IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

5
IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Setiap pembaharuan yang dilakukan pastinya akan membawa kepada kesan-kesan atau implikasi kepada aspek sedia ada seperti prasarana sekolah, bahan sokongan, penjawatan guru, latihan guru, pentadbiran sekolah dan JPN, kewangan, Akta dan persatuan pendidikan, surat pekeliling dan juga pentaskiran. Implikasi pertama ialah dari aspek bahan sokongan. Seperti mana yang kita tahu, KSSR tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan penggunaan buku teks lagi. Berbanding dengan KBSR di mana guru akan dibekalkan dengan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang dilengkapi dengan pemetaan huraian sukatan pelajaran sebagai panduan untuk menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian di peringkat sekolah. Kini, guru akan dibekalkan terus dengan modul pengajaran sebagai panduan dalam melaksanakan P&P menggantikan buku teks. Bahan P&P KSSR perlu diisediakan oleh bahagian yang berkaitan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran dan pembelajaran serta buku panduan untuk guru.

description

IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR terhadap sistem pendidikan di Malaysia

Transcript of IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

Page 1: IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud

proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum

persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan

kepada aspek asas kurikulum struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Setiap

pembaharuan yang dilakukan pastinya akan membawa kepada kesan-kesan atau

implikasi kepada aspek sedia ada seperti prasarana sekolah, bahan sokongan,

penjawatan guru, latihan guru, pentadbiran sekolah dan JPN, kewangan, Akta dan

persatuan pendidikan, surat pekeliling dan juga pentaskiran.

Implikasi pertama ialah dari aspek bahan sokongan. Seperti mana yang kita tahu,

KSSR tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan penggunaan buku teks lagi.

Berbanding dengan KBSR di mana guru akan dibekalkan dengan sukatan pelajaran

dan huraian sukatan pelajaran yang dilengkapi dengan pemetaan huraian sukatan

pelajaran sebagai panduan untuk menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan

rancangan pengajaran harian di peringkat sekolah. Kini, guru akan dibekalkan terus

dengan modul pengajaran sebagai panduan dalam melaksanakan P&P

menggantikan buku teks. Bahan P&P KSSR perlu diisediakan oleh bahagian yang

berkaitan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Bahan sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran dan

pembelajaran serta buku panduan untuk guru.

Implikasi kedua ialah, dari segi prasarana sekolah. Kurikulum KSSR

contohnya menekankan P&P yang menggunakan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK). Oleh itu, pihak kerajaan melalui sekolah perlulah menyediakan

prasarana yang sesuai dengan kurikulum tersebut. KSSR telah mengubah landskap

sekolah dari segi kelengkapan sekolah, di mana bilik darjah atau makmal computer.

Setiap sekolah perlu disediakan dan dilengkapkan dengan prasarana yang sesuai

dengan keperluan kurikulum terbaru terutamanya kelengkapan ICT seperti Laptop

untuk guru-guru, LCD, projektor, skrin dan speaker di setiap kelas.

Seterusnya, implikasi juga dilihat pada norma perjawatan guru. Setelah

KSSR dijalankan, norma perjawatan guru perlu disemak semula bagi memenuhi

Page 2: IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

keperluan KSPK dan KSSR. Selain itu, Latihan Guru, Pentadbir Sekolah dan

Jabatan Pelajaran Negeri turut terlibat kesan transformasi kurikulum ini. Terdapat

seramai 126,171 guru sekolah rendah dan  279,545 orang guru sekolah menengah

berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR.

Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya

memahami aspirasi dan tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Dengan ini, guru

perlu diberikan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan terlebih dahulu

sebelum mengajar secara tetap serta, pihak pentadbir sekolah dan JPN perlu juga

diberikan taklimat berkaitan pelaksanaan KSPK dan KSSR ini.

Implikasi keenam KSSR juga turut melibatkan aspek kewangan. Setakat ini,

Kementrian Pelajaran Malaysia telah diperuntukkan RM6.4 bilion bagi membina dan

menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan

profesion guru. Di samping itu, sejumlah RM213 juta lagi diperuntukkan kepada

sekolah berprestasi tinggi selain imbuhan kepada guru cemerlang. Ini merupakan

satu pelaburan terbesar yang telah dilakukan oleh kerajaan demi merealisasikan

KSSR ini. Justeru, Peruntukan Kewangan PCG dilihat perlu dikaji semula untuk

semua mata pelajaran. Peruntukan kewangan perlu disediakan bagi keseluruhan

pelaksanaan KSPK dan KSSR

Kesan terhadap Akta dan Peraturan Pendidikan pula ialah, terdaptnya

perubahan peruntukan waktu minimum seminggu. Selain itu juga, kesan terhadap

Surat Pekeliling Ikhtisas menunjukkan bahawa pihak sekolah dan Jabatan

Pelajaran Negeri perlu dimaklumkan tentang pelaksanaan KSPK dan KSSR dan

semua sekolah di seluruh Negara dikehendaki memuat turun surat pekeliling

tersebut yang juga didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia Surat

Pekeliling 1M1S.

Akhir sekali ialah implikasi terhadap pentaksiran. Dalam KSSR, terdapat

pelbagai kaedah pentaksiran contohnya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) dan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Sistem Pentaksiran akan dijalankan

secara berterusan dan berperingkat dalam mengesan perkembangan dan

pencapaian murid dalam pembelajaran. Pembaharuan yang diperkenalkan KSSR

adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK bermatlamat

Page 3: IMPLIKASI TRANSFORMASI KURIKULUM KSSR

untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik

dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,

peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Umumnya pelaksanaan KSSR mempunyai prinsip pelaksanaan seperti pendekataan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama

untuk semua murid, pendidikan seumur hidup.

Banyak perubahan dan pembaharuan telah dilakukan di dalam KSSR

berdasarkan kurikulum lama KBSR yang meliputi kesemua aspek terdiri daripada

bentuk kurikulum, organisasi, kandungan pelajaran, pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan dan juga pengurusan kurikulum itu sendiri.

Transformasi pendidikan ini juga dilihat memberikan banyak implikasi

terhadap dunia pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah, impak terhadap prasarana

sekolah, bahan sokongan, penjawatan guru, latihan guru, pentadbiran sekolah dan

JPN, kewangan, Akta dan persatuan pendidikan, surat pekeliling dan juga

pentaskiran. Dengan ini, diharapkan melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran

(P&P) akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna. Kita

mengharapkan agar transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi

memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

relevan dengan keperluan dan cabaran wawasan 2020. Semua pihak sama ada di

dalam sekolah maupun di luar, yang terlibat secara langsung maupun secara tidak

langsung, harus bersedia menghadapi cabaran pelaksanaan KSSR.