Impak Negatif Akibat Dari Perubahan Ciri- Ciri Lembangan

21
BINCANGKAN IMPAK NEGATIF YANG WUJUD AKIBAT DARIPADA PERUBAHAN KE ATAS CIRI-CIRI LEMBANGAN SALIRAN OLEH AKTIVITI MANUSIA o

description

HIDROLOGI DAN SUMBER AIR

Transcript of Impak Negatif Akibat Dari Perubahan Ciri- Ciri Lembangan

BINCANGKAN IMPAK NEGATIF YANG WUJUD AKIBAT DARIPADA PERUBAHAN KE ATAS CIRI-CIRI LEMBANGAN SALIRAN OLEH AKTIVITI MANUSIA

o

PENGENALAN

Lembangan SaliranSatu unit asas semulajadi yang

menyalurkan tenaga dan jirim daripada faktor iklim

Siratan dan jaringan lurah yang membentuk alur-alur sungai dan pembukaan diantara alur telah membentuk satu ruang fizikal yang dinamik ( Gregory and Walling, 1973)

CIRI-CIRI LEMBANGAN SALIRAN

1. Morfometri – Kajian untuk mengumpul data mengenai rangkaian sungai dan lembangan saliran ( Pidwirny, 2006)

i. Tertib Segmen Alur

- Pembahagian sesuatu lembangan bagi setiap segmen sungai yang berjaring dengan segmen yang lain.

Contoh :

Ii . Saiz dan Keluasan

- LS yang luas menjana aliran sungai yang banyak kerana

berupaya untuk menampung isi padu air adalah tinggi berbanding

LS yang bersaiz kecil.

- Contoh : LS kecil misalnya kejadian hujan ribut sudah berupaya

membanjirinya.

Iii . Kepadatan Jaringan Alur

- Sungai yang mempunyai kepadatan saliran yang tinggi iaitu yang

mempunyai banyak cawangan ( alur) maka ia berpotensi

menampung isi padu air yang banyak.

Iv . Bentuk Lembangan Saliran

- Bujur @ panjang : Masa pergerakan air mengambil masa yang lama

untuk luahan di hilir sungai.

- - Bulat @ pendek luahan air sungai akan cepat dihilirnya.

V . Kecerunan Alur

- Cerun yang curam akan mencepatkan halaju arus sungai terutama

air sungai ke laut berbanding dengan cerum dasar sungai yang

landai.

2. LANDSKAP

i. Litupan Tumbuhan- Jenis dan ketebalan tumbuhan mengawal pergerakan air ke

alur.- Contoh : Hutan Primer melakuan proses cegatan silara bagi

menampan air hujan dari menimpa permukaan.

ii. Saiz Liang Pori- Peratusan liang pori yang rendah akan menghasilkan kadar

larian air permukaan yang sedikit.- Contoh: Tanah liat

iii. Kandungan Lembapan

- Tanah yang lembap akan melambatkan pergerakan air ekoran daripada jisim tanah yang berat.

3. CIRI TANIH / BATUAN

Batuan yang poros seperti batu pasir yang bersaiz kasar mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada liang pori yang banyak akan menyebabkan pergerakan air di atas permukaan adalah berkurang.

Tanah liat mempunyai liang pori yang sedikit dan melancarkan pergerakan air di alur.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENYEBABKAN PERUBAHAN

LEMBANGAN SUNGAIPERINDUSTRIAN

Bahan buangan dari kawasan perindustrian dialirkan ke badan air melalui sistem saliran yang nyata

Jenis Bahan Pencemar Perindustrian

● Tar terpakai atau minyak antikakisan : Minyak antikakisan atau sisa tar daripada proses-proses penampalan atau penyemburan atau penyalutan di loji pemasangan kenderaan motor atau wokshop automotif.

Buangan yang mengandungi pewarna: Air buangan yang

mengandungi pewarna dari loji pengilangan tekstil.

Buangan-buangan asbestos: Debu-debu asbestos atau

buangan-buangan gentian asbestos bebas dari loji

pengilangan keluaran-keluaran asbestor / simen

PERTANIAN 

Melibatkan penggunaan baja dan racun untuk memastikan kesuburan tanaman.

Baja dan racun boleh memasuki badan air melalui pengaliran air di permukaan tanah dan juga air bawah tanah.

Kemasukan bahan pencemaran tersebut akan menurunkan kualiti air dan seterusnya mengakibatkan pencemaran air.

PERLOMBONGAN

Bahan terampai tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh.

Berlaku proses pemendapan yang akan mencetekkan badan air dan kemudiannya akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan persekitarannya.

PEMBANGUNAN

Pencemaran air bawah tanah terjadi apabila hujan yang menimpa sampah menyerap ke dalam bumi.

Di dalam proses penyerapan ini, air tersebut akan membawa bersama atau menyerap kebanyakan bahan kotor yang terdapat di dalam sampah.

1gelen (3.785 liter) minyak petrol boleh mencemarkan 1 juta gelen (3.785 juta liter) air bawah tanah

PEMBALAKAN

Mengakibatkan permukaan tanah terdedah kepada hujan yang menyebabkan berlakunya hakisan

Proses ini akan memindahkan partikel tanah ke tempat lain termasuk badan air. Kemasukan badan partikel tersebut akan menyebabkan badan air menjadi keruh serta berlaku pemendapan

Aktiviti pembalakan juga menyumbang bahan pencemaran dari segi bahan organan dan nutrien ke badan air. Sumber pencemaran dari kawasan ini boleh dikelaskan sebagai sumber tidak berpunca.

IMPAK NEGATIF AKIBAT DARI PERUBAHAN CIRI- CIRI LEMBANGAN SALIRAN OLEH AKTIVITI MANUSIA

DEFINISI KUALITI AIR

Menurut Talha (1986) kualiti air boleh dinilai melalui pengukuran parameter-parameter fizikal, kimia dan bakteriologi. Pengukuran parameter fizikal melibatkan bau, warna, suhu, bahan pepejal dan rasa air sungai tersebut.

Manakala menurut Turk (1972) kualiti air ialah merujuk kepada satu tahap kesesuaian untuk kegunaan yang bermanfaat kepada manusia dan hidupan lain, sebagai sumber bekalan, pengairan tanah, rekreasi dan alam kehidupan samudera yang lengkap. Di sini jelaslah bahawa manusia sememangnya memainkan peranan penting dalam mengubah tahap kualiti air. Ini kerana manusia semakin rakus mengeksploitasi sumber alamnya, semata-mata untuk mencapai matlamat keselesaan hidup tanpa memikirkan impaknya.

KUALITI AIR1. PEMBALAKAN

Hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada pelbagai bencana alam. Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan, air yang turun tersebut terus menghakis permukaan bumi yang gondol lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat, misalnya kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendapan tanah lumpur di dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.

2. PEMBANGUNAN

Sisa - sisa industri yang dilupuskan di tapak pembuangan atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap yang dibuang di tapak pelupusan sampah boleh bertoksid menerusi proses pengoksidaan yang menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrit. Kesannya, apabila hujan turun, asid akan terlarut dan resap dalam tanah sehingga tanih mengandungi nilai keasidan yang tinggi.

KUANTITI AIR1. BANJIR (PEMBANGUNAN)

Proses pembandaran telah meningkatkan jumlah air sungai secara mendadak terutama selepas hujan lebat. Situasi ini berlaku kerana sistem saliran yang ada tidak dapat menampung kapasiti air dan terpaksa mengalir melimpahi tebing sebagai banjir kilat.

Pertambahan kawasan permukaan tidak telap air dan menambahkan jumlah larian permukaan serta mengurangkan jumlah air yang menyusup(infiltrasi) ke dalam tanah.

Kerja-kerja landskap dan pembangunan tanah untuk dijadikan tapak binaan bangunan selalunya memendekkan jarak air mengalir untuk sampai ke laluan saliran. Oleh itu, secara relatif kadar halaju air larian permukaan lebih cepat berbanding tempoh semasa hujan turun.

2. KEMARAU (PEMBALAKAN)

Aktiviti penebangan hutan yang berleluasa merupakan punca kepanasan melampau. Kegiatan pembalakan dilakukan secara meluas dan tidak terkawal.

Kegiatan pembalakan mengakibatkan kemusnahan dan kepupusan tumbuhan. Tumbuhan penting dalam ekosistem alam sekitar kerana tumbuhan membebaskan oksigen untuk keperluan manusia.

Apabila ditebang, hilanglah sumber oksigen tersebut. Ringkasnya, penebangan hutan mengurangkan sumber oksigen sehingga mengakibatkan peningkatan gas hidrogen. Keadaan ini menyumbang terhadap kepanasan melampau dan mengakibatkan kemarau.

KESIMPULAN

Secara umumnya, lembangan saliran merupakan sistem alam sekitar yang melibatkan proses dan tindak balas untuk mengimbangi kemasukan tenaga namun apabila berlakunya gangguan dalam proses pengimbangan ia akan memberi kesan yang buruk seperti berlakunya aliran lumpur, limpahan air, pemendapan dan hakisan.

Hal ini kerana aktiviti yang telah dijalankan oleh manusia telah memberikan perubahan terhadap kitaran air di setiap bahagian permukaan bumi yang merupakan lembangan saliran.

Oleh itu, pengurusan lembangan saliran perlu dijalankan merangkumi proses larian air permukaan dan gerakan air bawah tanih.

RUJUKAN

Watershed modeling , nptel.ac.in/courses/105101010/…/lecture15.pdf

Morfometri lembangan sungai-sungai utama di pulau pinang , www.ukm.my/..../8_geografia-APR%202012-Noraini&main%