Ikatan #16

4
S uatu masa dahlulu, seorang lelaki bernama Mahatma Ghandi menggegar pentas dunia dengan melakar sejarah perjuangan kemerdekaan negara India. Dilahirkan sebagai manusia yang tidak berpotensi, lelaki ini hanya menjadi pelajar 'biasa' di sekolah. Sehinggalah suatu masa, dia tersentak dengan dasar apartheid yang begitu teruk di Afrika Selatan. Kaum India dianggap sebagai manusia kelas bawahan, hanya digelar kuli atau sami. Ditambah lagi, pengalamannya dicampak ke dalam kereta api kelas ketiga walaupun beliau mempunyai tiket kereta api kelas pertama, menjadikannya benar- benar serius untuk berbuat sesuatu. Lalu dia mula membangkit potensi diri, berusaha mengubah diri untuk mengubah masyarakatnya. Akhirnya, dia terkenal dengan pejuang kemerdekaan negara India yang lemah lembut tetapi tegas. Ini kisah seorang manusia biasa yang menjadi luar biasa kerana sikapnya. Ya, sikap merupakan gambaran mentaliti seseorang. Taraf pemikiran kita yang dibentuk

description

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Mesir).

Transcript of Ikatan #16

S uatu masa dahlulu, seorang lelaki bernama Mahatma Ghandi menggegar pentas dunia dengan melakar sejarah perjuangan kemerdekaan negara India. Dilahirkan sebagai manusia yang tidak berpotensi, lelaki ini hanya menjadi pelajar 'biasa' di sekolah. Sehinggalah suatu masa, dia tersentak dengan dasar apartheid yang begitu teruk di Afrika Selatan. Kaum India dianggap sebagai manusia kelas bawahan, hanya digelar kuli atau sami. Ditambah lagi, pengalamannya dicampak ke dalam kereta api kelas ketiga

walaupun b e l i a u

mempunya i tiket kereta api

kelas pertama, menjadikannya benar-

benar serius untuk berbuat sesuatu. Lalu dia mula

membangkit potensi diri, berusaha mengubah d ir i untuk mengubah masyarakatnya. Akhirnya, dia terkenal dengan pejuang kemerdekaan negara India yang lemah lembut tetapi tegas.

Ini kisah seorang manusia biasa yang menjadi luar biasa kerana sikapnya.

Ya, sikap merupakan gambaran mentaliti seseorang. Taraf pemikiran kita yang dibentuk

melalui pengalaman silam amat memberi kesan dalam menentukan siapa kita pada masa akan datang. Sikap yang sentiasa positif akan membangkitkan potensi diri. Mungkin kita dilahirkan sebagai manusia yang tidak mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Usah risau, kerana lemah tidak bermakna selamanya lemah. Atas kelemahan yang sedia ada pada diri, maka jadikannya sebagai bahan api untuk kita nyalakan api kecemerlangan pada masa akan datang.

Mahasiswa dan soft skill Kita seringkali melihat remaja yang masih

menuntut ilmu mampu melakukan berbagai 'projek' sampingan seperti berceramah, memimpin organisasi, melukis, menulis dan lain-lain. Hakikatnya mahasiswa atau zaman remaja adalah zaman kekuatan dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan. Oleh itu, menjadi satu peluang yang amat besar untuk kita melatih diri kita dengan pelbagai skil kehidupan yang menjadikan hidup lebih bermakna. Iaitu sementara tangan masih kuat, kaki masih teguh dan tubuh badan masih tegap.

H a k i k a t n y a k i t a bukanlah hanya hidup untuk buku semata-mata, biarpun pelajaran amat penting bagi kita sebagai mahasiswa. Suatu masa nanti kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang jauh dari tulisan-tulisan yang termaktub dalam kitab silibus. Maka di sini kita memerlukan skil tambahan atau soft skill untuk kita menjadi manusia yang fleksibel. Juga untuk kita mendepani cabaran-cabaran kehidupan yang semakin deras.

Contohnya, skil penggarapan umum atau public relation. Kemahiran ini amat diperlukan bagi kita membantu membaiki masyarakat di tanah air. Tanpa skil bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, kita hanya menjadi mahasiswa yang hidup dalam dunianya sendiri. Namun jika kita mampu melatih diri dengan skil berucap, berkomunikasi, dan bergaul, percayalah, horizon langit dakwah kita semakin meluas dan melebar. Sehinggalah kata-kata dan idea kita menjadi sumber rujukan bagi masyarakat yang memerlukan kita.

Dunia hari ini sofistikated dan menuntut kita untuk mengikut tali arus kemodenan agar kita tidak ketinggalan zaman. Kini filem pendek dan gambar-gambar bermesej menjadi satu medan yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. Maka, jika kita mampu menggunakan perisian

komputer atau software seperti Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Sony Vegas dan lain-lain menjadi satu kredit yang amat berharga. Telah terbukti bahawa pembikinan filem-filem pendek yang bermesej mendapat lebih perhatian dan kesannya lebih mendalam terhadap penonton berbanding medan tulisan semata-mata. Digabungkan dengan kualiti visual yang menarik, sound effect yang berkesan serta idea yang hebat -- mesej yang disampaikan terus masuk ke dasar hati, sehingga mungkin menitiskan air mata.

Ini suatu yang menarik, bukan? Oleh itu, amatlah baik sekiranya kita boleh

meluangkan sedikit waktu kosong untuk mempelajari asas-asas kemahiran sebegini agar kita menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai pelbagai skil. Lebih baik lagi, jika mampu mendalami dan menguasi bidang-bidang tertentu agar kita dapat menghasilkan produk-produk yang berkualiti.

Kepentingan soft skil dalam dakwah Dakwah juga menuntut untuk kita menguasai bidang-bidang p e rkompute r an , p u b l i c r e l a t i o n , k e p imp i n a n , pembikinan filem, fotografi dan bermacam-macam soft skill yang lain. Ini adalah tuntutan zaman, yang perlu kita ceburi dan kuasai agar agenda dakwah berjalan seiring dengan peredaran kemodenan. Semua ini pasti menjadikan dakwah itu sebagai agenda yang amat menarik

perhatian dan syumul. Kemahiran pembikinan filem sebagai contoh.

Menerusi tayangan filem pendek yang menginsafkan, penonton mungkin bertaubat dan kembali kepada Allah, atau tayangan isu Palestin yang amat menyayat hati. Pasti suara tangisan anak Palestin itu mengetuk pintu hati penonton agar berbuat sesuatu. Membantu mereka sekadar termampu dengan doa, dan juga sumbangan material. Benar, kesan video amat kuat.

Hebat, bukan? Contoh lain ialah bidang lukisan dan fotografi.

Dengan mengusai bidang ini, maka kita mempunyai momentum yang amat kuat untuk menyampai sesuatu mesej dakwah. Gambar yang berkualiti dihiasi dengan lakaran ayat-ayat quran, hadith dan kata nasihat membuatkan sesiapa yang melihat menjadi terkesan.

Dalam menerangkan kepentingan skil penggarapan umum, ayat Al-Quran ini boleh menjadi contoh: "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, semoga dia beringat dan takut." (Taha: 44)

Maka, jika kita mampu menggunakan perisian komputer atau software seperti Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Sony Vegas dan lain-lain menjadi satu kredit yang amat berharga.

~ Dari Meja Suri ~

Di Persimpangan Cinta

Assalamualaikum buat semua pembaca. Lihat sahaja tajuk pada kali ini, pastinya semua sudah tidak sabar-sabar nak tahu tentang cinta yang Suri nak bicarakan. Sebenarnya makna cinta sangat luas. Kalau Suri nak huraikan satu persatu jenis cinta, memang tak habis sampai bila-bila. Macam-macam cinta ada. Ada cinta pada Allah, Rasul, ibu bapa, ilmu dan banyak lagi. Jadi, cinta bukan hanya pada perasaan dua jiwa berbeza jantina yang selalu terlintas di

fikiran. Dan Suri pun tak nak bercerita tentang cinta jenis ini. Sebenarnya, Suri tertarik untuk berbicara tentang sebuah

cinta yang Suri temui di musim syita’ atau musim sejuk yang

baru tiba ini. Tentu sekali musim sejuk diliputi suasana yang

dingin dan udara yang nyaman. Keadaan inilah yang telah

menumbuhkan cinta ini ibarat cendawan yang tumbuh

selepas hujan. Berbunga-bunga betul ayat Suri ni!

Baiklah, dimudahkan cerita, selalunya cinta ini muncul di

hening malam menjelang waktu subuh. Semua manusia

sedang dibuai mimpi ketika ini. Cinta apakah agaknya?

Pastinya anda dapat meneka. Tak lain tak bukan ianya adalah

cinta yang muncul dari dua bisikan. Bisikan pertama adalah

daripada si syaitan durjana yang membisikkan cinta kepada

nikmat tidur yang enak di dalam gumpalan selimut tebal yang

selesa. Manakala bisikan kedua adalah daripada sang malaikat

yang membisikkan cinta kepada Tuhan untuk bertahajjud di

sepertiga malam, menghadapNya, memohon keampunan dan

mengalirkan air mata. Tentu sekali anda pernah melalui

situasi ini. Yang mana satukah bisikan yang anda selalu

sahuti? Menyahut bisikan kedua bererti meninggalkan

keselesaan di bawah kehangatan selimut tebal dan bersusah

payah bangun ke bilik air untuk berwudhu’ mengalirkan air

dingin ke wajah dan anggota.

Sedangkan menyahut bisikan pertama lebih mudah dan

indah. Hanya perlu meneruskan tidur yang penuh nikmat dan

kerehatan.

Memang payah membuat pilihan antara dua bisikan cinta ini

bukan? Selalunya kerehatan yang menjadi pilihan. Tetapi

sayangnya kerehatan yang dipilih adalah yang bersifat

sementara. Kita selalu lupa akan kerehatan yang satu lagi iaitu

kerehatan yang kekal di syurga.

Oleh itu, buatlah pilihan untuk menyahut bisikan kedua

daripada para malaikat yang menawarkan kerehatan abadi

yang pasti, dan apabila berada di persimpangan dua cinta ini,

pilihlah persimpangan yang membawa ke syurga.

Persimpangan cinta kepada Allah dan meninggalkan

persimpangan dunia yang nikmatnya hanya seketika. Malam

ini kita uji diri, mana satu bisikan cinta yang kita sahuti.

Selamat bermujahadah melawan bisikan cinta dunia dan

syaitan durjana!

K a l am s u c i d i a t a s menunjukkan kepada kita bahawa dakwah dengan kata-kata perlu mempunyai kaedah dan skil yang betul. Bukan hanya berkata mengikut alunan rentak emosi dan perasaan, tetapi harus berkata dengan lemah lembut dan berhikmah. Inilah sebahagian daripada skil public relation atau skil penggarapan umum.

Ingatkah anda tentang kisah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam dan Addas di kebun? Ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dihidangkan dengan anggur, baginda membaca, "Bismillah," sebelum makan. Maka Addas menjadi pelik lantas bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tentang perkataan yang disebutnya itu. Maka berlakulah dialog antara mereka berdua. Kisah ini mencatatkan kebijaksanaan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dalam menyusun kata dan menarik perhatian mad'u. Memang benar, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam menguasai skil berkomunikasi dan t e lah d ibukt ikan mela lu i keberkesanan dakwah yang dilakukannya.

Kesimpulan Soft skil adalah potensi yang

tersimpan dalam diri setiap manusia. Ia ibarat batu berlian yang bercampur dengan batu keras dan memerlukan usaha untuk mengasingkannya. Cubalah sesuatu perkara baru untuk mencari potensi diri kita yang tersembunyi. Memang sukar, namun tiada perkara yang indah t anpa d imulakan dengan kesukaran. Sekiranya Mahatma Ghandi mampu menggilap dan membangkitkan potensi diri hanya berorientasikan semangat patriotik, mengapa tidak kita m a h a s i s w a I s l am y a n g mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menggalas amanah agama in i . K ita seharusnya lebih ke hadapan dalam menguasai soft skil. Untuk Islam dan demi Islam.

1 9

10

4

2

3

11

6

12

5

8

7

Mendatar 1) Isteri Rasulullah s.a.w. yang

berketurunan Yahudi 2) Duta Islam ke Madinah 3) Pedang Nabi s.a.w. yang diberikan

kepada Saidina Ali r.a. 4) Penyimpan senarai nama golongan

munafiq 5) Pemegang amanah Rasulullah s.a.w. 6) Pemerintah Mesir ketika peristiwa Ain

Jalut 7) Utusan Saidina Uthman bin Affan r.a.

ke China 8) Sahabat yang sering dikaitkan dengan

Tolhah bin Ubaidillah Menegak 9) Pembunuh Umar Al-Khattab r.a. 10) Isteri kedua Rasulullah s.a.w. 11) Nama unta Rasulullah s.a.w. 12) Bahagian kambing yang paling disukai

Rasulullah s.a.w.

5 Tips Untuk Menghafal 1. Yakin pada diri bahawa anda mampu menghafal.

2. Tanam keinginan yang tinggi untuk menghafal.

3. Pilih maklumat yang paling penting.

4. Tidur seketika selepas menghafal.

5. Hafal sedikit demi sediki pada satu masa dan ulang

maklumat tersebut.

movie

Zzz...

Tak sempat!

“Rebutlah masa lapangmu

sebelum masa sibukmu.” (Hadith)

KOMIK

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan ke: [email protected]. Laman web: ismamesir.com

KARYA? Kami mengalu-alukan

karya dari anda. Hantarkan ke: ismamesirmedia

@gmail.com.

WEEKLY STREET SOCCER

Every Friday 6.30 am

Suq Sayyarat, H10

WALLPAPER PERCUMA! Dapatkan di

karya.ismamesir.com