Ikan Keli Sangkar Buluh

12
1 Kertas Cadangan TERNAKAN IKAN SANGKAR BULUH BAMBOO FISH FARMING Tilapia Keli oleh : Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Transcript of Ikan Keli Sangkar Buluh

Page 1: Ikan Keli Sangkar Buluh

1

Kertas Cadangan

TERNAKAN IKAN SANGKAR BULUH

BAMBOO FISH FARMING

Tilapia Keli

oleh :

Madrasah Idrisiah Bukit Chandan,

33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Page 2: Ikan Keli Sangkar Buluh

2

PROJEK IKAN SANGKAR BULUH

Tilapia

1.0 Pengenalan Pertanian adalah suatu bidang yang telah lama diceburi oleh masyarakat Malaysia dan

merupakan pekerjaan dan sumber pendapatan utama rakyat Malaysia selepas merdeka.

Pertanian juga merupakan saranan agama dan hasil dari titik peluh dan berbudi kepada

tanah ini dilihat lebih mulia. Pihak kerajaan telah mewujudkan suatu modal insan yang

holistik dengan memperkasakan pertanian dengan teknologi baru yang merangkumi ilmu,

amal dan perkakasan.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada ramai bahawa suatu peruntukkan yang besar

telah diberi kepada bidang pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-9 supaya negara dapat

mengeluarkan makanan sendiri dan sekaligus dapat mengurangkan defisit. Peluang-

peluang yang diwujudkan oleh kerajaan jika tidak digunakan sepenuhnya akan

menyumbang kepada kegagalan dasar pertanian negara. Melihat kepada peluang dan

perkembangan masa depan yang cerah dalam bidang pertanian maka pihak Madrasah

Idrsiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan (MIKK) ingin menceburkan

diri dalam bidang akuakultur ikan.

Bermula dengan pemeliharaan ikan keli dalam kolah secara percubaan telah menjana hasil

yang lumayan dan kami telah melihat wujudnya peluang dalam bidang akuakultur ikan jika

dilakukan secara serius dan pada skala besar.

Apabila kos penyeliaan sangkar lebih mudah dan murah untuk jangka panjang maka kami

memerlukan modal sebanyak RM 50 000 sebagai permulaan usaha untuk membina sangkar

dalam tasik. Ikan keli adalah dari jenis spesis ikan magin dan jika dilepas terus ke dalam

tasik akan menyebabkan bilangan ikan lain berkurangan kerana pembesaran tidak serentak

dan ikan yang besar akan menjadi pemangsa bagi ikan kecil. Keadaan ini akan

mengakibatkan bilangan ikan berkurangan sebanyak 40% dan hasil rendah berbanding

Page 3: Ikan Keli Sangkar Buluh

3

dengan akuakultur dalam sangkar yang parameter pengurusan dapat diurus secara berkesan.

Setelah pihak kami melihat projek rintis di Tanah Merah, Kelantan dibuat dengan

menggunakan lima sangkar pada mulanya telah menghasilkan dapatan yang menggalakkan

iaitu bagi setiap sangkar dengan 3000 ekor anak ikan akan dapat dituai sebanyak 700 kg.

Oleh yang demikian, dengan kaedah ini pihak kami berkeyakinan akan dapat membuat

keuntungan tiga kali ganda berbanding kaedah lepas bebas.

2.0 TUJUAN

1. Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bantuan kewangan

sebanyak RM 50 000 kepada Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

(MIKK) dengan tujuan untuk menyediakan projek ikan sangkar buluh dan modal

pusingan untuk pengembangan akuakultur ikan keli di tasik milik madrasah yang

sedia ada. (Lihat Lampiran A).

2. Menyediakan satu sumber makanan iaitu ikan yang suci dan halal tidak diragui

permakanannya dan seterusnya akan menjaminkan masyarakat khususnya orang

Islam yang bebas daripada rasa was-was atau keraguan.

3. Permakanan yang suci dan halal penting bagi pihak madrasah demi untuk

mewujudkan golongan tahfiz di kalangan pelajar madrasah kelak. Pemakanan yang

diragukan kesuciannya akan menyukarkan penghafalan Quran di kalangan pelajar.

4. Membekalkan makanan sumber protein dan Omega 3 kepada pelajar dan

masyarakat hasil daripada ikan keli yang diternak secara skala besar.

5. Merealisasikan akuakultur ikan dalam sangkar ini akan dapat meningkatkan

pendapatan dana madrasah dan secara tidak langsung dapat membantu penternak

ikan dengan mengurangkan kos penyelenggaraan.

6. Mengoptimumkan penggunaan mesin makanan yang dibekalkan oleh Jabatan

Perikanan sebagai suatu jawapan kepada penggunaan teknologi iaitu ilmu, amal dan

perkakasan.

7. Menjana kaedah agroteknologi yang efektif dan efisyen dalam membentuk

masyarakat penternak yang holistik.

Page 4: Ikan Keli Sangkar Buluh

4

3.0 OBJEKTIF

1. Hasil bantuan kewangan ini akan dapat membantu menjayakan projek ternakan ikan

sangkar buluh ini tanpa menganggu projek lain yang sedia ada.

2. Menjanakan pendapatan dengan penggunaan sangkar buluh akan menjimatkan kos

dan secara langsung ternakan ikan ini akan menjadi sumber pendapatan madrasah

dan kerjaya yang meyakinkan kepada mereka yang berminat.

3. Mewujudkan makanan produk terakhir menggunakan ikan seperti nugget, filet, fish

finger dan keropok.

4. Mengurangkan kos makanan dengan penggunaan mesin makanan supaya ikan dapat

diternak dalam jumlah yang besar.

5. Menggunakan kaedah sangkar buluh akan memberi satu senario baru di Malaysia

khususnya kepada penternak kecil yang hanya memerlukan kos yang kecil tetapi

lumayan.

Page 5: Ikan Keli Sangkar Buluh

5

4.0 LATARBELAKANG PROJEK Nama dan Alamat Pemilik Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan Latarbelakang Projek Lokasi : Kg.Salak Utara, Sungai Siput

Perak Darul Ridzuan Keluasan : 2 ekar tasik Bilangan Sangkar : 100 sangkar

4.1 Projek Akuakultur Ikan Dalam Sangkar

Projek ikan sangkar buluh ini merupakan projek pertama madrasah Ternakan ikan sangkar

merupakan kaedah yang proaktif, kos modal rendah dan berdaya maju. Penghasilan

ternakan ikan secara intensif ini boleh mencapai 10-20 kali ganda pengeluaran ternakan

kolam iaitu 40 – 200 kg/meter padu air. Pada masa ini produktiviti sangkar perairan

Malaysia adalah pada kadar 8 kg/meter padu 0.7 tahun. Nilai ini boleh ditingkatkan kepada

25 kg/meter padu 0.7 tahun (Anonymous,1998). Dalam merealisasikan pengeluaran sektor

akuakultur, terutama untuk meningkatkan pengeluaran ikan dalam memenuhi pasaran

tempatan dan untuk dieksport. Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat unjuran

pengeluaran akuakultur sehingga tahun 2010 dalam Dasar Pertanian Negara (DPN3) seperti

jadual di bawah.

Jadual 1 Unjuran (projection) Pengeluaran Komoditi Akuakultur tahun 1995-2010 (‘000 metrik tan)

Jenis Komoditi 1995 2000 2005 2010 Moluska 101.1 113.6 127.2 140.0 Udang 7.4 44.0 76.0 150.0 Ternakan Ikan 5.8 20.0 55.0 110.0 Ikan Air Tawar 17.4 75.0 142.5 200.0 Ikan Akuarium 253.0 400.0 500.0 800.0 (Juta ekor) Sumber: Jabatan Perikanan Malayasia, 1994

Page 6: Ikan Keli Sangkar Buluh

6

4.2 Definisi Ternakan Ikan Sangkar Ternakan Ikan Sangkar boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pemeliharaan ikan dari

peringkat juvenil hingga ke ukuran pasar, di dalam satu isipadu air yang terkurung di

semua permukaannya dengan jaring kasar, tetapi membenarkan aliran air melalui sangkar

tersebut.

Perkembangan Teknik-Teknik Ternakan Ikan Sangkar

Sejarah ternakan ikan sangkar bermula di Asia, iaitu di Tasik Tonle Sap, Kampuchea dan di

Indonesia pada abad ke19. Rangka sangkar yang digunakan diperbuat dari buluh dan rotan.

Selain itu, sangkar-sangkar juga boleh diperkukuhkan dengan menggunakan bahan tiub

besi dan dipasangkan kepada tong-tong yang berfungsi sebagai pelampung.

Akuakultur sangkar ikan telah berkembang dengan pesat sejak 20 tahun yang lalu dan

merupakan satu kaedah yang popular digunakan dalam sektor ternakan ikan di perairan

tasek, bekas lombong, teluk dan di persisiran pantai yang terlindung.

Ternakan ikan dalam sangkar di Malaysia telah bermula di Pulau Pinang pada tahun 1970-

an dan di Sabah kegiatannya dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan bermula pada tahun 1976

di perairan Teluk Mengkabong, Tuaran dengan menggunakan kaedah KAMES (rangka

sangkar diperbuat dari kayu pada ukuran 20’x20’ dan dibahagi kepada 4 petak,

menggunakan jaring trawl dan pelampung drum plastik). Bagaimanapun, kegiatan ternakan

ikan sangkar telah lama bermula di Sabah dengan menggunakan buluh bamboo yang

berfungsi sebagai pelampung dan juga rangkanya. Kegiatan ini bertujuan untuk menyimpan

hasil tangkapan yang hidup sebelum di bawa ke pasar mingguan. Teknik-teknik pembuatan

sangkar berkembang dengan menggunakan drum sebagai pelampung, kayu dan jaring

‘purse seine’.

Page 7: Ikan Keli Sangkar Buluh

7

Contoh sangkar ikan daripada buluh di Kelantan

Sangkar Ikan Atas Air --- 5’--- ----------15’------- ----------15’-------____ ---------- 15’ ------- ------15’--------- 10’ JARING JARING RAKIT LALUAN Rajah 1: Pelan Sangkar Ikan Rajah 2 Pelan Sangkar Ikan Terapung Legend : Buluh Papan laluan Tayar Rajah 1 : Sangkar ikan A

Page 8: Ikan Keli Sangkar Buluh

8

Anggaran Kos Perbelanjaan Projek Ikan Sangkar Buluh MIKK 2007 RM/Unit Bilangan RM Jumlah SANGKAR BULOH 2.00 1000.00 2000.00 Tayar Pengikat Tayar Pelapik SANGKAR 250.00 12.00 3000.00 Sangkar Anak 70.00 5.00 350.00 Jumlah 5350.00 IKAN BENIH Harga 0.05 50000.00 2500.00 MAKANAN 37.00 150.00 5550.00 8050 UPAH 500.00 500.00 Lain-lain 1100.00 1100.00 Jumlah Keseluruhan 15000.00 15000.00 Jangkaan Pendapatan Jangkaan tuaian ikan keli adalah 80% dari jumlah keseluruhan, jika 100 000 x 80% = 80000 ekor Harga borong ikan keli dalam pasaran mengikut harga KADA RM 2.40/kg Selepas 3 bulan berat seekor ikan keli dewasa 250 gm/ekor ialtu 4 ekor/kg Jumlah berat ikan 80 000/4 = 20 000 kg Pendapatan Kasar = 20 000 x RM 2.40 = RM 40000 Pendapatan Bersih RM 40 000 - RM 27800 = RM12200 Pendapatan sebulan RM 12200/3 = RM 4066.66

Page 9: Ikan Keli Sangkar Buluh

9

Jadual Anggaran Pendapatan Kolam Ikan Keli jangka masa 3 bulan

Bil. Sangkar Saiz

sangkar Ikan Kos Ternakan Keseluruhan 3 bulan Risiko hasil Jumlah Kg Pendapatan Pendapatan bersih

sebulan RM RM RM 1 1 15 X 20 5000 1000 4500/3 1500 X RM2 3000 2000 / 3 = RM 666.6 Minus 1000 2000

2 10 15 X 20 50000 10000 40000/3 13000 X

RM2 26000 16000 / 3 = RM 5333.3

Minus 10000 16000

3 20 15 X 20 100000 20000 90000/3 30000 X

RM2 60000 40000 / 3 = RM 13000

Minus 20000 40000

Page 10: Ikan Keli Sangkar Buluh

10

5.0 RAMALAN PRESTASI KEWANGAN BUTIRAN ANGGARAN ANGGARAN SATU MUSIM 1 TAHUN (3 BULAN) 4 MUSIM RM RM PENDAPATAN Hasil Jualan 40 000 160 000 Kos Bahan Mentah 6 000 24 000 Anak Ikan 20 000 80 000 UNTUNG KASAR 14 000 56 000 PERBELANJAAN Pentadbiran 3 000 12 000 Pemasaran 500 2 000 Perjalanan 1 000 4 000 Jumlah Perbelanjaan 4 500 18 000 Untung Sebelum Cukai 9 500 38 000 Semusim ( 3 bulan ) Untung Bersih Sebulan 3 166 6.0 KESIMPULAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk membantu pihak MIKK menjanakan pendapatan

dengan kaedah penternakan akuakultur ikan sangkar buluh yang berpotensi untuk

menternak ikan secara skala besar dan bagaimana agensi-agensi yang lain berperanan

secara langsung mahupun tidak langsung dapat membantu menyediakan dana untuk

pertanian dan kertas ini juga menyentuh secara ringkas peranan dan sumbangan Jabatan

Perikanan untuk menggalakkan ternakan ikan dalam sangkar dengan meminjamkan mesin

memproses makanan. Penternakan akuakultur yang dijalankan secara sistematik akan

berkesan dan mampu berkembang serta dapat menjadi sumber pendapatan bagi pihak

MIKK dan ia secara langsung sebagai contoh kerjaya kepada penternak ikan di negara kita.

Page 11: Ikan Keli Sangkar Buluh

11

Lampiran A

Sangkar ikan dari darat

----------15’------- ----------15’-------____ 15’ JARING JARING

Rajah 1: Sangkar Ikan B

Rajah 2 Pelan Sangkar Ikan Terapung Legend : Buluh Darat Tayar Air

Darat

Air

Sangkar Ikan

Page 12: Ikan Keli Sangkar Buluh

12

Lampiran B

Bagaimana buluh diikat