ikan hiasan
-
Upload
dhiya-ainanie -
Category
Documents
-
view
24 -
download
1
description
Transcript of ikan hiasan
TOPIK 6: IKAN HIASANPENGENALAN
1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN
SisikBadan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .
SiripAnggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
Garis lateralGaris lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
InsangIkan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
2. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASANMakanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.Pemakanan ikan HiasanIkan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.
a.Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b.Ikan pemakan plankton
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d.Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
3.TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :
1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik3. Untuk memberikan ketenangan perasaan4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik
RPH KH TAHUN 5REKOD PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP
Masa : 1Jam.Tahun/Ting. : Tahun 5Topik : Pengenalan Ikan HiasanUnit : 1.8 Ikan HiasanBidang : Reka Bentuk dan TeknologiHasil Pemb. : Mengenal dan melabel bahagian luar ikan.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i.Mengenal pasti dan melabelkan bahagian luar ikan.ii.Menyenarai fungsi-fungsi bahagian luar ikan
Aktiviti P& P :1. Set induksi -tayangan slaid ikan hiasan2. Murid menamakan contoh-contoh ikan hiasan3. Penerangan mengenai bahagian luar badan ikan4. Melabel bahagian badan luar ikan.5. Menyenaraikan fungsi-fungsi bahagian luar ikan
Kecerdasan Pelbagai :Naturalis , intrapersonal, kinestetik
Strategi Pengajaran : Kolaboratif, koperatif, kontekstual, kajian masa depan,mediatif
Kemahiran Generik :kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiranberfikir, kemahiran mentafsir dan menilai
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
Bahan elektronik / bahan bercetak / bahan autentikLembaran kerja murid
Pengetahuan PerluAda: Murid tahu jenis ikan hiasan dan bahagian luar badan ikan
Link Blog : Cahayamizan.blogspot.com.
Isi PelajaranAktiviti P&PCatatan
Pengenalan Ikan HiasanSet Induksi(5 minit)Tayangan slaidikan hiasan
Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaranMod Tutorial
Konstektual
Contoh Ikan Hiasan :1. ikan emas2. ikan kelisa3. ikan gapi4. ikan angel5. ikan tiger barbLangkah 1(10 minit)Murid menamakancontoh-contohlain ikan hiasan
Guru menayangkan slaid berkaitan dengan contoh-contoh yang diberikan.Mod Tutorial
Kecergasan Pelbagai- verbal linguistic
Bahagian Luar Badan IkanLangkah 2(15 minit)Penerangan bahagian luar ikan hiasantayangan slaid
Guru berbincang dengan murid berkaitan dengan bahagian luar badan ikanMod Tutorial
Model VAK
Fungsi Bahagian Luar Badan IkanLangkah 3(15 minit)Penerangan fungsi bahagian luar ikan hiasantayangan slaidMod Tutorial
Kompetensi Kecergasan Emosi
Pengukuhan Isi PelajaranLangkah 4(10 minit)Murid menjawablembaran kerja- suaikan bahagian badan ikan dengan fungsi
Mod Aplikasi
Kecergasan Pelbagai- kinestetik
Penutup(5 minit)Murid memberi pendapat kebaikan memelihara ikan hiasan