ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini...

30

Transcript of ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini...

Page 1: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
Page 2: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

ii

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR

TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK

NOR FADILAH BINTI MOHAMAD SAAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2 MEI 2008

Page 3: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Page 4: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

iv

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 5: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

v

DEDIKASI

Ditujukan khas buat mak, Pn Ra’aini Binti Mohamad dan abah, En Mohamad Saat

Bin M.Yusof yang banyak memberikan dorongan untuk terus tabah dalam

mengharungi cabaran hidup.

Segala pengorbananmu dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anakmu ini

menjadi pemangkin untuk kejayaan anakmu ini. Semuanya akan kukenang dan

kubalas sehingga ke akhir hayatku…

Buat adik-adikku

Noor Zawani, Nur Izzati, Mohamad Syafiq, Mohamad Syamim dan Mohamad Syahrin

Syazwan,

Teruskan perjuanganmu dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu

dalam mencapai kejayaan di masa hadapan

Dan untuk rakan-rakanku ,

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas semua tunjuk ajar, dorongan dan

nasihat sepanjang persahabatan kita.

Akan ku kenang kenangan kita bersama…

Page 6: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

vi

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka dapatlah

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan

kepada Penyelia Projek, Prof Madya Dr Hj. Shaharom Bin Noordin atas bimbingan dan

dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Kesanggupan beliau meluangkan masa

untuk berbincang dan membimbing serta memberi kritikan membina memberikan

inspirasi kepada saya untuk menyempurnakan projek ini.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda Prof.

Madya Dr.Zaleha Binti Ismail dan Prof. Madya Dr.Seth Bin Sulaiman di atas kerjasama

dan komen yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga buat pelajar tahun dua Pendidikan Fizik yang sudi

memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang penyelidikan dijalankan. Kerjasama,

idea dan rangsangan yang diberikan semasa saya menjalankan penyelidikan ini akan

dikenang sepanjang hayat.

Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi memudahkan

pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan kajian saya ini.

Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyelidikan ini

secara langsung atau tidak langsung.

Page 7: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

vii

ABSTRAK

Kefahaman kemahiran saintifik adalah penting bagi seseorang bakal guru dalam

mengendalikan kelas amali di sekolah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap

kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi responden sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Responden pula adalah pelajar tahun

dua Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 41 orang

responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 29 orang perempuan. Pembolehubah

bebas bagi kajian ini adalah program pengajian dan jantina. Reka bentuk kajian yang

digunakan adalah One-Group Pretest-Posttest Design. Alat kajian yang digunakan

adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif Secara

operasi. Ianya mengandungi 40 item yang berbentuk objektif dan nilai

kebolehpercayaannya, α = .93. Analisis statistik deskritptif dalam bentuk min dan

sisihan lazim telah digunakan dalam menganalisis data. Hasil dapatan kajian, secara

keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden adalah baik dan tiadanya

perbezaan tahap kefahaman responden sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan

Amali Fizik I. Bagi merentas program pengajian dan jantina, juga menunjukkan tiadanya

perbezaan tahap kefahaman responden terhadap dua kemahiran ini sebelum dan selepas

mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I iaitu tahap kefahaman responden berada

ditahap baik. Kesimpulannya, kursus pendidikan Amali Fizik I kurang memberikan

sumbangan terhadap kefahaman responden.

Page 8: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

viii

ABSTRACT

The level of understanding in scientific skills among teachers are the most

important element in order to conduct practical classes in school. The purpose of this

study was to find out the level of understanding in observation and defining operationally

skill before and after attending Practical in Physics Education I. The respondents of this

study were 41 students (12 male and 29 female) chosen among the second year of

Physics Education programme at the Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. The

independent variables in this study were courses and gender. The design of study used

was One-Group Pretest-Posttest Design. The instrument used in this study was Ujian

Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentaktif Secara Operasi. It

consisted of 40 objective items. The reliability value of this instrument was α = .93.

Descriptive statistics in the form of mean and standard deviation was used in analyzing

the data. Overall, the level of understanding among students was good and there was no

different before and after their attending Practical in Physics Education I. Furthermore

the findings also indicate that there was no different in the level of understanding of the

observation and defining operationally skills across genders and program of study and the

result was good. In conclusion, Practical in Physics Education I contributed less in

improving the level of understanding of respondent.

Page 9: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

ix

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI GAMBARAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Kelemahan Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Fizik SPM 3

1.2.2 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran

Fizik dalam Kalangan Guru 7

1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Di Dalam Kelas

Amali 9

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

Page 10: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

x

1.6 Rangka Kerja Konsep 11

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Skop Kajian 15

1.9 Andaian Kajian 15

1.10 Batasan Kajian 16

1.11 Takrifan 17

1.11.1 Tahap Kefahaman 17

1.11.2 Kemahiran Memerhati 17

1.11.3 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 18

1.11.4 Program 19

1.12 Rumusan 19

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 20

2.2 Teori berkaitan Kemahiran Memerhati Dan

Mentakrif Secara Operasi 20

2.2.1 Kemahiran Memerhati 21

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Memerhati 26

2.2.3 Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran

Memerhati 28

2.2.4 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 29

2.2.5 Kepentingan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi 33

2.2.6 Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi 35

2.3 Kajian Dalam Negara Yang Berkaitan

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif

Secara Operasi Di Peringkat Pengajian Tinggi 36

2.4 Kajian dalam Negara Yang Berkaitan Kemahiran

Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Di Peringkat Sekolah 38

Page 11: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xi

2.5 Kajian Luar Negara Yang Berkaitan Kemahiran

Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Di Peringkat Pengajian Tinggi 41

2.6 Kajian Luar Negara Yang Berkaitan Kemahiran

Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Di Peringkat Sekolah 43

2.7 Rumusan 44

3 PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 45

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

3.3 Responden Kajian 46

3.4 Alat Kajian 48

3.5 Tatacara Kajian 50

3.5.1 Kajian Sebenar 51

3.6 Analisis Data 52

3.7 Rumusan 56

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 57

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati

Dan Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I 58

4.3 Perbezaan Tahap Kefahaman Kemahiran

Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Merentas Program Pengajian 66

4.4 Perbezaan Tahap Kefahaman Kemahiran

Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Page 12: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xii

Merentas Jantina 70

4.5 Rumusan 74

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 75

5.2 Ringkasan 75

5.3 Kesimpulan 77

5.4 Perbincangan 78

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati

Dan Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I 78

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan

Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I Merentas Program Pengajian 82

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan

Mentakrif Secara Operasi Sebelum Dan

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I Merentas Jantina 85

5.5 Implikasi 86

5.5.1 UTM 87

5.5.2 Fakulti Pendidikan 87

5.5.3 Pembantu Makmal 88

5.5.4 Pensyarah 89

5.5.5 Bakal guru 90

5.6 Cadangan 90

5.7 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 93

5.8 Rumusan 94

Page 13: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xiii

RUJUKAN 95

LAMPIRAN 99

Page 14: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKASURAT

1.1 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran

Fizik tahun 2005 bagi daerah Seremban 3

1.2 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata

Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi daerah Seremban 4

1.3 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran

Fizik tahun 2005 bagi daerah Kuala Pilah 4

1.4 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran

Fizik tahun 2006 bagi daerah Kuala Pilah. 5

1.5 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran

Fizik tahun 2005 bagi Negeri Sembilan. 5

1.6 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran

Fizik tahun 2006 bagi Negeri Sembilan 6

2.1 Relationship of Science Process Skill and

Thinking Skill 32

3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 47

3.2 Item-Item Kemahiran Memerhati Mengikut

Kriteria Yang Dinilai 49

3.3 Item-Item Kemahiran Mentakrif Secara Operasi

Mengikut Kriteria Yang Dinilai 50

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran

Memerhati dan Mentakrif Secara Operasi 52

3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran

Memerhati dan Mentakrif Secara Operasi

Page 15: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xv

Secara Keseluruhan 53

3.6 Sistem Penggredan Markah Bagi Kursus Di UTM 53

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara

Operasi Sebelum Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I 58

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara

Operasi Selepas Mengikuti Kursus

Pendidikan Fizik Amali I 59

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara

Operasi Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I Merentas Program Pengajian 67

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara Operasi

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

Merentas Program Pengajian 68

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara

Operasi Sebelum Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I Merentas Jantina 71

4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati Dan Mentakrif Secara

Operasi Selepas Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I Merentas Jantina 72

Page 16: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xvi

SENARAI GAMBARAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKASURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 12

3.1 Kriteria –kriteria Yang Terlibat Dalam

Kemahiran Memerhati 48

3.2 Kriteria –kriteria Yang Terlibat Dalam

Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 49

Page 17: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xvii

SENARAI SINGKATAN

KM - Kemahiran Manipulatif

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS - Kemahiran Proses Sains

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS - Kemahiran Saintifik

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

ORES - Objective Referenced Evaluation in Science

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan kurikulum

PUB - Pembolehubah Bergerak Balas

PUM - Pembolehubah dimanipulasikan

SAS - Fenneman-Sherman Mathematics Attitudes Scales

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

TCT - Traditional Cosmology Test

TIPS II - The Test of Integrated Process Skills II

TIPS - Test Of Integrated Process Skill

TOS - Test Of Observational Skills

UKKS - Ujian Kefahaman Kemahiran Saintifik

UPTKMM- Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Memerhati dan Mentakrif

Secara Operasi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xviii

N - Jumlah Bilangan Responden

Nspf - Responden bagi SPF

Nspp - Responden bagi SPP

NL - Responden Lelaki

Np - Responden Perempuan

Page 19: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT

A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman

Kemahiran Memerhati dan Mentakrif

Secara operasi 99

B Jawapan Bagi Ujian Pencapaian Tahap

Kefahaman Kemahiran Memerhati Dan

Mentakrif Secara Operasi 121

C Soal Selidik Tahap KefahamanKemahiran

Proses Sains Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Dua Program Pendidikan Fizik 122

D Jawapan Bagi Soal Selidik

Tahap Kefahaman Kemahiran Proses

Sains Dalam Kalangan Pelajar

Tahun Dua Program Pendidikan Fizik 127

Page 20: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kemahiran Saintifik (KS) adalah salah satu perkara yang penting yang

berkaitan Fizik yang diajar oleh guru di sekolah. Penguasaan dalam kemahiran

saintifik ini adalah amat penting untuk pemahaman yang lebih baik terhadap sesuatu

konsep Fizik yang ingin disampaikan oleh seseorang guru.

Matlamat mata pelajaran Fizik KBSM bertujuan untuk melahirkan

pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang Fizik

dan kemahiran saintifik

(Lilia et al., 2002:2)

Daripada pernyataan di atas juga, telah dijelaskan bahawa kemahiran saintifik

ini adalah salah satu faktor untuk melahirkan pelajar yang pengetahuan. Jika pelajar

tidak menguasai KS ini, maka seseorang pelajar ini boleh dikatakan tidak

mempunyai asas yang kukuh terhadap ilmu Fizik yang dipelajari. Pelajar perlu

mempelajari ilmu KS dan Fizik ini untuk membentuk diri menjadi seorang pelajar

yang cemerlang dan berilmu.

Bagi membentuk pelajar yang cemerlang dan gemilang ini, guru juga perlu

menjalankan tugas di samping mematuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

telah digubal untuk menuju kearah tersebut.

Page 21: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

2

………developing the potential of individuals in a holistic and

integrated manner, so as to produce individuals who are

intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced

harmonious based on a firm belief in and devotion to God. Such an

effort is designed to produce Malaysian citizen who are

knowledgeable and competent, who possess high moral standards

and who are responsible and capable of achieving a high level of

personal well-being as well as being able to contribute to the

betterment of the family, society and the nation at large.

(Curriculum Development Centre, 2004:vii)

Berdasarkan Falsafah Pedidikan Kebangsaan inilah, guru akan melahirkan

pelajar yang berilmu dan berpengetahuan tinggi kerana pelajar adalah masa depan

negara yang akan mentadbir negara. Pelajar yang dilahirkan juga akan mempunyai

nilai moral dan etika yang tinggi untuk menjadi seorang manusia yang berwawasan

dan juga mahir dalam bidang sains dan teknologi yang menuju ke arah globalisasi.

“Matlamat negara adalah menuju ke arah wawasan 2020 iaitu menuju ke arah

globalisasi yang akan membentuk generasi yang mempunyai intelektual dan moral

yang tinggi disamping menaikkan taraf penggunaan sains dan teknologi dalam

kehidupan seharian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)”. Berikutan dengan ini,

KS adalah prasyarat bagi pelajar untuk menguasai sains dan teknologi kerana semua

kemahiran yang dipelajari boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat tiga faktor yang akan dibincangkan oleh penyelidik iaitu kelemahan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik SPM, kurangnya penguasaan mata

pelajaran dalam kalangan guru dan sikap negatif pelajar di dalam kelas amali.

Penyelidik akan menyatakan sejauh manakah masalah tahap kefahaman KS ini

dalam bidang pendidikan di negara kita ini.

Page 22: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

3

1.2.1 Kelemahan Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik SPM

SPM adalah salah satu peperiksaan yang terbesar yang dijalankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyelidik akan menyatakan kelemahan

pencapaian pelajar berdasarkan analisis peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik

yang telah dijalankan pada tahun 2005 dan 2006.

Jadual 1.1 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi

daerah Seremban.

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 412 11.8

2A

Cemerlang

375 10.7

3B 334 9.6

4B 411 11.8

5C 471 13.5

6C

Kepujian

399 11.4

7D 653 18.7

8E

Lulus

373 10.7

9G Gagal 63 1.8

Jumlah 3491 100

Page 23: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

4

Jadual 1.2 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi

daerah Seremban.

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 321 9.5

2A

Cemerlang

313 9.2

3B 366 10.8

4B 365 10.7

5C 366 10.8

6C

Kepujian

428 12.6

7D 693 20.4

8E

Lulus

448 13.2

9G Gagal 98 2.9

Jumlah 3398 100

Jadual 1.3 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi

daerah Kuala Pilah.

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 43 6.4

2A

Cemerlang

34 5.0

3B 58 9.0

4B 43 6.7

5C 50 7.7

6C

Kepujian

55 8.5

7D 198 29.4

8E

Lulus

158 23.5

9G Gagal 25 3.7

Jumlah 664 100

Page 24: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

5

Jadual 1.4 : Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi

daerah Kuala Pilah.

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 31 4.7

2A

Cemerlang

27 4.0

3B 55 8.3

4B 51 7.7

5C 55 8.3

6C

Kepujian

74 11.1

7D 158 23.8

8E

Lulus

169 25.4

9G Gagal 44 6.6

Jumlah 664 100

Jadual 1.5: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2005 bagi

Negeri Sembilan.

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 599 8.8

2A

Cemerlang

549 8.0

3B 570 8.3

4B 352 5.2

5C 773 11.3

6C

Kepujian

821 12.0

7D 1583 23.2

8E

Lulus

1077 15.8

9G Gagal 205 3.0

Jumlah 6829 100

Page 25: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

6

Jadual 1.6: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik tahun 2006 bagi

Negeri Sembilan

Gred Pencapaian Bil. Calon Peratus

1A 431 6.1

2A

Cemerlang

438 6.8

3B 561 8.3

4B 603 8.9

5C 683 10.1

6C

Kepujian

870 12.9

7D 1595 23.6

8E

Lulus

1263 18.7

9G Gagal 311 4.6

Jumlah 6755 100

(Sumber : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah)

Jadual 1.1 dan 1.2 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran

Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi daerah Seremban. Peratus bagi pelajar

cemerlang pada tahun 2005 ialah 22.50% manakala bagi 2006 ialah 18.70%.

Manakala, peratus pelajar yang mendapat kepujian pula ialah 46.30% bagi tahun

2005 dan 44.90% bagi tahun 2006. Peratus bagi pelajar yang lulus, 29.40% bagi

tahun 2005 dan 33.60% bagi tahun 2006, dan bagi pelajar gagal pula, peratus pada

tahun 2005 ialah 1.80% dan tahun 2006 pula ialah 2.90%.

Jadual 1.3 dan 1.4 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran

Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi Daerah Kuala Pilah. Didapati peratus bagi

pelajar yang cemerlang ialah 11.40% pada tahun 2005 dan 8.70% pada tahun 2006.

Peratus bagi pelajar kepujian dan lulus ialah 31.90 %dan 52.90% pada tahun 2005,

dan 35.40% dasn 49.20% pada tahun 2006. Peratus bagi pelajar gagal pula ialah

6.60%.

Page 26: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

7

Jadual 1.5 dan 1.6 adalah analisis peperiksaan SPM dalam mata pelajaran

Fizik bagi tahun 2005 dan 2006 bagi Negeri Sembilan. Peratus bagi pelajar

cemerlang ialah 16.80% bagi tahun 2005 dan 12.90% bagi tahun 2006. Manakala,

peratus pelajar yang lulus pula ialah 39.00% pada tahun 2005 dan 42.30 % pada

tahun 2006.

Berdasarkan Jadual 1.1 hingga 1.6, menunjukkan penurunan peratusan

berbanding tahun 2006 dan 2005. Ia juga menunjukkan peratus pelajar cemerlang

cuma sebahagian sahaja daripada peratus pelajar yang mendapat kepujian atau lulus.

Namun begitu, masih lagi terdapat pelajar yang gagal walaupun peratus pelajar yang

mendapat kepujian dan lulus adalah tinggi. Seharusnya kelemahan ini tidak timbul

kerana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan banyak

kemudahan kepada pelajar. Antaranya ialah guru yang terlatih, menggunakan bahasa

ibunda, kemudahan infrastruktur, pinjaman buku teks dan lain-lain lagi. Keputusan

pelajar yang didapati pula adalah tidak memuaskan berbanding dengan kemudahan-

kemudahan yang telah diberikan oleh pihak KPM. Keadaan ini mungkin disebabkan

oleh kelemahan guru dalam P&P dan tidak menguasai konsep Fizik dan KS.

1.2.2 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran dalam Kalangan Guru

Penguasaan mata pelajaran bagi seseorang guru adalah penting. Jika guru

tidak menguasai mata pelajaran tersebut, maka ilmu tidak dapat disampaikan dengan

tepat kepada pelajar.

Seseorang guru harus meneliti dan memahami kurikulum mata

pelajaran yang hendak diajar sebelum memulakan pengajaran

(Lilia et al., 2002: 1)

Berdasarkan pernyataan ini juga, ia menyatakan seseorang guru itu

seharusnya menguasai segala ilmu yang akan disampaikan kepada pelajar sebelum

masuk ke dalam kelas lagi. Guru seharusnya menyiapkan diri dengan ilmu yang lebih

Page 27: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

8

daripada pelajar supaya pelajar dapat menerima dan memanfaatkan ilmu yang di

sampaikan.

Bagi guru yang mengajar sains dan matematik, mereka dikehendaki mengajar

dalam Bahasa Inggeris dan didapati guru-guru tidak dapat mengaplikasikan teknik

dan strategi pengajaran yang sesuai untuk menarik minat pelajar belajar matematik

dan sains dalam Bahasa Inggeris. Jika guru kurang menguasai mata pelajaran, maka

ia akan menggangu juga penyampaian seseorang guru untuk menerangkan suatu

fakta semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, KPM telah

memberikan inisiatif dan kemudahan kepada guru sains dan matematik supaya dapat

mengajar dengan baik dalam Bahasa Inggeris seperti memberikan komputer riba dan

mengikuti kursus penguasaan Bahasa Inggeris. Jika guru tidak menguasai mata

pelajaran secara tidak langsung ia akan menyebabkan ilmu KS guru juga adalah

kurang.

Menurut Laporan Prestasi 2002 (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003:139),

beberapa perkara disarankan kepada guru-guru untuk membantu pelajar

meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran Fizik ini iaitu:

1. Kuasai konsep fizik dengan betul dan mendalam

2. Memberikan penekanan kepada kemahiran proses sains,

kemahiran berfikir serta strategi berfikir dalam pengajaran dan

pembelajaran dan semasa penyelesaian masalah

3. Memberi penekanan serius dalam PEKA terutama dalam aspek

kemahiran mengeksperimen dan kemahiran proses sains yang

lain dengan menekankan pelaporan eksperimen yang tersusun

dan lengkap.

Page 28: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

9

1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Di dalam Kelas Amali

Semasa di dalam kelas amali, pelajar diberi peluang untuk menjalankan

penyiasatan secara hands-on dan guru berperanan sebagai fasilitator. Terdapat

sesetengah pelajar yang tidak menumpu terhadap apa yang telah diberitahu oleh guru

sebelum melakukan penyiasatan. Disebabkan perkara ini, pelajar tidak dapat

melakukan penyiasatan dengan betul dan tidak mengambil langkah yang berjaga-jaga

untuk berhati-semasa melakukan penyiasatan. Akibatnya, pelajar tidak dapat

memahami konsep atau pun kemahiran yang perlu dipraktikkan semasa kelas amali

dijalankan dan juga boleh menyebabkan kecederaan berlaku kepada diri pelajar.

Bagi pelajar yang sudah mempunyai pengetahuan asas tentang suatu konsep

yang telah dipelajari, ia boleh menyebabkan pelajar merasakan yang mereka telah

memahami konsep tersebut dengan baik. “Ini juga akan menyebabkan pelajar leka

dan rasa jemu terhadap penyiasatan yang dilakukan (Ismail, 1997).” Oleh itu, jika

seseorang pelajar hanya mempunyai pengetahuan asas terutamanya KS, ianya tidak

cukup untuk mereka memahami sesuatu konsep itu dengan baik.

Beberapa saranan diperlukan oleh pelajar supaya meningkatkan lagi tahap

kefahaman disampingkan menambahkan minat semasa menjalankan penyiasatan

dalam kelas amali. Antaranya ialah seperti berikut :

1. Menguasai semua kemahiran asas dalam Fizik.

2. Memberikan perhatian dan tumpuan yang baik semasa kelas amali

dan teori oleh guru.

3. Mesti mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK

sesuai dengan kehendak soalan semasa.

Page 29: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

10

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran saintifik ini haruslah dikuasai dan difahami oleh bakal guru

supaya tidak terdapat salah faham tentang sesuatu kemahiran dan konsep Fizik yang

telah dipelajari. Di dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk mengkaji sejauh

manakah kemahiran saintifik ini berjaya diterapkan atau tidak di dalam kursus

Pendidikan Amali Fizik I? Oleh itu di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji

tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara operasi sebelum dan

selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dalam kalangan pelajar

Pendidikan Fizik tahun dua di UTM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini ialah:

1.4.1 Menilai tahap kefahaman dua kemahiran iaitu kemahiran memerhati

dan mentakrif secara operasi dalam kalangan pelajar tahun dua

Pendidikan Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I

1.4.2 Membandingkan tahap kefahaman kemahiran memerhati dan

mentakrif secara operasi dalam kalangan pelajar tahun dua Pendidikan

Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan

Amali Fizik I merentas program pengajian

1.4.3 Membandingkan tahap kefahaman kemahiran memerhati dan

mentakrif secara operasi di kalangan pelajar tahun dua Pendidikan

Fizik di UTM sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan

Amali Fizik I merentas jantina

Page 30: ii SECARA OPERASI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA ...€¦ · iv “Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

11

1.5 Persoalan Kajian

Di akhir kajian ini, penyelidik akan dapat menjawab soalan – soalan berikut :

1.5.1 Apakah tahap kefahaman kemahiran memerhati dan mentakrif secara

operasi bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik sebelum dan selepas

mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran memerhati

dan mentakrif secara operasi bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik

sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I

merentas program pengajian?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran memerhati

dan mentakrif secara bagi pelajar tahun dua Pendidikan Fizik sebelum

dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I merentas

jantina?