IBNU SINA

7
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. PERIBADI IBNU SINA

description

kvmdzin

Transcript of IBNU SINA

Page 1: IBNU SINA

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna

mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan

Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut

Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat

kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah

Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia

mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10

tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya

meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”.

Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu

pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir,

fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya

sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya,

ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat

karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya

dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri,

astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera

dan kosmologi.

PERIBADI IBNU SINA

I. Tekun mempelajari ilmu

Ibnu Sina pernah membaca buku berkenaan metafizik yang dikarang oleh Aristotle sebanyak 40 kali.

II. Taat beragama

Page 2: IBNU SINA

Beliau sering kali berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi sebarang kebuntuan dalam memhami sesuatu ilmu. Beliau akan pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah.

III. Pintar

Beliau berjaya menguasai pelbagai jenis ilmu sejak berusia 18 tahun.

IV. Berinovatif

Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan.

SUMBANGAN

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Page 3: IBNU SINA

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja

Page 4: IBNU SINA

unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

PENDIDIKAN IBNU SINA1. Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.2. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.3. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.4. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan5. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN1. Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.2. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawan penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.3. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.4. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.5. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:6. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikmukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Karya – karya tersebut diiktiraf sebagai rujukan perting.

Penemuan penyakit baru serta puncanya- Pengaruh kuman dalam penyakit.- Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya.- Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar(smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanyaPenemuan dalam bidang farmasi- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untukpelbagai jenis penyakit.- Ubat bius.

Membantu teknologi perubatan- Mencipta benang khusus untuk menjahit lukapembedahan.- Mencipta picagari dan lain-lain.

KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN1. Penyalidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu.2. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.3. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya.4. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden.5. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan

Page 5: IBNU SINA

baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan.

SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN1. Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.2. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir.3. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina)4. Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di hungry telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College(kolej Ibnu Sina)

RUMUSAN1. Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan.2. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat.3. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan metode pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan.Inmu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.

PENGHARGAANAssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat

juga sayamenyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk PembelajaranMotor . Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakansebahagian

daripadaKERJA  khusus individuRibuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantusaya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada DRHILMI BIN AHMAD SHAGHIR dan PN MARINA HJ ABDUL MAJID selaku pensyarahEDU

3106 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat.Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepadasaya sepanjang saya menyiapkan folio

ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakanseperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projekmasing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek

folio amatsaya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan sayamaklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah

membantu saya secaralangsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.