I-Think

6
Kepentingan I-Think Dalam Memantapkan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah Ke arah Menghasilkan Murid Berinovatif Pendahuluan Mata pelajaran Sejarah adalah penting dalam proses memupuk semangat kewarganegaraan di kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, mata pelajaran ini dapat membangunkan kemahiran pendidikan dalam ruang yang lebih luas dan bukan setakat sebagai bahan pembacaan sahaja (Nichol, 1984). Tujuan pendidikan seumpama ini dapat dicapai melalui pemilihan tajuk pembelajaran yang sesuai dan serasi dengan tahap pemikiran pelajar tingkatan lima. Pemahaman mengenai peristiwa masa lalu di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme kepada bangsa dan negara terutama selepas menamatkan persekolahan. Terdapat tanggapan bahawa mata pelajaran sejarah adalah satu ulangan peristiwa yang membosankan dan tidak merangsang minda untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah semasa (Santhiram, 1978). Oleh itu, guru harus memastikan strategi dan cara pembelajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di sekolah. Dalam hal ini, strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep diperkenalkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan strategi I-Think dalam memantapkan pengajaran dan

description

d

Transcript of I-Think

Kepentingan I-Think Dalam Memantapkan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Sekolah Rendah Ke arah Menghasilkan Murid Berinovatif

PendahuluanMata pelajaran Sejarah adalah penting dalam proses memupuk semangat kewarganegaraan di kalangan rakyat Malaysia. Selain daripada itu, mata pelajaran ini dapat membangunkan kemahiran pendidikan dalam ruang yang lebih luas dan bukan setakat sebagai bahan pembacaan sahaja (Nichol, 1984). Tujuan pendidikan seumpama ini dapat dicapai melalui pemilihan tajuk pembelajaran yang sesuai dan serasi dengan tahap pemikiran pelajar tingkatan lima. Pemahaman mengenai peristiwa masa lalu di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme kepada bangsa dan negara terutama selepas menamatkan persekolahan.

Terdapat tanggapan bahawa mata pelajaran sejarah adalah satu ulangan peristiwa yang membosankan dan tidak merangsang minda untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah semasa (Santhiram, 1978). Oleh itu, guru harus memastikan strategi dan cara pembelajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di sekolah. Dalam hal ini, strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep diperkenalkan.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan strategi I-Think dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah sekolah rendah ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Latar Belakang KajianNovak dan Gowin (1984) telah membuktikan bahawa pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep. Usaha beliau di Universiti Cornell untuk mengkaji strategi pembelajaran dan pengajaran ini didapati boleh meningkatkan tahap pemprosesan maklumat dan mengintegrasikan maklumat baru. Kejayaan penggunaan peta konsep sebagai satu strategi kognitif telah membuktikan pelajar meningkatkan kebolehan prasyarat pemikiran ke tahap yang lebih baik berbanding keadaan sebelum pembelajaran menggunakan strategi ini.

Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru.

Pernyataan MasalahProses pengajaran dan pembelajaran (pdp) memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan yang bersesuaian bagi mencapai pdp yang berkesan. Namun, kebanyakan guru masa kini menyampaikan pengetahuan,kepada anak muridnya berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru semata-mata menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada akhir tahun. Kesannya, proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Guru-guru tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau tidak. Adakalanya konsep yang disampaikan oleh guru tidak jelas dan ada yang jauh di luar konteks sebenar. Tujuan guru adalah untuk menghabiskan kandungan pelajaran semata-mata.

Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam Sejarah bagi meningkatkan fakta-fakta prnting. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan fakta-fakta yang abstrak . Oleh itu, kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK bagi subjek Sejarah dalam Sejarah Tahun 4 KSSR. Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa strategi menggunakan peta pemikiran i-THINK ini dapat digunakan untuk meningkatkan daya ingatan pelajar dan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat memperbaiki amalan pengajaran guru.

Objektif KajianKajian ini secara terperincinya ingin mencapai tiga objektif iaitu:a) Untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK berbanding pembelajaran tradisional terhadap pembinaan pelajar yang berinovatif.b) Mengenalpasti kesan kaedah pembelajaran peta pemikiran i-THINK dalam memupuk nilai dan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah berbanding kaedah pembelajaran tradisional.c) Untuk melihat perbandingan kesan kaedah pembelajaran melalui peta pemikiran i-THINK terhadap peningkatan daya inovatif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah berbanding kaedah pembelajaran tradisional.

Soalan Kajian a) Adakah kaedah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK lebih berkesan berbanding pembelajaran bercorak tradisional terhadap pembinaan pelajar yang berinovatif?b) Adakah pembelajaran menggunakan teknik i-THINK dapat memupuk sikap dan nilai positif terhadap sains kepada pelajar berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?c) Adakah pembelajaran menggunakan i-THINK dapat meningkatkan daya inovatif pelajar untuk belajar Sejarah berbanding kaedah pembelajaran tradisional ?

Kepentingan KajianKajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui teknik i-THINK. Kajian tindakan ini ialah penggunaan teknik i-THINK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan tumpuan khusus kepada Sejarah Tahun Empat. Penggunaan teknik i-THINK adalah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan hanya membuat ulang kaji pada waktu hampir peperiksaan, serta tidak mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan mempunyai masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab dan akan memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.

Tinjauan KajianDaripada soal selidik yang telah dijalankan, didapati kebanyakan pelajar kurang berminat dengan mata pelajaran Sejarah, pengajaran Sejarah secara penerangan dan susah mengingati fakta-fakta dan peristiwa dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan soal selidik, didapati 30 daripada 35 pelajar 4B menjawab tidak empat soalan daripada tujuh soalan soal selidik.

Batasan KajianKajian ini hanya meneliti keberkesanan pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK berbanding pembelajaran tradisional terhadap pembinaan pelajar yang berinovatif. Seramai 35 orang murid terlibat dalam kajian ini. Mereka merupakan murid Tahun 4 dari SJKC Lai Meng, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Murid-murid dalam stau kelas dipilih secara sahaja di mana murid-muridnya menerima strategi i-THINK dan pendekatan pembelajaran koperatif, sementara sebuah kelas dipilih sebagai kelas. Umur pelajar adalah 10 tahun. Kelas yang dipilih sebagai kelas kawalan adalah kelas yang sama taraf dengan sampel kelas dari segi pencapaian akademik.

RumusanBab ini telah menghuraikan serta membincangkan perkara yang menjadi asas dan latar belakang kajian ini, termasuklah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, tinjauan kajian, batasan kajian dan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan membincangkan serta melihat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkajipengkaji yang lain terhadap perkaitan dengan kajian ini.