IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

9
Ibu bapa prihatin corak keluarga bahagia Oleh Rosmah Dain UTUSAN MALAYSIA 12 April 2005 Mempunyai keluarga yang bahagia dan lengkap dari semua segi merupakan impian setiap individu. Bagaimana mengukur tahap keluarga yang dikatakan bahagia, jawapannya adalah pelbagai. Maksud tersirat yang ada di sebalik pelbagai itu adalah tafsiran mengenai pengertian keluarga bahagia. Menurut Ketua Kaunselor, Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hashimah Abdul Razak, tafsiran keluarga bahagia meliputi suatu yang menyeluruh mengikut pandangan individu. Mungkin sesetengah pendapat menggambarkan keluarga bahagia itu apabila mereka disandarkan dengan wang ringgit, kemewahan dan ukuran dari segi material dan fizikal. Adakah, itu satu pengukur keluarga bahagia, atau adakah mereka yang hidup secara sederhana dan mempunyai anak-anak yang berjaya diukur sebagai keluarga yang bahagia? Setengah pendapat merumuskan, keluarga yang bahagia ialah apabila mereka mempunyai cukup anggota di dalamnya iaitu ibu, bapa, abang, kakak dan adik yang sentiasa saling hormat menghormati, saling memberikan galakan dan sokongan, bekerjasama, bertolak ansur dan mengambil berat. Di kalangan mereka sentiasa mengamalkan sikap saling sayang menyayangi, saling menghargai, berkomunikasi dengan baik, senang berbincang secara terbuka dan mengetahui hak masing- masing. ``Anggota keluarga berkenaan juga sentiasa menerima sesuatu perkara tanpa syarat, mengasihi tanpa syarat, tidak meletakkan harapan yang tinggi, mendapat perhatian dan menegur dengan berhikmah,'' katanya.

Transcript of IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

Page 1: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

Ibu bapa prihatin corak keluarga bahagiaOleh Rosmah Dain UTUSAN MALAYSIA 12 April 2005

Mempunyai keluarga yang bahagia dan lengkap dari semua segi merupakan impian setiap individu. Bagaimana mengukur tahap keluarga yang dikatakan bahagia, jawapannya adalah pelbagai.

Maksud tersirat yang ada di sebalik pelbagai itu adalah tafsiran mengenai pengertian keluarga bahagia.

Menurut Ketua Kaunselor, Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hashimah Abdul Razak, tafsiran keluarga bahagia meliputi suatu yang menyeluruh mengikut pandangan individu.

Mungkin sesetengah pendapat menggambarkan keluarga bahagia itu apabila mereka disandarkan dengan wang ringgit, kemewahan dan ukuran dari segi material dan fizikal.

Adakah, itu satu pengukur keluarga bahagia, atau adakah mereka yang hidup secara sederhana dan mempunyai anak-anak yang berjaya diukur sebagai keluarga yang bahagia?

Setengah pendapat merumuskan, keluarga yang bahagia ialah apabila mereka mempunyai cukup anggota di dalamnya iaitu ibu, bapa, abang, kakak dan adik yang sentiasa saling hormat menghormati, saling memberikan galakan dan sokongan, bekerjasama, bertolak ansur dan mengambil berat.

Di kalangan mereka sentiasa mengamalkan sikap saling sayang menyayangi, saling menghargai, berkomunikasi dengan baik, senang berbincang secara terbuka dan mengetahui hak masing-masing.

``Anggota keluarga berkenaan juga sentiasa menerima sesuatu perkara tanpa syarat, mengasihi tanpa syarat, tidak meletakkan harapan yang tinggi, mendapat perhatian dan menegur dengan berhikmah,'' katanya.

Hashimah berkata demikian ketika menyampaikan Kursus Bulanan Pembangunan Keluarga Untuk Orang Awam yang bertajuk Amalan Nilai-Nilai Murni Asas Kebahagiaan Keluarga Bahagia anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Ujarnya, peranan asas setiap ahli dalam keluarga ialah saling menjadi penjaga antara satu sama lain, biarpun peranan penting pada peringkat tertentu di bawah tanggungjawab ibu bapa termasuk menyediakan tempat pelindungan serta kemudahan yang diperlukan.

Page 2: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

Waima apa pun kenyataannya, tonggak kepada keluarga bahagia sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri. Bagaimana mereka berperanan untuk menjadikan keluarga yang dibina itu bahagia termasuk semua anggota di dalamnya.

Dalam pada itu bagi memastikan pembinaan keluarga bahagia yang mantap, amalan murni yang dijadikan asas peraturan keluarga mesti dilakukan secara berterusan, contohnya menerusi perhubungan, tugasan rumah, jangkamasa penting yang bersesuaian dan cara-cara berkomunikasi.

``Ibu bapa juga seharusnya menjadi individu yang mempengaruhi anak-anak menerusi tingkah laku yang boleh menjadi contoh kepada mereka,'' katanya.

Pada peringkat ini ibu bapa perlu konsisten dalam memastikan amalan yang baik dilakukan berterusan agar perhatian terhadap anak-anak dapat dipenuhi.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu bertegas dengan anak-anak agar mereka tidak terjerumus ke kancah tidak diingini. Mereka juga digalakkan melaksanakan hukuman jika membuat silap dan diberi hadiah berbentuk ganjaran atas tugasan serta keraian jika berjaya dalam pelajaran dan sebagainya.

``Ini memerlukan sikap ibu bapa yang mengamalkan gaya kepimpinan berdisiplin, adil dan tidak berat sebelah.

``Menerusi komunikasi yang berkesan, mempraktikkan contoh dan teladan anak-anak mampu dibentuk memandangkan sebelum ini mereka telah disemai dengan kasih sayang, diajar saling hormat-menghormati di kalangan adik-beradik.

Pada peringkat ini ibu bapa perlu menjadi insan yang peka dan sering memantau terhadap perkembangan pemikiran, perasaan dan tingkah laku anak-anak,'' katanya.

Dalam proses menanam amalan murni seperti ini, apa yang perlu dielakkan oleh ibu bapa ketika mendidik anak-anak katanya, sikap pilih kasih dan membanding anak-anak, penggunaan kata-kata kesat atau negatif ketika memarahi, mengancam dan menakutkan anak-anak dengan pelbagai hukuman.

``Ini kerap berlaku kerana sebagai ibu bapa mereka sering merasa mereka tahu segalanya dan sentiasa betul. Seperkara lagi, ibu bapa perlu ingat, jangan sesekali merendah dan memburukkan pasangan di depan anak-anak, kerana ia akan memberikan impak yang buruk terhadap pasangan anda,'' katanya.

Page 3: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA adalah di antara institusi yang paling utama dan mulia didalam kehidupan orang Islam. Ini kerana keluarga mempunyai perananpaling besar dalam membentuk generasi sebagai harapan dan bentengnegara.Keluarga berjaya akan menjadi keluarga sejahtera dan kukuh,seterusnya akan menjadikan masyarakat sejahtera dan kukuh. Itulahpentingnya keluarga berjaya, seterusnya menjadi tonggak negara.Negara akan kuat dan selamat.Setiap keluarga yang diterajui oleh ibu bapa dan dianggotai oleh anak-anak ingin menjadi keluarga bahagia, lagi berjaya. Sememangnya setiapinsan ingin berjaya dan bahagia dalam hidupnya.Seorang lelaki apabila berkahwin ingin menjadi seorang suami dan bapayang berjaya. Begitu juga dengan seorang wanita ingin berjaya dalamrumah tangga sebagai seorang isteri dan ibu. Anak pula ingin berjayasebagai anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.Bagaimana kita boleh berperanan melalui tugas dan tanggungjawab kitasupaya keluarga menjadi bahagia dan berjaya?Saban tahun negara memilih beberapa individu sebagai tokoh ibu bapamithali.Apabila diteliti riwayat hidup penyandang tokoh itu, dapatlahdirumuskan bahawa mereka berjaya kerana berperanan dalam keluargasebagai ibu bapa yang membesar dan mendidik anak menjadi orangberguna dalam masyarakat.Anak mereka terdidik dan ada yang berjaya ke menara gading,seterusnya memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta.Ibu bapa begini yang berjaya memikul amanah daripada Allah. Merekasedar anak adalah anugerah Allah. Anugerah yang perlu disyukuri dandibesarkan dengan sebaiknya.Mereka faham bahawa keturunan itu adalah pemberian Allah. Firman-Nyabermaksud: "Tuhan menjadikan daripada diri kamu itu pasangan suamiisteri dan dari pasangan suami isteri itu pula anak-anak dan cucu-cicit (keturunan)..." – (Surah an-Nahl, ayat 72)Bapa berperanan mencari rezeki halal untuk membesarkan anak, ibu pulaberfungsi sebagai pengurus rumah tangga.Ibu bapa mithali ini, menekankan pelajaran agama kepada anak. Al-Quran diajar sendiri kepada anak. Kalau tidak diajar sendiri pun,anak dihantar mengaji kepada orang yang pandai di kampung mereka.Adab Islam yang berasaskan sunnah Nabi disemai sejak kecil dandisuburkan dalam kehidupan berkeluarga setiap hari.Abang dan kakak pun ada sikap ingin mendidik iaitu memberi tunjukajar dan menegur adik. Kalau tinggal berdekatan dengan datuk dannenek, anak tadi diasuh, diberi tunjuk ajar oleh datuk dan nenekmereka juga.Akhlak Islam seperti menghormati orang yang lebih tua amatdititikberatkan. Teguran dan nasihat diberikan serta diterima denganbaik oleh anggota keluarga. Perasaan syukur dan qona'ah (rasa cukup)disuburkan dalam jiwa anak.Anak apabila memasuki institusi sekolah, ibu bapa masih mendidik danmemberi perhatian kepada mereka.Abang dan kakak pun sama-sama membantu mendidik. Masing-masingberperanan ke arah kejayaan. Roh pendidikan dan bertolong-tolongandihidupkan dalam keluarga.Institusi sekolah walaupun penting, ibu bapa tidak serahkansepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada sekolah saja. Merekaterus mendidik kerana sedar bahawa keluarga adalah institusi pertamadan utama kepada anak.Tanggungjawab mendidik masih dipikul oleh ibu bapa, bukan terlepaskepada sekolah dan guru, apabila anak mula bersekolah. Sesungguhnyasetiap ibu bapa akan disoal mengenai tanggungjawabnya terhadapanaknya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yangbermaksud: "Sesungguhnya Allah akan menyoal setiap pengembala akanapa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik atau diamensia-siakannya sehingga seseorang lelaki itu akan disoal terhadapahli rumahnya." – (Hadis riwayat Ibnu Hibban)Ada ibu bapa hari ini beranggapan bahawa apabila anak masuk sekolah,lepaslah tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Seolah-olah gurudengan tugas dan peranan mereka cukup untuk mendidik anak mereka.Guru memerlukan ibu bapa untuk sama-sama mendidik. Ibu bapamenyediakan anak dengan menjaga kesihatan dan emosi serta memberisemangat untuk belajar.Guru mengajar di sekolah dengan menyampaikan sukatan pelajaran yangditetapkan oleh sekolah.Anak hanya berada di sekolah selama

Page 4: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

lebih kurang tujuh jam sehari,selebihnya berada di rumah. Alangkah baik sekiranya ibu bapaberganding bahu bersama guru mendidik untuk kebaikan dan masa depananak.Pelajaran di sekolah adalah pelajaran formal yang memberi kemahirankepada anak untuk berjaya di alam sekolah. Seterusnya apabila dewasaberjaya dalam kerjaya sebagai sara hidup mereka.Pelajaran yang tidak formal seperti akhlak adalah pelajaran dalamkehidupan anak belajar dari rumah dan ini berterusan.Ibu bapa mendidik anak bersungguh-sungguh di rumah, sementara gurupula mendidiknya bersungguh-sungguh di sekolah.Dengan ini, insya-Allah, anak akan berjaya dalam hidup mereka.Anak yang dibesarkan dengan pendidikan seimbang akan menjadi dewasayang seimbang dan ahli masyarakat yang berguna serta boleh menyumbangke arah masyarakat sejahtera.Di sini, dapat dilihat pendidikan yang diberikan oleh ibu bapamelalui institusi keluarga amat penting terutama dalam pembinaansahsiah.Ada seorang bapa berkata bahawa tiga bulan sekali dia ke sekolahuntuk berbincang mengenai pelajaran anaknya. Sokongan moral bapa tadimembuahkan hasil apabila anaknya berjaya dengan cemerlang dalampelajaran.Berapa ramai ibu bapa yang prihatin seperti ini? Mungkin ada ibu bapaberanggapan bahawa guru akan rimas atau tidak suka sekiranya ada bapaseperti tadi.Sebenarnya, guru akan berasa tugas mereka lebih berkesan jikamendapat kerjasama ibu bapa. Segala masalah pembelajaran dan disiplinboleh dibincang dan dirungkai bersama.Keprihatinan kita sebagai ibu bapa boleh dilaksanakan dengan bergiataktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Segala rancangan yangdiatur untuk kebaikan anak, boleh diketahui.Kita boleh merancang bersama guru program untuk kecemerlangan anak.Bersedialah untuk menyumbang dalam pelbagai bentuk yang termampu darisegi wang ringgit, masa atau kepakaran. Janganlah biarkan mesyuaratagung PIBG sekolah anak kita hambar dan kehadiran guru melebihi ibubapa.Sebagai ibu bapa kita akan berasa puas hati dan bersyukur pada usiaemas, anak yang dibesar dan dididik menjadi insan soleh dan bergunaserta berjaya dalam masyarakat.Amanah yang dipikul dan dilaksanakan dengan baik, Allah akan berikanbalasan yang baik pula. Marilah kita sebagai ibu bapa berperananbersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab, selagi mampu.l

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAKMARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya dengan melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Selaku hamba Allah yang beriman, maka kita wajiblah bersyukur di atas anugerah tersebut kerana tanpanya kita tidak mungkin dapat hidup bahagia di dunia ini.

Di antara anugerah Allah yang amat berharga kepada kita ialah anak. Anak merupakan kurnia dan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita di mana kita diamanahkan untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6 yang tafsirnya :

Page 5: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".

Dari ayat tersebut, jelas kepada kita bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita para ibubapa memelihara dan mendidik keluarga khasnya anak-anak kita supaya menjadi anak yang salih dan berguna dengan jalan memberikannya pendidikan yang sempurna.

Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu ugama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan di mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri anak-anak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al Ikhlas pada telinga anak tersebut supaya kalimah yang mula-mula didengar oleh mereka setelah lahir ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu akhlak yang mulia juga hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi, ikutlah kata-kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Ketahuilah, sesungguhnya jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan tersemai dengan ajaran ugama Islam yang kuat, Insya-Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang salih, berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Itulah hasrat setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Oleh itu adalah amat penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas ugama Islam, maka perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal dan jangan menunggu sehingga masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.Oleh itu jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati perintah Allah seperti tidak bersembahyang, tidak menutup aurat, tidak menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara yang dilarang oleh agama seperti apa yang kita lihat pada masa kini yang mana terdapat sebilangan remaja dan belia yang mewarnakan rambut mereka, terlibat dengan perhubungan sosial yang terlalu bebas, berpakaian yang mendedahkan aurat mereka, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa adalah bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membiarkannya sebaliknya wajib menegurnya, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka. Islam telah mengajarkan kita bahawa tanggungjawab menegur sebenarnya bukan hanya tehad kepada ibu bapa, tetapi juga kepada keluarga, guru, jiran, sahabat dan saudara seagama, yang sama-sama bertanggungjawab untuk menegur mana-mana perbuatan yang tidak elok dan tidak baik. Perkara amar makruf nahi mungkar adalah merupakan kewajipan seluruh umat Islam yang sepatutnya diamalkan.

Page 6: IBU BAPA PRIHATIN PENCORAK KELUARGA BAHAGIA

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan dalam hadis Baginda yang maksudnya :

"Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahuanhu katanya : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya ia tiada juga berkuasa maka hendaklah ia (mengubahnya dengan hatinya) yang demikian itu (mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman".(Riwayat Al-Imam Muslim).

Dalam usaha ibu bapa untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak-anak supaya mereka taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, ibu bapalah yang seharusnya terlebih dahulu menjadi pelopor dan contoh kepada mereka kerana merekalah 'role model' kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa baik, insya-Allah anak-anak mereka juga akan mengikut jejak langkah mereka yang baik itu dan jika ibu bapa melakukan perkara yang salah, maka anak mereka juga berkemungkinan akan melakukan sama perkara yang salah itu kerana mereka sudah terbiasa melihat perbuatan tersebut, jangan ikut perumpamaan seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Pada hakikatnya ibu bapa sememangnya amat sayang kepada anak-anak mereka, maka kerana itulah mereka berusaha memenuhi tanggungjawab dengan menyediakan segala keperluan anak-anak seperti memberi pendidikan, kasih sayang dan keperluan harian yang secukupnya serta sentiasa memberikan nasihat dan teguran yang berguna. Jangan biarkan mereka bergaul tanpa perhatian kerana adalah tidak mustahil berkemungkinan mereka akan mudah terpengaruh untuk berbuat salah misalnya melanggar peraturan sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, terlibat dalam perkelahian dan sebagainya. Dan lebih buruk lagi jika mereka melakukan perkara yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wataala seperti mencuri, berjudi, memakan dadah dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Kita hendaklah berusaha membawa anak-anak dan keluarga kita mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala seperti mengajak mereka mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama baik di rumah mahupun di masjid. Jika amalan sedemikian dapat dilaksanakan, insya-Allah nikmat kebahagiaan akan dapat dinikmati dan dikecapi. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga anak, isteri serta keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dan selamat di dunia dan di akhirat.Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 23 yang tafsirnya :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan yang kasar sekalipun perkataan �ah� dan janganlah engkau menengking, menyergah kepada mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun".