IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

download IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

of 7

Transcript of IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama.

IKRAR BOMBA

Bahawa Kami, Pegawai-Pegawai Bomba Dan Penyelamat, Menyedari Tanggungjawab, Kepada Negara, Bangsa Dan Agama, Berpegang Teguh Kepada, Teras Perkhidmatan Cemerlang, Berikrar Akan Bekerja Dengan Ikhlas, Penuh Tanggungjawab Dan Beramanah, Tidak Akan Menggunakan Kedudukan, Jawatan Untuk Kepentingan Diri, Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan Kemesraan Demi Meningkatkan Disiplin, Produktiviti Dan Kualiti Perkhidmatan Awam.

Ikrar Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

IKRAR BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar: Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional; Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama; Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif; Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

IKRAR PELAJAR SEKOLAH TINGGI MUAR Bahawa kami Pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Muar Berikrar dan mengaku akan Patuh kepada peraturan-peraturan sekolah Dan Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN \KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Kami juga berjanji Akan menghormati ibu bapa Guru Serta orang yang lebih tua daripada kami Kami berazam Belajar bersungguh-sungguh Untuk mencapai kecemerlangan Dalam setiap peperiksaan Untuk kebaikan dan kesejahteraan kami

Ikrar Silat GayongBismillahhirrahmannirrahim Bahawasanya kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong Bahawasanya Kami mengaku taat setia kepada Allah Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w) Kami mengaku taat setia kepada guru kami Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami Kami mengaku taat setia kepada negara kami Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami Bahawasanya Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu Ya Allah Ya Tuhan kami Kau murahkanlah rezeki kami Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami Kau tetapkanlah iman kami Kau lindungilah kami daripada segala mala petakajin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin