IKATAN #28

4
lam mu ini wahai saudara, bila dikaji keserasiannya dengan dirimu, kan kau temui kewujudan suatu yang dipanggil Fitrah atau lebih mudah ia dipanggil Sunnatullah. Ya saudara, kerana Alam ini bukan dengan tiba-tiba ia terhasil, tidak sama sekali, ia diatur, disusun supaya mengikut kehendak-Nya. Dialah Tuhan kita, Tuhan sekalian alam daripadaNya kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali. Siapalah kita ingin melawan Sunnah ini? bak kata Ibrahim Ibnu Adham: “Jika engkau ingin melakukan maksiat, carilah tanah yang bukan milik Tuhanmu.” Siang malam berjalan bagai satu sistem yang bergerak dengan sendiri. Punyai tempoh tertentu untuk menjelma, bertahap dalam berubah. Namun di sana ada satu sunnah yang jarang disebut oleh manusia kebanyakan. Sunnah yang hanya ditemui oleh mereka yang mengkaji, menganalisis, mentafsir daripada peristiwa dunia, sejarah kejadian dan kejatuhan tamadun. Sunnatullah itu dipanggil: “Qanun Azab untuk Semua” Umpama masyarakat di sebelah empangan air yang risiko pecahnya empangan itu ada setiap masa, Jika tidak dijaga, mereka binasa.Ada dari kalangan mereka yang jahat selalu membocorkan empangan dengan rasa suka, dan ada dari kalangan mereka yang baik hanya duduk melihat perbuatan itu dengan rasa selesa, akhirnya bila empangan itu pecah, yang binasa adalah semua, mungkin lucu tapi ia hakikat. Kaedahnya mudah: Diturunkan azab untuk “si penjahat” di atas kezaliman serta kejahatannya dan ke atas “orang baik” atas kebisuannya dalam mencegah. Mereka bertanya: Mengapa dihukum mereka yang tidak dikenakan taklif, seperti kanak-kanak, perempuan atau orang cacat? Dari Meja Suri : Oleh : Buraidah Al-Aslami Ulum Islamiah, Kaherah

description

Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir).

Transcript of IKATAN #28

Page 1: IKATAN #28

lam mu ini wahai saudara, bila dikaji

keserasiannya dengan dirimu, kan kau

temui kewujudan suatu yang dipanggil Fitrah atau

lebih mudah ia dipanggil Sunnatullah.

Ya saudara, kerana Alam ini bukan dengan

tiba-tiba ia terhasil, tidak sama sekali, ia diatur,

disusun supaya mengikut kehendak-Nya.

Dialah Tuhan kita, Tuhan sekalian alam

daripadaNya kita datang, dan kepada-Nya jugalah

kita kembali. Siapalah kita ingin melawan Sunnah

ini? bak kata Ibrahim Ibnu Adham:

“Jika engkau ingin melakukan maksiat,

carilah tanah yang bukan milik Tuhanmu.”

Siang malam berjalan bagai satu sistem yang

bergerak dengan sendiri. Punyai tempoh tertentu

untuk menjelma, bertahap dalam berubah.

Namun di sana ada satu sunnah yang jarang

disebut oleh manusia kebanyakan. Sunnah yang

hanya ditemui oleh mereka yang mengkaji,

menganalisis, mentafsir daripada peristiwa dunia,

sejarah kejadian dan kejatuhan tamadun.

Sunnatullah itu dipanggil:

“Qanun Azab untuk Semua”

Umpama masyarakat di sebelah empangan

air yang risiko pecahnya empangan itu ada setiap

masa, Jika tidak dijaga, mereka binasa.Ada dari

kalangan mereka yang jahat selalu membocorkan

empangan dengan rasa suka, dan ada dari kalangan

mereka yang baik hanya duduk melihat perbuatan

itu dengan rasa selesa, akhirnya bila empangan itu

pecah, yang binasa adalah semua, mungkin lucu

tapi ia hakikat. Kaedahnya mudah:

Diturunkan azab untuk “si penjahat” di atas

kezaliman serta kejahatannya dan ke atas “orang

baik” atas kebisuannya dalam mencegah.

Mereka bertanya: Mengapa dihukum mereka

yang tidak dikenakan taklif, seperti kanak-kanak,

perempuan atau orang cacat?

Dari Meja Suri :

Oleh : Buraidah Al-Aslami

Ulum Islamiah, Kaherah

Page 2: IKATAN #28

Renungilah firman Tuhanmu:

“Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang

tidak hanya menimpa orang-orang zalim

sahaja di antara kamu.” (Surah Al-Anfal: 25)

Adapun jawapan kepada persoalan kanak

-kanak atau perempuan yang tidak ditaklifkan

namun menerima azab yang sama, jawapannya

bak cerita Nabi Musa dan Nabi Khaidir, tika

mana dirosak kapal seorang nelayan miskin,

dibunuh seorang budak kecil, dibaiki dinding

orang kampung yang zalim.

dan bukanlah kita yang sentiasa mengetahui

jawapan kepada segala kejadian, walaupun kita

sentiasa meraikan hak akal dalam mengkaji,

namun tetaplah suatu hikmah itu milik Allah

yang Maha mengetahui.

Berkata seorang Muslim: Mengapa tidak

diazabkan kaum kafir sudah jelas

kefasadannya? Mengapa pula mereka diberi

kemewahan dan kesenangan?

Di sebalik kemewahan dan kekayaan ia

merupakan ujian yang sangat nyata bahayanya

bagi kaum Muslimin, ingatlah tika Tuhanmu

berfirman:

“Sehingga ketika mereka bergembira dengan

apa yang diberikan, kami seksa mereka secara

tiba-tiba, ketika mereka diam dan putus

asa.” (Surah Al-An’am: 44)

Ingatlah tika nabimu bersabda :

Ku menyeru wahai saudara, tiada laluan

lain untuk melepaskan diri dari

kepungan qanun azab Allah yang

menggerunkan itu, kecuali melalui jalan yang

sepatutnya, antaranya:

a. Menyuruh manusia kepada kebaikan (amar

makruf)

b. Melarang manusia daripada kemungkaran

(nahi mungkar)

c. Menentang manusia yang membuat

kejahatan dan kerosakan

d. Melalui jalan dakwah dengan

menyeru manusia kepada Islam,

memanggil mereka untuk segera

mendirikan solat, kembali kepada

cara hidup Islam di segenap jurusan

hidup mereka, tunduk kepada hukum

Allah dan menghukum mengikut

syariat Allah.

Akhirnya, unjuran amal kita adalah ke

arah melahirkan generasi manusia yang

memahami bahawa mereka yang sentiasa

berada di dalam Sunnatullah, tidak akan

menyesal, bahkan dijanjikan bahagia

dipenghujungnya, buktikanlah kepada

masyarakat bahawa kehidupan yang paling

indah adalah ketika merasai jaminan

keampunan-Nya, menghargai kebersamaan-

Nya dan mencari keredhan-Nya dalam sudut-

sudut kehidupan.

Wallahua’lam

Merasai kebersamaanNya dalam setiap detik kehidupan

… Diakhiri ceritanya dengan pelbagai

hikmah yang tak disangka-sangka, yang

tujuannya adalah untuk menguji

kesabaran dan keyakinan hamba-Nya…

Page 3: IKATAN #28

Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran Suri

panjatkan kepada pemilik kerajaan langit dan

bumi yang masih menemukan Suri dan para

pembaca. Apakah khabar iman dan amal pada

diri masing-masing?

Sejenak berhadapan dengan paparan berita di

medium yang pelbagai, sama ada di

televisyen, surat khabar dan internet

membuatkan jantung Suri seakan tersentak.

Gambaran manusia yang lari menyelamatkan

diri dari gulungan ombak tsunami yang rakus

menelan jasad terasa mengerikan. Air yang

hitam pekat jelas menyapu daratan sehingga

mencapai kelajuan 800 kilometer sejam dan

ketinggian 10 meter. Manusia pula teramat

kerdil ibarat seekor semut. Jasad kaku berada

di mana-mana dalam keadaan yang amat

menyayat hati. Kerosakan melata di dataran

bumi.

Suri juga teringat tragedi yang berlaku di

Jepun baru-baru ini. Kebocoran radiasi hasil

daripada letupan pusat janaan elektrik yang

berasaskan nuklear memberi impak

kehilangan tempat tinggal dan kemerosotan

sumber makanan serta minuman.

Suri juga terbaca fakta bahawa gempa bumi

yang berturut-turut berlaku juga telah

membuatkan pengagihan sejumlah besar

kerak bumi, memendekkan hari, selain

mengubah paksi bumi dan mempercepatkan

pusingan bumi pada paksinya. Kesan yang

bukan hanya dirasai setempat tetapi tersebar

ke sudut yang tak terjangkau oleh ilmu

manusia.

Justeru, bencana ini menghasilkan kesan yang

tidak dianggap kecil. Hakikat kejadian yang

bukan saja menambah fakta bencana, tetapi

turut mengubah landskap bumi yang semakin

lama semakin tua dalam menyaksikan

kerosakan yang dilakukan manusia.

Sehinggakan manusia kalut membuat

penilaian dan mencari penyelesaian.

Segalanya merunsingkan diri Suri. Tidakkah

sahabat-sahabat merasai kerunsingan ini

juga? Bencana demi bencana hadir dengan

kehendak-Nya.

“Dan apa saja musibah yang menimpa

kamu maka adalah disebabkan oleh

perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah

memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-

kesalahanmu)”

Surah Asy Syuura : 30

Sememangnya dunia menyaksikan betapa

manusia itu hidup bertuhankan material dan

bukannya meletakkan erti ketuhanan hakiki

pada tunjangnya. Tenggelamnya manusia

dengan kefanaan dunia ini melunaskan

maksud setiap renjatan bencana ini. Murka-

Nya datang memberi peringatan.

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada

manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri

(dengan sombong); tetapi apabila ditimpa

malapetaka maka dia banyak berdoa.”

Surah Fussilat : 51

Paksi kehidupan kembali dibetulkan Yang

Esa. Betapa hebatnya murka Allah tika

manusia itu meremehkan tiap dosa dan

maksiat. Sehinggakan tanpa sedar, taklukan

peringatan-Nya datang secara mendadak

sebagai janaan kincir pembangunan jiwa

insan itu sendiri.

Namun, jangan kita lupa bahawa rahmat

Allah buat umatnya luas terbentang bagi yang

mahu mengambil pengajaran dari titik

renjatan itu. Masih dikurniakan masa buat

kita melangsaikan ikrar sebagai satu

pembuktian dari seorang mukmin yang utuh

dalam acuan didikan-Nya.

Ayuh sahabat semua. Aktifkan kembali

sinergi yang berpaksikan keredhaan-Nya.

Aturkan kembali langkah meraih

kecemerlangan jiwa seorang mukmin. Masih

belum terlambat untuk kembali mengejutkan

jiwa yang terlena itu. Kita masih diberi

peluang dan kesempatan. Untuk beringat dan

bertaubat.

Sama-sama kita memperbaiki diri dan saling

nasihat-menasihati. Selamat beramal dari

Suri!

Page 4: IKATAN #28

Habib Abdul Fisol Ajak teman untuk tasmi' quran bersama lepas solat

di masjid..

Shahidah Jalil jika masjid berdekatan dgn padang utk bermain,

so aktiviti riadah boleh dijadikan salah satu cara. main dan bila azan,ajaklah

Bilal Jailani Bawa mereka naik motor atau kereta ke Masjid.

Balik masjid, berhenti di kedai asir dan belanja asir mango.

'Ezzat Jano Experience dgn rakan2 arab yg berpogram di masjid,mrk

menjadikan masjid sebagai satu pusat masyarakat yg mengadakan aktiviti2

yg menarik sama ada aktiviti yg islamic oriented atau aktiviti yg biasa seperti

board games,football,7aflah dan etc.

Mohd Ihsanuddin Abas ajak cuci masjid, kalau sesuailah, tapi selalunya

student2 ni suka amal kebajikan, bagi kerja insyaAllah jalan!

student2 ni suka amal kebajikan, bagi kerja insyaAllah jalan! Puteri Mira ‎1)Ajak makan. 2)Projek multimedia seperti kelas tutorial adobe

dan halakan penggunaan media sebagai medium dakwah. 3)Projek ekonomi,

mungkin masjid boleh jadi pusat modal insan yang bermodal dilahirkan

sebab sekarang zaman berkerja ats kaki sendiri. 4)Mungkin commitee masjid

perlu ada lajnah untuk syabab yang dipimpin oleh syabab yang berke-

layakan. 5) Perpustakaan yang mesra pengguna. 6) kemudahan internet

Semua orang mengetahui kebaikan mengimarahkan masjid.

Jadi Bagaimana anda mengajak orang lain untuk sama-sama

mengimarahkan rumah Allah tersebut?

Kongsikan tips dan pengalaman anda.

Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami

di laman sosial facebook.com/ismamesir