ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan...

14
MODUL 5 Perkakasan Komputer 1. Nama Modul : Komponen Komputer - Perkakasan 2. Hasil Pembelajaran : Pelajar akan dapat: a. menyatakan takrif perkakasan b. mengenal pasti jenis perkakasan c. menyatakan jenis perkakasan d. menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran Komponen utama sistem komputer. 4. Ringkasan Modul Pada akhir modul ini, pelajar akan dapat mengetahui fungsi setiap perkakasan. Modul ini mengandungi aktiviti berikut: Aktiviti 1 : Definisi dan Jenis-jenis Perkakasan Komputer Aktiviti 2 : Jenis-jenis dan Fungsi Perkakasan Komputer 1

Transcript of ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan...

Page 1: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

1. Nama Modul : Komponen Komputer - Perkakasan

2. Hasil Pembelajaran : Pelajar akan dapat:a. menyatakan takrif perkakasanb. mengenal pasti jenis perkakasanc. menyatakan jenis perkakasand. menerangkan fungsi setiap perkakasan

3. Pengetahuan dan KemahiranKomponen utama sistem komputer.

4. Ringkasan ModulPada akhir modul ini, pelajar akan dapat mengetahui fungsi setiap perkakasan. Modul ini mengandungi aktiviti berikut: Aktiviti 1 : Definisi dan Jenis-jenis Perkakasan KomputerAktiviti 2 : Jenis-jenis dan Fungsi Perkakasan Komputer

1

Page 2: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

AKTIVITI 1 Definisi & Jenis-Jenis Perkakasan Komputer

PERKAKASAN KOMPUTER Perkakasan atau lebih dikenali sebagai ‘hardware’ merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat dan disentuh. Secara umumnya, perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu

1. peranti input2. peranti output3. peranti proses4. peranti storan

Peranti inputPeranti input ialah perkakasan komputer yang boleh menukarkan maklumat yang boleh dibaca oleh manusia kepada bentuk yang dapat difahami oleh komputer

Peranti yang menerima data dan arahan daripada pengguna.

Contoh peranti input yang selalu digunakan seperti papan kekunci, peranti penunding, kamera digital, peranti pengimbas.

CONTOH PERANTI INPUTPeranti outputPeranti output ialah perkakasan komputer yang boleh menukarkan maklumat yang boleh dibaca oleh mesin atau komputer kepada bentuk yang dapat difahami manusia.

Contoh peranti output yang selalu digunakan seperti monitor,pencetak dan peranti output suara.

CONTOH PERANTI OUTPUT

2

Page 3: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

Peranti StoranTempat penyimpanan data secara kekal supaya boleh digunakan semula apabila diperlukan. Maklumat dan dokumen disimpan dalam storan komputer supaya ia boleh diubah setiap kali ianya diperlukan kemudian.

Penyimpanan dalam komputer adalah pemegangan data dalam bentuk elektromagnetik untuk diakses oleh pemproses komputer.

2 jenis peranti storan: storan premier dan storan sekunder

CONTOH PERANTI STORAN

Peranti PemprosesMemastikan data-data yang diterima dapat diperoses oleh sistem komputer sebelum menjadi maklumat yang berguna kepada pengguna.

Contohnya ialah seperti papan induk(motherboad) dan CPU(Central Processing Unit).

chipset Kad grafik Cip pemproses

CONTOH PERANTI PEMPROSESAN

3

Page 4: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

Aktiviti 2 : Jenis-jenis dan Fungsi Perkakasan Komputer

1. PencetakPencetak adalah satu lagi contoh peranti output yang boleh digunakan untuk mencetak teks dan grafik pada medium seperti kertas, filem atau kain.

Pencetak foto adalah pencetak warna yang menghasilkan gambar berkualiti foto. Penetap imej pada pencetak foto menghasilkan output yang berkualiti tinggi berbanding pencetak laser biasa.

2. PengimbasDalam pengkomputeran, sebuah mesin pengimbas adalah alat yang menganalisis imej, teks dicetak, tulisan tangan, atau objek (seperti perhiasan) dan menukarkannya kepada imej digital .

Contoh pengimbas:a. pengimbas flatbedb. pengimbas ‘Hand-held’ tidak digunakan lagi kerana masalah kualiti imej yang

diimbasc. pengimbas kamera digital d. pengimbas ‘Planetary’ – mengambil gambar buku dan dokumene. pengimbas 3D – untuk menghasilkan objek model 3D

Hand-held Pen or Hand-held Drum

Feed Sheet Flatbed

CONTOH PENGIMBAS

4

Page 5: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

3. LCD ProjektorLCD projektor adalah sejenis video projektor untuk memaparkan video, imej atau data komputer pada skrin atau permukaan rata yang lain. Ia adalah peralatan moden yang berfungsi sama seperti slaid projektor atau projektor ‘overhed’.

Satu paparan hablur cecair ( LCD ) projektor menggunakan sumber cahaya untuk menonjolkan apa yang dipaparkan pada komputer ke dinding atau skrin.

Projektor pemprosesan cahaya digital ( DLP ) menggunakan cermin kecil untuk mencerminkan cahaya yang dapat dilihat dengan jelas di dalam bilik yang terang .

CONTOH PROJEKTOR

4. Kamera DigitalKamera Digital adalah peranti elektronik yang digunakan untuk menangkap dan menyimpan gambar-gambar secara digital dengan menggunakan kad memori tanpa menggunakan filem fotografi seperti kamera atau kamera konvensional yang merakam imej-imej dalam format analog ke pita magnet.

Kamera digital yang moden biasanya mempunya pelbagai fungsi, dengan beberapa peranti mampu merakam bunyi, video serta gambar .

CONTOH KAMERA DIGITAL

5

Page 6: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

5. Pemacu CD Luaran (External)Pemacu DVD/CD–RW berfungsi sebagai pemain DVD, pemacu CD-RW dan CD-ROM. Ia membolehkan anda memasang aplikasi komputer, fail, muzik dan filem pada CD . Ia adalah mudah untuk dibawa ke mana-mana.

CONTOH PEMACU CD LUARAN (EXTERNAL)

6. Storan Luaran (External Storage)Storan luaran adalah simpanan alternatif. Ia amat berguna untuk menyimpan program dan data untuk kegunaan masa depan.

Penyimpanan luaran diperlukan kerana dua sebab:i. Memori kerja CPU adalah terhad dalam saiz dan tidak boleh menyimpan jumlah

data yang diperlukan.ii. Data dan program dalam simpanan tidak hilang apabila kuasa dimatikan.

CONTOH PERANTI STORAN

7. Kad GrafikJuga dikenali sebagai Video card, monitor card atau Display card. Kad grafik amat

penting bagi memastikan jenis-jenis perisian aplikasi yang boleh dilaksanakan oleh sistem komputer dapat berfungsi dengan sempurna.

6

Page 7: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

Terdapat beberapa jenis kad grafik terdiri daripada Monochrome, CGA (Color Graphic Adapter), EGA (Enhanced Graphic Adapter, VGA (Video Graphic Array) dan SVGA (Super Video Graphic Array) di mana mempunya keupayaan berbeza.

CONTOH KAD GRAFIK

8. Cip PemprosesCPU atau unit pemprosesan pusat  atau cip pemproses ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian.

Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data.

Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.

CONTOH CIP PEMPROSES (CPU)

9. ChipsetChipset adalah kumpulan mikrocip yang terdapat pada papan induk yang dirancang untuk bekerjasama dengan perkakasan yang lain untuk melakukan fungsi yang tertentu.

Fungsi umum adalah mengatur aliran data antara komponen yang terpasang pada papan induk. Fungsi lain chipset adalah menganalisa dan mengkonfigurasi seluruh peralatan tambahan

7

Page 8: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

CONTOH CIP PEMPROSES (CPU)

8

Page 9: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

Latihan 1: Labelkan Rajah berikut

CD atau DVD Cakera Keras Luaran Pemacu ‘Tape’

Cip pemproses Cakera Zip Kad Memori ‘Flash’

Pemacu USB

9

Page 10: ICTL For Secondary School – Computer Lab … · Web viewmengenal pasti jenis perkakasan menyatakan jenis perkakasan menerangkan fungsi setiap perkakasan 3. Pengetahuan dan Kemahiran

MODUL 5 Perkakasan Komputer

Latihan 2: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Pencetak laser Peranti output Kad ‘flash’

pita ‘pen drive’ panel flat monitor

Cip pemproses Kod bar Chipset

1. Pengenalan kod yang terdiri daripada baris menegak dan ruang yang lebar yang berbeza adalah diketahui sebagai _________________________

2. __________ penyimpanan memerlukan akses berjujukan.

3. _____________ biasanya digunakan sebagai 'filem' untuk kamera digital .

4. __________________ sejenis komponen perkakasan yang menyampaikan maklumat kepada satu atau lebih ramai orang .

5. Sebuah monitor LCD juga dipanggil sebagai _______________ yang menghasilkan output secara paparan.

6. ______________ adalah memori flash peranti storan yang dipasangkan pada port USB .

7. _____________ adalah pencetak berkelajuan tinggi serta berkualiti tinggi.

8. _____________ ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian.

9. _____________ adalah kumpulan mikrocip yang terdapat pada papan induk yang dirancang untuk bekerjasama dengan perkakasan yang lain untuk melakukan fungsi yang tertentu.

10