IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

4
BILANGAN 32 | 1 NOVEMBER 2011 Oleh: Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Graduan Sarjana Muda Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar (Tanta) Kebangkitan dunia Arab hari ini telah lama dinanti oleh segenap pelusuk umat Islam. Selama puluhan tahun kehebatan Arab tidak dirasai dunia, akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bermula dengan Tunisia, kemudian Mesir, Libya, dan sekarang pergolakan masih berlaku di Syria. Ia adalah suatu fenomena yang mengajar kita sebuah hakikat bahawa kehidupan ini punyai perjalanan aturan hidup tersendiri, yang disusun oleh Penciptanya dengan kehendak-Nya tersendiri. “Katakanlah Ya Allah Engkaulah yang memiliki segala kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu, dan Engkau menghilangkan kerajaan daripada sesiapa yang Engkau mahu, dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau mahu, serta menghinakan sesiapa yang Engkau mahu. Pada tangan-Mu (kekuasaan dan kehendak) itu segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” – Surah Ali Imran, ayat 26 Umat manusia punyai kehendak yang mesti diberikan dan dirai. Sekiranya pemimpin sentiasa menggunakan hujjah „kekuatan‟ untuk mengatasi kehendak rakyatnya, kelak jangan menyesal jika penyelesaiannya adalah revolusi. Sejarah pemerintahan yang kejam telah bermula sejak zaman Firaun lagi, namun ia tetap tidak diambil iktibar oleh golongan terkemudian lantas mengulang sejarah yang sama, cuma hanya berbeza watak dan ketika. Apa khabar hati dan jiwa pembaca Dari Meja Suri? Kembali menemui pembaca untuk sama-sama menilai perjalanan hidup dalam selang masa yang berlaku dengan izin-Nya. Menghidupkan kembali sinar hikmah yang tersembunyi. SUASANA Gembira rasanya bila melihat kuliah disibukkan dengan langkahan para pencari ilmu. Tenang dan ada juga yang kalut menguruskan kemasukan dan pendaftaran ke tempat baru. Malahan, tergambar juga suasana masing-masing IKATAN Dr. Hj. Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi (kiri) dan Dr. Mohamad Nasiruddin Bin Johari (kanan); dua tetamu dari Malaysia yang dijemput khas untuk menjayakan I- Medik Roadshow yang akan berlangsung pada 8-10 November 2011 di tiga muhafazah iaitu Kaherah, Iskandariah dan Mansurah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http:// imedikroadshow. blogspot.com. MENGHIDUPKAN INTIPATI PERJUANGAN Bersambung ke muka surat 2 Dari Meja Suri: Sentakan Sistem Bersambung ke muka surat 3 Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir Layari www.ismamesir.com untuk berita dan artikel terkini dari ISMA Mesir

description

Menghidupkan Intipati Perjuangan

Transcript of IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

Page 1: IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

BILANGAN 32 | 1 NOVEMBER 2011

Oleh: Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Graduan Sarjana Muda Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar (Tanta)

Kebangkitan dunia Arab hari ini telah

lama dinanti oleh segenap pelusuk umat Islam. Selama puluhan tahun kehebatan

Arab tidak dirasai dunia, akhirnya waktu

yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bermula dengan Tunisia, kemudian

Mesir, Libya, dan sekarang pergolakan

masih berlaku di Syria. Ia adalah suatu

fenomena yang mengajar kita sebuah

hakikat bahawa kehidupan ini punyai perjalanan aturan hidup tersendiri, yang

disusun oleh Penciptanya dengan

kehendak-Nya tersendiri.

“Katakanlah Ya Allah Engkaulah yang memiliki segala kerajaan, Engkau

memberikan kerajaan kepada siapa yang E n g k a u m a h u , d a n E n g k a u

menghilangkan kerajaan daripada sesiapa

yang Engkau mahu, dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau mahu,

serta menghinakan sesiapa yang Engkau mahu. Pada tangan-Mu (kekuasaan dan

kehendak) itu segala kebaikan,

sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” – Surah Ali Imran,

ayat 26

Umat manusia punyai kehendak yang

mesti diberikan dan dirai. Sekiranya

pemimpin sentiasa menggunakan hujjah

„kekuatan‟ untuk mengatasi kehendak rakyatnya, kelak jangan menyesal jika

penyelesaiannya adalah revolusi. Sejarah pemerintahan yang kejam telah bermula

sejak zaman Firaun lagi, namun ia tetap

tidak diambil iktibar oleh golongan terkemudian lantas mengulang sejarah

yang sama, cuma hanya berbeza watak

dan ketika.

Apa khabar hati dan jiwa pembaca Dari

Meja Suri? Kembali menemui pembaca untuk sama-sama menilai perjalanan

hidup dalam selang masa yang berlaku

dengan izin-Nya. Menghidupkan kembali

sinar hikmah yang tersembunyi.

SUASANA

Gembira rasanya bila melihat kuliah

disibukkan dengan langkahan para pencari ilmu. Tenang dan ada juga yang

kalut menguruskan kemasukan dan

pendaftaran ke tempat baru. Malahan, tergambar juga suasana masing-masing

IKATAN Dr. Hj. Mohamed Hatta Bin

Mohamed Tarmizi (kiri) dan

Dr. Mohamad Nasiruddin Bin

Johari (kanan); dua tetamu

dari Malaysia yang dijemput

khas untuk menjayakan I-

Medik Roadshow yang akan

berlangsung pada 8-10

November 2011 di tiga

muhafazah iaitu Kaherah,

Iskandariah dan Mansurah.

Untuk maklumat lanjut, sila

layari http://

imedikroadshow.

blogspot.com.

MENGHIDUPKAN INTIPATI PERJUANGAN

Bersambung ke muka surat 2

Dari Meja Suri: Sentakan Sistem

Bersambung ke muka surat 3

Buletin rasmi Ikatan

Muslimin Malaysia

(ISMA) Mesir

Layari

www.ismamesir.com

untuk berita dan artikel

terkini dari ISMA Mesir

Page 2: IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

Kejatuhan regim Ghaddafi yang dekat dengan permulaan bulan haji seolah-olah

membawa mesej yang jelas kepada umat

Islam. Setelah mereka berjaya melakukan revolusi menentang pemerintahan zalim,

mereka harus bersatu atas asas akidah Islam supaya nilai-nilai kebebasan itu

terpandu oleh syarak.

Setiap nilai-nilai kemanusiaan diikat

dengan nilai-nilai ketuhanan barulah umat ini mampu bangkit meneraju dunia

setelah membumikan risalah Islam dengan penuh realistik dan menepati

sunnatullah. Semuanya agar kita tidak

lari dari seruan Ar-Rasul yang menyeru kita menyembah Allah dan menjalankan

tugas khalifah dengan sebaik cara.

I b r a h i m A S m e n g a j a r e r t i kepahlawanan dan jatidiri

Menyingkap sejarah para anbia yang

mengajar manusia erti hidup dan syariat kehidupan, kita akan mendapati mereka

telah pun terlebih dahulu menghidupkan erti kepahlawanan dan perhambaan

sebenar. Kisahnya yang masyhur telah

direkodkan dalam Al-Quran, dalam banyak surah telah mencatatkan

beberapa episod kehidupan yang sepatutnya dijadikan pedoman bagi

setiap manusia yang mengimpikan

ketinggian.

Keberanian Ibrahim AS memecahkan patung-patung milik kaumnya demi

mengemukakan hujjah dan bukti

kesesatan akidah mereka, jelas terpampang diceritakan dengan detil

dalam Surah Al-Anbiya‟. Ia adalah bukti nilai kebangkitan iman dalam diri yang

akhirnya tidak boleh ditahan dalam hati,

tetapi terpancar pada perbuatan bagi membuktikan wujudnya di sana iman

yang melarang perkara mungkar berlaku. Ia adalah nilai keberanian bagi

memberikan khidmat kepada maslahat risalah, bukan semata-mata menuntut

kebebasan manusiawi yang tiada takrifan

sepakat di sisi manusia, serta

mengabaikan sudut kacamata syariat.

Ia adalah nilai Islam itu sendiri. Islam

menyuruh agar kita merasa izzah dan

tinggi berbanding orang lain kerana ketinggian risalah yang dipegang. Bahkan

memenangkan risalah berbanding agama

lain itu sendiri telah dijadikan antara maqasid (tujuan) dalam pengutusan Ar-

Rasul SAW.

“Dialah yang mengutuskan rasul-Nya

dengan hidayah dan agama yang benar, untuk memenangkan agama (Islam) itu

ke atas agama-agama yang lain.” – Surah

Muhammad, ayat 28

Sekiranya kita malu untuk bangkit mempertahankan iman dan perjuangkan

akidah, ketahuilah umat kuffar tidak segan silu mempromosi agenda

liberalisasi dan humanisme mereka di

tengah-tengah umat Islam. Mereka mahu mencairkan identiti umat Islam yang

garang dan aktif hingga menjadi lembut dan tidak pro-aktif. Benarlah apa yang

dikatakan oleh penyair Islam,

Muhammad Iqbal,

“Zaman sesebuah bangsa yang hina sebenarnya tidaklah sunyi daripada

seorang yang cerdik, penyair dan

bijaksana.”

Sebenarnya mereka telah dipecah-pecahkan oleh mazhab -mazhab

tersendiri, namun kesemuanya

melontarkan tujuan yang sama, iaitu,

“Ajarlah anak singa ketakutan kijang, dan buanglah kisah-kisah kepahlawanan singa

yang terdapat dalam catatan lama.”

Fokus mereka mahu memeluk hamba-

hamba dengan tali perhambaan, sedangkan setiap takwil mereka hanyalah

penipuan. (Sumber Al-Muntalaq,

Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Pengorbanan yang tiada penghujung

Siri pengorbanan yang dilalui oleh Ibrahim AS telah meninggalkan banyak

pengajaran dari pelbagai sudut. Bermula dengan meninggalkan kaumnya,

kemudian meninggalkan Siti Hajar dan

anaknya Ismail AS di sebelah Baitullah Al-Haram, hingga apabila sudah meningkat

dewasa d isuru h pul a u ntuk menyembelihnya bagi menunaikan

suruhan wahyu.

Bagi seorang yang memikul risalah

perjuangan, ia ibarat suatu mesej ringkas yang menyeru bahawa tiada di sana jalan

yang selesa, dan pengorbanan itu adalah

lumrah sesebuah perjuangan. Ia juga

adalah satu ujian yang sering meningkat

anak tangganya bagi perjalanan jiwa seorang daie. Setiap pengorbanan yang

dituntut selepas suatu pengorbanan dilakukan, pastinya akan lebih besar dan

lebih berat untuk ditangguh berbanding

sebelumnya.

Ia adalah satu sunnatullah dalam perjuangan meninggikan risalah. Suatu

nilai yang telah Allah SWT tanam awal-

awal di dada Ar-Rasul SAW ketika surah Al-Mudatsir diturunkan pada fatrah

Makkiyah.

“Dan janganlah engkau mengungkit-

ungkit (kebaikan yang telah dibuat) dan janganlah pula engkau merasa telah

melakukan banyak perkara. Dan demi Tuhanmu bersabarlah!” – Surah Al-

Mudatsir, ayat 6-7

Semua ujian yang Allah SWT berikan

kepada para anbia dan duat yang meneruskan perjuangan mereka,

h a n y a l a h s e m a t a - ma t a u n t u k mensabitkan ketulusan dan totaliti jiwa

dan hati kepada Tuhan yang memilih

mereka menjalankan tugas besar ini.

Kemurnian jiwa itu perlu melalui proses

pengorbanan yang amali barulah ia mampu meninggikan perjuangan di alam

realiti. Sekiranya hanya teori yang d i terapkan walaupun set ingg i

menggunung falsafahnya, Islam pasti tidak akan tertegak dan hanya bermain

dalam permainan falsafah dan teori yang

tidak membawa kepada sebuah

keagungan tamadun manusia.

Pengorbanan dan kesabaran itulah yang

akan mendidik jiwa duat akhirnya untuk

terus teguh dan kekal di dalam rantai perjuangan. Mereka meletakkan hati

kepada ketenangan yang Allah campakkan dalam jiwa Muhammad SAW

dalam Surah At-Tur,

“Bersabarlah dengan keputusan

Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau berada dalam mata (penjagaan) Kami,

dan bertasbihlah memuji Tuhanmu

ketika engkau bangun.” – Surah At-Tur,

ayat 48

Kebangkitan itu adalah pada rijalnya

Perjuangan menuntut ketinggian agama

di sisi dunia bukanlah suatu yang mudah

FOKUS 2 IKATAN, 1 November 2011

Dari muka hadapan

Bersambung ke muka surat 4

Page 3: IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

sedang sibuk menyimpan dan merekod data pemuda pemudi

yang membanjiri kuliah.

Masing-masing ada fokus dan tanggungjawab tersendiri. Pejabat universiti juga sedaya upaya memberi khidmat yang

terbaik. Tak mungkin mereka mahu melihat kerja yang sedia bertindan bakal bertimbun dan tambah rumit andai mereka

cuai mengemaskini data kemasukan.

Begitu juga terhadap diri pelajar yang memohon satu

kemasukan ke institusi yang semakin meraih peningkatan nilai

ilmu dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Lelah rasanya

kalau persiapan dibuat ala kadar dan cukup untuk lepas

masuk sahaja. Tentu kerja itu juga memerlukan peranan si pelajar dalam memastikan hasil pendaftaran dan proses

seterusnya menjadi lebih senang dan teratur. Wujud sistem pada dirinya tatkala dia perlu membuat satu pengurusan pada

masa, diri, subjek dan sebagainya.

DUA SISTEM

Sekarang, pembaca mungkin melihat wujudnya dua sistem

yang sedang berlegar dalam dua situasi ini. Tapi, hakikatnya,

sistem ini bersifat saling berkaitan antara satu sama lain

sebagai satu operasi yang menyeluruh dan tersusun. Itulah konteks holistik yang kini, sedang dan sentiasa

dipertingkatkan penguasaannya di setiap universiti serata

dunia.

Model penyusunan sistem ini takkan mampu bertahan lama kalau hanya bersendiri tanpa ada sokongan atau jaluran yang

sama rata. Modus operandi yang terikat antara satu sama lain.

Maka, pelajar memerlukan sistem universiti dan universiti

pula berkehendakkan sistem pelajar yang akan mengisi

sistemnya. Kalau sistem pelajar itu memerlukan pendaftaran,

pembelajaran, peperiksaan dan penghasilan keputusan, maka,

sistem universiti pula memerlukan sumber manusia, proses kemaskini, analisa kemasukan, statistik dan pentaksiran secara

formatif dari pelajar.

LEMAH?

Keduanya saling melengkapi. Tapi, bila ada satu sistem

mengalami kelemahan, siapa yang patut dipersalahkan?

Sistem diri atau sistem universiti? Atau mencari salah pihak

lain sebagai tempat tuju kesalahan?

Tak perlu pening kepala mencari titik pembeza dalam mengkaji kelebihan dan kekurangan tersendiri tapi

seimbangkan neraca pertimbangan kita dengan titik persamaan. Ingin tahu di mana titik pertembungan yang akan

menghasilkan satu pancaran kereaktifan yang efisien?

SOLUSI SISTEM

Jawapannya adalah kedua-dua sistem tadi diterapkan dengan

sistem yang disediakan manhaj sempurna iaitu bersifat menyeluruh. Itulah sistem Al-Quran dan As-Sunnah yang

dijamin kesempurnaan dan kualitinya. Bila kita menyangka bahawa setiap sistem itu lebih mudah kalau ia disusun

mengikut pola kehendak dan keperluan semasa, mungkin ada cacatnya bila ia tidak mampu bertahan lama. Kerana kehendak

manusia itu mustahil untuk dipenuhi semuanya. Sentiasa

berkehendakkan benda baru yang menarik dan tidak bosan. Abstrak bagi Suri. Dan kadang-kadang bercelaru. Seolah tiada

penghujung.

Salah siapa? Itu tidak menjamin satu perubahan besar. Tapi,

ada potensi yang meningkatkan posisi diri dan tempat penjanaan ilmu itu sendiri kalau masing-masing sedar sistem

yang syumul dan efisien itu patut diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Ambil peranan dan kedudukan masing-masing.

Kemudian, selaras serta optimumkan jalan kerja.

Mari kita sama-sama khayalkan jika sistem Al-Quran dan As-

Sunnah menjadi pilihan. Secara praktikalnya, andai universiti memerlukan organisasi, maka, tiada penyelewengan bakal

berlaku dalam pemilihan. Sistem ini diserap masuk dan organisasi yang terbentuk akan tersusun sebagai satu tapisan

penggerak yang berkualiti dengan sifat amanah, benar,

komited dan selainnya tanpa mengira kehendak material atau pangkat yang mengelabui mata. Pelajar yang lemah

pencapaian? Tiada lagi keciciran yang disengajakan dan disebabkan oleh „curi tulang‟ pelajar tersebut kerana sistem

Islam sangat menekankan disiplin dan penelitian aspek yang

pelbagai.

Maka, di sinilah perlunya satu „sentakan‟ pada sistem yang menurut hawa nafsu dan mengenepikan sistem aliran Islam.

Perhatikan perjalanannya. Bilamana sistem ini mampu

melahirkan produk cendekiawan Islam yang pasarannya meluas dan diterima pakai secara universal sehingga ke

pelosok dunia Eropah serta melangkaui zaman sekalipun tiada

sistem universiti.

Solusinya, tiada salah pada sistem diri dan sistem universiti asalkan sistem Al-Quran dan As-Sunnah kukuh memandu

fungsinya secara hakiki.

Suri berundur bersama satu persoalan. Sistem yang manakah

menjadi pilihan?

Selamat maju jaya!

DARI MEJA SURI 3 IKATAN, 1 November 2011

Dari muka hadapan

Page 4: IKATAN 32: Menghidupkan Intipati Perjuangan

kerana ia mencabar dan menyaingi sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang

sama. Bercita-cita untuk membina dunia

yang tunduk di bawah ajaran Islam adalah suatu impian setiap muslim yang

cintakan keamanan dan akidah. Namun hanya bercita-cita tidak akan membawa

kita kepada realisasi sekiranya kita tidak mengetahui perkara asasi dalam kejayaan

sesebuah kebangkitan dan risalah.

Apa yang dapat kita fahami dari kisah

Ibrahim AS adalah wujudnya sebuah syakhsiah yang telah membumikan

risalah dan meninggikan wahyu di atas

mukabumi ini. Nilainya adalah nilai sebuah umat, seperti yang telah Allah

SWT sebut dalam Surah An-Nahl,

“Sesungguhnya Ibrahim itu adalah umat

(dijadikan teladan dan diikuti), yang patuh kepada Allah dan hanif (berpegang

kepada kebenaran).” – Surah An-Nahl,

ayat 120

Umar Al-Khattab telah pada awal-awal lagi menyebutkan kaedah-kaedah deen

ini berkaitan dengan rijal, ketika beliau menyebut, “Aku mengimpikan agar

rumah ini dipenuhi dengan rijal, agar

aku gunakan mereka untuk menyebarkan

Islam.”

Beliau juga telah ditanya suatu hari oleh

salah seorang sahabatnya, “Adakah suatu

kampung itu boleh musnah sedangkan ia

makmur?”

Lalu beliau menjawab, “Ya, sekiranya

orang-orang jahat lebih banyak

berbanding orang baik.”

Beliau pernah menyebut, “Sesungguhnya ikatan Islam itu akan terungkai satu

persatu, apabila seseorang itu membesar dalam agamanya, tapi dia tidak

mengetahui hakikat jahiliyyah.”

Begitulah kefahaman Islam yang hakiki.

Melihat perubahan bertitik tolak daripada jiwa manusia dan diri mereka

sendiri. Ini kerana peraturan dan sistem

tidak menjamin sesuatu kaum itu menjadi hebat kerana ia hanyalah

pelengkap dan pengatur hidup mereka, namun sekiranya kaum itu punyai jiwa

yang kuat dan hati yang murni, peraturan yang salah pun boleh diubah menjadi

undang-undang yang murni.

Inilah titik tolak bermulanya sebuah

perjuangan, di mana identiti dan jatidiri umat itu murni dengan kefahaman Islam

yang sejati, menolak sebarang unsur-

unsur jahiliyyah dalam diri lalu membentuk kelompok umat yang hebat

yang mampu meneraju dunia dan membentuknya dengan acuan yang

dikehendaki Tuhan yang mencipta alam

ini.

Islam itu adalah risalah yang

diperjuangkan

Islam hari ini difahami kebanyakan orang sebagai agama toleransi dan membawa

mesej keamanan sejagat. Dikatakan semua orang boleh memahami Islam

dengan menilai hujjah ilmiah dan dialog,

serta telah banyak terbukti orang Islam yang dahulunya kafir namun melihatkan

hujjah dan keindahan Islam itu lantas beliau memeluk Islam atas kesedaran

sendiri.

Ia adalah satu kenyataan yang benar dan tidak salah. Namun di sana ada satu

hakikat yang kerapkali diabaikan, iaitu ucapan syahadah itu sendiri telah

mengisyt iharkan suatu bentuk

peperangan kepada mana-mana ideologi dan kefahaman yang menolak peranan

Tuhan dalam menentukan sistem hidup manusia. Ia adalah cahaya yang

menghilangkan kegelapan jahiliyyah dan memandu umat manusia ke arah hidup

yang sejahtera.

Inilah hakikat yang akan membangunkan

umat dari tidur mereka, mengembalikan kekuatan kepada Islam, dan berperanan

menyatukan umat Islam di bawah satu

agenda yang disepakati bersama. Ia adalah seperti yang disebut oleh Rab‟ie

bin Amir kepada Rustum ketika

peperangan Al-Qadisiyah melawan Parsi,

“Allah mendatangkan kami untuk kami mengeluarkan sesiapa yang Dia mahu,

dari menyembah hamba (manusia) kepada menyembah Tuhan manusia, dari

kesempitan dunia kepada keluasan dunia

dan akhirat, dan dari kesesatan agama-

agama lain, kerapa keadilan Islam.”

Ia adalah perkataan yang penuh dengan

ruh dan semangat, tanpa perlu hujjah

dan teori yang berjela-jela. Ya, ia adalah semudah itu, dan atas dasar itulah para

anbiya‟ memperjuangkan risalah tauhid

ini kepada umat manusia. Benarlah kata-

kata para ulama‟, “Alangkah indahnya

agama itu, sekiranya ia punyai rijal.”

FOKUS 4 IKATAN, 1 November 2011

Dari muka 2

DUIT TAK CUKUP Oleh: Rdhanz