Impak Sedekah Kepada Ekonomi

download Impak Sedekah Kepada Ekonomi

of 3

Transcript of Impak Sedekah Kepada Ekonomi

  • 8/19/2019 Impak Sedekah Kepada Ekonomi

    1/3

    Impak Sedekah Kepada Ekonomi - Abdul Hadi Jusoh

    Madrasah Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Belum pasti samada kita masih

     berkesempatan menemuinya lagi pada tahun-tahun yang mendatang untuk meraih gedung pahala

    yang berlipat ganda yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada pencinta-pencinta amalkebaikan.

    Sungguhpun begitu, berakhirnya bulan Ramadhan tidak bermakna berakhirnya juga

    segala amal kebaikan yang telah kita lakukan di sepanjang bulan tersebut, termasuklah amalan

    sedekah kepada golongan yang dai dan tidak berkemampuan.

    Bahkan, ia perlu diteruskan disepanjang tahun kerana hikmah dan kebaikannya amat begitu besar 

    kepada prestasi dan pencapaian ekonomi umat secara keseluruhannya. !antaran itulah, "slam

    meletakkan tangan yang memberi adalah lebih aula daripada tangan yang menerima. Sabda

    Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksud#

    “Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah”

    Secara teori dan praktikal ekonomi, amalan bersedekah akan meningkatkan pendapatan

     boleh guna (disposable income)  isi rumah yang seterusnya diterjemahkan sebagai kuasa beli

    (purchasing power) yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan dalam

     pasaran. Barangan dan perkhidmatan yang dibeli kemudian dapat digunakan untuk memenuhi

    itrah keperluan dan kehendak kehidupan, yang seterusnya menjadi antara aktor kesempurnaan

    tara kehidupan diri dan keluarga.

    Memiliki tara hidup yang baik akan membuka ruang dan peluang yang lebih baik untuk 

    makin mendekatkan diri kepada Allah SWT. $eadaan diri dan keluarga yang hidup dalam serba

    kekurangan akan meminimakan okus dalam banyak perkara, termasuklah okus terhadap Allah

    SWT. Tanpa okus yang baik kepada-%ya, kehidupan secara keseluruhannya pasti menjadi tidak 

    menentu akibat ji&a yang seringkali berada dalam keadaan bercelaru.

    'ari sudut ekonomi, peningkatan kuasa beli akan turut meningkatkan permintaan

    terhadap barangan dan perkhidmatan dalam pasaran. Meningkatnya permintaan akan seterusnya

  • 8/19/2019 Impak Sedekah Kepada Ekonomi

    2/3

    meningkatkan pena&aran yang direalisasikan melalui peningkatan akti(iti-akti(iti pengeluaran

     pelbagai bidang dalam ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan, perbankan,

     pendidikan, pengangkutan dan sebagainya.

    )eningkatan dalam akti(iti-akti(iti pengeluaran akan memberikan impak positi kepada

    ekonomi secara keseluruhannya, antaranya#

    *. Meningkatkan pelbagai peluang pekerjaan

    +. Meningkatkan jumlah pendapatan kasar gross income dan pendapatan boleh guna

    disposable income.

    . Meningkatkan jumlah simpanan dan pelaburan

    /. Meningkatkan jumlah kutipan 0akat pendapatan dan perniagaan .

    1. Meningkatkan kutipan cukai pendapatan dan korporat kerajaan.

    )eningkatan akti(iti-akti(iti pengeluaran secara berterusan akan seterusnya memberikan

    kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi secara lebih mapan kepada umat dan

     %egara. Walaubagaimanapun, untuk merealisasikan matlamat tersebut, setiap sedekah yang

    dihulurkan perlulah bersiat 2memberi pancing, bukannya memberikan ikan’ . Agar mereka tidak 

    terus menjadi pasi dan hilang moti(asi bekerja, yang akhirnya menjadi penerima sedekah

    selama-lamanya.

    3akikatnya, kesan berganda multiplier eect daripada sedekah ini ada termaktub dalam

    al-4ur5an dengan kiasan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan setiap tangkai

    mengandungi *66 biji.

    1 biji X 7 tangkai X 100 biji = 700 biji

    'apat ilustrasi di atas, cuba renungkan jika hanya *67 disedekahkan semula kepada golongan

    yang memerlukan, pasti begitu besar kesannya kelak kepada ekonomi umat dan %egara.

    10! X 100 biji" X 7 tangkai X 100 biji = 7# 000 biji

     'alam hal ini, Allah SWT berirman dalam Surah al-Ba8arah, ayat +9* yang bermaksud#

  • 8/19/2019 Impak Sedekah Kepada Ekonomi

    3/3

     

    “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan llah seperti sebiji benih yang 

    menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji! llah melipatgandakan bagi

     siapa yang "ia kehendaki dan llah #aha $uas, #aha #engetahui”

    :olongan yang menerima sedekah perlulah mempunyai ji&a dan semangat yang besar untuk

    merubah kehidupan mereka untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dengan berbekalkan pancing yang telah diberikan kepada meraka. %amun, janganlah pula pancing itu dijual atau

    digadai semata-mata mahu mendapatkan pulangan segera. 'engan harapan dn tekad, satu hari

    kelak mereka pula yang akan menjadi tangan yang memberi. 

    Sebab itulah, adalah lebih baik memberikan sedekah dalam bentuk peluang pekerjaan,

    kepakaran dan kemahiran, modal perniagaan ataupun peralatan tertentu seperti pembajak, alatan

    memasak dll berbanding memberikan sejumlah tunai sekaligus kepada mereka. "ni kerana, &ujud

    kecenderungan tunai tersebut akan digunakan untuk tujuan yang tidak produkti, melainkan

    mereka yang memiliki keu0uran diri dari segi kesihatan dan kecacatan anggota badan yang

    menghalang mereka untuk bekerja secara normal.

    'ipihak pemberi sedekah pula, mereka perlulah benar-benar ikhlas semata-mata untuk 

    mencari redha Allah SWT. Bukannya mengharapkan timbal balas daripada penerima. Apatah

    lagi, dengan menjadikannya sebagai %marketing tools’   untuk melipat gandakan keuntungan

     perniagaan.

    Se&ajarnya juga, ia perlu berlangsung dalam keadaan 2tangan kanan yang member, tangan kiri

    langsung tidak mengetahuinya5 agar tidak hilang hikmah dan kesan yang sepatutnya dapat dirasai

    kelak. Allah SWT berirman dalam Surah al-Ba8arah, ayat +91 yang bermaksud#

     

    “"an perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha llah dan untuk 

    memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram

    oleh hujan yang lebat, maka kebun itu menghasilkan buah&buahan dua kali ganda! 'ika hujan

    lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai)! llah melihat apa yang kamu kerjakan”