ii - Faculty of Education · Rohaidah ,Azi, Kamel, Liana, Rozi dan Rini persahabatan yang terbina...
Transcript of ii - Faculty of Education · Rohaidah ,Azi, Kamel, Liana, Rozi dan Rini persahabatan yang terbina...
ii
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI (MPK) HABA DAN TENAGA BAGI MATA PELAJARAN FIZIK
KBSM PADA PERINGKAT TINGKATAN EMPAT
RAZIMA BINTI RAZALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iii
Untuk Ayahanda; Encik Razali Bin Hj Abd Rahaman, Bonda; Che Meryam Bt Hj
Yusof dan dinda-dinda yang kusayangi; Razimi, Nor Razida, Ahmad Razuan dan
Mohd Razizul Azim, pengorbanan dan kasih kalian tidak bisa ku lupa sepanjang
hayat.
Buat teman-teman seperjuangan kampus terutama Dian, Hanan, Dayah,
Rohaidah ,Azi, Kamel, Liana, Rozi dan Rini persahabatan yang terbina di bumi
UTM adalah saat yang terindah dan jerit payah kita di kampus adalah
pengalaman paling berharga.
Buat guru-guru dan teman-teman seperjuangan SMK Tg Mahmud , Besut (1995-
1999). Terima-kasih atas segala-galanya. Bekalan ilmu yang dikutip di SMKTM
adalah penyuluh buatku selama di UTM.
Sesungguhnya kekecewaan dan kegagalan dahulu bukan untuk ditangisi tetapi
untuk diteladani dan direnungi hikmahnya.
Tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan
dan tanpa usaha dan tawakal impian tinggal kenangan.
iv
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Segala kepujian syukur kehadrat Allah SWT Pemilik sekalian alam dan
selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarganya, sahabat-sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan
ikhlas hinggalah ke hari kiamat.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) iaitu Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin
Noordin di atas segala bimbingan dan ilmu yang dicurahkan selama ini. InsyaAllah
bekalan ilmu ini penulis dapat gunakan apabila menyertai bidang perguruan nanti.
Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung ketika penulis menjalankan PSM ini terutama kepada guru-guru di sekitar
Kuala Terengganu. Besut, Setiu dan Marang yang telah menjadi subjek kajian
penulis. Kepada rakan-rakan yang membuat PSM di bawah penyelia yang sama
terima kasih di atas kesudian berkongsi pendapat dan bahan-bahan rujukan.
Kepada ayah; Encik Razali Bin Hj.Abd Rahaman, terima kasih kerana
membantu dari segi kewangan dan kemudahan pengangkutan ketika proses penilaian
MPK dilakukan di sekolah-sekolah. Kepada emak; Che Meryam Bt Hj.Yusof, terima
kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan.
Semoga jasa baik pihak yang terlibat mendapat keberkatan Allah SWT.
v
Abstrak
Keberkesanan pembelajaran seseorang pelajar bukan sahaja bergantung
kepada ketekunan pelajar mengulang kaji pelajaran malahan bersandarkan juga
kepada pemilihan bahan pembelajaran yang bermutu, menarik dan memenuhi
Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2003). Tiga buah MPK
telah dibina iaitu MPK 1: Penyejatan dan Pendidihan, MPK 2: Hukum-Hukum Gas,
MPK 3: Peranan Haba untuk mengkaji pembinaan dan penilaian kesesuaian MPK
Tenaga dan Haba pada peringkat tingkatan empat. Model Teras-Cabang (Shaharom,
1994) telah digunakan dalam pembinaan MPK . Dua jenis kajian telah dilakukan
iaitu Kajian Rintis dan Kajian Formatif. Kajian Rintis melibatkan empat orang guru
Fizik. Dua peringkat penilaian formatif telah dilakukan iaitu Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Pada
peringkat PFSS seramai empat orang guru Fizik terlibat dan dalam PFKK seramai 10
orang guru Fizik terlibat. Alat kajian terdiri daripada satu set Borang Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajran Kendiri (MPK)(Guru)(Shaharom, 1994). Hasil
dapatan kajian telah dianalisis secara statistik deskriptif iaitu dalam bentuk min,
sisihan min maksimum dan minimum. Hasil dapatan PFSS dan PFKK terhadap MPK
Haba dan Tenaga mendapat status amat sesuai dengan purata min keseluruhan 98.50
dan sisihan min keseluruhan ialah 9.50. Hasil dapatan PFKK pula mendapati status
MPK adalah amat sesuai dengan purata min keseluruhan ialah 99.17 dan purata
sisihan min keseluruhan ialah 8.73. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah
kedudukan sekolah di mana hasil dapatan PFSS bagi nilai purata min keseluruhan
merentas kedudukan sekolah Bandar (B) dan sekolah Luar Bandar (LB) ialah 98.00
dan 99.00 dengan nilai purata sisihan min keseluruhan masing-masing ialah 10.00
dan 9.00. Hasil dapatan PFKK bagi nilai purata min keseluruhan merentas
kedudukan sekolah Bandar (B) dan sekolah Luar Bandar (LB) ialah 97.13 dan
101.20 dengan nilai purata sisihan min keseluruhan masing-masing ialah 6.43 dan
10.03. Kedua-dua penilaian formatif tehadap MPK Haba dan Tenaga mendapati
status amat sesuai.
vi
Abstract
An effectiveness study not just depends on their effort to make revision but
also depends on the selection of a material that students use on their studying. The
material should have a great quality, interesting and it is fill up to huraian sukatan
pelajaran Fizik tingkatan empat. There were three SIMs that the researcher was
designed and built such as SIM 1 : Penyejatan dan Pendidihan, SIM 2: Hukum-
Hukum Gas and SIM 3: Peranan Haba. In the research, Teras-Cabang model were
used to design SIM. The three SIMs were assessed at two levels of Formative
Evolution: One-to-One Formative Evolution (OFE) and Small-Group Formative
Evolution (SGE). There were four Physic teachers involved in the OFE and ten
Physics teachers involved in the SGE. An instrument that were used in the research
called as Borang Soal Selidik Kesesuaian MPK (Guru)(Shaharom)(1994). The data
was collected, processed and analyzed by using statistic descriptive and the finding
were presented in min, min deviation, maximum and minimum. The result of (OFE)
show that the suitability status was very suitable with average min 98.50 and average
min deviation 9.50. The suitability status of SGE also shows that the SIMs was very
suitable with min average 99.17 and min deviation average is 8.73. Independent
variable for this research is school location where the min average for (OFE) across
Urban School and Rural School are 98.00 and 99.00 with the min deviation average
are 10.00 and 9.00. The finding result of SGE for Urban School and Rural School
are 97.13 and 101.20 with min deviation average are 6.43 and 10.03. As a
conclusion, both formative evaluation for the SIMs was very suitable.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI NOMBOR SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.1.1 Teks Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 4
1.1.2 Gambarajah Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 8
1.1.3 Ringkasan Bab Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 9
1.1.4 Aktiviti Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 10
1.1.5 Objektif Pembelajaran Yang
Kurang Penglibatan Pelajar 11
1.1.6 Soalan Di akhir Bab Yang Kurang
Penglibatan Pelajar 12
1.1.7 Bahasa Melayu Merentas
Kurikulum (BMKK) 13
1.2 Pernyataan Masalah 16
1.3 Objektif Kajian 16
viii
1.4 Persoalan Kajian 17
1.5 Rangka Kerja konsep 18
1.6 Kepentingan kajian 19
1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 19
1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 20
1.6.3 Kepentingan Kepada Institusi
Pendidikan Guru 21
1.6.4 Kepentingan Kepada Pusat
Perkembangan Kurikulum 21
1.7 Skop Kajian 22
1.8 Takrifan Istilah 22
1.8.1 Kelulusan Akademik 22
1.8.2 Kesesuaian 23
1.8.3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 23
1.8.4 Pembinaan 24
1.8.5 Tempoh Mengajar 24
1.8.6 Penilaian Formatif Satu dengan Satu 24
1.8.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 24
1.9 Rumusan 24
II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 26
2.1 Model-Model Yang Digunakan Untuk
Membina MPK 27
2.1.1 Model de Vito (1976) 27
2.1.2 Model Klingstedt (1972) 28
2.1.3 Model Burns (1972) 30
2.1.4 Model Meyer (1988) 31
2.1.5 Model Eijl (1976) 32
2.1.6 Model Teras-Cabang 34
2.1.6.1 Pengenalan 34
2.1.6.2 Isi Kandungan 35
ix
2.1.6.3 Penilaian Kendiri 35
2.1.6.4 Pengukuhan 36
2.1.6.5 Maklum Balas 36
2.1.6.6 Rujukan 37
2.2 Rasional Menggunakan
Model Teras-Cabang 37
2.3 Penilaian Formatif 39
2.3.1 Penilaian Formatif
Satu Dengan Satu 39
2.3.2 Penilaian Formatif
Kelompok Kecil 41
2.3.3 Penilaian Formatif
Ujian Lapangan (PFUL)
(Field Trial) 42
2.4 Pembelajaran Penguasaan
(Mastering Learning) 43
2.5 Kajian-Kajian Yang berkaitan Dengan
Pembinaan Dan Penilaian MPK 46
2.5.1 Kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik
Di Dalam Negara 46
2.5.2 Kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian MPK Dalam Bidang Selain Fizik
Di Dalam Negara 50
2.5.3 Kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian Kesesuaian MPK Merentas
Kedudukan Sekolah 53
2.5.4 Kajian Tentang Pembinaan Dan
Penilaian Kesesuaian MPK Dalam Bidang
Fizik Luar Negara 55
2.5.5 Kajian Tentang Pembinaan Dan
x
Penilaian Kesesuaian MPK Dalam Bidang
Selain Fizik Di Luar Negara 58
2.6 Rumusan 60
III PENGKAEDAHAN
3.0 Pendahuluan 62
3.1 Isi Kandungan MPK 62
3.1.1 MPK 1: Penyejatan Dan Pendidihan 62
3.1.2 MPK 2: Hukum-Hukum Gas 63
3.1.3 MPK 3: Peranan Haba 63
3.2 Subjek Kajian 64
3.3 Alat Kajian 64
3.4 Tatacara Kajian 65
3.4.1 Tahap Satu: Pembinaan Tiga MPK 65
3.4.2 Tahap Dua: Kajian Rintis dan
Penilaian Formatif 68
3.4.2.1 Kajian Rintis 68
3.4.2.2 Penilaian Formatif Satu
dengan Satu 69
3.4.2.3 Penilaian Formatif Kelompok
Kecil 69
3.5 Analisis Data 70
3.6 Andaian 72
3.7 Batasan Kajian 72
3.8 Rumusan 73
IV KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 74
4.1 Kajian Rintis 75
xi
4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK
Oleh Guru Fizik 75
4.2.1 Persoalan Kajian Satu 76
4.2.2 Persoalan Kajian Dua 77
4.3 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian MPK
Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan Sekolah 79
4.3.1 Persoalan Kajian Tiga 79
4.3.2 Persoalan Kajian Empat 81
4.4 Rumusan 83
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 86
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 87
5.2 Kesimpulan 91
5.3 Implikasi 92
5.3.1 Pelajar 93
5.3.2 Guru 94
5.3.3 Penggubal Kurikulum 95
5.3.4 Institusi Pendidikan 96
5.4 Cadangan 96
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 97
5.6 Rumusan 98
BIBLIOGRAFI 100
LAMPIRAN 110
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks 5
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)
Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian MPK 76
4.2 Kesimpulan Keputusan Penilaian Formatif
Satu Dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Fizik
Terhadap Kesesuaian MPK 76
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian MPK 78
4.4 Kesimpulan Keputusan Penilaian Formatif
Kelompok Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik
Terhadap Kesesuaian MPK 78
4.5 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)
Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian MPK
Merentas Kedudukam Sekolah 80
4.6 Kesimpulan Keputusan Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu (PFSS) Merentas Kedudukan
Sekolah 80
4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Guru Fizik Terhadap Kesesuaian
MPK Merentas Kedudukan Sekolah 82
4.8 Kesimpulan Keputusan Penilaian Formatif
Kelompok Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik
Merentas Kedudukan Sekolah 82
5.1 Analisis PFSS dan PFKK Merentas
Pemboleh Ubah Bebas MPK 88
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja konsep 18
2.1 Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) 37
2.2 Model Pembelajaran Penguasaan
(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002) 45
3.1 Rangka Kerja Operasi Tahap Satu
(Ubahsuai: Shaharom, 1994) 66
3.2 Rangka Kerja Operasi Penghasilan MPK
(Ubahsuai: Shaharom, 1994) 67
3.3 Rangka Kerja Kajian Rintis
(Ubahsuai: Shaharom 1994) 68
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif
(Ubahsuai: Shaharom 1994) 70
xiv
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
Σ - Jumlah
x1 - Markat Subjek Pertama
x - Min
xi - Setiap Markat
+ - Tambah
= - Bersamaan
B - Bandar
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPK - Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK (Guru)
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
LB - Luar Bandar
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
P&P - Pengejaran Dan Pembelajaran
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
URL - Ujian Rujuk Kriteria
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) (Guru) 110
B Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) 116
C Borang Pengesahan Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) Untuk Pakar bidang 119
D Jadual Pemeringkatan Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Untuk Guru 121
E Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan
Di Terengganu; Daerah Kuala Terengganu,
Marang, Setiu Dan Besut Mengikut
Kedudukan Sekolah 123
F Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM
Tingkatan Empat 2003
Tajuk: Haba Dan Tenaga 125
xvi
G Surat Kebenaran Bagi menjalankan kajian
Di Sekolah-Sekolah, Maktab-Maktab Perguruan,
Jabatan-Jabatan Pendidikan Dan
Bahagian-Bahagian Di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia
Oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia
Dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 130
H Surat Pengenalan Diri Pelajar 134
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses P&P. Pada
masa sekarang kita dapat perhatikan bahawa buku teks adalah bahan utama yang
sering digunakan oleh guru di dalam kelas di samping buku rujukan. Namun, adakah
buku teks dan buku rujukan tersebut sudah memenuhi piawaian sebagaimana yang
telah di tetapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)? Dan adakah
penggunaannya dapat menarik minat pelajar untuk mendalami isi pengajaran guru?
Sementara itu, jika berlaku penemuan-penemuan terbaru dalam bidang Sains
adakah wajar isi kandungan buku teks Sains diubah? Sedangkan buku teks tersebut
baru mengalami pembaikan dan pembaharuan. Selain memerlukan kos yang tinggi
masa yang diperuntukkan untuk membina buku teks baru juga adalah lama. Untuk
mengatasi kepincangan ini penggunaan modul pengajaran kendiri (MPK) adalah
sesuai dan bertepatan sekali. Ini kerana untuk memperbaharui sesebuah MPK tidak
memerlukan kos yang tinggi dan hanya memerlukan masa yang agak singkat untuk
diubah suai.
2
Menurut Syuhada Choo (1995: hlm 7,8),
“Bagi kurikulum di peringkat menengah atas pula sepatutnya bercorak
modular supaya Kurikulum Sains dapat dikemaskinikan dari semasa ke
semasa mengikut perkembangan teknologi pesat.”
Sebenarnya ini merupakan salah satu rumusan yang dicadangkan dalam Seminar
Kebangsaan Kurikulum 1995.
Modul pembelajaran kendiri (MPK) adalah satu bahan pembelajaran yang
boleh membantu pelajar belajar secara berkesan. Pelajar lebih mudah mengikuti
pengajaran guru kerana aktiviti pembelajaran dalam MPK dapat melibatkan pelajar
secara aktif agar mereka memperkembangkan daya pemikiran yang kritis, analitis
dan kreatif. Menurut Shaharom (1991: hlm 91),
“Modul pembelajaran kendiri (MPK) adalah pakej pembelajaran yang
bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri. Ia berbeza dari
segi panjang kandungan serta formatnya.”
Oleh itu, pelajar yang mempunyai masalah untuk menguasai sesuatu isi
pengajaran guru boleh menggunakan MPK untuk melakukan pengayaan dan
pemulihan walau tanpa bimbingan guru yang berterusan pada bila-bila masa sahaja.
Pelajar hanya memerlukan guru sebagai pembimbing sahaja dan guru hanya
memberi panduan kepada pelajar untuk menggunakan MPK dengan berkesan.
Menurut Sharifah Alwiyah (1984, hlm 93),
“ Penglibatan guru dalam penggunaan modul tidak boleh secara kelas (atau
memberi tunjuk ajar untuk ramai pada satu ketika); sebaliknya, penglibatan
guru ialah secara individu iaitu individu pada satu ketika. Dengan kata lain,
guru mengajar dengan cara tidak langsung.”
Penggunaan MPK dapat menjadikan sesebuah sekolah itu dapat berfungsi
dengan lebih berkesan melalui peningkatan akademik di kalangan pelajar. Modul
pengajaran kendiri (MPK) adalah bahan pengajaran yang membolehkan pelajar
memproses maklumat yang ada untuk membina kefahaman melalui latihan-latihan
yang disediakan. Latihan yang terdapat dalam MPK merangkumi semua aras
Taksonomi Bloom agar pelajar tidak hanya disogokkan dengan soalan-soalan yang
berbentuk fakta semata-mata. Latihan latih tubi yang disediakan mampu menguji
3
tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu isi pengajaran kerana latihan yang
disediakan turut merangkumi soalan berbentuk aplikasi konsep. Jadi, MPK
menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat mencabar minda pelajar supaya mereka
lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Modul Pengajaran Kendiri sesuai
dijadikan bahan pengajaran kerana ia bersifat fleksibel dan dapat melengkapkan
proses P&P (Noran Fauziah,1981).
Menyedari kepentingan pengajaran bermodul maka MPK yang dibina akan
dinilai agar sesuai dan menepati kehendak FPK. Modul Pengajaran Kendiri yang
baik akan dapat membantu pelajar memahami sesuatu isi pelajaran dengan lebih
mendalam khususnya dalam mata pelajaran yang dianggap sukar seperti mata
pelajaran Fizik. Modul pengajaran kendiri yang disediakan bukan sahaja perlu
menarik dari segi rupa (berwarna warni) tetapi apa yang lebih penting isi
kandungannya benar-benar padat, mantap dan terkini. Pelajar juga tidak menghadapi
masalah dalam mendapatkan bahan bantuan belajar yang sesuai kerana MPK yang
dibina sudah melalui proses penilaian yang teliti serta dijamin mutunya.
1.1 Latar Belakang Masalah
Untuk menjamin sesebuah buku itu bermutu dan sesuai dijadikan sebagai
bahan pengajaran, beberapa aspek perlu dinilai terhadap buku tersebut. Kerja
analisis sesebuah buku ini perlu merangkumi aspek menilai teks, menilai
gambarajah, menilai soalan diakhir bab, menilai ringkasan dan menilai aktiviti
(Romey,1968). Sesebuah buku yang baik adalah memenuhi sukatan pelajaran
terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia di samping menyediakan aktiviti-aktiviti yang benar-benar
dapat membina kefahaman pelajar. Soalan-soalan yang disediakan perlu
merangkumi semua aras Taksonomi Bloom. Objektif bagi setiap bab sebelum
sesuatu pembelajaran perlu disertakan agar pelajar jelas apa yang perlu dicapai
diakhir pembelajaran. Jadi, adakah buku yang digunakan sebagai bahan pengajaran
sekarang sudah memenuhi segala aspek yang telah dinyatakan tadi?
4
1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Untuk menilai buku dari segi teks boleh dikategorikan seperti yang
dinyatakan di bawah:
a) Kenyataan fakta iaitu kenyataan mudah yang menyampaikan data atau
pemerhatian yang dibuat oleh orang lain.
b) Kesimpulan atau generalisasi iaitu pendapat yang dinyatakan oleh penulis
tentang maksud atau perkaitan antara item-item dalam satu siri fakta.
c) Takrifan.
d) Soalan yang dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera di dalam buku teks
e) Soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data.
f) Kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri.
g) Arahan memberitahu pelajar melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti,
kenyataan yang berbentuk masalah yang akan disediakan oleh pelajar.
h) Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan semangat pelajar tetapi tidak
terdapat jawapan segera di dalam buku teks.
Dari kategori (a) hingga (h) akan diperolehi indeks teks, It.
It = e + f + g + h
a + b + c + d
i) Kategori (a), (b), (c) dan (d) tidak memerlukan penglibatan pelajar atau
menggunakan kemahiran-kemahiran saintifik.
ii) Sesebuah buku akan bersifat autoritarian dan tidak bersifat penyiasatan jika
banyak mengandungi kategori-kategori a), b), c) dan d).
iii) Buku yang banyak mengandungi kategori-kategori e), f), g) dan h) sesuai
untuk kegunaan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan
penyiasatan.
(Sumber : Ubahsuaian Romey, 1968)
5
Jadual 1.1: Tafsiran Indeks
Bilangan Nilai Indeks Maksud nilai indeks
1
0
- Tiada penglibatan pelajar
2
< 0.4
- Autoritarian dan kurang mencabar
(Hafalan dan tafsiran)
3
1
- Buku yang seimbang di antara kenyataan-
kenyataan yang tiada penglibatan pelajar dengan
kenyataan-kenyataan yang memerlukan
pemikiran pelajar.
4
>1.5
- Tanpa isi kandungan.
- Hanya cukup soalan.
- Tiada cukup data / maklumat untuk pelajar
bekerja dengan berkesan.
5
Infiniti
- Setiap kenyataan dan setiap gambarajah
memerlukan pelajar membuat analisis. Tanpa isi
kandungan.
(Sumber : Ubahsuaian Romey, 1968)
Sesetengah guru ragu-ragu sama ada teks dari buku rujukan dan buku teks
yang diguna oleh mereka sesuai atau tidak dalam P&P. Kadang kala teks yang
digunakan itu tidak memenuhi kehendak kurikulum mata pelajaran dan FPK. Teks
yang berada di pasaran sekarang kurang memberi penekan terhadap kemahiran
saintifik dan hampir tidak dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar terhadap
isi pelajaran terutama dalam mata pelajaran yang dianggap sukar oleh pelajar seperti
Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Di sini, penulis ingin membentang beberapa
masalah yang menyebabkan buku teks dan rujukan kurang bermutu untuk digunakan
6
oleh pelajar mahupun guru.. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001: hlm
5),
“Pembelajaran berfikrah adalah proses pembelajaran yang menggalakkan
murid berfikir. Melalui pembelajaran berfikrah minda murid mampu
dikembangkan ke tahap optimum”
Jadi adakah konsep pembelajaran berfikrah ini dapat dilaksanakan sedangkan
teks yang digunakan guru tidak menepati kriterianya? Sesuatu P&P itu dikatakan
berfikrah apabila melibatkan pelajar secara aktif, berteraskan kemahiran berfikir,
strategi berfikir serta kemahiran saintifik, mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif,
tidak rutin, pelajar sedar secara eksplisit kemahiran yang digunakan, soalan yang
dikemukan adalah pada aras tinggi, pelajar terlibat dengan penyelesaian masalah,
membuat keputusan atau mengkonsepsikan dan pelajar menggunakan kemahiran
berfikir secara aktif. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
Berikut adalah data berkenaan indeks penglibatan pelajar terhadap teks yang
diambil dari lima jenis buku rujukan dan buku teks. Menurut Wong (2001) yang
menjalankan analisis terhadap buku rujukan berjudul Revisi Komprehensif Fizik
SPM (4531) (Anthony, 1994) mendapati bahawa indeks penglibatan pelajar untuk
teks ialah 0.03. Analisis yang dibuat oleh Yahaya (2000) terhadap buku rujukan
bertajuk Semak Cepat Fizik KBSM Tingkatan 4 dan 5 (Mohd. Harin, 1995)
memperolehi indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah 0.14. Dari analisis yang
dilakukan oleh Soo (2000) terhadap buku rujukan yang berjudul Bantu Studi
Lengkap SPM ceria Fizik (Tho , 1999) mendapati indeks penglibatan pelajar dalam
teks ialah 0.17. Keputusan analisis yang dilakukan oleh Marlina (2001) terhadap
buku rujukan berjudul Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991) mendapati bahawa
indeks penglibatan pelajar untuk teks adalah sebanyak 0.18 sahaja. Hasil analisis
yang dibuat oleh Norhafizah (2001) terhadap buku rujukan berjudul Visi Cemerlang
SPM Fizik KBSM (Yee,1995) memperolehi indeks penglibatan pelajar untuk teks
secara keseluruhan sebanyak 0.36.
Secara puratanya semua buku rujukan ini mempunyai julat indeks
penglibatan pelajar terhadap teks sebanyak 0.03 hingga 0.36. Berdasarkan Jadual
1.1, indeks-indeks ini berada pada kurang dari 0.40. Maka boleh dikatakan buku-
7
buku ini adalah autoritarian dan kurang mencabar serta lebih kepada hafalan dan
takrifan. Walaupun begitu, buku rujukan berjudul Revisi Komprehensif Fizik SPM
(4531) (Anthony, 1994) menunjukkan indeks penglibatan pelajar hampir sifar dan
berdasarkan Jadual 1 buku ini hampir tiada penglibatan pelajar dalam teks. Oleh itu,
apa gunanya teks tersebut jika tiada penglibatan pelajar? Sedangkan sesebuah buku
yang baik perlu mempunyai teks yang melibatkan pelajar secara seimbang.
Sementara itu, buku rujukan berjudul Semak Cepat Fizik KBSM Tingkatan 4 dan 5
(Mohd. Harin, 1995), Bantu Studi Lengkap SPM ceria Fizik (Tho , 1999), Fizik
Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991), dan Visi Cemerlang SPM Fizik KBSM
(Yee,1995) berada kurang dari 0.40. Maka buku-buku ini mempunyai teks yang
banyak melibatkan hafalan dan takrifan semata-mata.
Jadi, dari data-data yang dibentangkan tadi dapat dirumuskan bahawa buku-
buku ini kurang sesuai di gunakan dalam P&P yang berpusatkan pelajar kerana ia
bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Disebabkan kategori a, b, c, d, melebihi
kategori e, f, g dan h maka buku rujukan ini mengandungi banyak teks yang tidak
memerlukan penglibatan pelajar atau menggunakan kemahiran saintifik. Kategori a,
b, c, d adalah kategori bagi teks yang kurang melibatkan pelajar. Justeru itu, pelajar
tidak terlibat secara aktif dan berfikir dengan kritis dalam membina kefahaman
terhadap sesuatu isi pengajaran .
Teks yang disediakan hampir tidak dapat membina pemikiran pelajar kerana
mereka tidak dapat melakukan penyiasatan sendiri dengan mengunakan kemahiran
saintifik yang dipelajari. Jika pelajar hanya disogokkan dengan teks berbentuk
hafalan dan takrifan maka pelajar tidak dapat memahami dengan mendalam konsep-
konsep yang dipelajari dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakan ilmu
pengetahuan yang ditimba di sekolah dalam kehidupan sebenar. Ini bermakna
suasana proses pengajaran dan pembelajaran akan bersifat tidak menyeronokkan
kerana pelajar akan menjadi pasif dengan hanya menerima sahaja apa yang dipelajari
tanpa memproses maklumat yang diperolehi itu . Pembelajaran secara berfikrah
juga tidak dapat diterapkan dalam sistem pendidikan. Jadi buku-buku ini kurang
sesuai dijadikan bahan pengajaran utama di sekolah dan ia memerlukan pemurnian
lagi. Usaha ini penting agar matlamat kurikulum untuk semua mata pelajaran Sains
dalam melahirkan pelajar berpengetahuan dalam sains dan teknologi supaya dapat
8
mengaplikasikan ilmu mereka dalam kehidupan sebenar tercapai (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
1.1.2 Gambarajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Penggunaan gambarajah boleh dikelaskan kepada dua iaitu digunakan hanya
untuk tujuan penerangan dan ketika memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti
atau menggunakan data.
Indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah bagi buku rujukan Nota Padat
SPM Fizik KBSM (Khoo,1999) yang dianalisis oleh Hasralda (2001)memperolehi
nilai 0.33. Menurut Wong (2001) yang menjalankan analisis terhadap buku rujukan
berjudul Revisi Komprehensif Fizik SPM (4531) SPM (Anthony, 1994)
memperolehi keputusan indeks bagi penglibatan untuk gambarajah ialah 0.37.
Berdasarkan Jadual 1 kedua-dua buku ini berada pada kategori kurang dari 0.40.
Maka gambarajah yang terdapat dalam buku ini bersifat autoritarian iaitu ia bersifat
hafalan dan takrifan semata-mata. Gambarajah yang disertakan itu adalah sekadar
penerangan atau ringkasan dari fakta yang dibincangkan. Pelajar tidak dapat
menggunakan gambarajah yang diberi untuk berfikir bagi membina idea-idea baru
tetapi sekadar menghafal maklumat yang diberikan oleh guru.
Hasil analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Nor Rahimah (2002) terhadap
buku rujukan Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997)
memperolehi indeks peglibatan pelajar terhadap gambarajah ialah 0.44. Menurut
Marlina (2001) yang menjalankan analisis kuantitatif terhadap buku rujukan berjudul
Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991) mendapati indeks penglibatan pelajar
terhadap gambarajah ialah 0.85. Dari hasil analisis yang dibuat oleh Soo (2000)
terhadap buku rujukan berjudul Bantu Studi Lengkap SPM ceria Fizik (Tho , 1999)
memperolehi indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah 2.31. Berdasarkan
Jadual 1.1 buku berjudul Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997)
dan Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991) berada pada kategori menghampiri
nilai satu. Iaitu hampir seimbang di antara kenyataan-kenyataan yang melibatkan
9
pelajar dengan kenyataan-kenyataan yang tidak melibatkan kenyataan. Bagi buku
rujukan berjudul Bantu Studi Lengkap SPM ceria Fizik (Tho , 1999) indeks
penglibatan pelajar adalah lebih daripada 1.50 dan merujuk Jadual.1, ia membawa
maksud gambarajah yang dikemukakan adalah tanpa isi kandungan, hanya soalan
diberikan. Gambarajah tersebut juga tidak cukup data atau maklumat yang
membolehkan pelajar bekerja secara berkesan.
Gambarajah yang baik dan seimbang diperlukan dalan sesebuah bahan
pengajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses P&P.
Gambarajah yang disertakan bukan sahaja melibatkan pelajar untuk mengeluarkan
idea-idea yang kritis malah dapat membentuk pembelajaran secara berfikrah.
1.1.3 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Ringkasan bab boleh dikategorikan kepada dua iaitu untuk mengulang
kesimpulan bab dan mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak
terdapat dalam teks atau tertakluk pada kajian semasa (Romey, 1968).
Dari analisis yang dilakukan oleh Hasralda (2001) terhadap buku rujukan
bertajuk Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo,1999), Salfarina (2002) terhadap buku
rujukan yang berjudul Nota komprehensif SPM Fizik (Christine,1999) dan Yahaya
(2000) terhadap buku rujukan berjudul Semak Cepat Fizik KBSM Tingkatan 4 dan 5
(Mohd. Harin, 1995) memperolehi tiada ringkasan bab disediakan. Oleh itu, pelajar
tidak dapat menguji tahap kefahaman dan penguasaan mereka terhadap sesuatu bab.
Hasil analisis kuantitatif yang dijalankan oleh Norhafizah (2001) terhadap
buku rujukan berjudul Visi Cemerlang SPM Fizik KBSM (Yee,1995) dan Marlina
(2001) terhadap buku rujukan berjudul Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991)
mendapati indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab ialah sifar. Maka merujuk
Jadual 1.1, ia membawa maksud ringkasan yang disediakan tidak melibatkan pelajar.
Jika diteli lagi, ringkasan bab yang disediakan tidak mengemukakan soalan-soalan
baru dimana jawapan tidak terdapat dalam teks atau tertakluk kepada kajian semasa.
10
Jadi ringkasan bab yang sediakan kurang membantu pelajar memahami sesuatu isi
pengajaran. Ringkasan bab tersebut perlu diperbaiki agar lebih banyak soalan-soalan
baru di mana jawapannya tidak terdapat dalam teks atau tertakluk pada kajian
semasa. Dengan itu, pelajar dapat menguasai isi pengajaran dengan baik dan mudah.
1.1.4 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar.
Nilai indeks aktiviti boleh diperoleh dengan bilangan aktiviti yang terdapat
dibahagi dengan bilangan muka surat yang dilihat (Romey, 1968).
Dari keputusan analisis kuantitatif yang dijalankan oleh Hasralda (2001)
terhadap buku rujukan bertajuk Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo,1999),
mendapati indeks penglibatan pelajar dalam aktiviti ialah 0.19. Menurut Norhafizah
(2001) yang menjalankan analisis terhadap buku berjudul Visi Cemerlang SPM Fizik
KBSM (Yee,1995) indeks penglibatan pelajar bagi buku tersebut ialah 0.30.
Merujuk Jadual 1.1 buku rujukan berjudul Nota Padat SPM Fizik KBSM
(Khoo,1999) dan Visi Cemerlang SPM Fizik KBSM (Yee,1995) bersifat autoritarian
dan kurang mencabar kerana indeks bagi kedua-dua buku ini kurang dari 0.40 .
Aktiviti yang terdapat dalam buku tersebut berada pada aras hafalan dan takrifan.
Oleh itu, pelajar tidak dapat menguji setakat mana pemahaman dan kebolehan
menggunakan sesuatu konsep yang dipelajari dalam situasi tertentu.
Hasil analisis yang dilakukan oleh Wong (2001) terhadap buku berjudul
Revisi Komprehensif Fizik SPM (4531) KBSM (Anthony, 1994) mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.40. Menurut Soo (2000) yang menjalankan
analisis terhadap buku berjudul Bantuan Studi Lengkap SPM ceria Fizik (Tho, 1999)
indeks penglibatan pelajar ialah 0.50. Hasil analisis dari buku rujukan yang bertajuk
Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997) oleh Nor Rahimah (2002)
memperolehi nilai indeks sebanyak 0.66. Bagi buku rujukan berjudul Revisi
Komprehensif Fizik SPM (4531) KBSM (Anthony, 1994), Bantuan Studi Lengkap
SPM ceria Fizik (Tho, 1999) dan Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia;
1997) menunjukkan indeks penglibatan pelajar terhadap aktiviti adalah dari 0.40
11
hingga 1.00 berdasarkan Jadual 1.1. Walaupun begitu, ia lebih menghampiri nilai
0.40 maka ia lebih bersifat autoritarian dan kurang mencabar kecuali buku rujukan
berjudul Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997). Ini kerana buku
rujukan berjudul Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997)
mempunyai indeks yang menghampiri satu dan merujuk kepada Jadual 1.1, ia
bermaksud aktiviti yang ada dalam buku ini melibatkan pelajar secara seimbang.
Walaupun begitu, ia masih memerlukan pembaikan agar lebih sesuai dan baik
digunakan kepada pelajar.
Buku yang mengandungi aktiviti yang seimbang dan bermutu untuk pelajar
mampu menarik minat pelajar untuk menguasai sesuatu isi pengajaran dengan lebih
mendalam. Pelajar bukan sahaja boleh menguji tahap pemahaman mereka malah
dapat melakukan pengayaan untuk memperbaiki salah faham konsep dengan mudah
dan berkesan. Aktiviti yang mencabar dapat menggalakkan pelajar berfikir dengan
kritis dan menjadikan suasana P&P menyeronokkan dan ceria.
1.1.5 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Menurut Soo (2000) yang menjalankan analisis terhadap buku berjudul
Bantuan Studi Lengkap SPM ceria Fizik (Tho, 1999), Hasralda (2001) terhadap buku
berjudul Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo,1999) , Nor Rahimah (2002) terhadap
buku berjudul Siri Pelangi Fokus Fizik SPM (Lim, Poh dan Chia; 1997), Marlina
(2001) terhadap buku berjudul Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Kariem, 1991) dan
Yahaya (2000) terhadap buku rujukan berjudul Semak Cepat Fizik KBSM Tingkatan
Empat dan Lima (Mohd Harin, 1995) mendapati bahawa, kesemua buku yang
dianalisis tersebut tidak mempunyai indeks. Ini kerana, tiada objektif pembelajaran
disertakan bagi setiap bab. Maka bagaimana buku rujukan ini boleh dijadikan
rujukan utama sedangkan pelajar tidak diberitahu apa yang perlu mereka kuasai
setelah proses P&P.
12
Menurut Shaharom dan Mohd Tajudin (2001: hlm 43),
“Perancangan pengajaran merangkumi aspek-aspek seperti mengenal pasti
objektif, menyediakan isi kandungan, memilih bahan, menentukan strategi
pengajaran yang sesuai dan menstrukturkan cara-cara untuk menilai apa yang
pelajar telah pelajari.”
Maka jika tiada objektif pembelajaran disertakan bagaimana guru hendak
mempastikan bahan pengajaran yang digunakan selari dengan kehendak objektif
pengajaran. Adalah lebih baik jika objektif pembelajaran disertakan bagi setiap bab
agar pelajar dapat mengetahui dengan tepat apa yang perlu mereka kuasai dan guru
dapat menggunakan bahan tersebut untuk membuat perancangan pengajaran yang
tepat.
1.1.6 Soalan Di akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar
Soalan di akhir bab yang melibatkan pelajar secara seimbang adalah penting
untuk memperbaiki kefahaman pelajar dalam membantu mereka mencapai tahap
penguasaan yang ditetapkan (Shaharom, 2003). Ia bukan sahaja boleh berperanan
sebagai ujian formatif malahan boleh berfungsi sebagai ujian diagnostik. Penilaian
ini dapat membantu guru mengawasi proses P&P dan menentukan kesukaran pelajar
dalam menguasai sesuatu konsep (Mohd Najib, 1997).
Keputusan analisis yang dilakukan oleh Marlina (2001) terhadap buku
rujukan berjudul Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Abdul Kariem, 1991) memperolehi
indeks penglibatan pelajar terhadap soalan diakhir bab ialah 0.40. Merujuk Jadual
1.1, nilai indeks tersebut membawa maksud soalan di akhir bab yang terdapat dalam
buku tersebut bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Jadi, soalan yang
dikemukakan tidak dapat menguji penguasaan pelajar terhadap sesuatu bab secara
maksimum.
13
Hasil analisis dari buku rujukan yang bertajuk Fizik Tingkatan 4 ( Poh dan
Sabtu, 2001) oleh Hanafi (2002) memperolehi nilai indeks 1.70. Dari analisis oleh
Hasralda (2001) terhadap buku rujukan berjudul Nota Padat SPM Fizik KBSM
(Khoo, 1999) mendapati indeks penglibatan pelajar terhadap soalan diakhir bab ialah
2.33. Analisis yang dilakukan oleh Salfarina (2002) terhadap buku rujukan berjudul
Nota Komprehensif SPM Fizik (Christine, 1999) memperolehi indeks 2.64.
Keputusan analisis yang dilakukan oleh Maslindah (2000) terhadap buku rujukan
berjudul Sukses Lengkap SPM Fizik Tingkatan 4 & 5 (Yap, 1996) memperolehi
indeks penglibatan pelajar terhadap soalan diakhir bab ialah 5.48. Merujuk Jadual 1,
semua nilai indeks buku-buku rujukan tadi lebih besar dari nilai 1.50 maka ia
membawa maksud soalan yang dikemukakan tidak menggalakkan pelajar bekerja
dengan berkesan. Soalan yang disediakan di akhir bab lebih menjurus kepada soalan
aras hafalan dan takrifan sahaja. Manakala soalan yang memerlukan pelajar
mengaplikasi pembelajarannya daripada bab berkenaan ke situasi baru dan soalan
berbentuk penyelesaian masalah agak kurang dan di mana bilangannya perlu
ditambah terutama bagi buku rujukan yang berjudul Sukses Lengkap SPM Fizik
Tingkatan 4 & 5 (Yap, 1996) kerana indeksnya bernilai 5.48. Ini menunjukkan
bahawa banyak soalan berbentuk takrifan dan hafalan yang terdapat dalam buku ini.
Maka buku ini memerlukan pemurnian lagi agar sesuai dijadikan bahan rujukan
dalam membantu pelajar menguasai isi kandungan pengajaran. Begitu juga dengan
buku rujukan berjudul Fizik Tingkatan 4 (Tho dan Abdul Kariem, 1991), Fizik
Tingkatan 4 ( Poh dan Sabtu, 2001), Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999) dan
Nota Komprehensif SPM Fizik (Christine, 1999) yang memerlukan kerja pemurnian
terhadap soalan-soalan di akhir bab agar buku rujukan yang digunakan oleh pelajar
terjamin mutunya.
1.1.7 Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMKK)
Bahasa Melayu adalah bahasa utama yang digunakan di sekolah.
Penggunaan bahasa Melayu merupakan satu kaedah untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia yang pelbagai kaum. Jadi, tidak hairan mengapa Bahasa Melayu Merentas
14
Kurikulum (BMMK) diberi penekanan dalam KBSM. Menurut Halijah (1995, hlm
31),
“Matlamat BMMK adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa sebagai
satu mata pelajaran dan bahasa sebagai penghantar kandungan mata pelajaran
lain. Dengan menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam semua
mata pelajaran dan kokurikulum, mutu bahasa Melayu dalam penggunaannya
akan meningkat. Ini akan mengakibatkan proses pemelajaran kandungan
mata pelajaran yang mencakupi ilmu pengetahuan dan kemahiran, lebih
mudah dikuasai oleh pelajar-pelajar.”
Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat melahirkan sistem pendidikan
yang berkesan dan cemerlang. Menurut A.Aziz (1998, hlm 31),
“Besarnya jumlah pelajar yang berjaya dengan cemerlangnya hingga
mengizinkan mereka menjejakkan kaki ke universiti atau menara gading, dan
seterusnya menunjangi arena profesional, korporat dan politik negara, bukan
sahaja membuktikan kejayaan sistem pendidikan negara, malah
mencerminkan keberkesanan bahasa yang digunakan dalam mendidik mereka
ketika dibangku sekolah. Sebaliknya, kurang keberkesanannya bahasa yang
digunakan dalam pendidikan mungkin menyumbang kepada sebab kegagalan
beberapa banyak pelajar yang lain hingga menimbulkan masalah negara.”
Namun pada ketika bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa ilmu, timbul
fenomena baru di mana bahasa Inggeris dimelayukan. Fenomena ini semakin galak
berlaku kerana orang Melayu sendiri lebih gemar menggunakan istilah Inggeris yang
telah dimelayukan contohnya perkataan efektif, implikasi, dan justifikasi. Namun
begitu, adakah istilah bahasa Inggeris yang dimelayukan ini sesuai digunakan dalam
penulisan buku berbentuk ilmiah? Maksud di sini menggunakan perkataan atau
istilah Inggeris yang dimelayukan sedangkan perkataan tersebut masih mempunyai
istilah Melayu asli yang masih membawa maksud yang sama. Contohnya
penggunaan istilah ‘studi’ yang dimelayukan dari bahasa Inggeris ‘study’ sering
digunakan sekarang, walhal istilah bahasa Melayu aslinya ‘belajar’ lebih baik
digunakan dan masih membawa erti yang sama. Jadi tidakkah keaslian dan
keindahan bahasa Melayu akan tercemar ekoran penggunaan istilah yang dicedok
dari bahasa Inggeris yang semakin berleluasa dalam bidang penulisan? Tidakkah ia
15
mendatangkan kesan buruk kepada pembaca khususnya pelajar? Menurut A.Aziz
(1998: hlm 32),
“Bahasa yang digunakan dalam buku amat besar pengaruhnya kepada pelajar,
khususnya dari segi pendidikan. Secara mudah, buku yang ditulis dengan
bahasa yang kurang baik, yakni tatabahasanya kacau, ayat tidak bertenaga,
diksinya lemah, tidak persis dan tidak ada unsur yang indah, tentu sekali tidak
akan merangsang pelajar untuk membacanya.”
Di dalam buku rujukan berjudul Revisi Prioriti SPM Fizik Tingkatan 4&5
(Lim, Lim dan Toh; 2003) pada muka surat 9 terdapat penggunaan perkataan
‘kuantiti’ dimana perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan ‘jumlah’.
‘Kuantiti’ adalah istilah Inggeris iaitu ‘quantity’ yang telah dimelayukan. Dari buku
yang sama pada muka surat 51 terdapat penggunaan istilah ‘eksperimen’ yang lebih
sesuai digantikan dengan perkataan ‘uji kaji’. Istilah ‘eksperimen’ adalah diambil
dari bahasa Inggeris iaitu ‘experiment’. Oleh itu, buku rujukan yang digunakan
oleh pelajar dan guru harus mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang betul
supaya secara langsung dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu selari dengan kehendak KBSM.
Apabila bahan bacaan ilmiah diterbitkan dalam bahasa Melayu maka tidak
timbul lagi bahawa kita kekurangan bahan rujukan ilmiah bercetak dalam bahasa
Melayu. Sehingga sistem pendidikan terpaksa memberi penekanan terhadap
penguasaan dan penggunaan bahasa Ingggeris melebihi penggunaan bahasa Melayu
kerana dikatakan bahan rujukan ilmiah sukar didapati dalam bahasa Melayu terutama
bagi mata pelajaran Sains, Fizik, kimia dan Biologi. Menurut Awang (1995 : hlm
31),
“Dapatlah dikatakan bahawa salah satu sebab malapnya sinar persuratan
ilmiah dalam bahasa Melayu berhubungan dengan soal penguasaan syarat
asas penghasilan bentuk persuratan itu sendiri, iaitu bahasa. Jalan keluar
yang paling mudah bagi golongan ini ialah menggunakan alat lain yang
kebetulan memang dikuasainya, iaitu bahasa Inggeris.”
16
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu harus dipertingkatkan lagi
terutamanya menerusi penghasilan bahan ilmiah bercetak dan ini merupakan salah
satu cara untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu diperingkat antarabangsa.
Seharusnya kita sebagai bangsa Malaysia membantu mengukuhkan taraf bahasa
Melayu setelah bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan penghantar ilmu (Awang,1995).
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan di atas kajian yang
dijalankan adalah untuk menilai sama ada MPK yang dibina bagi mata pelajaran
Fizik yang bertajuk Penyejatan Dan Pendidihan, Hukum-Hukum Gas dan Peranan
Haba adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
pada peringkat tingkatan empat.
1.3 Objektif Kajian
Dari pernyataan masalah di atas, objektif kajian ini adalah untuk:
1. Membina tiga MPK bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat yang
bertajuk Haba dan Tenaga berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Fizik
KBSM Tingkatan Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003) iaitu:
MPK 1: Penyejatan Dan Pendidihan
MPK 2 : Hukum-Hukum Gas
MPK 3 : Peranan Haba
2. Menilai Kesesuaian MPK Penyejatan Dan Pendidihan, Hukum-Hukum Gas
dan Peranan Haba yang dibina untuk pelajar tingkatan empat yang
mengambil mata pelajaran Fizik.
17
3. Menilai kesesuai MPK Penyejatan Dan Pendidihan, Hukum-Hukum Gas dan
Peranan Haba yang dibina untuk pelajar tingkatan empat oleh guru merentas
kedudukan sekolah.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini beberapa aspek persoalan dipertimbangkan seperti
berikut:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK
Penyejatan Dan Pendidihan, Hukum-Hukum Gas dan Peranan Haba
menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran
Fizik untuk pelajar tingkatan empat?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK
Penyejatan Dan Pendidihan, Hukum-Hukum Gas dan Peranan Haba
menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran
Fizik untuk pelajar tingkatan empat?
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu oleh guru Fizik terhadap MPK Penyejatan Dan Pendidihan,
Hukum-Hukum Gas dan Peranan Haba yang dibina merentas guru merentas
kedudukan sekolah?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam Penilaian Formatif
Kelompok Kecil oleh guru Fizik terhadap MPK Penyejatan Dan Pendidihan,
Hukum-Hukum Gas dan Peranan Haba yang dibina merentas guru kedudukan
sekolah?