IKRAR

6
IKRAR Kami, Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah, Malaysia Berikrar, Bahawa Kami Akan Berusaha, Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi, Peraturan dan Perlembagaan Kelab, Peraturan Sekolah dan Undang-undang negara Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah, Berlandaskan, Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama, Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan, Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah, Kami Berjanji, Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah, Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab. Kami Berjanji, Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk, Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah, Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia. KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

description

AKTIVITI MURID KELAB kpj

Transcript of IKRAR

Page 1: IKRAR

IKRAR

Kami,

Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,

Malaysia

Berikrar,

Bahawa Kami Akan Berusaha,

Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,

Peraturan dan Perlembagaan Kelab,

Peraturan Sekolah dan

Undang-undang negara

Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,

Berlandaskan,

Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,

Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,

Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,

Kami Berjanji,

Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,

Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,

Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.

Kami Berjanji,

Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,

Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,

Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

Page 2: IKRAR

i. Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.

ii. Bulatan berbentuk mata :

Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap

perkembangan persekitaran secara berterusan.

iii. Warna MERAH :

Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

iv. Warna BIRU :

Melambangkan perpaduan dikalangan ahli.

v. Warna KUNING :

Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang

Negara.

vi. Latar belakang WARNA PUTIH :

Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha

pencegahan jenayah.

Latar Belakang KPJ.

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah

rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ.

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap

kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Page 3: IKRAR

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis

dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar

sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap

aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang

penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat

yang harmoni dan aman.

Objektif KPJ.

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada

memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan

menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

Page 4: IKRAR

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani

jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ.

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil

kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid

2. Peningkatan Disiplin Murid

3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme

5. Jatidiri

VISI

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah

untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran

tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman

tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan

masyarakat yang harmoni dan aman.

MISI

Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam

pencegahan jenayah.

Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.

Page 5: IKRAR

Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih

baik daripada memerangi jenayah.

Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan

dan menjalankan  aktiviti yang berfaedah.

Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan

negara dalam hal menangani jenayah.

MOTTO

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”