IKBN.A1.11.05.1 (a)-Ujian Secondary Test

11
Kod Kertas IKBN.A1.11.05.1(A) Page 1 of 11 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK TAHAP/KATEGORI A1 DUTI 11 – PAPAN SUIS TASK 11.05 PENGUJIAN OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA UJIAN SUNTIKAN PENDUA TAJUK UJIAN SECONDARY INJECTION TEST TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ; 1. Tujuan Ujian 2. Langkah-langkah Pengujian -------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

description

electrical

Transcript of IKBN.A1.11.05.1 (a)-Ujian Secondary Test

TAJUK:

Kod KertasIKBN.A1.11.05.1(A)Page 8 of 8

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUSPENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORIA1

DUTI 11 PAPAN SUIS

TASK11.05 PENGUJIAN

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA UJIAN SUNTIKAN PENDUA

TAJUKUJIAN SECONDARY INJECTION TEST

TUJUANKERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;

1. Tujuan Ujian

2. Langkah-langkah Pengujian

1. TUJUAN UJIAN

Ujian Suntikan secondary pula adalah untuk menentukan geganti berfungsi dengan sempurna pada tatahan yang ditentukan dengan menggunakan alat uji suntikan secondary (secondary injection test set)

Apa yang berlaku adalah alat ini menghasilkan arus seperti sebuah alatubah arus.Ianya boleh dibuat walaupun papan suis mempunyai bekalan. Oleh itu ujian ini sesuai untuk senggaraan berkala dan mengikut peraturan JBE. Ianya mesti dibuat setiap dua tahun.

Katalah kita tatahkan supaya apabila arus melebihi 400 ampiar pemutus litar udara akan terpelantik. Jika alatubah arus 600/5 digunakan arus secondary ialah ( 400 x 5/ 600 ) = 3.5 ampiar.

Oleh itu kita suntik 3.5 ampiar pada geganti dan kita naikkan arusnya perlahan-perlahan dan pastikan geganti akan bertindak jika arusnya melebihi 3.5 ampiar. Begitulah seterusnya untuk tatah-tatah yang lain.Selain daripada magnitude (ampiar) ukuran masa juga perlu ditentukan terutama untuk geganti lewat masa (IDMT relay).

2. PRINSIP KENDALIANElemen memandu geganti RIS mengandungi satu electromagnet dengan gelang-gelang terteduh (shading) pada kutub-kutub dan satu piring berputar.

Bila gegelang geganti diberi tenaga elektrik, piring mula berputar dengan syarat bahawa arus menerusi gegelung mencapai hampir 20 peratus nilai arus yang disetkan.

Kerangka berbentuk rakap (stirrup shaped frame) dimana pengumpar membawa piring yang terpangsi adalah bebas untuk berputar mengelilingi pangsi c. Bila arus mencapai nilai yang telah disetkan, daya kilas yang dikenakan oleh electromagnet bersama tarikan perencat oleh magnet tetap f akan cukup membuat kerangka kedepan. Apabila piring dibawa maju kedepan dengan cara ini, satu ulir memasuk ruas (segment) bergigi. Selepas sesuatu tempoh, ruas bergigi mengendalikan angker yang mana pikap dengan serta merta dan mengendalikan sentuhan-sentuhan geganti.

3. PENGESETAN ARUS

Geganti disetkan pada arus kendalian yang berbeza dengan memasukkan palam wander kedalam soket jambatan. Jambatan ini disambungkan ke tep-tep yang berbeza pada gegelung geganti dan apabila palam dikeluarkan semua sekali., geganti akan disetkan pada nilai yang tertinggi. Jadi pengesetan arus boleh ditukarkan semasa geganti masih berkendali, tanpa sebarang risiko yang mengganggu lilitan sekunder transformer arus yang boleh disambungkan kepada geganti.

4. PENGESETAN MASA MENGEKOR

Masa kendalian diselaraskan dengan satu skru pengesetan yang terletak diatas skill masa. Skru pengesetan ini menentukan kedudukan asal bagi ruas bergigi.

5. KENDALIAN KETIKA ( INSTANTANEOUS)Geganti boleh disetkan untuk berkendali dengan secara sertamerta pada arus yang tinggi dengan menggunakan satu skru pengesetan bersenggat.Skru ini menyelaras sela udara angker. Skru penggesetan disenggat untuk memberi kendalian ketika pada 4, 6 dan 8 kaliganda pengesetan arus.Jika kendalian ketika tidak dikehendaki, skru disetkan ke infiniti.

6. SENTUHAN-SENTUHANGeganti-geganti biasanya mempunyai 2 sentuhan kena (make) atau satu sentuhan kena dan satu putus (break) (K1 K2) dan (K3 K4). Sentuhan K1-K2 boleh ditukarkan dengan senang dari sentuhan kena ke sentuhan putus dengan mengubah sentuhan tetap K2.

7. PERANTI-PERANTI PENUNJUKPeranti penunjuk piawai diberikan dengan satu bendera kuning dan satu bendera merah. Bendera kuning dapat nampak secepat mungkin ulir memasukkan ruas bergigi.bendera merah dapat dilihat apabila angker pikup (picks up).Bendera merah disetkan semula dengan menggunakan satu tombol yang terletak diatas tingkap dan bendera kuning disetkan semula oleh satu tombol lain yang terletak dibawah tingkap.

Geganti boleh dipasang dengan satu bendera penunjuk tambahan yang dapat dilihat hanya selepas kendalian masa mengekor. Bendera ini disetkan semula oleh tombol yang serupa dengan bendera penunjuk merah tadi.

Arus pikup adalah arus yang mana menyebabkan geganti kendali iaitu menutup sentuhan-sentuhan.

Arus pengesetan geganti = Pengesetan arus tep x kadar arus geganti

P.S.M = Arus kerosakan primer C.T

Arus kerosakan primer C.T

= Arus kerosakan primer C.T

Arus pengesetan geganti x nisbah C.T

= Arus kerosakan sekunder C.T

Arus pengesetan geganti

Dimana (Plug setting multiplier) = pendarab pengesetan plam.

Contoh:-

Arus kerosakan sekunder C.T = 2 A (boleh didapati dengan menggunakan alat menguji geganti Multiampere)

Pengesetan Arus Tep = 0.5 Ampere

Kadar Arus geganti = 1 Ampere

P.S.M = 2 A / 0.5 x 1 A = 4 A

Pengesetan masa memberikan 6 pilihan pendarab masa, iaitu 1 hingga 6. Lengkung ciri masa kendalian geganti dan P.S.M adalah ditunjukkan pada tandanama yang terletak didepan geganti bagi sesuatu pengesetan arus tep.

Jika pendarab masa adalah 0.1, nilai masa kendalian boleh didapati daripada lengkung ciri tersebut jika P.S.M = 2 bagi pengesetan tep = 0.5 A.

Jika masa pendarab = 3 dan P.S.M = 2; arus tep = 0.5 Amp jadi masa kendalian 3 x 1 saat.

GAMBARAJAH BINAAN GEGANTI LEWAT MASA JENIS CDG

PROSEDUR KERJA UNTUK UJIAN SECONDARY TEST

Berdasarkan rajah 8.3 diatas, sambungkan geganti RIS ke set menguji Multi Amp mengikut rajah diatas.

1. Mengkaji binaan dan fungsi geganti RIS dengan merujuk kepada binaan rajah 8.3

2. Menambahkan arus yang mengalir menerusi gelung arus sehingga piring mula berputar dan catitkan nilai-nilai arus pada pengesetan-pengesetan arus yang berbeza kedalam jadual 1.

3. Arus yang mengalir menerusi gegelung geganti selepas pikup adalah 85 peratus arus pikup.Catitkan bacaan-bacaan arus gegelung geganti sebelum dan selepas geganti pikup kedalam jadual 2.Geganti diselaraskan pada pengesetan masa tertinggi iaitu 6 saat.

Lukis satu geraf yang menunjukkan arus sebelum dan selepas geganti berkendali melawan pengesetan arus. ( paksi x).

4. Menguji ciri-ciri masa pada pengesetan masa = 1 dan 6 saat.

Gunakan pengesetan arus terendah iaitu 0.5 A.Menghalang kendalian ketika dengan memutarkan skru ke infiniti. Naikkan arus gegelung (1/2/3/4/5/6) kali ganda pengesetan arus tep.

Arus ini merupakan arus kerosakan sekunder yang berpunca dari alt menguji multiamp. Setkan suis pilihan Multi Amp ke fast trip dan Maint NO. Catitkan masa masa kendalian geganti yang ditunjukkan pada jam multi amp kedalam jadual 3 untuk pendarab masa = 1s dan jadual 4 untuk pendarab masa 6 s masing-masing.

5. Setkan skru pengesetan bersenggat ke 4 untuk kendalian ketika. Ulang cara-cara kerja 4 diatas dan masukkan kedalam jadual 5 dan 6 masing-masing.

Pendarab Masa = 6 saat

Pengesetan arus0.50.60.70.81.21.52.0

Arus ( A)

Jadual 1

Pendarab Masa = 6 saat

Pengesetan arus0.50.60.70.81.21.52.0

Arus sebelum pikup ( A)

Arus selepas pikup ( A)

Jadual 2

Arus kerosakan sekunder1 x 0.52 x 0.53 x 0.54 x 0.55 x 0.56 x 0.5

Arus ( A)

Pengesetan arus = 0.5 ampere

Pendarab masa = 1 saat

Skru pengesetan bersenggat pada infiniti.

Jadual 3

Arus kerosakan sekunder1 x 0.52 x 0.53 x 0.54 x 0.55 x 0.56 x 0.5

Masa kendalian ( saat)

P.S.M

Pengesetan arus = 0.5 ampere

Pendarab masa = 6 saat

Skru pengesetan bersenggat pada infiniti.

Jadual 4

Arus kerosakan sekunder1 x 0.52 x 0.53 x 0.54 x 0.55 x 0.56 x 0.5

Masa kendalian ( saat)

P.S.M

Pengesetan arus = 0.5 ampere

Skru pengesetan bersenggat 4

Pendarab Masa = 1.

Jadual 5

Arus kerosakan sekunder1 x 0.52 x 0.53 x 0.54 x 0.55 x 0.56 x 0.5

Masa kendalian ( saat)

P.S.M

Skru pengesetan bersenggat 4

Pendarab Masa = 1.

Jadual 6

1-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

_1132682247.doc