Inambang - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Inambang.pdf.pdf ·...

77

Transcript of Inambang - learning.asean.orglearning.asean.org/DATA/DOCUMENTS/2015/03/admin/Inambang.pdf.pdf ·...

Inambang Kumpulan Permainan Kanak-Kanak Tradisional Brunei Darussalam

Penyusun Hajah Hasimah Haji Hanafi

"dgg .. dlirvg3 & &L+ 6g.p DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELlA DAN SUKAN

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam

O Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei 1993

Cetakan Pertama 1993 Cetakan Ketiga 2006

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Dewan Qahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Pengkatalogan Data-dalam-Penerbitan: Cataloguing-in-Publication:

Inambang: kumpulan permainan kanak-kanak tradisional Brunei Darussalamlpenyusun, Hajah Hasimah Haji Hanafi. -- Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Ikunei, 2006. 65 p. ISBN 999 17-0-289-x

1. Games--Brunei Darussalam. 2. Children--Brunei Darussalam--Social life and customs. I. Title. 796.1095955

Hiasan Kulit Ali Haji Abd Rahim

Ilustrasi Dalam Haji Md Abidin Haji Rashid M a h h Anggas Ali Haji Abd Rahim Awangku Sarikula Pengiran Haji Othman

Rupa Taip teks Times, 12/14 poin

Atur Huruf oleh Dewan Dicetak oleh Percetakan

PRAKATA

INAMBANG PERTAMA kali diterbitkan pada tahun 1993. Buku yang mengandungi koleksi permainan kanak- kanak Brunei yang popular pada suatu ketika dahulu, kini akan diulang cetak untuk kali kedua.

Tiada ditambah sebarang permainan lama untuk koleksi ini, namun pihak penerbit telah membuat inisiatif untuk mengubah kulit luar dan lukisan dalam buku ini dan ia dibuat dalam w m a penuh.

Usaha ini semata-mata untuk menawan rninat kanak- kanak untuk memiliki buku ini, d m dalam masa yang sama dapatlah mereka mempelajari dan menghayatinya.

. . . 111

~ I

-- --p-p---p- ~ -~~ --

- Haji Abdul Hakim Haji Mohd Yassin Pemangku Pengarah

PRAKATA (Dipetik daripada Cetakan Pertama, 1993)

PEREDARAN ZAMAN sains dan teknologi yang begitu cepat telah banyak mempengaruhi kehidupan sekarang. Kita yang menghirup udara moden ini sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh ciptaan yang moden lagi canggih. Di antara alat yang dicipta itu termasuklah alat permainan.

Kita tidak menafikan bahawa alat permainan yang serba moden ini mempunyai aspek positif tetapi permainan lama yang pernah dimainkan pada suatu ketika dahulu juga mempunyai nilai yang serupa dan tidak sepatutnya ditinggalkan begitu sahaja.

Menyedari hakikat ini, jabatan ini mengusahakan penerbitan Inambang dengan hasrat untuk mengimbas kembali mengenai permainan yang pernah popular dan untuk mengenalkan kepada kanak-kanak sekarang tentang permainan lama yang juga mempunyai ciri-ciri peradaban yang dapat diketengahkan. Melalui permainan, bukan sahaja dapat merapatkan hubungan di antara individu bahkan ia membentuk fizikal dan mental kerana bermain dapat mendorong kecekapan mengira, merancang pergerakan dan bertindak pantas.

Saya mengucapkan tahniah kepada Hajah Hasimah binti Haji Hanafi yang telah dapat mengumpul dan mengusahakan bahan-bahan penerbitan buku Inambang ini dengan jayanya.

Semoga buku ini &an dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada masyarakat yang berminat dalam mengenali budaya bangsanya.

- Dato Paduka Haji Mahmud Haji Bakyr Pengarah

PENDAHUEUAN

INAMBANG MENGANDUNGI 36 jenis permainan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam yang popular pada suatu ketika dahulu. Di samping me- muatkan jenis permainan, buku ini juga mengimbas kembali enam cara pengundian yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sebelum memulakan permainan.

Sistem pengundian ini begitu praktik untuk menentukan pemain yang akan memulakan per- mainan. Hasilnya kanak-kanak akan berpuas hati menerusi pengundian yang dilakukan sebelum mereka memulakan permainan.

Kanak-kanak seronok apabila bermain. Lebih- lebih lagi terdapat permainan yang diiringi dengan rangkap lagu. Dalam Inambang ini terdapat enam jenis permainan yang dimainkan di air sementara selebihnya adalah jenis permainan di dalam dan di luar rumah. Di antara permainan yang dikumpulkan ini bukan sahaja tidak popular bahkan nama permainan ini sendiri mungkin asing kepada kanak- kanak sekarang .

Semoga dengan usaha mendedahkan ke arah permainan ini, kanak-kanak dapat mengenali sedikit sebanyak tentang permainan lama yang mungkin pernah dimainkan oleh ibu bapa mereka.

vii

Untuk mengetengahkan sesuatu yang lama memerlukan sumbangan daripada mereka yang lebih berpengalaman . Dalam permainan pula, mana-mana permainan yang difikirkan sukar oleh kanak-kanak untuk memainkannya, pihak ibu bapa bolehlah memainkan peranan mereka dengan membimbing atau menunjuk ajar cara bermain yang betul sesuai dengan peringkat umur anak-anak mereka.

Sehubungan dengan ini, dalam usaha untuk mengumpulkan permainan lama sumbangan dari- pada mereka yang berpengalaman inilah yang banyak membantu penyusun untuk menyiaplian dan mengemaskinikan buku irii. Usaha untuk men- dapatkan maklumat mengenai jenis permainan lama bukanlah satu perkara yang mudah kerana inforrnan itu sendiri terpaksa menyelongkar dan memasang semula ingatan terutama untuk menerangkan peratu- ran dan cara bermain yang sebahagian besarnya sudah lama ditinggalkan oleh mereka. Jasa baik ini sangat disanjung tinggi dan untuk itu dirakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Awang Haji Masri bin Raub, Awang Haji Omar bin Haji Md: Daud dan Pengiran Hajah Saleha binti Pengiran Daud .

Penghargaan yang sama juga dirakamkan kepada Awang Md. Shahri bin POKJAID Haji Md. Hussin, Ketua Bahagian Perancangan Buku, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam yang telah mem- bimbing dan memberikan buah fikiran yang bukan sedikit sehingga Inambang ini dapat diusahakan pengumpulannya.

- Hajah Hasimah Haji Hanafi

KANDUNGAN

Prakata Prakata (Dipetik daripada Cetakan Pertama, 1993) Pendahuluan Main Ajung Main Ancau-ancau Lauk Main Berajung-ajungan di Air Main Bilun Main-Bit-bit Ucing Main Bola Belidar Main Cina (Main Tinting) Main Curut Main Datu Harimau Main Elek Main Gatah

i) Main Lastik Gatah ii) Main Simban Gatah iii) Main Talang Gatah iv) Main Talang Gatah Berturus v) Main Tapuk Lastik Gatah

Main Guli

iii v

vii 1 3 4

Main Kes Main Kundui Main Lumba Andayang Piasau Main Lumba Tarik Upih Main Lumba Tempurung Laki Main Musang dengan Ayam Main Inambang Main Polisinti (Police and Thiej) Main Pundut Main Sakap Main Sandul Main Simban Main Sisir Main Susurapit Main Tambi Duduk Main Tapuk-tapukan Main Tilu Tilan Main Tutup Mata Main Tuluk Salam Berjauh Main Tuluk Salam Bertahan-tahanan Glosari

Main Ajung: Ketua pasukan akan meneka 'buah' (gambar sisipan) yang disembunyikan oleh ahli pasukan yang lain.

Main Ajung

Main Ajung dimainkan oleh dua pasukan yang mempunyai jumlah pemain yang sama. Ia dimainkan di halaman.

Alatan yang digunakan ialah sebiji batu kecil yang digelar 'buah'. Setiap pasukan mempunyai sebiji buah.

Cara pemilihan

Cara menentukan pasukan yang memulakan permainan adalah dengan bercus. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir yang dimulakan oleh pasukan yang menang bercus.

Cara berrnain

Kedua-dua pasukan akan memilih seorang ketua. Ketua akan mengarahkan ahli-ahlinya membentuk barisan pasukannya. Semua pemain dikehendaki duduk bersila atau berlufijur dalam barisan pasukannya. Ketua pasukan yang menang bercus tadi akan menaruh buah di tangan salah seorang pemain pasukannya. Setiap pemain akan menyembunyikan tangan mereka di pangkuan untuk mengelirukan pemain pasukan lawan. Setelah itu ketua pasukan yang kalah bercus akan meneka

pemain manakah yang menyimpan buah itu. Dia dibolehkan meneka sekali sahaja. Jika tekaan itu tepat, pemain yang menyimpan buah tadi akan berpindah duduk ke depan. Pasukan yang pemain- nya banyak berpindah duduk dikira menang.

--

I Main Ancau-ancau ~ a u k ~ e m a i n yang jadi 'lauk' cuba merempuh masuk ke dalam bulatan.

Main Ancau-ancau Lauk

Main Ancau-ancau Lauk tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di air. Dalam permainan ini pemain dikehendaki membentuk bulatan, sementara seorang daripada mereka dikehendaki keluar dari bulatan berperanan sebagai seekor lauk.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi lauk adalah dengan membuat cabutan tulang daun. Pemain yang tercabut tulang daun pendek akan dikira kalah berundi.

Cara bermain

Pemain dikehendaki membuat bulatan sambil berpegang tangan. Pemain yang kalah dalam pengundian hendaklah berada di luar bulatan. Petnain ini berperanan sebagai lauk dan berusaha masuk ke dalam bulatan. Para pemain yang mem- bentuk bulatan akan bertahan dan menghalang lauk memasuki bulatan iaitu dengan menguatkan pegangan tangan masing-masing. Apabila lauk dapat merempuh masuk, pemain yang gaga1 memperta- hankan bulatan akan dikeluarkan dan sebagai denda, pemain itu pula akan bertindak menjadi lauk.

Main Berajung-ajungan di Air

Main Berajung-ajungan di Air merupakan jenis per- mainan kanak-kanak di Kampong Ayer. Ia tidak ter- had pemainnya. Ia dimainkan dengan cara melun- cur ajung di air.

Alatan yang diperlukan ialah ajung atau perahu kecil yang khas dibuat untuk permainan itu. Ajung diperbuat sama ada daripada papan atau daun pucuk. Kesemua ajung hendaklah sama ukurannya. .

Cara bermain

Setiap pemain akan bersedia dengan ajung masing- masing di tempat berlepas yang dipersetujui bersama. Ajung itu akan diluncurkan di air oleh setiap pemain. Untuk memulakan perlumbaan tersebut, salah seorang pemain hanya perlu mengatakan, "Jaga.. . jaga.. . bah!"

Dalam permainan berajung-ajungan di air ini, ajung yang mendahului ajung yang lain adalah dikira menang .

Main Berajung-ajungan di Air: Permainan ini, dimainkan dengan meluncurkan 'ajung' (gambar sisipan) di air.

Petak Main B i b .

Maiil Bilun

Main Bilun biasanya dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tiga pemain. Permainan ini juga dikenali sebagai 'tatak garis'. Ia dimainkan di halaman. Tidak ada alatan yang diperlukan dalam permainan ini. Sebaliknya permainan ini cuma terbatas di kawasan yang telah digores.

Cara pemilihan

Cara menentukan pasukan yang memulakan permainan adalah dengan bercus atau bertanung.

Cara bermain

Sebelum bermain, satu kawasan lapang akan digores dalam bentuk segi empat yang kemudiannya digores lagi empat petak. Permainan ini terbatas di kawasan yang bergores ini. Sesiapa di antara pemain yang mernijak luar goresan akan dikira hangus dan dia tidak boleh bermain lagi.

Permainan ini dimulakan oleh pasukan yang menang berundi dan mereka berusaha memasuki semua ruang petak sedangkan usaha mereka dihalang oleh pihak lawan yang bertindak sebagai penjaga.

Untuk menandakan bermulanya permainan ialah dengan bertampar tangan antara salah seorang pemain daripada kedua-dua pasukan itu. Sesudah itu

W

Main Bilun: Ahli pasukan yang rnernulai permainan cuba rnenghalang dengan rnendepakan tangan.

pemain yang menang berundi cuba memasuki ruang petak pertama dan setelah itu cuba pula memasuki ruang petak kedua sebelum balik semula ke depan (petak pertama). Dalam percubaan ini, mereka sen- tiasa dihalang oleh pihak lawan yang akan me&- pakan tangan dan cuba menjangkau pemain yang menang. Jika ada di antara mereka dapat disentuh, pemain berkenaan dikira mati. Pihak lawan akan bermain apabila semua pemain yang menang ber- undi rnati.

Bagi pemain yang menjaga pula, mereka tidak boleh masuk ke ruang petak, bahkan terbatas di atas goresan sahaja. Jika mereka masuk ke ruang petak dan dapat menjangkau pemain dalam petak, pihak lawan tidak akan dikira mati kerana 'pemain yang menjaga' itu melanggar syarat .

Dalam permainan ini pemain dibolehkan minta tempoh sebentar apabila dia hendak keluar dari gelanggang permainan. Tempoh ini dinamakan limut. Apabila orang yang limut hendak bermain semula dia cuma mengatakan, "Lapas limut".

Setiap goresan itu boleh dilalui oleh pemain yang menjaga sahaja. Mereka juga dibolehkan mengelilingi semua goresan petak yang mengan- dungi pemain. Pemain yang menjaga juga sedaya upaya cuba menghalang pemain dalam pet& supaya tidak dapat balik semula ke depan (tempat bermula).

Jika salah seorang dari pihak yang memulakan permainan tadi berjaya ke depan bererti pasukan mereka telah memperolehi satu bilun.

Main Bit-bit Ucing: Setiap pemain bercubit- cubitan belakang tangan hingga membentuk satu rangkaian.

llustrasi oleh: Haji Mohd Abidin Haji Rashid

(ii) Main Bit-bit Ucing: Selesai menyanyi pemain melepaskan cubitan dun bercakar-cakaran secara olok-olok.

Main Bit-bit Ucing

Main Bit-bit Ucing terhad kepada empat pemain. Ia dirnainkan di halaman atau dalam rumah dengan berlagu. Rangkap lagu yang biasanya dinyanyikan ialah:

Bit-bit ucing ucing terngiau-ngiau ngiau, ngiau bawah tambak pacah talur sebiji hangus bulu sapi naik ke rumah tinggi ngiau . . . ngiau.

Cara bermain

Dalarn permainan ini pemain akan saling mencubit belakang tangan, iaitu setiap pemain mencubit belakang tangan pemain lain dan belakang tangan- nya pula dicubit oleh pemain yang lain sehingga terbentuk satu rangkaian. Sambil berrnain mereka menyanyikan lagu , "Bit-bit Ucing" . Apabila selesai menyanyi barulah cubitan itu dilepaskan dan pemain akan bercakar-cakaran secara olok-olok.

Main Bola Belidar

Main Bola Belidar menghendaki dua pasukan yang mempunyai bilangan pemain yang sama. Ia dimainkan di halaman atau padang. Permainan dimulakan pada satu garis pemula yang ditentukan dan dipersetujui bersama.

Alatan yang diperlukan ialah sebiji bola kecil jenis getah yang digelar bola belidar.

Cara pemilihan

Cara menentukan pasukan yang memulakan permainan adalah dengan bercus, bercabut tulang daun atau bertanung.

Cara bermain

Dalam permainan ini semua pemain pasukan yang menang berundi akan menampar bola belidar secara bergilir-gilir. Bola itu akan dilemparkan oleh salah seorang pemain pasukan lawan. Dalam masa yang sama, pemain lain daripada pasukan lawan akan berusaha menyambut bola yang ditampar itu. Apabila pasukan lawan berjaya menyambut bola itu tanpa jatuh ke tanah, bererti giliran pasukan mereka pula yang akan menarnpar bola. Selain berusaha menyambut bola yang ditampar, pasukan lawan juga akan mendapatkan semula setiap kali bola jatuh.

Bagi pasukan yang memulakan permainan, para pemainnya yang dapat menampar bola hendaklah

4 I

berlari menuju tanda yang dinamakan 'tangga'. I I

Setiap pemain diberi peluang menampar ,

bola sebanyak tiga kali. Jika pemain tidak dapat i

menampar bola yang dilemparkan kepadanya lebih daripada tiga kali, dia tidak boleh bermain lagi. Begitu juga jika setiap kali cuba menampar, bola itu jatuh dalam kawasan garis tempat memulakan per- mainan dia tidak boleh bermain lagi dan terkeluar daripada permainan atau pasukan kecuali semua pemain daripada pasukannya telah dapat menampar bola dan pasukan mereka mengulang permainan itu lagi .

Dalam permainan bola belidar ini, terdapat tiga tangga yaag mesti dituju oleh setiap pemain selepas menampar bola. Tangga itu ditandakan dengan memacakkan kayu. Selepas mencapai ke tangga satu, pemain hendaklah berlari lagi ke tangga dua dan kalau sempat ke tangga tiga, kecuali jika bola belidar telah berada di tangan pihak lawan. Jika pemain itu meneruskan juga 1ariannya, kakinya akan dibaliag dengan bola dan jika kakinya terkena bola, dia dikira rnati dan dia tidak boleh bermain lagi. Kadang-kadang pemain hanya dapat berlari hingga ke tangga satu, tetapi jika bola itu tercampak jauh, pemain dapat mencapai ketiga-tiga tangga.

Main Bola Belidar: Pemain menampar 'bola belidar' (gambar sisipan) untuk memuhkan permainan.

Semua pemain dalam pasukan akan bergilir-gilir menampar bola dan jika ada pemain yang tertahan di tangga satu, dia hendaklah berusaha berlari ke tang- ga dua sementara pemain yang barn menampar bola pula berlari ke tangga satu. Jika pemainnya tinggal seorang dan dia hanya dapat mencapai ke tangga kedua, dia hendaklah cuba mengelakkan kakinya daripada dibaling dengan bola dalam usahanya berlari menuju ke tangga yang ketiga. Jika dia dapat mencapai tangga ketiga, bererti pasukan mereka mengulang permainan dan setiap pemain yang mati dibolehkan bermain semula. Pihak lawan h k y a akan bermain apabila semua pemain yang memulakan permainan sudah mati atau salah seorang daripada mereka dapat menyambut bola yang ditampar. Sewaktu bola itu dapat disambut pemain tadi akan mengatakan, "Lima puluh" . Orang yang berjaya menyambut tadi dengan segera memantulkan bola itu dan semua pemain akan bertukar posisi.

%-- I, (

Main Cina (Main Tinting) '7

Main Cina biasanya dimainkan secara berpasangan atau perseorangan. Perrnainan ini juga dikenali sebagai main tinting. Ia dimainkan di halaman.

Alatan yang diperlukan ialah usin balahan untuk setiap pemain. Usin balahan ini digelar 'buah' dan 4

ada juga yang menggelarnya ampal. i

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang memulakan permainan adalah dengan 'bertuluk' . Bertuluk dalam main cina ini ialah melemparkan usin balahan inenuju sasaran iaitu petak terakhir yang dipanggil 'kepala'. Pemain hendaklah berdiri di tempat memulakan permainan dan melemparkan usin balahannya. Orang yang menang ialah yang dapat melempar usin balahannya masuk ke dalam petak kepala dan hasil lemparannya pula jauh ke belakang dengan syarat tidak terkeluar dari goresan.

Cara bermain

Dalam kawasan tanah lapang akan digores atau dibuat petak permainan seperti rajah (i) di halaman 12. '

Alatan Main 'I'inthg: Usin balahan yang digelar 'buah' atau 'ampal'.

(i) Petak Main Tinting yang rnernpunyai tangga 1 hingga 7 .

Jika tanah tidak digores, pemain boleh menggunakan bilah untuk membentuk pet& yang dikehendaki .

Untuk memulakan permainan (lihat rajah (i)), pemain yang menang dalam pengundian akan melempar usin balahannya ke pet& 1. Selepas itu dia akan bertinting mulai di petak 2 dan 5, manakala dia akan menjejakkan kedua-dua belah kaki di petak 3 dan 4.

(ii) Petak Main Tinting bertelinga yang mempunyai tangga 1 hingga 7 .

(iii) Petak Main Tinting yang mempunyai tangga I hingga 8.

Setiap pemain apabila sampai di petak 6 dan 7 hendaklah berpusing semula untuk bertinting balik ke tempat memulakan permainan. Setiap kali sampai ke petak tempat buahnya, dia hendaklah tunduk untuk mengambil buah lalu bertinting lagi hingga sampai ke tempat dia memulakan permainan. Pemain tidak akan menjejakkan kakinya di petak yang mengandungi buahnya sendiri kecuali setelah dia bertinting balik dan memungut buahnya semula. Setiap pemain tidak boleh memijak goresan. Begitu juga lemparan buah yang terkeluar dari goresan atau terkena goresan atau terhantuk dengan buah pemain lain adalah dikira batal atau mati. Pemain lain pula akan meneruskan permainan.

Setiap kali bermain semula, pemain hanya perlu menyambung permainan di tempat mereka terhenti kerana mati tadi.

Pemain mestilah berusaha untuk bertinting dan melemparkan buahnya pada setiap petak hingga pada petak terakhir iaitu kepala. Pemain mestilah mengambil buahnya di petak kepala tanpa melihatnya kerana apabila berada di petak 6 dan 7, pemain mestilah berpusing semula ke hadapan. Untuk mengambil buahnya, pemain terpaksa bercangkung dan meraba-raba ke belakang. Tangannya tidak boleh tersentuh goresan, jika tersentuh dia dikira mati.

Pemain yang dapat bertinting balik semula ke tempat permulaan dengan membawa buah dari petak kepala berpeluang melemparkan buahnya dengan cara membelakangi petak. Jika buahnya jatuh pada mana-mana petak bererti dia memperoleh satu rumah dan hendaklah memangkah pet& itu sebagai tanda. Jika buah tersebut jatuh di atas goresan atau terkeluar, dia dikira mati.

Dalam permainan ini juga, pemain yang tidak mempunyai rumah dan payah baginya untuk mengambil buahnya di mana-mana petak , dibenarkan membuat 'telinga' di sebelah petak 6 atau pet& 7, ataupun di sebelah petak 3 atau petak 4 (lihat contoh rajah (ii) di halaman 12). Telinga ini juga boleh dijadikan rumah apabila petak lain sudah dipenuhi .

Dalam keadaan lain, jika pemain agak ramai, jumlah tangga yang biasanya dua sahaja akan ditambah jadi tiga tangga (lihat contoh rajah (iii) di halaman 12).

Petak yang bertanda tidak boleh dipijak oleh pemain lain kecuali pasangannya sendiri. Pemain juga tidak perlu bertinting pada petak rumahnya, sebaliknya kedua-dua kakinya hendaklah dipijakkan di atas petak rumah itu. Pemain yang menang adalah pemain yang memperoleh ban yak rumah.

Main Curut

Main Curut terhad kepada dua pemain. Alatan yang diperlukan ialah pisau lipat atau

benda 'lancip' yang berhulukan kayu.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang memulakan permainan adalah dengan bertuluk, iaitu dengan cara menghunjarnkan pisau ke tanah. Pemain yang berjaya menghunjarnkan pisau itu dialah akan memulakan permainan.

Cara bermain

Setiap pemain akan menjalani lima peringkat permainan. Pemain hanya akan bertukar apabila menamatkan kelima-lima peringkat permainan atau dia gagal dalam sebarang percubaannya bennain. Dalarn permainan ini, matlamat pemain mestilah menghunjamkan pisau ke sasaran yang dipersetujui bersama, Jika gagal, permainan tamat dan akan digantikan oleh pemain kedua.

Pemain pertama yang memulakan permainan hendaklah meletakkan pisau di tapak tangannya, kemudian menjatuhkan pisau tersebut dengan cara menghunjam. Pada peringkat kedua, pemain akan meletakkan pisau di belakang tangannya, kemudian menjatuhkannya dengan cara menghunjam. Pada

Main Curut: Peringkar-peringkat

permainan curut daripada I hingga 5 .

peringkat ketiga, pemain akan meletakkan pisau di atas genggamannya, kemudian menjatuhkannya dengan cara menghunjam. Pada peringkat keempat, pemain akan meletakkan pisau di antara jari telunjuk dan kelingking, kemudian menjatuhkannya dengan cara menghunjam. Pada peringkat kelima, pemain akan memegang hujung pisau, kemudian menjatuhkannya dengan cara melambung atau diangkat atau sengaja dibaling dan jatuhnya hendaklah menghunjam.

Dalam permainan ini, jika pemain mati sebelum menamatkan kelima-lima peringkat tadi, dia mesti- lah mengulang dari peringkat pertama apabila tiba gilirannya bermain semula.

Main Datu Harimau

Main Datu Harimau tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan dalam rumah. Dalam permainan ini orang yang kalah berundi &an jadi 'datu harimau' dan mengejar pemain lain.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang &an jadi datu harimau adalah &ngan bercus atau bercabut tulang daun.

Cara bermain

Permainan ini dirnainkan dengan cara berlagu yang berbentuk sod jawab. Rangkap lagu yang berbentuk soalan itu &an dijawab oleh seorang pemain yang digelar datu harimau. Rangkap lagunya adalah seperti berikut:

Suara ramai : "Pukul berapa datu harimau?" Datu harimau : "Pukul satu"

(Soalan pertama itu hendaklah dijawab bermula dengan pukul satu)

Suara ramai : "Pukul berapa datu harimau?" Datu harimau : "Pukul dua" Suara ramai : "Pukul berapa datu harirnau?" Datu harimau : "Pukul tiga"

i) Datu Harimau: Datu Harimau berjalan di hadapan sementara pemain lain menyoal dari belakang.

4 (u) Main Datu Harimau: Pemnin yang menyoal lari bettempiaran dikejar oleh datu harimau

sebaik-baik sahaja mereka mendengar jawapan, "Pukul dua belas".

Soalan yang berbunyi, "Pukul berapa datu harimau?" ini berterusan dinyanyikan sehingga jawapan datu harimau, "Pukul dua belas".

Ketika permainan ini dijalankan, datu harimau berjalan di hadapan sementara pemain lain yang menyoal mengikut dari belakang. Pemain lain akan mengikut ke maria* sahaja arah datu harimau. Mereka berjalan berkumpul dan jarak antara kumpulan pemain dengan datu harirnau agak jauh sekira-kira tidak mudah bagi datu harimau menangkap mereka.

Selesai sahaja jawapan, "Pukul dua belas", semua pemain yang menyoal akan lari bertempiaran kerana mereka akan dikejar oleh datu harimau. Pemain yang dapat ditangkap akan jadi datu harimau dan gilirannya pula akan mengejar pemain lain.

Main Elek

Main Elek terhad kepada empat pemain. Ia dimainkan di halaman.

Alatan yang diperlukan ialah usin balahan dan sekeping papan yang sederhana lebarnya. Usin balahan ini diperbuat daripada pecahan tembikar dan bentuknya seperti saiz syiling lima puluh sen.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Dalam permainan ini pemain yang menang bercus akan memukul usin balahannya pada sekeping papan yang dicondongkan. Usin balahan itu akan bergolek. Setiap pemain akan bermain seperti itu secara bergilir-gilir dan dimulai dari satu garis permulaan yang ditentukan dan dipersetujui bersama.

Apabila semua pemain selesai memukul usin balahan, kedudukan dekat atau jauh golekan usin balahan itu akan menentukan pemain yang memulai untuk memukul usin balahan pemain yang lain. Pemain yang usin balahannya bergolek jauh akan memukul semua usin balahan pemain lain. Jarak

(ii) Main Elek: Pernain bermain secara bergilir-gilir, dimulai dari satu garis permulaan yang ditentukan dun dipersetujui bersama.

tempat memukul adalah mengikut letak usin balahan itu. Jika jauh bergolek, jauhlah juga jarak ia memukul usin balahan yang lain. Memukul adalah secara bergilir-gilir, iaitu dilakukan dari atas. Usin balahan yang bergolek dekat adalah yang paling akhir dipukul. Sekiranya setiap kali usin balahan yang dipukulkan itu pecah, orang yang memukvl akan dibayar dengan sebiji usin balahan oleh pemain yang usin balahannya pecah tadi. Dalam permainan ini, pemain yang mendapat banyak usin balahan dikira menang .

Main Gatah: Pemain melastik gelang getah (gambar sisipan).

diletakkan dalam petak dengan lastik getah

Main Gatah

(i) Main Lastik Gatah

Main Lastik Gatah tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan dalam atau di luar rumah.

Alatan yang diperlukan ialah gelang getah. Lastik yang digunakan ialah gelang getah yang berlapis-lapis supaya tebal dan kukuh.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Dalam permainan ini setiap pemain hendaklah mengeluarkan gelang getah yang sama jumlahnya. Gelang getah itu hendaklah diatur atau dilonggokkan di dalam satu petak yang kira-kira berukuran 30 cm x 20 cm. Pemain pertama akan melastik gelang getah yang diletakkan dalam petak. Melastik gelang getah hendaklah dimulakan dari satu goresan yang ditentukan dan dipersetujui bersama. Jika lastik getah itu mengenai sasaran dan terkeluar dari petak, gelang getah itu akan jadi milik pemain berkenaan. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir dan ia akan diteruskan selagi gelang getah itu masih di dalam petak.

Dalam permainan ini pemain yang memperolehi banyak gelang getah dikira menang.

(ii) Main Simban Gatah

Main Simban Gatah tidak terhad pemainnya. la dimainkan dalam rumah.

Alatan yang diperlukan ialah gelang getah.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Dalam permainan ini setiap pemain hendaklah mengeluarkan beberapa gelang getah yang sama jurnlahnya. Pemain pertama memulakan dengan meletakkan semua gelang getah (yang dikeluarkan oleh semua pemain) di atas tapak tangannya kemudian melambungkannya (sekali lambung sahaja) dan terus disambut dengan jari telunjuk. Jika gelang getah itu memasuki jari telunjuknya, gelang getah tersebut akan jadi miliknya. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir dan ia dimainkan selagi ada gelang getah untuk dilambung:

Dalam permainan ini pemain yang memperoleh banyak gelang getah dikira menang.

(ii) Main Simban Gatah: Pernain rnelarnbungkan sernua gelang getah d m menyarnbut dengan jari telunjuk.

(iii) Main Talang Gatah

Main Talang Gatah dimainkan oleh dua atau tiga pemain. Ia dimainkan di halaman atau dalam rumah.

Alatan yang diperlukan ialah seberapa banyak gelang getah.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Pemain pertama akan melemparkan gelang getahnya yang dimulakan dari satu goresan yang telah ditentukan dan dipersetujui bersama. Semua pemain akan melemparkan gelang getah bergilir-gilir. Mana- mana gelang getah pemain yang dilemparkan itu mengenai gelang getah yang lain atau kedudukannya menindih gelang getah yang lain, dan semua gelang getah lemparan itu akan jadi rnilik pemain tersebut.

Dalam permainan ini pemain yang memperoleh banyak gelang getah dikira menang.

(iv) Main Talang Gatah Berturus

Main Talang Gatah Berturus tidak terhad pemainnya. Ia biasanya dimainkan dalam rumah.

Alatan yang diperlukan ialah gelang getah dan lidi berukuran 10 cm panjang untuk dipacakkan di lantai dan disifatkan sebagai turus.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Dalam permainan ini setiap pemain hendaklah mengeluarkan gelang getah yang sama jurnlahnya. Pemain pertarna meletakkan semua gelang getah (yang dikeluarkan oleh semua pemain) di telapak tangan dan melemparkannya ke arah turus. Melempar gelang getah hendaklah dimulakan dari satu goresan yang ditentukan dan dipersetujui bersama. Jika gelang getah itu memasuki turns yang dipacakkan, gelang getah tersebut akan jadi rnilik pemain berkenaan. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir dan ia akan diteruskan selagi ada gelang getah untuk dilemparkan.

Dalam permainan ini pemain yang memperoleh banyak gelang getah dikira menang.

(iv) Main Talang Gatah Berturus: Pemain melemparkan semua getah dari telapak tangan menuju ke turus.

(v) Main Tapuk Lastik Gatah

Main Tapuk Lastik Gatah tidak terhad pemainnya. Ia biasanya dimainkan dalam rumah.

Alatan yang diperlukan ialah gelang getah dan 'lastik getah' yang diperbuat daripada gelang getah yang dianyam berlapis supaya tebal dan teguh.

Cara pernilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus.

Cara bermain

Dalam permainan ini semua pemain bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah gelang getah yang sama banyaknya untuk diberikan kepada pemain yang dapat mengenai sasaran.

Bagi memulakan permainan ini, semua pemain akan menyembunyikan lastik getah. Pemain yang kalah bercus akan meletakkan lastiknya di mana- mana sahaja yang disukainya. Lastik pemain yang kalah ini akan dilastik oleh mana-mana pemain yang kedudukan lastiknya paling dekat dengannya.

Jika pemain pertama dapat melastik dengan tepat, pemain kedua dan ketiga akan memberi sejurnlah gelang getah (yang telah dipersetujui banyaknya) kepadanya. Jika lastikan pemain pertama tadi tidak mengenai sasaran, pemain kedua

(v) Main Tapuk Lastik Gatah: Pemain pertama melastik lastik getah (gambar sisipan) yang b l a h berundi.

pula akan melastik. Jika dia juga gaga1 mengenai sasaran, giliran pemain yang kalah berms pula akan melastik lastik getah pemain pertama atau kedua.

Permainan ini dikira tamat apabila lastik mengenai sasaran dan pemain yang berjaya melastik akan menerima sejumlah gelang getah yang telah dipersetujui bersama.

Jika permainan ini hendak diteruskan pengun- dian mesti dibuat sekali lagi.

(i) Main Guli: Pemain memasukkan guli ke kasai untuk menentukan giliran.

Main Guli

Main Guli juga dikenali sebagai main kasai. Ia dimainkan di halaman ataupun di bakut oleh dua atau tiga pemain. Cara membuat kasai adalah dengan menggunakan tumit kaki.

Alatan yang diperlukan ialah guli. Setiap pemain mestilah mempunyai sebiji guli.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan memasik guli ke arah kasai. Pemasikan akan dimulakan dari satu goresan yang jaraknya kira-kira empat meter dari kasai. Pemain yang gulinya masuk ke dalam kasai akan jadi pemain pertama. Pemain yang gulinya paling dekat dengan kasai jadi pemain kedua, sementara pemain yang gulinya jauh dari kasai akan jadi pemain ketiga yang digelar ulun. Sekiranya ada guli- guli pemain tertahan dalam jarak yang sama, satu penentuan akan diambil dengan menggunakan kiraan jarak tapak kaki atau jengkal telunjuk pemain. Ini adalah bagi menentukan pemain yang akan jadi pemain ketiga (ulun).

(ii) Main Guli: Pernain rnernukul guli dun.

30

Cara bermain

Setiap pemain akan memulakan permainan dengan memasik guli ulun dari kasai. Pemain pertama akan memasik atau membaling gulinya ke arah guli ulun supaya jauh dari kasai. Pemain kedua juga akan berbuat begitu. ,Uluri tidak memasik mana-mana guli sebaliknya dia dikehendaki memasbkkan gulinya ke dalam kasai dari tempat gulinya tertahan. Giliran pemain akan berakhir apabila dia gaga1 mengenakan guli ulun. Juga apabila guli pemain sendiri termasuk dalam kasai selepas memasik guli ulun.

Permainan akan berakhir apabila guli ulun masuk ke dalam kasai.

Ulun akan membalingkan gulinya ke tempat yang sukar untuk pemain lain memasik gulinya seperti tempat yang becak atau berbatu-batu. Tujuannya ialah untuk mengelakkan gulinya dapat dipukul oleh pemain lain. Ulun (dengan persetujuan pemain lain) dibolehkan bercangkung ketika memasik apabila jarak kasai dengan gulinya dapat dijangkau oleh tangan. Dia akan hanya mencecah gulinya ke dalam kasai. Mana-mana bemain akan habis peluangnya b e h a i n (mati) apabila:

.- - . - .. ... . -. . . . . . . . . . . - -. - .. . . -.-.

i) guli terhenti dekat kasai (walaupun mengenai sasaran) dan setelah diukur kurang daripada panjang tapak kaki ulun.

ii) guli terhenti pada jarak yang kurang daripada panjang tapak kaki ulun.

Permainan ini dikira tarnat apabila guli ulun dapat dirnasukkan ke dalam kasai.

Main Kes: Pemain memasik guli lawan dalam kes hingga terkelwr dari goresan.

- --..

Main Kes

Main Kes dimainkan secara berpasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi dua atau tiga pemain sahaja. Ia dimainkan di halaman.

Alatan yang diperlukan ialah guli iaitu setiap pemain mesti mempunyai sebiji guli. Pemain juga menyediakan satu petak yang digores berukuran kira-kira 30 cm x 21 cm dan petak ini digelar 'kes'.

Cara pemilihan

Cara menentukan pasukan yang akan memulakan permainan adalah dengan bercus atau memasik guli ke dalam kes.

Pemasikan dimulakan 'dari satu goresan yang ditentukan dan dipersetujui bersama, iaitu kira-kira empat meter dari kes. Pemain yang dapat memasukkan gulinya ke dalam kes akan jadi pemain pertama. Pemain yang gulinya jauh dari kes akan jadi ulun.

Cara bermain

Ulun akan meletakkan guli di mana-mana tempat dalam kes. Pemain pertama akan memasik guli lawan dalam kes hingga terkeluar dari goresan. Pemain akan mati (tidak boleh bermain lagi) apabila:

(i) guli pemain tertahan dalam kes semasa dia memasik guli lawannya,

(ii) guli pemain tidak mengenai guli lawan- nya,

(iii) guli pemain tertahan di luar kes dan setelah diukur jaraknya kurang daripada panjang tapak kaki ulun.

Apabila pemain pertama mati, gulinya akan diambil oleh ulun dan diletakkan di dalam kes bersama-sama dengan guli mereka.

Pemain pertama hanya boleh beimain semula apabila gulinya dapat dikeluarkan dari kes oleh rakan sepasukannya. Untuk menjarnin pemain pertama, rakannya hendaklah menggunakan 'taktik', iaitu dengan memasik term pada guli dalam kes atau membalingkan gulinya dekat kes dengan syarat kedudukanny a melebihi jarak panjang tapak kaki ulun. Cara ini membolehkan dia dapat menge- luarkan guli ulun dari kes dan seterusnya dapat menjamin kawannya (pemain pertama).

Pemain menggunakan dua cara dalam memasik guli ulun, iaitu:

(i) memulakan dari goresan pemula apabila hendak memukul terus guli ulun dalam kes .

(ii) memulakan dari mana-mana penjuru petak kes asalkan melebihi jarak tapak kaki ulun.

Permainan akan tamat apabila semua pemain pusingan pertama mati.

Main Kundui: Pemain yang kalah berundi mengejar pemain lain.

34

ungkapan kata-kata, "Kundui bedaun satu" yang akan dijawab dengan kata-kata, "Bedaun satu pebaik."

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi pengejar adalah dengan bercabut tulang daun. Pemain yang tercabut tulang daun pendek akan dikira kalah berundi.

Cara bermain

Pemain yang kalah berundi akan mengejar pemain lain dan sekiranya dia dapat menangkap atau menyentuh salah seorang pemain, orang yang kena sentuh itu pula yang akan jadi pengejar. Pemain yang jadi pengejar bersoal jawab dengan pemain yang bakal dikejarnya. Pemain yang lain akan berkata, "Kundui bedaun satu." Kemudian dijawab oleh pengejar, "Bedaun satu pebaik." Soal jawab ini berterusan hingga, "Kundui bedaun sepuluh." Kadang-kadang ditambah dengan kata-kata, "Kun- dui kan marah" atau "Kundui kan menguyung."

Main Kundui

Main Kundui tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di halaman.

Tidak ada alatan yang diperlukan dalam permainan ini, sebaliknya pemain menyebut "

~. -

Ketika pemain lain asyik menyebut, "Kundui bedaun sepuluh", pengejar &an mengambil kesempatan menangkap salah seorang pemain.

Syarat permainan

Setiap pemain yang dikejar tidak boleh berlari melimpasi kawasan yang dipersetujui bersama kerana &an dikira hangus. Pemain yang melanggar syarat ini dengan sendirinya akan jadi pengejar.

Main Lumba Andayang Piasau

Main Lumba Andayang Piasau ini tidak, terhad pemainnya. Ia merupakan permainan luar dan biasanya dimainkan dengan cara menggelongsorkan andayang piasau dari atas bukit yang landai.

Alatan yang diperlukan ialah sekeping andayang piasau untuk setiap pemain. Di bahagian kepala andayang piasau dipacakkan kayu untuk dipegang oleh pemain.

Cara bermain

Setiap pemain dikehendaki duduk dengan kaki mencecah ke tanah. Pemain akan menggelongsorkan andayang piasaunya dari atas bukit. Untuk memulakan perlumbaan, salah seorang daripada pemain hanya mengatakan, "Bah." Perlumbaan dimulakan pada satu garis permulaan yang ditentukan dan dipersetujui bersama. Pemain yang dahulu sampai ke bawah dan andayang piasaunya lebih menonjol ke depan dikira menang.

Main Lumba Andayang Piasau: Pemain menggelongsorkan andayang piasau dari atas bukit.

36

Ketika pemain lain asyik menyebut, "Kundui bedaun sepuluh", pengejar akan mengambil kesempatan menangkap salah seorang pemain.

Syarat permainan

Setiap pemain yang dikejar tidak boleh berlari melimpasi kawasan yang dipersetujui bersama kerana akan dikira hangus. Pemain yang melanggar syarat ini dengan sendirinya akan jadi pengejar.

Main Lumba ~ a r i k Upih: Permainan dimulakan di atas bukit secara rnenggelongsor dun upih akan ditarik oleh pasangan pemain apabila sampai di kaki bukit hingga ke garis penamat.

Main Lumba Tarik Upih

Main Lumba Tarik Upih dimainkan secara berpasangan dan tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di halaman dan juga dari atas bukit.

Alatan yang diperlukan ialah sekeping upih pinang untuk setiap pasangan pemain. Selain itu kadang-kadang pancang digunakan sebagai tanda garis penamat.

Cara bermain

Salah seorang daripada pemain dikehendaki duduk di atas upih pinang sementara pasangannya menarik upih sambil berlari. Jika permainan ini dimulakan dari atas bukit, hanya seorang pemain yang menggelongsor dan apabila sampai di kaki bukit pasangannya akan terus menarik upih itu sambil berlari sehingga sampai ke garis penamat. Permainan ini adalah jenis perlumbaan dan untuk memulakan- nya, seorang daripada pemain hanya perlu mengatakan, "Bah." Ia dimulakan dari satu garis permulaan yang ditentukan dan dipersetujui bersama. Pasangan pemain yang dahulu sampai ke garis penainat dikira menang .

Main Lumba Tempurung Laki: Pernain memijak tempurung (gambar sisipan) dengan cara menelungkup dun dibawa berlari.

Main Lumba Tempurung Laki

Main Lumba Tempurung Laki ini tidak terhad pemainnya. Ia dirnainkan di halaman.

Alatan yang diperlukan ialah dua biji tempurung laki iaitu tempurung yang berlubang di tengahnya. Setiap pemain memerlukan dua biji tempurung laki dan dua utas tali 'timbaran' yang beranyam. Tali ini akan dimasukkan melalui lubang dan disangga de- ngan kayu supaya tidak terlucut. Selain itu kadang- kadang pancang digunakan sebagai garis penamat.

Cara bermain

Setiap pemain dikehendaki meletakkan sebiji tempurung di bawah kaki kanan dan sebiji lagi di bawah kaki kiri. Tempurung itu dipijak dengan cara menelungkup dan dibawa berlari. Ketika berlari tali yang dihubungkan pada tempurung itu akan sentiasa ditarik mengikut langkah yang dibuat. Permainan ini adalah jenis perlumbaan dan untuk memulakannya seseorang hanya perlu mengatakan, "Bah" dari satu garis permulaan yang ditentukan dan dipersetujui bersama. Dalam permainan lumba tempurung laki ini, pemain yang dahulu sampai ke garis penamat adalah dikira menang.

-

Main Musang dengan Ayam

Main Musang dengan Ayam tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di halaman. Dalam permainan ini pemain dikehendaki membentuk bulatan. Dua orang daripada mereka dikehendaki keluar dari bulatan berperanan sebagai ayam dan musang.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi ayarn dan musang adalah dengan bercus.

Cara bermain

Pemain dikehendaki membuat bulatan, sementara pemain yang kalah bercus hendaklah keluar dari bulatan. Seorang sebagai ayam dan seorang lagi sebagai musang. Pemain yang jadi musang berdiri di luar bulatan sementara pemain yang jadi ayam berdiri dalam bulatan.

Musang akan cuba menangkap ayam dan dia sentiasa berusaha untuk masuk ke dalam bulatan. Pemain-pemain yang membentuk bulatan pula sentiasa menghalang musang daripada menangkap ayam. Mereka sentiasa merentangkan tangan dalam usaha menghalang musang daripada masuk ke dalam bulatan. Sekiranya musang berjaya masuk, ayam

Main Musang dengan Ayam: Musang (pemain di l w r bulatan) cuba memngkap ayam (pemain dalam bulatan).

akan keluar dari bulatan dan pemain-pemain lain sentiasa memberi laluan kepada ayam supaya tidak tertangkap.

Permainan ini akan berakhir apabila ayam &pat ditangkap oleh musang. Jika permainan ini mahu diteruskan juga pemilihan dibuat sekali lagi bagi menentukan pemain yang akan jadi ayam dan musang.

Main Inambang

Main Inambang cuma terhad kepada empat pemain. Ia dimainkan dalam rumah.

Permainan ini dimainkan dengan cara berlagu. Rangkap lagunya seperti berikut:

Main lnam'bang: Pemain menyanyikan lagu minambang sambil menepuk semua kaki pemain secaru bergilir-gilir.

Bang nainambang Talalu lalu utai Si kambang merandang Dipatuk tambarukai Ketiban bungkus.

Cara bermain

Semua pemain dikehendaki duduk dengan melunjurkan kaki. Seorang daripada pemain akan menyanyikan lagu nainambang sambil menepuk kaki semua pemain secara bergilir-gilir. Apabila sele- sai sahaja perkataan, "Ketiban bungkus" diucapkan dan sampai pada kaki salah seorang pemain, dia mestilah melipatkan kakinya. Kemudian rangkap lagu nainambang itu diulang lagi. Tetapi kaki yang sudah dilipat tidak akan ditepuk lagi. Pemain yang kedua-dua kakinya telah dilipat dikira menang.

Main Polisinti (Police and Thief): Pasukan yang jadipengejar akan memngkappasukan yang kalah berundi dun terus membawa mereka ke tempat yang digelar rurnah.

Main Polisinti (Police and Thief)

Main Polisinti memerlukan dua pasukan yang mempunyai bilangan pemain yang sama banyaknya. Ta dimainkan di halaman atau di kawasan tanah lapang.

Tidak ada alatan yang diperlukan dalam permainan ini.

Cara pemilihan

Cara menentukan pasukan yang akan jadi pengejar adalah dengan bercus. Biasanya pasukan yang menang bercus akan jadi pengejar.

Cara bermain

Pasukan yang kalah bercus akan dikejar dan ditangkap oleh pasukan pengejar. Pemain yang tertangkap dikira rnati dan akan dibawa ke suatu tempat yang digelar 'rumah'. Rumah itu dijaga oleh seorang pemain daripada pasukan pengejar supaya pemain yang tertangkap tidak boleh dijamin. Dalarn permainan ini terdapat syarat yang tidak membenarkan pemain berlari melewati kawasan yang telah dipersetujui bersama. Jika dilakukan juga pemain dikira hangus dan tidak dibolehkan bermain lagi .

Walau bagaimanapun pemain yang dikira mati dapat bermain semula apabila dia dijamin oleh pemain daripada pasukannya, iaitu dengan menyentuh bahagian belakangnya. Untuk mengelakkan pemain tersebut dapat dijamin dan seterusnya boleh bermain semula, penjaga rumah akan sentiasa berawas-awas.

Apabila semua pemain yang dikejar dapat ditangkap, permainan dikira tamat dan giliran pasukan pengejar pula yang akan dikejar.

(i) Main Pundut: Pemain yang memng berundi menyembunyikan seutas tali yang bergelung dalam kawasan yang terbatas satu meter persegi.

Main Pundut

Main Pundut dimainkan oleh dua pemain. Permainan ini juga dikenali sebagai main 'ekong'. Ia dimainkan di kawasan tanah pasir. Jika tidak ada kawasan yang berpasir, habuk gergaji (kayu) juga boleh digunakan untuk menggantikan pasir.

Alatan yang diperlukan ialah seutas tali purun atau tali nilon yang panjangnya kira-kira dua meter dan sebatang buluh atau sebatang lidi atau sebatang kayu tajarn.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang mula-mula meneka adalah dengan berms atau bercabut tulang daun atau bertanung .

Cara bermain

Pemain yang menang berundi akan menyembunyi- kan seutas tali yang bergelung di dalam kawasan terbatas seluas satu meter persegi. Lawan hendaklah memalingkan mukanya ke tempat lain sewaktu tali disembunyikan. Kawasan tanah pasir hendaklah digores atau dibuatkan dinding kayu. Ukuran garis pusat gelung tali itu ialah 15 cm tetapi jika kawasan permainan itu has , ukuran garis pusat gelung tali itu itu juga diperbesarkan. Tali yang disembunyikan itu dilingkar-lingkarkan kemudian ditutup dengan pasir

dan diratakan untuk mengelirukan lawan. Hujung tali yang dilingkar sengaja dihulurkan sedikit hujungnya supaya mudah ditarik.

Lawan akan meneka kedudukan gelung tali dengan memacakkan kayu, buluh atau lidi ke tempat yang diflkirkannya terdapat gelung tali itu. Untuk memastikan sarna ada kayu yang dipacakkan itu berada di dalam gelung tali, hujung tali yang sengaja dihulurkan sedikit tadi akan ditarik. Tekaan yang tepat ialah kayu yang dipacakkan itu akan terkait apabila tali ditarik. Sekiranya tepat, peneka memperoleh satu pundut. Jika tidak tepat pula permainan ini diulang lagi dan lawan pula yang akan meneka.

(ii) Maih Pundut: Pemain yang kulah berundi rneneku kedudukun gelung tali dengan rnemacakkan kuyu, buluh atau lidi ke ternpat yang difikirkunnya terdapat gelung tali itu.

Main Sakap

Main Sakap dimainkan oleh sekurang-kurangnya empat pemain. Iq dimainkan di halaman atau dalam rumah.

Alatan yang diperlukan ialah syiling satu sen. Sekiranya ada empat pemain, empat sen akan diperlukan (setiap pemain mengeluarkan syiling satu sen).

Cara pemilihan

Cara menentukan permainan adalah dengan bertanung. Setiap pemain akan melambungkan empat keping duit syiling empat sen secara bergilir- gilir. Pemain pertama ialah yang dapat menjatuhkan syiling dengan semua bahagian kepala ke atas. Pemain yang penghabisan ialah yang cuma dapat menjatuhkan satu keping syiling dengan bahagian kepala ke atas manakala yang selebihnya bahagian bunga.

Cara bermain

Pemain dibolehkan melambung syiling sekali sahaja. Pemain pertama akan melambungkan syiling dan sekiranya ada syiling dengan bahagian kepala ke atas, syiling itu akan jadi miliknya. Syiling yang selebihnya akan dilambungkan pula oleh pemain kedua. Jika pemain berikutnya tidak dapat Main Sakap: Pemain melambungkan ernpat keping duit syiling satu sen secara bergilir-gilir.

46

menjatuhkan syiling dengan bahagian kepala ke atas, dia tidak akan mendapat apa-apa. Apabila tidak ada lagi syiling yang akan dilambungkan setiap pemain mestilah mengeluarkan syiling sekurang-kurangnya satu sen lagi untuk meneruskan permainan.

Pemain yang memperolehi banyak syiling dikira menang .

Main Sandul: Pemain menggulingkan 'santuk' atau 'sandul' (gambar sisipan ) serentak.

Main Sandul tidak terhad pemainnya. Permainan ini juga dikenali sebagai 'santuk'. Permainan ini dimainkan di kawasan tanah rata.

Alatan yang diperlukan ialah sebiji sandul, iaitu tanah yang dibentuk bulat seperti sebiji bola yang sederhana be.sarnya. Kadang-kadang sandul ini dijemur terlebih dahulu untuk menjadikannya keras dan tahan pukul. Jika kesuntukan waktu, sandul tersebut tidak dijemur sebaliknya diguling-gulingkan sahaja di atas pasir supaya pasir melekat dan sandul mudah digulingkan.

Cara bermain

Permainan ini tidak memerlukan pengundian kerana ia dimulakan secara serentak. Kedudukan pemain berhadap-hadapan dan setiap pemain hendaklah menggulingkan sandulnya serentak. Sandul yang digulingkan itu akan bertembung dan sandul pemain y ang pecah dikira kalah . Kadang -kadang pemain yang kalah akan didenda dengan memberi sebiji sandul kepada pemain yang menang. h i tertakluk pada syarat yang dipersetujui sebelum memulakan permainan. Jika permainan ini dimulakan antara dua pemain, pemain yang menang akan berlawan lagi dengan pemain lain, iaitu untuk menguji ketahanan sandul yang menang itu. Dalam permainan ini, pemain tahan pukul sandulnya dikira menang.

Main Simban

Main Simban dimainkan oleh sekurang-kurangnya dua pemain. Ia dimainkan dalam atau di luar rumah.

Alatan yang diperlukan ialah tujuh biji batu yang sederhana kecilnya.

Cara pernilihan

Cara menentukan pemain yang akan memulakan permainan adalah dengan bertuluk. Bertuluk ialah melambungkan ketujuh-tujuh biji batu dengan sebelah tapak tangan kemudian disambut dengan belakang tangan lalu dilambungkan semula untuk disambut dengan sebelah tapak tangan yang sama. Pemain yang dapat menyambut lebih banyak batu daripada pemain yang lain akan jadi pemain pertama.

Cara bermain

Pemain pertama akan menabur ketujuh-tujuh biji batu ke atas lantai. Kemudian dia mengambil sebiji batu untuk dilambungkan. Peringkat pertama pemain akan mengambil sebiji-sebiji batu sehingga habis. Setelah selesai mengambil semua batu, pemain akan bertuluk. Hasil yang dapat dituluk akan dijumlahkan. Peringkat kedua, pemain akan mengambil dua biji batu sebanyak tiga kali. Peringkat ketiga, pemain akan mengambil tiga biji batu sebanyak dua kali.

Maih Simban: Pemain dirnulakan dengan bertuluk iaitu pemain melarnbungkan ketujuh-tujuh biji batu dengan sebelah tapak tangon kernudian disarnbut dengan belakang tangan lalu disarnbut sernula dengan tapak tangan yang sama (garnbar sisipan).

Peringkat keempat, pemain mengambil dua biji batu kemudian empat biji. Peringkat kelima, pemain mengambil sebiji kemudian lima biji. Peringkat keenam pemain mengambil enam biji batu sekali gus. Untuk setiap kali melalui peringkat permainan, pemain mestilah bertuluk dan meneruskan per- mainannya selagi permainannya belum mati.

Permainan dikira mati apabila dia tidak dapat menyambut batu ketika bertuluk atau apabila tangannya tersentuh batu lain sama ada bergerak atau tidak ketika melambung dan mengambil biji batu tadi. Pemain dibenarkan membuang batu ketika batu yang hampir jatuh itu masih di belakang tangan kemudian baharulah melambungkan untuk disambut semula. Pemain yang bermain semula selepas permainannya mati, dia hanya perlu menyambung hasil jurnlah batu yang dapat dituluknya dan dia mestilah menyambung semula peringkat yang dia terhenti tadi.

Dalam permainan ini, pemain yang pertama sekali mencapai jim seratus dikira menang.

Main Sisir: Pemain berbaris sambil memegang pinggang pemain yang di hadapannya mamkala seorang pemain lagi berdiri di hadapan barisan dun berlagak sebagai tauke sisir.

Main Suswapit: Pemain yang membongkok bangun dan meneka pemain yang menyembunyikan buah.

Main Susurapit

*Main Susurapit tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan dalam rumah dengan cara berlagu. Rangkap lagunya ialah:

Susurapit Surapit daun limau Siapa terhapit Ditangkap oleh rimau

Alatan yang diperlukan ialah duit syiling atau usin balahan atau tulang daun yang dipatah-patah kecil atau sebiji kacang. Benda ini dijadikan benda tekaan yang digelar 'buah' .

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi peneka ialah dengan bercus atau bercabut tulang daun.

Cara bermain

Pada permulaan permainan, pemain yang kalah bercus akan duduk sambil membongkok dan kepalanya tunduk ke lantai. Manakala pemain yang lain akan menadahkan sebelah tangan mereka di atas belakang pemain yang membongkok itu. Pada ketlka

I !

itulah salah seorang pemain akan mengeluarkan buah dan menyanyikan lagu susurapit sambil jari telunjuknya mencecah semua tapak tangan pemain hingga selesai lagu tersebut. Setelah itu semua pemain akan segera menggenggam sebelah tangan (salah seorang pemain akan menyimpan 'buah' dalam genggamannya) .

Seterusnya semua pemain mengangkat genggaman mereka sambil siku mereka ditepuk- tepukkan pada tapak tangan mereka yang sebelah lagi. Dalam masa yang sama mereka akan berkata, "Siapa.. . siapa.. . ." Pemain yang membongkok tadi akan bangun lalu meneka (sekali sahaja) pemain yang menggenggam buah. Sekiranya betul tekaan- nya, orang yang menggenggam 'buah' itu pula yang akan membongkok dan jadi peneka. Sekiranya tekaan salah, peneka akan tetap membongkok dan permainan diulang lagi sehingga dia dapat meneka dengan betul.

Main Tambi Duduk

(i) Main Tambi Duduk: Cara menentukan, pemain akan jadi pengejar iaitu dengan 'bercus' atau bercabut 'tulang daun' atau rnenggenggam jari telunjuk yang dicecah pada tapak tangan salah seorang pernain.

Main Tambi Duduk tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan di kawasan lapang.

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi pengejar adalah dengan bercus atau bercabut tulang daun atau menggenggam jari telunjuk yang dicecah pada tapak tangan salah seorang pemain. Pemain yang kalah dalam pengundian akan jadi 'tambi'.

Pengundian dengan cara menggenggam jari telunjuk boleh dibuat dengan menadah atau menelungkup. Setiap pemain akan mencecahkan jari telunjuk mereka dalam masa yang sama orang yang menadah tapak tangan akan menyanyikan lagu seperti berikut:

Pat kulipat Kulipat dalam bayung Siapa dapat l a menguyung

Sebaik-baik sahaja diucapkan perkataan, "Menguyung", setiap pemain dengan cepat menarik jari telunjuk mereka dari tapak tangan supaya tidak dapat digenggam. Pemain yang jari telunjuknya

tergenggam, orang itulah yang jadi tambi (jadi pengejar kepada pemain lain). Kadang-kadang cara begini tidak menggunakan lagu sebaliknya hanya dengan hitungan satu hingga tiga.

Cara bermain

(ii) Maih 'Igmbi Duduk: Pemain yang duduk menunggu kern jamin.

Pemain yang jadi tambi mengejar pemain lain. Sekiranya dia dapat menyentuh salah seorang daripada mereka, pemain yang disentuh itu pula akan jadi tambi. Kadang-kadang dengan persetujuan semua pemain, tambi hendaklah membenteh pemain yang dapat ditangkapnya sebelum pemain tadi bertindak sebagai tarnbi yang baru.

Dalam permainan ini pemain yang dikejar dapat limut, iaitu dengan menaikkan ibu jarinya sebagai isyarat dan tambi akan faham bahawa dia tidak perlu mengejar pemain itu lagi kecuali pemain. yang limut tadi mengatakan, "Lapas limut."

Pemain yang duduk tidak boleh bermain kecuali setelah dijamin oleh pemain lain. Jika dia berdiri tanpa dijamin terlebih dahulu dia akan pula jadi tambi. Syarat untuk menjamin pemain yang duduk ialah pemain tersebut belum lagi dipegang kepalanya atau belakangnya oleh tarnbi. Cara menjamin pemain yang duduk ialah dengan menarik atau menampar tapak tangan pemain. Pemain yang menunggu kena jamin akan sentiasa menghulurkan tangannya supaya pemain lain dapat menjaminnya. Pemain yang duduk itu tidak boleh berpindah duduk kecuali dia tidak boleh bermain lagi setelah kepalanya atau bahanian - belakangnya dipegang oleh tarnbi.

Biasanya tambi akan memastikan semua pemain yang dikejarnya itu duduk. Dengan berbuat begini akan membolehkan tempatnya sebagai tarnbi akan diganti oleh salah seorang daripada pemain yang duduk tadi. Untuk menentukan pemain lain jadi tambi ialah dengan menghitung satu hingga tiga. Sebaik-baik sahaja tambi menghitung semua pemain yang duduk hendaklah berdiri secepat yang dapat. Pemain yang terkemudian berdiri akan jadi tambi. Tetapi jika semuanya dapat berdiri serentak, tambi akan kekal jadi tambi dan akan terus mengejar pemain yang lain.

Main Tapuk-tapukan

(i) Main Tapuk-tapukan: Pemain yang kalah berundi jadi 'si pencari'. Si pencari menutup mata diiringi dengan menghitung dari satu hingga satu jumlah yang dipersetujui bersama untuk membolehkan pemain yang lain bersembunyi.

Main Tapuk-tapukan tidak terhad pemainnya. Salah seorang daripada pemain akan jadi 'si pencari' , iaitu setelah dibuat pengundian. Sebelum memulakan permainan ini, biasanya lagu berikut dinyanyikan bersama-sama:

Kesiku, kesiku Perapat buahnya buntar Linggayung buah bangkita Siapa dapat ia mengunjar Anak marhum cucu pendeta

Cara pemilihan

Cara menentukan pemain yang akan jadi 'si pencari' adalah dengan bercus atau bercabut tulang daun.

Cara bermain

Apabila semua pemain selesai menyanyikan rangkap lagu mereka akan beredar untuk bersembunyi. Kadang-kadang lagu ini tidak dinyanyikan sama sekali, sebaliknya pemain akan terns bersembunyi.

Tempoh tertentu akan diberikan kepada pemain untuk mencari tempat persembunyian mereka yang sesuai. Sementara pemain lain mencari tempat

(ii) Main Tapuk-tapukan: Si pencari terjumpa tempat persembunyian pemain dan terus mencecahkan tangan ke inggu.

persembunyian, si pencari akan menutup mata di 'inggu'. Inggu ialah tempat yang dipersetujui oleh semua pemain untuk dijadikan sebagai tempat si pencari mencecahkan tangan apabila mengetahui tempat pemain lain bersembunyi. Si pencari yang menutup mata di inggu ini akan menghitung dari satu hingga ke suatu jumlah (yang juga dipersetujui bersama).

Pada kebiasaannya pemain yang mula-mula sekali ditemui akan jadi si pencari dalam permainan yang berikutny a.

Dalam keadaan tertentu , si pencari terpaksa mendapatkan persembunyian pemain lain yang kadang-kadang jauh dari inggu tadi. Apabila si pencari terjumpa tempat persembunyian pemain, dia akan menyebut nama pemain tersebut sambil berlari ke inggu. Begitu juga pemain yang dijumpai itu akan cuba mengejar si pencari untuk mendahului mencecahkan tangan ke inggu. Sekiranya pemain itu lebih dahulu mencecahkan tangannya ke inggu, dia akan terlepas daripada jadi si pencari walaupun dia yang mula-mula sekali dijumpai.

Main Tilu Tilan

Main Tilu Tilan terhad kepada empat pemain. Empat perkataan iaitu , "Tilu, tilan , gulimang , bangkung" akan digunakan untuk menggantikan perkataan satu, dua, tiga dan empat.

Alatan yang diperlukan ialah seberapa banyak biji buah kembayau atau batu kecil yang digelar 'buah' .

Cara bermain

Main Tilu Tilan: Pemain menyembunyikan 'buah'dalam genggam musing-musing.

Setiap pemain mestilah menyembunyikan jumlah buah dalam genggaman masing-masing. Jumlah buah yang digenggam adalah mengikut kesukaan pemain.

Pemain pertama akan menyebut, "Tilu ," diikuti dengan pemain kedua akan menyebut, "Tilan". Sementara pemain ketiga akan menyebut, "Gulimang" dan pemain keempat akan menyebut, "Bangkung ." Kemudian kesemua buah yang digenggam itu akan dikumpulkan dan dihitung dengan sebutan, "Tilu, tilan, gulimang , bangkung ."

Sekiranya hitungan terhenti pada buah pemain yang menyebut perkataan "Tilan" , pemain tersebut berhak memiliki semua buah yang terkumpul tadi. Pada akhir permainan ini, pemain yang mendapat banyak buah dikira menang.

Main Tbtup Mata

Main Tutup Mata tidak terhad pemainnya. la - T&-"j

dimainkan di kawasan lapang. Salah seorang 2&q LZY

daripada pemain akan berperanan sebagai 'orang -54 , * &-I

buta' dan matanya akan ditutup dengan sapu tangan. +&

Cara rnenentukan pemain yang akan ,krperanan sebagai orang buta adalah dengan bercus atau bercabut tulang daun.

Cara bermain 3

Pada permulaan permainan, pemain yang kalah berundi akan dibawa berpusing-pusing untuk mengelirukannya. Setelah itu akan dibiarkan berjalan teraba-raba.

Pemain lain pula akan membentuk bulatan dan duduk dengan berdiam diri bagi mengelakkan daripada dikesan oleh orang buta tadi.

Pemain yang berperanan sebagai orang buta ini akan terus meraba-raba dan sekiranya dia tersentuh pemain lain, dia mestilah meneka narna pemain tersebut. Sekiranya tekaannya tepat, pemain itu pula akan berperanan sebagai orang buta.

Main Tutup Mata: Pemain yang berperanan sebagai orang buta akan meraba-raba pemain lain yang membentuk bulatan dun duduk.

Pada kebiasaannya, pemain yang berperanan sebagai orang buta ini tidak terus meneka nama pemain yang disentuhnya. Sebaliknya dia akan meraba-raba telinga, kepala atau muka pemain tersebut. Dengan berbuat begini pemain yang dirabanya itu akan mengeluarkan suara ataupun ketawa kerana kegelian. Dengan dernikian mudahlah baginya meneka pemain yang disentuhnya itu.

Main lhluk Salam Berjauh

Main Tuluk Salam Berjauh tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan secara menyelam dan berenang dalam air oleh kanak-kanak di Karnpong Ayer.

Cara bermain

Permainan dimulakan dari kaki tangga iaitu tempat pemain mula-mula berpegang. Permainan ini adalah sejenis perlumbaan dan untuk memulakannya salah seorang daripada pemain akan mengatakan, "Bah". Semua pemain akan terus menyelam dan berenang ke garis penamat. Biasanya garis penamat yang dipersetujui bersama ialah pancang yang dipacakkan tidak beberapa jauh dari tempat berlepas. Pemain yang dahulu sampai dan timbul di pancang, dikira menang .

'Ii~luk Salam Berjauh: Pemain berlepas dengan menyelum dun berenang menuju ke pancang.

62

lbluk Salarn Bertahan-tahanan: Pemin menyelam bersama-sama untuk menguji ketahanan nafas dalam air.

Main n l u k Salam Bertahan-tahanan

Main Tuluk Salam Bertahan-tahanan tidak terhad pemainnya. Ia dimainkan secara menyelam oleh kanak-kanak di Kampong Ayer.

Cara bermain

Permainan ini dimulakan di kaki tangga atau di turus. Permainan ini adalah untuk menguji ketahanan nafas dalam air. Semua pemain akan menyelam bersama-sama dan pemain yang terakhir timbul di permukaan air dikira menang.

GLOSARI

andayang piasau pelepah kelapa

bah

bakut

bercus

kata seru sebagai isyarat untuk memulakan sesuatu

timbunan tanah (dan lain- lain) yang tinggi dari permukaan air terdapat di Kampong Ayer

satu cara berundi (untuk memulakan permainan)

bertanung (tanung) membaling duit syiling untuk menentukan pemain pertama

buah kernbayau sejenis buah tempatan

hangus tidak aci

bersedia

tamat permainan

jirn seratus tamat permainan dengan kiraan seratus

kasai lubang dalam permainan guli

lapas limut

lauk

limut

mati

menguyung (uyung)

menyisir (sisir)

tulang daun

ulun

usin balahan

berakhir tempoh tangguh

ikan

tangguh

hilang giliran bermain

kejar

sikat

lidi daripada daun. kelapa atau daun nipah

orang yang kalah dalam permainan guli dll.

benda leper atau pecahan tembikar berbentuk bulat atau persegi digelar buah atau arnpal dalam .permainan tinting atau permainan elek