ILMU PENGETAHUAN BARU

2
5. Ilmu Pengetahuan Baru Selepas menjalankan aktiviti PBS selama satu minggu ini, saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang baru melalui teknik pemerhatian, senarai semak dan temu bual. 5.1 Pemerhatian Sebagai seorang guru, teknik pemerhatian ini amat penting dalam kehidupan seharian dan perlu digunakan pada bila-bila masa. Saya dapat memerhatikan cara murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru mereka. Mereka sentiasa memberi salam apabila berhadapan dengan guru. Murid-murid juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dengan ini, saya dapat melihat nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kalangan murid. Contohnya, nilai sopan-santun dan nilai berdisiplin. Selain itu, saya telah membuat pemerhati an terhadap bahan mengajar yang disediakan oleh sekolah. Teknik pemerhatian ini juga saya gunakan semasa memerhati proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru telah menggunakan cara pengajaran yang menarik untuk memastikan semua murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pemerhatian, saya dapat menyediakan maklumat-maklumat yang agak lengkap bagi portfolio PBS. 5.2 Senarai Semak Senarai semak telah disediakan untuk menjalankan aktiviti PBS dengan mudah. Senarai semak amat berguna untuk saya semasa

description

ILMU PENGETAHUAN BARU

Transcript of ILMU PENGETAHUAN BARU

Page 1: ILMU PENGETAHUAN BARU

5. Ilmu Pengetahuan Baru

Selepas menjalankan aktiviti PBS selama satu minggu ini, saya telah

memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang baru melalui teknik pemerhatian,

senarai semak dan temu bual.

5.1 Pemerhatian

Sebagai seorang guru, teknik pemerhatian ini amat penting dalam kehidupan

seharian dan perlu digunakan pada bila-bila masa. Saya dapat memerhatikan cara

murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru mereka. Mereka sentiasa

memberi salam apabila berhadapan dengan guru.

Murid-murid juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh

pihak sekolah. Dengan ini, saya dapat melihat nilai-nilai murni yang diamalkan dalam

kalangan murid. Contohnya, nilai sopan-santun dan nilai berdisiplin. Selain itu, saya

telah membuat pemerhatian terhadap bahan mengajar yang disediakan oleh sekolah.

Teknik pemerhatian ini juga saya gunakan semasa memerhati proses

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru telah menggunakan cara pengajaran

yang menarik untuk memastikan semua murid terlibat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan pemerhatian, saya dapat menyediakan maklumat-maklumat

yang agak lengkap bagi portfolio PBS.

5.2 Senarai Semak

Senarai semak telah disediakan untuk menjalankan aktiviti PBS dengan mudah.

Senarai semak amat berguna untuk saya semasa mengumpulkan maklumat-maklumat

yang diperlukan. Saya telah mengalikasikan berbagai cara yang efektif untuk

melengkapkan maklumat-maklumat tersebut, seperti temu bual, soal selidik dan

pengambilan gambar. Dengan ada senarai semak, saya tidak akan ketinggalan

maklumat yang penting.

Page 2: ILMU PENGETAHUAN BARU

5.3 Temu Bual

Mengikut permintaan tugasan, saya diminta menjalankan temu bual dengan

pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid. Sebelum temu

bual ini dijalankan, saya telah merekakan beberapa soalan yang bersesuaian. Untuk

memastikan temu bual ini dapat berjalan dengan lancar, saya telah membuat

persediaan pada lebih awal.

Melalui temu bual ini, saya telah mempelajari cara berkomunikasi yang betul

iaitu cara bertanya soalan dan mendengar pandangan orang lain dengan sikap yang

bersopan santun dan ramah mesra.