Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

download Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

of 8

Transcript of Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    1/8

    Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    Saya rasa beruntung sekiranya dapat berkongsi pengetahuanmengenai ilmu-ilmu kerohanian. Apa yang akan dihuraikan nantiadalah tambahan sebagai menghalusi kepada penjelasan-

    pengelasan yang banyak dibuat mengenai ilmu kerohanian diruangini terutama oleh saudara Abdul Jamil Lam Al-Qadiri dan jugasaudara Syed Mohd al-Yahya al-Hussaini. Adalah diharap ianyadapat memberi faedah bersama didalam memahami ilmu-ilmu inidengan lebih dekat lagi. Hal-hal kerohanian banyak diceritakandidalam Al Qur'an. Ianya diterangkan dalam ayat-ayat yangberkaitan dengan amalan batin seperti mengingati Allah. Diantarayang tergolong dalam ilmu kerohanian ialah ilmu tasawuf.

    Tajuk kepada catitan ini aku namakan Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    dengan harapan, ramai pembacanya. Ini kerana melalui tajuk,memberi tanda tanya kepada pembaca untuk mengetahui isikandungan tersebut. Walaupun ada artikel yang kandungannyamenarik tetapi tajuknya tidak memikat maka pembaca akan beralihkepada artikel lain yang tajuknya mendatangkan rasa ingin tahu.

    Untuk tidak menghampakan pembaca, di sini juga akan dimuatkansedikit pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu syuhadah.

    Didalam tafsir Quran Karim oleh Prof. Dr. Mahmud Yunus terbitanP.T. Hidakarya Agung Djakarta diruangan pendahuluan, beliau

    membuat kesimpulan setelah mempelajari tafsir At-Thabary, tafsirIbnu Katsir, tafsir Al-Qasimy, Fajrul Ismal dan Zhuhrul Islam bahawaAl Qur'an boleh ditaksirkan dalam tujuh sumber.

    Diantaranya termasuklah1) menafsirkan Al-Qur'an dengan Al-Qur'an kerana ayat-ayat itutafsir-mentafsirkan dan jelas-menjelaskan antara satu dengan yanglain,2) tafsir dengan hadis yang shahih,3) tafsir dengan perkataan sahabat tetapi khusus untukmenerangkan sebab-sebab turun ayat, bukan menurut pendapatdan fikirannya,4) tafsir dengan perkataan tabi'in, bila mereka ijma' atas sesuatutafsir. Hal ini mengikut pendapat, bahawa ijma' itu hujjah.

    Tafsir-tafsir inilah yang paling popular dan banyak digunakan secarameluas oleh masyarakat kita berbanding dengan tafsir-tafsir lainyang tidak dinyatakan disini. Seterusnya yang terakhir dan terletakpada sumber yang ketujuh ialah tafsir sufi bagi ahli tasawuf. Akuberfirasat, inilah secantik-cantik pendapat dan sebaik-baikkesimpulan kerana Al Qur'an dilihat dari semua sudut,

    mengambarkan betapa luasnya ilmu Allah.

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    2/8

    Oleh kerana tafsir sufi letaknya disumber yang ketujuh dan terakhirtentulah untuk mengambarkan betapa sulitnya ilmu ini. Oleh itu,satu-satu ayat yang ditafsirkan mengikut tafsir sufi tidak bolehdiragui, lebih-lebih lagi untuk ditolak atau dipertikaikan oleh merekayang bukan dari golongan tersebut.

    Terutama ayat-ayat yang kuat sandarannya. Tafsir-tafsir inibukanlah dibuat mengikut pendapat seseorang tetapi berdasarkankepada pengetahuan laduni dan pengalaman yang dilalui. Sikapsuka menolak perkara-perkara baru, tanpa pengetahuanmengenainya bukanlah satu amalan yang sihat. Pengetahuanmengenai ilmu ini tidak boleh dipertikaikan walaupun ia tidaktersebar luas.

    Sebabnya, ilmu ini bukan boleh diajar sewenang-wenang. Ia lebihmerupakan kurnia dan rahmat dari Allah SWT kepada seseoranghambanya.

    Surah Al-Baqarah ayat 272

    "Bukanlah kewajiban engkau menunjuki (memberi hidayah kepada)mereka, tetapi Allah menunjuki orang yang dikehendakinya"

    "Dia memberikan hikmah (ilmu yang berguna) kepada siapa yangdikehendakinya.Barang siapa mendapat hikmah itu, sesungguhnyaia telah mendapat kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang

    menerima peringatan, melainkan orang2 yang berakal." Al Baqarah:269.

    "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepadaorang yang kamu kasih/cintai, akan tetapi Allah-lah yangmemberikan petunjuk bagi orang yang dikehendakinya" Al-Qoshos:56

    Sebelum diteruskan perbincangan ilmu ini, ada baiknya kita lihatdahulu sebuah hadis. Hadis tersebut meriwayatkan, pada suatu haridimajlis pengajian, Rasulullah berada ditengah-tengah kelompok

    orang ramai, tiba-tiba hadir seorang lelaki, lantas bertanya, "Apa ituIman? Apa itu Islam? dan Apa itu Ihsan? Dijawab pertanyaantersebut oleh Rasulullah satu persatu.Seterusnya mengenai Ihsan,Rasulullah menjelaskan, keadaan dimana kamu beramal seolah-olahkamu melihat tuhan. Jika kamu tidak melihatnya sesungguhnyatuhan melihat kamu. Aneh sekali, lelaki tersebut membenarkansetiap jawapan yang diberi. Setelah lelaki itu beredar, Rasulullahmenerangkan bahawa itulah dia Jibrail datang mengajarkan kamuagama Islam.Oleh itu dapatlah difahamkan bahawa kesempurnaanagama, adalah atas tiga perkara iaitu: Iman, Islam dan Ihsan. Prof.

    Dr. Hamka memberi penjelasan atas hadis tersebut antara lain:

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    3/8

    Tentang Iman, kita pelajari Usuluddin atau Ilmu KalamTentang Islam, kita pelajari Ilmu Fekah, danTentang Ihsan, (kunci daripada kesemuanya) kita memasuki AlamTasawuf.

    Di sini nyatalah bahawa Fekah, Usul dan Tasawuf adalah alatpencapai kesempurnaan yang dikehendaki oleh Agama. Untukmengetahui dengan saksama isi daripada rukun Iman, kita pelajariUsuluddin. Ilmu Usuluddin takluknya kepada Hati dan hukumnyahukum akal. Manakala untuk mengetahui cara-cara menunaikanrukun Islam, kita pelajari Ilmu Fekah. Ilmu Fekah takluknya kepadaTubuh dan hukumnya hukum syarak. Kesempurnaan atas semuanyaadalah dengan Ihsan agar kita selalu teliti dan khusyuk dalammenunaikan ibadat, kita pelajari Tasawuf. Adalah ilmu tasawuf itutakluknya kepada Roh dan hukumnya hukum adat. Jadi wajib kitamenuntut ketiga-tiganya kerana hidup manusia itu dengan tigasyarat. Pertama Tubuh (Jasad), kedua Hati dan ketiga Roh.

    Untuk menentukan hukum, kita gunakan ilmu Fekah dan kita awasi jiwa dengan Tasawuf. Perhimpunan Fekah dan Tasawuf adalahpenyatuan antara otak dengan hati yang merupakan darjat yangdikagumi oleh Islam. Tidak keterlaluan jika aku katakan penyatuanantara otak dengan hati ini membawa maksud kepada gandinganantara jasad dengan roh (Diri) dalam erti kata sebenar.

    Sekiranya kita tidak faham dengan tiga ilmu ini maka tidak

    sempurnalah amal kita. Walaupun ketiga-tiga ilmu ini menujukepada makrifat iaitu untuk mengenal Allah tetapi pengertianmakrifat diantaranya pun berbeza. Makrifat usuluddin mengenalAllah dengan dalil tentang ujud Allah Taala atau mengenal dengandalil adanya mahluk ini, termasuk juga mengenal segala sifatnyayang wajib, mustahil dan harus. Makrifat disisi tasawuf ialahmengenal Allah dengan jalan kehadiran suatu rasa zuk, dinamakansuhud yang dicampak oleh Allah kedalam hati seseorang wali atauseumpamanya setelah hati itu bersih.

    Jalan yang ditempuh disini ialah berusaha untuk mengembalikan diri

    kita kepada keadaan asalnya iaitu suci bersih. Dimana ketika ini rohtelahpun kenal dengan tuhannya.

    Dihadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:

    "Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"

    Di sini Imam Ghazali menjelaskan ilmu yang wajib itu adalah:

    Ilmu makrifat - ilmu untuk mengenal Allah

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    4/8

    Ilmu tasawuf - ilmu yang berhubung dengan ibadah batin, sepertiikhlas, tawakal dan sebagainya.

    Ilmu syarak - ilmu yang berhubung dengan masalah halal, haramdan seumpamanya.

    Tingkat tertinggi dalam pengajian tasawuf ialah Makrifat. ImamGhazali mengatakan: "Makrifah ialah setinggi-tinggi tingkat yangdapat dicapai oleh kaum Sufi". Pengetahuan yang diperolehi darimakrifah lebih tinggi mutunya dari pengetahuan yang diperolehidengan akal. Memperoleh makrifat, merupakan proses yangberterusan. Bertambah banyak seseorang sufi memperolehmakrifah, bermakna banyaklah yang diketahuinya tentang rahsia-rahsia Allah SWT dan iapun semakin hampir kepada Allah. Makrifahbukanlah hasil pemikiran manusia, tetapi bergantung kepadakurnia/pemberian tuhan. Makrifah adalah pemberian tuhan kepadahambanya yang sanggup menerima kurnia itu dengan adanyakesungguhan, kerajinan, kepatuhan dan ketaatan mengabdikan dirisebagai hamba Allah. Setinggi-tinggi ilmu lagi suci ialah ilmumakrifatullah.

    Dapatlah disimpulkan bahawa:

    Tiap-tiap ahli Falsafah mengenal Tuhan dengan akal

    Tiap-tiap ahli Saupi mengenal Tuhan dengan Roh

    Tiap-tiap orang yang beriman mengenal Tuhan dengan Hati

    Tiap-tiap orang awam mengenal Tuhan dengan taklid

    Sebenarnya bila kita membincangkan ilmu Allah, kita tidak dapatlari dari membicarakan syariat dan hakikat. Syariat merupakanamalan zahir yang nyata dipandang. Hakikat pula, amalan batinatau dinamakan kerohanian. Syariat dan hakikat tidak bisa berpisahibarat hidup tubuh dengan nyawa. Saling perlu memerlukan. Biladitinggalkan satu diantara dua, maka pincanglah jadinya.

    Justeru itu, orang kerohanian tidak sekali-kali meninggalkan syariat.Orang syariat juga tanpa disedari, didalam amalan mereka, tunas-tunas atau bibik-bibik kerohanian itu telah berputik tetapi tidakdibajai (dibimbing) sehingga ianya dapat hidup subur untukdijadikan satu pegangan yang benar.Ilmu kerohanian membawa kitakepada kesempurnaan dalam ibadat. Sehingga pada satu tahap kitadapat mengetahui amalan kita diterima atau sebaliknya. Kita dapatmenghayati kecantikan dan kehalusan ibadat kita terutama didalamsholat. Banyak rahsia-rahsia yang terdapat didalam sholat. Satu

    darinya ialah rahsia kematian. Walaupun perbicaraan ilmu tasawufbanyak terdapat dewasa ini tetapi kebanyakkan merupakan kulit

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    5/8

    atau sekadar cerita yang hanya untuk menjelaskan selok-belok ilmukerohanian. Sebaliknya isi atau pati dari ilmu tasawuf/kerohanianyang dapat membawa seseorang kepada makrifat tidak diceritakan.Sekiranya ada yang ingin memahami perkara ini lebih jauh adabuku/kitab yang membicarakannya tetapi ianya perlulah dirujuk

    dengan guru yang mursyid. Antara buku-bukunya termasuklahHakikat Insan (berkisar kepada ilmu tasawuf/kerohanian),Mengenal Diri (berkisar kepada ilmu Diri/Syuhadah) oleh bapaBaginda Mokhtar, Kitab Hikal dan banyak lagi.

    Tetapi semua buku-buku ini tidak terdapat disebarang kedai buku.

    Setuju atau tidak, sebenarnya kehidupan kita melalui tahap demitahap.Begitulah juga dalam ibadah. Dari syariat ke tarikat.Kemudian meningkat kepada Hakikat seterusnya kepada Makrifat.Barulah sempurna kita pulang kerahmatullah. Kebijaksanaandidalam berdakwah itu penting. Supaya dapat menyampaikansesuatu perkara dengan baik tanpa menimbulkan kekeliruan danfitnah. Sebagai contoh, datuk saya pernah bertanya: Kitasembahyang sembah siapa? Kesan dari jawapan yang akanditerima, membuat seseorang tawar hati untuk mendirikan sholat.Sebabnya jawapan yang kita berikan tidak cocok dengannya. Jadikebanyakan mereka akan berkata: Jika tidak tahu apa yang kitasembah, baik jangan sembahyang. Tujuan datuk saya mungkinuntuk mengajar saya yang mana ilmunya telahpun menjadi ilmu ku.Sebaliknya jika soalan yang sama ditujukan kepada seseorang yang

    kita tidak kenali, sehingga membuat banyak orang terkapai-kapaidan kita tidak mengambil tanggungjawab membimbing mereka, adabaiknya perkara-perkara yang mengelirukan tidak disentuh.Keburukan lebih menyerlah dari munafaatnya. Kesimpulannyasetiap amalan seseorang benar mengikut ilmu mereka tetapi inihanyalah peringkat awal. Oleh itu kita perlu berusaha sehinggaamalan kita dapat menuju ketahap kesempurnaan yang dikehendakidi dalam beribadat seperti hadis di atas.Sebaliknya jika didalamamalan, kita kekal selama-lamanya di tahap yang lama tanpa adapeningkatan ini merupakan satu kerugian pada diri kita sendiri.

    Perkara lain yang perlu disentuh ialah dengan mengamal ilmutasawuf tidak bermakna kita jauh dari pegangan ahli sunah sepertianggapan kebanyakan orang. Tujuan sebenar ilmu tasawuf sepertidinyatakan, ialah untuk menyempurnakan amalan kita. Supayasetiap amal perbuatan kita wujud kehalusan, kecantikan malah lebihdari itu.

    Ilmu-ilmu kerohanian yang berkait rapat dengan makrifat adadiceritakan didalam Al Qur'an. Ianya dijadikan pegangan orang-orang makrifat sebagai sandaran membenarkan ilmu tersebut dan

    tidak menyalahi syariat. Ilmu ini diceritakan didalam surah Al-Kahfisecara berterusan dari ayat 60 hingga 82, berjumlah 23 ayat

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    6/8

    semuanya, yang mengisahkan perjalanan bersama antara NabiKhidhir dengan Nabi Musa. Ilmu yang ditunjukkan disini merupakanilmu syuhadah yang sebenar (Makrifah) atau ilmu Diri. Apakah diailmu Diri atau ilmu syuhadah ini? Penjelasan ringkas mengenainyaada diceritakan didalam artikel "Warisan Yang DiLupakan" iaitu

    diruang:

    Ilmu syuhadah ini berkait rapat dengan laduni. Seperti firman Allahdisurah Al-Kahfi: "Wa'alamna hu mil laduna ilma" (Kami ajarkankepadanya (Khidhir) ilmu-ilmu laduni). Bagi mereka yangmengamalkan ilmu Diri/Syuhadah dapat memahami dengan jelasperistiwa ini serta dapat mengetahui mana yang dinamakan ilmudiri dan yang mana pula dinamakan laduni. Salah satu perkara yanghendak diketengahkan didalam peristiwa tersebut ialah ilmusyuhadah terdedah luas kepada bahaya-bahaya fitnah sehinggaketahap menghalalkan nyawa seseorang.

    Contohnya seperti mana yang terjadi kepada Hilaj.

    Sekiranya kita menjadikan perjalanan bersama Nabi Khidhir danNabi Musa sebagai asas rujukan kepada ilmu-ilmu kemakrifatan(kerohanian) tentunya Hilaj tidak dibunoh. Secara peribadi, sayatidak dapat menerima pendapat mengatakan perbuatan membunuhHilaj adalah benar walaupun mengikut pandangan ilmu feqahkerana ianya masih boleh dipersoalkan. Fekah tanpa Tasawuf -

    pincang. Jadi dapatkah seseorang itu dijatuhkan hukuman denganadil. Jika kita bersetuju dengan hukuman tersebut bermakna kitamenghalalkan darah orang-orang kerohanian. Kita bersetuju merekaorang yang benar, tetapi disebaliknya kita menunggu peluangdiatas ketelanjuran mereka untuk menghukumnya. Siapakah diaorang-orang kerohanian? Bukankah mereka banyak dari golonganwali-wali Allah. Keterlanjurannya (fana), tidaklah boleh dijadikanalasan menghalalkan nyawa mereka. Sebaliknya penyelesaiansecara bijaksana perlu diutamakan.

    Bijaksana bermakna kita menggunakan nikmat akal untuk berfikir.

    Bukankah berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal seribu tahun.Jika kita dapat terima wali-wali Allah bermakna secara lojiknya kitaakui ilmu-ilmu mereka.Sebaliknya apa yang terjadi, pangkatkewalian seseorang kita terima, tetapi ilmu mereka kita sangkal.Berkata Syed Abdul Kadir Jalaini: Sekiranya Hilaj hidup dizaman ku,nescaya aku tahan dia dari fitnah pembunohan orang. Oleh itusebelum kita membuat satu-satu kesimpulan perlu kita memahamiperistiwa ini sebaik-baiknya.

    Satu riwayat mengisahkan pada satu hari pengikut-pengikut Nabi

    Musa bertanya: Siapakah orang yang paling alim/tinggi ilmunya?Nabi Musa menjawab: "Aku". Allah terus menempelak Nabi Musa

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    7/8

    kerana beliau tidak berkata: Allah yang lebih tahu. Allah seterusnyamengkhabarkan kepada Musa bahawa ada lagi hambanya yanglebih alim iaitu Khidhir. Keinginan untuk mengetahui dan belajarilmu tersebut mendorong Nabi Musa untuk mencari Nabi Khidhir.Jadi Nabi Khidhir tidak sekali-kali menonjolkan dirinya sebagai orang

    yang berilmu. Malah pertemuan ini terjadi disebabkan keinginanNabi Musa untuk berguru dengan Nabi Khidhir. Seperti kata NabiMusa:

    "Bolehkah aku mengikuti mu (Khidhir) supaya kamu mengajarkankepada ku ilmu yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkankepada mu"

    Nabi Musa adalah bertaraf Rasul. Sebagai Rasul, beliau menyerudan memimpin manusia kejalan Allah. Beliau bolehlah dianggapketua dalam masyarakatnya yang berperanan menentukanperlaksanaan syariat Islam dilaksanakan. Apa yang perlu kitarenungkan perbuatan Nabi Khidhir membunoh anak kecil sudahnyata terang menyalahi syariat. Tetapi kenapakah ketika ini NabiMusa tidak terus menjatuhkan hukuman bunoh keatas Nabi Khidhir?Nabi Musa sekadar berkata: "Mengapa engkau bunuh seorang anakyang suci, tanpa berdosa? Sesungguhnya engkau telahmemperbuat suatu yang mungkar." Disini menunjukkan Nabi Musaseorang yang berilmu kerana beliau tidak tergesa-gesamenjatuhkan hukuman.

    Diakhirnya, sedar dan insaflah Nabi Musa yang mengatakanbeliaulah orang yang paling alim/tinggi ilmu. Jadi Nabi Musa yangsekadar mengaku bahawa dialah orang yang paling alim yangakhirnya sedar dan insaf dengan pengakuannya itu, bagaimana puladengan orang yang telah menghukum Hilaj.

    Allah ada berfirman yang lebih kurang maknanya Ya Muhammad jika datang kepada engkau satu-satu khabar, maka selidikilah iaterlebih dahulu sebelum engkau menghukum, supaya engkau tidakmenyesal dikemudiannya. Persoalannya mengapa perlu menyesal?Ini menunjukkan jika satu-satu hukuman diambil dan sesudah

    hukuman tersebut dijatuhkan, nyatalah kebenaran pada pihak yangdihukum. Ketika ini menyesal tiada gunanya. Jadi kita disuruhmenyelidiki sesuatu perkara itu sebelum menjatuhkan hukuman.Pengajaran yang dapat diambil, janganlah kita memutuskan sesuatuperkara tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidakdapat memutuskan dengan adil kerana bukan bidang kita, makakewajipan kita merujuknya kepada yang ahli.

    Saya teringat ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Ustat HarunDin mengenai mimpi bertemu Rasulullah. Apabila beliau bermimpi

    bertemu Rasulullah, mimpi ini dirujuk kepada guru-gurutasawuf/makrifat untuk mendapatkan pengesahan kebenarannya.

  • 8/6/2019 Ilmu Syuhadah (Ilmu Diri)

    8/8

    Mengapakah beliau tidak merujuk saja mimpi tersebut kepadaulama-ulama yang banyak beliau kenali. Disini menunjukkan UstatHarun Din dalam hal-hal diluar kemampuannya beliau merujukkepada yang ahli.

    Kesimpulan disini hukuman yang dijatuhkan kepada Hilaj tidakdiadili dengan sempurna. Setelah mati, Hilaj tidak dapat berbuatapa-apa untuk membuktikan kebenarannya. Sebaliknya Allah MahaAdil membuktikan kebenaran Hilaj. Saya ulangi Allah membuktikankebenaran Hilaj dengan mengalirkan darah Hilaj yang merupakalimah La ila ha ila llah. Tiadakah perasaan menyesal pada dirimereka yang menjatuhkan hukuman tersebut. Jika ada penyesalan,ini bermakna hukuman tersebut telah dijatuhkan bukan padatempatnya. Jika sekiranya tiada rasa penyesalan, walaupunkebenaran telah ditunjukkan, maka saya serahkan kepada pembacabudiman untuk menjawabnya