Ikuti kami di - online.umcced.edu.my DIPLOMA UM.pdf · 2019, 2018,2017,2016 dan 2015 sahaja. ......

1
 1. Adakah UMCCed bernaung di bawah Universiti Malaya atau sebuah Kolej Swasta? Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai UMCCed merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Universiti Malaya (UM). Ini bermakna pelajar yang mengikuti program UMCCed akan memperoleh sijil yang akan dikeluarkan oleh Universiti Malaya.  2. Apakah program Diploma Sepenuh Masa yang ditawarkan di UMCCed? UMCCed menawarkan empat (4) program diploma sepenuh masa iaitu: 1. Diploma Pengurusan 2. Diploma Pengurusan Sumber Manusia 3. Diploma Pengurusan Perniagaan 4. Diploma Perakaunan  3. Apakah kelebihan program Diploma Universiti Malaya berbanding universiti/kolej lain? Tiada perbezaan dari segi nilai taraf diploma. Program diploma UM ditawarkan secara sepenuh masa kepada calon lulusan lepasan SPM dengan kelayakan minimum tiga (3) Kepujian dalam mana-mana pelajaran dan Lulus Bahasa Inggeris. Selain itu, tempoh pengajian juga lebih singkat iaitu selama 2 tahun sahaja, berbanding diploma yang ditawarkan di universiti atau kolej lain yang ditawarkan dalam tempoh 3 tahun pengajian. Kelebihan-kelebihan lain program ini turut boleh diperolehi melalui menerusi laman web UMCCed di www.umcced.edu.my   4. Adakah calon bukan tahun semasa SPM layak untuk memohon program Diploma di UMCCed? Ya, pelajar bukan tahun semasa SPM layak memohon untuk program Diploma di UMCCed namun hanya pelajar lima (5) tahun ke belakang daripada tahun semasa layak memohon contohnya Diploma Sepenuh Masa ambilan Mei 2020 hanya layak dipohon oleh calon SPM tahun 2019, 2018,2017,2016 dan 2015 sahaja.  5. Adakah pelajar antarabangsa juga layak untuk memohon program ini? Ya, pelajar bukan warganegara layak untuk mengikuti sekiranya calon memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pihak UMCCed.  6. Adakah program Diploma UMCCed diiktiraf oleh MQA? Semua program Diploma UMCCed mendapat pengiktirafan penuh daripada pihak MQA. Maklumat mengenai pengiktirafan ini boleh diperolehi melalui laman web MQA berikuthttp://www.mqa.gov.my/MQR/english/eiptaKPListAA.cfm?IDAkrIP TS=251  7. Adakah program pengajian dan kelayakan yang terdapat dalam MQR akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional? Semua program Diploma UMCCed mendapat pengiktirafan penuh daripada pihak JPA. Maklumat mengenai pengiktirafan ini boleh diperolehi melalui laman web JPA berikut https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php  8. Adakah terdapat proses temuduga atau ujian bertulis untuk momohon ke UMCCed? Tidak. Pelajar tidak perlu ditemuduga atau mengambil sebarang ujian bertulis untuk memohon ke UMCCed.  9. Adakah pelajar lepasan Diploma UMCCed akan diserap terus ke program Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya? Tidak. Pelajar lepasan Diploma UMCCed perlu memohon program Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya melalui saluran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Malaya sendiri.  10. Adakah lepasan diploma sepenuh masa UMCCed layak memohon program ijazah di mana-mana universiti? Lepasan diploma UMCCed tidak mempunyai sebarang masalah untuk memohon dan menyambung pengajian di mana-mana IPTA/IPTS tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS berkenaan.  11. Apakah jaminan laluan kerjaya dan akademik bagi pelajar yang mengikuti program Diploma Universiti Malaya ini? Graduan lulusan diploma UM berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara namun tertakluk kepada kuota serta syarat-syarat tambahan yang ditetapkan bagi setiap universiti. Selain itu, graduan juga layak menjawat mana-mana jawatan yang bersesuaian di agensi kerajaan dan swasta namun tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan awam serta kriteria lain yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi/syarikat.  12. Adakah calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan layak memohon? Calon yang tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan tidak layak untuk mengikuti program diploma yang ditawarkan.  13. Adakah calon pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan ke Diploma Sepenuh Masa UMCCed boleh memohon rayuan? Ya, bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan mereka boleh memohon rayuan.  14. Siapakah tenaga pengajar program? Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah UM serta pensyarah yang dilantik oleh pihak UM serta mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman dalam bidang berkaitan.  15. Apakah bahasa perantaraan program (medium of instruction)? Program akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris (BI).  16. Adakah pelajar yang tamat pengajian akan menerima skrol bersama dengan pelajar program ijazah pada Istiadat Konvokesyen UM? Pelajar yang tamat pengajian akan menerima skrol masing-masing dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor UM.  17. Dimanakah lokasi pembelajaran program diploma sepenuh masa ini? Program diploma ini akan dijalankan di lokasi seperti berikut:  1. Kampus Utama Universiti Malaya Kuala Lumpur  2. Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) Petaling Jaya (Kolej Teknologi Asia, Petaling Jaya)  3. Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) Negeri Sembilan (Kolej Antarabangsa Unifield, Mantin Negeri Sembilan)  4. Kampus UM Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan   18. Berapakah yuran pengajian program UMCCed dan bagaimana cara bayaran yang boleh dibuat? a) Yuran pengajian program diploma UMCCed adalah RM17,750 tidak termasuk penginapan dan pengangkutan. UMCCed menawarkan dua kaedah pembayaran iaitu: 1) Pembayaran penuh (Lump-sum) 2) Bayaran Ansuran b) Selain itu, ibu bapa para pelajar juga boleh membuat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian. c) Pelajar turut boleh memohon pinjaman daripada pihak PTPTN dengan kadar yang telah ditetapkan mengikut kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing. d) Pelajar juga boleh memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada mana-mana badan/organisasi/persatuan yang menyediakannya seperti Yayasan Negeri, bank dan lain-lain.   19. Adakah pelajar yang mengikuti program ini disediakan penginapan dan pengangkutan? Pelajar yang mengikuti program ini akan disediakan tempat penginapan dan pengangkutan ke kampus oleh pihak UM & PPU sepanjang pelajar mengikuti pengajian tertakluk kepada terma dan syarat. Para pelajar juga mempunyai pilihan jika ingin menginap sendiri. Maklumat Lanjut: www.umcced.edu.my PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya, Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur Tel : 03-2246 3600 Faks : 03-2246 3613 Emel: [email protected] Ikuti kami di

Transcript of Ikuti kami di - online.umcced.edu.my DIPLOMA UM.pdf · 2019, 2018,2017,2016 dan 2015 sahaja. ......

  •  1. Adakah UMCCed bernaung di bawah Universiti Malaya atau sebuah Kolej Swasta?Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai UMCCed merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Universiti Malaya (UM). Ini bermakna pelajar yang mengikuti program UMCCed akan memperoleh sijil yang akan dikeluarkan oleh Universiti Malaya. 2. Apakah program Diploma Sepenuh Masa yang ditawarkan di UMCCed?UMCCed menawarkan empat (4) program diploma sepenuh masa iaitu:1. Diploma Pengurusan2. Diploma Pengurusan Sumber Manusia3. Diploma Pengurusan Perniagaan4. Diploma Perakaunan 3. Apakah kelebihan program Diploma Universiti Malaya berbanding universiti/kolej lain?Tiada perbezaan dari segi nilai taraf diploma. Program diploma UM ditawarkan secara sepenuh masa kepada calon lulusan lepasan SPM dengan kelayakan minimum tiga (3) Kepujian dalam mana-mana pelajaran dan Lulus Bahasa Inggeris.

    Selain itu, tempoh pengajian juga lebih singkat iaitu selama 2 tahun sahaja, berbanding diploma yang ditawarkan di universiti atau kolej lain yang ditawarkan dalam tempoh 3 tahun pengajian. Kelebihan-kelebihan lain program ini turut boleh diperolehi melalui menerusi laman web UMCCed di www.umcced.edu.my   4. Adakah calon bukan tahun semasa SPM layak untuk memohon program Diploma di UMCCed?Ya, pelajar bukan tahun semasa SPM layak memohon untuk program Diploma di UMCCed namun hanya pelajar lima (5) tahun ke belakang daripada tahun semasa layak memohon contohnya Diploma Sepenuh Masa ambilan Mei 2020 hanya layak dipohon oleh calon SPM tahun 2019, 2018,2017,2016 dan 2015 sahaja. 5. Adakah pelajar antarabangsa juga layak untuk memohon program ini?Ya, pelajar bukan warganegara layak untuk mengikuti sekiranya calon memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh pihak UMCCed. 6. Adakah program Diploma UMCCed diiktiraf oleh MQA?Semua program Diploma UMCCed mendapat pengiktirafan penuh daripada pihak MQA. Maklumat mengenai pengiktirafan ini boleh diperolehi melalui laman web MQA berikuthttp://www.mqa.gov.my/MQR/english/eiptaKPListAA.cfm?IDAkrIPTS=251 7. Adakah program pengajian dan kelayakan yang terdapat dalam MQR akan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan profesional?Semua program Diploma UMCCed mendapat pengiktirafan penuh daripada pihak JPA. Maklumat mengenai pengiktirafan ini boleh diperolehi melalui laman web JPA berikut https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php 8. Adakah terdapat proses temuduga atau ujian bertulis untuk momohon ke UMCCed?Tidak. Pelajar tidak perlu ditemuduga atau mengambil sebarang ujian bertulis untuk memohon ke UMCCed. 9. Adakah pelajar lepasan Diploma UMCCed akan diserap terus ke program Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya?Tidak. Pelajar lepasan Diploma UMCCed perlu memohon program Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya melalui saluran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti Malaya sendiri. 10. Adakah lepasan diploma sepenuh masa UMCCed layak memohon program ijazah di mana-mana universiti?Lepasan diploma UMCCed tidak mempunyai sebarang masalah untuk memohon dan menyambung pengajian di mana-mana IPTA/IPTS tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS berkenaan. 

    11. Apakah jaminan laluan kerjaya dan akademik bagi pelajar yang mengikuti program Diploma Universiti Malaya ini?Graduan lulusan diploma UM berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara namun tertakluk kepada kuota serta syarat-syarat tambahan yang ditetapkan bagi setiap universiti. Selain itu, graduan juga layak menjawat mana-mana jawatan yang bersesuaian di agensi kerajaan dan swasta namun tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan awam serta kriteria lain yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi/syarikat. 12. Adakah calon yang tidak memenuhi syarat kemasukan layak memohon?Calon yang tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan tidak layak untuk mengikuti program diploma yang ditawarkan. 13. Adakah calon pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan ke Diploma Sepenuh Masa UMCCed boleh memohon rayuan?Ya, bagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan mereka boleh memohon rayuan. 14. Siapakah tenaga pengajar program?Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah UM serta pensyarah yang dilantik oleh pihak UM serta mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman dalam bidang berkaitan. 15. Apakah bahasa perantaraan program (medium of instruction)?Program akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris (BI). 16. Adakah pelajar yang tamat pengajian akan menerima skrol bersama dengan pelajar program ijazah pada Istiadat Konvokesyen UM?Pelajar yang tamat pengajian akan menerima skrol masing-masing dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor UM.  17. Dimanakah lokasi pembelajaran program diploma sepenuh masa ini?Program diploma ini akan dijalankan di lokasi seperti berikut:  1. Kampus Utama Universiti Malaya Kuala Lumpur  2. Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) Petaling Jaya (Kolej Teknologi Asia, Petaling Jaya)  3. Pusat Pembelajaran UMCCed (PPU) Negeri Sembilan (Kolej Antarabangsa Uni�eld, Mantin Negeri Sembilan)  4. Kampus UM Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan  18. Berapakah yuran pengajian program UMCCed dan bagaimana cara bayaran yang boleh dibuat? a) Yuran pengajian program diploma UMCCed adalah RM17,750 tidak termasuk penginapan dan pengangkutan. UMCCed menawarkan dua kaedah pembayaran iaitu: 1) Pembayaran penuh (Lump-sum) 2) Bayaran Ansuran b) Selain itu, ibu bapa para pelajar juga boleh membuat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Akaun 2 bagi membiayai yuran pengajian. c) Pelajar turut boleh memohon pinjaman daripada pihak PTPTN dengan kadar yang telah ditetapkan mengikut kelayakan pendapatan ibu bapa masing-masing. d) Pelajar juga boleh memohon biasiswa atau pinjaman pendidikan daripada mana-mana badan/organisasi/persatuan yang menyediakannya seperti Yayasan Negeri, bank dan lain-lain.  19. Adakah pelajar yang mengikuti program ini disediakan penginapan dan pengangkutan?Pelajar yang mengikuti program ini akan disediakan tempat penginapan dan pengangkutan ke kampus oleh pihak UM & PPU sepanjang pelajar mengikuti pengajian tertakluk kepada terma dan syarat. Para pelajar juga mempunyai pilihan jika ingin menginap sendiri.

    Maklumat Lanjut:www.umcced.edu.my

    PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYAAras 9, Wisma R&D Universiti Malaya,Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala LumpurTel : 03-2246 3600 Faks : 03-2246 3613 Emel: [email protected] Ikuti kami di