Imbuhan pinjaman

2
Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota ) Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman) Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh: Maha_ Maksud Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat. Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar Mahasiswa Penuntut di universiti mahasiswi Penuntut perempuan di universiti Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem Tata - Maksud Tatacara Susunan acara, agenda Tatabahasa Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu. Tatacara Cara dan peraturan Tatanegara Susunan dan bentuk pemerintahan negara. Tatasusila Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik. tatatertib Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin. Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh: -wan Maksud Angkasawan Orang yang pergi ke angkasa lepas. Bangsawan Orang yang berbangsa atau keturunan mulia. Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban) Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah ) Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik Jutawan Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak Hartawan Berharta , kaya Karyawan Penghasil karya, pencipta atau penulis Negarawan Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara. Olahragawan Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga. Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian. Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan. Rupawan Perempuan yang cantik. sejarawan Ahli sejarah Sukarelawan Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela. Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

Transcript of Imbuhan pinjaman

Page 1: Imbuhan pinjaman

Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota )

Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran

Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:

Maha_ Maksud

Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti,

profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.

Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar

Mahasiswa Penuntut di universiti

mahasiswi Penuntut perempuan di universiti

Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem

Tata - Maksud

Tatacara Susunan acara, agenda

Tatabahasa Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses

pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.

Tatacara Cara dan peraturan

Tatanegara Susunan dan bentuk pemerintahan negara.

Tatasusila Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.

tatatertib Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:

-wan Maksud

Angkasawan Orang yang pergi ke angkasa lepas.

Bangsawan Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.

Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)

Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual

Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah )

Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita atau cantik

Jutawan Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak

Hartawan Berharta , kaya

Karyawan Penghasil karya, pencipta atau penulis

Negarawan Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang

memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah

negara.

Olahragawan Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam

olahraga.

Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.

Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang

perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan perpustakaan, ahli

perpustakaan.

Rupawan Perempuan yang cantik.

sejarawan Ahli sejarah

Sukarelawan Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.

Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.

Page 2: Imbuhan pinjaman

Wartawan Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:

- man Maksud

Budiman Orang yang berbudi

Seniman Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta

dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:

- wati Maksud

Olahragawati Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian dalam

olahraga.

Peragawati Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang

dipakainya.

Seniwati Bintang filem

Sukarelawati Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.

Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:

-ita Maksud

bidunita Penyanyi atau pelakon wanita.