ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

8
ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK PENULIS: PUAN THILAGAWATHY A/P RAMAKRISHNAN Pengenalan Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru. Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk : "memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Disamping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untuk membina kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia juga menekankan perkembangan potensi pelajar secara

Transcript of ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Page 1: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

PENULIS: PUAN THILAGAWATHY A/P RAMAKRISHNAN

Pengenalan

Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan

dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum

pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan

keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf

baru. Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan

yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan

membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara

untuk :

"memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat

menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan keupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara"

Disamping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untuk membina

kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia juga menekankan

perkembangan potensi pelajar secara individu untuk memanfaatkan pengetahuan ICT.

Fenomena yang membawa perubahan dalam Pendidikan Matematik

Budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Mengikut pengarang buku 'Reshaping

Page 2: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum (National Research

Council [NRC],1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam Pendidikan

Matematik. Antaranya ialah :

Pendidikan Matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua

rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarkat. Oleh yang

demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-

idea baru yang canggih.

Ciri bidang Matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik

matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru

Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan

penyelesaian masalah yang efektif

Pandangan pelajar juga telah berubah dimana kanak-kanak zaman kini ingin

belajar lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan

menganalisadan menerokai penyelesaian masalah mereka.

Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu

aspek yang membawa kepada perbahan dalam pendidikan matematik pada

semua peringkat.

Pengajaran Berbantukan Komputer

Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik.Penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan

dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM(National

Council of Teacher’s of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya matematik perlu

mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer.

Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah

Page 3: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian

masalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian

yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu

melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan

bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa

matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan

fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah

tersebut.Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan

sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim,

1989). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu

yang amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan

hafalan.Pandangan ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and

Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa

pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih

positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan

masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran

akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah

dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan

beberapa aplikasi seperti spreedsheet, multimedia dan internet. Penggunaan perisian

seperti Mikrosoft-Excell,The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajar-

pelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan

menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan

mudah dan berkesan. Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh

diangap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah,

guru berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator), penerang. Peranan ini boleh

Page 4: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

diambil alih oleh komputer. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem

tutorial,permainan dan simulasi (PPK,1993:Jamaludin, 1989).

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan

manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd ).

Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu

pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar

memahami konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994:

Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia

mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah

multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdasarkan kemampuan

masing-masing

2. memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik

3. menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan

4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar

5. membantu pelajar mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali

Pendidikan kini tidak lagi menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari,

teknologi bukan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan.

Pelajar yang lebih cerdas akan menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih

awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program

asas mengikut kadar pembelajarannyaserta diberi bantuan khas oleh guru. Sistem

penilaian ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada

aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama, selainmembenarkan pelajar

terus ke arah yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila bila masa.

Page 5: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Penggunaan Internet

Internet atau' International Network of Networks ' ialah suatu rangkaian komputer di

peringkat antarabangsa. Kajian oleh Christle ( 1996 ) terhadap penggunaan mel

elektronik ( e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah

mendapati bahawi selain daripada semangat belajar secara kumpulan ( Cooperaticve

learning ), para pelajar juga semakin mesra denngan alat teknologi ini dan sentiasa

berusaha untuk meneroka ' alam yang baru ditemui ' ( virtual reality )mereka sentiasa

menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin

( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru sepereti menggunakan

internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati

lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Dalam rangkaian internet terdapat berbagai - bagai jenis bahan termasuk artikel, imej,

grafik, majalah, video. audio, kertas persidangan dan sebagainya. Matematik adalah

seni, bentuk-bentuk geometri dan diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan suatu

corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak - corak yang menarik itu boleh

dipamerkan dalam bentuk interaktif. Para guru dan pelajar akan berpeluang

menghasilkan corak - corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan

imaginasi masing - masing. Selain daripada huraian konsep pennyelesaian masalah

dalam internet, terdapat juga aktiviti - aktiviti yang meliputi pelbagai topik dalam

matematik. Para guru boleh mambimbing pelajar memilih aktiviti - aktiviti yang

berkaitan. Di sini guru harus bertanggungjawab menyediakan suasana yang

menggalakkan ke arah kendiri yang keratif dan berdikari. Guru yang berperanan

sebagai fasilitator, galakkan pelajar untuk membina kemahiran sosial dan jugamenerap

nilai - nilai moral dan etika yang baik serta nilai patriotism.

Rangkaian sedunia ( www ) adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali

sebagai laman web. Maklumat - maklumat mengenai pendidikan matematik banyak

dapat diterokai oleh guru dan pelajar sendiri. Antara tapak - tapak web yang kita boleh

lawati ialah:-

Page 6: ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

a. http://forum.swarthmore/edu.arithmetic/arith.unit.html/

b. http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html

c. http://www.edven.com/Gold Medal Math.

Kemudahan internet juga memudahkan perhubungan antara guru dengan ibu bapa.

Guru bolah terus berhubung dengan ibu bapa serta boleh membincangkan kemajuan

anak mereka dalam pendidikan matematik melalui mel elektronik.

Penutup

Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi untuk

menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.

Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana

pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self paced

dan self directed dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari.