada penganjur khususnya YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor bukan saja dapat menjayakan program Program I Move Kerajaan Johor pada kali ini tetapi telah menjayakanya secara strategi lautan biru ataupun blue ocean. Beliau difahamkan program i move mempunyai 6 program dengan tambahan satu program iaitu Jom Membaca pada jam 11.00 pagi 25 April 2017 seluruh negeri Johor digalakkan membaca. Sesungguhnya beliau amat mengalu-alukan inisiatif dan penganjurannya akan dapat memberi manfaat terutamanya dalam usaha kerajaan negeri memperkasakan penjawat awam di Johor khasnya dan seluruh penjawat awam di Malaysia amnya. Lebih lagi ini semua sebagai sebahagian daripada matlamat besar kita untuk mencapai gagasan Johor Berkemajuan.

Sambutan semua agensi kerajaan negeri untuk menyediakan petunjuk prestasi utama (KPI) amat mengembirakan sebagaimana dalam seruan dalam amanat tahun baru yang meminta agar semua agensi kerajaan mula mengamalkan budaya kerja yang berasaskan

prestasi dan pencapaian. Perkara ini sangat kritikal, beliau mahu sistem perkhidmatan awam dan semua agensi kerajaan di Johor menjadikan prestasi dan pencapaian sebagai kayu ukur kecemerlangan sebenarnya dan kerajaan telah memulakan perkara ini di peringkat Ahli-Ahli Jawatakuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan menetapkan KPI yang yang mesti mereka penuhi. Kemudianya kerajaan telah memperluaskan pendekatan ini kepada semua GLC di negeri Johor. Mereka telah diberikan beberapa sasaran besar yang mesti dicapai dalam tempoh-tempoh tertentu.

Justeru itu kini telah tiba masanya untuk mengembangkan dan memperluaskan perkara ini kepada setiap jabatan dan kakitangan awam. Dengan menetapkan sasaran serta KPI yang jelas kepada semua jabatan dan kakitangan awam, ia bukan sahaja akan menjadikan semua lebih berfokus malah akan mengangkat Johor sebagai antara negeri yang mempamerkan keseriusan dalam mengubah dan memperkasakan sistem perkhidmatan awam. Setiap penjawat awam pula perlu juga memberikan penekanan kepada soal sudut

Page 17: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

integriti, dalam program ini iaitu agenda ikrar bebas rasuah (IBR) perlu diberi perhatian, bagaimana kita sedia maklum agenda ini merupakan satu inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti setiap individu. Ia diperkenalkan bagi memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar dan janji dibuat secara sukarela.

dan agensi masing-masing. Melalui kesedaran ini kita berharap negeri johor akan menjadi antara negeri yang bersih dan bebas daripada rasuah.

Majlis ini sukacita mengalu-alukan perpanjian persefahaman kerajaan negeri dengan pihak UTM, UTHM dan juga INTAN melalui usahasama ini saya percaya lebih ramai penjawat awam negeri Johor akan dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional, lebih-lebih lagi dalam suasana kepesatan pembangunan hari ini sudah sewajarnyalah penjawat awam meningkatkan ilmu pengetahuan agar seiring dengan peredaran iklim dan permintaan semasa. Kini ramai golongan cerdik pandai yang berada di luar sana maka sudah tuntutan mereka akan meningkat dan pelbagai, hanya dengan peningkatan ilmu sahaja yang dapat memenuhi permintaan rakyat yang pelbagai seiring dengan kecanggihan teknologi dan media hari ini.

Justeru itu, beliau amat mengharapkan agar proses peningkatan ilmu di kalangan penjawat awam negeri telah terjaga berterusan. Kerajaan negeri memang sentiasa memberi sokongan dan yang penting akan menambahkan peruntukan bukan terhad kepada program-program latihan khusus bagi mewujudkan penjawat awam yang berilmu cerdik, celik teknologi.

Pelan Pertumbuhan Strategik Johor (PPSJ) dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri adalah bukti komitmen padu kerajaan negeri Johor dalam menjayakan tranformasi ekonomi secara lebih berkesan. Negeri Johor perlu menjadi penerima yang update dalam limpahan ekonomi Malaysia. Johor telah mengambil pendekatan bahawa ia mempunyai kepentingan strategi dalam melestarikan kebolehsaingan Malaysia. Sedia maklum dalam PPSJ setiap daerah akan dibangunkan mengikut

IBR tersebut dapat memastikan agar setiap penjawat awam lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan didalam kerajaan. Setiap penjawat awam mestilah menjadikan mereka paling amanah, paling boleh dipercayai dan kukuh peribadi. Kita percaya kerajaan terbaik bukan kerana sistem terbaik tetapi keperkasaan peribadi para penjawatnya. Kita mesti mencari jalan untuk memastikan ada mereka yang amanah berada dalam sistem kita, mereka yang curang tidak layak untuk memegang amanah bangsa dan negara. Oleh itu digalakkan semua organisasi dan agensi di negeri Johor akan memanjangkan IBR ke setiap anggota organisasi

Page 18: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

kerana beliau percaya kejayaan sesuatu dasar atau agenda kerajaan memerlukan kerjasama daripada semua pihak, daripada semua kelompok dan entiti masyarakat yang beliau sebutkan tadi. Para kakitangan awam dan agensi kerajaan antara pihak yang beliau fokus, desak dan tekankan. Para pegawai kerajaanlah antara yang beliau pantau rapat secara tegas.

Para pegawai kerajaan yang beliau harapkan untuk bergerak dengan pantas dan berkesan, kerana beliau percaya tanpa komitmen kerja keras sumbangan kakitangan awam dan semua agensi kerajaan maka segala dasar dan program yang kita perkenalkan tidak akan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Tanpa sokongan dan dokongan penuh para pegawai dan kakitangan kerajaan segala usaha di peringkat tertinggi pentadbiran negeri akan kekal di atas kertas.

Beliau mengambil kesempatan mengucapkan setulus-tulus terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan awam dan agensi kerajaan atas segala jasa dan khidmat bakti yang baik selama ini. Sesungguhnya segala sumbangan tersebut adalah nadi yang menggerakkan Johor dan segenap perancangannya. Beliau amat berharap yang program hari ini akan menjadi titik tolak penting dalam sejarah perkhidmatan awam negeri Johor. “Kita mahukan yang selepas ini kita bukan sahaja akan menjadi sebuah kerajaan dan penjawat awam yang lebih baik dan berkesan tetapi berupaya menjadi suri tauladan kepada semua yang lain di luar sana”, ujar beliau mengakhiri ucapan.

kekuatan masing-masing berpandukan kepada perancangan yang strategik mengikut kesesuaian potensi setempat seperti yang telah yang dibincangkan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor.

Setiap Pegawai Daerah akan diserahkan dokumen PPS daerah masing-masing dengan harapan agar setiap Pegawai Daerah akan menjadi peneraju dalam membangunkan pertumbuhan strategik di daerah masing-masing, dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak UKM yang membantu untuk menjayakan PPSJ ini.

Pada program hari ini juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mempromosikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam. Ini adalah untuk menyuntik kesedaran kepada penjawat awam betapa pentingnya perkhidmatan saikologi dan kaunseling serta kesihatan mental. Bagi kerajaan negeri beliau mengalu-alukan inisiatif seperti ini yang

sememangnya akan memberi banyak faedah terutamanya dalam mencari dan mengenalpasti p u n c a - p u n c a berlakunya konflik dan permasalahan di kalangan penjawat awam. Apa yang

lebih penting mencari langkah-langkah untuk menanganinya dan seterusnya memperkasakan penjawat awam.

Setiap kali apabila beliau mengagaskan sesuatu idea atau agenda pembangunan negeri Johor beliau akan menekankan, semua pihak harus terlibat, menyumbang dan mesti bekerjasama

Page 19: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Negara mempunyai musim yang sesuai dengan aktiviti agromakanan sepanjang tahun, tidak seperti negara-negara yang mempunyai empat musim sewajarnyalah dimanfaatkan tanah-tanah terbiar samaada di sekeliling rumah, kawasan rumah pangsa, pejabat dan permis. We can create menggunakan apa yang ada pada kita untuk menghasilkan sesuatu. Oleh kerana itu Kementerian Pertanian mengadakan Program Jelajah Tani NegaraKu #TN50 untuk meningkatkan kesedaran, menggunakan cara terbaik yang ada, serta yang lebih penting jelajah ini untuk menanam semangat menjadi lebih kreatif bagaimana untuk menjadikan hasil yang boleh dijual. “Pertanian bukan menjadi petani tetapi petani menjadi usahawan”.

Bagi menggilapkan lagi industri kopi, Jabatan Pertanian pada tahun ini telah memulakan langkah dengan mengadakan Seminar Industri Tanaman Kopi di KBU Pagoh, Muar. Seminar ini bertujuan mengetengahkan potensi tanaman kopi kepada usahawan-usahawan yang berminat dengan menjemput usahawan yang berjaya seperti Syarikat Kopi Rengit dan Syarikat Kopi Cawan Mas yang berpengkalan di Johor, dan jabatan/agensi yang berkaitan sebagai pembentang kertas

Usahawan dan pemain industri agromakanan disaran mengeluaran hasil yang mampu berdaya saing dan melaksanakan aktiviti industri hiliran bagi menambah nilai tambah kepada produk yang akan membantu meningkatkan pendapatan serta mampu dilabur semula dalam industri agromakanan ini. Pihak kementerian akan menyediakan kemudahan infra struktur seperti pusat pengumpulan dan bilik sejuk bertujuan menjual semula apabila harga meningkat. Prinsip kreativiti, berdaya saing terhadap produk hiliran seperti mencipta resepi baru, penjenamaan baru yang akhirnya akan menjurus kepada pasaran eksport antarabangsa yang memerlukan kriteria-kriteria tertentu yang mesti dipatuhi. Ini menjadi satu cabaran besar yang akan dihadapi. Apabila eksport melebihi import tukaran wang asing juga akan meningkat dan ini akan meningkatkan ekonomi negara.

kerja. Bagi menggalakan dan memberi khidmat nasihat tentang potensi tanaman ini, jabatan juga mulai tahun 2016 telah memulakan program memperkasa tanaman kopi dengan menumpukan kepada pemindahan pakej teknologi, amalan pertanian baik, membekal benih bermutu dan menyalurkan ruang pasaran bersama agensi kerajaan dan usahawan kopi tempatan.

sambungan dari ms 15

sambungan dari ms 14

Page 20: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Kota Iskandar, 20 Jun 2017 - Jualan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Ruang Legar Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi selama dua hari. Seramai 15 usahawan IAT bimbingan jabatan telah menyertainya dengan menjual pelbagai produk biskut, kek, kerepek, jus dan pes rempah masakan. Menurut Tuan Haji A. Azis A. Karim, Ketua Bahagian Bimbingan Usahawan IAT memaklumkan program jualan ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk keluaran mereka dan pembeli pula mendapatkan harga yang lebih murah pada harga kilang. Syarikat Gayah - S Enterprise dari Kampung Telok Lipat, Endau yang menjual pes dan rempah masakan mendapat jualan tertinggi dalam program selama dua hari ini. Jumlah keseluruhan jualan pada kali ini melebihi RM16,000.

Batu Pahat, 7 Jun 2017 - Seramai 18 orang pegawai menyertai Bengkel Pelan Strategik Pengembangan Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan Pelan Strategik Pengembangan Kawasan masing-masing terutama kepada Agen Pengembangan Kawasan (APK) yang baru. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mastor Siam, Penolong Pegawai Pertanian Metodologi Pengembangan Daerah Batu Pahat. Turut hadir Encik Jamaludin

Md Zain, Pegawai Pertanian Daerah. Dengan mengadakan bengkel ini ia dapat membantu dalam melaksanakan kerja-kerja pengembangan di kawasan perkhidmatan APK.

Selain kuih muih, rempah ratus dan pes rempah untuk masakan sajian Hari Raya Aidilfitri turut menjadi

pilihan pelanggan di jualan Hari Raya usahawanIAT bimbingan jabatan.

Taklimat dan BengkelPelan Strategik Pengembangan

Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat.

Page 21: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Rengit, 5 Mei 2017 - Pameran, jualan dan demontrasi masakan dan pertanian sempena Karnival Muafakat Tani telah diadakan di Dewan Orang Ramai Rengit. Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat telah pun menyertai pameran sempena Karnival Muafakat Tani yang telah diadakan selama dua

Kluang, 7 Jun 2017 - Pejabat Pertanian Daerah Kluang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang (PPD) telah mengadakan Kursus Hand’s On Nutripot bertempat di Pejabat Pertanian Kluang. Kursus yang disertai seramai 30 orang kakitangan PPD, bertujuan memberi pendedahan ilmu

hari di Dewan Orang Ramai Rengit. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Ayub Jamil, ADUN Kawasan Rengit. Karnival juga menerima kunjungan YM Tunku Jalil Ibni Tunku Osman, Kerabat Diraja Johor. Karnival ini bertujuan memberi peluang usahawan mempamer dan menjual produk mereka di samping membina jaringan perniagaan sesama usahawan. Pejabat Pertanian Batu Pahat turut mempamerkan program-program jabatan antaranya Program Pertanian Bandar dan produk usahawan bimbingan jabatan seperti minyak kelapa dara, minyak masak serta produk madu kelulut. Sambutan dari penduduk sekitar amat menggalakkan.

berkaitan tanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah nutripot. Penerangan dan latihan amali disampaikan oleh Puan Satimah Salam, Penolong Pegawai Pertanian Program Khas. Turut hadir Encik Muhammad Faizal Saidi, Pegawai Pertanian Daerah Kluang.

YB Haji Ayub Jamil melawat “booth” pamerandi Karnival Muafakat Tani, Rengit.

Page 22: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

Kota Tinggi, 25 Mei 2017 - seramai 16 orang peserta telah menyertai Kursus Tanaman Cendawan Kg Lukut anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Ceramah disampaikan oleh Puan Siti Mariam Abdul Karim, Penolong Pegawai Pertanian dibantu pengusaha tanaman cendawan Encik Jasniran Jaes. Puan Siti menjelaskan terdapat 4 jenis cendawan tiram yang biasa diusahakan di kawasan tanah rendah iaitu cendawan tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju), cendawan tiram putih (Pleurotus

Rengit, 7 Mei 2017 - Seramai 43 orang peserta telah menghadiri Kursus Tanaman Cili Fertigasi bagi Program Agropreneur Muda anjuran bersama Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat di Perpustakaan Desa, Kg Sri Merlong, Rengit. Ceramah disampaikan oleh Sheikh Mohd Noh Sheikh Hassan, Usahawanjaya dari Syarikat NZ Kota, Kota Dalam, Ayer Hitam. Kursus ini bertujuan membantu usahawan muda yang berminat dengan tanaman fertigasi mendalami pengurusan tanaman cili fertigasi. Kursus selama sehari ini merupakan salah satu kursus yang telah dirancang oleh Pejabat Pertanian Batu Pahat pada tahun ini khususnya kepada usahawan muda.

florida), cendawan tiram kuning (Pleurotus citrinopileatus) dan cendawan tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus). Antara yang ditekankan kejayaan perusahaan cendawan bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan dan lain lain. Namun faktor yang penting dalam tanaman cendawan ini adalah amalan kebersihan yang baik. Antara aktiviti perusahaan ialah infrastruktur, penyediaan beg

media, pengukusan beg media, penyuntikan benih, pemeraman beg media, memungut hasil, pembungkusan dan penyimpanan serta pengurusan rumah cendawan. Peserta sedikit sebanyak telah mempelajari ilmu berkaitan tanaman cendawan dan boleh memulakan projek tanaman cendawan. Menurut En Saifullizan Bin Mustaffar, kursus seperti ini perlu diadakan lebih kerap sepanjang tahun untuk melahirkan lebih ramai lagi pengusaha yang ingin berminat industri cendawan ini.

Penyediaan media untuk cendawan antara aktiviti yanga dipelajari peserta Kursus Tanaman Cendawan di Kg Lukut .

Kursus Tanaman Cili Fertigasi kepada Agropreneur Muda di Kg Sri Merlong, Rengit oleh Sheikh Mohd

Noh dari Syarikat NZ.

Page 23: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

mengimarahkannya melalui aktiviti seperti program tadarus, solat tarawih dan pengagihan bubur lambuk serta kuih raya. Encik Ahmad Kamil Mohd. Yunus, Pengarah Pertanian Negeri Johor mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya.

meningkatkan integriti dan jati diri. Program diteruskan dengan senamrobik bertujuan melahirkan kakitangan kerajaan yang cergas, cerdas serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan.

Kota Iskandar, 30 Jun 2017 - Sepanjang Ramadan Al Kareem, pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian seluruh negeri Johor turut sama merebut peluang

Kluang, 7 Mei 2017 - Bertempat di Dataran Majlis Perbandaran Kluang seramai 300 kakitangan awam termasuk pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Kluang telah menyertai perhimpunan pagi dan senamrobik anjuran Pejabat Daerah Kluang. Dalam ucapan pada perhimpunan pagi Pegawai Daerah Kluang telah mengingatkan kakitangan awam supaya menjauhi rasuah dan

Pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Johor merebut peluang mengimarahkan Ramadan dengan tadarus dan pengagihan bubur lambuk.

Page 24: i Move - Jabatan Pertanian Negeri Johor · 2017. 12. 18. · Pemenang-pemenang Anugerah Projek Terbaik Pertanian Bandar 2016, Jabatan Pertanian Negeri Johor di MPC Johor Bahru, syabas.

10 keping tauhu10 keping tempe½ kilo daging½ kilo mempedal ayam½ kilo hati ayam½ kilo udang basah1 peket soon

Tempe, tauhu potong kecil dan goreng. daging, direbus potong kecil kemudian digoreng, mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng, Udang dibersihkan

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

.............................................................

Bahan tumis:¼ kilo lada merah¼ kilo lada hijau20 batang lada kering6-7 biji bawang besar dihiris5-6 biji bawang putih dihiris2 batang serai dititik2 inci lengkuas dititik1 biji santan pekatAsam jawa/belacan(air rebusan daging)Gula, garam, perasa

Cara-cara Memasak Sambal Goreng Johor:Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, lada merah dan hijau, kacau sehingga rata. Masukkan serai dan lengkuas. Masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, soon, udang dan kacau. Masukkan air perahan asam jawa dan belacan, gula, garam, perasa dan santan pekat. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati. Hidangkan.

EN. ISMAIL BIN ABD. RAHMANPemandu Kenderaan H115.1.2017

PN. HJH. FOZIAH BINTI NAIMPenolong Pegawai Pertanian G2930.1.2017

EN. AHMAD MISKI BIN MUNIRANPembantu Am H1131.1.2017

EN. IBRAHIM BIN ABU BAKARPembantu Awam H119.3.2017

EN. ZAINAL BIN MERINPembantu Pertanian G 1926.3.2017

EN. ABDUL HAMID HALIM SHAH BIN ABDULLAHPembantu Awam H112.4.2017

EN. ISA BIN SELAMATPembantu Petanian G191.5.2017

PN NORSAM BINTI BUNAWANPembantu Awam H111.6.2017

EN. ZULKEFLE BIN HAMZAHPemandu Kenderaan H1116.3.2017

Grafik & Dicetak oleh: PERCETAKAN KOTA SELATAN 07-235 7842

PENAUNGEn. Ahmad Kamil Bin Mohd Yunus

PENASIHATEn. Azreen Bin Basir

KETUA PENGARANGPn. Farhana Hafizah Bt Hamdan Mustafa

PENOLONG KETUA PENGARANGEn. Md. Fuad Bin Minhat@Minhaj

KUMPULAN PENGARANGPn. Hajah Siti Junainah Bt SardiniTn. Haji Mohamad Bin KasmuriEn. Azhari Bin Abdul ManapTn. Haji Nor ‘Azmi Bin Haji Sabikin

REKA LETAKTn. Haji Nor ‘Azmi Bin Haji Sabikin

JURU GAMBAREn. Mohd Suhaimi Bin KumariEn. Mohd Hanif Bin AsrahEn. Shallehan Al’Arif Hanapi

SIDANG REDAKSI

Diterbitkan oleh:Seksyen Komunikasi Jabatan Pertanian Negeri Johor,Tingkat 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi,Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar,79000 Iskandar Puteri, Johor.

Website : http://pertanian.johor.gov.myTel : 07-266 6707Faks : 07-266 1252E-mail : [email protected] : JabatanPertanianJohorTwitter : @pertanianjohor