iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

70
iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ABSTRACTS COMPILATION

Transcript of iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

Page 1: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

iCOMHAC 2015

KOMPILASI ABSTRAK

iCOMHAC 2015

ABSTRACTS COMPILATION

Page 2: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ADAPTASI BUDAYA PELAJAR PRIBUMI: KAJIAN KES DI S.M.K.

RLKT LASAH SG. SIPUT PERAK

Suhaila Kamal, Nurliyana Kamilah Khairul Anuar, Siti Nurshahidah Sah Allam, Siti Nasarah Ismail &

Dzaa Imma Abdul Latif

[email protected]

ABSTRAK

Motivasi memainkan peranan penting dalam adapatasi antarabudaya. Kesedian untuk mempelajari

budaya baharu memerlukan motivasi yang akan mendorong pemahaman dan adapatasi antarabudaya.

Individu yang bermotivasi akan beradaptasi dengan budaya baharu dan mengubah tingkah laku. Kajian

ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang memotivasi pelajar pribumi di Sekolah Menengah Kebangsaan

RLKT Lasah, Sungai Siput beradaptasi dengan budaya di sekolah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji

tentang faktor-faktor yang menghalang proses motivasi dalam kalangan pelajar pribumi. Kajian ini

dijalankan menerusi pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada Teori Adaptasi Antarabudaya

(Elingsworth 1988). Data diperolehi dengan kaedah temu bual kumpulan fokus terhadap pelajar Orang

Pribumi Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah, Sungai Siput. Hasil kajian mendapati ilmu

terutamanya dari segi mempelajari kaedah berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu,

agama Islam, makanan dan tandas adalah faktor yang memotivasikan pelajar Pribumi. Manakala

komunikasi, rakan sebaya, kewangan dan pengangkutan menjadi faktor penghalang kepada mereka

untuk beradaptasi. Kajian ini juga mendapati bahawa komunikasi antarabudaya dengan individu dari

budaya tuan rumah (Pelajar Melayu) adalah faktor penting dalam proses adaptasi antarabudaya.

1-SUHAILA KAMAL Pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

2-NURLIYANA KAMILAH KHAIRUL ANUAR Pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

3-SITI NURSHAHIDAH SAH ALLAM Pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

4-SITI NASARAH ABDUL LATIF Pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

5-DZAA IMMA ABDUL LATIF Pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Melaka.

Page 3: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU,KESEJAJARANNYA

DENGAN NILAI ISLAM:KAJIAN DI SHAH ALAM

Prof. Madya Zaharah Yahya,Che Zaharah Abdullah, Fatimah Salleh, Dr. Baterah Alias

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Pepatah Melayu ada mengatakan “biar mati anak, jangan mati adat”. Ia menggambarkan dalam

sesetengah situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat

masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan. Sistem perkahwinan masyarakat Melayu secara

dasarnya banyak dipengaruhi oleh adat-adat Hindu. Namun dengan kedatangan Islam, banyak

perubahan yang berlaku selaras dengan nilai-nilai Islam. Walau bagaimanapun, hingga kini, masih

terdapat beberapa adat perkahwinan masyarakat Melayu yang boleh menimbulkan kekeliruan sama

ada ia berupa tuntutan syariat atau adat semata-mata. Objektif kajian ini antara lain untuk menganalisa

beberapa adat tradisi perkahwinan masyarakat Melayu yang dilihat sejajar dengan hukum syarak dan

juga adat yang bercanggah dengan syariat Islam. Metod yang digunakan dalam kajian ini antaranya

kajian perpustakaan, soal selidik dan temu bual dengan mereka yang terlibat. Data-data yang diperolehi

akan dianalisa melalui sistem SPSS. Fokus kajian dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu Shah

Alam. Di akhir kajian, beberapa saranan akan dikemukakan dan diharap ia dapat memberi kesedaran

serta panduan kepada masyarakat Melayu khususnya kepada generasi muda dalam pengendalian

majlis perkahwinan.

Kata Kunci : adat, syariat, amalan tradisi.

Prof. Madya Zaharah Yahya, Che Zaharah Abdullah ,Fatimah Salleh dan Dr. Baterah Alias Kesemua penulis ini

adalah tenaga pengajar di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Shah Alam.

Page 4: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ANALISIS KANDUNGAN RUPABENTUK FESYEN PAKAIAN MELAYU

DI MALAYSIA

Hasma Ahmad, Dr Rosita Mohd Tajuddin, Prof Dr Haji D’Zul Haimi Md Zain,Nazirah Mohamad Ba’ai

[email protected]

ABSTRAK

Pakaian Melayu adalah salah satu objek budaya yang merupakan 'rekabentuk' baru Melayu terhadap

identiti dan budaya. Penampilan ini atau identiti menandakan unsur simbolik atau semiotik dalam

pakaian yang menunjukkan asal-usul pemakainya dengan membawa maksud tersirat yang

menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan budaya serta nilai-nilai murni masyarakat

Melayu. Sehubungan dengan itu, pakaian tradisional Melayu seringkali menjadi topik utama dalam

kajian merangkumi aspek sejarah dan perkembangannya, rekabentuk, fungsi dan pembuatannya.

Fokus utama kajian ini adalah kepada fesyen pakaian Melayu yang akan melihat kepada elemen

persepsi atau rupabentuk dan gaya dalam pakaian Melayu. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa

kandungan penyelidikan yang telah dijalankan bagi mengetahui kekurangan dan merungkai persoalan

merujuk kepada faktor-faktor dan kesinambungan interpretasi tafsiran makna dalam penampilan

rupabentuk fesyen pakaian Melayu melalui nilai-nilai budaya dan terutamanya dalam gaya dan fesyen

pakaian wanita Melayu di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengulas, menganalisa

dan melaporkan penulisan penyelidikan yang diterbitkan dalam persekitaran sains sosial dan

berhubungkait dalam bidang fesyen pakaian Melayu. Mekanisme kajian ini menggunakan kaedah

analisa kandungan (content analysis) terhadap penulisan kajian yang berkaitan nilai-nilai murni,

perkembangan budaya, kajian yang melibatkan seni warisan Melayu dan perubahan dalam masyarakat

orang-orang Melayu Malaysia. Dapatan kajian ini melaporkan mengenai isu penyelidikan berkaitan

perubahan dan perkembagan budaya dan nilai-nilai murni orang-orang Melayu yang merangkumi

bidang kesusasteraan, kepimpinan, seni tradisi yang menyumbang kepada nilai-nilai dalaman (intrinsic)

fesyen pakaian Melayu di Malaysia yang memerlukan tafsiran maksud tersirat yang lebih jelas bagi

melengkapi maksud dan tujuan sebenar berlakunya perubahan dalam fesyen pakaian Melayu di

Malaysia. Analisa ini membantu memperlihatkan signifikasi dan mencadangkan lebih banyak isu

berkaitan kebudayaan, seni tradisi atau perubahan sosial orang-orang Melayu untuk tujuan pengajian

dan pendidikan.

Key Words: Rupabentuk, Fesyen Pakaian, Melayu

Hasma Ahmad merupakan pensyarah di jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah

Alam, Selangor. Bidang pengkhususan adalah seni rekaan feyen pakaian. Kajian yang dijalankan adalah

melibatkan perkembangan rekaan dan rekaan fesyen pakaian tradisional dan rekaan berinovasi.

Page 5: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

APOSTASY: A LEGAL IMPLICATION ON MALAY RESERVATION

LAND'S OWNERSHIP

Rusnadewi Abdul Rashid

[email protected]

ABSTRACT

Apostasy in Islam is commonly defined as the rejection in word or deed of one's former religion by a

person who was previously a follower of Islam. This article aims to examine the effect of ownership of

an apostate toward Malay Reservation Lands title, which can only be owned and dealt over by Malays

or persons deemed native residents of the state. This relates to the issue as to whether an apostate is

still considered as a Malay since religion is an essential element of Malay ethnic identity. Under Article

160 (2) of the Federal Constitution and all thirteen States of Malay Reservation Enactments in Malaysia,

the use of the term Malay refers to a person professing Islam. If this interpretation is to be applied

strictly, a Malay citizen who converts out of Islam may no longer considered a Malay under the law and

hence denied the privilege afforded to Malays under the Article 89. The result from the literature reviews

shows that the previous discussion construed Islam as an identity of Malay. However, there is no study

carried out to suggest that apostasy become a ground for forfeiture of Malay Reservation Land title.

This article is based on a qualitative study and the approach applied is a content analysis methodology.

This paper will attempt to delve into the definition of Malay and the effect of apostasy towards the

ownership of Malay Reservation Land. It is expected that the paper will provide the answer regarding

the ownership of Malay Reservation Land title in Malaysia held by an apostate.

Position: Senior Lecturer Institution: UiTM Perlis Higher Education : PhD in Law Area of Interest : Islamic Property

law, Land Law and Commercial Law

Page 6: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

APREASASI BARANG KEMAS TRADISIONAL MELAYU: SATU

KAJIAN MENGENAI BUDAYA MELAYU

Nazirah Mohamad Ba’ai, Dr. Hanif Khairi, Hasma Ahmad

[email protected]

ABSTRAK

Barang kemas merupakan barang perhiasan badan yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz

dan warna yang berasaskan logam dan juga bukan logam. Rekaan barang kemas kini telah

dipelbagaikan dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Penerimaan barang kemas di Malaysia didapati

sejak awal penemuan masyarakat orang asli yang menggunakan bahan-bahan alam semulajadi untuk

menghiasi diri, di mana barang kemas ini juga mempunyai pelbagai fungsi selain menjadi barang

perhiasan malah dijadikan sebagai koleksi dan aset. Berdasarkan kepada faktor kajian ini amat

signifikan untuk merekodkan penggunaan barang kemas yang dikategorikan sebagai Budaya Bahan

(Material Culture) yang merujuk kepada sesuatu bahan artifak yang mempunyai kepercayaan, nilai,

idea dan ciri-ciri masyarakat. Kajian ini merupakan pelengkap kepada penulisan dan kajian sedia ada

yang telah dijalankan dalam pembuatan barang kemas yang berasaskan logam di Malaysia dengan

mengikut turutan tahun yang lebih sistematik. Objektif kajian adalah merujuk kepada

pendokumentasian visual rekaan barang kemas di Malaysia. Selain daripada itu kajian ini dapat

mengenalpasti rekabentuk dan rekaan, serta menganalisa motif corak dalam menghiasi pembuatan

barang kemas di Malaysia khususnya. Tujuan kajian adalah mendokumentasi perkembangan barangan

kemas yang berasaskan logam dengan memfokuskan kepada rekabentuk dan rekacorak

pembuatannya khusus kepada masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian ini akan

melengkapkan dokumentasi penggunaan barang kemas tradisional Melayu sebagai apreasasi di dalam

melestarikan seni warisan pertukangan Melayu di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan

bahawa perlunya penyelidikan lebih meluas tentang kajian budaya bahan yang menjurus kepada seni

barang kemas Melayu. Aspek-aspek seperti estetik, nilai-nilai rekaan dan kepercayaan melibatkan

budaya Melayu perlu diberi perhatian.

Kata Kunci: Barang kemas, Budaya Bahan (Material Culture) Tradisional, Melayu

Nazirah Mohamad Ba'ai merupakan seorang pensyarah di Jabatan Seni Reka Logam Kontemporari, Fakulti Seni

Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 40450 Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan

seorang yang berpengalaman dalam rekaan barang kemas, khususnya dalam rekaan kontemporari. Kajian

beliau banyak melibatkan proses rekaan dan teknikal dalam pembuatan barang kemas.

Page 7: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ASPEK GAYA BAHASA DALAM TEATER TRADISIONAL MEK

MULUNG

Mohamad Yazi Bin Kerya, Fatahiyah Binti Mohd Ishak, Wan Roslina Binti Wan Ismail

[email protected]

ABSTRAK

Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisonal Melayu Kedah yang mempunyai bentuk dan struktur

persembahan yang hampir sama seperti Mak Yong, Menora dan Jikey. Namun persembahannya agak

berbeza kerana teater tradisional Melayu Kedah ini menggunakan dialek Kedah Tua. Elemen

persembahannya menggabungkan gerak lakon, tarian, muzik dan lagu. Tidak keterlaluan jika dikatakan

persembahan Mek Mulung merupakan persembahan teater berbentuk muzikal drama kerana

sepanjang persembahannya penonton disajikan dengan cerita dalam bentuk lakonan dan gerak tarian

serta iringan muzik dan lagu. Teater warisan milik negeri Kedah ini dikelompokkan sebagai sebuah

teater tradisional Melayu. Teater ini dapat digolongkan sebagai sebuah persembahan dalam bentuk

tradisi lisan dan merupakan sebuah warisan penting di utara Semenanjung Malaysia. Memandangkan

perwarisannya dalam bentuk lisan, tidak hairanlah sekiranya terdapat ciri-ciri tokok tambahan dalam

susur galur sejarah dan cerita-cerita yang dipersembahkan. Tujuan kajian ini adalah untuk menjadikan

dokumen ilmiah ini sebagai rujukan tambahan dalam usaha memperkayakan koleksi penyelidikan yang

bersesuaian dengan pengisytiharan Mek Mulung sebagai seni warisan milik negeri Kedah. Tinjauan

terhadap teater ini dilakukan secara kerja lapangan dengan melihat sendiri persembahannya dan

menemu bual pewaris-pewaris serta penggiat seni tersebut. Selain itu, kajian kepustakaan juga

dilakukan untuk meneliti dan menganalisis gaya bahasa yang terdapat dalam skrip cerita “Putera

Cahaya Bulan” yang telah diolah semula dan dipersembahkan dalam bentuk moden. Walaupun struktur

asal dan plot ceritanya tidak berubah, dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagai penggunaan

gaya bahasanya termasuk bahasa kiasan dalam dialog lakonan dan lagu-lagunya. Terdapat juga

ungkapan tetap yang diungkapkan bagi menentukan penanda pergerakan antara segmen.

Kata Kunci: Mek Mulung, gaya bahasa, bahasa kiasa, Putera Cahaya Bulan

MOHAMAD YAZI BIN KERYA (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia , [email protected])

FATAHIYAH BINTI MOHD ISHAK (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Malaysia.

[email protected])

WAN ROSLINA BINTI WAN ISMAIL (Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Malaysia ,

[email protected])

Page 8: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

BACKPACK MENJELAJAH DUNIA: PENCETUS PERUBAHAN MINDA

MELAYU MUDA

Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman

[email protected]

ABSTRAK

Mengembara atau istilah modennya dipanggil ‘backpack’ terutamanya kepada golongan muda telah

menjadi budaya generasi belia remaja sekarang. Malah, jika diperhatikan hari demi hari, bilangan anak

muda yang mengembara ke luar Negara sekarang amat menggalakkan. Industri penerbangan tambang

murah seperi Air Asia seakan mendorong jiwa-jiwa muda dahagakan ilmu budaya dunia untuk terus

terbang merealisasikan impian fantasi mereka. Pengembaraan anak-anak muda ini tidak hanya

tertumpu kepada Negara berdekatan Malaysia seperti Indonesia, Singapura, Kemboja malah turut

merangkumi Negara-negara benua Asia, Eropah, Amerika mahupun Benua Australia. Gaya secara

backpack dipilih oleh golongan ini bukan sahaja disebabkan oleh kos yang murah, tetapi pada masa

yang sama dapat mengetahui budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat itu dengan lebih mendalam

serta mudah. Melalui backpack sebegini, pelbagai budaya, adat, gaya hidup, nilai-nilai kemanusiaan

serta kepelbagaian kerenah manusia dapat dilihat dan dihadam melalui perjalanan pengembaraan

mereka ini. Selain itu, apabila mereka berada di suatu Negara yang berlainan budayanya, sudah tentu

nilai-nilai murni yang dilihat juga berbeza caranya dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan

pengembara ini sekembalinya mereka ke Negara asal Malaysia tercinta. Oleh itu, kajian yang

dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui nilai-nilai murni mahupun nilai kemanusiaan yang

baik yang dapat mereka kutip sepanjang pengembaraan mereka dan jadikan panduan mahupun

pengajaran dalam kehidupan seharian setelah tamatnya tempoh pengembaraan mereka. Sebagai

contoh, apabila seorang pengembara mengembara ke tanah Matahari Terbit ataupun Jepun, sudah

tentu mereka akan berhadapan dengan budaya masyarakatnya yang amat patuh pada ketepatan

masa. Kita mengetahui budaya rakyat Malaysia yang kurang menepati masa khususnya. Maka, dengan

nilai menepati waktu yang dapat mereka pelajari dengan sekembalinya dari Negara Jepun itu sudah

tentu dapat dipraktiskan dalam kehidupan seharian seterusnya menjadikan mereka modal insan kelas

pertama yang lebih berdaya saing, berfikiran kognitif dan global. Kajian yang dilakukan ini bukan hanya

memfokuskan satu nilai sahaja, tetapi turut menumpukan kepelbagaian nilai murni yang dapat mereka

kutip serta bagaimana pengembara-pengembara ini mempelajari nilai-nilai yang mereka dapat dari

Negara yang mereka jelajah itu serta kesan nilai itu terhadap kehidupan seharian mereka.

Keywords: backpack, perubahan, nilai-nilai murni, minda Melayu

Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman is currently a degree student of Universiti Teknologi MARA cawangan Kedah.

He is an ardent backpacker who has travelled to many country throughout the world.

Page 9: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

BATIK MOTIFS FROM 1957 UNTIL YEAR 2000

Nur Nadia Bt Mohd Salleh Anuar,Dr Arbaiyah Ab Aziz

[email protected],a [email protected]

ABSTRACT

Ideas should be developed through structured education whether in formal or non-formal. This study

will use the resources of the idea of looking back at the question and idea in their pattern motif in various

ways and aspects, from 1957 until 2000 in Malaysia. This paper with great emphasis on the diversity of

alternative resources. Manipulation methods and techniques can be applied through this theme. It will

start with the past motifs design and later designs more directed to the designs in the form of more

freely or abstract form. This option is based on the value of the line through drawing, color, appearance

and shape that could be new knowledge for creating new motifs with certain design principles guided.

The principles are explained while producing report on patterns and motifs in the presentation.

Nur Nadia Mohd Salleh Anuar is a master research student study at UITM Shah Alam doing research on textile

(batik) she also a designer working at Institut Kraf Negara in textile (Batik Department). Her experience in Piala

Seri Endon for afew years starting at 2011 untill n now lead her to involve in the textile industry as well. Being

involve in coming up with innovative ideas and developing commercially-appealing design on batik motifs and prints

for variety fabrics,colours by reactive dye and natural dye and others related materials andcolours. Designer Profile

PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA Industry Arts / Design / Fashion Specialization

Arts/Creative/Graphics Design Role Visual Merchandiser Position Level Junior Executive As visual merchandising

members contribute to the advertising, marketing, and sales efforts of a retail location by designing, developing

and taking charge of the visual look of the store and its merchandise. As a member of the in-store merchandising

team, i will be executing merchandising strategies by creating and maintaining visual displays in the store windows

and on the sales floor. i will also contribute to the profitability of the store with company merchandise handling,

replenishment, and inventory control efforts. Qualification and Granting Institution Master Of Art And Design UITM

(ON GOING) BACHELOR OF MASS COMMUNICATION (HONS.) PUBLIC RELATIONS(UITM) Diploma Seni Kraf

Batik Institut Kraf Negara Dr Arbai'yah Abdul Aziz working as a lecture and also as Deputy Dean (Academic) at

UITM Shah Aalm Art and Design Faculty. Qualification and Granting Institution PhD in Art & Cultural Management,

Universiti Malaya, Malaysia MA in Art and Design Education, De Montfort University, United Kingdom BFA,

Universiti Teknologi MARA, Malaysia Diploma in Art and Design (Graphic), Institut Teknologi MARA, Malaysia

Areas of Expertise Art & Culture Management Areas of Interest Art & Culture Management Award Excellent Service

Award 2011

Page 10: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

BUDAYA BERFIKIR KRITIS BERTERASKAN AL-QURAN SEBAGAI

ASAS PEMBINAAN BUDAYA BERFIKIR MASYARAKAT MELAYU KINI

Norafifah Ab Hamid, Norazlina Abd Wahab, Norajila Che Man

[email protected]

ABSTRAK

Di era globalisasi kini pemikiran Barat dilihat amat berpengaruh dalam aspek gaya hidup dan gaya

berfikir masyarakat Melayu-Islam khususnya terhadap generasi muda. Pada hakikatnya ajaran Islam

telah pun menggariskan panduan berfikir kepada umatnya dengan pelbagai gaya berfikir dalam al-

Quran termasuklah gaya berfikir kritis. Pemikiran kritis bukanlah suatu bentuk pemikiran baru malahan

telah pun ditekankan dalam ajaran Islam melalui al-Quran dan al-Sunnah. Elemen-elemen pemikiran

kritis yang menekankan aspek penilaian analitikal dan objektiviti jelas dibincangkan dalam al-Quran

dan al-Sunnah. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan dan menganalisis beberapa

elemen utama pemikiran kritis yang terkandung dalam al-Quran sebagai asas kepada pembinaan

budaya berfikir masyarakat Melayu kini. Kertas kerja ini dilihat penting untuk mengangkat konsep

pemikiran kritis Islam dalam usaha mentransformasi pemikiran masyarakat Melayu kini sekaligus

mengukuhkan gaya berfikir masyarakat Melayu dengan kembali menyedari hakikat pentingnya

pemikiran kritis Islam dan ianya perlu diaplikasi bagi melahirkan generasi Melayu minda kelas pertama.

Kata kunci: Pemikiran Kritis, al-Quran dan Melayu.

NORAFIFAH BT AB HAMID merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Melaka

Kampus Jasin.

Page 11: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

BUILDING A DICTIONARY OF MALAY LANGUAGE PART-OF-

SPEECH TAGGED WORDS USING BAHASA WORDNET AND

BAHASA INDONESIA RESOURCES

Mohamed Lubani & Rohana Mahmud

[email protected], [email protected]

ABSTRACT

Assigning grammatical categories to words in natural text is a vital step in processing natural language.

Language resources and text processing tools such as part-of-speech (POS) can be used to assign

each word the corresponding grammatical category based on its context. Such resources are available

for the major languages such as English, Spanish and Japanese. However, the lack of resources for

Malay language makes it very hard to develop new processing tools and contribute to the automation

of the language processing. In this paper, a Malay POS dictionary is built using Bahasa wordnet and a

POS tagged of Indonesian corpus, as well as a monolingual Malay dictionary. The output is a list of

25,778 Malay POS tagged words where each word is assigned all its possible grammatical categories.

The proposed process can also be used as a guideline for future improvements.

Key Words: Malay Language, Natural Language Processing, Part-of-Speech Tagging.

Mohamed Lubani is a student at the University of Malaya, Faculty of Computer Science and Information

Technology, Kuala Lumpur, 50603 Malaysia

Rohana Mahmud is a Senior lecturer at the department of Artificial Intelligence, Faculty of Computer Science

and Information Technology, University of Malaya, Kuala Lumpur, 50603 Malaysia

Page 12: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

CIRI-CIRI BUDAYA DAN TRADISI DALAM PENGHASILAN

PENGIKLANAN : REKABENTUK SENI VISUAL TIPOGRAFI ATAU

MUKA TAIP DIDALAM SURAT KHABAR “THE MALAY MAIL”

Mastura Bt. Hj. Mohd Jarit

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan ini merupakan satu kajian dimana tipografi atau huruf boleh berdiri dengan sendiri,

bagaimana tipografi memainkan peranan yang besar di dalam seni visual terutamanya didalam

pengiklanan yang dikeluarkan oleh surat khabar “The Malay Mail”. Bagaimana seni tipografi berperanan

didalam menyatakan atau meluahkan emosi dan psikologinya secara visual yang boleh dipaparkan

didalam sesuatu pengiklanan, penyelidikan menjurus pengiklanan yang dikeluarkan semasa

menyambut Aidilfitri. Tipografi membawa makna huruf yang telah di ekspirasikan, huruf-huruf ini

merangkumi huruf A hingga Z, huruf besar dan juga huruf kecil termasuk dengan setnya sekali iaitu

contoh koma, titik dan juga nombor. Tipografi merangkumi aspek dua dimensi dan juga tiga dimensi

termasuk media cetak dan juga media digital. Mempelajarinya termasuk fundamentalnya terbahagi

kepada bentuk, struktur, konten, message dan ekspirasi. Di dalam merekacipta huruf mestilah

dipentingkan isu rentak, susunan barisan, keselarasan, jarak, positif, ruang negatif, illusi yang wujud di

dalam ruang yang berlainan dari kenyataan (illusion of spatial depth to create illusion). Selain daripada

itu amat dititikberatkan seni huruf itu, line, jarak yang boleh di baca dan keadaan yang boleh di baca

(spacing to readability and legibility). Harus juga kita fahami bagaimana taip/huruf digunakan secara

kreatif dan penuh dengan ekspresif. Penyelidikan secara mendalam dilakukan terhadap taip and huruf

untuk dijadikan sebagai bahan seni supaya boleh dikomersilkan. Pemilihan taip atau huruf untuk

menghasilkan sesuatu penghasilan seni terutamanya susun letak reka corak sesebuah pengiklanan

amat dititik beratkan, jikalau tidak hasil seninya tidak kesampaian kepada audien yang hendak

ditujukan. Sesuatu mesej yang hendak disampaikan mestilah tepat agar membolehkan sesuatu objekif

dapat dicapai didalam pengiklanan yang sewajarnya ingin di komersilkan. Kajian juga menjurus kepada

membuat kajian secara mendalam serta terperinci bagaimana setiap kaedah eksperimentasi dapat

digunapakai dalam hasil seni visual tipografi terutamanya didalam pengiklanan didalam surat khabar

“The Malay Mail” yang dikeluarkan di Malaysia khasnya. Secara amnya seni tipografi Malaysia masih

lagi terikat atau terpengaruh dengan gaya barat, walaupun hakikatnya masyarakat kita penuh dengan

kreativiti dan semangat. Sememangnya tujuan kajian kita masih menggunakan huruf Roman, tetapi

hasilan seninya diterapkan dengan nilai-nilai kemelayuan yang tak pernah luput ditelan zaman. Bangsa

Melayu penuh dengan identiti dan budaya yang telah sekian lama dikenali dunia, cuma kebelakangan

ini kita sebagai pereka cipta terlena dibuai dengan reka bentuk hasilan karya dari barat. Hal ini yang

membuat tersentak untuk melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Melayu

Page 13: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

satu ketika dahulu sehingga dikenali setiap pelusuk dunia, sebagaimana Melaka menjadi begitu

masyhur sebagai pusat bahasa. Tanpa kita sedari terlampau banyak hasil seni yang kita adaptasikan

dari Barat. Kajian ini memperkenalkan kembali kepada pelanggan di Malaysia betapa pentingnya seni

tipografi yang memfokuskan kepada seni taip yang akan didaftar kepada identiti Melayu. Secara

keseluruhan hasil seninya dan konsep yang akan diketengahkan semuanya dipengaruhi secara

totalnya dan kembali ke akar umbi budaya dan tradisi kemelayuan.

Katakunci: Personaliti, Bangsa Melayu, Tipografi, Pengiklanan

Qualification and Granting Institution MA in Visual Communication, University of Central England, United Kingdom

Post Graduate Diploma, University of Central England, United Kingdom BDes (Graphic Design), Universiti

Teknologi Mara, Malaysia Diploma in Art and Design (Graphic Design), Institut Teknologi MARA Areas of Expertise

Visual Communication Typography Design Advertising Communication Studies Achievements Excellent Service

Award 2004 Exhibition 1992 - Degree Show (Advertising Design), UiTM Shah Alam Selangor 1997 - Master Show

(Exploration Typography - Advertising), UCE, United Kingdom 2004 - ILHAM (Inspiration From Nature), UiTM Shah

Alam Selangor 2005 - Germinates The Contemporary, UiTM Shah Alam Selangor 2005 - 20 Celebrated Women

Artist, Maya Art Gallery & Great Eastern, Kuala Lumpur 2006 - Miniature Show, Maya Art Gallery, Bangsar Kuala

Lumpur 2007 - Virtuositi, Women Exhibition, Johor Baharu 2007 - Contemporary Malaysian Arts Exhibition In

Bangladesh 2007 - Mail Art, The Parade of Animal, Canada 2007 - Open Show, Shah Alam Gallery 2008 - Pameran

Seni Visual Wanita . Sentuhan Seni Jiwa Wanita. (Srikandi) Perbadanan Muzium Melaka 2008 - Open Show , Art

Village 2009- ILHAM, MIDF 2011- Bicara Sifu, Galeri Petronas, KLC Teaching Interest Advertising, Typography

Design , Visual Communication, Interface Design Research Interest Typography Design Tags (specific area):

Visual Communication, Advertising,Typography Design, Articles and News related Publication Unjuran Budaya

Dan Tradisi Dalam Penghasilan Rekabentuk Seni Visual Tipografi International Presentation Malay Identity for

Typefaces Design Unjuran Budaya Dan Tradisi Dalam Penghasilan Rekabentuk Seni Visual Tipografi Typography

Fesyen

Page 14: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

COMMUNICATING WITH THE WANDERING SOUL: THE PANTUN

RADEN RITUAL

Nadia Widyawati Binti Madzhi

[email protected]

ABSTRACT

Among the many ethnic groups in Sarawak, the Melanau people is said to practice almost similar culture

with that of the Malays, including the musical arts. The Melanau too adopts the rendering of pantun

(quatrains of ABAB rhyme) in their music-culture, with the bermukun being the most known pantun-

singing act. However, little do people know that in the past, the rendering of pantun exist in a particular

post-burial ritual known as palatou during which the pantun raden is rendered and serve as a

communication tool between the human and dead soul. Traditionally the Melanau people were Animist

(or commonly known as Melanau Likou) who venerate the spirits of nature who believe that when a

person dies he/she will inhabit the “world of the dead” known as likou a-matai. The pantun raden (or

simply known as beraden) is an act where the living family members could “get in touch” with the

deceased. Although this game-like ritual is believed to be no longer being practiced, it still remains in

the memory of some of the older Melanau generation. Using ethnomusicological approach, this paper

discusses the art of beraden including the origin and the musical analysis of the pantun raden sung

during the performance, based on an account by a living Melanau cultural bearer.

Nadia Widyawati Binti Madzhi is a Senior Lecturer at the Faculty of Music, UiTM Shah Alam who recently completed

her PhD in ethnomusicology under the supervision of Professor Margaret Kartomi at Monash University, Australia.

She specializes in the musical culture of the coastal people of Sarawak, known as the Melanau. Her research

interests include the studying of the social and cultural characteristics in music in a global context. Currently she is

the Coordinator of the Music Education Program and can be contacted at [email protected]

Page 15: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

CULTURAL HERITAGE INTERPRETATION IN MUSEUM - ITS

RELATION TO VISITORS’ SATISFACTION

Dr. Hamimi Omar and Dr Norhanim Abdul Razak

[email protected], [email protected]

ABSTRACT

Apart from being the place to preserve unique and diverse cultural heritage resources, museum also

function as an attraction to visitors. In parallel with the development of museums as tourist attraction,

public funded museums have been encouraged to focus on the needs of their visitors. They need to be

places that people want to go to, see and experience the important aspects of the community within the

destination. Museum presentations should be able to connect the visitors with the heritage values of

the community. In this sense, the process of communicating or explaining to visitors the significance of

the place or resources they are visiting is important. Such process is known as heritage interpretation.

An effective interpretation should be able to reveals meanings behind historic places, their people and

their stories. In this paper, the role of interpretation process on the satisfaction of visitors to museum is

explored. Location of the study is at Paddy Museum (Muzium Padi) in Alor Setar Kedah. Findings

revealed that positive associations between effective interpretation and visitors’ satisfaction are

important. Academic and managerial implications are discussed.

Keywords: museum, heritage interpretation, visitor satisfaction

Page 16: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ELEMEN MATEMATIK DALAM UKIRAN SENIBINA RUMAH MELAYU

TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Marina Mohamed, Nor Fadhilah Dzulkifli, Nazirah Ramli

[email protected]

ABSTRAK

Seni ukiran orang Melayu mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Seni ini

kebanyakannya dapat dilihat pada senibina rumah Melayu tradisional. Motif dan corak ukiran dalam

senibina rumah Melayu tradisional banyak dipengaruhi oleh unsur alam dan kebudayaan. Kajian

terdahulu mendapati hukum nisbah, kadaran, simetri dan geometrik diambil kira tanpa sedar dalam

seni ukiran kayu rumah Melayu tradisional. Elemen-elemen inilah yang memungkinkan terhasilnya nilai

estetika sesuatu ukiran. Kertas kerja ini mengenalpasti kewujudan elemen matematik seperti nisbah

keemasan, lingkaran keemasan serta bentuk-bentuk geometri dalam ukiran senibina rumah Melayu

tradisional Negeri Sembilan. Elemen matematik ini dikenalpasti berdasarkan pemerhatian dan analisa

geometrik yang dilakukan pada ukiran yang terdapat di dalam rumah Melayu tersebut. Penemuan

kajian ini mendapati ukiran di dalam rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan menggunapakai

pelbagai bentuk geometri iaitu segiempat, bulatan, segitiga dan sebagainya. Selain itu bentuk geometri

ini boleh ditentukan kesimetrian dan kewujudan nombor Fibonacci dalam seni ukirnya. Hasil dari kajian

ini diharapkan dapat menyumbangkan pengetahuan berkaitan elemen matematik yang wujud dalam

ukiran senibina rumah Melayu tradisional ini.

Kata kunci: kadaran, elemen matematik, rumah tradisional. nilai estetika

Marina Mohamed merupakan pensyarah matematik di UiTM Pahang. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda

dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2003 dan Ijazah sarjana dari UiTM pada tahun 2010. Beliau

berpengalaman mengajar lebih daripada 9 tahun dalam bidang matematik. Nor Fadhilah Dzulkifli merupakan

pensyarah matematik di UiTM Pahang. Beliau mendapat ijazah sarjana muda dengan kepujian Sains Matematik

pada tahun 2006 dan ijazah sarjana pada tahun berikutnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau

sedang menyambung PhD dalam bidang Matematik Gunaan di UPM. Beliau berpengalaman mengajar matematik

selama 8 tahun.

Nazirah Ramli merupakan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik di UiTM Pahang. Beliau

memperolehi ijazah pertama dari Universiti Malaya pada tahun 1993 , Diploma dalam Pendidikan pada tahun

berikutnya, ijazah sarjana pada tahun 1999 dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyempurnakan PhD pada

tahun 2013 dari UiTM. Beliau berpengalaman mengajar matematik lebih daripada 21 tahun.

Page 17: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

EVOLUSI PENGGUNAAN MOTIF DAN RAGAM HIAS DALAM

TENUNAN SONGKET

Nani Hartina Ahmad, Prof. Madya Dr Norwani Md Nawawi, Siti Fairuz Md Hashim, Noor Hafiza Ismail

[email protected]

ABSTRAK

Tenunan songket melambangkan ketinggian teknologi dahulu, kreativiti , sejarah, ketamadunan yang

melambangkan keindahan budaya masyarakat Melayu. Masyarakat kebiasaan menilai songket dari

sudut keindahan, kesenian dan pemakaiannya. Namun bagi penggemar-penggemar songket biasanya

akan mengolah songket dari sudut keunikan dan kepelbagaian unsur, proses, teknik dan motif yang

sukar diterjemahkan. Keindahan songket tidak semata-mata bergantung kepada hiasan benang emas

sahaja namun gabungan kreativiti corak dan motif yang dihasilkan serta nilai emas di mata masyarakat

menaikkan lagi nilai estetikanya. Para penggemar songket pada masa kini dapat merasakan kelainan

songket silam dengan yang baharu apabila mereka memerhati kaedah tenunanya dan corak-corak

yang dihasilkan. Namun begitu, lewat masa kini dengan kehadiran dan kemasukan songket buatan

negara luar seperti India, Pakistan dan Indonesia akan meresahkan penenun tempatan. Oleh yang

demikian, kajian ini turut merangkumi sejauh mana keperihatinan masyarakat Melayu kita dapat menilai

kesenian tempatan berbanding dengan hasil tangan bukan orang tempatan iaitu dengan meneliti motif-

motif dan ragam hias corak tenunan songket tempatan. Hingga ke hari ini, masih ramai di antara kita

masih keliru dan terpedaya dengan songket import dari negara luar. Lambakan songket dari negara

luar telah mengakibatkan pengusaha tempatan terancam dan membimbangkan. Kajian ini merangkumi

sejauh mana penilaian masyarakat Melayu dalam melihat peredaran dan perubahan motif dan ragam

hias dalam tenunan songket yang menerapkan identiti tempatan dan berkonsepkan ciri-ciri budaya

kehidupan masyarakat Melayu kini.

Kata Kunci: Evolusi, Motif, Ragam Hias, Tenunan Songket

Nama: Nani Hartina Binti Ahmad Tarikh Lahir: 08 Mei 1981 Asal:Pasir Mas, Kelantan Alamat: No. PT 426, Jalan

Pasir Mas Salor, Kg. Pdg. Chenok, 15100 Kota Bharu, Kelantan No.Tel:013-9270339 Bidang: Textile Design

(Tenunan) Pendidikan: M.A Technology Design (UiTM) B.A (Hons) Art & Design (Textile Design) (UiTM) B.Design

(Textile) (UiTM) Email: [email protected], [email protected] Alamat Tempat Bertugas

: UiTM Kelantan, Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan. Pengalaman: Bertugas sebagai pensyarah di UiTM

Kelantan (2014- kini), Pensyarah di UiTM Terengganu (2009-2014), Assistant Admin di Classita Sdn.Bhd. di Teluk

Intan, Perak.(2005-2006) Pameran: 1.Pameran seni songket kasut dan Beg di ASEAN Textile Symposium,

Universiti Payap, Chiang Mai Thailand. 2015 2.Pameran dan Pertandingan di Invention, Innovation & Design

Exposition (IIDEX 2014 & 2015), UiTM Shah Alam. 3.Pameran “Color of Asia”, Galeri Shah Alam, 2014 4.Pameran

“Textile Design Exhibition” TEDEX2011, Galeri Shah Alam.

Page 18: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

EXPLORING EDUCATIONAL VALUES OF MALAY TRADITIONAL

CHILDREN'S GAMES PLAY

Dr, Siti Jamilah Bidin, Dr. Ahmad Affendi Shabdin and Norma Saad

[email protected]

ABSTRACT

Exploring Educational Values of Malay Traditional Children's Games Play is the primary way children

learn and it is considered important in the healthy development of a young child. Playing games among

children also provides engaging opportunities for intellectual development. The aim of this paper is to

discuss how educational values are integrated with Malay traditional children's games. The values are

embedded in the traditional children's games in terms of its rules, materials used, and dynamic of

meanings while playing the games or plays. Thus, play is viewed as a “process” and a case study

design has been chosen to explore those educational values. Five Malay children's traditional games

were selected and analysed based on the aspects mentioned above. In addition, semi-structured

interviews were conducted with ten Malay adults and ten Malay primary school children regarding their

experience of playing traditional children's games. It was found that Malay traditional children’s games

provided avenues for children to develop teamwork, spatial intelligence, patience, focus, and strategic

skills. The implications of this study are related to utilising traditional games for pedagogical purposes

and also for sustaining and enhancing Malay cultural awareness.

Dr. Siti Jamilah Bidin is a Senior Lecturer at School of Education and Modern Languages (SEML), Universiti Utara

Malaysia. She obtained her PhD in Applied Linguistics at the University of Nottingham, UK. Her research interests

are second language acquisition, pragmatics, language and culture, and discourse-based grammar.

Dr. Ahmad Affendi Shabdin is a Senior Lecturer at SEML, Universiti Utara Malaysia and he received his PhD in

English Studies from the University of Nottingham, UK. His research interests are vocabulary acquisition,

vocabulary testing, and language assessment. He has taught undergraduate and postgraduate students for 27

years.

Ms. Norma Saad is a Senior Lecturer at SEML, Universiti Utara Malaysia. She obtained her MA in English from

Durham University, UK. Her research interests are interlanguage pragmatics, language and culture, and English

language teaching.

Page 19: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

GUA KOTA GELANGGI DALAM GARAPAN CATAN ABSTRAK

Suzlee b. Ibrahim (Mr.), Asliza bt. Aris (Ph.D)

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Gua Kota Gelanggi yang mempunyai kesan tinggalan sejarah penempatan manusia lebih 1500 tahun

dahulu, terletak di daerah Jerantut, Pahang dikatakan sebuah kota lama yang gemilang pada

zamannya. Dalam tulisan Sejarah Melayu ada menyebut Kota Gelanggi sebagai Kota Kelangkio. Ia

merupakan sebuah tinggalan sejarah yang indah dengan flora dan fauna serta mempunyai banyak gua-

gua kecil di kawasan tersebut. Permukaan dinding-dinding gua yang bergerutu memberi seribu inspirasi

bagi Suzlee Ibrahim dalam adaptasi abstraknya; Kingdom Series. Pelukis telah mendapat ilham untuk

menterjemah Gua Kota Gelanggi ke atas catan abstrak melalui pengalaman ekspedisi beliau ke lokasi

tersebut. Catan abstrak Suzlee merupakan karya yang berbentuk ekspresionis, lahir dari luahan rasa

peribadi sepertimana karya-karya abstrak yang sealiran dengannya. Pelukis-pelukis terdahulu seperti

Pollock, de Kooning dan Kline merupakan di antara pelukis abstrak ekspresionis yang menjadi rujukan

kepada Suzlee. Pengalaman mendaki dan menuruni cerun yang curam dalam kegelapan belantara

merupakan satu pengalaman baru buatnya. Perasaan cemas dan tertekan bercampur aduk dengan

rasa ingin tahu menerbitkan satu rasa kepuasan di akhir ekspedisi. Ekspresi pelukis ke atas kanvas

mengajak khalayak supaya bersama-sama menghayati estetika hasil dari inspirasi ekspedisi Gua Kota

Gelanggi. Catan daripada siri ini diolah melalui gabungan teknik-teknik penghasilan catan konvensional

yang digabung dengan teknik kolaj untuk mewujudkan tekstura yang jelas di atas permukaan kanvas.

Bahan lain yang digunakan ialah akrilik dan cat minyak.

Kata kunci: Kota Gelanggi, catan, abstrak, Suzlee

Suzlee Ibrahim ialah seorang pensyarah di Fakulti Rekaan Kmunikasi Visual, Akademi Seni Budaya & Warisan

Kebangsaan. Beliau berpengalaman sebagai pendidik selama 22 tahun dan 28 tahun sebagai pelukis. Beliau telah

mengadakan 29 pameran perseorangan dan telah mempamerkan karyanya di lebih 20 buah negara

(www.suzlee.com).

Page 20: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

HERITAGE VALUE OF THE TRADITIONAL MALAY VILLAGES AS

PROTECTED LANDSCAPES

Dr. Kamarul Bahrain Shuib & Dr. Habsah Hashim

[email protected]

ABSTRACT

In Malaysia, environments such as the rural countryside that are characterized by paddy fields, fruit

orchards, rustic villages, forests, river banks and coastal plains are slowly being transformed and

converted to other land uses. The general public awareness on the heritage value of such environment

is very low and disappointing. Governmental authorities, land owners and developers view these

environments as areas potential for future development, without much consideration into their historical

and heritage values. These rural landscapes form part of the national landscape character in many

districts in peninsular Malaysia. As such the purpose of this paper is to highlight the importance of the

traditional rural Malay villages as cultural landscapes that are worthy of preserving. Protecting these

cultural landscapes is crucial before more and more of such areas being lost to give way to urban types

of development. Using the Landscape Value Method, the three case study examples from the district

of Kuala Muda in the state of Kedah, district of Kerian and sub-district of Lenggong in the state of Perak

provides sufficient evidence on the importance of preserving these traditional Malay rural environments.

This paper concludes with some measures to preserve the rural Malay heritage as IUCN’s Category V

(protected landscapes).

Keywords: Malay heritage, Rural environment, Protected landscapes

(1) Kamarul Shuib is a lecturer in UiTM since 1989 where he teaches Landscape Architecture and Park and

Amenity Management. He was the head of program in both LA and Park and Amenity Mgmt. He obtained his

Diploma in Town and Regional Planning (1981), Bachelor in Landscape Architecture (1985), Master in Arch Studies

(1995) and PhD in Environmental Mgmt (2009).His research interests are in the fields of landscape architecture,

cultural heritage landscape, park and recreation. (2) Habsah Hashim is a lecturer in Town and Regional Planning

in UiTM since 1986. She obtained her Diploma in Town and Regional Planning (1981), BSc in Community and

Regional Planning (1984, Master in Community and Regional Planning (1986) and PhD in Urbanization,

Womens'Roles and Fertility Trends (2010). Her research interests are in the fields of demography, community

planning and cultural heritage.

Page 21: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

HUBUNGAN PERDAGANGAN PULAU PINANG DENGAN KEDAH DAN

SELANGOR: SOROTAN KAJIAN BERDASARKAN SURAT-

MENYURAT DENGAN FRANCIS LIGHT PADA SUKU AKHIR ABAD

KE-18

Ibrahim Ahmad

[email protected]

ABSTRAK

Koleksi Surat-surat Francis Light (KSFL) merupakan antara hasil persuratan Melayu yang perlu diberi

perhatian utama sebagai sumber sejarah perdagangan di Kepulauan Melayu. Hal ini disebabka surat-

surat tersebut sama ada yang ditulis atau diterima oleh Francis Light dapat memberi gambaran sebenar

tentang situasi politik, ekonomi dan sosial pada masa itu. Dari aspek perdagangan KSLF dapat

memberi informasi lebih jelas tentang negeri-negeri Melayu yang berdagang dengan Pulau Pinang,

peraturan perdagangan dan jenis barangan yang diniagakan. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan

meneliti beberapa pucuk surat berkaitan pelbagai aspek hubungan perdagangan antara Pulau Pinang

dengan Kedah dan Selangor. Hal ini disebabkan terdapat banyak surat berkaitan hal ehwal perniagaan

yang diterima oleh Francis Light daripada sultan dan pembesar dari kedua-dua buah negeri tersebut

semasa beliau menjadi “”Gurnadur” di Pulau Pinang sejak tahun 1786. Sebahagian besar surat-surat

ini jelas mencatatkan hal-hal pembelian, pengangkutan dan penjualan komoditi, senjata, abdi, dan

candu. Kandungan surat-surat tersebut bukan sahaja menggambarkan Inggeris sebagai pentadbir

yang dihormati bahkan menceritakan dengan jelas kepelbagaian aktiviti jual beli yang wujud sekitar

suku akhir abad ke-18. Tuntasnya, koleksi surat-menyurat SFL merupakan sumber sejarah bertulis

yang penting bagi kedua-dua buah negeri tersebut dan menjadi titik tolak penguasaan British di Negeri-

negeri Melayu lain.

Kata kunci: Persuratan Melayu, Koleksi Surat-menyurat Francis Light, perdagangan, British, Kedah, dan Selangor

Nama penuh: Ibrahim Bin Ahmad Asal: Sik, Kedah Pekerjaan : Pensyarah Jabatan Pengajian Umum, UniKL

RCMP, Ipoh, Perak. Pendidikan: Institut Perguruan Tanjong Malim, USM (hingga peringkat sarjana). Kini, sedang

melanjutkan pengajian peringkat Ph.D dalam bidang sejarah di Universiti Malaya. Bidang penyelidikan: Sejarah

Asia Tenggara, Sejarah Maritim dan Historiografi Melayu Pernah melakukan penyelidikan di dalam dan luar negara

serta membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Buku: Perkhidmatan Bimbingan

dan Kaunseling di Sekolah Rendah (2002), Kamus Matematik Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris (2003), Utusan

Publications & Distributors; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu pada Abad ke-18 dan ke-19 (bab

buku) Wacana Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan, Penerbit USM 2015.

Page 22: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

HUBUNGKAIT DIANTARA PENGETAHUAN GENERASI Y TERHADAP

SEJARAH DAN BUDAYA MAKANAN WARISAN NEGERI KELANTAN

Artinah Zainal, Nasiha Alwani Azmi, Ahmad Nizan Zali, Ismayaza Noh

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Dari segi sejarah, kaum Melayu mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa,

Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika

masakan Melayu mempamerkan persamaan dari sudut citarasa kulinari. Kelantan merupakan salah

satu negeri yang mempunyai pengaruh masakan daripada negara tersebut dan ia merupakan satu

destinasi yang harus dikunjungi disebabkan keunikan yang ada pada budaya serta makanan Kelantan

itu sendiri. Budaya makanan dalam kalangan masyarakat turut mengalami perubahan apabila ianya

dipadankan dengan pengaruh-pengaruh dari luar. Oleh itu, satu kajian dijalankan di negeri Kelantan

yang melibatkan 365 responden yang terdiri daripada generasi Y yang berusia antara 15-40 tahun

untuk mengkaji hubung kait diantara pengetahuan generasi Y terhadap sejarah dan budaya makanan

warisan negeri Kelantan. Melalui data yang dikumpul, kajian ini menunjukkan terdapat hubungkait

diantara kesan kebudayaan / kepercayaan / etnik (β= 0.114, p<0.05) dan makanan warisan (β=0.058,

p<0.05), terhadap pengetahuan generasi Y. Sehubungan dengan itu, generasi Y perlu memainkan

peranan dalam usaha memelihara dan memartabatkan makanan tradisional Kelantan supaya ianya

tidak dilupakan. Oleh itu, sejarah dan budaya makanan Melayu serta pengetahuan dalam kalangan

generasi Y harus dipelihara agar ianya dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Kata kunci- sejarah; budaya makanan; makanan warisan; generasi Y

Artinah Zainal merupakan pensyarah daripada Jabatan Seni Kulinari & Gastronomi Fakulti Pengurusan Hotel &

Pelancongan Puncak Alam. Beliau terlibat dalam pengkhususan kajian di dalam Warisan & Budaya Makanan-

makanan Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Jabatan Warisan Negara. Nasiha Alwani

Azmi pula merupakan pelajar Master Sc. Foodservice Management di Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Puncak Alam. Beliau menjalankan kajian terhadap sejarah dan budaya makanan di Kelantan.

Page 23: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

HUKUM KANUN MELAKA DARI ASPEK UNDANG-UNNDANG

KEKELUARGAAN

Suhaida binti Abu Bakar & Zanirah Binti Mustafa@ Abu

[email protected]

ABSTRAK

HUKUM KANUN MELAKA DARI ASPEK UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN Undang-undang

Melaka juga dikenali Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis yang wujud pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia merupakan undang-undang adat Melayu yang bersesuaian

dengan hukum Islam. Hukum kanun Melaka dipercayai digubal bermula pada zaman Sultan

Muhammad Shah (1424-1444M) dan mula dijalankan pada zaman Sultan Muzaffar (14445-1458M)

serta disusun secara teratur pada zaman Sultan Mahmud Shah (1489 M-1511M). Hukum Kanun

Melaka adalah merupakan hukum Islam yang pertama yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad

untuk digunakan di negeri Melaka. Kuasa undang-undang ini tertakluk pada seluruh Melaka dan

kawasan jajahan taklukannya. Hukum Kanun Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu hukum adat

dan hukum Syarak. Hukum kanun Melaka mempunyai 44 fasal mengenai kuasa pemerintah, hukum

hakam dan pantang larang. Aspek kekeluargaan dalam hukum kanun Melaka antara dibincangkan

dalam kajian ini bagi melihat sejauhmana pengaruh Islam dan adat yang diguna pakai pada zaman

dahulu dalam aspek kekeluargaan serta pengaruhnya kepada undang-undang lain. Metod pengkajian

adalah melalui kepustakaan. Undang-undang keluarga dalam Hukum Kanun Melaka telah mempunyai

pengaruh dalam undang negeri-negeri. Kajian ini cuba melihat beberapa fasal berkaitan aspek

kekeluargaan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan

hal-hal perkahwinan, perwalian dan perwarisan harta serta beberapa peruntukan berkaitan dengan

undang- undang perkahwinan. Akhir sekali, pengkaji cuba melihat persamaan peruntukan yang ada

dengan undang-undang masa kini.

Kata Kunci : Hukum Kanun Melaka, undang-undang, keluarga

Suhaida Binti Abu Bakar merupakan pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Uitm Kedah Cawangan

Merbok. Zanirah Binti Mustafa@ Abu merupakan pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Uitm

Kelantan Cawangan Machang

Page 24: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

INTERPRETASI RUANG LANDSKAP TRADISI MELAYU DALAM

SKRIP TEATER REALISM: SATU PERKAITAN

Azrul Bin Bahaluddin

[email protected]

ABSTRAK

Antara asas yang menjadi teras kepada pengajaran dan pembelajaran bidang senibina landskap

adalah pemahaman serta interpretasi terhadap ruang. Mencipta kelainan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran asas ini mewujudkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel sejajar dengan misi dan

objektif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang menggalakkan nilai tambah ke arah keunggulan

ilmu serta pembangunan graduan kompeten dan berinovasi setanding dengan amalan terbaik yang

digunakan di peringkat antarabangsa. Senibina Landskap dan Seni Teater merupakan dua disiplin

kreatif yang mempunyai proses interpretasi serta penguasaan terhadap penggunaan ruang sebagai

media utama dalam mencorak serta menzahirkan pelbagai interpretasi dan keperluan yang dituntut

melalui penterjemahan artistik. Senibina Landskap menghayati ruang sebagai satu pengalaman yang

terbina daripada kombinasi pembangunan fizikal dan bukan fizikal manakala Seni Teater menuntut

penggunaan ruang yang maksima bagi menjayakan penyampaian cerita dan penghayatan watak.

Keupayaan penggunaan serta kebolehan menginterpretasi ruang bagi kedua-dua bidang ini

mewujudkan gabungan potensi yang wajar digunapakai dalam proses pembangunan pengajaran dan

pembelajaran asas bidang senibina landskap secara artistik. Sebagai langkah pengenalan, perkaitan

intipatinya dikenalpasti melalui kajian perbandingan yang merujuk kepada kesetaraan yang terkandung

di dalam manuskrip tradisional Melayu bagi interpretasi ruang landskap tradisi Melayu dan skrip teater

realism berbahasa Melayu bagi interpretasi simulasi ruang di dalam Seni Teater. Mengenalpasti

kewujudan kesetaraan ini, adalah satu inisiatif kreatif menggabungkan bidang alam bina dan seni

persembahan. Teras penggabungan ini menjurus kepada perkaitan umum dan spesifik dalam melestari

warisan tamadun Melayu sebagai paksi budaya pengajaran dan pembelajaran asas ruang dalam

bidang senibina landskap secara artistik melalui langkah-langkah asas penghayatan ruang dalam

bidang teater persembahan.

Mendapat pendidikan formal di peringkat diploma, ijazah sarjana muda kepujian dan ijazah sarjana dalam bidang

senibina landskap dan perancangan dari UiTM Shah Alam dan USM Pulau Pinang. Cenderung kepada seni dan

pendidikan serta memiliki pengalaman mengajar bidang senibina landskap di UiTM Cawangan Perak hampir 12

tahun.

Page 25: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

ISLAMISASI DI ALAM MELAYU : KESAN DAN PENGARUH DALAM

ASPEK PENDIDIKAN

Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected]

ABSTRAK

Islam adalah agama universal dari Allah SWT untuk semua umat manusia. Ianya telah mula tersebar

di Alam Melayu sejak abad ke 7 M lagi. Kehadiran Islam ke sini telah membawa sinar baru yang

mengubah jiwa dan wajah masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Justeru itu artikel ini bertujuan

untuk melihat secara umum kedatangan Islam ke Alam Melayu meliputi teori kedatangan Islam dan

faktor pemangkin islamisasi serta kesan kedatangan Islam dengan memberi fokus perbincangan

terhadap aspek pendidikan. Artikel ini akan menganalisis faktor kecemerlangan intelektual di zaman ini

sehingga melahirkan pelbagai tokoh-tokoh ilmuan dan karya-karya ilmiah. Ia juga akan

membincangkan peranan Kesultanan Melayu Melaka dan Aceh sebagai pusat kegiatan ilmu terulung

di Alam Melayu. Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah dengan menganalisa

buku-buku dan kertas kerja yang berkaitan. Hasil perbincangan mendapati faktor kepesatan aktiviti

keilmuan di Alam Melayu didokong dari pelbagai faktor sehingga secara keseluruhannya telah

membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan pemimpim tetapi juga

rakyat jelata. Secara tidak langsung, kepesatan aktiviti keilmuan ini memainkan peranan penting dalam

usaha penyebaran ajaran Islam ke seluruh pelusuk Nusantara yang dapat dirasai kesannya sehingga

kini.

Kata kunci : Islamisasi, Alam Melayu, pendidikan

Page 26: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

KEFAHAMAN ELEMEN REKABENTUK KAD KAHWIN ALAF BARU

DALAM KONTEKS KEMELAYUAN

Fadila Mohd Yusof, Asrol B Hasan, Azmir B Mamat Nawi

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kad kahwin atau kad jemputan raja sehari adalah satu budaya yang menjadi satu amalan yang penting

dalam jemputan kenduri perkahwinan. Alaf baru ini, pelbagai jenis kad kahwin telah diterima, semakin

hari semakin pelik dan semakin kreatif reka bentuknya. Semuanya mengikut kreativiti masing-masing.

Berbeza dengan kad jemputan kahwin 20 tahun sudah yang mana kad kahwin bermotifkan kerawang

dan ciri-ciri kemelayuan. Jadi, kajian ini telah dibuat berdasarkan interpretasi kad kahwin yang sedia

ada dan pandangan beberapa profesional kreatif industri dan akademik. Persoalan kajian adalah lebih

menjurus kepada adakah penyampaian jemputan kahwin itu sendiri tercapai dan menegenalpasti

elemen kemelayuan dalam jemputan kad kahwin adakah seiring dengan trend kini. Hasil dapatan kajian

ini, dapat disimpulkan tentang pengaruh penggunaan media grafik dan kreativiti setiap bakal pengantin

baru dapat memberi impak keberkesanan awal kepada satu-satu majlis perkahwinan dalam mencari

kelainan dalam majlis perkahwinan.

Kata Kunci : Elemen Reka Bentuk, Kad Kahwin Alaf Baru

Asrol B Hasan Pensyarah Kanan Jabatan Senireka Perindustrian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Product Design

Fadila Binti Mohd Yusof Pensyarah Jabatan Senireka Perindustrian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Product Design

Azmir B Mamat Nawi Pensyarah Jabatan Senireka Perindustrian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Product Design

Page 27: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

KEUPAYAAN TAPAK WARISAN MENYEMARAKKAN PERPADUAN

Mohd Hasrul Yushairi b. Johari

[email protected]

ABSTRAK

Semangat kesatuan dalam situasi kepelbagaian kaum di Malaysia amat dituntut di dalam

perlembagaan. Walau bagaimanapun, memelihara keharmonian di antara kaum itu adalah sesuatu

yang mencabar pada masa kini. Kerajaan telah giat berusaha memastikan keutuhan membina bangsa

Malaysia tetapi rakyat Malaysia seolah-olah seperti di dalam keadaan tegang tapi stabil. Integrasi

antara kaum selalunya tercetus melalui pemahaman antara budaya tetapi jarang dibincangkan

bagaimana tapak warisan juga berupaya menyatukan kaum iaitu apabila melawat sesuatu tapak

warisan bangsa lain, maka mereka juga dapat menyelami budaya dan mempelajari sensitiviti budaya

kaum lain (knowing the Other). Justeru, apabila sesuatu kaum itu peka terhadap budaya orang lain

hasil daripada lawatan di tapak warisan, maka sifat hormat menghormati di antara sesama kaum itu

menjadi lebih kuat. Kajian di lakukan di tapak warisan Melaka yang mana tapak tarikan warisan telah

menjadi suatu perdebatan di dalam arena akademik berkenaan dengan isu sejarah siapa yang perlu

lebih menonjol di dalam paparan warisan. Dasar Kebudayaan Nasional 1971 yang menobatkan

paparan warisan Melayu telah dikatakan tidak seimbang di kalangan sarjana kerana ianya memberi

imej kelas kedua terhadap kaum Cina dan India. Oleh kerana ada beberapa tapak warisan Melayu di

Melaka yang mempunyai paparan pelbagai gabungan senibina Cina dan India, maka amat perlu

interpretasi tapak warisan itu menceritakan sumbangan senibina daripada kaum lain. Keupayaan

sesuatu tapak warisan di dalam menarik lebih banyak penyertaan sesuatu kaum untuk mempelajari

budaya dan cara hidup kaum yang lain akan menimbulkan semangat saling cinta mencintai dan saling

mengenali lantas menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum.

The author is a tourism lecturer at UiTM Melaka. Has 13 years of experience teaching tourism courses. Currently

he teaches three courses, i.e. heritage tourism, philosophy of tourism and research methodology. His academic

interest is heritage management, ethnic studies, social history and child health.

Page 28: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

KISAH DISEBALIK ASAL USUL NAMA KAMPUNG DI DEWAN

UNDANGAN NEGERI TANJUNG DAWAI

Sarah Sabir Ahmad, Syatirah Abu Bakar, Syakirah Mohammed, Nur Irinah Mohd Sirat

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kajian ini cuba menyelami asal usul disebalik nama-nama kampung di Dewan Undangan Negeri

Tanjung Dawai, Kedah. Nama-nama kampung ini mempunyai keunikan yang tersendiri . Nama sesuatu

tempat kadangkala mempunyai konteks sejarah yang harus dipelihara. Nama sesuatu tempat juga

boleh menggambarkan sifat-sifat persekitaran asal yang kini mungkin telah berubah di ditelan arus

masa dan kemodenan. Ianya juga boleh memberi gambaran kekayaan warisan, budaya, aktiviti

ekonomi dan identiti masyarakat terdahulu. Asal usul nama-nama kampung di Merbok dan Bujang

daripada cerita-cerita lisan penduduk-penduduk kampung wajar dicatatkan sementara mereka yang

mempunyai pengetahuan tentangnya masih hidup dan sebelum asal-usul tersebut dilupakan. Kajian

sejarah lisan yang dijalankan mendapati unsur bahasa, kejadian sejarah, aktiviti penduduk setempat

dan faktor geografi telah mempengaruhi penamaan tempat-tempat di Dewan Undangan Tanjung

Dawai.

Kata kunci: Dewan Undangan Tanjung Dawai, nama-nama tempat, sejarah lisan.

Sarah Sabir Ahmad, Syatirah Abu Bakar, Syakirah Mohammed, Nur Irinah Mohd Sirat adalah merupakan

pensyarah di UiTM Kedah

Page 29: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

KRITIKAN SENI DAN IDENTITI BUDAYA MELAYU: SUATU TINJAUAN

TERHADAP KARYA MOHAMAD HOESSEIN ENAS DAN SYED

AHMAD JAMAL

Mohamad Kamal bin Abd. Aziz

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam

ABSTRAK

Kritikan seni terhadap pengkaryaan dua orang tokoh pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal dan

Mohd. Hoessein Enas kebanyakannya adalah mendasari tema-tema masyarakat dan budaya Melayu.

Ia merangkumi perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan gambaran berkenaan unsur-unsur

sosial, politik, ekonomi, sastera, falsafah, nilai, norma, adat dan agama. Umumnya, tidak banyak usaha

pendokumentasian dilakukan di negara ini bagi mengetengahkan aspek kritikan seni terutama

melibatkan golongan pengkritik, sumbangan pemikiran serta tatacara kepengkritikan dalam

membicarakan seni visual. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis aspek kritikan seni

dari segi jenis, pendekatan, makna dalam konteks budaya Melayu. Segala paparan mengenai kritikan

seni diteliti untuk memberi wajah kepada aspek seni lukis tanah air. Melalui kajian sekunder, penelitian

dibuat berdasarkan sumber-sumber perpustakaan, arkib serta catatan-catatan penulis. Ia melibatkan

analisis secara intepretif sebagai timbal balik terhadap bahan-bahan penulisan mereka. Selain menjadi

bahan pendokumentasian sejarah yang penting, kritikan seni sebenarnya mampu menjadi wadah

pendidikan yang penting dalam mengutarakan budaya pemikiran kritis dan intelektual di kalangan

masyarakat. Bidang kritikan seni sebenarnya boleh menjadi sajian minda yang mengagumkan dalam

menyuburkan budaya ilmu berteraskan budaya sekali gus mampu memberi impak kepada dunia seni

visual dan masyarakat di bumi Malaysia.

Kata kunci: Kritikan seni, budaya Melayu, seni visual

Page 30: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

KURIKULUM SENI SILAT MALAYSIA SERTA SUMBANGANNYA

KEPADA WARISAN DAN TAMADUN MELAYU

Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie; Mohd Shahiid Elias; Datin Dr. Sarimah & Norlizah Abd Hamid

[email protected]

ABSTRAK

Silat merupakan seni mempertahankan diri orang Melayu yang digunakan sebagai ilmu pertarungan

yang telah disusun menjadi ilmu seni perang Melayu tradisi. Ilmu ini diamalkan seiring dengan warisan

yang lain seperti bahasa, adat istiadat, kesenian, kesusasteraan, permainan, busana, pertukangan,

pelayaran, senjata, petua lain-lain lagi. Apabila institusi di raja tidak lagi menaungi para pahlawan dan

orang perang, maka institusi seni perang Melayu tradisi telah bertukar peranan sebagai ilmu seni bela

diri kepada orang-orang Melayu yang mana secara tidak langsung membentuk jati diri bangsa Melayu.

Walaupun penulisan ilmiah ilmu persilatan tidak pernah ditemui, namun melalui karya sastera dan

sejarah tamadun Melayu menunjukkan bahawa ilmu perang tradisi ini menggambarkan peranan para

pahlawan yang mahir bersilat. Pada tahun 2006 Silat telah diiktiraf sebagai Ilmu Seni Bela Diri Rasmi

Malaysia dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara. Silat Melayu iaitu silat asli tempatan versi

Malaysia telah berkembang kepada beberapa kumpulan yang diperturunkan secara tidak seragam.

Manakala terdapat juga ilmu seni mempertahankan diri kaum pribumi yang masih diamalkan di

kalangan kaum masing-masing. Kaedah pendidikan silat Melayu tradisi menggunakan gelanggang

bangsal semakin kurang diamalkan disebabkan perkembangan silat di bandar-bandar yang

menggunakan lapangan, dewan, kelab atau bangunan. Kaedah pendidikan silat moden wajar

menggunakan satu Kurikulum Silat lengkap dengan sukatan dan rancangan pelajaran silat yang dapat

membantu para guru dan jurulatih melaksanakan pengajaran dan pembelajaran silat serta ujian

penilaian yang setara dan telus. Keseragaman perkhidmatan pendidikan silat memudahkan

pengurusan ilmu dan masa depan silat, di samping membantu para guru, jurulatih dan pesilat

memperkasakan perkhidmatan pendidikan silat di Malaysia.

Dr Mohamad Nizam MOHAMED SHAPIE PhD in Sports Coaching (Silat Olahraga), University of Wales Institute

Cardiff, UK. MSc. (Sport Science & Recreation), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia. BSc (Genetics),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Malaysia. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie atau Guru

Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Pendidikan formal bermula di SRK St. John (2), Bukit Nanas, Kuala Lumpur

(1986-1991) kemudiannya ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor (1992-1996). Beliau

memperolehi Sijil Martikulasi, UKM pada tahun 1997 dan kemudiannya kemudiannya melanjutkan pelajaran di

peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Hayat (Genetik) di universiti yang sama. Seterusnya, pada

Page 31: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

tahun 2004, beliau memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi dari Universiti Teknologi

MARA, Shah Alam. Pada 2007 beliau telah berangkat ke Cardiff untuk menyambung pelajaran dalam ijazah

Kedoktoran Falsafah dalam bidang Kejurulatihan Sukan (Combat Sports Silat) dan lulus pada 2012. Beliau

mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang seni mempertahankan diri (Silat) iaitu sebagai seorang

pelatih, atlit, jurulatih, panel penilai, jurucakap, pembentang kertas kerja, pemikir dan penyelidik sama ada di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya beliau dianugerahkan sebagai Pakar Silat Malaysia oleh

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pada April 2013. Beliau juga telah diiktiraf sebagai

“Grandmaster in Congress and Gala” (Grandmaster of Silat) oleh International Martial Arts and Combat Sports

Scientific Society (IMACSSS) di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts, University of

Rzeszow, Rzeszow, Poland. Antara agensi dan syarikat yang pernah mendapat khidmat beliau adalah Kelab Silat

Universiti Malaya, Kelab Silat UiTM, Kelab Silat Fatani Bangi, Kelab Silat Olahraga Bangi, PSGFM, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA).

Selain itu, beliau juga aktif menjalankan program-program pembangunan belia terutamanya dalam bidang

perniagaan online, program komuniti masyarakat serta pengurusan dan kepimpinan sukan dan rekreasi. Khidmat

perundingan dan latihan beliau pernah digunakan oleh Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut

Latihan Perindustrian, RTM, TV3, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), tujuh puluh institusi

termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia, University of Wales, Cardiff dan banyak lagi.

Page 32: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

MALAY LANGUAGE AND THE LANGUAGE OF DEVELOPMENT:

THE ROLES OF PRINTED MEDIA

Mohamad Razif Ibrahim, Siti Nur Farrah Faadiah bt Ab Ghani

[email protected]

ABSTRACT

The emergence of new media has posed serious threats towards the existence of printed media. This

is evident as challenges arise in maintaining the popularity of conventional media such as printed

newspaper. Younger generation prefers online news as a quick and easy access to happenings

although its use of language is questionable. Malaysian newspapers, however, are still showing its

relevance among readers as a force of empowering the Malay language. Thus, this paper investigates,

analyses and further explains the interrelationships between the roles of printed media in promoting

and strengthening the Malay language in conjunction with the process of preserving Malay identity. The

scope of this paper is the printed media available in Malaysia. This paper will contain ideas and

recommendations on how the printed media can help in contributing to the enhanced used of Malay

Language for preserving our Malaysian identity.

Keyword: Malay language, Printed media, Development, Malay identity, Education

Mohamad Razif Bin Ibrahim is attached to Academy Of Language Studies Uitm Melaka while Siti Nur Farrah

Faadiah Bt Ab Ghani is attached to Faculty Of Communication And Media Studies Uitm Melaka

Page 33: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

MALAY YOUNG ADULTS AND INTERNET TELEVISION IN

MALAYSIA: AN ANALYSIS OF VIEWING HABITS AND POTENTIAL

IMPACT

Dzaa Imma Abdul Latiff, Siti Nasarah Ismail, Siti Nurshahida Sah Allam, Suhaila Kamal, and Raha

Radzi

[email protected]

ABSTRACT

The focus of this study is to investigate the viewing habits and potential impact among Malay young

adults on Internet TV and how they accept this technology in their daily life. Since the late 1960s,

television has developed from black and white pictures to high definition TV. Internet TV which offers

online video streaming is becoming more popular nowadays where the TV programs are available

through a computer screen, tablet or smartphone. New media technologies like Internet TV in Malaysia

are relatively new and most studies are mainly focused on business and technology impact. Therefore,

the objective of this study is to identify the viewing habits and how Internet TV used may affect people’s

culture and lifestyle. A convenience sample of 111 final students from Universiti Teknologi MARA

(UiTM), Melaka was used in this study. The study found that Malay students’ viewing habits and

practices are slightly different compared to traditional TV used. The findings are also important to

Broadcast TV station and Internet TV developers in order to develop effective medium in delivering

efficient TV programs to target audience. The use of portable media able to change the course of human

life no matter young or old. Internet TV in Malaysia is becoming a trend nowadays when every consumer

of portable media can access to TV broadcasts via Internet without having to be at home. In addition,

by knowing the viewing habits and knowledge about Internet TV may encourage researchers to

investigate future media trend.

Keywords: Internet TV, Viewing habits, Malay Young Adult and impact

Currently, Dzaa Imma Abd Latiff is attached to Universiti Teknologi MARA, Melaka under the faculty of

Communication and Media Studies. She has working experience in the TV station for 8 years as an Assistant

Producer Traffic and Scheduling/Operations. Graduated from University of Putra Malaysia (Master in Corporate

Communication) and Universiti Technologi MARA (Bachelor Degree Hons in Mass Communication majoring in

Broadcasting)

Page 34: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

MELENGGANG PERUT: ANTARA ADAT DAN ISLAM

Anis Mardiana Ahmad, Kartini Kasim, Nur Sa’aidah Ismail

[email protected],[email protected], [email protected]

ABSTRAK

“Biar mati anak, jangan mati adat”, begitulah kuatnya pegangan masyarakat Melayu dengan adat yang

diwarisi turun temurun. Kebanyakan adat Melayu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu, antaranya

adat melenggang perut. Adat melenggang perut merupakan adat yang masih diamalkan oleh segelintir

masyarakat Melayu yang mana adat ini dilakukan pada ibu yang hamil 7 bulan. Ritual melenggang

perut yang dijalankan oleh bidan memerlukan beberapa peralatan bagi melengkapkan ritual tersebut.

Masyarakat Melayu percaya bahawa ritual ini perlu diadakan bagi memelihara anak dalam kandungan,

memudahkan kelahiran, menentukan jantina anak yang dikandung, serta bagi mengelakkan

kecelakaan pada ibu dan juga bayi yang dilahirkan. Namun, dewasa kini jika diperhatikan adat ini kian

dilupakan akibat arus kemodenan dan juga disebabkan kesedaran terhadap ajaran Islam. Adakah adat

melenggang perut ini akan dilupakan?

Kata Kunci : Adat, Melayu, Melenggang Perut, Ritual, Islam

Anis Mardiana Ahmad merupakan seorang pendidik di Universiti Teknologi Mara Kedah yang berkelulusan Sarjana

Sains Pemutusan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau sekarang berkhidmat di UiTM Kedah sejak 2011 dan

mengajar di dalam bidang Matematik dan Statistik.

Kartini Kasim seorang pengajar yang berkelulusan Sarjana Sains Statistik Gunaan dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau sekarang berkhidmat di UiTM Kedah sejak 2011 lagi dan amat gemar menulis. Antara penulisan beliau

berkisarkan tentang Statistik dan sains sosial.

Nur Sa'aidah Ismail memulakan kerjayanya di UiTM Kedah pada tahun 2010 sebagai seorang tenaga pengajar di

dalam bidang Matematik. Beliau berkelulusan Sarjana Matematik Tulen dari Universiti Wollongong, Australia.

Page 35: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

MOTIF TEXTILE DESIGN BASED ONTHE TRADITIONAL THOUGHT

GEARED TOWARDS THE LATEST DESIGN

Mat Desa Mat Rodzi ,Nur Nadia Mohd Salleh Anuar

[email protected],[email protected]

ABSTRACT

This study focuses on textile design motifs composed by several elements of art and principles of design

used as design ideas developed, whether in the context of traditional crafts as well as those relating to

design a contemporary motif. Inspiration and ideas must be developed in an orderly manner through

education whether formal or non-formal. This study will reveal the problem using a source of inspiration

and ideas in their pattern motif in many ways and aspects, with emphasis on the diversity of alternative

sources. Manipulation methods and techniques and equipment can be applied in different forms

depending on the understanding and creativity of individuals. Design more focused on the choice of the

designer based on the philosophy of community and tradition handed down from generation to

generation until the era of modern design/contemporary. Culture, thought and inspiration in the design

community traditions are intertwined with their direct experience. Production of such a motif based on

observation of resources or environment around their lives. Similarly, the reference color to be applied

in the design taken from certain plants and this will generate their thinking in providing a great design

motif. Specific placement depends on the motive of many tastes and instincts of their exquisite taste.

Related elements of lines, colors, shapes and forms according to certain design principles actually been

studied and practiced before they are referred to, and named by certain principles by experts in writing

in this motif design. Visual language now is an extension of the use of traditional societies which

subsequently updated by the society to solve problems in basic arrangement which will then be

extended to a solution in the form of a constructive and deconstructive. The study will refer to the

principles chosen to compose the principles of the invention are as neutral, domination,

opaque/transparent, rejection, coincide, exchange, mutual influences, style and positive/negative. In

this paper also show the samples how to explain about the connection between the principles and

applying on to motifs and pattern design in batik. Among the principles to which the extension is carried

out is namely: coincidence, compound, coordination, distance, extrusion, influence, modification,

positive and negative, neutral, overlapping, penetration, subtraction, tangent, transparent, and variation.

Page 36: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

Mat Desa Mat Rodzi is a lecturer in the School of The Arts, UniversitiSains Malaysia Penang since 2002. His

experience in the development of Malaysian school curricula facilitate him to serve at UniversitiSains Malaysia. He

also help topreparethe craftcurriculum, teaching, module ofstrategies in Teaching and Learning forInstitutKraf

Negara. At UniversitiSains Malaysia, he lecture in Printmaking Studios and subject like Introduction to Fine Art.

Another area of interest is in the craft tradition of batik and weaving. Over the past 18 years he has been involved

with the InstitutKraf Negara (Institute of Malaysia Craft). He was co-editor in publishing several books on craft

production techniques to InstitutKraf Negara, as well as a lecturer in several courses at Institut Kraf Negara. He

teach of the drawing (design) for batik and weaving subject, visual display, and report writing for diplomas and

certificates student at Institut Kraf Negara Kuala Lumpur.

Nur Nadia Mohd Salleh Anuar is a designer working at Institut Kraf Negara in textile (Batik Department). Her

experience in Piala Seri Endon for afew years starting at 2011 untill n now lead her to involve in the textile industry

as well. Being involve in coming up with innovative ideas and developing commercially-appealing design on batik

motifs and prints for variety fabrics,colours by reactive dye and natural dye and others related materials and

colours.

Page 37: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PEMERKASAAN QARD AL-HASAN SEBAGAI PRODUK CSR DALAM

MEMBANGUNKAN MASYARAKAT ISLAM DI ALAM MELAYU

Norajila Binti Che Man, Nor Azlina Binti Abd Wahab, Norafifah Binti Ab Hamid.

[email protected]

ABSTRAK

Islam merupakan agama syumul yang turut memberi perhatian terhadap permasalahan ekonomi

ummah khususnya berkaitan kemiskinan dan kekurangan sumber pendapatan. Permasalahan ini

dilihat boleh diatasi dengan pelbagai mekanisme seperti zakat, sedekah wakaf dan kaedah bantuan

pinjaman (Qard al-Hasan). Qard al-Hasan merupakan mekanisme penting dalam membantu

membangunkan masyarakat Islam yang kurang berkemampuan. Dalam konteks Malaysia kaedah Qard

al- Hasan turut diperkenalkan dalam sistem kewangan Islam melalui beberapa produk dan skim seperti

pajak gadai dan sukuk. Manakala tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula berkaitan dengan amalan

pengurusan organisasi yang baik (good governance) yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

CSR boleh diklasifikasikan sebagai salah satu instrumen dalam filantropi Islam. Konsep CSR

menekankan prinsip “doing well by doing good” dalam pelaksanaannya. Dalam ekonomi Islam, Qard

al-Hasan merupakan salah satu mekanisme penting dalam memelihara keadilan sosial dan

kesejahteraan ekonomi. Sekiranya institusi perbankan Islam menyediakan produk-produk CSR

berasaskan Qard al-hasan ini, putaran ganas kemiskinan dapat dihapuskan sekaligus menggalakkan

keadilan sosial dalam masyarakat. Bagi memenuhi matlamat ini, pelaksanaan Qard al-hasan sebagai

produk CSR perlu diperkemas dan dinilai semula supaya para stakeholders bagi institusi perbankan

Islam akan mendapat manfaatnya secara menyeluruh khususnya masyarakat Islam di Alam Melayu

ini. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Qard al-

hasan serta mengetengahkan konsep ini dalam pelaksanaan CSR oleh institusi perbankan Islam.

Kata kunci: Qard al-Hasan, CSR, Perbankan Islam, Masyarakat Melayu

Page 38: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENDEKATAN DAKWAH INSTITUSI KERAJAAN DALAM MEMUPUK

PERPADUAN ETNIK DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM

KEMERDEKAAN

Dr. Syahrul Faizaz Abdullah & Dr. Ssuna Salim

[email protected]

ABSTRAK

Kerajaan memainkan peranan penting dalam gerak kerja dakwah bagi memupuk perpaduan dalam

kalangan penganutnya yang terdiri dari pelbagai etnik. Di mana pelaksanaan dakwah Islamiah oleh

kerajaan Islam amat luas merangkumi penubuhan institusi seperti institusi pendidikan, sistem

perundangan, sistem kehakiman Islam dan sistem ekonomi yang tidak hanya memberi kesan kepada

orang Islam tetapi juga Orang bukan Islam. Walau bagaimanapun sejauh manakah pelaksanaan usaha

dakwah tersebut dalam institusi-institusi berkaitan bergantung pada dasar dan polisi sesebuah kerajaan

tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan pelaksanaan dakwah oleh kerajaan pada

zaman kesultanan Melayu dan pada zaman penjajahan British dalam memupuk perpaduan kaum.

Kaedah analisis teks digunakan untuk menganalisis secara kritikal peranan kerajaan dalam memupuk

perpaduan etnik. Hasil analisis mendapati pendekatan dakwah kerajaan menekankan kepada

perpaduan orang Melayu melalui institusi masjid, pendidikan dan undang-udang. Usaha dakwah dapat

berkembang kerana Kerajaan Melayu telah menggunakan pelbagai pendekatan bersesuaian dengan

kuasa politiknya. Keadaan berbeza, selepas penjajahan British, kuasa politik Negeri-negeri Melayu

menjadi terbatas hingga mempengaruhi peranannya dalam memupuk perpaduan dalam kalangan

orang Melayu.

Kata kunci: Pendekatan Dakwah, Institusi Kerajaan, Perpaduan Etnik, Kesultanan Melayu, Penjajahan British

Syahrul Faizaz Abdullah, Ph.D Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Umum Kolej Sastera dan Sains Universiti

Utara Malaysia. Ssuna Salim, Ph.D Pensyarah Pelawat Kanan di Pusat Pengajian Umum Kolej Sastera dan

Sains Universiti Utara Malaysia.

Page 39: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENDEKATAN TERAPI RUQYAH DALAM ILMU PERUBATAN

MELAYU TRADISIONAL. KAJIAN TERHADAP KITAB MUJARROBAT

AL-FAWA'ID DAN AL-FAWA'ID AL-BAHIYYAH

JURIAH MOHD AMIN

[email protected]

ABSTRAK

Ruqyah merupakan doa atau bacaan tertentu bertujuan memohon perlindungan daripada Allah atau

untuk menyembuhkan penyakit. Kaedah ruqyah diamalkan oleh umat Islam alam Melayu sejak mereka

menerima Islam. Kitab-kitab Tib pula adalah kitab-kitab berkenaan aspek perubatan Melayu tradisional.

Ia sama ada kitab terjemahan dari bahasa Arab atau kitab asal. Kitab-kitab ini biasanya ditulis

menggunakan tulisan jawi dan bahasa Melayu klasik. Sejajar dengan kesan kedatangan Islam ke alam

Melayu, kitab-kitab ini telah diterbitkan dan telah menjadi asas kepada perkembangan terapi ruqyah di

alam Melayu. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti kandungan kitab tib Mujarrobat al-Fawa’id fi al-

Solah wa al-Awa`id dan kitab al-Fawa’id al-Bahiyyah berhubung dengan ruqyah. Kajian ini

menggunakan metod historikal dan dokumentasi bagi mendapatkan data-data. Kajian ini menunjukkan

pentingnya kitab-kitab ini terus dipelihara sebagai salah satu khazanah bangsa Melayu.

Merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Perak. Beliau dilahirkan

di Pahang tetapi dibesarkan di negeri Kelantan. Merupakan alumni Kolej Islam Kelang dan Akademi Islam

Universiti Malaya. Telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Kemukjizatan Al-Quran dan Sains terbitan UPENA,

UiTM Shah Alam.

Page 40: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENGARUH KEPERCAYAAN DAN AGAMA ISLAM DALAM AMALAN

PERUBATAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELANAU SARAWAK

Dr Salmah Omar & Rafidah Mohamad Cusairi

[email protected]

ABSTRAK

Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi

menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri. Seperti

masyarakat tradisional lain, masyarakat Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional untuk

mengatasi masalah berkaitan dengan kesihatan. Kemasukan unsur-unsur perubatan moden ke dalam

masyarakat Melanau tidak pula menjejaskan sepenuhnya pengetahuan dan kepercayaan mereka

terhadap sistem perubatan tradisional. Keadaan ini berlaku kerana sistem itu masih diperlukan dan

dipercayai keupayaannya untuk menyembuh dan mengubati sesuatu penyakit yang didapati tidak

serasi dengan perubatan dan rawatan moden. Banyak terdapat kes di mana seseorang pesakit yang

telah berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional sembuh dengan

sepenuhnya. Pengetahuan mengenai ubat-ubatan tradisional tidak hanya terbatas kepada penggunaan

tumbuh-tumbuhan malah masyarakat ini juga mempunyai jampi mentera dan doa-doa tertentu yang

dapat menyembuhkan penyakit. Oleh itu, kepercayaan dan agama Islam berperanan penting dalam

perubatan tradisional masyarakat Melanau. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat pengaruh

kepercayaan dan agama Islam dalam amalan perubatan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak.

Kata kunci: kepercayaan, perubatan tradisional, masyarakat Melanau

Dr. Salmah binti Omar dilahirkan di Alor Setar pada 8 Februari 1975. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera

(Pengajian Melayu) 1999, Ijazah Sarjana Sastera (M.A) pada 2004 dan Ijazah Doktor Falsafah (Sosiobudaya) pada

2010. Bidang pengkhususan sosiobudaya dan ketamadunan. Kini, bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti

Utara Malaysia.

Page 41: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM APLIKASI INSTANT

MESSAGING (IM) WHATSAPP: KAJIAN TERHADAP PELAJAR UITM

MELAKA.

Siti Nasarah Binti Ismail, Dzaa Imma Abdul Latiff, Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani, Suhaila Binti

Kamal

[email protected]

ABSTRAK

Instant Messaging (IM) sudah lama bermula iaitu ketika wujudnya media baharu iaitu internet. Seiring

dengan perkembangan teknologi, media baharu telah beralih ke fasa web 2.0 atau lebih dikenali

sebagai “new new media”. Media baharu berteknologi web 2.0 ini telah memperluaskan

kepenggunaannya kerana cirinya yang interaktif, yang membolehkan pengguna berkomunikasi dua

hala pada masa serentak. Perkembangan media baharu berinteraktif ini telah menyumbang kepada

kewujudan pelbagai pilihan aplikasi komunikasi, sebagai contoh, aplikasi Instant Messaging (IM).

Antaranya adalah WhatsApp, Wechat, Line dan lain-lain. Era IM ini telah menjadi satu trend komunikasi

dan sosial di kalangan masyarakat kerana cirinya yang interaktif, pantas, dan mudah digunakan.

Tambahan pula, servis aplikasi IM ini ditawarkan secara komersial dan percuma, hanya memerlukan

pengguna memiliki telefon pintar dengan talian internet. Bahkan, sehingga September 2015, jumlah

pengguna aktif bagi aplikasi IM WhatsApp telah mencecah seramai 900 juta orang.

Walaubagaimanapun, kebimbangan tentang isu penggunaan bahasa slanga ketika berkomunikasi

menggunakan aplikasi IM di kalangan pelajar adalah semakin ketara. Malah ada di antara mereka yang

keterlaluan dalam penggunaan bahasa slanga tersebut sehingga terbawa-bawa kepada urusan rasmi.

Ada juga perkataan slanga yang seringkali digunakan tetapi membawa maksud yang kurang elok. Oleh

itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu tersebut dan juga melihat kepada faktor-faktor

penyumbang. Soalan kajiselidik telah diedarkan kepada para pelajar UiTM Melaka yang aktif

menggunakan aplikasi IM ini sama ada untuk urusan rasmi atau peribadi.

Kata kunci: komunikasi, sosial, media baharu, instant messaging (IM)

Siti Nasarah Ismail merupakan pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka. Beliau mula

berkhidmat pada Jun 2010. Berkelulusan Diploma Komunikasi dan Media (UiTM); Ijazah Sarjana Muda Penerbitan

(Dengan Kepujian) (UiTM) Shah Alam; Sarjana Komunikasi (UiTM). Manakala bidang pengkhususannya ialah

penerbitan dan komunikasi media.

Page 42: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENGLIBATAN GOLONGAN REMAJA DAN ORANG MELAYU DALAM

PERSATUAN FILATELI MALAYSIA

Firdaus Abdul Rahman, Nurul Aida Abdul Rahman, Nur Shaliza Sapiai, Nor Azlina Azmi, Anis

Mardiana Ahmad

[email protected]

ABSTRAK

Filateli adalah satu bidang yang sudah lama bertapak di dunia dan diperkenalkan di Tanah Melayu

ketika pentadbiran Syarikat Hindia Timur British lagi. Bahan-bahan filateli adalah khazanah negara

yang sangat berharga dan dianggap sebagai wahana intelektual dan sosio-budaya yang penting dalam

pembinaan sejarah sesebuah negara. Di Malaysia, Persatuan Filateli Malaysia berusaha

memperkenalkan filateli dan mengembangkan untuk usaha menarik perhatian masyarakat dengan

menginspirasikan hobi mengumpul bahan-bahan filateli terutamanya kepada golongan remaja sejak

tahun 1947 lagi. Kemunculan teknologi maklumat telah membawa perubahan dalam hobi mengumpul

bahan-bahan filateli dan urusan surat-menyurat. Golongan remaja yang membesar pada era 1990-an

kurang didedahkan dengan budaya mengumpul setem dan penulisan surat seperti yang dilakukan oleh

remaja di era tahun 1950-1980-an kerana mereka dipengaruhi oleh persekitaran yang serba pantas.

Menjelang tahun 1990, keseluruhan sistem pos akan digantikan dengan teknologi maklumat. Oleh yang

demikian, penghantaran surat menggunakan setem dan poskad sudah tidak relevan lagi. Pengenalan

teknologi maklumat dan internet pada awal tahun 1990-an telah merubah persepsi dan pemikiran

masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja. Dua dekad lalu, Pos Malaysia mengadakan

program menjelajah ke sekolah-sekolah untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja yang tidak

menyedari akan kewujudan hobi mengumpul setem dan Persatuan Filateli Malaysia. Pada masa yang

sama, penulis akan mengupas persoalan tentang keahlian filatelis remaja dan orang Melayu yang amat

berkurangan dalam Persatuan Filateli Malaysia dan bidang filateli di Malaysia. Penglibatan orang

Melayu didapati tidak begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan kaum Cina yang

mendominasi bidang filateli. Justeru makalah ini bertujuan untuk menganalis mengapakah penglibatan

golongan remaja dan orang Melayu dalam bidang filateli di Malaysia amat berkurangan sedangkan

filateli adalah sumber sejarah yang banyak berkait rapat dengan sejarah pembinaan sesuatu bangsa.

Kata kunci : Filateli, Persatuan Filateli, sumber sejarah, remaja Melayu

Firdaus Abdul Rahman merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi

Mara Kedah.Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Pengurusan Pengetahuan) dari Universiti Teknologi Mara

Page 43: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

dan kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran di 'School of Management',

Universiti Sains Malaysia.Beliau berpengalaman dalam penerbitan dan pembentangan kertas kerja

serta penyelidikan dalam bidang Pengurusan Pengetahuan, Pengurusan Maklumat, Sejarah dan

Tamadun Melayu, dan Keusahawanan.

Nurul Aida Abdul Rahman merupakan pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu, Kuala Kurau,

Perak.Beliau telah berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 20 tahun.Beliau memiliki Ijazah

Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dan Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) dari Universiti

Sains Malaysia.Beliau mempunyai pengalaman dalam penyelidikan bidang Sejarah dan Tamadun

Melayu serta Asia Tenggara.

Nor Azlina Azmi merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara

Kedah.Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Pengurusan Maklumat) dari Universiti Teknologi Mara dan kini

sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktorandi 'School of Education', Universiti Sains

Malaysia.Beliau berpengalaman dalam penerbitan dan pembentangan kertas kerja serta penyelidikan

dalam bidang Pengurusan Maklumat, Perkhidmatan Perpustakaan, Pendidikan Perpustakaan, 'Literasi

Maklumat, dan Pengurusan Perpustakaan.

Nur Shaliza Sapiai merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi

Mara Kelantan.Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Pengurusan Pengetahuan) dari Universiti Teknologi

Mara. Beliau berpengalaman dalam penerbitan dan pembentangan kertas kerja serta penyelidikan

dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat, Pengurusan Pengetahuan dan Pengurusan Maklumat.

Anis Mardiana Ahmad merupakan pensyarah di Fakulti Komputer Sains dan Matematik, Universiti

Teknologi Mara Kedah.Beliau memiliki Ijazah Sarjana (Sains Pemutusan) dari Universiti Utara

Malaysia. Beliau berpengalaman dalam penerbitan dan pembentangan kertas kerja serta penyelidikan

dalam bidang Sains dan Matematik serta Sejarah dan Tamadun Melayu.

Page 44: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM: HIBAH SEBAGAI

INSTRUMEN DALAM MENJAMIN KEMASLAHATAN MASYARAKAT DI

ALAM MELAYU

Nor Azlina Binti Abd Wahab, Norafifah Binti Ab Hamid, Norajila Binti Che Man

[email protected]

ABSTRAK

Islam menganjurkan kepada umatnya agar berusaha mencari dan mengumpul harta kekayaan, selagi

mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Namun begitu, adakalanya manusia terlupa bahawa

harta kekayaan yang dicari tidak akan membawa kebahagiaan sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpul akan membawa kepada kebahagiaan dan

kesejahteraan keluarga, maka ianya perlu kepada perancangan yang rapi. untuk tujuan itu, Islam telah

menggariskan beberapa instrument penting dalam perancangan pengurusan harta, antaranya ialah

sistem faraidh, hibah dan wasiat. Hibah merupakan salah satu akad daripada sistem muamalah Islam

yang kompleks. Ianya merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam. Kajian ini dilakukan bagi

mengetengahkan konsep hibah sebagai salah satu instrument yang perlu dilaksanakan sebagai

alternatif bagi memastikan pengurusan dan perancangan harta umat Islam dapat dilaksanakan sebaik

mungkin. Sekiranya hibah ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, ianya dapat

menjamin kemaslahatan kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan, serta masyarakat di Alam

Melayu umumnya.

Kata Kunci: Pengurusan, Harta, Islam, Hibah, Kemaslahatan dan Alam Melayu.

Nor Azlina Binti Abd Wahab merupakan seorang Pensyarah di Akademi Pengajian Islam

Kontemporari UiTM Melaka

Page 45: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PENTERJEMAHAN BUDAYA MELAYU SARAWAK MELALUI

HIDANGAN TRADISI

Sabariah Abd Samad

[email protected]

ABSTRAK

Penduduk Sarawak terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik. Golongan Melayu Sarawak merupakan salah

satu dari rumpun bangsa yang menempati sebahagian besar negeri Sarawak. Seperti bangsa Melayu

di semenanjung dan Sabah, Melayu Sarawak turut kaya dengan kepelbagaian budaya dan bahasa

yang tersendiri. Keunikan bangsa Melayu Sarawak dapat dilihat pada fesyen pakaian tradisinya, hasil

seni serta adat istiadat yang tersendiri serta tidak ketinggalan menerusi makanan tradisinya. Hidangan

Melayu Sarawak juga berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri dan banyak dicorakkan oleh

persekitaran, cara hidup dan juga sedikit adaptasi makanan asal kaum lain seperti Iban dan Bidayuh.

Kertas kerja ini akan menelusuri pelbagai jenis hidangan Melayu Sarawak yang terdiri daripada

makanan harian, makanan khusus untuk perayaan dan majlis tertentu serta manisan. Seterusnya

perbincangan akan menekankan tentang sejarah sesebuah hidangan serta pengaruh etnik-etnik lain

didalam penyediaan masakan Melayu Sarawak. Temubual keatas mereka yang mahir dalam

menyediakan masakan Melayu Sarawak turut dijalankan bagi mendapat maklumat mengenai hidangan

yang disediakan dan juga bagi mengenal pasti bagaimana ilmu masakan dikongsi dengan generasi

muda. Budaya Melayu Sarawak yang unik ini memerlukan generasi pelapis yang mampu

mempertahankan dan seterusnya memartabatkan budaya seiring dengan kemajuan dan kepesatan

pembangunan Negara.

Kata Kunci: Budaya, Melayu Sarawak, Etnik, Makanan tradisi.

Sabariah Abd Samad Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak. Imilia Ibrahim Pensyarah

Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak. Norlida Ismailly Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat,

UiTM Sarawak. Penulis mempunyai minat didalam bidang yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan

bahan, pengurusan maklumat dan sumber, warisan dan budaya Melayu. Penulis turut aktif didalam pembentangan

kertas kerja diperingkat dalam dan luar negara serta mempunyai minat yang mendalam bagi mengkaji warisan dan

kebudayaan masyarakat di Malaysia

Page 46: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PERBANDINGAN SUKAN SILAT OLAHRAGA DAN TANDING DI

MALAYSIA

Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Mohd Shahiid Elias, Datin Dr. Sarimah Ismail & Norlizah

Abdul Hamid

[email protected]

ABSTRAK

Silat adalah merupakan seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Pada zaman Melayu tradisi, seni

mepertahankan diri ini digunakan oleh orang-orang perang untuk menakluk sesuatu kawasan atau

jajahan bagi meluaskan pengaruh sesuatu empayar. Setelah merdeka, silat digunakan lebih kepada

bentuk persembahan (silat pulut) di majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan. Pada awal tahun

1980an, sukan Silat Olahraga telah mula dipertandingkan selaku sukan mempertahankan diri bangsa

Melayu. Sukan berbentuk tempur ini adalah medan untuk para pesilat dari seluruh negara bertanding

untuk menguji tahap kecekapan masing-masing dalam mengaplikasikan teknik silat mengunakan satu

set siri peraturan yang telah ditetapkan oleh badan sukan silat antarabangsa. Sukan ini memperlihatkan

ciri-ciri budaya Melayu melalui pertarungan di antara 2 pesilat daripada sudut merah dan sudut biru.

Secara tidak langsung, ia menampakkan ciri-ciri seni dan rupa sesuatu perguruan silat itu sendiri

melalui cara perlakuan langkah, kuda-kuda, limbai tangan dan cara menerima serangan dan belaan

yang dilakukan. Para pesilat berpeluang menunjukkan kemahiran yang dipelajarinya dalam perguruan

persilatan dan diaplikasikan ke dalam sukan Silat Olahraga. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini

identiti sukan silat olahraga telah mula dipersoalkan apabila pihak Persekutuan Pencak Silat

Antarabangsa menukar kaedah permainan silat itu sendiri dan dijenamakan semula selaku sukan

Tanding. Paling ketara apabila kaedah pemarkahan yang menitik beratkan konsep pertandingan sukan

tempur Melayu iaitu kerapian seni sudah tidak diguna-pakai dalam kaedah pemarkahan terkini

menjadikan sukan ini menyerupai pertandingan sukan tempur yang lain iaitu taekwondo, karate, MMA

dan Muay Thai. Hasilnya sukan Tanding menghilangkan unsur-unsur seni budaya Melayu yang selama

ini dipertandingkan di peringkat nasional (Malaysia) ataupun antarabangsa.

Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie atau Guru Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Pendidikan formal bermula

di SRK St. John (2), Bukit Nanas, Kuala Lumpur (1986-1991) kemudiannya ke Sekolah Menengah Agama

Persekutuan Kajang, Selangor (1992-1996). Beliau memperolehi Sijil Martikulasi, UKM pada tahun 1997 dan

kemudiannya kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Hayat

(Genetik) di universiti yang sama. Seterusnya, pada tahun 2004, beliau memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang

Page 47: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

Sains Sukan dan Rekreasi dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Pada 2007 beliau telah berangkat ke

Cardiff untuk menyambung pelajaran dalam ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Kejurulatihan Sukan

(Combat Sports Silat) dan lulus pada 2012. Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang seni

mempertahankan diri (Silat) iaitu sebagai seorang pelatih, atlit, jurulatih, panel penilai, jurucakap, pembentang

kertas kerja, pemikir dan penyelidik sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya beliau

dianugerahkan sebagai Pakar Silat Malaysia oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pada April

2013. Beliau juga telah diiktiraf sebagai “Grandmaster in Congress and Gala” (Grandmaster of Silat) oleh

International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) di 3rd World Scientific Congress of

Combat Sports and Martial Arts, University of Rzeszow, Rzeszow, Poland. Pada awal Oktober 2015, beliau adalah

individu yang bertanggungjawab dalam membawa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia tercalon selaku 8

organisasi sukan terbaik di peringkat Asia dan satu-satunya organisasi sukan seni mempertahankan diri (SILAT)

di Asia Sports Industry Awards, Makati, Manila, Filipina. Antara agensi yang pernah mendapat khidmat beliau

adalah Kelab Silat Universiti Malaya, Kelab Silat UiTM, Kelab Silat Fatani Bangi, Kelab Silat Olahraga Bangi,

PSGFM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persekutuan Silat

Kebangsaan (PESAKA). Selain itu, beliau juga aktif menjalankan program-program pembangunan belia

terutamanya dalam bidang perniagaan online, program komuniti masyarakat serta pengurusan dan kepimpinan

sukan dan rekreasi. Khidmat perundingan dan latihan beliau pernah digunakan oleh Universiti Malaya, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Institut Latihan Perindustrian, RTM, TV3, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia

(JAKIM), tujuh puluh institusi termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia, University of Wales,

Cardiff dan banyak lagi.

Page 48: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI UNTUK MEMPERTINGKATKAN

SARA HIDUP GOLONGAN ASNAF MELAYU MUSLIM: SATU TINJAUAN

PENGALAMAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Noorsalwati Sabtu, Mashita Abu Hasan, Fatimah Salleh, Mohamad Shukran Abdul Razak

[email protected], [email protected], mshukran055@salam

ABSTRAK

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa yang majoritinya terdiri daripada golongan

Melayu beragama Islam. Kerajaan telah mengadakan Dasar Ekonomi Baru misalnya untuk

mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat. Agensi kerajaan seperti PUNB, Agro Bank, TEKUN dan

Bank Industri banyak memberi bantuan modal perniagaan khususnya untuk usahawan bumiputera

Melayu mencari peluang perniagaan. Selain itu kerajaan negeri juga berperanan membantu rakyat

tempatan terutamanya golongan Melayu bumiputera membaiki taraf kehidupan mereka termasuklah

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Lembaga Zakat Selangor LZS (MAIS) contohnya memainkan

peranan penting dalam kutipan dan agihan zakat di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya.

Pelbagai aktiviti dijalankan LZS terutamanya di bawah Program Pembangunan Sosio-Ekonomi untuk

membantu golongan asnaf yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Muslim. Antara bentuk bantuan

yang diberikan berupa pemberian modal, suntikan modal tambahan untuk membuka perniagaan kecil-

kecilan atau mengembangkan perniagaan seperti kedai runcit, perusahaan makanan ringan, gerai

makan, bantuan van perniagaan, keperluan asas tani dan seumpamanya. Bantuan perniagaan ini

sebahagiannya terbukti mampu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan asnaf seterusnya berjaya

mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Misalnya pada tahun 2012, seramai 219

orang asnaf daripada 926 jumlah asnaf fakir miskin yang mendapat bantuan LZS (MAIS) telah berjaya

dikeluarkan dari kategori asnaf. Kertas kerja ini juga bertujuan meninjau sejauhmana sumbangan LZS

dapat mengurangkan beban dan mempertingkatkan taraf hidup golongan asnaf serta kesungguhan dan

kecekalan golongan asnaf ini melalui Program Pembangunan Sosio-Ekonomi khususnya antara tahun

2010-2014. Kajian ini diharap dapat menyebarluaskan maklumat dan memberi kefahaman mengenai

kepentingan zakat bagi merealisasikan objektif dan matlamat Program Pembangunan Sosio-Ekonomi

kelolaan LZS (MAIS) dan sekaligus berjaya menjadikan golongan asnaf usahawan berjaya yang

akhirnya menjadi pembayar zakat.

Semua penulis adalah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti

Teknologi Mara, 40450 Shah Alam, Selangor Malaysia

Page 49: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

REFLEKSI ISLAM DALAM PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU: BAJU

KURUNG

Asliza bt. Aris (Ph.D), Norwani bt. Md. Nawawi (PM Dr.) dan Saemah bt Yusof (Ph.D)

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Pemakaian pakaian tradisional Melayu merangkumi beberapa jenis pakaian lelaki dan perempuan.

Kajian ini mengkhususkan kepada pemakaian Baju Kurung dalam masyarakat Melayu di Semenanjung

Malaysia. Secara umum pemakaian Baju Kurung kerapkali dikaitkan dengan kesopanan adat resam

budaya Melayu. Hal ini berkait rapat dengan ajaran Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat

Melayu iaitu dipercayai sejak abad ke12 melalui penemuan batu nisan bertulisan jawi di Pekan, Pahang

(Mohd. Mokhtar Shafii, 1980). Baju Kurung lahir melalui asimilasi budaya yang masuk ke Tanah Melayu

(nama Semenanjung Malaysia pada masa itu) oleh pedagang-pedagang asing (Siti Zainon Ismail,

2006). Baju Kurung sangat terkenal dengan rupabentuknya yang longgar dan labuh untuk kedua-dua

lelaki dan perempuan, sesuai dengan kehendak pakaian Islam yang menuntut umatnya menutup aurat.

Pemakaian Baju Kurung yang asal, bagi kaum perempuan juga mengambil kira gaya pakaian Islam

dengan mengenakan penutup kepala yang dipanggil kelubung. Walhal, penutup kepala bukan

merupakan satu budaya perempuan Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan Baju

Kurung yang dipakai oleh kaum lelaki. Dalam tulisan Sejarah Melayu disebut, baju yang sempit dan

pendek telah dilonggarkan dan dilabuhkan oleh Temenggung Tun Hassan (Siti Zainon Ismail, 2006).

Seterusnya, melalui kajian kontekstual dapat dibuktikan bahawa penggayaan Baju Kurung bukan satu

kebetulan tetapi mempunyai falsafah Islam yang didukung oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi.

Kata kunci: Islam, Melayu, Baju Kurung, tradisional

Asliza Aris merupakan seorang pensyarah di Jabatan Seni Reka Fesyen, UiTM Shah Alam. Beliau merupakan

seorang yang berpengalaman dalam rekaan dan falsafah pakaian Melayu, khususnya Baju Kurung. Beliau juga

mahir dalam pembuatan pola dan pakaian samada tradisional mahupun kontemporari. Kajian beliau banyak

melibatkan proses rekaan dan teknikal dalam pembuatan pakaian.

Page 50: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

REKABENTUK BENGKUNG MELAYU

Norizan binti Sajar, Arba’iyah binti Ab. Aziz (Ph.D), Asliza binti Aris (Ph.D), Saemah binti Yusof

(Ph.D), Rose Dahlina binti Rusli, Prinses Saliang

[email protected]

ABSTRAK

Bengkung merupakan salah satu komponen dan pelengkap dalam berpakaian yang telah digunakan

sejak berzaman lagi. Penggunaannya bukan sahaja sebagai pakaian dalam, ia turut digunakan sebagai

medium untuk kecantikan dalam berpakaian malah ia juga dijadikan medium untuk menjaga kesihatan

tubuh badan seseorang. Ia dihasilkan dari pelbagai jenis fabrik seperti kain kapas dan sebagainya.

Saiznya bergantung kepada fungsi pemakaian. Disebabkan kekurangan pendokumentasian

rekabentuk dan jenis-jenis bengkung yang terdapat dalam budaya melayu, penyelidikan ini dihasilkan

untuk mengenalpasti reka bentuk dan penjenisan bengkung tersebut. Pemerhatian dilakukan kepada

rekabentuk, jenis, saiz, fabrik dan fungsi bengkung. Disamping itu, temubual juga dilakukan kepada

pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan. Penyelidikan ini diharap dapat memberi sumbangan ilmu

pengetahuan kepada para penyelidik di masa hadapan, para pelajar, badan-badan berkaitan dan orang

ramai tentang rekabentuk bengkung di alam melayu serta maanfaatnya.

Key Words : bengkung, rekabentuk, melayu

Nama : Norizan binti Sajar Jawatan : Pensyarah (cuti belajar Ph.D) Jabatan Seni Reka Fesyen Fakulti Seni Lukis

dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA Malaysia No. tel : 03-55444014 (office)

Page 51: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

RELIABILITY AND VALIDITY DASS 21 MALAY STUDENTS

Kartini Kasim, Anis Mardiana Ahmad, Nur Sa aidah Ismail

[email protected],[email protected], [email protected]

ABSTRACT

A study was conducted to examine the reliability and validity of Depression Anxiety Stress Scale -21

(DASS 21) among undergraduate students. A total of 79 Malay students were involved in this study.

Our result indicates the internal consistency of 21-item versions of the questionnaire are typically high

(cronbach alpha = 0.881). The factor loading analysis also shown a good factor loading for most items

(ranging from 0.3 to 0.75) which explain the theoretical construct of 21 is reliable and valid for assessing

depression, anxiety and stress in other undergraduates’ students.

Key Words: depression; anxiety; stress; reliability; validity.

Kartini Kasim seorang pengajar yang berkelulusan Sarjana Sains Statistik Gunaan dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau sekarang berkhidmat di UiTM Kedah sejak 2011 lagi dan amat gemar menulis. Antara penulisan beliau

berkisarkan tentang Statistik dan sains sosial. Anis Mardiana Ahmad merupakan seorang pendidik di Universiti

Teknologi Mara Kedah yang berkelulusan Sarjana Sains Pemutusan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau

sekarang berkhidmat di UiTM Kedah sejak 2011 dan mengajar di dalam bidang Matematik dan Statistik. Nur

Sa'aidah Ismail memulakan kerjayanya di UiTM Kedah pada tahun 2010 sebagai seorang tenaga pengajar di

dalam bidang Matematik. Beliau berkelulusan Sarjana Matematik Tulen dari Universiti Wollongong, Australia.

Page 52: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

REPRESENTATION OF STORIES ASSOCIATED WITH TRADITIONAL

MALAY MYTHS AND LEGENDS IN CONTEMPORARY MASS MEDIA

Norhanim Abdul Razak, Hamimi Omar, Johan Afendin Ibrahim

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Over the past decades, traditional mythological tales have captured the attention of contemporary

society globally. Similarly, there has been a noticeable increase in the interest given to myths and

legends by the general mass media in Malaysia. One of the factors contributing to the rising interest in

myths and legends is attributed to the attention given to preserving the past. While the significant of

Malay mythological tales and their roles in guiding traditional way of life have been noted by previous

scholars, there are limited studies which have researched this topic in the area of mass media. Hence,

the aim of this paper is to explore the representation of stories related to Malay myths and legends in

the Malaysian mass media. The analysis focuses on well-known Malay mythological tales included in

the Malaysian newspapers published during the past 15 years (2000 to 2015) using a content analysis

technique. It is found that stories linked to Mahsuri legend have been represented widely in various

newspapers such as Berita Harian, News Straits Times, The Star and Metro. Tales associated with

Raja Bersiong (the Fanged King), Puteri Saadong and Hang Tuah have featured in the Malaysian

newspapers as well. In the case of Mahsuri legend, besides describing the traditional tale, stories

narrating her seventh generation and the lifting of her curse started to feature in the local newspapers

since 2000. An event to celebrate the marriage of Wan Aishah, Mahsuri’s descendant in Langkawi was

also reported in the local newspapers in 2010. Overall, findings of this paper demonstrate that

representation of stories associated with Malay myths and legends in contemporary mass media include

recent developments linked to past mythical and legendary figures and modern interpretations of the

tales.

Norhanim Abdul Razak is a senior lecturer at the School of Tourism, Hospitality and Environmental Management,

UUM. She obtained her BSc. in Park, Recreation and Tourism from the University of Missouri-Columbia and her

MSc. in Human Resource Management in Tourism and Hospitality Industry from the University of Strathclyde. She

completed her PhD from the University of Otago, New Zealand. Hamimi Omar is a senior lecturer at the School of

Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM. She obtained her Bachelor of Business Administration

(BBA) from Western Michigan University and her MSc. from the University of Strathclyde in Scotland. She

completed her PhD from Newcastle University, UK. Johan Afendi Ibrahim is a senior lecturer at the School of

Tourism, Hospitality and Environmental Management, UUM. He obtained his BSc and MSc. from University

Teknologi Malaysia. His research interests are in the areas of tourism planning and development, tourism

geography and town planning.

Page 53: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

REVOLUSI PENGGUNAAN KAIN PERCA PADA TENUNAN KREATIF

Yusof Daud @ Ismail

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini melibatkan penggunaan bahan terbuang iaitu perca kain dari pengusaha tekstil sebagai serat

alternatif dalam menghasilkan tenunan kreatif. Kuala Terengganu menjadi lokasi kajian kerana

memandangkan daerah ini merupakan ibu negeri serta dikenali di negeri Terengganu sebagai daerah

yang mengeluarkan produk batik dan songket terbesar di Malaysia, selain dari industri jahitan yang kian

berkembang menjadi pemangkin kepada kerancakan pertumbuhan industri tekstil yang sedia ada. Tiga

kilang atau pengusahaan tekstil yang terpilih bagi memperolehi perca kain untuk kajian ini adalah

pengusaha dari kilang batik, pengusaha songket serta pengusaha jahitan pakaian. Perca kain yang

diperolehi akan di fokuskan kepada tiga proses utama iaitu proses pengasingan fabrik, proses tenunan

serta proses kemasan akhir. Proses pertama iaitu proses pengasingan melibatkan kaedah

pengasingan dari segi warna fabrik, serta pengasingan dari segi material, selain itu setiap helaian perca

direkodkan dari segi ukuran dan berat, bertujuaan memudahkan proses menenun. Proses kedua iaitu

proses menenun digunakan dalam kajian ini, antara kaedah tenunan yang digunakan adalah tenunan

menggunakan akik, tenunan tanpa akik, macramé serta teknik anyaman. Hasil tenunan perca kain

ini pula akan melalui proses terakhir iaitu proses kemasan akhir, antara proses-proses yang terlibat

adalah proses membatik, proses mewarna serta embroideri, bertujuan untuk memberi kelainan serta

menguji kefleksibelan hasil tenunan yang diperolehi. Dalam kajian ini, pengkaji mengunapakai teori

pembangunan mampan (sustainable development) yang mengimbangi pembangunan ekonomi dengan

keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar. Keputusan kajian terhadap percs kain ini menunjukan

bahawa kaedah yang digunakan memberi keputusan yang positif dalam menyelesaikan masalah

pembaziran, pencemaran serta dalam masa yang sama jika ia diaplikasikan sedikit sebanyak dapat

memberi faedah dalam mempertingkatkan pendapatan sampingan. Hasil tenunan yang diperolehi dari

kajian yang dilakukan terhadap perca kain ini dapat mempelbagaikan lagi hasil produk tekstil sedia ada

untuk di pasarkan ke pasaran komersial, dan dengan ini, sudah tentulah ianya dapat memberikan

manfaat kepada industri tenunan desa (cottage weaving industry) di negeri Terengganu serta di negara

kita amnya.

Kata Kunci: Kain perca, tenunan, kreatif

Nama: Yusof Daud @ Ismail Tarikh Lahir: 22 November 1983 Tempat Lahir: Negeri Terengganu Kelulusan: Ijazah

Sarjana Muda Seni Reka Tekstil,Universiti Teknologi MARA Ijazah Sarjana Seni Reka Tekstil dan Fesyen,

Universiti Malaysia Kelantan Pengalaman: Projek 'Designer' BIRDA, UiTM,Pereka Tekstil & Fesyen PERMINT

Page 54: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SUTERA SEMAI, Terengganu & Pensyarah Jabatan Seni Reka Tekstil, UiTM Kelantan. Pameran: 1.Peragaan

Fesyen Batik Blok di ASEAN Textile Symposium, Universiti Payap, Chiang Mai. Thailand, 2015 2.Pameran 'Color

of Asia' UiTM Shah Alam, 2014 3.Pameran 'Asia Fiber Art' UiTM Perak, 2011 4.Pameran 'Tedex:Textile Design

Exhibition' Galeri Shah Alam, 2011 5.Pemenang utama Kategori Fesyen Piala Seri Endon 2006, Kuala Lumpur

6.Pemenang utama Kategori Fesyen Piala Seri Iman 2005, Kuala Terengganu

Page 55: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SENI KONTEMPORARI: PROSPEK MENDOKUMENTASI IDENTITI

MASYARAKAT MELAYU MELALUI ILUSTRASI STIKER

Nurin Elani binti Makrai

[email protected]

ABSTRAK

Gelombang Budaya korea telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan masyarakat

kepada penggunaan stiker (sticker) sebagai sebahagian daripada pelengkap dalam membuat catatan

kegiatan harian atau diari masyarakat Korea. Inspirasi penggunaan stiker di dalam masyarakat Melayu

moden kini telah berleluasa. Di mana mereka sanggup membeli dan mengumpul koleksi stiker-stiker

ini semata-mata untuk kepuasan diri. Hal ini telah memberi satu platform bagi pengkaji untuk

mendalami sejauh mana pengaruh dan impak penggunaan stiker tersebut di kalangan masyarakat

melayu kini dihayati sepenuhnya atau sebaliknya. Selain daripada itu, penghasilan sticker daripada

negara Korea merupakan perantara dalam memberikan informasi mengenai budaya masyarakat Korea

itu sendiri. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui prospek mendokumentasi identiti masyarakat

Melayu melalui ilustrasi pada stiker dapat mempromosikan budaya dan identiti masyarakat Melayu.

Oleh yang demikian, kajian merangkumi kebolehpasaran stiker yang melambangkan identiti

masyarakat Melayu dapat diterima oleh masyarakat kini. Persekitaran serta konteks penghasilan stiker

kontemporari pada dasarnya berbeza daripada penggunaan serta ilustrasi yang dihasilkan sebelum ini

yang lebih menjurus kepada penggunaan seperti tanda harga, pelekat kenderaan, dan sebagainya.

Penggunaan stiker atau pelekat haruslah diamati dengan nilai-nilai murni serta unsur-unsur budaya

melayu agar dihayati dan dimengerti oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang budaya.

Perbincangan mengenai tema, gaya dan tujuan stiker itu sendiri turut menggambarkan tentang

keunggulan, keunikan dan kelebihan sesuatu ilustrasi pada stiker. Kebanyakan pihak pengeluar

ataupun pereka stiker menghasilkan ilustrasi pada stiker mengikut identiti negara pengeluar tersebut.

Keyword: seni kontemporari, identiti masyarakat Melayu, illustrasi, stiker/pelekat (sticker)

Nama : Nurin Elani binti Makrai Tarikh Lahir : 21 April 1982 Tempat Lahir : Kuala Lumpur Kelulusan : Ijazah Sarjana

Muda (Kepujian) Seni Reka Grafik, UiTM : Ijazah Sarjana Visual Komunikasi dan Media Baharu, UiTM

Pengalaman: Pereka Grafik, Kit-Kard Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, Pensyarah Jabatan Grafik UiTM Kampus Kuala

Terengganu, Pensyarah Jabatan Seni Halus, UiTM Cawangan Kelantan.

Page 56: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SENI SULAMAN TRADISIONAL DALAM TEKSTIL MELAYU

Saemah Yusof (Ph.D), Prof. Dr. Muliyadi Mahamod, Rose Dahlina Binti Rusli, Norizan Binti Sajar

[email protected]

ABSTRAK

Sulaman merupakan satu hasil karya yang bertujuan untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi

sesuatu jenis fabrik, pakaian, aksesori dan juga kraftangan. Seni Tekat termasuk dalam jenis sulaman

yang di hasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis Baldu. Ia juga di sebut

sebagai “Suji Timbul” iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji. Asal usul dan penggunaan seni tekat

diandaikan sama dengan penggunaan tekstil songket bedasarkan kepada benang asasnya ia itu

benang emas. Dari segi kain baldu dan juga rupa bentuk ciptaannya, ia merupakan pakaian dan bahan

kelengkapan dan wujud serta berkembang di istana. Seni tekat ini mula berkembang kepada

masyarakat luar istana apabila ia mula dijadikan sebagai kraftangan sambilan oleh generasi muda pada

masa itu, terutamanya gadis-gadis Melayu yang ingin mendirikan rumah tangga yang mana mereka

mula membuat tekatan ini sebagai alat kelengkapan perkahwinan. Contohnya sebagai hiasan pelamin,

sarung bantal, alas tempat tidur, kipas, kasut dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengunaannya

di kalangan masyarakat biasa masih terbatas kerana bahan asalnya masih bahan mewah, masih

memerlukan masa yang panjang dalam proses pembuatanya dan juga memerlukan penjagaan yang

sangat rapi, terutamanya semasa menyimpannya. Sulaman Kelingkan dan Keringkam adalah sulaman

yang menggunakan benang emas leper (flat gold metal thread). Teknik seumpama ini juga ada terdapat

di Negara Turki, India, China dan sebahagian daripada negara Eropah. Walau bagaimanapun, terdapat

beberapa perbezaan dari segi rekacorak dan teknik penghasilannya. Teknik sulaman ini

berkemungkinan dibawa masuk oleh pedagang-pedagang pada zaman perdagangan di Selat Melaka

dan mula popular di kalangan orang Melayu. Motif, corak dan warna memainkan peranan penting dalam

sesuatu rekaan sulaman samaada bagi tujuan dekorasi mahupun pada pakaian. Susunan dan

imbangan bentuk, corak, warna membolehkannya mencapai taraf yang lebih tinggi daripada hanya

bertaraf fungsi motif. Di dalam seni sulaman Melayu, Motif, corak dan warna secara tidak langsung

bertindak sebagai rekacorak dalam seni dekorasi tekstil dimana ia merupakan unsur utama ataupun

sebagai dasar sesuatu rekacorak. dan corak adalah unsur yang saling berhubung yang akan

menghasilkan suatu gubahan yang baik dan sesuai. Motif boleh di kategorikan kepada empat bahagian

iaitu dari alam semulajadi, symbol atau lambang, kosmologi serta alam benda dan setiap unsur motif

memperlihatkan sejarah dan penceritaan perkembangnya. Walaubagaimanapun motif yang biasa di

gunakan di dalam sulaman tradisi Melayu kebanyakkannya berunsurkan alam semulajadi.

Nama : Saemah Yusof (Ph.D) Jawatan : Pensyarah Kanan Jabatan Seni Reka Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Seni

Reka Universiti Teknologi MARA Malaysia Shah Alam No.Tel :03-55444014 (Office) email :

[email protected]

Page 57: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SENI TENUNAN SONGKET: IDENTITI, LAMBANG DAN TRADISI

BUDAYA MELAYU

Dr. Arba’iyah Ab. Aziz

[email protected]

ABSTRAK

Songket telah memainkan peranan dan mempunyai tempat yang istimewa dalam sosiobudaya

masyarakat Melayu. Bersandarkan kepada kualiti dan keunikannya, songket diiktiraf dan

diklasifikasikan sebagai ratu fabrik Melayu unggul. Ia terpapar sebagai pakaian busana yang

melambangkan tatasusila dan adat Melayu yang tinggi nilai peradaban dan kesopanannya. Namun di

sebalik nilaian artistik dengan reka corak motif, songket sarat dengan pelbagai lambang dan tafsiran

makna tertentu. Ertinya, setiap pasang songket dengan motifnya mempunyai cerita dan

interprestasinya yang tersendiri. Ia terbit daripada manifestasi pemikiran para pereka terdahulu yang

diperturunkan secara warisan. Kertas kerja ini menyentuh secara khusus mengenai seni kraftangan

dan budaya Melayu iaitu merangkumi aspek simbol dan falsafah yang terdapat di sebalik motif-motif

seni tenunan songket. Ruang ini turut mengupas tentang makna falsafah songket iaitu dari sudut

sosiobudaya merangkumi aspek agama, kepercayaan, adat, norma, nilai, pantang larang dan world-

view orang Melayu. Jelasnya ia adalah suatu huraian tentang makna-makna tersirat yang terdapat di

sebalik kategori motif-motif seni tenunan songket Melayu seperti flora, fauna, kosmos, alam benda,

geometri, makanan dan kaligrafi.. Setiap perolehan jumpaan daripada sumber primer (temubual) dan

sekunder menemukan sumber keilmuan bermakna yang sekali gus memberi manfaat dari segi

pembangunan modal insan dan pelestarian seni warisan bangsa khususnya kepada golongan sarjana,

pendidik, penenun, budayawan, seniman, aktivis budaya, sejarahwan seni, peniaga, pencipta seni dan

masyarakat seluruhnya.

Kata kunci: Songket, Motif, Simbol, Falsafah Melayu.

Dr. Arbaiyah bt. Ab. Aziz, adalah pensyarah dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA,

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Page 58: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SOCIAL MEDIA, POLITICAL NEWS EXPOSURE AND POLITICAL

PARTICIPATION AMONG MALAY YOUNG PEOPLE

Siti Nurshahidah Sah Allam, Suhaila Kamal, Dzaa Imma Abdul Latiff ,Siti Nasarah Ismai,l Abdul Rauf

Hj. Ridzuan & Zuliani Mohd Azni

[email protected] , [email protected], [email protected],

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRACT

The power of a democracy relies on the percentage to which its young people are aware of the political

processes and involve in political participation. Young people as part of large society sholud not be

avoided as they are huge group, young, energetic, proactive and many new ideas that can bring

changes to the development of Malaysia towards year 2020. Since young people is valuable in

practicing democracy, this study is to examine news media exposure among young people and to

search how social media news exposure can influence political participation among young people.

Respondents were asked to complete a survey during final year project exhibition with the theme Jati

Diri Melayu (Variasi Komunikasi Melayu; VOKAL 2015). The instrument elements is adapted from

European Social Survey (ESS) and instruments structured by Merdeka Center who the bodies

conducted National Youth Survey in Malaysia on political issues. Findings from a survey (n=128, age

21 to 24) found that there is a greater news media media exposure gain from social media use that may

leads to greater political knowledge but not extemely participate in political activities. Contradictory from

past research who believe that having greater news media exposure can influence political participation

from development of political knowledge. This research suggest that students are not extremely

participate in political activities due to the factors of early age in political activities, low political interest

and not more negative political attitude.

Keywords: Political participation, news media exposure, social media use

All presenters are lecturers attached to the Faculty of Communicaiton and Media Studies, UiTM Melaka

Page 59: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

SYED SYEIKH AL-HADI: PEJUANG MATA PENA MELAYU

Syed Mohammed Al-hady B Syed Ahmad Al-hady, Azfahanee Zakaria, Syed Izzuddin Al-hady, Syed

Haniff Al-hady, Sharifah Az Zahra Alhady

[email protected]

ABSTRAK

Syed Syeikh Al-hadi bin Syed Ahmad Hasan Al-Hadi adalah seorang reformis dan wartawan ulung

Melayu Islam dilahirkan pada 22 November 1867 di Hulu Melaka dan mamgkat pada 20 Febuari 1934.

Ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Arab yang berasal dari Hadhramawt, Yaman. Mendapat

pendidikan awal di sekolah Melayu di Melaka, dan di sekolah pondok di Kuala Terengganu. Berhijrah

mengikuti keluarganya dan melanjutkan pengajian di Pulau Penyengat, Riau dengan mendalami ilmu

agama, sastera dan budaya dari bapa angkatnya, Raja Haji Ali Kelana. Beliau meniupkan semangat

perubahan dan kebangkitan menentang penjajah melalui pemikiran dan penulisannya. Beliau

menerbitkan majalah al-Imam (1906), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928) dan seterusnya

mengusahakan percetakannya sendiri, Jelutong Press di Pulau Pinang. Antara karya-karya beliau ialah

kitab al-Tarikh al-Islami (1922), Hikayat Faridah Hanum, (1925), Alam Perempuan (1930), Tafsir Juz

Amma (1927), Tafsir al-Fatihah (1928) serta novel yang berlatar belakangkan kehidupan moden di

Timur Tengah, seperti Hikayat Setia “Ashek kepada Ma’shok-nya, siri cerita mata-mata gelap Rokambul

(7 jilid) dan Anak dara Ghasan, jilid 1-2. (1959).

Kata Kunci : Syed Sheikh, Pemikiran, Penyelidikan, Perjuangan

Syed Mohammed Al-hady B Syed Ahmad Al-hady adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat,

UiTM Kedah. Berminat kearah penulisan dan perjuagan Syed Syeikh Al-hadi untuk mencari persamaan dalam

susur galur dan memberi motivasi dalam meningkatkan pendidikan anak bangsa.

Page 60: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

TENUN PAHANG DIRAJA : MELESTARIKAN KESENIAN WARISAN

MELAYU MELALUI AKTIVITI TENUN DALAM KALANGAN BANDUAN

Habibah Abdul Jabbar, Rahman Bujang, Nor Azlin Hamidon & Dr. Arba’iyah Ab Aziz

[email protected], [email protected], [email protected] &

[email protected]

ABSTRAK

Tenun Pahang Diraja (TPD) merupakan salah satu seni tenunan warisan Melayu yang menjadi identiti

kesenian di Malaysia. Seni tenunan ini, dihasilkan dengan menggunakan teknik tradisional bagi

mengekalkan nilai estetikanya kerana fabrik ini menjadi persalinan utama bagi upacara rasmi kerajaan

Melayu sejak dahulu lagi. Kini seni tenunan ini telah menjadi sebahgaian daripada tekstil esklusif yang

terdapat dipasaran. Arus kemajuan dunia tekstil dekad ini telah mendorong keinginan pengguna untuk

menikmati perubahan tekstil tenun sesuai dengan kepesatan reka corak tekstil semasa. Justeru, usaha

dilakukan untuk menyesuaikan rekaan kain TPD bermula daripada aspek teknik dan peralatan dan

seterusnya memperkenalkan inovasi struktur tenun berlandaskan kreativiti sesuai dengan kearifan

penenunnya. Keindahan dan kesenian yang diusahakan oleh golongan wanita Melayu ini perlu

dikekalkan dengan memberi nafas baru pada seni tenunan ini dan mendokumentasikannya agar ia

tidak tenggelam oleh kepesatan teknologi global. Bengkel TPD adalah salah satu latihan yang

disediakan untuk para banduan. Selain itu Jabatan Penjara Malaysia juga komited dan

bertanggungjawab dalam penyediaan program berbentuk kerohanian dan kejasmanian. Sasarannya

adalah untuk menjadikan para banduan rakyat yang tahu menghargai diri, bertanggungjawab,

berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai murni, membentuk jati diri yang positif dan menjadi insan yang

produktif. Untuk merealisasikan harapan ini seksyen perusahaan dan vokasional

dipertanggungjawabkan untuk melatih dan memberi input jangka panjang dan seterusnya

meningkatkan kemahiran banduan. Eksperimen bersama pihak penjara dan banduan dalam

memperbaharui struktur fabrik dan kek tenun ternyata membuka lembaran baru kain tradisi ini.

Hasilnya, TPD adalah sebahagian daripada seni warisan yang sedang berkembang di dalam penjara

dengan penerapan unsur-unsur inovasi dalam rekaan selain mengekalkan ciri-ciri warisannya.

Katakunci: Tenun Pahang Diraja, Inovasi, Eksperimen, Banduan

Habibah Abdul Jabbar merupakan pensyarah kanan dari UiTM Shah Alam, sedang meneruskan pengajian

peringkat Ph.D di Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Penyelidikan yang sedang dijalankan adalah

berkaitan dengan kain Tenun Pahang Diraja, iaitu kain warisan masyrakat Melayu. Melalui ekperimen kajian akan

megenegahkan idea baru dalam penghasilkan fabrik tradisional ini.

Page 61: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

TEORI KENNETH F.GREENE DALAM KONSEP PENDOMINASIAN

POLITIK MELAYU DI SARAWAK

Nur Aida Hj Kipli

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Pembentukan parti-parti politik di Sarawak adalah berlandaskan faktor perkauman yang mencorakkan

konstruksi social dalam masyarakatnya yang pelbagai. bagi menjaga kepentingan dan masa depan

mereka. PBB di Sarawak telah menerajui politik kerajaan negeri tersebut lebih 30 tahun lamanya

dengan berpayungkan agenda politik pembangunan. Konsep pendominasian politik merujuk Greene

adalah perihal ketahanan dalam pendominsian sesuatu parti berlaku apabila ciri-ciri seperti

kemampuan untuk mempertahankan pemerintahan dengan memiliki kuasa yang berpengaruh serta

memperolehi kemenangan majoriti bagi setiap pilihan raya serta tempoh yang melangkaui lebih 20

tahun. Greene dapati kuasa, pilihan raya dan tempoh atau jangka masa merupakan tiga ciri yang

berkait dalam menentukan pendominasian sesebuah parti politik.

Kata Kunci : Politik di Sarawak, dominasi, politik pembangunan.

Page 62: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

THE EXPLORATION OF A POTENTIAL NEW PAMOR PATTERN

Azhar A Aziz

[email protected]

ABSTRACT

The value of the kris often refers to the patterns created from pamor. Pamor is the mixture of alloys

which form a unique pattern that obtained by welding together wrought iron, nickel and certain kind of

metals into one blade. Pamor is the most striking and interesting feature in the existence of a kris and

one of the Malaysian Heritage that facing declination nowadays. This study is to create new pamor

pattern with its own expression of the art form influenced by its locality, history and cultural diversity.

The study focuses on the method of simplification in creating traditional Malaysia pamor pattern. The

position of pamor in art and culture was interrelated to the issues of cultural development in the country.

This research explores the preservation of pamor as an integral part of the metal and kris as cultural

heritage. It also compiles traditional Malaysia pamor pattern with their design characteristics identified

and documented the pamor making process. The data collection will then used as the foundation in

creating potential new pamor patterns and the finding includes the pattern making process and the

pattern appears. Qualitative research is considered appropriate in view of the results that will be

achieved using this method will be more meaningful, accurate and rich with important information (Miles

and Huberman 1994)

Azhar A Aziz Lecturer at Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Department of Fine Metal MA of Art and

Design (Design Technology) Emilia Abdull Manan Senior Lecturer at Universiti Teknologi MARA Cawangan

Kelantan Department of Fine Metal MA of Art and Design (Design Technology) Mohd Masdi Abdul Manan Lecturer

at Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Department of Fine Metal MA of Art and Design (Design

Technology) Rozita Shamsuddin Senior Lecturer at Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Department

of Fine Metal MA of Art and Design (Design Technology)

Page 63: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

THE INVENTION OF MALAYSIAN TRADITIONAL GAME INTO

MOBILE GAME APPS: A CASE STUDY OF TARIK UPIH

Ilinadia Binti Jamil, Zainal Bin Kadir

[email protected]

ABSTRACT

Malaysian traditional game was a popular culture once. Unfortunately, these precious tradition are

fading from the memory of Malaysian society especially young generation. Furthermore, the preference

of today's teenagers towards mobile game endangered the existence of traditional game. This research

provides an attempt to promote the value of traditional game which can be preserved and suit today's

trend. Several methods such as observation and reference were used in the study. Although the

research is not very extensive, the findings suggest that the traditional games are possible to be

innovate into the screen based application. The objective of this research is to identify the most suitable

content in design and gameplay that can be developed into mobile game and to measure the

effectiveness of mobile game in preserving our culture that suit today’s generation. Nevertheless, this

is the preliminary conceptual game based on Tarik Upih, which will open a new dimension of preserving

the traditional games. In a nutshell, the Tarik Upih game would be another new approach that is capable

to be introduced to the society.

Keywords: Mobile Games, Malaysian Traditional Game, Culture, Tarik Upih

The presenters are attached to the Department of Graphic and Digital Media, Faculty of Art and Design, UiTM

Melaka, 78000 Alor Gajah, Malaysia

Page 64: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

THE MALAYS CIVILIZATION FROM SOUTHEAST ASIA MARITIME

REALM

PERSPECTIVES

Assoc. Prof. Rohani Mohd Shah, Prof. Dr. Zaliha Hj Husin, Hamisah Abd

Rahman & Balqis Haris

ABSTRACT

Since the turn of the first millennium C.E, Southeast Asian sailors have been significant actors

in world history. Long before the Portuguese arrived in Asian waters, sailors from East Africa

to East Asia had already been drawn to Southeast Asian port. Indeed, we will reveal some of

the less obvious interest of the information on Malays lifestyles that do not receive much

attention in the power's history records, nor from scholars who study them in the present. The

origins of the Malays, the influence of Malays sailor in the new navigation world, Malays skill

as metallurgists and the technical acknowledged in creating navigations tools has led the

Indian literature in B.C. E to praise the Malays sailor as the speedy sailor. The Malays

peninsula as the Land of Gold and welcomed by the Greek in ten century ahead of the Chinese

for want of the variety of spices and cinnamon. Even the Arab's text in thirteen century,

acknowledged Malay sailors, playing a leading role in navigation and fifteen centuries the

Portuguese soldiers addressed the Malays town as the Venice of the East. We conclude the

paper by establishing the history that it is the Malays sailor ability to ride the wave faster than

others at sea, the lifestyle that gives a true meaning of one society reflected in the words

“Tanah-air.”

Key Words: Malays civilization; maritime heritage; 2000BC – 1500; Southeast Asia

Assoc. Prof. Rohani Mohd Shah is attached to Faculty of Law, UiTM. Malaysia

Prof. Dr. Zaliha Hj Husin is attached to Faculty of Administrative Science & Policy Studies, UiTM, Malaysia

Hamisah Abd Rahman & Balqis Haris are attached to Faculty of Business, UiTM, Puncak Alam, Selangor

Page 65: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

THE PERCEPTION OF YOUNGER GENERATION ABOUT THE

PORTRAYAL OF MALAY IDENTITY IN TODAY'S MALAY MOVIES

Siti Nur Farrah Faadiah bt Ab Ghani, Mohamad Razif bin Ibrahim, Dzaa Imma Abdul Latif, Siti

Nasarah binti Ismail

[email protected]

ABSTRACT

This paper is aimed to study about the perception of younger generation about the portrayal of Malay

identity in today’s Malay movies. It is understood that younger generation nowadays prone to

understand that Malay identity must revolve around kain batik, sarong, tanjak, keris and etc. The

acceptance of the idea of Malay identity seems to stop at black-and-white movies, making it hard for

today’s film makers to find out the way to make a Malay movie enriched with Malay flavor. Furthermore,

fierce competition from the West which equipped with technologies and exceptional new concepts give

an extra pressure for our local movies to be with the mainstream. Upon completing this research,

researchers found out that younger generation does have their very own preferences with movies

shown on the television and cinema. However, they also agreed to the fact that they are impressed at

how 1950s and 1960s Malay classical movies especially the P.Ramlee’s are still stay dearly to the

hearts of audiences up until today. Though the findings reported young generation finds it is gratifying

for them to watch Hollywood movies, the result indicates that they do somehow look forward to discover

what the grandmothers and grandfathers have done back then in maintaining a sense of our real Malay

identity to be portrayed in the movies for a remarkable quality Malay movie has proven to serve its

society for a really long time.

Keyword: Malay, Malay identity, Malay movies, Media Roles, Communication

Name: Siti Nur Farrah Faadiah bt Ab Ghani Faculty: Faculty of Communication and Media Studies Institution:

Universiti Teknologi MARA,Kampus Melaka, Malaysia Name: Mohamad Razif bin Ibrahim Institution: Universiti

Teknologi MARA,Kampus Melaka,Malaysia Faculty: Academy of Language Studies Name: Dzaa Imma bt Abdul

Latif Faculty: Faculty of Communication and Media Studies Institution: Universiti Teknologi MARA,Kampus Melaka,

Malaysia Name: Siti Nasarah bt Ismail Faculty: Faculty of Communication and Media Studies Institution: Universiti

Teknologi MARA,Kampus Melaka, Malaysia

Page 66: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

THE PRESERVATION ASSESSMENT ON DIGITAL CULTURAL

HERITAGE RESOURCES IN MALAYSIA

Noor Masliana Razlan Dr. Mohd Nasir Ismail Prof. Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf Nurulannisa

Abdullah

[email protected]

ABSTRACT

Cultural heritage is crucial to the nation’s development. Mohd Sabrizaa (2015) in his study reports that

preserving heritage is important both for physical and spiritual reasons as heritage for instances sites

and buildings have a strong positive influence in developing community. Deterioration of important

cultural heritage resources has been a source of concern to information centers globally and a

phenomenon to which they must always respond if their objective of meeting the information needs of

users must be achieved (Ifijeh, 2014). A crucial component of the nation’s economy envisions the

availability of digital content exchange or content infrastructure. The idea of providing and presenting

information via electronic means and formats truly fascinates managers of information agencies

worldwide. Therefore, the aim of this paper is to assess potential risks of digital cultural resources in

Malaysia. Apart from that, it investigates the sustainability factors and digital preservation strategies

that are adopted by Malaysian cultural institutions. A multiple case studies approach is used to examine

the potential risks of digital cultural resources in four (4) selected Malaysian cultural institutions. Data is

collected through a structured interview with information professionals who are involved in digitisation

works in the selected cultural institutions. Findings reveal that digital cultural heritage resources in

Malaysia is at risk in terms of digitisation policies, selection criteria, cost, staffing, technology, storage,

metadata management and copyright. This study is very significant to professionals who are involved

in archiving the digital cultural heritage as it can be a guide for managing risks in preserving the valuable

digital resources. The result of this study can be a practical tool for preservation assessment not only

for digital cultural heritage but also to any digital documents format from various fields or industries.

Keywords: Preservation Assessment, Risks, Digital Resources, Cultural Heritage Resources, Malaysia

Name: Noor Masliana Binti Razlan Field Of Expertise: Library and Information Management Academic

Backgground: - Master In Library Science - Bachelor Of Science In Info Management (Hons.) Library and

Information Management - Diploma In Information Management Profession: Lecturer (3 Years) - Uitm Kelantan

Page 67: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

TRADITIONAL MALAY MUSICAL CLASSIFICATION: HUMAN VERSUS

MACHINE

Dr. Noris Mohd Norowi, Hizmawati Madzin, Shyamala Doraisamy, Rahmita Wirza OK Rahmat

[email protected]

ABSTRACT

As the number of digital musical files grows, there is a demand for a form of organization of these rapidly

growing collections. One such instance is through classifying and sorting the musical files into their

respective genres. However, manual classification which is widely practiced is expensive both in terms

of time and money. A solution to this is to automate this step, a process which is referred to as automatic

musical genre classification. Existing systems have been developed to classify Western musical genres

such as pop, rock and classical. However, adapting these systems for traditional Malay music is difficult

due to the differences in musical structures and modes. In general, the musical structure of many genres

in traditional Malay music is rhythmic and repetitive, which is different than Western music. This study

presents the factors which affect the automatic genre classification of traditional Malay musical genres

on the ten traditional Malay musical genres included which are Dikir Barat, Etnik Sabah, Gamelan,

Ghazal, Inang, Joget, Keroncong, Tumbuk Kalang, Wayang Kulit and Zapin. Following this, an

automated classification system is developed and named MAGCLAST (Musical Analysis and Genre

CLAssification System for Traditional Malay Music). The performance of MAGCLAST against three

groups of human (expert, trained and untrained) is tested in the final phase of the study. Results show

that its classification at 66.3% is comparable to MARSYAS (61%) and trained human (70.6%).

Interestingly, MAGCLAST also outperforms classification by average Malaysians, suggesting that an

automated system for classifying traditional Malay music is certainly needed. It is hoped that the

information could be exploited to enhance existing automated genre classification system in the near

future.

Noris Mohd. Norowi is a senior lecturer and researcher at the Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang,

Selangor. She received her Ph.D. in Computer Music at the University of Plymouth, United Kingdom in

2013. She was awarded a Master of Science (Multimedia Systems) degree and a B.Sc. degree in

Computer Science from UPM in 2007 and 2003 respectively. Her research interests are centered

around music computing, music information classification and retrieval, sound perception, artificial

Page 68: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

intelligence in sound synthesis, and human-computer interaction. Her current projects include designing

and developing a virtual mobile Kompang for primary school children, designing an intuitive gesture-

based sound synthesis system and investigating the effects of various factors and audio feature set

combinations towards the classification of traditional Malaysian musical genres. She has a keen interest

in the traditional Malay music. She has been a Gamelan musician for the Pusat Kebudayaan dan

Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM and also a member of the Kompang Seni Warisan,

UPM team. In Plymouth, she joined the Balinese Gamelan Team called 'Chandra Gita Suara' and had

performed at various art shows held by the Faculty of Arts and Humanities, University of Plymouth, UK.

Although somewhat dormant now from the performance front, she still occasionally performs on invited

events.

Page 69: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

TUDUNG: WANITA MELAYU, RUANG SOSIAL DAN IDENTITI MODEN

Dr. Md Azalanshah bin Md Syed, Mohd Nazri Ibrahim dan Dr. Zaridah Abdullah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian kualitatif ini menumpukan kepada tudung sebagai suatu simbol ideologi moral dan populariti

penggunaannya dalam kalangan generasi muda wanita Melayu. Tudung merupakan elemen asas

dalam pemakaian wanita Melayu khususnya dalam ruang awam kerana faktor agama dan budaya.

Penggunaan tudung yang meluas menjadikannya cukup popular dalam media sosial; tidak hanya

sebagai produk pengguna malah dianggap sebagai suatu simbol kemodenan yang penting dalam

konteks kehidupan seharian masyarakat Melayu. Namun, pertembungan tudung sebagai suatu simbol

ideologi moral dengan penggunaan produk budaya popular global telah menjadikannya suatu subjek

yang cukup sensitif. Sebagai contoh, isu peluk tiga gadis Melayu bertudung oleh artis lelaki Korea

Selatan dalam ruang awam telah dilihat sebagai suatu pelanggaran moral yang serius dan menjadi

subjek kritikan berterusan terhadap wanita Melayu khususnya dalam isu-isu kemodenan. Walau

bagaimanapun, kajian ini berhujah bahawa globalisasi dan perkembangan teknologi media telah

memberi peluang baharu kepada generasi muda wanita Melayu mentakrifkan semula penggunaan

tudung dalam ruang awam yang seterusnya mewujudkan kepelbagaian tafsiran terhadap pembentukan

identiti dan wacana kemodenan negara.

Dr. Md Azalanshah bin Md Syed adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya. Beliau

aktif menjalankan penyelidikan dalam pengajian media, khususnya etnografi media. Beliau telah menghasilkan

sebuah buku bertajuk "Penontonan Drama Rantaian dalam kalangan Wanita Melayu" dan juga aktif menghasilkan

jurnal dalam penerbitan berwasit antarabangsa dan tempatan.

Mohd Nazri Ibrahim adalah Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Beliau

berminat menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan komunikasi dan pengajian khalayak media.

Dr. Zaridah Abdullah adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Beliau giat menjalankan penyelidikan dalam bidang komunikasi manusia dan komunikasi interpersonal.

Page 70: iCOMHAC 2015 KOMPILASI ABSTRAK iCOMHAC 2015 ...

WAKAF SEBAGAI ALTERNATIF PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TINGGI

Pm. Dr. Hasan Bahrom, Mohd. Ali Bin Muhamad Don

[email protected]

ABSTRAK

Peranan wakaf dalam menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan tinggi sudah terbukti

dengan tertubuhnya Universiti Nizamiyyah di Baghdad, Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti

Qurawiyun di Maghribi. Malah di Malaysia institusi pendidikan Islam seperti pondok, madrasah,

maa’had dan kolej juga didirikan di atas tanah wakaf. Namun dengan perkembangan semasa

wakaf tanah untuk institusi pendidikan sahaja tidak lagi relevan dan wajar diperluaskan. Malah sudah

ada golongan ibu bapa yang seolah-olah menjerit memohon simpati bagi membantu membiayai kos

pengajian anak-anak mereka. Justeru kajian ini ingin mengenal pasti kaedah pembiayaan pendidikan

tinggi berasaskan wakaf yang sudah dilaksanakan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi

sebagai model untuk dicontohi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan

kaedah analisis dokumen dan temu bual untuk mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan kajian

jelas menunjukkan betapa peranan wakaf untuk pembiayaan pendidikan tinggi berupaya meringankan

bebanan pendidikan terutama oleh golongan yang kurang berkemampuan. Justeru kejayaan

pelaksanaannya wajar dicontohi demi menyemarakkan lagi sunah berwakaf di kalangan Muslimin.

Kata kunci; Wakaf, Wakaf Pendidikan Tinggi, Wakaf Universiti, Biasiswa Wakaf

PROF. MADYA DR. HJ. HASAN BAHROM, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM

Kampus Lendu, Melaka Bandar Raya Bersejarah.

MOHD. ALI BIN MUHAMAD DON Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Pasir

Gudang, Johor, Darul Takzim.