Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
-
Upload
valentine-b-jenny -
Category
Documents
-
view
287 -
download
0
Transcript of Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 1/20
Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
- untuk setiap bidang kegiatan Tahap 1
- untuk setiap bidang kegiatan Tahap 2
- untuk 5P KBSR
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 2/20
Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanakmempunyai interpretasi yang berbeza dengan
karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi
orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan
kecantikan dan kesempurnaan, namun bagikanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat
luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 3/20
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti senivisual berupaya memberikan rangsangan dan
pembangunan dari pelbagai aspek.
Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak
dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa
sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 4/20
Secara ringkasnya kepentingan pengajaran matapelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-
kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun
dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan
bijak membuat keputusan.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 5/20
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni visual memberikan
satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan( psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat
membantu murid untuk mengembangkan aspek
imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 6/20
Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budayapemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatupermasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan senivisual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasisupaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas
dalam bidang penghasilan karya.
Aspek Persepsi
Melalui mata pelajaran seni visual, murid bolehmempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria. Pendidikan seni visualmenambahkan pengetahuan mengenai konseppembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu prosespenghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yangterdapat di sekeliling mereka.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 7/20
Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yangmembantu kanak-kanak mengenali objek selain
membantu meningkatkan daya sensitiviti
terhadap alam sekeliling mereka.
Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah
pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-
kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 8/20
Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkandaya imaginatif kanak-kanak selain berupaya
mengimbangi emosi mereka.
Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti
imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan
menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya
menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang
unik.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 9/20
Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak
Cara yang boleh merangsang imaginasi danekspresi murid-murid dalam menghasilkan aktiviti
untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 dan tahap 2
adalah seperti berikut:
Pengalaman melalui ABM
- menggunakan ABM seperti gambar foto, keratan
akhbar , fotografi tentang produk seni visual.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 10/20
Pengalaman secara langsung (direct observation)
-dilakukan secara terperinci dengan
bimbingan dan pemerhatian secara khususseperti melihat contoh produk seni visual yang
ada perkaitan dengan menyatakan ciri-ciri/sifat
produk dan perkaitan dengan sumber idea.
Pengalaman deria – penggunaan lima deria.
-Galakkan murid-murid menggunakan 5 deria
seperti merasai, menghidu, menyentuh produk
seni visual tersebut.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 11/20
Pengalaman dengan alatan dan bahan.
- Guru perlu merancang dan memilih bahan seni
yang sesuai dengan tajuk produk dan tahap
perkembangan kanak-kanak.
Penerokaan / Penggunaan ICT.
-Galakkan kanak-kanak meneroka dan
memanipulasikan bahan-bahan yang sesuai.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 12/20
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visualsekolah rendah disusun bertujuan melibatkan
murid dalam pelbagai kegiatan seni.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan
empat bidang utama.
Bidang-bidang tersebut ialah bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan, dan mengenal
kraf tradisional.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 13/20
Pengalaman seni ini adalah untukmemperkembang dan menyelaraskan persepsi
dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.
Pengalaman ini juga selaras dengan
perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi,
psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsivisual.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 14/20
Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual disekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid
ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan
seni.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 15/20
Murid juga akan mendapat pengetahuanmengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalampendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,mengintegrasikan maklumat dan aplikasikomputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan diperoleh muridpula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alatdan teknik, mengaplikasikan disiplin seni visual,berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasisecara berkesan, membuat pilihan, membuatinterpretasi, menggunakan teknologi bahan dan
perkakasan.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 16/20
Organisasi kurikulum ini merangkumi empataspek utama yang dipentingkan iaitu:
pemerhatian secara aktif
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan
apresiasi seni visual secara mudah
menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 17/20
Contoh aspek 5 P KBSR dalam aktivitimenghasilkan produk seni visual bidang
Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti
berikut:
Penggabungjalinan
Aktiviti membuat binaan dapat
memperkembangkan pelbagai kemahiran(berfikir, belajar, psikomotor ,sosial) dan
penggabungjalinan dengan mata pelajaran yang
lain.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 18/20
Penerapan nilai
Penerapan nilai-nilai murni boleh disemai dandipupuk melalui proses pengajaran dan
pembelajaran dalam aktiviti menghasilkankarya/produk. Penerapan nila-nilai bolehdilakukan secara pertuturan, perlakuan dsbnya.
Pemulihan
Pengesanan kemajuan murid dijalankan selepasguru mengajar beberapa kemahiran dalamsesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pemulihanperlu dilakukan agar kelemahan murid tidakterkumpul.
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 19/20
Penyerapan pengetahuan
Aktiviti membentuk dan membina dapat
memperkembangkan pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran belajar, psikomotor dan
sosial .
Pengayaan
Murid yang telah menguasai sesuatu konsep
untuk menghasilkan robot yang bermotifkankucing perlu diberi pengayaan untuk meluaskan
pengetahuan dan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh
pelajar
7/29/2019 Imaginasi Dan Ekspresi Kanak-kanak
http://slidepdf.com/reader/full/imaginasi-dan-ekspresi-kanak-kanak 20/20
Sekian