Ii - myrepositori.pnm.gov.my...kan solat Jumaat," katanya kepada ... maruah serta adab mengingatkan...

1
4 Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh . com. my P enyerapan budaya dari Asia Barat atau Arabisasi di alam Melayu sering diang- gap menghilangkan budaya Melayu sehingga ia dijadikan isu dan polemik dalam masyarakat. Antara trend Arabisasi dalam masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan isu itu adalah pemakaian jubah, selain penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Arab. Bagi sebahagian pihak, aliran pemakaian yang semakin mesra dalam kalangan masyarakat Me- layu hari ini dilihat tidak wajar diperbesarkan, apatah lagi jubah yang dikenakan mengikut syariat . Islam. Bagaimanapun, ada pula yang menyifatkan trend pemakaian jubah itu sebagai kebudayaan Arab yang dianggap menjejaskan kebudayaan Melayu. Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, ber- kata trend yang semakin meluas pada masa kini itu tidak boleh ditolak atau dihalang. Jubah, serban Sultan diarak "Bagaimanapun, ia tidak boleh melupakan terus busana Melayu kita sehingga ada yang berangga- pan mereka yang tidak berjubah sebagai tidak Islamik. "Sebenarnya, pakaian itu sudah lama wujud dalam budaya Melayu kerana ketika pemerintahan em- payar Melaka dulu, jubah dan serban Sultan Melaka diarak sehing- ga ke masjid serta disarungkan setiap kali baginda mahu menunai- kan solat Jumaat," katanya kepada Sastera BH di Kuala Lumpur, baru- baruini. Bagaimanapun, Mohd Rosli me- ngingatkan pakaian baju Melayu sudah bermula sejak ratusan tahun dulu, iaitu pada zaman pemerin- tahan Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muhammad Syah (1424- 1444). "Pemakaian baju Melayu itu bukan saja menunjukkan kesopa- nan, bahkan menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri tinggi. . "Cuma generasi kini tidak dapat melihat maksud tersirat di sebalik pemakaian baju Melayu yang penuh dengan falsafah sedangkan ia mempunyai kaitan dengan akal budi Melayu itu sendiri," katanya. II Setiap e/emen do/am baju Me/ayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi /ambang maruah serta adab mengingatkan kita untuk me/indunginya" Mohd Rosli Saludin, Pengarah IPM, UPSI Lambang akal budi Melayu Menurut Mohd RQsli, pemakaian busana Melayu yang lengkap bukan setakat memenuhi syariat Islam, malah lebih utama lagi meneerminkan kesopanan dan sebagai perlambangan akal budi masyarakat Melayu. "Baju Melayu eekak musang yang mempunyai lima butang, misalnya membawa maksud lima Rukun Islam, manakala baju teluk belanga yang mempunyai satu butang bermaksud Tuhan Yang Esa. "Itu hebatnya orang Melayu dulu. Setiap elemen dalam baju Melayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi lambang maruah serta adab mengingatkan kita untuk melindunginya," kata MohdRosli. Sementara itu, pereka fesyen, Salikin Sidek, berkata pakaian Melayu tidak terpinggir meskipun pemakaian jubah dilihat mula mencipta aliran baharu dalam masyarakat. Beliau yang setia mereka busana tradisional dan mengangkatnya ke peringkat antarabangsa, berkata pakaian tradisional gah dalam ele- mennya yang tersendiri sehingga menyebabkannya sentiasa dieari. Rasadekat, pakaian tradisional "Malah tempahan jubah untuk sambutan Syawal, baru-baru ini, hanya meliputi 10 peratus daripada semua tempahan yang saya terima. "Ada pelanggan yang masih menempah busana Melayu mes- kipun sudah lama bermastautin di luar negara kerana dekatnya masyarakat kita dengan pa- r kaian tradisional," katanya. Salikin tidak hanya meng- hasilkan busana Melayu, bah- kan turut menerbitkan tiga karya, iaitu Variasi Busana Ii Tradisional pada tahun 2010; Busana Pengantin Melayu Tradisional (2012) dan Vari- asi Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu (2015). "Selain itu, elemen tra- disional boleh digabung- kandengan unsurmoden seperti pemakaian keba- ya dan seluar yang dapat dilihat kini, tetapi kita perlu bijak memba- wa diri dan tetap mengenakan pakaian tradisional sepenuhnya ketika berada dalam aeara formal. "Fesyen sentiasa melalui pe- rubahan yang tersendiri dan paling penting ia diharap dapat memikat generasi muda untuk terus me- ® RABU 5 OGOS 2015 ngenakan pakaian tradisional," katanya. Salikin sempat berkongsi pe- ngalaman tertarik dengan pakai- an tradisional Melayu apabila ia bermula dengan rekaan baju To- koh Budayawan Negara, Allahyar- ham Toh Puan Azah Aziz sehingga menyerap 'semangatnya.'

Transcript of Ii - myrepositori.pnm.gov.my...kan solat Jumaat," katanya kepada ... maruah serta adab mengingatkan...

Page 1: Ii - myrepositori.pnm.gov.my...kan solat Jumaat," katanya kepada ... maruah serta adab mengingatkan kita untuk melindunginya," kata MohdRosli. Sementara itu, pereka fesyen, Salikin

4

Oleh Siti Haliza Yusop [email protected]

P enyerapan budaya dari Asia Barat atau Arabisasi di alam Melayu sering diang­gap menghilangkan budaya Melayu sehingga ia dijadikan

isu dan polemik dalam masyarakat. Antara trend Arabisasi dalam

masyarakat Melayu yang dikaitkan dengan isu itu adalah pemakaian jubah, selain penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Arab.

Bagi sebahagian pihak, aliran pemakaian yang semakin mesra dalam kalangan masyarakat Me­layu hari ini dilihat tidak wajar diperbesarkan, apatah lagi jubah yang dikenakan mengikut syariat

. Islam. Bagaimanapun, ada pula yang

menyifatkan trend pemakaian jubah itu sebagai kebudayaan Arab yang dianggap menjejaskan kebudayaan Melayu.

Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, ber­kata trend yang semakin meluas pada masa kini itu tidak boleh ditolak atau dihalang.

Jubah, serban Sultan diarak "Bagaimanapun, ia tidak boleh melupakan terus busana Melayu kita sehingga ada yang berangga­pan mereka yang tidak berjubah sebagai tidak Islamik.

"Sebenarnya, pakaian itu sudah lama wujud dalam budaya Melayu kerana ketika pemerintahan em­payar Melaka dulu, jubah dan serban Sultan Melaka diarak sehing­ga ke masjid serta disarungkan setiap kali baginda mahu menunai­kan solat Jumaat," katanya kepada Sastera BH di Kuala Lumpur, baru­baruini.

Bagaimanapun, Mohd Rosli me­ngingatkan pakaian baju Melayu sudah bermula sejak ratusan tahun dulu, iaitu pada zaman pemerin­tahan Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muhammad Syah (1424-1444).

"Pemakaian baju Melayu itu bukan saja menunjukkan kesopa­nan, bahkan menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri tinggi. .

"Cuma generasi kini tidak dapat melihat maksud tersirat di sebalik pemakaian baju Melayu yang penuh dengan falsafah sedangkan ia mempunyai kaitan dengan akal budi Melayu itu sendiri," katanya.

II Setiap e/emen do/am baju Me/ayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi /ambang maruah serta adab mengingatkan kita untuk me/indunginya"

Mohd Rosli Saludin, Pengarah IPM, UPSI

Lambang akal budi Melayu Menurut Mohd RQsli, pemakaian busana Melayu yang lengkap bukan setakat memenuhi syariat Islam, malah lebih utama lagi meneerminkan kesopanan dan sebagai perlambangan akal budi masyarakat Melayu.

"Baju Melayu eekak musang yang mempunyai lima butang, misalnya membawa maksud lima Rukun Islam, manakala baju teluk belanga yang mempunyai satu butang bermaksud Tuhan Yang Esa.

"Itu hebatnya orang Melayu dulu. Setiap elemen dalam baju Melayu itu difikirkan dengan teliti dan bukan sekadar dipakai begitu saja hinggakan samping yang dipakai turut menjadi lambang maruah serta adab mengingatkan

kita untuk melindunginya," kata MohdRosli.

Sementara itu, pereka fesyen, Salikin Sidek, berkata pakaian Melayu tidak terpinggir meskipun pemakaian jubah dilihat mula mencipta aliran baharu dalam masyarakat.

Beliau yang setia mereka busana tradisional dan mengangkatnya ke peringkat antarabangsa, berkata pakaian tradisional gah dalam ele­mennya yang tersendiri sehingga menyebabkannya sentiasa dieari.

Rasadekat, pakaian tradisional "Malah tempahan jubah untuk sambutan Syawal, baru-baru ini, hanya meliputi 10 peratus daripada semua tempahan yang saya terima.

"Ada pelanggan yang masih menempah busana Melayu mes­kipun sudah lama bermastautin di luar negara kerana dekatnya masyarakat kita dengan pa- r kaian tradisional," katanya.

Salikin tidak hanya meng­hasilkan busana Melayu, bah­kan turut menerbitkan tiga karya, iaitu Variasi Busana Ii Tradisional pada tahun 2010; Busana Pengantin Melayu Tradisional (2012) dan Vari­asi Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu (2015).

"Selain itu, elemen tra­disional boleh digabung­kandengan unsurmoden seperti pemakaian keba-

ya dan seluar yang dapat dilihat kini, tetapi kita perlu bijak memba­wa diri dan tetap mengenakan pakaian tradisional sepenuhnya ketika berada dalam aeara formal.

"Fesyen sentiasa melalui pe­rubahan yang tersendiri dan paling penting ia diharap dapat memikat generasi muda untuk terus me-

® RABU 5 OGOS 2015

ngenakan pakaian tradisional," katanya.

Salikin sempat berkongsi pe­ngalaman tertarik dengan pakai­an tradisional Melayu apabila ia bermula dengan rekaan baju To­koh Budayawan Negara, Allahyar­ham Toh Puan Azah Aziz sehingga menyerap 'semangatnya.'