Ijtihad

19
IJTIHAD DANIA INARAH M10E

description

Ijtihad Oleh:dania inarah binti azmy

Transcript of Ijtihad

Page 1: Ijtihad

IJTIHAD

DANIA INARAHM10E

Page 2: Ijtihad

DEFINISI

BAHASA : menggunakan usaha dan keupayaan bagi mencapai sesuatu dengan kepayahan dan kesusahan.

Istilah : mencurahkan segala akal pemikiran dan kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu permasalahan dengan jalan istimbat daripada Al-Quran dan Hadis.

Ijtihad berasal daripada kata ijtihada (اجتهد), yang bermaksud menggunakan tenaga sepenuhnya.

Page 3: Ijtihad

SIAPA ITU MUJTAHID? Mujtahid pula ialah ahli fekah yang

mencurahkan segala kesungguhan dan ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci atau tafsili dari dalil-dalil syariat.

Mereka mempunyai kemampuan untuk mengkaji,menyelidik dan mendapatkan hukum syara’ yang amali dari dalil-dalil terperinci.

Page 4: Ijtihad

RUKUN IJTIHAD

TERDAPAT TIGA RUKUN IJTIHAD IAITU :1. AL-MUJTAHID, IAITU ORANG YANG BERIJTIHAD2. AL-MUJTAHAD FIH, IAITU USAHA3. IJTIHAD

Page 5: Ijtihad

SYARAT SYARAT IJTIHAD

menguasai Bahasa ArabMesti mengetahui Al-Quran Mesti mengetahui SunnahMengetahui Usul Al-FiqahPerlu mengetahui masalah-masalah yang diijma’Perlu mengetahui Maqasid Al-SyariahKesediaan fitrah untuk berijtihadAdil dan takwa

Page 6: Ijtihad

Mengetahui al-Quran al-Karim Pengetahuan mengenai al-Quran merangkumi

mengetahui selok belok bahasanya “khabar dan insya”, suruhan dan larangan tuntutan dan harapan mengetahui makna perkataan dalam penggunaan bahasa ‘uruf dan syarak sama ada perkataan itu berasingan atau kedudukannya dalam ayat dan tujuan penggunaan perkataan itu serta sejauh mana tercapainya tujuan itu dalam syarak.

Mengetahui al-Sunnah. Al-Sunnah adalah sumber kedua dalam syariat ini

dengan kedudukan di martabat ini mengetahuinya menjadi pasti dalam ijtihad.

Mengetahui perkara yang diijmakkan. Disyaratkan ini supaya tidak memberi fatwa

berlawanan dengan ijmak, maksudnya bukanlah menghafal seluruh perkara yang diijmakkan tetapi cukuplah diketahui bahawa masalah yang dikaji dan fatwanya tidak bertentangan dengan keputusan ijmak.

Page 7: Ijtihad

Mengetahui ilmu Usul al-Fiqh. Mensyaratkan mengetahui ilmu itu nyata sekali

kerana ijtihad bergantung kepada memahami dalil-dalil syarak untuk mengeluarkan hukum dan mujtahid hendaklah berpengetahuan luas serta mendalam kerana ilmu ini adalah asas ijtihad. Kalaulah ia berkemampuan, maka senanglah merujuk setiap masalah yang dihadapi kepada usulnya, kalau tidak dia akan menghadapi kesukaran dan kesulitan.

Mengetahui bahasa Arab. Syarat terpenting yang perlu dilengkapi oleh

seseorang sebelum melakukan ijtihad, seluruh ulamak bersetuju sedemikian kerana inilah bahasa syariat. Al-Quran di turunkan dalam bahasa Arab dan Sunnah Rasul juga dalam bahasa Arab.

Page 8: Ijtihad

NAS QAT’ENAS ZHANNI

1)Nas Qat'ie iaitu nas yang tidak mempunyai makna kedua padanya. Ulamak bersepakat berkenaan hukumnya dan tidak berlaku perselisihan pendapat. Kebiasaannya nas ini melibatkan perkara usul dalam agama.

2) Nas Zhanni iaitu nas yang mempunyai lafaz yang boleh diertikan dengan pelbagai makna. Para ulamak mempunyai pandangan yang pelbagai terhadapnya.

Page 9: Ijtihad

Ijtihad SunatIjtihad sunat ialah ijtihad untuk menyelesaikan masalah hukum hakam yang mana ijtihad itu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat berijtihad untuk menyelesaikan terhadap perkara dan masalah yang akan berlaku. Ijtihad sunat ini juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

Seseorang mujtahid yang berijtihad dalam sesuatu masalah yang ditanya oleh individu atau masyarakat mengenai hukumnya, namun perkara dan permasalahan yang ditanya itu belum berlaku dan tidak wujud ketika itu.

Seseorang mujtahid yang berijtihad tentang sesuatu masalah dan hukum yang belum berlaku atau tidak berlaku yang mana ia berijtihad atas dasar inisiatif dirinya dan semata-mata berijtihad tanpa apa-apa faktor atau sebab.Ijtihad Haram

Ijtihad haram pula ialah segala ijtihad yang dilakukan oleh seseorang dengan cara yang bercanggah atau tidak memenuhi syarat mujtahid serta bercanggah dengan nas.

PERINGKAT HUKUM IJTIHAD

Page 10: Ijtihad

Ijtihad Fardhu AinIjtihad fardhu ain ialah ijtihad yang wajib dilakukan oleh seseorang atau individu yang mempunyai kemampuan dan kelayakan berijtihad serta tidak ada orang lain lagi selain dirinya untuk menyelesaikan masalah dan perkara yang berkaitan dengan masalah hukum, sama ada yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dirinya sendiri mahu pun masyarakat. Justeru itu ijtihad peringkat ini dapat dibahagikan pula kepada dua bahagian :

- Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid terhadap sesuatu hukum dan permasalahan yang ditanya atau dalam bentuk menjelaskan pertanyaan yang diajukan oleh masyarakat atau individu lain dan tidak ada orang lain yang layak berijtihad kecuali dirinya sahaja. Maka ketika itu, berijtihad adalah fardhu ain terhadap dirinya.

- Ijtihad yang dilakukan oleh seseorang mujtahid dalam sesuatu masalah hukum untuk dirinya sendiri atau tanpa sebarang pertanyaan oleh masyarakat dan individu lain. Antara lain juga ia adalah layak berijtihad dan digelar mujtahid, maka dalam keadaan itu berijtihad untuk dirinya adalah fardhu ain

Page 11: Ijtihad

Ijtihad Fardhu KifayahIjtihad fardhu kifayah pula ialah ijtihad yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kelayakan untuk berijtihad, namun begitu selain dirinya masih ada lagi orang yang berkelayakan untuk berijtihad bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hukum. Oleh itu, waktu itu berijtihad adalah menjadi fardhu kifayah terhadap dirinya dan apabila dia yakin ada orang lain yang masih mampu menyelesaikan masalah hukum. Oleh itu, ijtihad bahagian ini juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

-Seseorang mujtahid yang diajukan atau ditanya tentang hukum sesuatu permasalahn dan masih ada orang lain atau mujtahid lain yang mampu berijtihad sepertinya. Walaupun begitu, sekiranya ia meninggalkan ijtihad itu atau tidak menyelesaikan masalah itu tidak ada orang yang akan berijtihad. Maka waktu itu berijtihad untuk mewakili mujtahid lain adalah fardhu kifayah baginya.

-Seseorang mujtahid yang ragu-ragu dengan ijtihad mujtahid lain dan ia cukup syarat sebagai mujtahid, maka ketika itu menjadi fardhu kifayah baginya untuk berijtihad terhadap hukum dan permasalahan yang diraguinya itu.

Page 12: Ijtihad

Hal dan perkara yang tidak disebut hukumnya dalam nas al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Oleh itu ulamak mujtahid tidak mempunyai kata sepakat dalam membuat dalil dan hujah dengan dalil-dalil tersebut dan berlakulah perselisihan ijtihad. Contohnya ijtihad Umar supaya Abu Bakar mengumpulkan al Quran. Pada mulanya Abu Bakar tidak setuju, namun selepas itu ia bersetuju.

Terhadap hal dan kejadian yang terdapat hukumnya dalam al-Quran atau Hadis Mutawatir, Namun dilalah kedua-dua nas tersebut terhadap hukum adalah zanni. Untuk itu, mujtahid mestilah berusaha untuk mencari maksud yang dikehendaki oleh syarak daripada nas tersebut. Selain itu. terdapat dalam nas al-Quran dan hadis dalam bentuk mutlak. Oleh itu, untuk menetapkan hukum daripada lafaz nas tersebut, suatu kajian harus dilakukan di kalangan mujtahid. (Ibid : 264- 265)

HUKUM YANG BOLEH DIIJTIHAD

Page 13: Ijtihad

Sebagaimana contohnya ijtihad terhadap firman Allah SWT:

( قروء ثلثة بأنفسهن يتربصن ( Al Baqarah : 228والمطلقثMaksudnya : Dan isteri- isteri yang diceraikan itu hendaklah

menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid)

Nas al Quran dan sabit lafaz quru’ itu adalah qat’i, tetapi dilalah hukum daripada maknanya adalah zanni. Untuk itu juga para mujtahid melakukan ijtihad untuk mendapat maksud yang dikehendaki oleh syarak daripada lafaz quru’ itu. Hasil daripada ijtihad ulamak Hanafi, lafaz quru’ membawa erti haid. Untuk itu menurut ulama Hanafi perempuan yang diceraikan suaminya mestilah beriddah selama 3 kali haid.

Manakala hasil ijtihad ulama Syafi’e pula, lafaz quru’ ialah bererti suci. Untuk itu wajib ke atas perempuan yang diceraikan oleh suaminya beriddah selama tiga kali suci.

Page 14: Ijtihad

Kejadian yang terdapat hukumnya dalam nas yang sabit secara zanni, tetapi dilalah kepada maknanya adalah sabit secara qat’i. Untuk itu bidang ijtihad pada nas tersebut ialah dengan mengkaji cara-cara dalil itu sampai dan diriwayat. Iaitu dari segi kedudukan perawi samada thiqah, adil dan sebagainya. Hal tersebut merupakan perkara yang berlainan di antara ahli mujtahid dalam menentukannya. (Ibid)

Sabda Nabi s.a.w. شاة االبل من خمس فى

Maksudnya :

Pada setiap lima ekor unta diwajibkan zakat seekor kambing. (Ibn Majah, Tarmizi dan Malik)

Nas tersebut menunjukkan kepada maknanya adalah qat’i. Kerana lafaz (syatun) ialah lafaz khas, tetapi sabitnya adalah zanni kerana hadis tersebut tidak bertaraf mutawatir.

Page 15: Ijtihad

HUKUM YANG TIDAK BOLEH DIIJTIHAD Hukum yang terdapat dalam nas yang sabit secara

pasti dan dilalahnya juga adalah qat’i. Contohnya nas yang menyatakan hukuman hudud terhadap penuduh zina. Iaitu terhadap wanita yang muhasanah. (Ibid : 266- 267)

Sebagaiman firman Allah SWT: ثمنين فاجلدوهم شهداء باربعة يأتوا لم ثم المحصنت يرمون والذين

( An Nur : 4جلدة )Maksudnya :

Dan orang- orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan- perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat.

Nas tersebut di atas adalah sabit secara qat’i, dan lafaz thamanina, iaitu (80) dalam ayat tersebut adalah khas. Yang hanya menunjukkan satu makna sahaja. Iaitu makna yang tertentu, 80 kali dan tidak mungkin ia menunjukkan makna lain lagi. Justeru itu, ayat dan nas tersebut tidak ada ruang untuk berijtihad.

Page 16: Ijtihad

Seterusnya tidak boleh ijtihad terhadap hadis mutawatir yang mentafsirkan lafaz yang mujmal. Kerana ia adalah sabit dengan qat’i dan maksudnya adalah jelas dan tidak mungkin menunjukkan berbagai makna.

Tidak boleh ijtihad juga dalam hukum keseksaan dan kifarat yang ditetapkan kadarnya oleh syarak, seperti kifarat zihar dan sumpah. Sebagaiman firman Allah SWT tentang zihar. (Ibid)

من رقبة فتحرير قالوا لما يعودون ثم نساءهم من يظهرون والذينيتماسا ) أن ( Al Mujadalah : 3قبل

Maksudnya : Dan orang- orang yang ziharkan isterinya, kemudian

mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba abdi sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur.

Page 17: Ijtihad

Tidak boleh ijtihad juga terhadap hukum agama yang mesti diketahui oleh mukallaf, seperti beriman. (Ibid : 268)

Firman Allah SWT: ( ( والرسول الله Al Imran :132وأطيعوا

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul- NyaHukum dan kejadian yang tidak ada nas menunjukkan

hukumnya, sama ada nas qat’i atau zanni, jelas atau tidak jelas, namun telah berlaku ijmak atau pernah berlaku ijmak ulama mengenai hukum tersebut. Maka hukum seperti ini tidak boleh diijtihad lagi. Contohnya: Sepakat jumhur ulama tentang terbatalnya perkahwinan antara wanita muslimah dengan lelaki kafir.

Tidak boleh ijtihad tentang hukum- hukum syarak yang telah dimaklumi. Contohnya: Wajib sembahyang, puasa, zakat, pengharaman zina dan lainnya.

Page 19: Ijtihad

SESI SOAL JAWAB