IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan...

49
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI IBRAHIM BIN DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan...

Page 1: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG

BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI

IBRAHIM BIN DAUD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBOOORRRAAANNNGGG PPPEEENNNGGGEEESSSAAAHHHAAANNN SSSTTTAAATTTUUUSSS TTTEEESSSIIISSS

JJJUUUDDDUUULLL ::: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI: KAJIAN TINJAUAN

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya IBRAHIM BIN DAUD

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (√)

SULIT(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:KG. WAKAF AIK, CIK SARIMAH BT ISMAIL 16020 TAWANG, BACHOK,KELANTAN

Tarikh:_____________________ Tarikh:_____________________

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa0organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursusu dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

i

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) dari Universiti Teknologi Malaysia

Tandatangan : ………………………………..

Nama penyelia : CIK SARIMAH BT ISMAIL

Tarikh : …………………………...........

Page 4: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH KURANG

BERAT BADAN DI EMPAT BUAH TADIKA KEMAS DI SKUDAI:

KAJIAN TINJAUAN

IBRAHIM BIN DAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penulis : IBRAHIM BIN DAUD

Tarikh : …………………………….

Page 6: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ibu yang tersayang ,

segala pengorbanan dan doamu untuk kejayaan seorang anak tidak dapat di balas

sampai ke akhir hayat.

Untuk isteri yang disayangi Laili bt Che Md. Jusoh@Ariffin,

segala pengorbanan dan dorongan yang diberikan serta keperitan dalam menghadapi

dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita berdua.

Semoga Allah memberikan hidayah dan dimurahkan rezeki.

Cik Sarimah Bt Ismail

Terima kasih di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.

Semoga Allah memberikan rahmatNYA

Dan dimurahkan rezeki

Untuk keluarga yang dikasihi, sanak saudara dan rakan seperjuangan.

Segala jasa, doa dan sokongan kalian akan dikenang ke akhir hayat.

Page 7: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnian

rahmat dan hidayatNYA, saya dapat menyiapkan kajian ini. Pertama sekali saya

ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada

penyelia projek sarjana muda, Cik Sarimah Bt Ismail di atas bimbingan dan tunjuk

ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek sarjana muda ini.

Kerjasama daripada guru-guru Tadika KEMAS Taman Teratai, Tadika

KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS

Penyiaran 26 Taman Universiti, Skudai, Johor disepanjang tempoh penyelidikan

adalah amat dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung dan tidak langsung di dalam membantu menjayakan projek sarjana muda

ini.

Page 8: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

vi

ABSTRAK

Masalah kurang berat badan jarang dibincangkan dan diberi perhatian oleh

masyarakat Malaysia pada masa sekarang. Namun isu ini tidak boleh dipandangan

ringan kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

ketika membesar. Oleh itu kajian dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi berlakunya kurang berat badan pelajar tadika di empat buah tadika

KEMAS di Skudai, Johor. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor pemakanan, gaya

hidup dan sosioekonomi. Empat buah tadika KEMAS yang terlibat adalah Tadika

KEMAS Taman Teratai, Tadika KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS

Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS Penyiaran 26 Taman Universiti. Seramai 67

orang responden terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada ibu pelajar

tadika yang mengalami masalah kurang berat badan. Instrumen yang digunakan

adalah borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, A, B, dan C. Data yang

dikumpulkan dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian SPSS ( Statistical

Package for the Social Science) versi 11.0 bagi mendapat kekerapan, peratus dan

min. Daripada tiga persoalan kajian yang dikemukakan didapati faktor pemakanan

lebih mempengaruhi kurang berat badan pelajar tadika berbanding dengan faktor

gaya hidup dan sosioekonomi. Bagi kajian akan datang disarankan pengkaji

mengambil kira faktor pengetahuan ibubapa serta menjalankan kajian pada sampel

yang lebih besar dan kajian dilakukan di kawasan pendalaman.

Page 9: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

vii

ABSTRACT

Nowadays the problem on underweight is seldom being discussed and

concerned by the Malaysia’s society. The issue is cannot be taken for granted

because it is able to demolish the growth and the development of the children.

Therefore, a research had been done to identify the factors that affected the

underweight among the kindergarten’s pupils in four KEMAS kindergartens, in

Skudai, Johor. The factors being researched are the food intake, the lifestyle and the

socioeconomic factor. The four KEMAS kindergartens are KEMAS Taman Teratai,

KEMAS Taman Sri Pulai, KEMAS Kemajuan 18 and KEMAS Penyiaran 26 Taman

Universiti. 67 respondents are involved, whereas the sample is the pupils’ mothers

that faced this problem. The instrument being used is the questionnaires’ forms

which divided into three sections A, B and C. The collective data would being

analysed quantitatively wring the SPSS (Statistical Package for the Social Science)

software version 11.0 to get the frequency, the percentage and the min. Based on the

there questions arised in the research, shown that the food intake is more dominant

compared to the lifestyle and socioeconomic factors. As for the oncoming research, it

is advisable of the researcher is more focused on the parents’ knowledge and carry

out the research on the wider sample, besides doing it at the remote area.

Page 10: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

AKUAN DIRI iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

Page 11: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

ix

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 7

1.8.1 Pemakanan 8

1.8.2 Faktor-faktor 8

1.8.3 Gaya Hidup 8

1.8.4 Sosioekonomi 9

BAHAGIAN KEDUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Faktor Pemakanan Kanak-kanak 11

2.3 Faktor Sosioekonomi 13

2.4 Faktor Gaya Hidup Ibubapa 15

2.5 Cara Mengatasi Masalah Kurang Berat Badan 17

Page 12: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

x

BAHAGIAN KETIGA

METODOLOGI

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Tempat Kajian 20

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 20

3.5 Instrument Kajian 21

3.6 Keesahan Soal Selidik 24

3.7 Kajian Rintis 25

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 26

3.9 Prosedur Kajian 27

BAHAGIAN KEEMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Bahagian A: Analisis Latarbelakang Responden 32

4.2.1 Jantina Anak 32

4.2.2 Umur Anak 33

4.2.3 Bangsa 33

4.2.4 Pendidikan Suami 34

4.2.5 Pendidikan Responden 34

4.2.6 Pekerjaan Suami 35

4.2.7 Pendapatan Suami 36

4.2.8 Pekerjaan Responden 36

Page 13: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xi

4.2.9 Pendapatan Responden 37

4.2.10 Bilangan Tanggungan 38

4.2.11 Pembantu Rumah 38

4.2.12 Kekerapan Ibu Menyediakan Makanan

di Rumah 39

4.2.13 Pendapat Ibu Tentang Faktor Menyebabkan

Anak Mereka Mengalami Masalah Kurang

Berat Badan 39

4.3 Bahagian B: Analisis Item Soalan Kajian 40

4.3.1 Persoalan Kajian 1 41

4.3.2 Persoalan Kajian 2 46

4.3.3 Persoalan Kajian 3 51

4.3.4 Ringkasan Dapatan Kajian 54

4.4 Bahagian C : Makanan Yang Biasa

Di Ambil Dalam Masa Sehari 55

4.4.1 Sarapan Pagi 55

4.4.2 Makan Tengahari 56

4.4.3 Minum Petang 56

4.4.4 Makan Malam 57

4.4.5 Minum Malam 57

4.4.6 Pemahaman Ibu Tentang

Makanan Seimbang 58

4.4.7 Ringkasan Dapatan Kajian 59

4.5 Kesimpulan 59

Page 14: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xii

BAHAGIAN KELIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 61

5.2.1 Rumusan Bahagian A:

Latarbelakang Responden 61

5.2.2 Rumusan Bahagian B: Persoalan Kajian 63

5.2.3 Rumusan Bahagian C: Persoalan Kajian 1 64

5.3 Perbincangan 66

5.3.1 Persoalan Kajian 1 66

5.3.2 Persoalan Kajian 2 68

5.3.3 Persoalan Kajian 3 70

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Cadangan Untuk Sasaran Kajian 71

5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 78

5.5 Kesimpulan 79

RUJUKAN 80

LAMPIRAN

Page 15: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Pengambilan Diet Disarankan (RDA)

Untuk Kanak-Kanan Lelaki Dan Perempuan

Berumur Di antara 1 Hingga 6 Tahun 3

1.2 Statistik Body Mass Index (BMI) Pelajar Tadika

Di 4 Buah Tadika KEMAS Di Skudai 4

3.1 Taburan Sampel Kajian 21

3.2 Taburan Item Soalan Soal Selidik Mengikut

Latarbelakang dan Maklumat Peribadi Responden 22

3.3 Pembolehubah Yang Digunakan Dalam Kajian 23

3.4 Taburan Item Soal Selidik Berkaitan Penyediaan

Makanan Dan Kefahaman Tentang Makanan

Seimbang 23

3.5 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Persoalan

Kajian 24

3.6 Set Skala Likert 24

4.1 Analisis Skor Min 31

4.2 Tahap Pertimbangan Peratus 31

4.3 Taburan Anak Responden Mengikut Jantina 32

4.4 Taburan Anak Responden Mengikut Umur 33

4.5 Taburan Bangsa Responden 33

Page 16: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xiv

4.6 Taburan Tahap Pendidikan Suami 34

4.7 Taburan Tahap Pendidikan Ibu 35

4.8 Taburan Pekerjaan Suami 35

4.9 Taburan Pendapat Suami Responden Selama

Sebulan 36

4.10 Taburan Pekerjaan Ibu 37

4.11 Taburan Pendapatan Ibu Selama Sebulan 37

4.12 Taburan Bilangan Tanggungan 38

4.13 Taburan Pembantu Rumah 38

4.14 Kekerapan Ibu Menyediakan Makanan Di Rumah 39

4.15 Pendapat Ibu Tentang Fakor Yang Menyebabkan

Anak Mereka Mengalami Masalah Kurang Berat

Badan 40

4.16 Taburan Persoala Kajian Dan

Bilangan Item Persoalan Kajian 41

4.17 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Faktor Pemakanan 42

4.18 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Gaya Hidup 47

4.19 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min Responden

Yang Menjawab Item Bagi Sosioekonomi 52

4.20 Taburan Min Keseluruhan Berdasarkan

Pembolehubah Kajian 54

4.21 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa

Sarapan Pagi 56

4.22 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa

Makan Tengahari 56

4.23 Kempulan Makanan Yang Diambil Semasa

Minum Petang 57

4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa

Makan Malam 57

Page 17: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xv

4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa

Minum Malam 58

4.26 Jawapan Yang Ditanda Oleh Ibu 58

5.1 Contoh Pilihan Pelbagai Jenis Makanan

Dari Kumpulan Makanan Untuk Anak-Anak

Yang Berumur 1 Hingga 6 Tahun 74

5.2 Contoh Menu Sehari Untuk Kanak-Kanak

4 Hingga 6 Tahun 75

Page 18: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Aliran Prosedur Menjalankan Kajian 29

5.1 Piramid Makanan Untuk Kanak-Kanak 73

Page 19: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xvii

SENARAI SINGKATAN

KEMAS - Kemajuan Masyarakat

( Kementerien Pembangunan Wilayah dan

Luar Bandar)

NCHS - National Center For Health Statistics

RDA - Recommended Dietary Allowances

(Pengambilan Diet Disarankan)

S - Setuju

SPSS - Statistical Pakage For Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UNICEF United Nations Children’s Fund

WHO - World Health Organisation

Page 20: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 86

B Surat Akuan Pelajar 98

C Akuan Pengesahan Item 100

Page 21: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Makanan diperlukan untuk

membolehkan tubuh kita berfungsi dengan normal, membekalkan tenaga untuk

bekerja, membesar, serta melaksanakan segala proses di dalam tubuh badan.

Pada masa kini masalah kurang berat badan kurang diperkatakan, kerana

masyarakat lebih menitikberatkan masalah kegemukan sedangkan masalah kurang

berat badan di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun masih lagi berlaku. Hasil

kajian Asmarina (2005) di Pekan Sekinchan, Selangor mendapati 34.5% kanak-

kanak mengalami kekurangan berat badan dan 43.2% kanak-kanak mengalami

kebantutan.

National Center for Health Statistics (NCHS) di United States merupakan

rujukan antarabangsa yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak

tahun 1970-an lagi. Semua negara di seluruh dunia menggunakan rujukan populasi

NCHS berdasarkan andaian bahawa setiap kanak-kanak berpotensi untuk membesar

secara sama dan tiada faktor persekitaran yang akan mempengaruhi pertumbuhan

mereka (WHO, 1983).

Status kesihatan kanak-kanak merupakan satu petunjuk yang menunjukkan

taraf sosioekonomi sesebuah negara (Ricc dan Becker, 1996). Kanak-kanak yang

mengalami masalah kurang berat badan juga dikatakan mengalami masalah

Page 22: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

2

malnutrisi sama ada kekurangan pengambilan makanan atau kelebihan pengambilan

makanan (Gibson,1990).

Menurut Ruel (2003) kepelbagaian pengambilan makanan telah dikenalpasti

oleh pakar pemakanan sebagai elemen terpenting dalam menilai kualiti pemakanan.

Peningkatan pelbagai makanan dalam makanan dan kumpulan makanan merentasi

panduan piramid makanan sangat disarankan kerana ia difikirkan dapat memastikan

kecukupan nutrien yang diperlukan oleh badan sekaligus menggalakkan kesihatan

yang baik. Kecukupan nutrien merujuk kepada pencapaian pengambilan tenaga dan

lain-lain nutrien yang diperlukan seperti yang dicadangkan (Foote et. al., 2004).

Dari umur 6 bulan ke atas, kanak-kanak memerlukan kepelbagaian makanan

untuk membekalkan kuantiti nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan yang

pantas (Onyango, 2003). Nutrien yang di perlukan oleh seorang kanak-kanak yang

berumur di antara 1 hingga 3 tahun ditunjukkan di dalam Jadual 1.1.

Prasekolah merupakan suatu peringkat peralihan dari bayi kepada kanak-

kanak sekolah, dimana kanak-kanak prasekolah merupakan mereka yang berumur 2-

6 tahun (WHO, 1983).

Statistik status pemakanan menunjukkan 800 juta penduduk dunia mengalami

kelaparan secara kronik, 160 juta di bawah umur 5 tahun kekurangan zat makanan

dan 12 juta kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun mendapat kematian dalam

setahun di mana 50% kematian akibat malnutrisi ( Dwi dan Darwin, 2002).

Kawasan luar bandar di China, kajian oleh Shuigao (2000) menunjukkan

kadar kekurangan berat badan pada tahun 1990 sebanyak 22.6%, 1992 adalah 19.4%

manakala 17.8% pada tahun 1995. Kanak-kanak yang mengalami masalah terbantut

pula masing-masing 41.4%, 39.7% dan 39.1% pada tahun 1990, 1992 dan 1995.

Walaupun kadar kedua-dua masalah ini mengalami penurunan namun angka ini

masih dianggap tinggi. Menurutnya lagi status pemakanan kanak-kanak prasekolah

di kawasan bandar dan luar bandar semakin mengalami perubahan adalah berkaitan

dengan status ekonomi negara yang semakin baik.

Page 23: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

3

Jadual 1.1: Pengambilan Diet Disarankan (RDA) untuk Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan Berumur di antara 1 hingga 6 Tahun.

Umur dan saizNutrien 1- 3 tahun

29 Ib, 35 in4- 6 tahun

44 Ib, 44 inKlori 1300 1700Protein (g) 23 30Aktiviti Vitamin A ( R. E) 400 500Vitamin D (ug) 10 10Aktiviti vitamin E (mg T.E) 5 6Asid askorbik (mg) 45 45Tiamina (mg) 0.7 0.9Riboflavin (mg) 0.8 1.0Niasin (mg NE) 9 11Vitamin B6 (mg) 0.9 1.3Folasin (ug) 100 200Vitamin B12 (ug) 2.0 2.5Kalsium (mg) 800 800Fosforus (mg) 800 800Magnesium (mg) 150 200Ferum (mg) 15 10Zink (mg) 10 10Iodida (ug) 70 90 Sumber Stare dan Mc Williams (1990)

1.2 Latar Belakang masalah

Tadika KEMAS merupakan taman didikan kanak-kanak yang dikendalikan

oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat. Pelajar Tadika KEMAS terdiri daripada kanak-

kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Terdapat banyak kajian lepas yang dijalankan

untuk mengenalpasti tahap pemakanan kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun

di Malaysia menunjukkan terdapatnya masalah kurang berat badan.

Kajian yang dijalankan ke atas 60 orang kanak-kanak pra-sekolah di Tadika

Islam Bandar Baru Sri Petaling Kuala Lumpur menunjukkan masalah kekurangan

berat badan sebanyak 8.3% (Marissa, 2003).

Page 24: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

4

Selain itu kajian yang dijalankan di Machang Kelantan pula menunjukkan

10.9% kanak-kanak tersebut mengalami masalah kurang berat badan. Masalah

kurang berat badan merupakan masalah pemakanan yang utama berlaku di kalangan

kanak-kanak terbabit (Mulyati, 2003).

Melalui tinjauan yang dibuat di 4 buah Tadika KEMAS di Skudai didapati 83

orang daripada 139 orang pelajarnya mengalami masalah kurang berat badan ( rujuk

Jadual 1.2)

Daripada senario yang berlaku dan data yang didapati, dengan ini jelas

menunjukkan bahawa masalah kurang berat badan di kalangan pelajar Tadika

KEMAS amatlah membimbangkan. Oleh itu pengkaji merasa perlu menjalankan

kajian terhadap faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kurang berat

badan dari aspek faktor pemakanan, gaya hidup dan sosioekonomi keluarga.

Jadual 1.2: Statistik Body Mass Index (BMI ) pelajar Tadika KEMAS di 4 buah Tadika KEMAS di Skudai.

Sumber : Fail Rekod Tinggi dan Berat Tadika KEMAS Taman Teratai, Tadika KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS Penyiaran 26 Taman Universiti, Skudai, Johor, 2007.

Status BMI Tadika KEMAS

Kemajuan 18

Tadika KEMAS Penyiaran 26

Tadika KEMAS Taman Teratai

Tadika KEMAS Taman Sri

PulaiJumlah

Kurang Berat 9 22 22 30 83

Berat Badan Unggul - 8 9 1 18

Berat Badan Berlebihan 6 - 1 - 7

Obesiti 15 3 8 5 31

Jumlah 30 33 40 36 139

Page 25: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

5

1.3 Penyataan masalah

Melalui data yang diperolehi daripada empat buah Tadika KEMAS di Skudai

didapati 59.71% pelajar Tadika KEMAS tersebut mengalami masalah kurang berat

badan. Masalah ini akan menjadi serius apabila pelajar mengalami masalah

kesihatan dan menjejaskan pertumbuhan akibat daripada masalah kurang berat

badan. Berikutan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah kurang berat badan kanak-kanak tersebut dari aspek

pemakanan, gaya hidup dan faktor sosioekonomi.

1.4 Objektif kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh:

i. Pemakanan ke atas masalah kurang berat badan di kalangan pelajar Tadika

KEMAS di empat buah Tadika KEMAS di Skudai

ii. Gaya hidup ke atas masalah kurang berat badan di kalangan pelajar Tadika

KEMAS di empat buah Tadika KEMAS di Skudai.

iii. Sosioekonomi ke atas masalah kurang berat badan di kalangan pelajar Tadika

KEMAS di empat buah Tadika KEMAS di Skudai.

Page 26: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

6

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian beberapa persoalan telah ditentukan

seperti berikut :

i. Apakah pemakanan mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar tadika

di empat buah tadika KEMAS di Skudai?

ii. Apakah gaya hidup mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar tadika

di empat buah tadika KEMAS di Skudai?

iii. Apakah sosioekonomi mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar

tadika di empat buah tadika KEMAS di Skudai?

1.6 Kepentingan kajian

Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini diharap dapat membantu:

i. Ibu bapa kanak-kanak Tadika KEMAS

Melalui pihak Tadika KEMAS, kanak-kanak ini diberi didikan pengambilan diet

yang betul untuk mengelakkan berlakunya masalah kurang berat badan. Dengan

mengenalpasti punca berlakunya masalah kurang berat badan, pihak Tadika KEMAS

dapat membantu ibu bapa dalam membentuk diet pemakanan yang baik untuk

keluarga mereka. Kanak-kanak memerlukan nutrien yang cukup untuk pertumbuhan

dan perkembangan yang sempurna. Ibubapa memainkan peranan penting dalam

mencegah berlakunya masalah kurang berat di kalangan kanak-kanak. Seseorang

kanak-kanak dipengaruhi oleh corak pemakanan ibu bapa di mana bermula dari lahir

sehinggalah dewasa. Melalui kajian ini nanti diharapkan pihak ibu bapa mendapat

pengetahuan mengenai masalah kurang berat badan dan mengambil langkah segera

untuk mengatasinya. Selain itu ibu bapa juga mendapat pengetahuan mengenai

Page 27: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

7

corak pemakanan yang betul agar kesihatan dan perkembangan diri mereka

sempurna.

ii. Guru-guru Tadika KEMAS

Disamping itu juga, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada guru-guru

untuk mendedahkan dan memupuk kesedaran kanak-kanak tadika mengenai corak

pemakanan yang baik untuk mengelakkan berlakunya masalah kurang berat badan.

Guru-guru tadika juga boleh merancang menu harian untuk kanak-kanak tadika

berdasarkan hasil kajian yang diperolehi.

1.7 Skop dan batasan kajian

Kajian ini dijalankan di empat buah Tadika KEMAS di Skudai, Johor iaitu

Tadika KEMAS Taman Teratai, Tadika KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS

Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS Penyiaran 26 Taman Universiti. Kajian ini

melibatkan 67 orang ibu kepada kanak-kanak tadika yang mengalami masalah

kurang berat badan dan berbangsa Melayu. Kajian hanyalah tertumpu kepada

pembolehubah pemakanan, gaya hidup dan sosioekonomi yang mempengaruhi

masalah kurang berat badan pada kanak-kanak tadika KEMAS.

1.8 Definisi operasional

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan

lebih tepat menurut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan dalam kajian

ini nanti.

Page 28: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

8

1.8.1 Pemakanan

Jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan,

pilihan jenis-jenis makanan seseorang (Kamus Dewan, 2005).

Dalam kajian ini pemakanan merujuk kepada makanan yang lazimnya disediakan

oleh ibu kepada pelajar Tadika KEMAS dan makanan yang disediakan oleh pihak

Tadika KEMAS kepada pelajar.

1.8.2 Faktor-faktor

Menurut Kamus Dewan (2002), faktor ditakrifkan sebagai sebab yang

mempengaruhi sesuatu berlaku seperti keadaan atau tenaga. Dalam kajian ini faktor

merujuk kepada pengaruh pemakanan, gaya hidup dan sosioekonomi yang mungkin

menjadi faktor yang mendorong berlakunya masalah kurang berat badan dikalangan

pelajar Tadika KEMAS.

1.8.3 Gaya hidup

Menurut Kamus Dewan (2005), gaya hidup ditakrifkan sebagai cara tertentu

seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan. Dalam kajian ini

pengkaji akan melihat gaya hidup keluarga kanan-kanak tadika KEMAS yang dikaji

dari segi kesibukan bekerja, gaya pemakanan dan penyediaan makanan kepada

kanak-kanak.

Page 29: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

9

1.8.4 Sosioekonomi

Melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi

(Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor sosioekonomi

dari segi pendapatan, pekerjaan dan perbelanjaan ibubapa dalam menyediakan

makanan kepada kanak-kanak Tadika KEMAS.

Page 30: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

10

BAB II

Sorotan Kajian

2.1 Pengenalan

Taraf pemakanan kanak-kanak yang rendah boleh mempengaruhi kesihatan

mereka dan mewujudkan risiko penyakit kronik apabila dewasa. Pengetahuan dan

aplikasi pemakanan yang sihat dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan

yang seimbang dan membentuk amalan pemakanan yang baik (McCullough et al.,

2004). Masalah pemakanan terbahagi kepada dua iaitu kekurangan dan berlebihan

berat badan.

Afrika Selatan yang dianggap antara negara kaya di Afrika juga turut

menghadapi tempias masalah yang sama apabila wujud peningkatan sehingga lima

peratus setahun kadar kanak-kanak kurang berat badan. Di Habsyah dan Nigeria

misalnya, hampir separuh daripada jumlah kanak-kanak mereka kekurangan berat

badan. Kajian yang dijalankan (UNICEF, dalam Utusan Malaysia, 29 Jun 2006)

menunjukkan, hampir 75 peratus jumlah kanak-kanak dari 10 negara di dunia

mempunyai masalah kurang berat badan. Negara-negara tersebut adalah India,

Bangladesh, Pakistan, China, Nigeria, Habsyah, Indonesia, Republik Demokratik

Congo, Filipina dan Vietnam. Lebih separuh dari jumlah keseluruhan ini adalah

datangnya dari India, Bangladesh dan Pakistan (Utusan Malaysia, 29 Jun 2006).

Page 31: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

11

Kajian menunjukkan, pada tahun 2003 sebanyak 27.6% kanak-kanak di

Indonesia mengalami masalah kurang berat badan. Keadaan ini menunjukkan

berlakunya peningkatan kes kurang berat badan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah

iaitu 27.6% pada tahun 2003 berbanding 24% pada tahun 2000 (Atmarita, 2005).

Menerusi bab ini pengkaji akan membincangkan kajian-kajian lepas

mengenai faktor pemakanan, sosioekonomi dan gaya hidup mempengaruhi masalah

kurang berat badan di kalangan kanak-kanak.

2.2 Faktor Pemakanan kanak-kanak

Pemakanan ialah jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan

untuk dimakan (Kamus Dewan, 2005). Menurut Mohd Hamim (2000) setiap makanan

yang kita makan mengandungi beberapa bahan yang diperlukan oleh tubuh kita. Tidak

ada sejenis makanan pun yang mengandungi semua nutrien seperti karbohidrat, protien,

lemak, mineral dan vitamin. Oleh yang demikian adalah penting bagi kita untuk

memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan semua bahan yang tersebut di

atas. Makan secara sihat ialah mengambil makanan yang mengandungi zat yang

diperlukan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan seperti nasi, roti,

bijirin, mee dan mihun, sayur-sayuran dan buah-buahan, daging, ayam, ikan dan

kekacang, susu dan hasil tenusu, lemak dan gula. Ini penting bagi memastikan semua

ahli keluarga termasuk anak-anak menerima kesemua zat yang diperlukan bagi

menjalankan aktiviti harian, pertumbuhan dan tumbesaran. Makanan yang berbeza

membekalkan nutrien yang berbeza. Kuantiti nutrien yang terdapat dalam suatu jenis

makanan tidak sama antara satu sama lain.

Satu kajian yang dijalankan di Indonesia mendapati masalah kurang berat

badan dan terbantut berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan kanan-kanak (

Atmarita, 2005). Kanak-kanak yang tidak memperolehi secukupnya nutrien yang

diperlukan oleh badan akan mengalami pelbagai ganguan kesihatan seperti masalah

Page 32: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

12

kurang berat badan. Masalah kurang berat badan berlaku kerana kanak-kanak tidak

memperolehi makanan dan zat yang diperlukan oleh tubuh dengan secukupnya untuk

perkembangan dan pertumbuhannya. Kanak-kanak yang kurang makan dan tidak

mendapat zat secukupnya tidak mungkin melalui proses tumbesaran yang baik.

Sama ada kanak-kanak itu mempunyai masalah berat badan berlebihan atau kurang,

sebenarnya ia memberi gambaran jelas terhadap tabiat pemakanan tidak sihat yang

diamalkan di rumah .

Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian Smith dan Haddad (2000) yang

mendapati pemakanan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi

pencapaian pertumbuhan seseorang. Menurut Suraiya (1997) jika makanan kurang

nutrien, tubuh tidak mendapat kesemua khasiat yang diperlukan, kesannya

mempengaruhi metabolisma dalam tubuh dan boleh menjurus kepada berlakunya

masalah kurang berat badan. Kajian ini menjelaskan pentingnya pengambilan

makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk perkembangan dan pertumbuhan yang

sihat. Cullen et al., (1997), mengesyorkan setiap individu mengambil lima hidangan

sehari untuk diet yang sihat. Kelly dan Eubanks (1994) menyatakan, walaupun

sedikit sarapan yang berkhasiat diambil, ini sudah cukup untuk merasa selesa dan

membolehkan badan bekerja dengan lebih baik pada hari itu.

Satu kajian yang telah dijalankan di kawasan bandar di Mali, mendapati skor

kepelbagaian makanan yang rendah menunjukkan risiko kanak-kanak mendapat

masalah kekurangan berat badan dan kebantutan (Ruel, 2003). Ini menunjukkan

pengambilan nutrien yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya masalah

kurang berat badan dikalangan kanak-kanak. Ini disokong oleh Gibson (1990) yang

menyatakan malnutrisi secara amnya berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau

ketidak cukupan dan kelebihan keperluan nutrien. Malnutrisi terbahagi kepada dua

iaitu pengambilan nutrien yang berkurangan (kurang berat badan, terbantut dan

tersusut) atau pengambilan nutrien yang berlebihan (berlebihan berat badan).

Kajian Ferrer (2005) juga mendapati pemakanan adalah salah satu faktor

penyebab berlakunya masalah kurang berat badan. Ini dibuktikan melalui kajian

Dinesh Kumar et al., (2006) yang mendapati kanak-kanak mengalami kurang berat

Page 33: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

13

badan disebabkan pemakanan yang kurang baik. Pemakanan yang kurang baik ialah

makanan yang tidak mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan.

2.3 Faktor Sosioekonomi

Keadaan sosioekonomi yang rendah boleh menyebabkan berlakunya masalah

kurang berat badan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah. Pendapatan sesebuah

keluarga dapat mengambarkan tahap sosioekonomi sesebuah keluarga. Kedudukan

tahap sosioekonomi pula dapat mempengaruhi taraf pemakanan seseorang. Semakin

tinggi pendapatan yang diperolehi maka semakin luas peluang mereka untuk menikmati

dan memilih makanan yang berzat berdasarkan keperluan ahli keluarga. Di negara yang

membangun seperti Malaysia, masih lagi terdapat banyak masalah pemakanan

seperti kekurangan pengambilan nutrien tertentu dan penyakit-penyakit yang

berkaitan dengan pengambilan diet seperti malnutrisi, masalah kurang berat badan

dan sebagainya. Masalah malnutrisi ini dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti

tahap pendidikan dan pengetahuan pemakanan ibu serta bilangan anak dalam isi

rumah. Menurut Rutstein (2000), taraf sosioekonomi yang baik dapat meningkatkan

taraf kesihatan kanan-kanak. Ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh

Dinesh Kumar et al., (2006) yang mendapati semakin tinggi status sosioekonomi

kanak-kanak semakin kurang kemungkinan mengalami kurang berat badan

berbanding kanak-kanak yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah. Ini

disokong oleh Khor (2003) meyatakan malnutrisi di kalangan kanak-kanak adalah

kompleks dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor persekitaran seperti pengaruh

biologikal, budaya dan sosioekonomi.

Di Filipina, kemiskinan, makanan dan pemakanan merupakan masalah yang

kritikal. Kajian Anngeles-Agdeppa (2002) menyatakan 32% kanan-kanak Filipina

yang berusia 0-5 tahun, mengalami masalah kekurangan berat badan dan 40.8%

mengalami kebantutan. Kajian ini menunjukkan kemiskinan, makanan dan

Page 34: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

14

pemakanan adalah faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kekurangan berat

badan dan kebantutan.

Kajian Atmarita (2005) mendapati kelaparan dan masalah pemakanan banyak

dihadapi oleh rakyat Indonesia yang miskin dan dihadapi oleh semua peringkat

umur, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Ini dibuktikan oleh kajian yang

dilakukan oleh Haiyong Liu (2007) yang mendapati kemiskinan menyebabkan

berlakunya kurang berat badan di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak dari keluarga

yang mempunyai status ekonomi yang rendah lebih terdedah kepada masalah kurang

berat badan manakala mereka yang keluarga mempunyai status ekonomi tinggi

cenderung untuk mengalami masalah berlebihan berat badan (Norimah dan Lau,

2000).

Kenyataan ini turut disokong oleh hasil kajian yang dilakukan oleh Zalilah

dan Ang (2001), di kalangan kanak-kanak pra-sekolah di Taman Sang Kancil di

sekitar Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, kanak-kanak tersebut adalah dari

golongan keluarga berpendapatan rendah bagi kawasan bandar. Hasil kajian ini

mendapati masalah kurang berat badan adalah tinggi. Ini menunjukkan perkaitan

antara pendapatan keluarga yang rendah dengan kejadian masalah kurang berat

badan yang tinggi bagi kanak-kanak dalam kajian tersebut.

Keluarga yang miskin tidak dapat menyediakan makanan yang secukupnya

untuk ahlinya dan menyebabkan berlakunya masalah kurang berat badan. Di

Malaysia, hasil kajian pada tahun 1999 keatas 5,096 orang kanak-kanak dibawah usia

5 tahun menunjukkan kanak-kanak di dalam keluarga yang mempunyai pendapatan

di bawah RM 1,000 sebulan lebih tinggi mengalami masalah malnutrisi iaitu

kekurangan berat badan (24.5%), kebantutan (20.1%) dan tersusut (15.0%)

berbanding kanak-kanak di dalam keluarga yang mempunyai pendapatan melebihi

RM 1,000 sebulan dimana kekurangan berat badan (12.7%), kebantutan (10.5%) dan

tersusut (1.4%) (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001).

Kajian di kalangan kanak-kanak pra-sekolah di Malaysia juga menunjukkan

bahawa terdapatnya perkaitan antara taraf sosioekonomi dengan kejadian kurang

berat badan. Pendapatan isi rumah yang tinggi mempunyai pengaruh yang kuat

Page 35: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

15

dalam pengambilan makanan kanak-kanak. Pendapatan ibu bapa mempengaruhi

jumlah wang yang diperuntukan untuk membeli makanan. Melalui kajian yang

dijalankan di Kedah, Kelantan, Perak dan Terengganu mendapati masalah kurang

berat badan yang tinggi disebabkan oleh pendapatan isi rumah yang rendah dan

kemiskinan yang tinggi. Dari jumlah responden kajian yang mengalami kurang berat

badan, 49.6% berada di bawah paras kemiskinan dengan 37.2% miskin dan 12.4%

adalah sangat miskin (Chee et al., 2002).

Dalam kajian yang dijalankan oleh Normala (1997) terhadap kanak-kanak pra-

sekolah tadika Nurul Iman, UTM pula mendapati pendapatan ibu bapa yang tinggi

mempunyai perkaitan yang positif dengan taraf pemakanan yang baik dan seimbang.

Toyama et al., (2001) juga bersetuju bahawa pendapatan ibu mempengaruhi taraf

pemakanan kanak-kanak. Pada pendapat Heaton et al.,(2005), keluarga dengan status

sosioekonomi yang lebih tinggi adalah lebih berkeupayaan memberikan penjagaan

kesihatan yang lebih baik kepada kanak-kanak. Keluarga yang mempunyai status

sosioekonomi yang tinggi dapat menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang

kepada ahli keluarga yang secara tidak langsung dapat mencegah daripada berlakunya

masalah kurang berat badan dikalangan anak-anak mereka.

2.4 Faktor gaya hidup ibu bapa

Selain faktor pemakanan dan sosioekonomi, faktor gaya hidup juga

mempengaruhi masalah kurang berat badan di kalangan kanak-kanak. Kajian

Atmarita (2005) mendapati gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal

membantu pertumbuhan dan perkembangan psikomotor yang baik. Menurut Stare

dan Mc Williams (1990) dengan kesibukan kerja dan kekangan masa bagi

menyediakan makanan, banyak keluarga terutama yang ibu bekerja, terpaksa makan

di restoran dengan lebih kerap berbanding dengan ibu-ibu yang tidak bekerja.

Amalan ini tidak menghalang pengambilan pemakanan yang baik, tetapi

keburukannya bergantung kepada jenis restoran yang dipilih.

Page 36: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

16

Kesibukan kerja menjadi faktor ke atas amalan pemakanan. Kesibukan kerja

menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan kepada

anak-anak. Keadaan ini mendorong ke arah amalan pemakanan yang tidak seimbang

akan menyebabkan berlakunya masalah malnutrisi sama ada berlebihan berat badan

atau berkurangan berat badan. Selain daripada tidak mempunyai masa untuk

menyediakan makanan untuk anak-anak, ibu bapa juga tidak mempunyai masa untuk

memantau corak pemakanan anak-anak mereka, sama ada anak mereka mengambil

makanan yang seimbang atau tidak. Ramai ibu bapa menyatakan mereka tidak

mempunyai masa menyediakan sarapan pagi bagi keluarga dan anak-anak ( Zuraini,

2006). Mary Easaw John (2003) menyatakan antara alasan yang diberikan oleh

kanan-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi ialah kesuntukan masa dan tidak

ada selera makan pada waktu pagi.

Menurut Stare dan Mc Williams (1990) untuk maju dalam karier yang

dianggap berjaya dan berpengaruh oleh keluarga dan masyarakat, memerlukan

pengubahsuaian dalam corak hidup masyarakat. Tekanan pada jawatan atau tugas

yang dipikul mungkin mempengaruhi keadaan fizikal seseorang. Beban tugas yang

berat bukan sahaja meletakkan sejumlah besar tekanan dan ketegangan, tetapi

menghadkan masa untuk menyediakan makanan dan berehat. Suriah (1993),

berpendapat, amalan pemakanan perlu teratur dan seimbang. Jika makanan kurang

nutrien, tubuh badan tidak mendapat semua khasiat nutrien. Kesannya

mempengaruhi metabolisma dalam tubuh. Di samping itu, Cooke (2004) juga

bersetuju bahawa gaya hidup keluarga dan cara pemberian makanan kepada kanak-

kanak oleh ibu bapa khasnya ibu memainkan peranan yang penting dalam membantu

pembentukan kesukaan kanak-kanak.

Page 37: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

17

2.5 Cara Mengatasi Masalah Kurang berat badan

Masalah kurang berat badan yang disebabkan oleh faktor pemakanan yang

buruk boleh diatasi dengan mengambil makanan seimbang dan mempelbagaikan

pengambilan makanan.

Semua orang memerlukan makanan yang pelbagai untuk mendapat nutrien

yang diperlukan (Arimond dan Ruel, 2004). Kepelbagaian makanan secara

umumnya dikenali sebagai komponen penting dalam membentuk pemakanan sihat

(Ruel, 2003). Makanan yang pelbagai, selalunya dijumlahkan berdasarkan kepada

bilangan item makanan yang berbeza, di mana kepelbagaian pengambilan makanan

diukur mengikut jumlah kumpulan makanan (contoh; bijirin, daging, buah-buahan,

hasil tenusu dan sayur-sayuran) yang digunakan pada tempoh masa tertentu (Clausen

et al., 2005).

Menurut Ruel (2003) pula, pengukuran kepelbagaian pengambilan makanan

adalah dengan menggunakan pengiraan ringkas makanan atau kumpulan makanan

mengikut ketetapan masa yang diberikan. Peningkatan pengambilan kepelbagaian

makanan antara atau dalam kumpulan makanan itu sendiri telah disarankan dalam

kebanyakan panduan pemakanan untuk memastikan pengambilan nutrien yang di

perlukan mencukupi dan menggalakan kesihatan yang baik.

Kepelbagaian makanan (variasi makanan yang diambil) disarankan untuk

mencapai diet yang sihat dan mencegah daripada mendapat penyakit kanser

(Fernandez et al., 2000). Kepelbagaian makanan diukur sebagai jumlah bilangan

makanan yang diambil sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Variasi

makanan yang diambil dikategorikan kepada lima kumpulan utama iaitu

kepelbagaian dalam bijirin, daging, hasil tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kajian ini telah menunjukkan perkaitan antara kepelbagaian makanan yang diambil

terjadap penyakit kanser. Dengan ini, tabiat untuk mengambil makanan yang

pelbagai perlu dipupuk sejak dari umur kanak-kanak lagi.

Page 38: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

18

Di negara maju, terdapat beberapa kajian yang berkait dengan kepelbagaian

pengambilan makanan, khusus kepada individu dewasa dan dilihat terdapat perkaitan

yang signifikan (Arimond dan Ruel, 2004). Ibu bapa seharusnya digalakkan untuk

melibatkan diri dalam aktiviti yang menambahkan pengetahuan pemakanan dan

mengggalakkan amalan yang baik (Soon dan Khor, 1995).

Hakikatnya, lebih besar kepelbagaian pengambilan makanan yang diambil,

maka ia lebih mudah untuk mencapai keperluan RDA yang disarankan dan dapat

mengelak daripada mengalami masalah kurang berat badan. Kepelbagaian

pengambilan makanan cenderung dikaitkan dengan pengambilan sayur-sayuran dan

buah-buahan ke atas individu (Drewnowski et al., 1997). Menurut Briley dan

Roberts-Gray (1999), penglibatan ibubapa dalam perancangan menu di pusat

penjagaan kanak-kanak sememangnya merupakan salah satu saranan American

Dietetic Association.

Seperti juga orang dewasa, kanak-kanak juga perlu mendapatkan zat

pemakanan seimbang kerana dalam tempoh tersebut mereka sangat memerlukan

semua zat supaya dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

Page 39: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

19

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Penyelidikan bermaksud perbuatan menyelidik dan pemeriksaan (Kamus

Dewan, 2002). Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk menghasilkan

maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Dengan adanya

penyelidikan dapat membantu manusia mendapatkan penemuan baru. Untuk

menjalankan sesuatu kajian, ianya perlu melalui beberapa proses seperti

mendapatkan tajuk, menulis kertas cadangan, mengumpul data, mengemukakan

kesimpulan dan menulis laporan (Mohd Majid, 1990). Oleh itu dalam bab ini

pengkaji akan membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, tempat kajian,

populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, keesahan soal selidik, kajian rintis

kebolehpercayaan soal selidik dan prosedur kajian.

Page 40: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

20

3.2 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif dan menggunakan kaedah

tinjauan dan dijalankan ke atas kanak-kanak di beberapa buah tadika Kemas di

sekitar Skudai. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kurang berat badan di

kalangan kanak-kanak tadika iaitu faktor penyebab berlakunya masalah kurang

berat di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan.

3.3 Tempat kajian

Kajian ini dijalankan di beberapa buah tadika pinggir bandar, di sekitar

skudai. Tadika ini adalah dibawah kelolaan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat

atau lebih dikenali sebagai KEMAS. Tadika ini beroperasi pada pukul lapan pagi

hingga sebelas pagi. Tadika KEMAS yang terlibat dalam tinjaua ini ialah Tadika

KEMAS Taman Teratai, Tadika KEMAS Taman Sri Pulai, Tadika KEMAS

Kemajuan 18 dan Tadika KEMAS Penyiaran 26 Taman Universiti.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 67 orang ibu pelajar-pelajar Melayu

lelaki dan perempuan Tadika KEMAS yang mengalami masalah kurang berat

badan dan berumur 4- 6 tahun.

Page 41: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

21

Jadual 3.1: Taburan Sampel Kajian

Bil. Tadika KEMAS Jumlah

Populasi

Sampel

1 Tadika KEMAS Kemajuan 18 34 orang 16

2 Tadika KEMAS Penyiaran 26 31 orang 16

3 Tadika KEMAS Taman Teratai 48 orang 17

4 Tadika KEMAS Taman Sri Pulai 49 orang 18

Jumlah 162 orang 67

Sampel bagi kajian rintis yang dijalankan ialah seramai 10 orang yang terdiri

daripada ibu pelajar Tadika KEMAS Kampung Wakaf Aik yang mengalami masalah

kurang berat badan. Responden yang telah dipilih untuk kajian rintis tidak terlibat

semasa kajian sebenar dijalankan. Kaedah sampel yang digunakan ialah pemilihan

sampel bertujuan. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidik memilih dengan sengaja

sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah sampel yang mewakili populasi.

3.5 Instrumen kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai

instrument kajian. Borang soal selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir, data

yang diperolehi mudah dianalisis dan menjimatkan masa ( Mohd. Najib, 1999).

Kebaikan lain menggunakan soal selidik ialah;

i. kos yang diperlukan adalah lebih rendah untuk populasi yang besar. Kaedah

ini lebih praktikal kerana ianya lebih cepat serta menjimatkan masa dan juga

perbelanjaan menguruskannya. Oleh yang demikian banyak masa, wang dan tenaga

boleh digunakan untuk tujuan kerja-kerja berkaitan kajian ini.

Page 42: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

22

ii. responden akan lebih bebas dan berani memberikan maklumbalas terhadap

aspek yang dikaji berbanding dengan kaedah temubual atau kaedah lain. Oleh itu

data yang diperolehi adalah lebih tepat.

iii. setiap responden menerima set soalan dan frasa yang sama. Ketiadaan

penemu duga ataupun pihak ketiga, menyumbang kepada maklum balas yang

standard. Ini bermakna menyumbang kearah kebolehpercayaan lebih tinggi.

Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B

dan bahagian C. Bahagian A mengandungi empat belas item di mana ianya

menyentuh mengenai latarbelakang dan maklumat peribadi responden. Taburan item

ditunjukkan di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Taburan item soal selidik mengikut latarbelakang dan maklumat peribadi responden.Latarbelakang responden Jumlah item

i. Nama anak

ii. Jantina anak

iii. Umur anak

iv. Bangsa

v. Pendidikan suami

vi. Pendidikan ibu

vii. Pekerjaan suami

viii. Pendapatan suami sebulan

ix. Pekerjaan responden

x. Pendapatan responden

xi. Bilangan tanggungan

xii. Pembantu rumah

xiii. Kekerapan menyediakan makanan di rumah

xiv. Pendapat responden tentang masalah kurang berat

badan anak

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Jumlah 14

Page 43: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

23

Bahagian B terdiri daripada 47 item yang diklasifikasikan kepada tiga

persoalan kajian. Kajian menggunakan pembolehubah-pembolehubah seperti dalam

Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam kajian

Pembolehubah Tak Bersandar Pembolehubah Bersandar

i. Faktor Pemakanan

ii. Faktor gaya hidup

iii. Faktor sosioekonomi

Mempengaruhi masalah kurang berat

badan pelajar Tadika KEMAS

Bahagian C terdiri daripada 2 soalan yang berkaitan dengan penyediaan

makana di rumah dan kefahaman tentang makanan seimbang seperti yang

ditunjukkan dalan jadual 3.4

Jadual 3.4: Taburan item soal selidik berkaitan penyediaan makanan dan kefahaman responden tentang makanan seimbang.

Item soal selidik Jumlah item

i. Penyediaan makanan di rumah

ii. Kefahaman tentang makanan seimbang

1

1

Jumlah 2

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah berat badan pelajar Tadika KEMAS di empat buah Tadika

KEMAS di Skudai. Faktor-faktor tersebut adalah pemakanan, gaya hidup dan

sosioekonomi. Taburan item ditunjukkan dalam Jadual 3.5.

Soal selidik di bahagian B menggunakan skala Likert lima mata. Skala Liket

lima mata memudahkan responden untuk menjawab dengan tepat mengenai

persoalan yang dikemukakan. Terdapat lima skala di dalam skala Likert iaitu ‘

sangat tidak setuju’, ‘ tidak setuju’, ‘ tidak pasti’, ‘setuju’, dan ‘ sangat setuju’ (

Mohd. Najib, 1999). Skala Likert lima mata adalah seperti yang ditunjukkan di

dalam Jadual 3.6.

Page 44: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

24

Jadual 3.5: Taburan item soal selidik mengikut persoalan kajian

Bil Persoalan Kajian Pembolehubah Jumlah Item

1 Apakah pemakanan mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar tadika di empat buah Tadika KEMAS di Skudai?

Pemakanan 16

2 Apakah gaya hidup mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar tadika di empat buah Tadika KEMAS di Skudai?

Gaya hidup 22

3 Apakah sosioekonomi mempengaruhi masalah kurang berat badan pelajar tadika di empat buah Tadika KEMAS di Skudai?

Sosioekonomi 9

Jumlah 47

Jadual 3.6: Set Skala LikertMaklumbalas SkorSangat Tidak Setuju ( STS) 1Tidak Setuju (TS) 2Tidak Pasti (TP) 3Setuju (S) 4Sangat Setuju (SS) 5Sumber Mohd. Najib, 1999

3.6 Keesahan soal selidik

Soal selidik yang disediakan perlulah diakui keesahan kandungannya. Ia

bertujuan untuk menentukan kandungannya adalah sesuai dan jumlah item

mencukupi. Mutu soalan perlu diambilkira supaya jelas, padat dan mudah difahami.

Oleh itu akuan keesahan item soal selidik bagi kajian ini perlu diakui oleh pensyarah.

Atan Long (1978) menyatakan bahawa kesahan adalah merupakan satu ciri

yang menunjukkan sejauh mana sesuatu ujian itu boleh mengukur atau menilai apa

yang sepatutnya dinilai atau diukur.

Page 45: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

25

Menurut Mohd Najib (1999), kesahan merujuk kepada kesesuaian

interprestasi yang dibuat daripada markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian

dengan merujuk kepada kegunaan tertentu penilaian tersebut dan setiap item soalan

mestilah sesuai dengan objektif kajian yang dibuat. Penyelidik perlu mendapatkan

bantuan daripada rakan-rakan dan pakar-pakar dalam sesuatu bidang bagi

mengelakkan kekaburan atau mengelakkan soal selidiknya daripada tidak mencapai

objektif penyelidikan.

Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum soalan ditadbirkan adalah baik jika

mendapatkan pandangan pakar untuk kerja-kerja penyuntingan. Untuk tujuan ini,

penyelidik telah mendapatkan seorang pakar yang mempunyai pengalaman yang luas

dalam bidang pemakanan untuk menilai kandungan item soal selidik. Oleh itu akuan

keesahan item soal selidik bagi kajian ini telah diakuai oleh seorang pensyarah di

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk mengesan kelemahan yang

terapat di dalam set soalan soal selidik seperti :

i. Item-item yang kurang jelas dan sukar difahami

ii. Tempoh masa yang diambil oleh responden sepanjang menjawab soalan soal

selidik

iii. Kenyataan kabur yang boleh menimbulkan takrifan yang berlainan pada

responden.

Dapatan yang diperolehi dari kajian ini dapat menentukan keesahan dan

kebolehpercayaan item. Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 10 orang, yang

terdiri daripada ibu pelajar Tadika KEMAS Kampung Wakaf Aik yang mengalami

Page 46: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

26

masalah kurang berat badan. Pemilihan sampel berdasarkan 30% daripada jumlah

populasi yang dikenalpasti mempunyai latarbelakang yang sama dengan sampel

kajian yang dipilih untuk kajian (Mohd. Najib, 1999). Penyelidik sendiri yang

menyerahkan borang soal selidik kepada responden dan memberi masa yang

sepatutnya untuk responden menjawap soalan soal selidik. Statistical Package For

Sosial Sciences (SPSS) Windows versi 11.0 telah digunakan untuk penganalisisan

kajian rintis. Daripada kajian rintis yang dijalankan nilai alpha yang diperolehi

adalah 0.8180 dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memantapkan soalan kajian.

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan ialah ketepatan dalam membuat pengukuran dan penilaian

iaitu hasil yang diperolehi tidak banyak berubah dari satu keadaan ke satu keadaan

yang lain (Atan Long, 1978). Dalam kajian ini pengkaji menjalankan kajian rintis

bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Untuk memastikan

kebolehpercayaan soalan, nilai alpha perlu melebihi 0.8 (Mohd Najib, 1999).

Mohd Majid Konting (1990) menambah, kebolehpercayaan akan memberi

darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama

setiap kali ia digunakan. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Syaharom (1990)

yang menyatakan kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat dalam melahirkan

skor yang setara. Kesetaraan ini ditentukan dengan menggunakan alat tersebut

berulang kali dan juga menggunakannya ke atas pelbagai subjek. Satu alat yang

tinggi kebolehpercayaannya dapat melahirkan skor yang sama atau hampir sama,

atau dilaksanakan ke atas dua subjek yang mempunyai bakat dan pengalaman yang

sama.

Page 47: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

27

Wiersma (1995) pula mendefinisikan kebolehpercayaan sebagai sejauh

manakah sesuatu instrumen itu dapat memberikan maklumat yang konsisten. Mohd

Najib (1999) pula menyatakan bahawa kebolehpercayaan adalah tinggi apabila

markah yang sama atau hampir sama diperolehi apabila ujian yang sama dijalankan

pada masa yang berlainan.

Untuk mengelakkan berlakunya bias pengkaji perlu mempunyai dua soalan

untuk perkara yang sama. Sebagai contoh, pengkaji ingin mendapatkan maklumat

tentang pemakanan kanak-kanak tadika. Pengkaji boleh membina dua item, yang

pertama dinyatakan sebagai ‘ Anak saya mengambil sarapan pagi setiap hari’ dan

kedua ialah ‘ Saya menyediakan sarapan pagi pada setiap hari untuk anak-anak saya.’

Soalan ini diberikan kepada responden untuk dijawab. Setelah data diperolehi,

pengkaji menjalankan analisis kolerasi antara pasangan soalan tersebut. Sekiranya

nilai koefisien adalah tinggi, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa soal

selidik pengkaji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

3.9 Prosedur Kajian

Pada peringkat awal menjalankan penyelidikan, pengkaji menghadiri taklimat

untuk mendapat penyelia. Setelah penyelia diperolehi, pengkaji dikehendaki

mengadakan perbincangan dengan penyelia untuk menentukan bidang kajian dan

tajuk yang sesuai. Tajuk ditentukan melalui pembacaan dan kajian rambang yang di

buat oleh penyelidik setelah berbincang dan dipersetujui oleh penyelia tentang tajuk

yang dipilih. Penyelidik juga dikehendaki menentukan bidang kajian dan melakukan

analisis ke atas tajuk yang dipilih. Setelah tajuk dikenalpasti, penyelidik dikehendaki

mengenalpasti masalah melalui pembacaan dan membuat tinjauan ke tempat kajian.

Pengkaji seterusnya menyusun strategi dan membuat rujukan untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan bidang kajian.

Page 48: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

28

Langkah yang seterusnya, pengkaji di kehendaki membina instrument kajian

berdasarkan maklumat dan rujukan yang telah diperolehi. Instrument yang

digunakan ialah jenis soal selidik. Item soal selidik dibina mengikut spesifikasi yang

ditetapkan. Soal selidik yang telah dibina akan diserahkan kepada penyelia dan

pakar dalam bidang yang dikaji untuk disemak dan membuat kerja-kerja

penyuntingan. Setelah disemak oleh penyelia dan pakar, kajian rintis dijalankan bagi

mendapatkan nilai alpha yang sesuai. Jika nilai alpha melebihi 0.800 teruskan

dengan kajian sebenar, jika tidak, bina atau baiki semula item soal selidik. Dalam

waktu yang sama pengkaji memohon kebenaran daripada penyelia Tadika KEMAS

kawasan Skudai. Apabila kebenaran daripada penyelia Tadika KEMAS kawasan

Skudai diperolehi, penyelidik akan mengedarkan soalan soal selidik kepada

responden. Setelah kajian sebenar dijalankan, data dikumpul dan seterusnya

dianalisis dengan menggunakan perisian Program Statistical For Social Sciences

(SPSS) Windows versi 11.0. Akhirnya pengkaji akan merumus dan membincangkan

hasil dapatan kajian serta membuat cadangan. Carta aliran prosedur menjalankan

kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Page 49: IBRAHIM BIN DAUD - fp.utm.my · Minum Petang 57 4.24 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Makan Malam 57. xv 4.25 Kumpulan Makanan Yang Diambil Semasa Minum Malam 58 4.26 Jawapan

29

Taklimat( mendapat penyelia)

Perbincangan dengan penyelia(pemilihan tajuk)

PembacaanKajian rambang

Kenalpasti masalah

Tentukan bidang kajianAnalisis tajuk

Menyusun strategi

Meninjau tempat kajian

Membuat rujukan

Membina instrument kajian

Membina soal selidik

Pengumpulan data dan analisis data

Rumusan dan cadangan

Mengedar soal selidik

Rajah 3.1 Carta aliran prosedur menjalankan kajian

Kajian rintis

Memohon kebenaran penyelia Tadika

KEMAS kawasan Skudai

Jika alpha <0.80

Jika alpha <0.80